Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Tuesday, December 30, 2008

83-Walaupun begitu, gua tak lupakan Palestine.

Ada sorang member gua sesaja gatal tangan nak sambut birthday. Gua rasa dia lebih pada nak bagi kengkawan makan. Gua setuju je bila bab makan free jadi tajuk utama.
Gua nak kutuk pun tak sampai hati, tapi lu tengok jer la gambar yang gua letak ni..




p/s Gua sedang berkabung untuk penduduk Palestine. Gua trauma lagi ni tengok tv 2,3 hari ni.

Thursday, December 25, 2008

82-Untuk pak menteri!!

Sudah-sudahlah dengan penswastaan. Berentilah menyokong sistem kapitalis. Kita nak jadi apa? Nak jadi Amerika? Rakyat boleh ikut ke? Ko tak tengok pada rakyat ko ke? Aku yang tengok ni pun pening. Rakyat ko marapu-meraban dah ni. Makin teruk. Miskin.

Ko tak simpati pada orang miskin ke? Buat apa ko nak jual IJN tu? Rakyat ko mampu ke nak tanggung bil hospital tu nanti? Ko percaya ke janji manis Sime Darby tu? Ko tak kembali pada sejarah ke? Atau Sime Darby tu syarikat keluarga ko? Ko tengok ajer lah syarikat air, syarikat kapal terbang, syarikat telepon, syarikat letrik. Boleh dipuji ke perkhidmatan diaorang? Tak mahal ke?

Tolonglah wahai pak menteri. Berhentilah menjahanamkan negara sendiri. Rakyat semakin tenat ni. Semua benda ko swastakan, apa yang tinggal? Tinggallah sikit untuk generasi akan datang. Kenapa ko buat macam ni?Aku tau ko menipu pak menteri.Kau kaki temberang. Aku tau.

Mana pergi otak ko wahai pak menteri? Kenapa kedekut sangat dengan rakyat sendiri? Rakyat ni sapa sebenarnya pada pandangan mata ko tu? Rakyat bukan hamba wahai pak menteri. Rakyat adalah orang yang perlu ko jaga, ko didik, ko belai. Negara kita kaya dulu sekarang sudah jadi miskin sebab pergi pada 2,3 kerat je malaun kat Malaysia ni.

Wahai pak menteri, sedarlah sikit. Simpatilah sikit.

Wednesday, December 24, 2008

81-Pandangan kita yang berbeza tentang sehati berdansa contohnya

Mentang-mentanglah kita ada blog, kita ada tv, kita ada akhbar, kita ada radio. Maka semua orang ingin memberi pandangan. Bermacam pandangan. Yang biasanya bias pada sesuatu pihak. Tak kira la sesiapa pun. Yang pandai, yang bodoh, yang cerdik, yang bangang semuanya ingin tunjuk genius. Kadang-kadang tanpa bersumber fakta. Yang pening orang kebanyakan. Yang kurang nak ambil tahu sebenarnya. Maka jadilah ia masyarakat yang caca-merba, terbarai, hancur dan gila.

Gua juga ada blog. Gua juga ingin memekak memberi pandangan. Cuma gua kurang pandai menulis untuk melayakkan diri gua menulis di akhbar. Agak gagap untuk gua berada di tv. Tapi gua berpandu pada satu etika. Iaitu macam mana rasional sekalipun sesuatu pandangan ia tak membunuh dan mengenepikan pandangan dari sudut agama. Gua cipta agar ia selari, bukan bertentangan. Kerana malangkaui agama boleh mengundang bala. Bagi gua yang haram tetap haram dan yang syubhat minta dijauhkan.

Di media gua perhati makin kearah neraka Jahannam. Semua seakan selari, selari membelakangkan agama. Pak menteri cakap pun gua perhati serupa sampah. Tak macam khalifah zaman sahabat, tabi'en atau tabi' tabi'en. Ketika itu ulama yang memberi nasihat lalu akur patuh seperti bapa mendidik anak. Itu belum puak artis, karyawan, ahli perniagaan berceloteh pasal hukum agama. Gua tak nampak sandarannya. Kalau al-qur'an pun paham hujung-hujung ayat je. Padahal ilmu ulum-al-qur'an pun bangang. Belum masuk lagi Qawaidnya, Usul Fiqhnya, Mustalah hadis lagi.

Isu hak kemanusiaan/hak asasi manusia bagi gua sudah lapuk, sudah jahanam, hancur dan mengundang bala. Dicipta puak penjajah membela orang kononnya padahal membelakangkan nas. Yang thabit dan qat'ie. Maka meraban encik mufti kita, ulama' kita yang lurus untuk menerangkan pada orang jahil tadi. Maka ia boleh terbit orang yang membantai agama, merasuah agama.

Wujud pandangan liberal, ektrimist dan sebagainya bukan mencantikkan agama. Ia memusnahkan saki-baki kecantikan agama itu sendiri. Kita sudah miskin. Apa pun kita tiada sekarang ini. Tapi orang kebanyakan tidak perasan, leka dan terawang-awangan khayal seperti disuntik dadah. Rujukan yang ada semakin jauh, terpinggir dan yang tinggal ialah manusia-manusia gila, rakus mengejar keuntungan dunia.

Contoh mudah pemakaian tudung yang nampak lurah dada, yang lagi bangang terus tak pakai tudung, menari sehati berdansa atas tujuan membuat amal, menyanyi untuk cari rezeki yang halal, berlakon berpeluk atas dasar ikut skrip padahal bukan suami isteri, pergi disko untuk lepaskan tekanan kerja dan sila tambah lagi diruangan komen ye!!

Tuesday, December 23, 2008

80-Gua masih lagi penat.

Tak hilang lagi penat gua balik dari Kedah. Nganto orang kawin. Tapi gua agak, kalau gua yang pegi untuk berkahwin mungkin tak sepenat ni kot.

Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menyifatkan filem seram tidak memberi kesan yang boleh menimbulkan perasaan takut dan kepercayaan pada perkara tahyul.

Lamputih cakap- Memang tak menyuburkan tahyul. Benar, aku pun setuju. Korang memang pandai. Orang lain je bodoh. Orang-orang agama di dalam negara ni pun semua kayu. Apa ajer diaorang reti yer tak? Korang je yang cerdik. Cerdas dan segalanya...

Sunday, December 21, 2008

79-Anugerah artis sana-sini

Dalam perbincangan Fenomena Seni tersebut, panelis yang mewakili akhbar Harian Metro ada menyatakan ura2 pihak Harian Metro pun akan menganjurkan satu lagi bentuk anugerah (mungkin untuk bersaing dengan akhbar Berita Harian (juga sekutu mereka) yang sudah sejak sekian lama menganjur majlis penyampaian Anugerah Bintang Popular. Bayangkan akan bertambah lagi penyampaian anugerah yang di ura-urakan dalam arena seni kita. Nanti lepas Harian Metro, akan ada pula pesaing2 baru seperti 'penyampaian anugerah anjuran akhbar Utusan Malaysia' pula. Kemudian, akhbar Kosmo pulak hendak mengadakan penyampaian anugerah untuk para2 artis, karyawan2 dan penggiat2 seni. Tidak ketinggalan nanti media letronik seperti stesen2 tv swasta seperti ASTRO AWANI, NTV7, 8TV, TV9 (Dekat dihati) - masing2 akan juga turut serta (jump the band-wagon) untuk sama2 memeriahkan lagi kegiatan seni penganugerahan untuk memberi kepuasan sesama sendiri yang sering dikata orang "ANUGERAH SYOK SENDIRI" - iaitu dalam lain perkataan "ANUGERAH UNTUK MEMBERI SETIAP MEREKA UNTUK SYOK SENDIRI".. (Dari tranungkite)

Lamputih cakap-Semak dan menyemak ajer lah perkataan yang gua boleh sampaikan kat sini. Terlalu bangsat dan poyo ngan pakaian yang ngarut dan mendedah. Lansung takder point yang baik kita boleh jadikan teladan. Cakap-cakap penyampai anugerah yang standard budak darjah dua yang ke tandas pun cikgu kena temankan.

Kalau salam senior tu kang sampai cium-cium tangan. Hormat la konon. Tapi kang kot gaduh kat kolam renang sampai 2,3 bulan citer dalam akhbar. Yang lelaki pun cium tangan pompuan. Gentleman la konon. Haram la mangkok. Lu tau tak haram? Itu bini orang, anak dara orang. Lu dulu tak ngaji agama ke? Berat lagi dari pegang babi tau. Babi lu samak je tapi tak dosa. Betul lu semua melekakan masyarakat. Stakat filem2 bagus pun lu buat pasang time bulan pose ngan malam raya pejadah. Lu ni semua antara pengundang bala kat Malaysia ni. Lu tau tak?

Yang terbaru kini pula KLIFF - "Kuala Lumpur International Film Festival". Waaah!!!! hebat sungguh bunyinya. International man!. Don't joke! man ..... kita sudah dapat menganjurkan festival bertaraf 'international' some more. Hebat! Hebat! ........ Apa standard kita kini sudah dapat capai ke tahap international ke? Ini betul2 menggambarkan yang puak2 yang berkenaan jenis "SYOK SENDIRI". Ingin menunjukkan kepada semua ..... seperti ungkapan sinis "LIHAT LAH DUNIA" ..... yang juga acapkali di gembar-gemburkan oleh media2 letronik (oleh pembaca-berita dan pengacara2 tv) .... apa2 kejayaan walaupun belum pun sampai keperingkat final ..... puak2 yang terlalu overconfident yang juga terlalu ghairah sangat akan selalu ucapkan .....sikit-sikit ...."MELETAKKAN NEGARA KITA .......DI PETA DUNIA atau DI WORLD MAP ...... atau...... DI MATA DUNIA".

Lamputih cakap - Betul-betul hampeh!!

Friday, December 19, 2008

78-Inilah terjadi bila boss tak datang office..

Shopping tu pukul 11 pagi waktu kerja...Gilo betul. Gambar lagi 2 orang pok tu tak sempat gua nak kandid. Pandai nyuruk...Hantu betul!!

Brader mee kolok ni memang suka famous..Jadi gua tak tunjukkan muka dia. Kalau tak kang!!.. Kot yer pun sorok la tag harga tu..Apa raaa




Ni topi lebih berguna time tarik cable masa pegi fieldwork. Tak pun mancing. Gua petik kata-kata biskutlemau ngan abang Mod.



Kedai ni jual barang-barang askar. Tapi bukan askar tanah Melayu. Askar Jerman ngan Itali. Iceland pun ada tapi gua tak tau mana satu...



Ni gunanya time nak jadi sniper. Gua nak tanya, sniper pakai laser pointer ke?



Thursday, December 18, 2008

77-Jangan duk pandang atas je. Sekali-sekala jeling la kat bawah ye..

Seorang guru Tadika bertanya kepada semua murid-muridnya tentang cita-cita mereka. Semuanya silih berganti menyatakan cita-cita hendak menjadi doktor, jurutera, akitek, akauntan, pensyarah, ahli koprat, ahli politik, saintis, angkasawan, pengarah. Hanya seoarang sahaja yang cita-citanya mahu menjadi petani.

Guru Tadika: Sudin, mengapa cita-cita kamu hanya hendak menjadi petani?

Sudin: Saya hendak beri makan kawan-kawan saya.

kredit to isuhangat

76-VTEC la konon...



Sibuk la konon. Tapi kang bila gua jeling tengah carik barang keta kat web ef dia tu. Gua musykil. Banyak betul duit gomen sampai hired orang untuk modified keta.

Gua rasa dia ni jiwa lebih kepada pejuang la. Sebab kalau hujan lebat sampai jarak pandangan mata 1 meter je. Petir berdentum-dentum macam langit ngan matahari nak runtuh dia tetap maintain balik kerja dengan moto. Keta simpan jugak kat garaj office.

,

Betul-betul lu hati kering bro...


Berabuk bumbung hukum setahun tak penah bergerak..Hampeh!!

75-Banyak yang gua setuju

Macam-macam idea gua dapat yang komen blog gua. Banyak yang gua setuju. Gua memang highlight budak-budak yang sekaum dengan gua. Gua sedih sebab gua sensitif. Gua cuma boleh mengharapkan sesuatu yang baik akan dilakukan oleh pihak yang punyai kuasa pantau memacam caca-merba yang berlaku dalam negara ini. Gua harap semua orang sensitif. Ini negara kita yang kita akan tinggal sampai mati sebab kita tak punyai duit untuk beli hartanah di luar negara.

Gua seronok juga sebab ramai yang singgah di blog gua punyai fikiran yang sentiasa berjalan dan sensitif akan masalah-masalah sosial di Malaysia ni. Semua juga sayangkan generasi akan datang. Supaya anak-anak kita tak hancur.

Gua doakan semoga Malaysia tak jadi macam Amerika. Jaguh dunia juga dalam kadar jenayah...

,

Gua akan terus posting macam ni sebab hanya ini yang gua mampu..Biarlah orang kata gua menentang arus!!

Wednesday, December 17, 2008

74-Masyarakat di dalam negara gua caca-merba.

Sebelum gua menaip pagi ni adalah dalam 4,5 blog gua baca dulu untuk carik idea. Agak berkobar-kobar jugak nak hentam orang pepagi ni. Gua nak hentam sebab gua nampak beberapa kecelaruan yang banyak dan lembab untuk diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa.

Hari ini kalau apa-apa yang berlaku keatas kita siapa yang kita ingin mengadu? Tak kira dalam apa jua hal. Jenayah terutamanya. Taman perumahan gua sekarang sibuk orang mengata tentang pencuri dan perompak dan gua yakin ia akan berterusan dan gua tak nampak apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menolong.Belum kira jenayah yang lain. Tetap jarang-jarang gua nampak petrol car pusing-pusing tempat gua. Gua bukan sahaja nak salahkan abang-abang yang pegang pistol sahaja. Tapi semua yang terlibat dalam bidang penguatkuasaan. Diaorang ni makan gaji buta agaknya.

Sama jugak jabatan agama. Orang buat maksiat banyak kat luar tu. Tegas la sikit. Takkan nak duduk dalam office ada aircond aje.Tu yang bersepah duk minum air setan kat kelab malam. Terkinja-kinja tak ingat tuhan. Yang berzina tak usah cakapla.Tangkap ajer la. Sebat kasi diaorang insaf. Pehal yang lembab sangat. Takkan nak tunggu bala baru nak buat kerja. Lu bagi tazkirah kat masjid pun puak-puak ni bukan tahu. Diaorang bukan pegi masjid. Ceramah agama pun liat nak mampos kalau nak pegi. Kalau ada Mawi atau Awie yang bagi ceramah mungkinla ada sekor dua yang sangkut.

Infrastruktur dalam negara ni pun banyak dah orang kondem dan komen. Semuanya tahap sampah servis yang diterima oleh rakyat Malaysia. Jalan raya terutamanya. Kebelakangan ni pun banyak dah eksiden yang berlaku dan gua yakin struktur jalan juga memainkan punca yang penting. JKR dan kontraktor yang dilantik gua nampak lebih suka menampal jalan dari menurap jalan. Lu memang pemalas dan suka makan duit komisyen aja. Gua yakin orang lu memang banyak makan rasuah.

Ni tol pejadah pukul 12 malam baru dapat diskaun? 10% pulak tu. Pehal yang kedekut sangat? Lu nak tolong ke atau tidak? Jangan la berlagak depan tv syok sendiri. Nak aje aku tempeleng sorang-sorang pak menteri ni.

Minyak turun aku ada sikit lega walaupun aku perasan barang tak turun banyak seperti yang diharapkan. Pak menteri kita dulu sibuk kata yang barang takkan naik masa diaorang gila umum kenaikan melampau bulan-bulan lepas dan skang bila dah turun yakin jugak kata barang-barang akan turun. Dah tu skang sibuk merayu supaya peniaga turunkan barang. Aku nampak kalau bab susahkan orang bagi la pada kerajaan. Tapi persatuan-persatuan macam ni kemain susah nak korang ajar. Pecah manopoli pertanian dan barang-barang terkawal pun susah. Apa jadah ada FAMA dan sebagainya. Gua kasta marhaen ni nampak bingung bila tengok lu orang bekerja.

Lu kalau buat wayang memang cukup pandai wahai pak menteri. Masih berkeras kata ekonomi kita masih lagi selamat. Gua bukan nak tahu tu, gua nak tahu apa cara-cara lu supaya kita masih boleh survive dalam bala yang baru tiba ni sekarang. Takkan sibuk nak beli helikopter nak kapal laut lagi time-time macam ni?

Sukan pulak. Pun hampeh. Takder pulak yang boleh dibanggakan. Duit berjuta habis tapi hasil selalu menyedihkan. Tetap pemain yang salah. Dan korang sentiasa betul. Dei tambi!! Korang pun sama la. Letak la jawatan. Yang heboh-heboh tapi kaki bangku buat apa? Gua ingat kalau lu lawan puak eskimo kat kutub tu pun leh kalah.

Paling gua sakit hati bila artis-artis jadi pujaan dan cerita sampah yang sensasi termuat dalam akhbar. Istimewa sangat ke puak-puak yang menjahanamkan moral bangsa dan agama ni? Lu takkan tak pikir negatifnya puak-puak ni? Apa aja yang boleh dibanggakan? Takkan budak umur 17 tahun bertumbuk ngan pakwe dia yang selekeh tu pun lu nak cerita dalam akhbar berhari-hari? Budak tu SPM pun tak tau dapat berapa. Lu bagi tau gua sikit? Mana kementerian penerangan? Nape tak pantau puak-puak ni dalam tv? Tapi kalau ustaz-ustaz ceramah agama kemain beria pulak lu orang gam kan? Lu dah biol ke?

Gua memang tengah bengang dan sedih. Gua taknak kompromi dalam hal-hal macam ni. Gua hanya mampu berdoa agak puak-puak yang tidak amanah dan corrupt ni serta juga puak yang tak sedar-sedar setelah diberi peringatan agar diberi pengajaran yang menginsafkan buat mereka. Biarlah apa jua yang terjadi, gua berharap tsunami yang melanda Acheh tak sampai dinegara yang kita cintai ini. Juga bala perang Bosnia juga kita tak rasai.

Tuesday, December 16, 2008

73-Binatang

Gua tengah sedap-sedap tido tengah hari. Penat. Maklumlah baru sudah meeting. Member gua aka mee kolok pergi KLCC ada presentation COSTAM. Jadi gua duk dalam heaven la. Takder dengar lagu kampung dia yang rare tu. Tiba-tiba..tet .. tet.. tet..

Sms masuk. member gua encik kiri..

Encik kiri: Capybara:binatang kat zoo, dia macam babi tapi jinak

Gua: Lipanbara:Binatang kat longkang, dia macam lipan tapi garang

Dia balas lagi

Encik kiri: Kobus leche leche atau red lechew. Binatang macam kambing, tanduk dia panjang. Ada kat zoo melaka. Banteng-banteng: lembu indon, tanduk dia tajam.

,

Sah member gua tengah gila.. Takpun dia suruh gua pegi solat zohor..

72-Ini bukannya satu isu.

Gua kalau baca surat khabar mesti ada 2,3 berita yang buat gua emosi. Sampakan gua tak pasti, nape semua ini boleh berlaku dalam negara gua yang boleh dikira aman, damai, sejahtera dan sebagainya. Fokus gua pada Harian Metro semalam yang cucu ngan isteri tibai barang kemas nenek sendiri. Pejadah ntah yang nak jadi pada bumi yang gua berpijak sekarang ni.

Gua difahamkan yang cucunya tu dulu bekas penagih. Padan pun. Puak-puak ni memang buat benda yang diluar pertimbangan akal yang normal. Tapi tang isteri yang membantu tu? Macam citer "Fun with Dick and Jane" pulak ye.. Berpakat laki bini bila dah terdesak. Entah pinjam Along kot nak langsai hutang.

Gua kesian bila hal-hal begini pasti melibatkan bangsa gua dan yang mengaku seagama dengan gua. Gua tak nafikan ada juga bangsa lain tapi banyaknya kes yang terpencil. Bagi gua ini padahnya bila agama yang jadi sumber panduan tidak dijadikan lagi sebagai pegangan untuk mengukuhkan iman.

Pada masa ini secara automatiknya mula berlaku kes salah-menyalah antara satu sama lain. Hal bukit Antarabangsa pun ada gak suara-suara menyalah kerja tuhan. Tapi Pak Menteri JKR kata ini semua berlaku atas sebab tangan-tangan manusia yang rakus dan tak berperi kemanusiaan pada alam semula jadi.Tutup hal bukit tu ya.

Boleh kita salahkan pada ibu-bapa yang gagal mendidik anak, terpengaruh rakan sebaya, pada tv yang 80% tayang benda yang bukan-bukan, guru yang tak mampu dah kawal bebudak.

Ermm...Marilah kita kembali kepada agama. Tak kira apa juga agama anda tapi gua pasti moralnya pasti positif tentang akhlak dan adab. Begitu juga hal berkaitan sosial. Kerana gua yakin didikan agama tak kira dari siapa pun samada ibu-bapa, guru, media akhbar dan tv juga radio memainkan peranan yang penting. Setidaknya kita mampu kurangkan sedikit demi sedikit.

Gua taip untuk posting kali ni taknak salahkan sesapa. Gua punyai pengalaman hanya sebagai guru sementara selama 2 tahun. Gua respek pada guru-guru yang mampu bertahan hingga puluhan tahun. Gua hampir sakit jiwa, nasib baik tak. Cuma gua belum berpengalaman didik anak sendiri dan gua tak boleh ulas apa-apa kerana kekurangan pengalaman.

Pada yang diluar sana. Gua menyeru dengan ikhlas. Walau sapa pun kita, mari kita didik generasi yang akan datang hanya berpandukan pada agama dan yang pandai cerdik agama. Pada gua, hanya agama jaminan yang jitu untuk memastikan budak-budak yang masih kita boleh lentur ni jadi manusia yang lebih baik dan bermoral. Pada yang tak setuju, tinggalkan komen yang membina di ruang komen. Gua juga perlukan pendapat untuk lebih mencerdikkan gua. Pendapat yang banyak gua pasti lebih baik dari kepala otak gua sorang-sorang. kan?

,

Gua minta maaf andai tersalah kata..

Monday, December 15, 2008

71-Mee kolok


Gua sajer lagi gatal tangan nak naip. Baru hari ni gua nampak insan dalam gambar diatas sibuk. Sebelum ni dia senang hati je lepak-lepak sambil dengan lagu rare kampung dia. Gua yang kat sebelah nak muntah dah. Tapi sebab diaer lagi tua dari gua, gua diam jer la. Lagipun dier sensitif. Gua sebenarnya lebih kesian dari nak ngutuk2 dier...
,
Dier bujang lagi. Sape nak contact gua. haha

70-Petua memilih bakal isteri

Banyak aku tengok blog orang lain tentang memilih itu ini. Semua macam pandai. Walaupun kadang-kadang tu ada jugak masuk akal. So, aku pun nak tulis gak la tip-tip memilih gadis yang boleh dibuat isteri mengikut perspektif aku sebagai pensyarah kanan di sebuah universiti terkemuka di selatan tanah air. Kita mulakan..

  1. Sama agama. Boleh amik yang berlainan agama tapi bahaya kot-kot kena kapak. Kalau kental takpe. Gua tak kisah.
  2. Ada rupa sikit-sikit. Body pun sederhana. Kira-kira sedap mata memandang la. Kalau semak tak yah la.
  3. Suara best. Suara macam Fasha Sanda tak de nilai kat sini.
  4. Tak suka ngajuk, cemburu sikit-sikit je. Gedik tak melampau. Buat pompuan yang kat luar sana, Gedik-gedik kalau korang nak pikat lelaki atas 50an ye. haha
  5. Reti memasak, membasuh,siram pokok bunga, bagi ayam makan, menyangkul, pokoknya serba bolehla.
  6. Jenis yang tak tinggal semayang.
  7. Jenis bukan kaki shuffle, kaki disco dan pelbagai gejala keruntuhan moral lain yang membuatkan rezeki mahal.
  8. Jenis bangun subuh. Kalau tak kang takder sarapan. Sarapan itu penting untuk kesejahteraan perut.
  9. Sama hobi atau jenis support hobi kita. Kalau kita je support hobi dier memang tak logik. 99% hobi pompuan ialah shopping. Gua tau sesangat. Hobi pemusnah poket para suami.
  10. Pandai jaga hati suami dan jugak rahsia suami. Kang kot dier citer kat orang suami dia ada buasir tak ke naya?
  11. Tahan dugaan dan kental jiwa. Kot la suatu hari nanti ditimpa musibah. Tak la jadi macam sorang tu. Siap ada pulak video terjah eklusif dari melodi bila ada gaduh laki bini "ingat saya takda mak bapak".
  12. Tambah la lagi...ini serupa macam pompuan impian gua la. Buka leh jadi tip sangat pun. Saja gatal tangan nak menaip tapi takder idea..hehe

69-Lawak dari akhbar untuk hari ini

KEMAMAN - "Nasib baik saya cepat balik ke rumah kalau tidak, tak taulah nasib dia."

Demikian menurut seorang peniaga Che Ibrahim Che Abdullah, 57, mengenai kejadian seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya, tetapi terperangkap selama tiga hari kerana gagal mencari jalan keluar.

Menurutnya, ketika kejadian pada 7 Disember lalu, dia balik ke kampungnya di Selising, Kelantan bersama isteri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dan pulang semula tiga hari kemudian.


Lamputih cakap - Nasib baik la pencuri tu ye. Kot tidak kang mati pulak masa tengah buat kerja amal. Kepada semua pencuri, jadikan ini sebgai iktibar..haha

68-Duit punya pasal

KUALA LUMPUR - Tidak wajib solat, persetubuhan tanpa nikah jadi halal, haram memakai kopiah bagi lelaki dan wanita pula memadai memakai selendang.

Itulah empat 'manfaat' pelaburan yang ditetapkan oleh pengendali skim pelaburan bunian pimpinan seorang bergelar 'Datuk' untuk menarik ramai ahli.

Kisah 'Datuk' yang juga mendakwa dirinya suami kepada puteri bunian bernama Tengku Puteri Jasnita, itu didedahkan oleh Kosmo! Ahad semalam.

Akibat skim pelaburan songsang ini, pelabur terdedah kepada kehidupan bergelumang dosa.

Lamputih cakap-Duit punya pasal macam-macam boleh terjadi. Agama pun boleh tolak tepi. Apa motif puak-puak ni?

Yang aku heran apa kena mengena dengan kopiah? Lu nak niaga meniaga la. sapa pulak nak marah. Gila ke apa?

Friday, December 12, 2008

67-Bahasa jiwa bangsa

Pejuang Bahasa Melayu, Prof Abdullah Hassan menulis dalam blognya http://proabdullah1
.wordpress.com seperti berikut :

Bahasa Inggeris adalah bahasa asing kepada rakyat Malaysia. Robert Lado (1964) mengatakan mengajarkan seluruh rakyat sesuah negara mempelajari sebuah bahasa asing itu adalah sia-sia, semustahil mengajarkan burung di rimba berkata-kata. Kita pun dapat melihat fenomena ini berlaku di negara-negara yang memaksa rakyatnya bahasa asing, sekalipun Inggeris.

Ini bermakna, hanya rakyat kelas menengah yang akan dapat mempelajari bahasa Inggeris dan menerima pendidikan. Rakyat di luar bandar, di estet, dan di kawasan pinggir bandar akan secara sistematis tersisih daripada pendidikan bahasa Inggeris, hanya mereka tidak akan dapat menguasai bahasa Inggeris sebaik kanak-kanak kelas menengah.


Lamputih cakap - Takpe. Pak menteri kita lagi bijaksana. Kata-kata pak menteri umpama mukjizat. Cakap dan arah sahaja pasti berjaya. Pemikiran pak menteri dalam bidang pendidikan, ekonomi bahkan agama melampau semua sarjana seantero bumi.

,

Bahkan boleh jadi dewa. Ayah Pin tu pun seangkatan.

Lagi contoh:Bagaimanakah kepungan ilmu terjadi. Kita dapat melihat gejala ini berlaku di Eropah pada Zaman Pertengahan. Hanbury Brown, dalam bukunya, The Wisdom of Science: Its Relevance to Culture and Religion (1986) menunjukkan bagaimana ilmu terkepung di dalam bahasa Latin, dan tidak dapat membantu menyelesaikan masalah dalam kehidupan masyarakat Eropah dalam Zaman Pertengahan.


Sejak kurun ke-16 lagi, pengetahuan mengenai bakteria dan kitaran darah sudah diketahui. Walau bagaimanapun pengetahuan ini terkepung dalam bahasa Latin. Oleh sebab bahasa Latin tidak difahami oleh rakyat, maka ilmu itu tidak sampai kepada mereka. Ilmu terkepung dalam bahasa Latin yang menjadi milik kalangan ilmuwan sahaja. Mereka menganggap ilmu itu untuk pengetahuan peribadi sahaja dan tidak perlu dikongsi oleh rakyat yang tidak mengetahui bahasa Latin. Akibatnya, ilmu tersebut tidak dapat dimanfaatkan bagi memajukan bidang ilmu perubatan.

Lamputih cakap - Aku malas nak ulas. Jangan esok bila gagal salahkan orang lain ye pak menteri. Salah guru la, mak bapak la, tukang kebun sekolah la. Haram jadah!!


66-Belagak apa puak ni?

Oleh: NASIR BIN AWANG

KUALA LUMPUR: Tindakan sesetengah penduduk yang terbabit dalam bencana tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini mendesak kerajaan membiayai kos penginapan mereka di hotel adalah tidak adil.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T. Murugiah berkata ini kerana mereka boleh menumpang di rumah saudara-mara masing-masing.

“Tidak adil untuk mereka berbuat demikian. Mereka boleh menetap dengan saudara-mara serta hentikan tindakan menghentam kerajaan dan perkara yang paling utama sekarang ialah bagi memastikan keselamatan rakyat”, katanya kepada Bernama selepas melawat tempat kejadian itu.


Lamputih cakap- Sudah lupakah pada umat Melayu di Kampung Baru? Kg. Brembang sampai surau pun kena runtuh, Kampung Plentong di Johor? Ada puak ni mintak hotel? Rumah mereka lu wahai pak menteri yang hancurkan. Mereka-mereka ni tentunya takda duit. Pendapatan cukup makan mungkin. Nak hantar anak ke sekolah mungkin agak sesak jugak. Pakai motosikal mungkin sudah bergaya.

Tapi puak yang mintak duduk hotel ni ada porshe Cayenne. Paling kurang pun Perdana V6. Rumah yang diaorang buat stok boleh buat masjid atau dewan orang ramai padahal tinggal berdua aje. Aircond kat rumah boleh kasi sejuk Stadium Melawati.

Apa pasal puak-puak ni perangai macam setan? Satu Malaysia pandang lu dan lu masih buat perangai macam budak-budak? Lu mesti kerja gempak. Kompeni gila-gila. Paling koman pun pegawai kerajaan bertaraf menteri. Ntah-ntah gaji ngalahkan exco. Gua malu pasal orang kaya tunjuk perangai macam ni.

,

Tuahn maha adil. Tuhan bagi lu kaya tapi otak lu hanya sekadar level darjah 1 yang baru masuk sekolah 2 hari. Baru sessi berkenalan ngan guru kelas dan pemilihan ketua darjah.

65-Isu paling hangat

Gua rasa isu yang paling hangat didunia sekarang mesti dua benda. Yang pertama hal berkaitan ekonomi dunia yang merudum dan yang kedua serangan di Mumbai. Tapi kalau di Malaysia ni yang secara khususnya adalah tragedi runtuhan di Bukit Antarabangsa. Kalau yang bangang sikit adalah sibuk tentang perkahwinan Mawi dengan Ekin. Lagi bangang mesti cerita pasal shuffle. Apa punya gila

Gua sampai kadang-kadang tu malas dah nak komen. Tapi otak gua ni asik ajer terfikir.Jadi kena jugak gua terus menulis. Apa punya singkat otak-otak Melayu ni. Tak senada dengan pemikiran global. Masih lagi otak kampung. Tu belum yang citer hal bola sepak yang buat kelakar badut kat tempat orang. Harap baju je ketat tapi kaki bangku. Gua tak cakap semua orang, tapi lu orang boleh bukak surat khabar tengok. Betapa tingginya pemikiran orang Malaysia. Sikit pun tak risau hal ekonomi yang dah jadi macam setan.

Untuk ujian pertama sila buka almari kain baju dan lihat berapa banyak kain baju yang terkumpul dan tidak pernah kita usik-usik. Malah kita terlupa bahawa kita memiliki kain baju ini. Kemudian sila pandang rak kasut. Berapa banyak kasut yang terkumpul.

Jika kain baju bergantang-gantang dan kasut semakin membusut maka tandanya kita sedang menghayati dan merayakan budaya konsumer – budaya yang lahir dari sistem ekonomi kapitalis. Budaya konsumer ini telah sampai ke tahap akhiran kerana sistem ekonomi kapitalis tidak lagi berkemungkinan untuk berkembang melainkan menguncup dan akhirnya meleset. (tukartiub)


Gua amik point ini sebab ia adalah realiti yang berlaku pada semua penduduk di Malaysia. Gua dulu pun macam ni. Tapi gua cepat sedar. Kita sudah berada di zaman kemelesetan. Gua respek pada pak menteri yang cakap dekat media kata ekonomi kita masih boleh bertahan. Takda masalah. Dan masih lagi kukuh. Pala otak hang!!

Tahun lalu Indek Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur naik hingga ke 1,300 mata dan sekarang hanya berada disekitar 800 mata. Jadi kesimpulan apa yang kita boleh buat? Ekonomi kita makin cargas?

Jangan dengar cakap cakap para politikus yang memerintah. Mereka sedang berbohong. Kerja dan tugas mereka hanyalah berbohong dan menipu. Jangan percaya bahawa kita semua selamat dari krisis ekonomi ini. Jangan percaya bahawa ekonomi Malaysia kukuh. Tidak mungkin kalau semua negara dalam dunia ini telah mengakui bahawa negara mereka sedang menghadapi krisis mana mungkin hanya Malaysia terselamat. Ini mustahil. Ini pembohongan.(tukartiub)

,

Jadi lupakan hal sehati berdansa, kisah kahwin yang kadang2 menyemakkan kepala, kisah shuffle atau skinny jeans, kereta apa yang nak dibeli akan datang,dll. Lupakan. Kita menyimpan mulai sekarang kerana hampir 30,000 orang telah dibuang kerja di Singapura. Kita tak tau bila lagi.



Wednesday, December 10, 2008

64-Memahami fungsi dan tugas anggota penyelamat di tempat bencana

Oleh OSHTheJourney

Malam semalam saya dalam perjalanan kembali ke Sintok dan terlepas Buletin TV3 jam 8 malam. Sehari dua ini memang seboleh-bolehnya saya tidak mahu terlepas dari mana-mana siaran tv atau radio untuk berita semasa. Pagi ini saya terbaca mengenai komen beberapa penulis blog terhadap seorang penduduk mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang memaki-hamun terhadap seorang ahli parlimen yang mengunjungi tempat kejadian.

Tidak cukup dengan itu penduduk mangsa tanah runtuh ini juga sempat membebel dan memperli anggota beruniform (askar dan Rela) yang tidak membantu mengangkat kotak-kotak isterinya dan sambil mendakwa mereka ini (anggota beruniform) hanya duduk makan minum di dalam khemah. Isu beliau memaki-hamun ahli parlimen tidak akan saya ulas, tetapi ”kebebalan” memahami fungsi anggota penyelamat amat menyedihkan saya.

Sebagai seorang aktivitist masyarakat yang sering terlibat dengan kerja-kerja sosial dan kemasyarakatan dalam menangani kecemasan dan bencana ini termasuklah Tsunami, saya merasa terpanggil untuk memberi komentar.
Lebih-lebih lagi saya juga adalah seorang pengajar dalam topik ”Emergency Response Management” di universiti yang saya bekerja sekarang ini.



Ada dua isu dalam konteks penyelamat ini.

Isu pertama, anggota-anggota penyelamat ini yang terbahagi kepada beberapa kategori iaitu penyelamat utama, penyelamat sokongan dan juga bantuan luaran. Misi utama mereka adalah menyelamatkan mangsa dan bukan harta benda terutama dalam keadaan tempat kejadian masih belum disahkan selamat.

Mangsa kejadian juga perlu mengetahui keperluan utama dalam masa menyelamatkan diri. Utamakan nyawa dan keselamatan diri dan kalau berpeluang dengan dokumen-dokumen penting seperti perkenalan diri dan sebagainya.


Isu kedua ialah zon bertugas semasa kecemasan dan bencana. Dalam Arahan 20, Majlis Keselamatan Negara (MKN 20) telah memperincikan zon-zon yang perlu diadakan dalam masa operasi menyelamat. Dokumen MKN 20 yang dikeluarkan selepas kejadian Highland Tower ini telah menetapkan Zon Merah sebagai zon kemalangan atau bencana diiikuti oleh Zon Kuning dan di luar sekali ialah Zon Hijau.

Penyelamat utama seperti anggota Bomba dan Penyelamat dibenarkan berada dalam Zon Merah dengan sokongan keperluan anggota Paramedik. Manakala Zon Kuning adalah untuk penyelamat-penyelamat sokongan seperti anggota JPA3, Bulan Sabit Merah dan sebagainya. Manakala Zon Hijau untuk khemah-khemah mangsa, bantuan sokongan, media dan sebagainya.

Perlu dingatkan anggota penyelamat ini tidak kira sama ada penyelamat utama atau sokongan juga merupakan seorang manusia biasa. Mereka memerlukan masa rehat dan sebagainya. Mereka juga biasanya bekerja dalam syif dan kadang-kala waktu syif kerja mereka melampau waktu.

Oleh itu MKN 20 telah menetapkan bahawa khemah rehat mereka hendaklah di luar kawasan zon bertugas. Sebagai contoh, khemah rehat penyelamat utama tidak boleh diletakkan di dalam kawasan zon bertugas mereka iaitu di dalam Zon Merah. Khemah rehat penyelamat utama hendaklah diletakkan di dalam Zon Kuning. Rujuk gambar di atas. Juga dingatkan lingkaran atau sempada zon-zon tidak semestinya dalam bulatan. Ianya boleh jadi segi empat atau segi tiga bergantung kepada saiz dan sifat bencana. Apa yang penting, zon-zon ini ditandai dengan tali pita kecemasan ataupun sebarang perkenalan lain.

Ini untuk mengelakkan salah faham terutamanya dari mangsa kejadian yang masih trauma dan bersedih akibat kemalangan atau bencana yang dihadapi. Biasanya mereka ini amat sensitif dan mudah marah terutama apabila melihatkan anggota-anggota penyelamat ini berehat dalam erti kata lain mereka ini kelihatan seolah-olah tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan oleh mangsa kejadian ini.

Masa-masa penukaran bertugas syif umpamanya sering disalahertikan oleh orang awam. Orang awam perlu memahami keadaan jika anggota-anggota penyelamat ini kelihatan berbaring di dalam atau di luar khemah rehat mereka. Mungkin mereka ini keletihan setelah seharian menjalankan operasi menyelamat.

Orang awam juga tidak boleh dipersalahkan seratus peratus akibat salah faham ini. Kemungkinan besar mereka ini tidak tahu fungsi-fungsi sebenaar anggota penyelamat.
Dokumen MKN 20 ini juga sepatutnya tidak dikategorikan sebagai ”Dokumen Terhad”. Isi kandungan Dokumen MKN 20 ini patut disebarkan melalui media masa dan amat sesuai untuk dijadikan satu topik mata pelajaran untuk pelajar sekolah menengah, kolej dan universiti.

Semoga orang awam lebih memahami fungsi-fungsi anggota penyelamat semasa mereka berugas dalam sebarang kejadian atau bencana.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

63-Nasib kita berbeza

Ingat lagi surau Kg. Berembang pada 30 Nov.2006. Juga apa yang berlaku pada Kg. Plentong? Simpati tak? Siapa yang kasihan? Rumah sapa yang dirobohkan? Mana puak-puak ni akan pergi untuk merempat?

Dan kemudian ditubuhkan pulak tabung bencana untuk puak-puak yang rumahnya runtuh dengan kuasa Allah. Gua yakin puak-puak ni rumahnya harga atas dari RM1 juta. Juga mampu bayar bulan-bulan lingkungan RM10,000 keatas.

Dulu yang Kg. Plentong tu ada cerita tak? Ada tabung tak? Keluar surat khabar tak? Haha..Banyak kan soalan dari aku pagi ini. Aku nak ajak korang semua fikir balik nasib diri kat bumi bertuah ni.

Yang kaya terus dibantu dan yang miskin dibiarkan merempat dengan hanya cukup beras sekampit.

62-Kalau lu kena maki apa lu buat?

Lu orang tengok tv tak semalam? Ada YB kena tengking-tengking dengan sorang mamak. Gua tak reti nak kata apa. Gua pening. Walaupun sedikit sebanyak gua faham perasaan orang yang kehilangan yang tersayang. Emosi memang kadang-kala tak dapat kita nak bendung.

Gua heran dengan mamak tu? Dia aper hal? Dia tu penting sangat kah? Nak tunjuk besar? Apa lu dah cukup besar? Orang lain pun sedih jugak. Tapi lu emosi sangat semalam tu. Menyampah gua tengok. Askar ngan Rela semalam tu nak tolong lu dah cukup bernasib baik. Gua dapat agak penyelamat yang ada tu bukan baru datang 2 jam. Mungkin ada yang dah berkampung kat situ sejak dari mula kes berlaku. Tenaga pun gua rasa dah kering. Otak pun mungkin dah penat berfikir. Hujan dah la tak henti-henti turun. Boleh jugak mengundang virus demam dan apa-apa penyakit lain yang kronik. Nasib baik tak tumbang.

Gua rasa mamak ni mungkin jenis hidung tinggi macam pak arab kat Dubai nun. Duit dah banyak, mungkin fikir semua orang boleh dijadikan hamba moden yang kelabu asap tengok duit yang boleh dipertikaikan halal haramnya...oooppssss... Tersasul pulak gua menuduh...

Lu mamak pun satu, nape tak beli rumah kat tempat lain. Tempat tu dah ada sejarah hitam lagi lu degil campur benggik beli rumah kat situ. Atau lu nak tunjuk kelas lu layak tinggal kat Bukit Antarabangsa? Tinggal kat Senaling takda kelas. Kot la gempak sangat lu tinggal ajer kat New York ke, Paris tak pun kat bulan terus..

Buat pembaca blog gua, gua minta maaf sebab gua emosi pagi ni. Gua jugak simpati dengan yang lain. Tapi perilaku puak-puak ni buat gua hilang sabar. Orang tengah menolong lu lagi mau maki-maki orang. Orang tu pun ada perasaan. Semua orang tengah sedih dah berusaha nak selamatkan apa yang termampu. Lu kalau dapat bini lu hidup-hidup pun lu mesti lupa jugak dengan askar-askar tu yang makan pencen 500.

Lu susah-susah lu saman sapa buat projek tu. Lu saman sapa yang keluar kelulusan. Lu pakat semua orang bantai dan cari sampai dapat mangkuk yang buat benda-benda bala ni. Lu dah kena baru nak sedar pun tak guna beb.

,,

Sama-sama kita ambil pengajaran atas apa yang berlaku dan moga ia takkan berulang kembali.

Tuesday, December 9, 2008

61-Sambungan dari no 59

Gua baru borak dengan boss gua. Rupanya dari tahun 88 lagi projek kat H.Towers tu dinasihatkan berhenti. Boss gua memang ahli sains. Jadi gua yang jahil serba-serbi ni telanlah semuanya. Gua memang dah syak lama. Ni semua penangan encik rasuah. Mesti ada kene ngan orang yang ada kuasa. Gua malas nak tembak sesapa. Kang jatuh fitnah pulak.

Ni nak citer pasal fitnah-memfitnah ni lu orang rasa ketua kampung Bukit Antarabangsa ada kena mengena tak? Mesti takda bukan? Kalau gua tuduh pak menteri? Exco negeri? Atau pak guard condo kat sana? Mesti budak tadika pun tau kan?

Sebenarnya yang boleh arahkan sesapa buat kerja, tutup lubang sana-sini mesti kerja encik duitkan? Haha... Orang Melayu memang suka duitkan? Gua pun suka duit. Boleh beli kereta baru. Haha

Lu orang pening tak baca posting gua kali ni? Lebih kepada merapukan? Sebab gua demam, Tapi gua datang jugak opis sebab ada kerja gua kena selesaikan.

,

Nanti bila otak gua dah center gua taip balik.. Esok kot?

60-Berhati-hati dimana jua anda berada

Hari raya gua biasa-biasa saje. Tahun ni gua takda tengok lembu korban. Datang aje rumah nenek gua teruk makan lemang dengan rendang. Fikiran gua pada tahun ini agak sensitif sedikit. Beli surat khabar je terus gua sedih. Macam-macam ujian dan bala yang turun pada manusia sekarang ini. Malang betul-betul tidak berbau.

2 eksiden gua nampak dalam perjalan pergi balik kampung gua. 1 kereta wira berlipat dekat Bukit Putus menghala Kuala Pilah dan satu lagi, wira jugak terbakar kat mana ntah, tak tau pulak nama tempat tu. Jadi, Jam la seluruh perjalanan gua pegi balik kampung tahun ni.

Jadi dikesempatan ini gua nak nasihat pada yang masuk blog gua agar berhati-hati tak kira kat mana juga lu orang semua berada. Gembira-gembira ni kita kena jugak la beringat. Kalau tak pun ingat pada orang yang lebih susah dari kita. Jangan ingat asyik nak enjoy je. Lagipun kita kat dunia ni pun tak lama.

,

Beribadatlah banyak-banyak...

59-Tragedi demi tragedi

3 hari gua cuti Malaysia macam-macam sudah terjadi. Bala tuhan mula dah menjadi. Apa cerita pak menteri masih belum sedar diri. Gua dah cakap, Ini pasal rasuah yang selalu lu tak ambik peduli. Sekarang sapa lu nak bayar nyawa orang.

Paling gua sedih tragedi bas terbalik kat pagoh. Apa cerita ini semua? Siapa pula yang kita perlu salahkan sekarang. Gua tau lu orang semua tengah sedih. Kita rakyat Malaysia semua tengah sedih. Semua ni tragedi berulang-ulang. Gua percaya lepas 6 bulan rakyat mesti lupa. Yang tak lupa orang yang hilang atuk, nenek, anak atau mak bapak.

Lu boleh cakap pemandu bas mungkin cuai atau tanah yang runtuh tu salah air hujan yang turun tak henti-henti. Gua musykil 1 benda. Highland tower tu hanya 1.5 KM dari tempat kejadian. Lu aper hal tak suruh orang buat kerja sikit kasi keluarkan air yang bertakung? Dari tahun 1993 takan lu orang sibuk aje ngan projek baru? Projek lama aper hal lu tak pantau?

,

Itu pasal gua cakap, ini semua rasuah punya fungsi...

Friday, December 5, 2008

58-Makluman

Esok Sabtu kan? pastu hari Ahad pulak kan? Tulat hari Isnin? Betulkan? Cutikan ketiga-tiga hari tu? Maknanya takder la update..hehe

,

Selamat Hari Raya buat Cik Anis..hehe. Juga buat pelawat blog ini juga....

57-Nenek ULTRA

....Nenek yang paling glamor Maimun Yusuf berharap beliau dapat bertanding sekali lagi merebut kerusi parlimen Kuala Terengganu jika mempunyai dana yang cukup."Memang ada hajat nak bertanding sekali lagi kerana rasa macam tidak puas hati dalam pilihanraya umum lalu," katanya, yang memanggil dirinya 'Tok', kepada Malaysiakini. "Sebab Tok tidak boleh berkempen macam orang lain. Kerana Tok tadak pitih (tiada wang).Menjelaskan pengalaman pertamanya bertanding Mac lalu, Maimum berkata:"Tapi kalau Tok bertanding sekali lagi, Tok nak menang sebab Tok tak mahu hilang wang lagi. Marilah pakat tolong Tok."Tok belanja lebih RM30,000, semua wang simpanan Tok dah habis dan yang tinggal cuma RM60 sahaja.

Lamputih cakap - Gua kesian dengan nenek ni. Gua tak dapat bayangkan kalau dia tu nenek gua. Mesti susah hati gua nak nasihat. Maklumlah gua baru warga gangsa je. Takder apa keistimewaan macam nenek tu.

Lu bayangkan nenek tu habis RM30,000 pada PRU lepas dan undi tak lepas pun seribu. Sekarang ada RM60 je? Pergghhh....Syahdu.. Nak pulak raya dah dekat ni.

,

Anak-anak dia mana?

56-Teruk sangat dah ni.

Hari ni jadi aku pulak lak lah. Tak mau gua..

Sensitif atau tak pada korang itu aku tak tau. Dalam penjelasan tadi Mashitah memberi tahu Parlimen daripada 2,360 hotel hanya 18 buah saja yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Islam (HDC). Ini bermakna tidak sampai 1 peratus atau hanya 0.76 peratus saja yang mendapat sijil halal. Bayangkan betapa umat Islam negara ini yang berkunjung ke hotel terdedah dengan memakan makanan yang tidak halal. (msomelayu)

Ini sudah berat. Hari-hari kita keluar masuk hotelkan? Terutama pada yang outstation.

Jawaban Mashitah ialah kerana ia tidak mendapat kerjasama daripada pihak hotel dan tidak ada akta khas untuk menguatkuasakan hotel mendapat sijil halal dan menyediakan makanan halal. Selain itu katanya adalah rumit bagi hotel menyediakan dua dapur - halal dan haram kerana ia melibatkan pengubahsuaian dan memerlukan perbelanjaan.

Aku tak kira ko sape?UMNO atau PAS atau PKR dan yang aku nak tekankan kat sini ialah kita semua mengaku ISLAM!!. Kita beramal dengan ajaran ISLAM. Walaupun tahap kefahaman seseorang tu berbeza antara satu sama lain. Haram itu merangkumi bekas yang diaorang buat masak. Itu adalah perkara yang asaskan? Secara logik pejadah pulak tukang basuh mangkuk, pinggan tu nak menyamak hari-hari kat belakang tu.

Apa yang aku nampak hikmah disebalik pengharaman sesuatu makanan dan minuman itu. Termasuk juga air setan yang orang-orang besar kita selalu tonggang tu. Maklumlah apa kelas minum teh o limau kat hotel kan? Pastinya ia berkait rapat dengan perangai dan akhlak seorang peminum tu kan? Maklum dan logik ia menjadi darah daging dan membentuk peribadi seseorang. Secara mudah faham, orang yang mentedarah benda haram ni akan ditunjukkan sedikit sebanyak perangai macam haiwan diaorang tu. Tak mau terima kebenaran dan menyokong kemungkaran.

Sekarang kita masuk sessi kedua. Maksud aku disini ialah penghayatan agama disisi orang yang menganut agama ISLAM di Malaysia ini. Belum kira bantahan dari mereka-mereka pada apa yang dikeluarkan dari Majlis Fatwa dan Jabatan Mufti Negeri. Ini termasuk juga cendekiawan agama dari universiti hatta guru agama di sekolah. Semua seperti mencurah air di atas daun keladi kan? Aku kagum dengan mereka-mereka ini kerana tidak berputus asa. Aku harap pada yang baca posting aku ini pun sama. .

Aku heran seorang yang bertaraf doktor mempunyai jawapan sedemikian rupa. Aku lebih berminat untuk mengetahui langkah pencegahan dan tindakan yang akan dibuat, bukan mendengar alasan yang tak masuk akal. Ngko bukannya takder kuasa. Jawatan pun taraf menteri. Bukan guru sekolah rendah. Fikirkanlah wahai mak menteri......

,

So kena tunggu bakal pak haji kita sorang tu balik la kan?

Thursday, December 4, 2008

55-Tak lama lagi 1 Januari

Gua dah pening. Mana gua nak kobok beli tali pinggang belakang keta gua ni. Gua nyampah betul tengok pak menteri ni. Asik nak suruh gua keluar duit aje. Dia ingat gua ni cap duit ke? Gua kerja separuh mati nak bayar bulan kereta pun senak perut. Dah sekarang gua kena cari duit pulak nak modified pulak kereta keluaran negara gua ni.

Gua rasa pak menteri dalam negara gua ni tau buat statistik tak? Baper orang cedera dan mati tak pakai tali pinggang belakang berbanding sebab jalan macam lorong pegi kebun? Kenapa mesti buat benda yang kasi gua susah hati? Kenapa tak buat benda yang menyenangkan hati gua?

Gua nak bagi tau lu pak menteri yang tol gua bayar hari-hari tu pun jalan standard jalan kampung jugak. Beralun-alun buat gua bocor perut. Kalau gua lapar lama dah perut gua masuk angin. Bila perut gua masuk angin nak makan pun tak lalu. Dan kerja gua kat opis conform terbarai.

Lu ingat gua bodoh ke pak menteri? Kereta lu jual dalam negara ni nombor 2 paling mahal selepas Singapura. Lagi murah berbanding negara luar. Gua kira kereta yang lu keluarkan untuk rakyat lu. Dashbord gua berapa kali berganti skru. Nasib baik kereta gua tak terbelah dua masa gua pandu. Lu bagi sampah kat gua lu tau tak? Pastu lu suruh gua pangkah lu? Lu mereng ke?

Gua bukan nak mengungkit pasal jasa lu. Sebab lu tak berjasa. Lu buat kerja sikit tapi lu tibai duit rakyat lu stok lu makan anak-beranak cukup sampai kiamat. Lu bantai suka hati agama wa. Lu kalau pandir toksah nak cakap bukan-bukan. Gua ingat semua benda yang lu cakap sebab gua pendendam.

Kalau gua nak cerita pasal kereta kat lu sampai besok la gua menaip. Takpe. lain kali gua kutuk lu lagi. Mesti lu happy

54-Kepada yang berkenaan.

Isu dalam negara kini pelbagai cerita menarik. Paling best bakal pak menteri perdana cakap jangan sidai kain bersepah-sepah kat beranda apartmen. Tak cantik bila mata menengok. Bagi gua pejadah pak menteri ni cakap macam ni?

Gua tau lu kalau boleh mesti nak cakap hari-hari kat tv, radio ngan sok kabar. Supaya orang tengok lu macam buat kerja. Nampak lu gempak. Tapi sayang la wahai pak menteri. Lu turunkan stended lu.

,

Agak2 lu orang sumer, kelakar tak kalau lu tengok tv nampak Obama cakap pasal makanlah buah-buahan tempatan atau masilah kita pergi melancong dalam negara...

53-Bapak penyayang

Gua ader sorang kawan. Perangai dia memang pelik. Benda yang gua tak suka buat dia suka buat. Contohnya sorok kasut gua time gua masuk bilik dia. Gua memang tak suka sorok kasut gua. Kelmarin dia tunjukkan pada gua yang dia ni bapa penyayang. Susah carik lelaki macam dia. Dalam pelik-pelik dia pun dia masih boleh tunjukkan betapa penyayangnya dia ni pada anak dia.

Gua masuk bilik dia cari anak dia. Takder tapi pesal gua jumpa benda alah ni..

,




p/s nama dia lan panjang

52-Kisah semalam

Bawak CD citer Madagascar 2. Berkobar-kobar nak tengok...

,



Komputer sampai 3. Tapi CD pulak buat cilake...

Wednesday, December 3, 2008

51-Surat untuk Encik Wenger.

Lu apahal? Nape kalah semalam? Lu tau tak jiwa gua asik hancur tengok anak buah lu buat perangai. Gua pelik la lu ni. Pehal lawan Chealse ngan Devil tu lu boleh menang. Tapi lawan team kampung lu boleh tebarai? Gua penat dah ni. Asik berdebor-debor je bila anak buah lu main. Otak gua pun makin sakit. Gua banyak nak pikir ni lu tau tak. Pasal ekonomi umah tangga gua lagi. Mana nak pikir bayar duit tol lagi. Pak menteri gua dah la hari-hari buat lawak. Takkan lu pun nak join diaorang buat lawak gak. Lu jangan la seksa batin gua.

Untuk pengetahuan lu gua makin kurus dah. Bukan sebab gua amik dadah. Melacurkan diri jauh sekali. Gua rasa cukup dah ilmu pengetahuan abah ngan mak gua kasi sama gua. Jadi gua tau la mana yang boleh, mana yang haram. Gua bukan macam pengkid KL yang melolong tempoh hari. Gua rasa lu pun mesti tau kan? Sebab kuar sok kabar hari2 sebab negara gua bukan ader berita sangat pun. Berita artis bercerai banyak la.

Encik Wenger. Gua lama dah sokong team lu. Gua juga sokong lu. Lu gua tengok cerdik gak banding orang lain. Team lu unik. Pandai lu latih budak-budak lu. Tapi nape pulak kalah lagi malam tadi? Bini lu buat hal ke? Kalau dia buat hal apa susah. Lu carik je lain, senang. Lu bukannya miskin macam gua. Gua lain la. Gua tak pandai meniaga.. Apa lagi nak beli player dan jadi player. Gua cuma pandai menjerit depan tv je. Tu pun time team lu beraksi atau pak menteri gua buat lawak.

Sebelum gua label lu jadi macam pak menteri gua, baik lu hentikan jadi pak lawak kat tv gua. Tak pasal-pasal gua kena beli tv baru pulak. Gua ni orang muda. Darah pun muda. Lu tau kan?

Oklah. Gua ader kerja lain.

50-Harga barang akan turun - Pak menteri Shahrir Samad

Harga barangan di seluruh negara dijangka dapat diselaraskan dan diturunkan mulai suku pertama tahun hadapan berdasarkan penurunan harga bahan mentah di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar) memberi jaminan itu berdasarkan kajian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berikutan penurunan harga minyak di pasaran buat masa kini.

Menurutnya, kadar harga barangan keperluan pada masa sekarang masih sukar diturunkan secara menyeluruh kerana masih terikat dengan kos pemprosesan yang lama semasa harga minyak berada di paras tertinggi.

''Harga-harga barang keperluan yang telah siap diproses seperti susu dan minyak masak tidak boleh diturunkan kerana penurunan harga minyak di pasaran baru sahaja berlaku dalam masa beberapa bulan ini,'' katanya.


Lamputih cakap - Lu orang sumer percaya ke apa yang orang tua ni cakap. Mak gua kata kena hormat orang tua tapi tak perlulah nak percaya semua apa yang orang tua cakap. Sebab tu sume gula-gula dari dia yang membolehkan lu orang semua sakit gigi. Upah cabut gigi skang mahal . Mana ada sen. Takkan nak guna duit tambahan selepas di tolak caruman dari 11% ke 8% kan. Tak berbaloi.

Lu wahai pak menteri, pesal lu sayang sangat compony susu tu? Lu bagi je la subsidi kat compony tu. Gua tau skang lu tak bagi subsidi minyak lagi dah kan? Dah??? Pehal yang kemut sangat? Bukan duit lu pun. Tak cukup kang lu tibai la duit Tabung Haji ke? Zakat ke? Payah sangat lu korek je tabung masjid time hari Jumaat. Mana penting, compony susu ke pembeli susu? Bukan sume orang boleh proses susu sendiri. Orang-orang yang terpilih je boleh. Tu pun limited edition.

Ada otak pakai la wahai pak menteri!!!

49-Bogel la pulak orang kita sekarang

Nekad bogel di majlis MB
Oleh Nazarali Saeril
nazarali@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Satu pasukan khas nekad dikenali ‘Skuad Berani Bogel’ akan ditubuhkan Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) bagi meneruskan usaha menuntut supaya kerajaan Selangor menurunkan kadar sewa unit kediaman di Program Perumahan Rakyat (PPR).

Skuad Berani Bogel terbabit nekad berbogel di khalayak ramai pada majlis yang dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, jika kerajaan negeri gagal mengkaji semula kenaikan sewa rumah PPR.

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar, berkata pihaknya memberi tempoh hingga 12 Disember ini kepada Abdul Khalid membuat keputusan menurunkan semula kadar sewa daripada RM250 sebulan kepada kadar asal iaitu RM124 atau demonstrasi berbogel akan diteruskan.


Lamputih cakap - Ni apa ke haram nak buat perangai tak senonoh ni? Ni dulu sekolah atau tak? Belajar moral tak? Ni nak salahkan sapa ni? Cikgu yang ngajar ke atau mak bapak?

Lu bagi tau bila lu nak buat demo ye. Gua lama dah tak cuci mata ni. Penat jugak hari-hari pegi balik opis je. Lagi best lu buat malam minggu. Jemput ramai-ramai sket pompuan-pompuan yang cun. Kalau ader yang kacukan punya pun ngam gak. Tengok santai sambil minum nescafe tarik ngan rokok import sebatang...Pergghhhh....... Masyuk gak!!

'

Jangan lupa buat masturbasi skali.

48-Minyak turun lagi

Kita harus bersyukur. Minyak turun hari ni. Tapi percayalah yang barang-barang takkan turun. Kalau turun pun adala 20 sen sekilo bagi beras hancur 15%. Dulu masa naik otak letak kat mana wahai pak menteri?

Tol apa citer? Aper kejadah kalau ulang alik kerja je makan 400 ratus sebulan? Mana ader orang masuk opis pukul 1 pagi. Tak kesian ke kat orang2 macam aku ni yang baru nak berkarier? Anak ko boleh la. Muda2 dalam bank dah ada 2,3 juta cash. Pastu tonggang air setan macam nescafe tarik yer tak? Layan pompuan cun macam beli seluar dalam kat supermarket. Hancur negara ni ko jaga wahai pak menteri....

Sumer orang lu tibai rata.. Melayu,Cina,India,Kadazan,Bidayuh...

Skarang ni sumer tunggang-langgang kang wahai pak menteri? Apa ajer yang tak terbalik?
Mat rempit makin ramai kan? Walaupun lu dah hantar diaorang tengok impak maksima the musical. Walau pun lu dah hantar diaorang terjun kat kutub. Patutnya lu hantar diaorang buat umrah. Baru berkesan insaf.

Budak sekolah makin jahat kan? Gua dengar skang guru asik turun naik court kan? Polisi haram lu gua tengok lebih bela budak dari guru kan? Lu guna kaedah mana tu? Jerman ke Rusia?

Bohsia apa khabar? ada ke takda skang ni? Lu tak supply kat diaorang condom free ke? Bagi perisa oren ngan nescafe la baru masyuk. Kang muda-muda dah kena AIDS susah nanti. Silap2 lu pulak terbuat menantu. Dah parah pulak lu punya keturunan ada penyakit.

Tahun ni lu antar lagi tak orang pegi angkasa? Kasi dia main layang-layang pulak tengok boleh terbang atau tak. Dulu lu dah supply gasing kan kalau gua tak silap? Kesian dia merata ceramah semata-mata nak dapa RM8,000. Kalau tak kang mana nak beli umah, beli keta. Apa barang angkasawan pakai kenari atau kelisa. Kurang-kurang BMW 7 Series. Anak lu boleh takkan angkasawan tak boleh.

Gua bukan nak bantai lu pak menteri. Tapi lu bantai pembangkang pejadah. Sapa yang jaga negara ni skang? Lu ke Anwar ibrahim. Anwar kondem lu memang patutla. Nama dia pun pembangkang bukan penyokong. Lu dulu BM SPM dapat berapa? Esok2 Anwar memerintah jom kita sesama bantai dia pulak. Kira adil la kan.

Esok-esok gua bantai lu lagi ye. Penat naip. Lu bukan sedar pun. Lu otak udang!!

47-Politik yang berterabur, Ekonomi yang caca-merba

Kalau fikir-fikir balik, sememangnya dunia ini makin terbalik. Udah di usia tua gamaknya dunia ini. Perlu menunggu untuk kiamat. Kalau baca surat khabar makin bingung dibuatnya.

Pejadah KWSP caruman turun jadi 8%. Automatik pulak tu. Bangang ke apa? Apa motif? Patutnya yang nak jadikan 8% la yang isi borang. Dah la kerja swasta takde pencen. Sok dah bersara nak mentedarah apa? Ni sume nak rebut tender kertas la ni. Supaya orang isi borang banyak2 maka boleh terjual kertas yang bertimbun-timbun.
Alasan apa yang ko nak pakai wahai pak menteri? Supaya orang boleh berbelanja sakan? Kalau bertambah RM60 tu nak buat apa? Bayar downpayment umah? keta? Beli saham? Melancong? Ngok betulla.
Cuba tengok balik krisis ekonomi 97. Apa jadi pada budak muda2 bila syor berbelanja guna kredit card? Muda2 dah bankrupt. Arghhhh...gila!!!

Tuesday, December 2, 2008

46-Kisah jahat

Gelak aku bca citer sultan ni. Macam-macam perangai yer tak time ponteng dulu. Ingat balik kisah2 lama masa kat skolah. Masa tu otak pun tak baper nak center. Asik nak pikir seronok je. Jadi tergerak pulak hati aku nak citer kisah masa budak2 dulu buat jahat..hahaha



,

Tak baik bukak pekung di dada..Apa raaaa

45-Semalam di SS Racing











Memandangkan boss bercuti, jadi aku pegi la merayau ketika waktu rehat di SS Racing... Terus jadi jakun tengok barang keta yang bermacam2 bentuk dan warna. Buta warna tapi takder duit.


,




Pinjam sket duit buleh?
p/s Aku bukan takder idea. Tapi macam penat pulak nak naip panjang-panjang. Jadi letak gambar jer la ye..

44-Hari ini lambat masuk office


Ader member aku sorang tu. Perangai macam beruk. Suka ajer nganjing aku hari2. Nama dia lan panjang. Dia yang berdiri tu. Yang

duduk tu nama dia lakam...hahahahahhahahah

p/s takder idea aku

43-AS cipta Al-Quran palsu, tolong disebarkan

Aku ketik dari blog ini. Cuma berharap kita semua alert benda-benda yang nak menjahanamkan orang Islam sekarang. Walaupun ramai jugak la yang dah lalai..

Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang diedarkan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 syarikat percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! mempunyai lebih dari 366 halaman iaitu dari bahasa Arab dan Inggeris, sekarang khabarnya diedarkan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah-sekolah berbahasa Inggeris disana.

Bukunya sendiri memuatkan 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil.
Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristian tentang tiga tuhan.Dan banyak sekali bertentangan dengan pelbagai kepercayaan dalam
Islam, seperti mempunyai lebih satu isteri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM.

Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim tentang info ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang mendustakan Agama Allah SWT.

Ini alamatnya:

http://www.islam-exposed.org/

Monday, December 1, 2008

42-Amaran banjir buruk di Pantai Timur

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Keadaan banjir di Pantai Timur terutama di Kelantan dan Terengganu berkemungkinan menjadi lebih buruk berikutan amaran hujan lebat peringkat jingga dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini....

Lamputih cakap - Samada bala atau ujian tuhan, diharapkan saudara kita disana tabah menghadapi segala kemungkinan dan kesusahan. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah.

41-Bola yang bulat

Menang lagi setelah kekalahan 3 kali berturut-turut. Tapi nape kalah pada pasukan kambing dan boleh menang ngan pasukan naga? Dah gila ke? Saje je nak buat orang berdebor-debor. Ceh!

40-Hari ni masuk kerja balik.

Hari minggu yang boring dan takder buat apa2. Just pegi umah member kawin di Banting. Bapakla jauh... Naik pulak highway KESAS. Perghhh. Tol macam *****. Aduh. Rabak lagi budget hari-hari yang mendatang. Bila la boleh pakai Subaru macam ni.

Kereta dah pakai HKS EVC. So bolehlah tengok tahap boost keta aku yang tak menentu tu. Ermm, boring!!

Boss cuti 4 hari..Jadi bolehlah berenang dalam bilik kan?