Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, June 4, 2009

Tenaga Nuklear untuk negara kita, boleh tak?

Lagi gua jumpa posting Tun mahathir tentang Nuclear Power. Beliau tidak bersetuju dengan penggunaan tenaga nuklear bagi menggantikan sumber tenaga yang ada.

Gua tak la otak canggih sangat. Tapi untuk compare dengan tragedi Hiroshima dan Nagasaki adalah tidak adil. Begitu juga kes di Chernobyl di Russia. Kan berbeza situasi tu. Pada negara-negara jiran bersungguh-sungguh berlumba memajukan teknologi baru ini, kita pula bersungguh-sungguh pandang ke belakang. Takkan masih lagi nak guna arang batu. Kodi la macam ni negara gua.

2,3 hari ni pulak PM baru kita berminat dengan tenaga nuklear. Pasti ada maklumat baru tentang keselamatan untuk menggunakan tenaga baru ini yang menarik hati beliau. Come on la bro, ni kan tahun 2009 bukannya 1909.

Lagi pulak, pasti ada sebab kenapa negara-negara luar berlumba untuk menguasai teknologi ini. Gua yakin ia menjimatkan dan lebih mesra alam berbanding dengan tenaga konvensional yang ada asalkan mengikut piawaian yang telah di standardkan. Untuk sisa radioaktif pulak pasti sudah ada cara terbaik yang di gunakan bagi pelupusan, kalau tak kang ramai pulak Incredible Hulk kat Amerika nun.

Sila google untuk mengetahui lebih lanjut perihal keselamatan penggunaan tenaga nuklear ini atau hubungi Agensi dalam negara yang terlibat secara langsung tentang teknologi ini.

***

Gua syak kes IPP ni ada kena mengena dengan kroni sesorang la...hehe

No comments: