Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, January 30, 2009

92-Kita hanya boleh mengajar tapi tak boleh mendidik, tapi kalau anak sendiri gua tak pasti.

Hari Isnin lalu saya jumpa ramai kawan-kawan yang sesama belajar dengan saya di Universiti dulu. Sebabnya kita berjumpa di majlis orang kahwin. Ya, kawan saya dah kahwin. Kawan saya ni baik dengan saya. Jadi saya gagahkan jugak diri untuk menghadiri majlisnya itu.

Setiap yang saya jumpa saya sapa. Bertanya khabar dan kisah yang terbaru. Paling advance bila masing-masing sudah mula mendukung anak. Hebat. Rata-rata memberitahu saya sudah mendapat tempat di sekolah-sekolah. Menjadi guru. Lagi hebat. Saya terpegun dengan jiwa kental mereka. Saya sudah serik menjadi guru. Selama 2 tahun macam hell buat saya ketika menjawat jawatan guru. Saya resign!!

Malam tadi jumpa lagi seorang sepupu saya. Ini pertama kali selepas dia berkahwin. Dia pun guru. Bercerita pasal sekolah buat saya makin berdebar-debar. Ganas rupanya kehidupan sebagai guru ini. Nak tahu:

1.Ada rakannya tidur lokap semalaman hanya kerana rotan murid. Sekali pulak tu.
2.Ada yang kena saman RM240,000.00 juga sebab rotan budak. Nasib baik menang.
3.Guru tidak boleh merotan murid walaupun sekali.
4.Guru tidak boleh bawa rotan kedalam kelas. Walaupun tidak berniat untuk rotan (Acah aje)
5.Jalan di koridor bawak rotan pun tak boleh.
6.Yang boleh rotan hanya pengetua sahaja. Pengetua pulak perempuan. Hati lembut.

Lu boleh bayangkan tak? Agak-agak lu susah tak nak didik bebudak sekarang?

Sekarang gua tak heran pesal budak skang asik shuffle je!!

Thursday, January 29, 2009

91-Kecenderungan dan hobi kita hak kita. Jangan kita sia-siakan.

Manusia dilahirkan punyai pelbagai keinginan, hobi, minat atau kecenderungan. Ada yang simple dan ada jugak yang sopistikated (maaf gua bangang inggeris). Ada yang lama bertahan dan ada jugak yang ikut musim. Ada yang mendatangkan faedah dan ada jugak yang membuang masa, tenaga atau duit. Pokok pangkal ia terpulang pada citarasa masing-masing.

Kalau orang tanya saya, automatik saya akan cakap no komen!!. Sebab ia adalah hak peribadi.

Dewasa ini pelbagai kecenderungan manusia dapat kita semua perhatikan. Dari semiskin orang hingga manusia yang paling kaya atas planet bumi ini. Layari sahaja world wide web ini, anda akan teruja melihat betapa kreatifnya manusia mengeksploitasi dunia untuk kepuasan diri masing-masing.

Siapa pun pastinya punyai kecenderungan dan minat. Kalau dari lahir sampai ke mati takda langsung minat atau keinginan pada sesuatu maka selayaknya kita panggil dia binatang atau tumbuh-tumbuhan. Kerana kambing takkan minat pada muzik indie. Lembu pulak tidak akan menari shuffle walaupun cikgu Linda Jasmin yang mengajar. Mawi pun pandai shuffle kalau cikgu Linda yang ajar.

Berbalik pada diri saya, kecenderungan saya pada membikin kenderaan (basikal, motosikal dan kereta). Bukan membaik pulih ye kerana sepatah haram saya tak tahu apa-apa tentang membaiki kereta. Saya dulu tak belajar mekanik di Universiti. Kesimpulan yang saya boleh buat keatas diri saya ialah saya minat pada kenderaan yang boleh di modifikasi ke tahap yang lebih laju. Lori diesel saya tak minat.

Pesan saya sebagai penutup posting kali ini ialah tak kira macam mana sekalipun minat dan kecenderungan kita, pastikan tidak melampaui batas sehingga mengorbankan hak-hak orang lain, menyakiti jiran tetangga, melupakan tanggungjawab sebagai seorang yang punyai agama, amanah dan sebagainya. Pastinya akan ada orang disekeliling kita yang menyokong apa jua yang kita lakukan. Asalkan ia berfaedah dan tidak membazir.

Wassalam.

Wednesday, January 28, 2009

90-Semangat yang pudar, gua rasa la

Gua masuk kerja hari ni dengan semangat berkobar-kobar. Minggu lepas punya lah busy. Dan gua kira-kira, Ehud Olmert pun tak sebusy macam gua ni. Walaupun begitu gua tak ketinggalan layan blog lu orang semua. Ini kerana gua adalah prihatin dan cintakan maklumat.

Lepas aja setel aja kerja gua yang gila babi banyak minggu lepas, secara automatik cuti pulak negara tercinta gua. Senyum lebar gua sebab boleh rehatkan badan ni yang dah mula sengal-sengal bisa. Masa yang ada gua peruntukkan secukupnya untuk family gua, awek gua dan rakan-rakan gua. Gua layan semua ibarat macam setahun tak jumpa. Padahal baru je jumpa minggu lepas..Apa gua merepek ni??

,

Betul gua semangat datang opis hari ni, tapi aperhal ntah mee kolok ni. Jumpa je gua dia beritahu gua dia nak pegi buang air besar!! Gila betul dia ni.

Thursday, January 15, 2009

89-Berhati-hati untuk berbuat baik. Jangan baik sangat walaupun niat lu nak menderma tu ajer dah dapat pahala.

Lu nak menderma? Lu memang suka menderma? Lu memang baik. Tapi kita kena bijak. Jangan derma sebarangan. Nanti duit tu tak kemana. Orang ramai ambil kesempatan masa ni.

Paling mudah lu nak derma pada Palestin melalui sesebuah institusi. Lu kena kaji background institusi tersebut. Betul ke dia ni berjuang untuk Palestin. Kalau dia sedekah pada Fatah lu agak-agak duit tu pegi mana? Harus diingat Fatah tak berjuang melawan Israel. Dasar dia berbeza dengan Hamas. Fatah cukup suka main gay. Lu kena berhati-hati.

Kerajaan kita baik dengan Fatah!!

Tuesday, January 13, 2009

88-Perhatian..Untuk yang sensitif aje. Mamat kat bawah ni citer lain

Gua ni kering orangnya. Tak sensitif, kaki pukul, hobi menerajang orang. Setakat orang nangis-nagis kat gua memang gua takder simpati. Ganas-ganas gua tertengok jugak gua citer persandingan Mawi-Ekin.Hampeh, lahanat betul la gua ni.

Lagi gua nak riak ni. Dulu kecik-kecik hobi gua bantai anjing. Gua jumpa anjing ni macam mak gua tengok kucing larikan ikan. Abis satu taman gua kejar dengar basikal. Tak patah kaki anjing tu gua kerjakan, tak pun gua kasi cat satu badan dia.Memang maksimum punya ganas la gua ni.

Orang cakap jelingan gua memang boleh kasik runtuh jiwa samseng-samseng kat kampung gua. Ya, daringan gua boleh bawak maut. Kalah jelingan Ziana Zain. Setakat nak compare ngan Ehud Olmert tu apa la sangat. Nak pulak George Bush, elehhh... sedikit macam pondan gua tengok. Nasib baik gua bukan gay...

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah gua boleh dikategorikan hati komando la.. Rayu macam mana pun la, Hati gua tetap kental.

,
Tapi sekental hati gua, gua tak letup bom fosforus kasik bunuh kanak-kanak kategori bayi, 30 orang sekeluarga, takpun tembak roket kat kampung-kampung bukan orang samseng. Semua orang lemah tu. Semangat je yang kuat..

Cilakak punya zionist..Mampuslah ko lepas ni!!

p/s Gambar kat bawah ni bukan gua. Badan gua solid.





Wednesday, January 7, 2009

87-Gua dah cakap, Cagu dan cekam adalah wangian terharum di alam buana ni.

Suatu hari iaitu semalam boss gua tak datang. Bila boss tak datang mulalah aktiviti renggangan badan budak-budak ni lakukan. Gua pun tak terkecuali walaupun hari-hari gua buat renggangan badan, tangan dan juga kaki. Tak kiralah boss ada atau pun takda. Mee kolok, opismate gua tetiba pulak jadi rajin. Padahal time boss ada pun dia bantai tido sampai 3 jam. Itu gua tak kisah.

Saya memang minat dengan kamera ni. Suka amik gambar kandid. Member saya sorang ni iaitu biskutlemau ni khusyuk buat apa ntah. Saya perati je. Last-last saya amik gambar..

,


Mula-mula
Selepas 45 minit,


Dan selepas satu jam..
Arghh...gila!! Boleh pulak dia tahan bau kaki lama-lama..


Monday, January 5, 2009

86-Oh Abou Treika!!

Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.
Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.
Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan "تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza".
Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra, Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza, berani berseorangan menegakkan kebenaran.

Lamputih cakap - Pemain bola sepak Malaysia sibuk pegi kejar artis pulak!! Lagi canggih!!
p/s credit to artikel hangat

85-Mangkuk betul la.

Dulu kecoh blog hina nabi. Nampaknya ada lagi. Tak serik-serik mamat ni. Yang aku heran puak berkuasa buat apa?

http://adibahahmed.blogspot.com/ Kot sensitif pegi la flag blog gila ni!!.

Friday, January 2, 2009

84-Masih lagi gua pilu

Tahun 2008 sudah tutup tirai dan sekarang masuk dah 2009. Gua masih lagi berkabung untuk rakyat Palestine. Lagipun otak gua tak boleh proses kejadian-kejadian brutal macam ni. Jadi tahun baru gua sambut ala kadar je. Takder buat makan-makan, rayau tak tentu hala. Duduk kedai minum yang gua selalu pergi tu aje.

'

Masih lagi berborak pasal Palestine. Semalam seorang dari 5 pemimpin Hamas syahid. Al-Fatihah!!