Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Tuesday, March 31, 2009

130- Berita macam ni agak-agak mustahil kita boleh dengar selalu.

Gua agak rakyat Malaysia mungkin tak perasan atau mungkin taknak amik tahu. Semua maklum ekonomi tahap-tahap hell skang ni. Bila-bila aje orang boleh terbarai takda kerja, hilang umah atau keta kena tarik..

Harga ayam turun hingga 40 sen

KUALA LUMPUR: Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) semalam mengumumkan penurunan harga ayam daging antara 30 sen hingga 40 sen sekilogram disebabkan kelembapan ekonomi dan lebihan bekalan di Semenanjung Malaysia.

***

Gua syak bukan pasal kelembapan ekonomi ni. Puak-puak peniaga ni gua tau tang maksimum untung itu dah jadi tradisi. Mungkin sebab ni atau KFC ngan McD orang boikot!!

Kiranya pandai jugak orang-orang Malaysia ni berjimat cermat tak makan ayam selalu atau ini semua jasa budak-budak Palestin yang kena BOM!!

129-Kita boleh berpolitik ke tak?

Gua selak-selak akhbar internet ni. Tersentuh satu berita sebab gua pernah jadi guru.

Pendidik perlu bersikap neutral, elak pegawai kerajaan lain tuntut hak sama

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk membenarkan guru Kumpulan A bergiat aktif dalam politik tidak sesuai dilaksanakan kerana ia dikhuatiri boleh memecahbelahkan warga pendidik di sekolah, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Dah tu sapa yang boleh citer pasal politik? Peniaga pasar malam? Kobar kata negara demokrasi?

***

Yang wa tahu pegawai kelas A kena sokong lu. Macam la gua bangang!!


Ismail mengulas cadangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, supaya golongan pendidik, terutama guru Kumpulan A diberi kelonggaran dan kebenaran untuk terbabit dalam aktiviti politik serta memegang jawatan dalam parti.

Dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno Sabtu lalu, Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kepakaran golongan itu dapat digembleng dan dimanfaatkan bagi memantapkan lagi Umno.


***
Parti lain? Macam haram!!

Monday, March 30, 2009

128-PMRAM tu asalnya parti ke wahai Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan?

Balik hari Jumaat dari Ipoh memang gua penat gila. Hari ni baru gua dapat update. Tak banyak yang boleh diceritakan. Cuma sekarang panas isu PRK kat tiga tempat. Itu banyak blog dah cover story. Biar gua cerita yang lain.

Ada satu berita yang gua cukup-cukup tak puas hati terkeluar kat kaca tv masa gua duk santai-santai kat rumah..


Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan di Perhimpunan Agung UMNO kelmarin menggesa supaya PMRAM diharamkan dan biasiswa anggota Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.


"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut. "Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.


***

Masa gua belajar timur tengah dulu, setahu gua ada kelab yang berbunyi Kelab Umno Mesir yang berpengkalan di Robaah, Madinah Nasr, Kaherah. Yang ni pejadah haram apa pulak? Kelab ni siap ada opis lagi kat DMAK kat Abbasiyyah. Lepas tu bantai PMRAM sampai susah budak PMRAM nak berurusan dengan kedutaan.

So nak kata apa lagi? UMNO tu mana asalnya kalau lu orang kata Kelab UMNO Mesir tak berpolitik? Kenapa tak namakan Kelab Kambing Mesir ke? Kelab Kunci Mesir ke?

Takda pulak gua tengok bebudak PMRAM ni suruh undi PAS masa kelas tafaqquh?

***

Takkan ni level otak bebudak UMNO yang belajar kat luar negara? Bodoh tahap lembu!!

Tuesday, March 24, 2009

127-Besok wa Outstation sampai Jumaat..

Boss gua baru call tadi petang esok kena gerak terus pegi Perak ada projek yang perlu pemantauan. Kejang gua pasal tak leh update blog. Ni dah tahap ketagih ni.
Jadi keluarkan check bateri kamera kot ada lagi tak, kang kot kejong gua tak berambik gambar kat Perak nun. Sah-sah gua kena bambu..

Beg kamera punyalah besar. Kamera pun besar. Dah tahap boleh patah bahu ngusung benda alah ni ke hulu ke hilir..
Gua leh amik gambar flash je pasal kameranya tengah ngambik gambar..haha
***
Perak apa makan yang best??

126-Zaman-zaman Nazi dulu pun tak macam ni!!

Maka berhimpunlah sekalian rakyat jelata untuk dengar pengumuman dari Tuan Presiden sapa yang akan bertanding untuk pilihanraya akan datang. Beribu-ribu datang. Khemah pun dah pasang. Pakcik topi merah siap berkawad dihadapan pentas dengan muncung air gatal. Nasib baik takda keta kebal ngan jet pejuang.

Assalamualaikum..
Dengan ini saya mengumumkan siPolan bin siPolan akan mewakili parti kita bertanding untuk pilihanraya pada 7 April nanti. Terima Kasih. Majlis bersurai ditutup dengan tasbih Kifarah dan surah al-Asr.
Assalamualaikum..

***

Ini arahan dari pihak berkuasa kerana permit yang dikeluarkan hanya untuk pengumuman sahaja manakala ceramah politik tidak dibenarkan. Apakah??

125-Kerja abang topi merah untuk menyembur hanya satu je kan?

Gua bagi dalam bentuk point. Penat semalam berlari sana berlari sini..





1. Budak-budak pegi berkumpul tengok artis AF terkinja-kinja atas pentas pastu dah tentunya tak sembahyang maghrib abang topi merah tenang je kan?


2. Budak-budak berpeluh sakan pegi konsert sunburst sampai tipu mak bapak dan tak jugak sembahyang maghrib pun abang topi merah releks aje kan? Gua syak mau jamak sembahyang start dari asar lagi.


3. Mak bapak bawak ke anak pegi funfair jom heboh bawak ke malam tengok konsert pun gua syak qada' sembahyang pun abang topi merah releks aje kan?


4. Mamat-mamat serta minah-minah bola pegi tengok final piala Malaysia pastu ngamuk-ngamuk dan rusuh-rusuh bila pasukan sendiri kalah, abang topi merah pun releks aje kan? Yang ni gua syak dia jamak solat asar bawak ke maghrib dan isyak!!


5. Mat-mat rempit malam minggu tak pun malam merdeka kat Port Dickson menjahanamkan masa depan sendiri serta upacara aqiqah anak dara melayu kat semak-samun pun abang topi merah releks aje kan? Tak usah cakap pasal sembahyang kat sini?


6. Disco-disco malam minggu penuh bila ada jemputan artis antarabangsa yang padat semacam sampai nak bernafas pun susah dah tentunya tonggang kencing syaitan mabuk-mabuk pun bawak lupa nak ke sembahyang pun abang topi merah releks aje kan?





***



Dah tu apa jadah orang-orang tua yang datang dengar ceramah politik lepas solat hajat ramai-ramai yang gua yakin sembahyang maghrib pun tak terbabas rajin pulak lu pergi sembur air kimia?
Nasib baik lu tak sembur orang pegi ceramah Maulud Nabi!!





Monday, March 23, 2009

124-Apa gila ayam pun dah tak halal skang?

Ada la dalam 2,3 minggu lepas gua pegi Tesco. Gua tak beli pape pun. Duit takda dan masih dalam mood boikot barang-barang yahudi. Takpelah beli kat kedai runcit, mahal pun mahallah. Ramai gak ye orang melayu kat sana beli barang.

Perasan jugak ada tempat asing untuk barang-barang basah yang tak halal. Gua yakin sana mesti daging babi dengan biawak. Ayam takde!!

AKHBAR BERITA HARIAN TARIKH 20-02-2008
3 pembekal ayam tak sembelih disaman
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.





***

Padanlah skang perangai orang sebijik-sebijik macam yahudi

Saturday, March 21, 2009

123-Kenyataan Datuk Shah Rukh Khan di India Today

Datuk Shahrukh Khan memberitahu India Today hari ini beliau terkejut mendapat berita bahawa Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang dari bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. "Kita di Mumbai sangat sayang dekat Datuk Seri Mohd Ali. Tapi ikut undang-undang, apa boleh kita buat."

Ketika ditanya apakah beliau tersinggung dan terkilan dengan peristiwa tersebut, tokoh Bollywood yang mendapat gelaran 'Datuk' dari kerajaan Negeri Melaka tersebut telah mengatakan, "Cubit paha kanan, paha kiri juga terasa, tapi kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi pantai," katanya lagi menunjukkan kepakaran berbahasa Melayu.

Beliau juga menyatakan harapan supaya panel rayuan UMNO menerima kembali Mohd Ali dalam senarai calon jawatan nombor dua parti Melayu itu.

"Memang saya sependapat dengan KuLi, kerana adalah salah menyekatnya daripada bertanding seperti juga salah menghalangnya daripada membuang undi (dalam pemilihan Umno)."

Datuk Shahrukh Khan yang meminati iklim politik Malaysia khususnya negeri dondang sayang tersebut turut berharap Mohd Ali, yang juga ketua menteri Melaka, tidak meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri.

"Masih banyak lagi tokoh Bollywood belum diberi anugerah. Saya berharap kawan baik saya Shilpa Shetty dan juga Amitabh Bachan turut diberi anugerah yang sama. Tahun hadapan saya dan Aishwarya Ray merancang untuk membuat pengambaran selama 3 saat di Bukit Katil, jika jadi begini kami mungkin akan memindahkan lokasi pengambaran ke Geneva. Jadi saya berharap beliau akan membuat rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan bagi menghalang pemilihan parti itu, yang dijadual minggu depan, jika beliau disekat secara tidak sah daripada pertandingan tersebut. Setidak-tidaknya, rayuannya terhadap hukuman (lembaga disiplin) itu haruslah didengar sebelum pemilihan parti minggu depan."

India Today dimaklumkan kelmarin bahawa Mohd Ali, adalah calon popular untuk jawatan nombor dua Umno, didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya yang didapati bersalah terbabit melakukan sogokan politik.

"Begitulah politik. Macam asam pedas Melaka. Sebab itu saya tak mahu sertai politik. Lebih-lebih lagi di India ini, meskipun sistem demokrasinya lebih baik sikit dari sana. Dalam masa yang sukar begini, saya berharap Datuk Seri Mohd Ali banyak-banyak bersabar. Semoga Allah membantu beliau jua. Bila-bila nanti saya doakan." Tambah Datuk Shahrukh Khan sebelum beliau meneruskan pengambaran untuk filem terbaru beliau berjudul 'Ama Apa, Scapegoat'."

cilok dari http://muslimeen-united.blogspot.com/

Friday, March 20, 2009

122-K.A. dalam kenangan


"Ketua Penerangan DPPN9 yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Tampin, Negeri Sembilan, Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin telah kembali menemui ALLAH, jam 11.20 malam tadi (Khamis) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Disyaki akibat demam denggi.

Kepada saudara mara, sahabat handai dan kenalan boleh menziarahi jenazah almarhum di rumah mertua almarhum, Tn Hj Kassim (Rembawi) di Gedung Lalang, Ampangan, Seremban.


Menurut ipar beliau, Ustaz Suhaimi Kassim, jenazah akan di sembahyangkan di Masjid Paroi Jaya selepas Solat Jumaat.


Pemergian almarhum adalah satu kehilangan besar bagi Pemuda PAS Negeri Sembilan kerana ketokohan dan sifat kepimpinan beliau. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh nya dan ditempatkan bersama para syuhada dan para solehin. "
sumber - tranungkite
***
Teringat kenangan bersama beliau ketika di Mesir. Seorang yang sederhana dan merendah diri. Senang untuk berkawan dengan beliau. Pilu hati ni mengenangkan lama sudah tidak berjumpa. Last jumpa masa Cana kahwin kot. Al-fatihah..

121-Sedikit berita tentang ekonomi - Tukartiub

ARGENTINA MILIK NEGARA SYARIKAT KAPAL TERBANG AMERIKA

President Argentina Cristina Fernandez de Kirchner memaklumkan bahawa negara Argentina akan memilik negarakan syarikat persenjataan kapal terbang Lockheed Martin.

Ini berita baik untuk dasar ekonomi sosialis rakyat Argentina.


HARI HARI AKHIR SAEKOR DOLAR

LUXEMBOURG (Reuters) – Satu panel ekonomi PBB akan mencadangkan minggu depan agar dolar di mansuhkan sebagai ‘duit reserve’.

Dolar akan digantikan dengan satu bakul mata wang dari pelbagai negara yang lebih diyakini.



AMERIKA SYARIKAT TELAH MUFLIS/BANGKRAP

Federal Reserve Amerika akan membeli 300 bilion dolar kertas US Treasury dalam usaha untuk membantu kapitalisma yang sedang sakit tenat di Amerika.

Mengikut Puru Saxena, CEO dari syarikat Puru Sexna Wealth Management - dari segi teknikal Amerika telah bangkrap.

Ini kerana hutang Amerika adalah 4 kali ganda dari jumlah ekonomi Amerika sendiri.

Amerika akan menghadapi zaman meleset dengan timbunan hutang.



HUTANG AMERIKA

Jika Amerika ingin membayar hutangnya yang berjumlah 11 trilion dolar esok pagi maka setiap warga Amerika wajib mengeluarkan 36,000 dolar – untuk membayar hutang ini.


HUTANG JEPUN

Jepun memiliki hutang 7.8 trilion dolar. Jika esok pagi Jepun mahu membayar hutang ini maka setiap warga Jepun wajib membatar 157,000 dolar.



EKONOMI DUNIA

Ekonomi Dunia telah menguncup diantara 0.5% - 1.0%.

Inilah kali petama berlaku semenjak 60 tahun.

Angka baru dari IMF ini berlawanan dengan angka yang dilaporkan dua bulan dahulu dimana IMF meramalkan ekonomi dunia akan berkembang sebanyak 0.5%

IMF meramalkan negara membangun akan menghadapi zaman meleset.



SEBUAH NEGARA TERSELAMAT

Sebuah negara di Asia Tenggara yang di panggil Malaysia dikatakan akan selamat dari malapetakan krisis kapitalisma ini.

Menteri kewangan Malaysia telah berkata ‘ our economy has no problem and our fundamentals is strong’.

Media media para wartawan kang kong di Malysia selalu melaporkan betapa negara ini amat unik. Kah kah kah. Kah kah kah. Kah kah kah.

sumber - tukartiub

Thursday, March 19, 2009

120-Nasib baik gua bukan budak UM

Berita Harian Khamis 19/03/2009


IJAZAH Perubatan (MBBS) Universiti Malaya tidak lagi diiktiraf Kesatuan Eropah (EU) bermula pada sesi kemasukan pelajar 1990.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata mengikut ketetapan Majlis Perubatan Awam (GMC), MBBS di luar komuniti EU tidak layak mendapat pengiktirafan GMC.


Lamputih cakap - Ini bagi gua adalah berita gila. Berita yang cukup menyakitkan hati wa walaupun dulu wa tak merangkak kat tangga UM. Gua dapat rasa betapa pilu hati graduan UM walaupun diaorang tak amik medik. Kurang-kurang mereka terhina.

Apa sebabnya wa tak tahu. Gua penah rasa masa wa belajar dulu ada ura-ura nak ban pelajar timur tengah. Wa sebak sebab wa penat hafal pelbagai matan dan ingat syarah2 yang panjangnya berjela-jela. Wa penat ngan subjek adab sebab kena hapal syair. Tak pulak guna syair2 tu masa wa kerja skang!!

Akan datang wa tahu. Mungkin universiti lain akan follow. UM bukan calang-calang.

Arghh...lu gila ke pak menteri? Tolong lah woi!! Takkan lu pentingkan barang kemas bini lu aja? Takkan lu heboh nak belikan Nissan Skylne R34 GTR V Spec Nur tu untuk anak bujang lu aja padahal merangkak baca jawi? Gua ni pakai kancil je. Taraf pegawai lagik. Gua pun tak mampu nak angan-angan lebih macam sesetengah orang tu. Lu cube pikir la pak menteri. Kesianla kat orang yang sebangsa dengan lu ni..

***

Gua tertekan!! kalau lu orang baca post gua ni tak tertekan lu samalah dengan pak-pak menteri kat Malaysia ni!!

119-Kesian bebudak sekarang kena tipu.

Gua musykil. Apa benar result SPM baru-baru ni? Masakan budak yang hanya pandai tambah tak tahu tolak, tak tahu bahagi dan tak tahu kali boleh dapat gred C untuk UPSR? Betulkah budak yang percubaannya E untuk agama SPM boleh dapat A pada keputusan sebenar?

Gua bukan nak berburuk sangka. Zaman gua dulu cikgu-ckgu subjek yang gua amik siap boleh agak berapa gua dapat pada peperiksaan sebenar. Gua tanya rata-rata cikgu sekarang boleh bingung tengok keputusan anak-anak murid tercinta. Persoalan ini kita takkan dapat jawapan selagi graf sebenar penetapan point tidak ditunjuk pada orang ramai. Ini kes menipu. Menipu yang terlalu berat tanggungannya. Adakah sekarang sudah dipolitikkan isu pendidikan?

Kalau lu orang tanya gua, sepantas kilat gua akan cakap ya! pendidikan dinegara kita sudah dipolitikkan. Bebudak tu yang akan menanggung naya. Keluarga mereka akan tanggung kelak apa-apa kelakar yang akan anak mereka buat di universiti. Gua simpati.

Gua malas nak bagitahu kenapa ia jadi begini. Ini belum gua sumbat isu PPSMI yang kecoh baru-baru ni. Gua bukanlah penganalisa yang jitu dalam politik. Cuma otak kerdil gua ni boleh proses. Boleh berfikir logik. Gua bukan lembu yang boleh lu orang wahai pak menteri rumput-rumputkan. Gua yakin kebenaran akan timbul dan lu orang semua akan terkangkang. Paling kurang pun kubur lu kena kencing!!

117-Kenangan mengusik jiwa episod 3

Gambar ekslusif sempena tayangan Dragon Ball di wayang skang
Bandar Aswan. Last trip gua jalan-jalan di Mesir sebelum pulang ke Malaysia.
Gambar reramai time tiba di Aswan. Merata dah bebudak ni skang. Macam-macam kerja. Tokey ayam pun ada.
Apa ke jadah?
Maqam Imam Al-Qurtubi di el-Minya, Mesir.
Ada diantara bebudak ni skang jadi tokey lintah. Cuba teka?
Pelik pokok ni. Ingatkat pokok kunyit.
Haha...
Nasib baik gua takda dSLR.
Penat sangat mamat tu.

Wednesday, March 18, 2009

118-Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , ‘harta’ yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.

Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :” Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana.”

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

“Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka,” ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.

Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:” Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:”Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?”

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida ‘bertubi-tubi’ sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

“Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

“Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu,” katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata…gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya ‘harta’ yang ada. Subhanallah.

Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.- azm

Sekiranya anda bersimpati, sudilah hulurkan sumbangan, demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298

(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)

*Saya terjumpa kisah yang menginsafkan ini di sini (IZOBlog). Moga tidak terlambat.

116-Kenangan mengusik jiwa episod 2

Umah member gua.
gua tipu
Cita-cita budak ni asalnya jadi gitaris band music. Sudahnya jadi cikgu JQAF!!
Umah gua sok kat atas tu
Lawak mengong
Bosannnnn!!!!
Maqam Salahuddin Al-Ayyubi di Syiria.
Gua nginap umah bebudak ni masa kat Jordan. 1 hari makan sekali je. Waktu malam. Budget gila
Kereta apa ntah. Gua main tangkap muat je.
Keadaan luar dari maqam Salahuddin Al-Ayyubi.
Ni orang kata maqam Nabi Yahya. Ni gua caya.
Pesal budak-budak ni gelak?
Pandai wa cover muka
Bandar damsyik. Amik dari hotel. Bangun pagi tak reti buat apa. Budak-budak ni membuta lagi. Nasib baik tak tinggal subuh.
Bandar damsyik. Scene amik dari atas gunung. Ada pulak masa wa nak panjat-panjat ye time merantau. Kederat power time tu.
Bandar Damsyik. Gua sempat jalan-jalan
Hanya satu pendapat orang kat situ. Sini tempat kapal Nabi Nuh berlabuh. Wa tak caya!!

Cuba teka wa mana satu?

Tuesday, March 17, 2009

115-Kenangan mengusik jiwa

Posting yang lepas ada gua bagitau belanja gua masa belajar kat Mesir hanya USD50 untuk sebulan. Tiba-tiba gua jadik sebak. Gua teringat tempat belajar lama gua. Lalu gua pun post la gambar. Saje nak layan perasaan jap..
Dalam kelas. Gua takder dalam tu..

Tempat gua menuntut ilmu. Tanta!!

Bilik gua. Macam tempat kucing beranak. Takder awek nak amik kesah!! Haha..

Lagi bangunan tempat wa belajar..

Monday, March 16, 2009

114- Kita tahu ke apa yang boleh dan apa yang tak boleh dibuat didalam negara ni?

Bolehkah kita kritik kerajaan? Apa beza kerajaan dengan parti? Gua semakin konpius? Lontaran suara rakyat bolehkah mengundang bala? Jadi apa maksudnya demokrasi?

Adakah kita lahir lepas tu belajar kemudian kerja untuk bayar cukai dan kemudian mati? Bolehkah kita mengkritik supaya kerajaan turunkan sikit cukai? Atau mansuhkan cukai tertentu? Kena ISA tak?

Kenapa mengkritik kadang-kala digelar tidak mengenang budi? Tidak cintakan negara?

Kenapa harga kereta kita kedua tertinggi dalam dunia?
Kenapa cukai pendapatan kita tertinggi sama dengan Britain?
Kenapa minyak kita tak murah macam negara yang keluarkan minyak?
Kenapa tol dalam negara kita berlambak dan mahal?
Kenapa jalan-jalan bukan tol boleh membuatkan chassis body lari?
Kenapa harga barang mahal tak padan dengan gaji tak macam negara lain?
Kenapa masa gua kat Mesir cukup belanja gua USD50 untuk sebulan makan, tempat tinggal, rokok dan pengangkutan padahal kat negara tu ada hanya satu tol dan minyaknya murah?
Apa aja yang murah kat negara ni?
Adakah ini negara maju padahal streamyx pun macam celaka?
Kenapa kita lambat pakai WiMax padahal kita dah ada orang pegi angkasa?
Kenapa Astro mahal padahal menimbun negara luar dah pakai digital?
Kenapa kereta proton kita teruk kualiti berbanding Honda padahal Honda murah aja kat Jepun?
Kenapa kita tak boleh modified kereta macam kereta kat Amerika Syarikat padahal tersangat jarang gua tengok kereta modified eksiden?


,

Kenapa kalau gua utarakan soalan seperti diatas orang cakap gua tak bersyukur? Padahal kita juga berhak untuk nikmati hidup yang lebih baik seperti orang lain kan?

113-Tempat jatuh lagikan dikenang


Ni tempat gua carik makan. Kadang-kadang benda yang gua makan boleh terkeluar bila gua baca berita kat screen nun. Bapak la boring kalau duk sorang-sorang kat sini. Member gua mee kolok selalu outstation. Skang ni pun dia kat Perak.

PC kat belakang tu pc lama gua. Tempat simpan segala jenis sampah-sarap.

Siaplah satu posting yang boring.

Sunday, March 15, 2009

112-60B untuk kita selaku rakyat Malaysia.

Gua takjub sebab pakej ransangan untuk pulihkan ekonomi negara adalah sebanyak RM60B. Banyak nak mampos. Macam-macam gua boleh buat.

Kalau gua yang uruskan pasti berjaya. Tapi kalau orang tu yang uruskan gua rasa mau RM60T pun tak cukup. Apa pendapat lu orang?

111-Suasana semakin panas.

Cuaca hari-hari panas bawak ke petang. Untung kalau hujan petang. Baru nyaman bawak ke malam. Tido pun tak terasa terganggu dengan nyamuk.

Tapi gua tetap panas hati. Kiranya kita orang Islam masih dalam mood sambut birthday Nabi. Tapi start dah melalak jerangkung dalam tv harap ehsan orang ramai undi suara dia yang sebijik macam budak syndrom down. Sikit pun tak sensitif mood pak-pak lebai ngan pak-pak imam nak buat kebajikan dalam bumi Malaysia ni. Dah la pak menteri tak nak support. Sikit punya sibuk dengan 2 bukit satu batang.. aduh!!

Kesimpulan gua boleh buat, dalam negara ini majoriti tetap adalah meraka yang tak ambil pusing isu-isu semasa. Masih duk khayal dengan hiburan dunia yang tak berkesudahan.

Tunggulah kalau gua jadi Pee Eem Nanti!! Tau laa nasib korang.

Friday, March 13, 2009

110-Kawan gua kahwin



* Maaf gambar tak cantik. Ntah sape yang amik. Gambar gua takda dalam tu..

Saturday, March 7, 2009

109-Tak cukup lagikah kamu untuk paham?

Dalam masjid sudah dilepaskan bom. Bukan di Gaza tapi di Kuala Lumpur. Orang tua pengsan, lelaki dan perempuan. Hanya tidak mahu bahasa ibunda hancur hasil idea mereka yang bukan pun seorang pakar. Aku lihat pak A. Samad gigih langkah umurnya 72 tahun. Dia pasti tak sangka, penghujung umurnya dia sempat lihat bahasa anak bangsanya hampir tergadai, terlacur dek tangan bangsa sendiri yang memekik isu ketuanan Melayu, mencium keris telanjang!! Mana perginya darah orang Perak berpakaian Pekida? Yang bersarungkan Prowaris? Yang gagah tarik kereta? Telur mu dimana? Tak segankah dengan Pak Samad? Atau kamu mahu tunggu Tongkat Warrant baru kamu bangkit?

Thursday, March 5, 2009

108- Penghormatan bukan dipaksa

Satu artikel yang mempunyai tahap kelogikan yang tertinggi. Menarik, tertarik kau memang deboom!! dari tukartiub. Mari kita baca sesama. Seronok weih!!


Penghormatan di beri bukan diminta-minta. Individu dihormati bukan kerana paksaan undang-undang atau akta. Kalau ada sesiapa tidak ingin menghormati Tuan, Mador, Ketua Pejabat, Cikgu atau Raja - tidak ada apa-apa yang boleh di lakukan. Menangkap, merotan atau di masukkan ke dalam penjara - tidak akan melahirkan apa-apa penghormatan.

Che Guevera di hormati oleh anak-anak muda diseluruh dunia bukan kerana ada undang-undang dari Bangsa Bangsa Bersatu atau ada arahan dari IMF atau Mahkamah Dunia. Che diberi penghormatan kerana hati naluri anak-anak muda mahu menghormati. Che Guevera tidak pernah meminta-minta penghormatan ini kerana dia telah lama mati.

Penghormatan yang ditimbulkan melalui undang-undang, kuasa atau pangkat bukan penghormatan – ini penghormatan yang pura-pura. Mahathir satu ketika dahulu di hormati kerana dapat memberi habuan kontrek. Malah Mahathir sendiri sedar hingga dia membebel sesudah kalah untuk menjadi delegasi Kubang Pasu ke Perhimpunan United Malays National Organisation pada tahun 2006 dahulu. Dia membebel kerana tidak ada lagi orang yang datang mencium tangannya.

Lihat pula Abdullah Badawi – belum pun tamat menjadi PM – kerana tanda tangannya tidak lagi laku - tidak mendatangkan kontrek – tidak ramai menteri dan para pembodek yang datang berhari raya di Kepala Batas tahun lalu.

Berilah apa sahaja nama dan darjah penghormatan – dari Tun , Tan atau Tin.– ianya hanya tin-tin yang kosong tidak membawa apa-apa pengertian. Pakaikan baju kuning, merah atau kelabu – pasangkan lah tanjak tujuh tingkat – semuanya tidak ada makna. Hormat datang dari hati.

Pada tahun 1964 Jean Paul Sartre dianugerah Hadiah Nobel Sastera. Dia tidak pun datang mengambil hadiah ini malah Sartre langsung tidak ambil pot. Dia menolak penghormatan yang mengada-ada. Tetapi idea dan falsafah Jean Paul Sartre masih mengegarkan dunia. Idea dan falsafah inilah yang dinobatkan untuk dihormati dari segala bentuk penghormatan yang pura-pura.

Bagitu juga Le Duc Tho yang mendapat Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1973. Dia juga tidak pergi ke Stockholm untuk mengambilnya. Hingga ke hari ini Duc Tho masih di hormati dan diingati sebagai patriot Vietnam yang merangka dan membuka jalan damai untuk negaranya pada tahun 1972.

Justeru apabila ada gerombolan gerombolan yang meloncat mengambur meminta dan memaksa orang ramai agar menghormati raja maka permintaan ini kelihaatan sebagai lawak bodoh. Meminta di hormati, memaksa di hormati atau melembagakan penghormatan bukan penghormatan namanya. Penghormatan datang secara sukarela dari hati suci yang ikhlas dan jujur. Penghormatan yang suci bukan kerana upah, dipaksa, atau dijanjikan dengan pangkat dan kontrek.

Kalau seorang anak sekolah ditarik telinga dan di paksa menghormati Guru Besarnya maka untuk beberapa saat ( ketika telinganya sakit ) mungkin anak sekolah ini akan berkata bahawa dia menghormati si Guru Besar. Terlepas sahaja telinganya dari di pulas, anak sekolah ini bukan sahaja tidak akan menghormati si Guru Besar ini malah besar kemungkinan si Guru Besar akan di baling dengan najis. Ini hakikat.

Bila saya menulis ini - kita telah masuk ke bulan March 2009. Cerita-cerita karut tentang daulat raja, tulah raja, jampi raja – semuanya tidak di percayai lagi. Anak-anak muda hari ini tidak lagi gempaq dengan daulat raja – mereka gempaq dengan penyanyi rock n roll. Anak muda hari ini akan gempaq dengan pemain bola, pemusik, pelakon, pengodam internet atau pembawa kounter culture yang melawan arus. Ini hakikat bukan sahaja di Malaysia malah inilah jalur pemikiran anak muda di seluruh dunia.

Pergi lawati bilik anak muda – tidak mungkin akan di temui gambar Sultan, Raja atau Shah di dinding bilik. Besar kemungkinan akan di temui gambar sebuah kugiran rock, wajah seorang rock star atau mungkin poster Che Guevera. Belum pernah ada dalam dunia ini seorang anak muda yang akan bergadai bergolok untuk mendapatkan baju T gambar seorang Raja – tetapi mereka sanggup ke E-bay untuk membida baju arwah John Lennon yang ori. Ini hakikat kerana kerana kita telah sampai ke tahun 2009.

Raja Moroko, Ratu Elizebeth, Sultan Berunai, Raja Abdulah al-Saud atau Sultan Perak - jika tidak kerana protokol – jika pegawai-pegawai kerajaan tidak di arahkan, jika anak-anak sekolah tidak di paksa - dewan akan kosong. Tidak akan ada ramai orang yang datang memenuhi dewan untuk mendengar susuk-susuk ini berucap.

Sampai kiamat pun anak-anak muda tidak akan membayar harga tiket 200 ratu ringgit untuk mendengar mereka membebel. Tetapi anak-anak muda sanggup turun ke Singapura atau naik ke Bangkok untuk mendengar sebuah rock band datang bermain. Raja Gopal, Raja Kapoor atau Raja Perak, harus sedar diri, pada hari ini tidak ramai lagi orang yang ambil pot kerana nama mereka bermula dengan raja. Ini hakikat tahun 2009.

Masyarakat urban tidak lagi mencari makan dari hasil tanah. Mereka memburuh. Mereka membanting tulang di kilang dan di pabrik. Apabila mereka meninggalkan tanah, berhijrah ke bandar bererti mereka telah memutuskan hubungan dengan budaya feudal. Masyarakat urban melahirkan budaya mereka sendiri – budaya dan gaya hidup yang tidak lagi bergantung kepada raja atau sultan. Dalam budaya urban sistem feudal tidak memainkan peranan.

Memang ada wujud kumpulan kumpulan yang masih menganggap kaum feudal itu wajib dihormati kerana darah keturunan mereka. Kumpulan ini adalah mereka yang ingin menahan gerak dan arus pembudayaan dunia moden hari ini. Malah di Peranchis, sebuah negara Republik masih ada warga yang cuba membawa kembali sistem Beraja di Peranchis. Mereka bernostalgia terhadap zaman feudal yang telah terkambus.

Di Tanah Melayu juga masih ada kumpulan dan gerombolan yang percaya dengan ‘daulat’ raja. Sebenarnya, ini berlaku kerana kepentingan ekonomi mereka bergayut dengan kaum feudal. Mereka ingin memastikan yang kepentingan ekonomi mereka akan dapat dipayungi oleh kaum feudal. Justeru, mereka sanggup membeli derajat kebesaran agar mereka dapat juga dilihat ‘besar’.

Hakikanya - kumpulan dan gerombolan pro-feudal ini dari sehari ke sehari semakin berkurangan. Pengurangan kumpulan dan gerombolan ini bukan di rancang. Pengurangan ini muncul dengan sendiri kerana asas ekonomi telah berubah.

Dalam konteks asas ekonomi kapitalis moden - keupayaan individu dinobatkan bukan kerana darah keturunan. Barack Obama, Micheal Jackson atau Colin Powell berada ditempat mereka berada hari ini bukan kerana mereka cucu kepada Raja Buganda dari Afrika tetapi kerana fikrah dan keilmuan mereka. Ini hakikat.

Ini bukan bermakna kita tidak meghormati Raja Gopal, Raja Kapoor atau Raja Perak. Sebagai sesama insan kita wajib menghormati satu sama lain. Kita juga wajib beradab dan bersopan terhadap mereka. Penghormatan, adab sopan yang kita tunjukkan kepada mereka bukan kerana mereka Raja. Mereka berhak menerima penghormatan dari kita jika mereka memiliki keintelektualan dan fikrah yang unggul.

Perhormatan yang ikhlas dan dilakukan secara sukarela tidak berhujung dan tidak bernoktah. Seperti Che Guevera dari zaman berzaman susuk ini akan terus di muliakan walau pun telah lama mati. Tidak seperti Mahathir yang terpaksa membebel untuk di hormati. Atau seperti Ghazali Shafie atau Muhamad Rahmat yang seperti tunggul pergi tersepak dan pulang terlanggar.(TT)

Wednesday, March 4, 2009

107-Gua pun kreatif.

Lu selalu tak masuk blog ni? Gua hari-hari masuk. Cukup pandai dia menulis dan mengolah ayat. Kagum!!

Banyak betul ilmu melayu minimalis ni. Tapi dia tak bincang hal agama dan politik. Gua hormat alasan dia. Biarkan. Itu stail dia. Gua tak mau bicara panjang hal ni.

Satu yang gua musykil, dia gemar amik gambar kaki. Yang ni masih teka-teki bagi gua. Sapa tau sila bagitau gua. Tak pun sebenarnya dia amik gambar kasut? Ah!! lantak la.

,

Jadi gua pun tiru..



*Ni bukan kaki atau selipar gua. Hanya nak bagitau gua pun kreatif!!

Tuesday, March 3, 2009

106-Sejarah tercipta

Segalanya telah selesai. Walaupun tak secemerlang yang kita harapkan. Namun ia mengajar kita sesuatu. Selagi kita punyai jiwa yang bersih, kita tidak keseorangan. Perjuangan harus diteruskan.

Aku berharap dan sentiasa berdoa agar negara kita ini terus aman dan cemerlang. Apa yang berlaku hari ini adalah kesan pencabulan demokrasi yang dilakukan demi memelihara anak tekak individu tertentu. Dan bukan untuk perut sang rakyat. InsyaAllah!! Aku pasti dan yakin.. ribuan bahkan jutaan berdoa hari ini untuk kesejahteraan Malaysia. Sesungguhnya mencintai negara adalah separuh dari iman.

Dan aku pasti, ribuan bahkan jutaan doa berkumandang hari ni mengharap kecelakaan keatas sebuah parti usang bernama UMNO!!

105-Suasana makin tegang...

Cuaca semakin panas. Suasana tegang dan kadang-kala pilu menusuk di hati. Kita pasrah. Namun perjuangan tetap diteruskan.. Rehat sebentar..

,


Nikmat dunia!!

104-Undang-undang rimba di tegakkan.

Makin jauh orang dari undang-undang Islam. Makin kecoh masyarakat. Makin nampak kejahilan barisan kepimpinan. Kiblat terus pada bangsa asing. Dulu belajar asik ponteng.

Gua tak belajar undang-undang. Tapi otak gua ligat cari jawapan. Siapa yang benar dan sapa yang kelentong.

Haha.. Hari ni memang suspen!! "Satu transformasi akan berlaku" (Sekadar pinjam ayat orang)

103-Mati la pulak budak sekolah

Maaf pasal gua lambat update.

Semalam gua baca suratkhabar. Budak kena belasah tingkatan 4 mati dipukul ramai-ramai kerana kekasih.. Apa cerita?

Kalau di Jepun ataupun di Korea dah lama menteri berkenaan letak jawatan..

Apa cerita bekas menteri cerita lucah? Ada berani?