Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Sunday, May 31, 2009

Akhirnya Penanti

Gerombolan buat la apa saja. Rakyat dah berubah.

Maknanya lu kena kerja ikut kemahuan rakyat bukan ikut sedap tekak lu aje..

PRK PENANTI, PKR MENANG! RPK MANA?

Saturday, May 30, 2009

SPR kerja macam budak-budak.

Mula-mula tak boleh pondok panas. Pastu tiba-tiba boleh pulak.

Dulu parti tak bertanding tak boleh naik logo dan bendera, tapi BN boleh pulak.

Esok nak buang undi tapi peraturan pondok panas tak boleh lebih 8x8 pulak. Menyusahkan betul!

Asalnya van angkut pengundi mesti ada logo SPR, alih-alih pinda pulak.

Pejadah pulak gerombolan boleh ceramah ni. Permit datang dari mana?

Kesimpulan, apahal lu kalut? Kerja bukan tiap-tiap hari pun. Kalau takda PRK tentu-tentu lu releks aja. Kerja 5 tahun skali. Bukannya 5 bulan skali. Kira makan gaji buta la. Dah PRU 12 kali tapi kerja macam baru semalam start. KALUT!

Huish.. Jijik!

BN tak bertanding pun kat Penanti, tapi nape kalut?

Pada puak gerombolan, lu tak takut pupus ke PRU13 nanti?

Lu makin kalut gua nampak. Jentera kerajaan nampaknya tanpa selindung-selindung kerja untuk lu. Gua berani jamin, makin ramai menyampah kat lu..

Baik lu kaut apa yang boleh lu kaut..Haha

Cubaan

Huh! Payah pulak nak upload

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Melayu jugak yang mampos

Tak usah cakap mau bela melayu. Apatah lagi Islam. Sia-sia lu gua ludah..

Pasar tani dan pasar malam. Tu semua melayu. Sekali jual dapat jual 40 ekor, takpun 60 ekor. Kita cerita pasar tani. Apa altenatif orang melayu. Tesco dan Giant terang-terang bunuh perniagaan kecil. Peniaga kecil kebanyakan orang melayu.

Ini kisah perniagaan monopoli. Sapa kuasai pasaran taik macam ni. Ahli politik memang menjijikkan. Hanya buat untuk kepentingan diri sendiri. Memang bala la untuk 10 tahun lagi.

Friday, May 29, 2009

Pendapat gua

Mungkin ada sebilangan agak boring dengan politik kepartian. Bahkan jijik dan jemu..

Bagaimana dengan politik sosial? Masih juga jijik?

Kalau anda jijik tak usah jadi manusia..Tolonglah!!

Jangan pulak kata gua ni komunis

Shamsiah Fakeh, Abdullah C.D., Rashid Maidin?

Dr. Burhanudin Helmy?

Komunis memang kejam. Tapi zaman dulu. Sekarang yang kejam Kapitalis. Membunuh jugak. Bunuh senyap-senyap. Takkan sekadar bagi subsidi diesel aja kat nelayan. Bilanya nak sudah kemiskinan geng-geng petani dan nelayan..

Yang bunuh agama, bangsa dan bahasa tu tak kejam ke?

Thursday, May 28, 2009

Ada ke takda game pagi tadi? Aku tetido la

Keh keh keh..

"Dah, bangun wei. Siang dah ni. Pegi mandi. Hari ni ngko kerja kan? Ni nape mata merah ni? Ngko nangis ke?" tanya gua pada mamad dan apis.

Selepas 20 minit,

"apehal guntur ni, pagi-pagi dah off handphone. Tukar nombor lagi ke?" gumam gua sorang2.

Wednesday, May 27, 2009

Champ league punya pasal

Malam ni mesti budak-budak jadi gila babi. Ni bola punya pasallah ni. Takan pasal AF pulak. Gila ke apa?

Gua tak nafi ramai penyokong Man U pagi ni. Barca gua syak suam-suam kuku je. Ramai lari ke Madrid. Fanatik tak fanatik kalau lu carut Rooney mau gelas teh tarik hinggap ke dahi. Tu fanatik punya pasallah. Kalau test suruh sorang-sorang sebut nama pemain Man U malam ni silap-silap dengan mak tiri Ferdinand lancar keluar dari mulut. Tapi kalau gua test suruh sebut huruf-huruf Qalqalah, mau bersepai bibir menggeletar nak ucap..

Team gua dah bungkus. Tapi gua faham nilai player gua sikit je. Compare ngan mana-mana pasukan, silap-silap team NS Cempaka lagi grand. Namun team Arsenal bagi gua tetap terbaik. Tunggula musim depan budak-budak Man U pasti gigit bibir.

Dek sebab bola, pasti esok ramai terbarai pegi kerja. Mau kucar-kacir ngadap boss. Konon fanatik punya pasalla tu, padahal sepak bola tonjol. Gua macam biasa tido awal. Esok nak sahur ngan tak mau miss solat subuh.

***

gud luck bebudak setan merah!!

Hangat cerita komunis plak skang

Cukup kuat pak menteri yang sorang tu (ala yang ajak debat macam pondan tu pastu senyap) dan media berkokok pasal komunis. Apa motif?

Ingat dulu pasal al-Maunah dan KMM? habis semua geng-geng pakai kopiah kena kitai dan tibai. PAS pun kena tak pasal-pasal. Isu Komunis ni nak tibai sapa plak? DAP? Hindraf?

Apa cerita penemuan 8 senjata api berupa semi mesinggan dan senjata lain di Bercham? (untuk makluman Bercham adalah kubu kuat DAP). Gua di maklumkan tiada tangkapan plak.

Hati-hati DAP. Skarang mungkin turn lu plak. (jangan risau, parti gerakan jadi back up. Kahkahkah)

Terima kasih Pak Uda sebab belanja saya pangkin ni..



Sampah bersepah masa tangkap gambar, tapi sekarang dah bersih...

Ada lagi puak-puak baka ganjil ni ye....

Gua rasa nak bagi penerajang terlaju beserta hikmat lempang puting beliung tahap 6 gua pada puak-puak ni. Nak panggil cacat otak kang kesian pada mak bapak dia yang penat membela. Itulah melayu. Naif dan Dhaif yang teramat la sangat...


Dua laporan polis dibuat terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran kenyataannya meminta kerajaan persekutuan dan polis mengkaji semula undang-undang berkaitan perhimpunan awam di negara ini.

Dua laporan tersebut tersebut dibuat oleh Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) di ibupejabat polis Sentul di ibunegara petang ini.

Laporan Pewaris dibuat oleh pegawai bertindaknya, Syed Mohd Firdaus Khadry Syed Abdul Aziz, manakala laporan IRIMM dibuat ahli majlis tertingginya, Mohd Hussien Abu Bakar pada kira-kira jam 2.55 petang.

Dalam laporannya, Pewaris mendakwa, kenyataan Khalid yang disiarkan media pada 26 Mei lalu, boleh menghasut orang awam berhimpun secara haram dan melanggar undang-undang, seterusnya mengancam kestabilan politik dan masyarat di Malaysia.

Sementara itu, dalam sidang akhbar bersama selepas itu, presiden IRIMM, Amir Hamzah membaca kenyataan membantah sekeras-kerasnya kenyataan khalid supaya dikaji semula undang-undang berkaitan dengan perhimpunan awam di negara ini.

Beliau menyifatkan kenyataan menteri besar Selangor itu sebagai tidak berasas dan tidak boleh diterima oleh rakyat.

"Kerajaan persekutuan dan polis adalah bertanggungjawab kepada rakyat untuk membawa keamanan dan ketenteraman, supaya tidak berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.

"Mengkaji semula perhimpunan awam tidak akan membawa kepada keamanan. Ia akan membawa kepada kemudaratan dan huru-hara yang tidak menentu dan ia juga akan menggugat kedudukan ekonomi negara ini," tegasnya.


***

WOOOIIII!!!!! Takder kerja lain ke? Lu pandir ke gila? Gerombolan boleh pulak ye tapi pakatan tak boleh... Lu jadi sayap gerombolan la kalau macam ni.

Tu pasal gua cakap IQ lu tahap kambing. Lu tunjuk sangat melayu ni bodoh, padahal puak-puak lu aje yang bangang!!!!

Cakap jangan la separuh-separuh tuan!!

Tinggi kopiah tuan. Kalau pakai songkok pun tinggi. Tapi kalau tuan pakai cap NIKE nampak hodoh sebab tuan bukan lagi anak muda. Tuan dah tua. Boleh dah pencen kalau nak. Tapi tuan ilmu tinggi. Ada Ph.D. Sikit sangat orang yang ada Ph.D kat Malaysia ni. Jadi tuan tergolong dalam golongan elit dan eksekutif. Kiranya golongan bangsawan la.

Dulu 2,3 tahun lepas tuan banyak keluar media. Segenap penjuru tuan kena hentam tapi tuan steady. Gagah betul tuan. Tak ramai orang muda seberani tuan. Yang lain ontok je duk diam bila isu sensitif keluar.

Tapi kenapa sekarang tuan berubah. Tak salah keluar pendapat. Tapi kenapa yang di tanya tuan tak jawap tapi yang tak di tanya tuan mandai-mandai jawap. Tuan dah sign borang ahli gerombolan ke?

Apa cerita ni tuan? Mogok lapar di buat oleh puak bukan Islam. Yang Islam buat puasa je. Jobo tak tuan? Malu tak?

***

kahkahkah....

satira hebat dari encik tukar tiub

Satu ketika dahulu Datuk Seri Menggeliga telah memberi alasan bahawa yang menjaga reban ayam sabung adalah Datuk Seri Paduka Tido. Datuk Seri Paduka Tido ini amat senang dipersalahkan kerana dia amat jarang turun ke gelanggang. Setiap hari kerjanya hanya bergolek di atas pangkin mengira semut di tepi busut. Sekarang Datuk Seri Paduka Tido telah hanyutkan maka adalah menjadi tugas Datuk Seri sendiri untuk menjaga ayam sabung di gelanggang.

***

Itu baru sinopsis je. Klik sini untuk bacaan lanjut.

BN pun puasa sunat gak....

Berita tak berapa nak rasmi, tomorrow geng-geng gerombolan pun nak buat puasa sunat gak. Berbuka di rumah MB (result mahkamah) yang baru. Kalau ada kueh Buah melaka best ni ngan sirap selasih.

Pada tuan mufti, jobo tak tuan? malu tak tuan?

Media tolong jangan manipulasi berita.

Jahatnya media sampai bekas mufti pun nyalak tak pasal-pasal. Anjuran mogok lapar buat yang bukan beragama Islam dan yang puasa pada yang beragama Islam. Puasa sunat bertepatan dengan sunnah galakkan puasa pada awal bulan.

Dah.. jangan nak pusing-pusing tak tentu pasal. Lempang laju-laju kang!!

***

Pukul rata, mogok diadakan supaya dibubarkan DUN sepantas yang boleh. Tunda-tunda kang satu kerja pun tak jalan. Dah la pakai baju hitam tak boleh. Budak sekolah nak amik UPSR tahun ni pun tak perangai kodi cam korang. Ceh!!

Lawak sementara...

Gambar ni baru gua yang ambik...

Sorry nan!!
Gilo!!

Haha...



Tuesday, May 26, 2009

Suruh bertanding pengecut tapi jadi penyibuk tak malu pulak

Pelik gerombolan ni. Yang pi letak poster kat Penanti pehal? SPR tolong amik tindakan!!.

Saje gua melayan perasaan. Benda magic tu..Hehe

Gambar tak senonoh di kebun

Gambar bukan gua yang tangkap. Orang lain. Kalau tak berani, jangan teruskan pulak...
Lu nampak tak lalat kat jari tu?

Meriah betul lalat kat sini..

Mamat hensem...

Monday, May 25, 2009

Amaran keras pada PKR

Jangan bantai gerombolan ketika berkempen. Mereka tidak bertanding. Ini adalah undang-undang baru SPR.

Bantai makcik minah takpe. Kahkahkah..

Kepada gerombolan pun sama. Jangan mandai-mandai bantai PKR. Lu duduk diam-diam. Lu takda duit nak bertanding, buat cara takda duit..

Lu bantai makcik minah takpe.. Kahkahkah

(SDB2009) Sepang Drag Battle 2009 punya cerita.

Cukup menyakitkan hati gua betul. Boleh pulak parking dalam hutan kena bayar RM5. Kemut nak mampos. Lagi gua pedih sebab pasukan pilihan gua kandas awal. Pun macam hantu jugak.

Tahun ni paddock naik RM20 menjadikan RM50 sekali entry. What the hell. Penganjur betul-betul buat duit kali ni. Jadi dengan berat hati gua layan kat grand stand ajer la. Arghh... Pasni gua tido kat umah je la.. Cuma timer baru buat gua senyum skit la.

Lagi yang gua tak puas hati ialah bab kategori kereta yang bertanding. Kategori A boleh pulak kacuk 4WD dengan 2WD. Mana boleh blah. Bangang punya penganjur. Traction la kambing. Study la sikit sebelum nak buat event besar-besar macam ni. Buat malu negara aje. Dah la main kat Sepang. Tak pasal-pasal kereta Efini pakcik 3 rotor bungkus awal.


RX7 Efini pakcik... RMD Garage team

3Rotor ni weh.. Malang sebab kena masuk kategori A.

Lagi satu pejadah boleh ada kategori Campro. Benda ni dari tahun lepas gua tak puas hati. Kategori ni lembab la sayang. Laju plak lagi kancil turbo. Huuishh!!! Gua harap next 2 month ada la Exora yang masuk, baru gempak. Kahkahkah.....


Ni lah pasukan feveret gua. Tapi boost 1 bar je. Boost tak mau naik. Ni en. Rafi bagi tau la..
Gua rasa kereta ni kena bersara la. Asik lingkup aje. Wakjam, sila tukar kereta lain!!


***

Grandstand penuh. Paddock kira lengang gak la kalau macam dalam pic tu.

Huh... Bosan...


Nasib baik ader kereta amerika ni. Terubat jugak la jiwa gua...


Broder ni memang sporting. Siap bagi pegang-pegang lagi kereta dia. Haha.. jadilah kan. Nak merasa naik takder la kot...

Garang dan menakjubkan. Terbaik dari ladang..hehe
Gambar gua amik pakai kamera handphone cikai gua....

***


Lagi berita dan pic klik kat sini

Sunday, May 24, 2009

Ntah apa bala tadi gua tertengok cite jangan lupa lirik la pulak..

Komen gua: macam celake. Mamat lembut pulak nyanyi, lagi la macam sial.

Mana mufti Perak. Tolong bagi fatwa. Kahkahkah.. Ops silap, kat mekah tak tengok tv. Kahkahkah

Demokrasi mana? Gua tak faham sangat cara kambing lu..

Skali kuar 1 keputusan semua orang kena pakat setuju. Segala bantahan tak dilayan. Ada pembangkang untuk jadi neutral sekali dengan pembangkang kena tibai. Jadi apa altenatif untuk rakyat?

Nak demo kena tuduh demo haram. Pakai baju hitam pulak kena reman. Pasang lilin kena tahan. Ni nak mogok lapar pun menyalak tak tentu pasal. Mufti plak sanggup jadi balaci keluar statement bukan-bukan. Hoi! Jom heboh pehal pulak ngko senyap? Elok panggil hoi aja puak-puak macam ni. Ngampu tak pasal-pasal.. Bukan la nak harap sokongan ngko sangat, kot ye pun jadi la neutral.. Ni tak pasal-pasal yang pakai kopiah putih terpalit sama..

Jadi gerombolan, apa altenatif ada? Nak sms suratkhabar tak boleh, nak harap artikel atau luahan hati keluar media jangan harap. Jadi demokrasi lu orang kat mana?

Lu jangan bagi kenyataan bangang kat media. Ingat aku bahlol sangat nak faham? Kalau lu pengecut nak faham hasrat rakyat baik lu letak jawatan. Gandhi lu mandela lu.. Wak lu!!

Projek bodohkan rakyat..Kahkahkah

Gerombolan akan jawab segala tohmahan pembangkang dengan berhemah..Kahkahkah

Gerombolan ada peluang menang di Manik Urai..Kahkahkah. Pukul curi boleh la. Kahkahkah.. Main tipu boleh la. Kahkahkah.

Ada tv boleh la poyo. Cuba takda tv macam pembangkang.. Kah kah kah..

Rakyat sudah mula berubah? Kahkahkah.. Macam pondan kalau bercakap.. Kahkahkah

Saturday, May 23, 2009

Status gua skang..

Hepi di Sepang. Layan drag..

Gambar kemudian-kemudian gua upload.

Gua rasa cukup penat nak post entry hari ni.

Mungkin gua boring dan bosan sekarang. Takpun gua penat kot.

Bila la kegembiraan nak kunjung tiba. Bila la masanya gua boleh melonjak riang.

Apa aje yang berlaku dalam dunia ni boleh buat gua tenang. Takdanya langsung nak aman.

Semua macam taik

PRK DI PENANTI

Fokus beb fokus..
Kerja beb kerja..
Lawan beb lawan..
Jerit beb jerit..
Gomol beb gomol..
Gaduh beb gaduh..
Gelak beb gelak..
Maki beb maki..
Carut beb carut..

Lawan biar sampai menang.. Tapi jangan membazir.. Kahkahkah

Friday, May 22, 2009

Harap semua bersabar dengan keputusan ini.

Zambry menang manakala Nizar kalah. Peguam pihak yang kalah akan bawa ke mahkamah persekutuan. Yang menang akan releks-releks aje.

Kumpulan penyokong yang kalah harap bersabar kerana ini adalah demokrasi. Harap jangan risau kerana pilihanraya ada kemudian-kemudian. Bukan turun secara anak-beranak.

Kumpulan yang menang boleh mula buat kenduri ini malam. Berarak tidak di benarkan (Gua rasala, refer pada yang lepas-lepas kalau yang menang tak leh berarak). Then esok mula kerja sungguh-sungguh, jangan dok main wayang lagi.

Demokrasi membenarkan taktik kalian. Maka permainan ini dibenarkan untuk selepas-selepas ini. Sejarah dah tercatit.

***

Gua cool..

Ni cerita gila ni pak menteri mana yang sanggup jawap?

Ni sapa mau jawap. Gua rasa ia agak basi. Tapi bila tengok situasi sekarang kalau kerajaan mau rakyat ikat perut, memang cukup-cukup tak patut. Lu dah cukup kenyang lagi mau rakyat tanggung. Bala ni sikit-sikit makin terasa. Orang merempat yang ramai boleh bikin gejala sosial secara berjemaah. Nak pulak polis dah tak terhandle kes-kes macam ni gamaknya, kita merana hidup layan kes jenayah macam kat New York. Skang kita dengar ibu mengandung mati kena ragut, ibu anak ngan pembantu kena tikam sampai mati.. sedikit sebanyak isu-isu macam ni berkait-rapat dengan pembaziran kerajaan. Sebabnya cukup susah kerajaan mau bantu rakyat. Pikir-pikir bailout sebanyak ni mau takder orang merempat kat Malaysia ni.

Lu orang ada akal boleh pikir sendiri..... Nak ludah atau lempang geng-geng macam ni!!


The Bank Bumiputra scandals of the early 1980s (Cost, RM3.2 billion)

Maminco’s 1980s attempt to corner the global tin market (RM1.6 billion)

Bank Negara losses on foreign exchange futures in the 1990s (RM30 billion)

Perwaja Steel losses (RM2.56 billion)

Bank Islam scandal (RM700 million)

Wang Ehsan from Terengganu oil royalty (RM7.4 billion)

Shoring-up of Valuecap Sdn Bhd with public funds (RM10 billion)

Commissions to Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd on fighter and submarine deals (RM910 million)

Non-itemised IT equipment purchased for schools (RM2.21 billion)

Soft loan to PKFZ (RM4.63 billion)

Customs, Immigration and Quarantine complex for cancelled crooked bridge to Singapore (RM1.3 billion)

Compensation to Gerbang Perdana for cancellation of crooked bridge contract (RM300 million)

Two bailouts of Malaysian Airlines System (RM7.9 billion)

Bailout of Putra LRT system (RM4.5 billion)

Bailout of STAR-LRT system (RM3.256 billion)

Bailout of Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam (RM8.3 billion)

Compensation paid to 20 highway companies, as announced in 2006 (RM38.5 billion)

Sumber kat sini

***

Susah ke sebillion untuk orang miskin, sebillion untuk belanja budak-budak belajar, sebillion untuk topup peniaga-peniaga atau petani susah.. Boleh mereng kalau pikir lama-lama.Maca, gampang!!

Huh..Citer billion aje. Ratus-ratus ribu tak mau....

Thursday, May 21, 2009

Media yang jijik

Tak boleh ke bila kerajaan buat sesuatu keputusan ada pakar-pakar yang menilai sebaliknya? Dan cakap-cakap pakar tu pampangkan di kaca tv? Kenapa mesti mengampu?

Gua tak pasti samada media perdana ni ada buat kajian menilai keberkesanan berita yang mereka sendiri sampaikan. Samada penonton gembira menontonnya ataupun sebaliknya. Gua pasti mereka pekak dan bangang.

Bagaimana boleh timbul isu mendekati golongan muda dengan blog? Bagi gua tv adalah menyeronokkan asalkan beritanya telus. Tak kira bapak budak, budak pun seronok layan politik ditv. Media perdana cukup-cukup menyedihkan.

Mereka perlu sedar bahawa blog timbul secara altenatif hanya kerana media perdana bangang dalam memberi laporan yang telus.. Itu aje. Mudahkan?

Sudahnya blog yang mewakili kerajaan hanyalah sampah yang perlu sangat-sangat di bakul sampahkan. Dhaif sesangat.

Kemuncak drama SILVER.

Mungkinkah drama Perak akan sampai episod akhir hari ni? Atau mungkin juga hanya season finale aje? Maknanya lepas ni ada lagi episod baru yang lebih mendebarkan dan lebih menarik lalu membuatkan telinga, mata dan mulut penonton lebih bernanah dengan politik yang meleret-leret?

Walau apa pun, moga-moga ia akan berakhir dengan lebih baik. Walaupun asik hero aje yang kalah dari mula sampai sekarang (rasanya hero menang sekali aje), tapi selalunya hero menang last-last. Macam cerita drama lain-lain kat tv tu.

Terima kasih banyak-banyak pada pengarah dan penerbit yang bertungkus-lumus untuk menjayakan drama politik realiti ini. Tidak lupa juga pencipta skrip dan cameraman yang tak tido malam semata-mata untuk menjayakan drama terhebat alaf baru di negara ini. Moga-moga akan dapat award yang lebih banyak pada festivel drama-drama bersiri di tv.

Pada penonton yang menonton dari mula hingga kini, jangan lupa untuk hantarkan undian anda bagi memilih pelakon paling cemerlang seterusnya di nobatkan sebaris dengan pelakon Hollywood, Bollywood, Kollywood dan ntah apa-apa lagi la....

p/s sorry, gua termerapu...

Apa ajer isu yang kerajaan ni boleh buat elok?

Isu pengangkutan awam toksah cakap la. Memang bangang nak mampos. Benda dah bertahun tak setel-setel. Duit banyak dah abis. Setiap belanjawan mesti ada peruntukan untuk tingkatkan pengangkutan awam. Bukan sikit-sikit anak, ni cecah billion. Di ulangi billion!!

Isu mat rempit pun satu hal. Gua paham kerja polis. Korang pun geram tengok bebudak beruk atas jalan tu. Tapi kot jentik kang kena pulak gantung tugas. Dalam mahkamah peguam confirm pusing citer sampai lu balik terkangkang. Itu pasal ramai geng-geng lu tak berapa nak ambik pusing hal-hal rempit ni. Pandang je la, tapi pak menteri takkan nak pandang jugak? Ubahla dasar. Baikpulih dasar karut-karut British tu. Janganla ikut bangang sama ngan mat rempit tu..(ooppsss..Samseng jalanan)

Isu murid makin kurang ajar?? Ni pun satu. Bebudak sekarang kiblat kat tom tom bak. Besar sikit, lagi banyak pengaruh tv tahap-tahap lucah pulak keluar. Artis pulak berani keluar fatwa bukan-bukan. Mak bapak lembik. Ikut sangat kemahuan anak. Nak handphone la, motor la, kereta la.. Patutnya bagi tanah sebidang biar dia bajak tanam pisang, takpun tebu. Biar sedar langit ni tinggi rendah.. Pak menteri? Suruh sekali pegi tanam sayur-sayur kat tanah terbiar kampung-kampung tu. Duk dewan pun serupa budak-budak tom-tom bak juga. IQ tahap badak air!!!

Tak boleh ke sesuatu yang nak buat tu arah ke mendidik masyarakat. TV, radio dan suratkhabar takkan nak cerita artis telanjang je? pemain bola kantoi minum arak? Buat la canggih sikit. Tunjukla gambar mat rempit bersepai kepala ke? Artis tu ngandung anak luar nikah kena saman 2 juta ke? Budak lempang guru kena penjara 20 tahun ke?
Ni tak citer hari-hari kerajaan terpaksa naik cukai rokok, cukai pintu, cukai tingkap, naikkan tol, naikkan minyak, kerajaan tak dapat nak bendung gejala dadah, kerajaan perlu sokongan rakyat bantu kurangkan harga barang...Macam celaka. Bodoh tuli bangang punya kerja.. Songsang sesangat hasil kerja lu.

Tegur sikit kang pandai pulak cakap rakyat tak berterima kasih!! Lu tengok!!! kan bangang punya statement tu. Dah!! pejadah kita bayar cukai, bagi lu elaun macam-macam sampai ada elaun bercuti luar negeri, elaun perabot. Tak reti kerja berentilah pak menteri woi!! Pegi la buat kerja lain. Nyemak je gua tengok...

Kesimpulan, kita pun jadi bangang, confuse, sedih, geram.. Yang tak sedar adalah puak-puak yang belum kena batang hidung sendiri. Masih leka dengan keseronokan dunia. Kejar duit tak penahnye cukup. Masyarakat kita menuju akhlak barbarian.. Banyak sangat makan keli haram la gua syak!!.

Malang itu tidak berbau tapi.....

Sikap sambil lewa puak-puak yang ada kuasa atas hal ini yang buat orang sakit hati. Lagi keluar cerita bas langgar treler pulak. Dan ada mangsa yang meninggal.

Apa kata lu keluar statement cakap "oh! itu dah ajal dia. Kita tak boleh buat pape".

Oit mangkuk!! Mana kotak hitam? Pegawai JPJ mana cakap mau pantau kat stesen bas?

Menteri? Ini bukan hal main-main. Mungkin kita tak kena kita tak rasa.. Kot kena mak sendiri? Keluarga sendiri?

Dulu cakap gegak gempita!! skang? Menikus?

***

Ubah sebelum parah la mangkuk. Bukan semua mampu pakai kereta sendiri. Minyak pulak mahal. Kereta kat Malaysia ni bukannya masuk akal harga. Sekali sekala naik bas pulak jadi camni. Kalau lu tak reti buat kerja baik lu berenti tanam pisang. Senang tak susahkan orang. Ramai lagi reti buat kerja. INI SOAL NYAWA!!

Bila nak mantapkan pengangkutan awam?????? Billion duit rakyat lu dah kitai!!!!

Wednesday, May 20, 2009

Ni kejap tadi..

Gua keluar umah. Nak pegi bank. Parking kat KFC. Bau harum. Sebelah kedai makan cina. Bau tak harum..

Gua terserempak proton exora. Gua tenung, gua renung.. Gua pusing keliling.. Kagum..

Gua ketuk body, ceh.. Ingatkan buat dari kayu. Tak la gagah mana.

p/s gua tetap kena beli GTR.. Haha

Gua nyampah gila ngan anak TOYO sorang tu

Dia cerita pasal kebebasan bersuara? Khak ptuih...

Statement macam cilake.. Apa gila dia tu? Betul ke mangkok ni belajar sampai universiti?

Lu nak tau lu bukak blog dia. Dia seronok sendiri. Anggap diri sendiri suci seumpama sami..

***

Tak pasal-pasal gua lupa baca yasin malam jumaat..

Tuesday, May 19, 2009

Orang buat blog dia pun nak jugak

Buat la benda lain gamaknya.. Buat kek ke, karipap ke, turbin garret AR50 ke, ekzos motobot ke.. Ni tak, mesti nak ngikut jugak. Ntah apa-apa..

Tapi aku promo jugak la pasal citer paran tu menyentuh hati.. Http://langkasuke.blogspot.com/

Jangan bagitau mak pulak ngko buat blog. Nanti tak makan plak aku..

Ada ADUN sudah kena gantung dari masuk dewan!

Adun ni dari Selangor. Adun ni banyak kontroversi. Kontroversi penyapu dan tempe. Kontroversi tahap sampah. Baru di lantik sebagai ahli pemikir..(serious, gua nak muntah dengar perkataan pemikir). Kontroversinya yang lain adalah pasal duit, wang, money dan fulus serta nukud. Adun ini juga adalah Adun yang berkokok pasal gambar bogel.. Cukup riang dia pasal gambar bogel.. Heran betul aku..

Aku tunggu kalau-kalau Adun ni nak pegi mahkamah.. Aku yakin dia gentar. Dia bukan berani. Pegi Selcat pun penakut.. Kahkahkah

Last skali, Adun ini adalah boring.. ngee..

Monday, May 18, 2009

Rupa-rupanya ada bogel-bogel kat Mersing ye pak?

Best sungguh negara gua. Ada lari-lari sambil bebogel rupanya.. Nape la berita ni tak keluar besar-besaran. Kan dah rugi.. Kahkahkah..

Sapa mahu jawap isu ini? Sapa mahu berani ke depan pertahan isu ni? Kahkahkah..

Kenapa di Johor? Kenapa tidak di Kelantan? Perak pun sesuai kan? Kat Pangkor.. Kahkahkah..

Ceritanya ini negara islam hadhari.. Mufti teramai dalam satu negara. Banyak NGO yang ganas-ganas menyalak. Jakim halal haram mana?. Tapi isu marathon sambil berbogel? Kahkahkah..

***

Google je kalau nak tau.. Passwordnya Survivor Mersing.. Kahkahkahkahkah....

Double standard dalam politik..

Ia normal. Semua tahu. Tapi ada jugak yang buat-buat tak tahu. Dah kena batang hidung dan batang tubuh sendiri barulah menyalak. Apa aje isu meletup kat akhbar dan tv, kalau politik la temanya alamatnya rakyat adalah jauh lebih canggih dari hakim dan polis. Sendiri-sendiri boleh tafsir keputusannya...

Setuju atau tidak, itu hak lu orang. Gua pasti benda ni wujud dan berleluasa sekarang. Terlalu hendakkan kuasa, sampaikan benda-benda terang macam ni puak-puak pemerintah lupa nak ambil pusing. Dan mereka tebal muka pertahankan tidakan mereka.

***

Harap ia dapat di ubah sebelum parah. Takkan kes member tiga jam boleh selesai mahkamah tapi kes bukan member berhari-hari pulak. Nampak sangat kerja lu orang kodi!!

Takder sapa pandang kita kalau kita tak punya apa...

Rakyat miskin makin kronik. Gua sampai tak mampu bendung perasaan bila tengok kisah-kisah orang miskin ni kat tv. Boleh ke gaji RM100 sara 5,6 orang anak?

Bila gua tengok sebijik-sebijik pembaziran yang berlaku dalam tanah air ni, makin sebak gua.

***

Gua tau, gua seumpama nyalak bukit... Saje je lepaskan perasaan...

Gua syak pasni topeng ultraman naik harga pulak..Pak menteri tolong jaga harga ye!!

Banyak lagi benda tak terkawal harga kat sini. Sekarang ni sibuk-sibuk nak kawal benda lain pulak. Gula, beras, susu, ayam, kambing, itik, pampers, tol, minyak, roti, garam, limau purut, cili, ikan jelawat, kerapu tikus, dll, ni sume ntah bila-bila nak selesai. Ada pulak masa nak kawal barang yang tak sepatutnya nak di kawal. Puak-puak ni study ke tak sebelum keluar statement ni? IQ tadika sorang-sorang rupanya...

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengawal harga penutup muka dan juga herba Cina yang naik mendadak susulan kebimbangan wabak influenza A (H1N1) (Sumber Malaysiakini)

Gua agak kalau tayar kereta rendam semingu dalam kolah pastu boleh buat ubat, gua syak kerajaan terpaksa kawal pulak harga tayar yang melonjak...

Gagahkan penguatkuasaan la bai... tak yah memekak kat media la.. Pandai-pandai kitaorang la tafsir lu buat kerja ke tidak!!!!!

Lama pulak gua cuti update blog rupanya...

Sapa kata cuti adalah releks, itu adalah cite palsu. Sapa kata gua bersenang-lenang, itu juga cerita karut. Penat tak penat sangat la, pening pun tak la pening sangat... Tapi ni lah hasilnya... buat masa sekarang la....


***

Perak aper citer? 2 hari mau gua ter miss 200 artikel ni...

Friday, May 15, 2009

Memo best kat jamban opis gua

Hehehe.. Sapa la yang prihatin ni ye..


Hari ini hari Jumaat

Esok hari Sabtu. 16 Mei. Hari merayakan guru. Hari suka-suka untuk guru. Hari untuk cinta pada guru. Hari untuk kenakan guru. Hari boleh tengok guru nyanyi depan murid. Hari untuk gembira.

1 hari sahaja untuk guru terharu. 1 hari sahaja untuk guru pilu. 1 hari sahaja untuk guru gembira.

Yang lainnya? Ada guru merengkok dalam penjara. Ada guru di saman ratusan ribu. Ada guru dipedajal anak murid. Ada guru jadi gila. Ada guru di bantai ibubapa.

Sadisnya jadi guru. Mulianya jadi guru. Datuk Shah Rukh Khan pun pernah jadi guru. Guru di Gurukul...

Selamat Hari Guru. Jasamu gua tak terbalas. Walaupun kamu sudah pencen...

Thursday, May 14, 2009

Gerombolan masih boleh di repair?

Kalau di ikut hukum alam rasanya agak mustahil. Lihat saja pendokongnya. Lihat saja peminatnya. Di kelilingnya adalah mereka yang berkepentingan. Betul atau tidak kita sesama terjemah.

Gerombolan di puncak kuasa. Maknanya sekarang dia yang berkuasa. Dia penentu arah dan dasar. Masakan yang tidak punyai kuasa boleh mengubahnya. Agak janggal jadinya nanti.

Kekuatan gerombolan adalah duit. Tanpa duit gerombolan lemah tidak berdaya. Jentera digerakkan dengan duit. Mungkin hanya sebilangan kecil punyai cinta suci dengan gerombolan tanpa bantuan kewangan namun kekuatannya tidak setara kekuatan milik lawannya.

Contoh terbukti boleh dilihat ketika PRK lepas. Mereka agak lumpuh ketika jeneralnya sibuk dengan pemilihan..

Bagaimana mahu diubatkan gerombolan? Hanya dengan satu cara. Jatuhkan gerombolan dulu. Ketika di bawah baru gerombolan akan kenal mana jiwa yang sejati menyintainya. Baru boleh gerombolan mula menyusun kekuatan baru.

Perlu..Tersangat perlu untuk anda jatuhkan gerombolan jika mahu ubat sakit panau gerombolan. Namun jika masih memujanya maka nantikan saat gerombolan tumbang.

Gerakan sudah jatuh namun penaungnya masih lagi gagah. Tapi gerakan sudah agak neutral..

Duit terlebih pun susah sebenarnya..

Berbelit-belit pulak. Habis idea nak menipu lagi ke?

Benarkah gerombolan tidak gentar pilihanraya seperti yang di kata. Benarkah seberani begitu sang PM kita? . Kalau tidak gentar isytihar sahaja pembubaran DUN Perak. Pasti semua setuju kecuali sang Mantan PM.

Gua cukup pelik bila teliti sebijik-sebijik statement sang mantan PM kita. Cakapnya berbelit-belit. Sudah berkira isu pembaziran duit rakyat pulak dah ke? Minggu lepas katanya tindakan gerombolan ke atas Perak adalah satu kesilapan. Hari ini cakap-cakapnya seperti mahu mempertahankan tindakan yang asalnya itu sudah silap. Pening bukan?

Mana penasihat-penasihat cerdik pandai sang mantan PM kita? Tolonglah boss kamu ini, melalutnya semakin jauh. Gua risau dia termencarut pulak di depan orang ramai. Gua bimbang reputasinya gugur...kehkehkeh

Perak perlukan penyelesaian segera... Pasti banyak yang tergendala. Boleh bikin bazir melimpah-ruah. Katanya tidak mahu bazirkan wang rakyat bukan? Bazir masa lagi berat, iye kan?

Janji gerombolan seumpama janji sang penipu

Janji gerombolan untuk memudahkan kehidupan rakyat seumpama menunggu emas-emas berkilauan gugur bagaikan rintikan hujan. Boleh juga gua sebut sebagai janji sang penipu. Harapan yang mustahil.

Janji paling manis di buat hanya ketika dia perlukan sokongan rakyat untuk menghalalkan tindakannya.

Rakyat tetap tertipu/diperbodohkan buat yang ntah ke berapa juta kali. Segala bantahan dan sokongan ke arah menentang tindakan gerombolan akan di jawab dengan hukuman keras. Hanya perlu sokong dan tidak boleh bantah. Langsung tiada perbincangan. Hanya mesyuarat antara mereka sahaja. Mesyuarat yang di hadiri oleh geng-geng IQ tadika. Sudahnya, terhasillah keputusan-keputusan yang langsung tidak masuk dek akal.

Contoh terdekat ialah untuk memperbaiki pengangkutan awam. Duit kenaikan harga minyak untuk tampung kos perbaiki infrasturuktur pengangkutan awam. Ini paling jelik. Sudah bertahun. Langsung tidak bergerak dan langsung tiada perubahan. Makin kronik adalah...

Gerombolan tidak akan selesaikan isu ini. Percayalah kerana mereka sudah naik angin dengan rakyat. Maka tindakan mereka serupa gampang!!

Geniusnya ahli gerombolan ini sampai jadi penakut pulak!!

Cukup genius sesapa yang membenarkan tindakan gerombolan ke atas Perak. Lagi genius sapa yang mengatakan bahawa sokongan rakyat terhadap gerombolan bertambah selepas isu panas ini. Mana statistik yang di ikut gua pun tak tahu. Perak yang panas ekoran lompatan galah tinggi 3 adun PR ke BEBAS seterusnya menyokong BN di anggap wira juga adalah genius. Terlalu genius mereka ini lantaran pemikiran mereka yang tidak boleh di tafsir oleh orang-orang awam semacam gua ni. Ramai lagi seumpama gua yang tak segenius mana dan mereka-mereka ini menulis blog untuk tunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Maka dapatlah gelaran bodoh gua ini.. Hahaha..

Terlalu genius rupanya sampaikan boleh jadi bahan gelak-gelak ketika boring takda buat apa-apa. Buat pelawak-pelawak di luar sana, inilah point-point yang perlu anda kutip sebagai panduan anda bagi show yang seterusnya...

Gua nantikan pertarungan secara anak jantan bagi puak-puak yang bertelagah ini. Tunjukkan di media utama. Rakyat jadi penilai. Gua berani kerat bulu ketiak gua kalau cabaran ini di sambut..hehe

50 tahun memerintah dan kini gerombolan menyediakan bom jangka buat rakyat (gua tiru ayat encik tukar tiub). Maksudnya kekangan ekonomi, desakan hidup, susah cari makan ini semua mengundang ketidakstabilan masyarakat. Berantakannya masyarakat seumpama mat rempit menunjukkan dalil untuk membuat onar di jalan. Jenayah memuncak penamat sebuah masyarakat harmoni dan selamat serta sejahtera.

50 tahun isu perkauman bukannya padam malah ia menyala. Pergi sahaja di Indonesia, Singapura atau Thailand.. Masyarakatnya di kenali sebagaimana nama negaranya di sebut. Padam sudah racistnya. Malaysia? Mahu lagi sebut melayu, cina india, kadazannya... Lambat sangat perubahan yang di lakukan puak gerombolan. Lambat macam siput babi!!

Apa sahajalah untuk rakyat. Jawapan mudah adalah benda recycle atau pun sampah. Hanya cukup sekadar bumbung dan dinding. Terlalu minima, sedangkan untuk pemimpin adalah tidak masuk akal kos sara hidupnya. Lihat sahaja contoh sewa bulanan rumah perdana menteri...

Banyak lagi gua nak ulas, tapi kemudian-kemudianlah...

Wednesday, May 13, 2009

Kaitan DUN Perak dan letupan gunung berapi.

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Maka bila politik Perak berantakan lebih dari tiga bulan sudah sepatutnya ia di bubar. Logik tak?

***

Woit Zambry, edah pompuan kena talak pun 3 bulan je. Ngko edah pompuan ngandung ke?

Beza angin tayar dan angin gerombolan

Tayar kenderaan bila ada angin dia akan berfungsi menggerakkan kenderaan tersebut. Kalau takda angin tapi mahu juga digerakkan kenderaan tersebut maka punah dan ranaplah kenderaan itu. Pastikan tayar kenderaan anda mempunyai angin yang secukupnya sebelum bergerak. Faham?

Gerombolan jangan pulak diisi angin dalam tubuh mereka. Nanti tubuh mereka akan tembam seperti bik mama, atau tubuh mereka akan meletup. Namun mereka boleh naik angin menyebabkan kerja-kerja mereka serupa gampang. Maka rakyat pulak naik angin jadinya.

***

Masakan pokok bergoyang kalau takda angin. Pasni kita belajar pasal lain pulak ye.

Zambry dan cicak-Lawak semata.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Namun Zambry bukanlah cicak. Maka takde saper nak kacau dia kerana dia tak punyai ekor. Maka dia pergilah kacau orang lain kerana dia sunyi...

Kehkehkeh....

RON tak RON..Sila amik yang murah je..

Kot banyak duit pakai la V-Power terus.

Grade RON95 tu tinggi sebenarnya tuan-tuan. Maknanya RON97 lagi tinggi. US dan Europe masih lagi guna RON yang lebih rendah dari kita. RON89 tak silap gua takpun RON92.

Tapi jangan pakai diesel ye tuan-tuan. Nanti pitam plak tuan.

Minyak dan taik minyak? Mana lebih celake?

Minyak naik lagi for sure barang pun naik. Alasan puak-puak ni macam-macam. Kerajaan bangang pulak pasti tak reti buat apa. Alasan tahap iq kangkung akan keluar..

RON tak RON.. Puak-puak ni mana reti apa. Orang kampung gua pun sampai sekarang confuse pejadah minyak V-Power tu sebenarnya?. Ngada-ngada jugak ye keta-keta mahal ni...

Yang derita tetap rakyat...Percayalah...

Satu pandangan dari encik tukar tiub episod 2

SEKALI LAGI MAT REMPIT

Sesiapa yang tinggal dalam kota Kuala Lumpur sila pergi dan lihat wilayah Pantai Dalam. Lihat dan saksikan bom jangka yang sedang terpasang. Rumah rumah sempit. Keluarga besar. Hidup berhimpit-himpit. Padat dengan masalah sosial. Inilah ghetto dan inilah slum moden yang wujud di sekitar kota kita.

Persoalan timbul: Kenapa ketika rumah mereka didirikan tidak dibuat untuk keselesaan. Kenapa tidak dibuat tiga atau empat bilik, ada balcony dan ada taman rehat. Ada keselesaan untuk hidup. Kenapa orang miskin ini terus dimiskinkan. Kenapa ini lakukan ini terhadap orang miskin. Apakah nilai hidup mereka rendah sekali maka mereka dikandangkan seperti babi.

Perhatikan diwaktu malam kereta dan motosikal mereka beratur berlapis-lapis. Mereka tidak ada pilihan – wajib memiliki kereta atau motosikal untuk pergi menjual dan memburuh. Ini sengaja dirancang sebagai satu dasar untuk menggalakan pembelian kereta dan motosikal.

Sistem pengangkutan awam yang satu ketika dahulu agak tersusun telah dilupus. Kota Kuala Lumpur yang dahulunya cukup baik disambung oleh Seri Jaya tidak wujud lagi. Bas dua tingkat yang bergerak di Kuala Lumpur pada satu ketika dahulu kini hanya untuk pelancung. Sistem pengangkutan awam dianak tirikan untuk menyokong industri kereta.

Penduduk miskin kota ini tidak mungkin dapat memutuskan diri mereka dari jeratan lingkaran setan. Dari sinilah datangnya anak anak muda yang merempit ke hulu ke hilir. Dimana mereka hendak duduk. Rumah sempit. Hendak mengulang pelajaran tidak mungkin. Adik mahu menonton tv. Kakak telah mula mendewasa dan susunya telah membesar. Taman rekreasi tidak ada. Taman bola tidak ada. Dewan anak muda tidak ada. Nak bermain futsal – wajib membayar – semua milik towkay.

Bayangkan emak dan ayah nak mengentot pun susah sekali. Tidak mungkin kasih sayang akan muncul dari satu keluarga seperti ini. Tidak mungkin akan muncul Ibu Mitahli dari kawasan ini. Graduan- graduan dari kawasan-kawasan ini hanya akan berjaya melahirkan pencopet, tokan ganja, kaki pau – nasib-nasib baik akan muncul Mat Rempit dan peniaga warong.

Kurang kawasan untuk dijadikan tempat rehat dan taman permainan?

Di sebelah stesen bas Pudu Raya dahulunya ialah padang yang maha luas. Lake Garden dahulunya ialah taman indah dan dirosakkan dengan jalan-jalan untuk kereta. Hutan simpan Bukit Ceylon di musnahkan untuk bangunan. Penarahan kawasan ini masih belum selesai. Di hadapan Stadium Negara dan Stadium Merdeka dahulunya ialah taman dan padang yang indah – sekarang tempat kepala bana letak kereta.

Jangan lupa – di Kuala Lumpur ada berselirat padang golf. Di kawasan-kawasan mewah ada pula taman-taman bunga. Ada padang tempat rehat. Kenapa yang kaya tahu berehat dan yang miskin di kulibatakkan. Apakah mereka yang duduk di kampong Kerinchi tidak tahu berehat. Tidak memerlukan ketenangan.

Bila kita melihat anak muda yang sedang merempit cuba berfikir jauh. Jangan hanya hendak mengutuk. Cuba selidiki dan tanya dari mana mereka ini. Apakah ada keselesaan dalam rumah mereka. Apakah ada kesempurnaan dalam persekitaran hidup mereka.

Lihat dan sedarlah – kebanyakkan mereka ini memburuh – di kedai dan gedung-gedung yang dimiliki oleh pemodal antarabangsa. Mat Rempit inilah yang menjadi kuli batak di Tesco, Seven Eleven, di Giant, StarBuck, MacDogal. Merekalah yang memburuh dipelbagai retaurant dan café yang dimiliki oleh syarikat pemodal antarabangsa.

Apakah betul kerajaan ada keinginan untuk memperbaiki hidup mereka?

Jika jujur dan berniat baik maka : Susun dan tubuhkan kesatuan pekerja di semua pasar raya. Tubuhkan kesatuan sekerja untuk semua pekerja di Seven Eleven, di Giant, di Tesco , di MacDogal, di Burger King, di warong-warong Rehat Lebuh Raya Utara Selatan. Pastikan mereka yang memburuh ini bukan hanya menjadi kuli batak untuk pemodal antarabangsa. Pastikan anak anak muda yang merempit ini dibayar selumayan mungkin. Pastikan mereka tidak ditindas dengan gaji yang kecil. Wujudkan gaji minama untuk seluruh buruh pekerja.

Ini baru langkah tepat yang mendahulukan warga. Bukan mendahulukan keuntungan untuk pemodal.

Jangan hanya pandai menghina anak anak muda yang merempit sebagai wabak. Mereka bukan penyakit. Mereka adalah sebahagian dari kita. Mereka adalah anak semua bangsa. Jangan hanya pandai mengutuk dan menangkap. (TT)

Susah betul kalau kiblat manusia yang buat!!

Dulu kena gua study kuasa-kuasa yang ada kat Malaysia ni. Legislatif la, eksekutif la ntah apa lagi tif pun gua tak reti nak nyebutnye.

Ni yang baru nak kena tahu pulak fungsi mahkamah-mahkamah yang bertebaran kat seantero bumi Malaysia ni. Mahkamah rayuan la, tinggi la, persekutuan la... Tak pandai nak ulas di buatnya. Kuasa mahkamah ni plak 2,3 minggu ni macam bercangah. Kejap tolak mahkamah tu kejap tolak kat mahkamah ni..Biol aku di buatnya. Senang-senang tolak kat mahkamah syariah la plak.

Kalau gua dari dulu study ilmu shafel ni mesti tak jadi macam skang, tenang je gua shafel kat tepi-tepi jalan supermarket nun. Tak pun tahun depan gua masuk AF la. Untung-untung ada jugak pak menteri yang undi gua. Tak gitu? Hahahaha

Gua nak riak sket... harap pak menteri naikkan lagi tol dan minyak....

Banyak isu dah terbengkalai. Semua fokus pada Perak. Permainan politik yang tak berkesudahan. Semua leka dan gua pun leka sama. Sedar tak sedar ramai yang kerja terbengkalai. Yang dah takder kerja pun ramai. Bahana ekonomi masih lagi di rasakan tapi ramai buat tak endah.

Selsema babi yang gerunkan dunia pun orang Malaysia buat tak peduli. Team Ferrari nak tarik diri dari sukan Formula 1 pun ramai yang tak tahu. Jauh dah kita dari isu-isu semasa global dan juga dalam negeri.

Semua sibuk sesibuknya. Harap semua kembali ke pangkal jalan. Start balik isu Altantuya yang dah senyap tu. 18 buah negara kondem Malaysia pasal isu ni. Takkan kita sebagai rakyat yang cintakan negara senyap aje? Hahahahaha.....

Ni minyak pun nak reshafel balik. Arghhh...benci betul aku ngan gerombolan ni. Kerja lain takder, naikkan barang harga sesuka hati. Tol bila nak naik pak menteri? Gua tak sabar-sabar ni. Bulan ni income gua adalah lebih sikit. Campur yang part time punya adalah RM9k lebih sikit. Bulan depan insyaAllah dapat dalam area RM14k. Cukai gua lari. Pedulik apa gua...Hahahahaha. Dalam setahun setengah dapatlah gua pakai brand new GTR R34 yang gua idam-idamkan tu. Standby dah bengkel nak tukar single turbo T88 dengan cam hks. Hahahaha.. Best tak hidup gua???

Lu pak menteri dah ajar rakyat macam ni maka terpaksalah gua ikut style lu. Tapi maap banyak-banyak, gua bayar zakat je, tax tak kot..heheheh

***

Kalau gua jumpa lu pak menteri, tanpa segan silu gua pam gila-gila keta kerajaan lu orang.

update: oit abgsupra, keta ko dah siap lom? jangan lupa 23 mei ni kat Sepang ye. Gua tunggu keta gaban lu...hahahaha

Satu pandangan dari encik tukar tiub

MAT REMPIT BERSATULAH

Ujung minggu lalu saya ke Pulau Pinang. Ketika ingin pulang kami menyisir di jalan lama untuk singgah ke Port Weld. Saya ingin merasa mee udang yang terdengar bising ketika heboh heboh di Bukit Gantang.

Tak ada apa-apa – mee udang ini jauh tangan dari peha.

Kemudian kami memotong ke Kuala Kangsar – pekan yang amat saya kenali. Kami berhenti untuk secawan kopi pahit di Double Lion. Roti bakarnya dengan kaya kampong masih baik. Kopinya tidak merosot tapi tidak akan menjadi pilihan utama.

Dari Kuala Kangsar kami melencong ke jalan lama menuju Selama. Jalan indah melintasi kampong, dusun, getah dan belukar. Saya tidak lagi marah dengar belukar kerana belukar juga adalah rumah serangga dan pelbagai hidupan. Belukar juga membersihkan udara kotor hasil dari asap kereta. Kalau tidak ada belukar dimana biawak akan hidup.

Di pertenghan jalan kami terserempak dengan beberapa buah kereta. Jalan yang kecil memaksa kami berbontot-bontot. Tetiba satu kumpulan Mat Rempit – berbelas orang – melintasi kami. Anak anak muda ini – langsing, ranggi dan cool.

Mereka mencelok kiri dan mencelok kanan untuk memotong kereta yang sedang beratur. Mereka cukup berani. Saya kagum melihat keberanian mereka. Sekelip mata mereka memintas dan meninggalkan kami.

Lima minit kemudian saya ternampak seorang Mat Rempit tercampak ke tebing kanan jalan. Motosikalnya terhumban ke dalam longkang yang dipenuhi rumput dan belukar. Dua orang kawan sampai tetapi masih di atas motor sampai. Ini solidariti Mat Rempit.

Motosikal barunya terbalik. Saya nampak anak muda ini terduduk dalam longkang. Mungkin tidak cedera. Kereta kami meninggalkan mereka.

Teman yang memandu hairan kenapa Mat Rempit tidak takut dengan kemalangan ?

Lalu saya menjawab :

Mereka tidak takut kerana mereka muda. Inilah sifat anak muda berani mencuba dan berani melawan arus.

Semua pencipta dalam dunia ini adalah anak muda. Kerana kemudaan mereka berani melanggar hukum. Zaman Pencerahaan dahulu di buka dan diteroka oleh anak muda. Ibu Battuta mengembara untuk mengisi zaman mudanya. Marco Polo berjalan ketika dia masih muda. Iskandar Zulkarnain sampai ke India ketika dia masih muda.

John Lennon, Picasso, Beethoven – semua berkarya di zaman muda. Mereka mengindahkan dunia.

Mat Rempit berani kerana dunia di hadapan masih luas terbentang. Sakit, mati, maut atau kecederaan tidak pernah menjadi perhitungan anak muda. Hanya orang tua yang takut mencuba yang baru.

Mat Rempit ini tidak memikir apa-apa. Dia mungkin dari kampong - dari Felda – mungkin anak ketiga atau ke tujuh. Kalau di kota dia tinggal di kawasan padat lagi sempit – seperti Pantai Dalam dan Kerinchi. Ayahnya mungkin telah kahwin lagi. Dia mendapat entah apa apa dari sekolah. SPM atau pebagai haram jadah pepereksaan itu hanya menyusahkan hidup mereka.

Dia melihat tanah-tanah padang di kawasan mereka diambil alih oleh pemaju perumahan. Padang bola mereka di ambil untuk mendirikan kondo mewah. Hutan hutan disekeliling habis dicunggah oleh pemaju tanah. Kalau keluarga mereka peneroka miskin dalam kota – mereka akan dihalau jauh ke luar kota. Tanah ibu bapa mereka dirampas untuk rumah rumah mewah. Mereka melihat - jika ada sahaja tanah kosong semuanya terjual. Dalam kota - ada sahaja tanah kosong akan disembah untuk dijadikan tempat letak kereta.

Kalau mereka meminati bola – taiko judi akan masuk campur. Permainan bola mereka akan diolah oleh towkay judi. Apa sahaja sukan mereka minati towkay judi dan para pengiklan akan masuk. Mereka hanya kuli batak. Kegembiraan untuk merayakan kehidupan akan digunakan oleh orang lain utuk membuat kaya.

Kalau ada persatuan ditubuhkan tiba-tiba ada peresmian. Tetiba mereka kena pakai baju batik. Paling tidak cool. Paling belia. Mereka tidak mahu menjadi ‘ belia bergerak maju’. Mereka tidak mahu menjadi Mat Skema. Mereka tidak mahu menjadi Mat Jiwang. Mereka menhamapehkan semua bentuk ‘rakan’. Kempen rakan muda yang lalu hanya tipu helah syarikat iklan untuk mendapatkan 84 juta ringgit duit rakyat.

Kalau dalam persatuan semuanya kena tunduk kepada orang tua. Pemimpin persatuan tidak cool – ada kepala botak, ada perut gendut dan yang tidak boleh tahan ialah memakai baju batik lengan panjang – paling cabuk rupanya. Ada resmi-resmi. Ada duduk duduk mendengar politikus berucap. Mana boleh drinya Mat Rempit - anak muda cool duduk dengar politikus – semua ini budaya orang tua – budaya bodek.

Jika mereka ingin membuat sesuatu yang mereka suka – pasti akan di larang. Ini tak boleh itu tak boleh. Berapa ratus ribu larangan telah wujud. Ada larangan dari agama. Ada larangan dari adat. Ada larangan dari orang tua. Ada larangan dari politikus. Ada sahaja larangan yang menyusahkan hidup mereka.

Berendut di taman di ganggu pegawai ‘lampu picit’. Silap-silap ditangkap khalwat. Kalau hendak lepas kena sorong duit kopi. Pergi ke kelab harga mahal. Kalau ada duit masuk ke kelab ada pulak kes kena minum air kencing. Nak tengok konsert Pemuda Pas melarang. Pelbagai fatwa dan fatwi sampai.

Tak kan nak melancap pagi petang. Tercabut kontol. Lalu mereka merempit untuk merayakan kehidupan.

Mat Rempit ini bukan dari Universiti Oxford atau Tokyo Universiti. Kenapa mereka perlu memikirkan masa depan. Masa depan mereka tidak ada apa apa. Mereka tidak ambil pot tentang bursa saham. Mereka tidak ada saham. Mereka tidak hiraukan seribu satu macam kempen yang mereka anggap menyusahkan hidup mereka. Mereka mahu hidup dan merayakan kehidupan. Mereka seronok merempit.

Yang ada – yang hakiki dan yang wujud ialah sebuah motosikal. Motosikal adalah tanda kebebasan. Bila anak muda bertemu dengan injin motorsikal semua kemungkinan berlaku. Mereka tahu nikmat zen bergerak bebas. Motosikal adalah tanda kebebasan mereka.

Wahai orang- orang tua :

Jangan pura-pura buat tidak sedar – bukankah orang tua yang menjadi towkay motosikal. Bukankah orang tuan yang amat suka anak anak muda ini kerana mereka membeli motosikal. Tuan pemilik syarikat motosikal amat gembira dengan Mat Rempit.

Jangan pura-pura buat tidak sedar bukankah F1 itu adalah daya tarikan untuk berlumba-lumba. Jangan pura pura buat tak sedar – bukan kah orang tua yang sengaja menganak tirikan pengakutan awam. Ini agar warga membeli kereta dan anak muda membeli moltosikal.

Jangan pura pura buat terperanjat apabila melihat Mat Rempit membuat aksi di jalan raya. Ini bukan pekara baru. Sebuah motosikal dinaiki oleh 15 orang ini bukan satu yang baru dilihat – ini bukan ciptaan Mat Rempit. Apakah orang tua terlupa kepada Tatoo?

Kenapa saban hari Mat Rempit di serang?

Ini kerana mereka adalah gulungan yang paling lemah dalam masyrakat kita. Gulungan yang lemah ini selalu di serang, dikutuk dan di fatwa fatwikan. Kalau tidak Mat Rempit -Mat Black Metal, kalau tidak Mat Black Metal - Mat Lembut, kalau tak Mat Lembut -Mat Rock. Orang tua cukup senang untuk menyerang orang yang lemah.

Kenapa media tidak berkempen untuk terus bertanya kemana perginya P Balasubramaniam? Atau terus menulis tentang apa jadinya dengan pembunuh Norita? Atau media bertanya - siapa punya kelentong hinggakan projek pelabuhan Klang kena kemut 6 bilion ringgit? Berapa banyak lagi duit dalam dana Petronas? Berapa belanja membuat Putrajaya? Kenapa banguan lama Dewan Bahasa dan Pustaka jadi tong sampah? Berapa bilik masih kosong dalam bangunan Berkembar Petronas ? Berapa ramai penyewa Daya Bumi ? Inilah soalan yang membina negara bangsa.

Media wajib bertanya - Siapa towkay penjual motosikal ini ?

Kenapa tidak dibuat sistem pengakutan awam yang lumayan - kemudian naikkan harga kereta dan motosikal macam cara yang dibuat untuk kempen anti rokok. Kenapa di setiap motosikal tidak dibubuh gambar mayat, tengkorak, kaki tercabut – macam di kotak rokok. Kenapa tidak ditutup sahaja kilang membuat motosikal. Apakah media tidak berani kerana takut dengan bos atau takut kaum kapitalis marah. Lalu – yang senang mengutuk Mat Rempit.

Kerana kutukan datang bertalu datang kepada Mat Rempit maka semua ini menjadikan saya bersimpati. Saya bersimpati dengan sesiapa sahaja yang ditindas. Saya bersimpati dengan Mat Rempit. Saya bersimpati dengan anak muda kerana sya juga pernah muda dahulu. Semua orang tua – kaki kutuk ini - pada satu ketika dahulu mereka juga muda. Tetapi mungkin ada juga orang muda yang telah dituakan lebih awal lagi – mereka ini Mat Skema – Matg Baju Batik lengan panjang. Poyo.

Anak muda wajib hidup dengan kemudaan mereka. Anak muda pencipta alam. Hanya orang tua dan anak muda yang telah dituakan yang selalu potong stim. Mat Rempit bersatulah.(TT)-

Tuesday, May 12, 2009

Kena tipu yang ke berapa juta pun gua tak tau dah...

Sumber paultan.org

Nak jugak naik minyak tu. Gua pun pelik puak-puak gerombolan ni. Altenatif ganti dengan RON95. Maknanya RON97 naik RM0.20. Macam haram. Untuk rakyat bagi sampah. Subsidi janji 30 sen gua tak pasti gerombolan campak kat mana. Jamban kot.

Lu dah nazak lagi mau tunjuk perangai celake. Apa la susah sangat bantu rakyat sendiri.

Lu gerombolan dah mati akal nak cari duit ke? Belajar dengan Thailand la takpun Singapore. Apa yang bengap sangat. Apa kurangnya negara ni berbanding negara jiran? Otak SPM lu tak berfungsi lagi dah ke?


Despite the change of ministry leadership, the proposed restructuring of fuel grades and pricing will go ahead as scheduled. The new Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob has announced that the price of RON97 fuel will be increased to RM2.00 per liter from the 1st of September 2009 onwards, which is also the date that RON95 and Euro 2M diesel are expected to be introduced into the market. That is an RM0.20 increase from the current price. We’ve paid RM2 per liter for RON97 before as that was the price during the period of the 18th of November 2008 to the 2nd of December 2008.

It’s not known yet at the moment what the new RON95 grade fuel (which replaces RON92 in the market) will be priced at, but when Datuk Shahrir was the minister he said that RON95 would be priced at the same price as RON92, with the income from RON97’s hiked price used to subsidise RON95 fuel.

Hopefully this is still the plan. Get ready for massive jams at the petrol stations on the last day of August!


Statement masing-masing macam gampang!! 20 sen pun nak berkira!! Kemut nak mampos!!

Zambry sifatkan dirinya seperti Mandela, Ghandi?

Kahkahkahkahkah.... Kahkahkahkahkah...

Kahkahkahkahkahkah...
Kahkahkahkahkahkahkah...

Warna kulit je sama..Kahkahkahkah

Beza negara canggih dengan yang tak canggih

Perdana Menteri Britain, Gordon Brown mintak maaf berikutan pendedahan mengenai tuntutan perbelanjaan mewah Ahli Parlimen termasuk makanan kucing..

MINTA MAAF!! Beli makanan kucing pun minta maaf? Kahkahkahkah..

PM kita? Kahkahkah.. Isteri PM kita shopping? Kahkahkah..

Jin AT dan sekarang jin antusabun plak...

Klik sini nak tengok tilikan Ifrit AdukaTaruna

Seronok gua layan tilikan tok bomoh Aduka dengan Ifrit kesayangannye.. Gua terpaksa panggil jembalang gua untuk tengok balik. Tilikan Ifrit Aduka agak tak best. Ifrit dia tak makan tengahari lagi agaknya..

Jembalang gua bagitau melalui asap kemeyan yang gua bakar ni, Najib agak susah nak kekalkan status quo dia. Apa pun yang Najib buat, rakyat tengok peribadi dia terpalit pelbagai skandal yang tak diselesaikan ikut peruntukan undang-undang yang ada. So, orang akan lebih benci peribadi dia dari yang dia buat. Ni jembalang gua la cakap.

PRU13 kalau macam ni corak pemerintahan PM kita maka jembalang gua bagitau mungkin Sabah dan Sarawak boleh BN kekalkan. Tapi itupun 50-50. Jembalang gua baca lapuran MAFREl, nampak kecelaruan urusan PRK Batang Ai dulu. Nampaknya rakyat Sarawak udah mula nak swing.

Belah semenanjung senang nak agak. Johor tinggal 50-50, yang lain mungkin 70-30. Mungkin Perlis aje BN dapat. Kampung tak banyak dah tinggal. Tambah pengundi baru dan yang kat bandar balik kampung pegi terang situasi sebenar politik negara, mungkin orang tua-tua berubah fikiran.

"Kemelesetan ekonomi kerajaan tak ambil pusing, barang-barang naik harga, rasuah berleluasa, jenayah macam Amerika..Sendiri faham sudahla", ujar jembalang gua

"Tambah yang Perak punya, lagi la susah bukan bumiputera nak pusing pilih BN balik. Diaorang sekarang sayangkan DAP lebih dari MCA dan MIC. Diaorang nampak DAP macam di main-mainkan dalam game demokrasi. Sentimen kasihan pun ada jugak. Tiupan perkauman kuat sekarang yang BN mainkan"..tambah jembalang gua lagi

"Sebagai penutup kalau nak menang jugak cara terakhir, BN kena mansuhkan tol dan Najib fight balik tuduhan Altantuya keatasnya. Minyak pun kena turun seringgit lagi, barang pun kena turun kow-kow punya dan....ahh banyak la kerja Najib sekarang" marah jembalang gua kat gua lalu menghilangkan diri di balik asap rokok daun gua..

Zambry berjaya untuk kali yang ke berapa ntah!!

Dapat dia tangguhkan keputusan mahkamah semalam. Hari ini sepantas kereta F1 mahkamah rayuan keluar keputusan. Maka rakyat Perak terus-terusan dalam kemelut. Gua dapat agak mau sampai PRU13.

Berita tv tadi cukup-cukup manis muka puak-puak gerombolan ni. "Untuk rakyat di utamakan". Rasa mau gua ludah cukup-cukup mamat mangkuk yang cakap tu. Benda ni terheret-heret makin lama. Benda nak selesai nampak makin jauh. Apa susah bubar aje DUN tu..

Takkan takut?. Lu pegang cukup banyak media tradisional tu. Harapkan pembangkang bukannya ada apa-pun..

Terpulanglah pada sultan sekarang ni.....!!!!??????

Canggih sangat gerombolan. Itu sebab rakyat menyampah..

Terlalu bermuka-muka. Gerombolan silap langkah. Ini bukan tahun 90an. Segalanya ada cctv. Gerombolan silap percaturan. Ini zaman canggih. Sumber maklumat terpantas dan terkini adalah di Google. Gerombolan boleh pulak percaya laporan berita yang gerombolan sendiri tadbir. Gerombolan ke belakang. Gerombolan makin mundur.

Hari ini gerombolan keluar kenyataan. Sudah mahu meyakinkan rakyat. Gerombolan sudah terlambat. Pembangkang sudah di garisan penamat, sedangkan gerombolan baru mahu tukar seluar trek...Terlalu lambat.

Gerombolan terlalu maksum. Langsung takder kesalahan gerombolan di media. Terlalu suci. Gerombolan buat silap di situ. Mana mungkin manusia tiada kesalahan. Seakan-akan gerombolan sahaja yang pandai memerintah dan orang lain adalah bodoh..Kesian gerombolan.

Gerombolan tak perlu buat apa-apa. Gerombolan perlu kerja sahaja. Jangan usik pembangkang. Gerombolan perlu tolong rakyat. Hari-hari gerombolan kena cerita ekonomi. Hari-hari mestilah berita yang rakyat suka. Tapi bukan berita puji gerombolan..Nanti gerombolan kena ludah.

Banyak kerja gerombolan tertangguh. Gerombolan perlu mansuhkan tol, mansuhkan PPSMI, turunkan harga barang, kekang jenayah, sebat mat rempit, halang konsert lalai, tangkap orang minum arak, tangkap orang khalwat besar-besaran, kurangkan program realiti hiburan, beri kuasa guru merotan, ubah silubus penddikan yang tidak relevan, gerombolan kena damping ulama dan pakar-pakar, dll.... gerombolan kena pakai google untuk tahukemahuan rakyat.

Gerombolan kena ubah sikap dan cara kerja. Jangan terlalu elit. Gerombolan jangan pakai polis escort nanti rakyat takut dekat dengan gerombolan. Gerombolan perlu buka mata pasang telinga, tapi tutup mulut.

Susahkan jadi gerombolan....

Monday, May 11, 2009

Apa khabar Zambri?

"Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka, saya serta rakan-rakan akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang" ujar DS Dr. Zambri.

Haha..Lunas undang-undang? Haha.. Sebelum ni ikut undang-undang ke? Haha.. Kalau tak nape mahkamah reject.. Hahaha..

Takut ke? Pilihanraya la.. Kata rakyat sokong..Haha.. Kata rakyat dah sedar.. Hahahaha..

Malam ni ada parti ke? Kat PWTC? enjoy ke? Hahaha.. Ada makan sedap-sedap..Hahaha..

Tak silap gua nobat lu raja lawak.. Haha.. Kalah lawak sepah.. Haha..

Mana Azwan Ali? Hahaha.. Bersama dengan anjing ke? Haha.. Hamsat sihat? Hahaha.. Lulusan undang-undang ye? Hahaha.. UM ke? Hahaha.. Nape anjing lagi cerdik dari ngko? Hahaha..

Gua tengah bertahan depan tv ni.

Susah pulak gua cuba tafsir pakar-pakar ni bercakap. Politik memang pening. Menang susah kalah pun susah. Aduh!!

Semua cerita pasal rakyat. Masa ni pandai betul ampu rakyat. Secara auto gua lebih ke nak muntah..

Gua pelik..Masa-masa macam ni tv boleh cerita dia jugak yang gempak..Macam cilake..

Zambri mana? Haha..

Lamputih.
8:19PM
11 Mei 2009

***

Update: Gua gagal. Gua lebih berminat layan Disney Channel. No.615. Cerita Wendy Wu

Nizar menang! Zambry pun menang??

Nizar menang semua maklum. Tapi zambri pun menang semua confuse. Menang apa? Haha.. Menang sebagai raja lawak musim ini.. Raja lawak 2009!!.

Gua teringin nak tengok wajah suci datuk ss Perak.. Confirm macam tapir mati laki..Haha.. Orang nak jadi macai awak pun nak jadi macai..Tapi bodoh piang! Hahaha..

Apa cerita timbalan speaker kita? Mau bertanding tak kalau dun bubar? Maaf, kerja kosong lain takdak skang ni..Haha.. Mau Camry? Haha..

Ganesan..Haha..

Mau rayu ka zambry? Haha..

Melayu yang kasihan....

Kalau di tanya melayu isu Perak jawabnya aku dah malas dah nak layan politik-politik ni, bosan. Gaduh tak abis-abis. Kalau di tanya melayu isu bola sepak negara, jawabnya begitu juga. Bosan dan muak dengan kualiti, skandal pemain, rasuah... Kalau di tanya tentang hiburan pada cerdik pandai agama pun begitu jugak jawapannya.... Bosan, meluat, menyampah. Takkan ada penamatnya.

Sudahnya borak di kedai-kedai kopi adalah isu yang bangang. Tak mencambah minda. Kalau cina lebih sikit pandai pulak melenting tak tentu pasal. Harap diri nak berfikir luar kotak seakan mustahil. Gen pemalas nak berfikir dan tidak berani untuk bertindak adalah kelebihan melayu.

Seakan susah mahu bentuk melayu supaya menjadi maju. Yang dah senang atau canggih sedikit lebih selesa mengambil jalan selamat. Berdiam diri dan memenuhkan perut sendiri. Muka nak bantu bangsa sendiri takkan ada. Bantu segi idea pun pemalas. Apa jenis kutukan atau makian yang sesuai untuk melayu?

Alasan demi alasan puak-puak bangang ni beri. Tapi hanyalah alasan. Idea untuk mengubah atau mencegahnya tiada. Balik-balik orang yang sama.

Sudahnya kesianlah yang layak. Tengoklah lagi 20 tahun melayu di mana...

Sunday, May 10, 2009

Member gua dan rotan

Lama dah tak jumpa member gua. Orang panggil dia gemuk.

"gemuk, best la kau ye. Skang dah boleh rotan budak. Menteri baru ni agresif sikit dari yang lama"

"takdanya berguna. Nak rotan boleh, tapi depan mak bapak dan pengetua" ujar gemuk.

Gua terkesima..Ahh sudah.

Camry atau Perdana.. Melayu tetap terserlah kebodohannya.

Gua nak ulas pasal Camry dan Perdana. Gua nak ulas pasal gen melayu yang bodoh. Patriotik konon! Khak ptuih..

Perak pakai Camry. Kedah pakai Perdana. Datang seorang melayu bodoh, laga-lagakan PR. Nizar kena control dengan cina DAP. Haha.. Terengganu?

Camry berapa harga? Perdana? Harga tak jauh beza. Lagi pulak beli Camry ada goverment rate pasal syarikat asing. Perdana? Sampai kiamat lu kena kencing. Sudahnya Camry lagi murah dari Perdana. Plus 3 tahun maintenance free. Perdana? Kerajaan tanggung. Duit rakyat. Membazir tak tentu pasal.. Melayu jugak yang bodoh sebab beli Proton. Minyak tak usah cakap. Perdana hirup minyak. Gua dah bawak merata seluruh negara. 2 kali melayu dapat bodoh.

Ini isu pembaziran la bangang! Mana penting dengan patriotik? 3 kali melayu dapat bodoh.

Mana selesa? Jangan silap jawap. Tak pasal-pasal dapat bangang ke empat.

***

gua tak kutuk gomen pakai perdana, pakailah. Tapi lu silap sebab lu kaitkan camry dengan nizar jadi boneka DAP!

Gua melayu, tapi gua tak bodoh macam melayu.

Member gua, abgsupra baru balik dari MIHAS. "bun, 27 kilang sembelih ayam yang dapat sijil halal JAKIM, 2 je melayu. Yang lain semua cina". Gua releks je dengar.

Kenapa gua releks? Gua tak pandai nak ulas. Ada ladang tembikai susu di Negeri gua. 100 ekar. Nak pasar luar negara. Tak boleh racun, nanti tak lepas. Pagi-pagi tokey dengan pekerja cabut pakai tangan rumput-rumput liar..Kerja gila. Income? 3 biji lori 10 tan masuk hari-hari. Pikir sendiri.

Ada orang kata, jangan bagi muka kat cina, nanti dia pijak kita. Gua gelak. Bodoh punya melayu. Eh bang! Melayu pakai 7series tu bagi muka ke kat abang? Menteri melayu tu bagi muka ke kat abang?

Atuk cina yang tanam 100 ekar tembikai tu atau yang ada kilang sembelih ayam tu dulu datang Malaya sehelai sepinggan. Lepas 50 tahun dia boleh bagi cucu dia pakai Alphard.. Memang padan la dia taknak bagi muka kat ngko. Bodoh!! Ko sanggup cabut rumput hari-hari walaupun ko tokey? Haha..

Try tengok masuk pasar borong bawak 200 keli. Kena gelak la ngko. Puak tu bawak tan sehari tau. Tu pasal dia pegang harga. Ngko jangan dengki tak memasal. Ko kena la lawan harga. Baru dapat monopoli. Diaorang kerja bagai nak gila. Melayu? Haha..

Semua benda kena tolong. FAMA, MARDI, UMNO, Pertanian.. Cina?

Ubahla sikap.. Sekarang dia cargas politik? Melayu bila nak ubah?

Saturday, May 9, 2009

Tip of the day

Ahli politik sekarang tidak betul, kita perlu hantar mereka ke kandang khinzir untuk bekerja-Jamie Hyneman (Mythbuster)

Pendapatan tahunan rakyat kita yang sedih

Sumber gua petik dari cursingmalay.blogspot.com

Pendapatan tahunan rakyat Malaysia rendah dari pendapatan tahunan rakyat Gaybon!! Kenapa dengan Gaybon? Kenapa mesti sedih?.. Gaybon baru merdeka 3 tahun la..Memalukan!!

Pak menteri ada alasan? Atau tak reti nak tadbir?

Takyahlah compare dengan Singapore..

Friday, May 8, 2009

Gamaknya generasi akan datang generasi shafel la ye?

Gua masih risau.. Sentiasa gua risau. Hal pendidikan. Hal sangkut paut dengan generasi akan datang. Generasi yang corakkan negara akan datang. Hiburan tak berkesudahan yang undang gejala negatif masih lagi tak berkurangan..

Sebenarnya masih banyak yang perlu gua risau. Lu orang risau tak? Terpulang...

Pada pak menteri. Letak sikitla sensitif anda pada isu ini. Jangan main taram je..

Semalam dia kitai, hari ni dia amik hati balik...

Semalam cukup-cukup dia kitai perlembagaan. Undang-undang mana dia ikut, satu dunia pun tak boleh nak tafsir. Gerombolan je yang otak canggih boleh tafsir. Jangan di panggil ulama' tafsir, pening dia kang.. hahaha

13 tahanan ISA bebas. Tapi ada yang keluar bersyarat.

***

Gua agak diaorang takut PRK lagi kot? tu yang bebaskan tu..

Pakar, mintak tolong sat

Mana pakar politik arus perdana? Mana pakar undang-undang arus perdana? Mana pakar perlembagaan yang boleh tafsir ikut selayaknya?

Gua nak mintak satu. Lu buat satu artikel penuh satu page akhbar. Lu cerita pasal kuasa speaker, hak speaker, perintah tetap, dan yang semalam tu apa pendapat lu orang? Boleh ke suruh orang luar masuk seret speaker keluar? Ceritalah apa-apa agar otak wa tak kusut..

Tolong ye!!

Puak-puak ni berani ke?

Nak kata berani takderlah. Tengok muka sorang-sorang yang seposen tu, gua agak kot debat kat tv mau gugur sepantas kilat. Menyalak kat tv dialah hero segala rakyat, dialah yang junjung perlembagaan, dialah barisan hadapan pertahan intitusi beraja. So rakyat? Apa pandangan? Betul tak gua cakap?

Kalau camni sifat lu agak-agak negara ngarah ke mana? agama? pendidikan generasi akan datang? ekonomi?. Jangan cakap soal pembaziran dalam pentadbiran la. Kot bukak fail mau pengsan baca angka-angka ngarut. Tender sejal zaman Hang Tuah tak pernah senonoh cuotation. Huh!!

Mahkamah? Yang pertama di dunia usung tilam gua rasa...

Demokrasi kepala lutut lu la!!

Dulu pembangkang dapat Terengganu, royalti jadi ehsan. Duit tu lu yang urus.

Pembangkang menang 2,3 kawasan dalam negeri yang lu perintah, duit urus kawasan lu jugak yang urus.

Pembangkang menang negeri duit lu sekat-sekat. Geran kapita jadi katun. Lu gak kalau selagi boleh nak urus.

Pembangkang dapat negeri canggih sikit lu gak rampas. Tak cukup rampas, speaker pun lu heret macam kambing.

Lagi tak cukup lu tangkap selagi boleh wakil rakyat pembangkang bila dia agak berani sikit.

Media tak usah cakap la. Hari-hari non stop lu kutuk pembangkang. Dakyah la, hasutan la, fitnah la, biadab, tak hormat raja dan rakyat la, tak pandai memerintah la, bangang la, kaki liwat la, ulama' bodoh la.

Pokoknya lu je la yang maksum.

Camnilah.. Takyah guna demokrasi la camni.. Guna cara lain plak. Amacam?

Kot la lu boleh hepi dapat kitai DUN semalam!!

Kronologi berbagai versi ada kat blog yang bersepah-sepah di alam maya ni. Mana rajin pegi carik untuk nilai sendiri. Boleh di buat kesimpulan, semalam sarkas terbaik. Buat onar depan-depan. Tak suruk-suruk lagi demi nak kekalkan kuasa.

Lu baru kalah sekali lepas PRU12. Team lain sejak azali memang di lahirkan untuk kalah. Menang pun takdelah menang semua. Menang separuh-separuh je. Tu pun bagi tiga. Yang meroyan nak mampos macam laki mati bini lu!! Pehal??

Makin terbukak mata orang tengok perangai lu. Dapat gua faham dan sekalian rakyat jelata bahawa lu amal sikap double standard. Jati diri lu hancur sama sekali. Berkontena orang maki lu semalam. Tengoklah camno aura lu kot dapat boleh tahan..

Apa yang gembira sangat buat badut sarkas semalam pun gua tak tau...Lantak lu la!!

Gua tak puas hati lagi nak memaki ni..

Komain lamo drama samarinda Perak ni nak abis. Ending macam cilako. Esok den ngamuk lagi. Nak maki aku balik dipersilakan. Kot boss den ado esok, tak dapek la den nak beraksi..

Thursday, May 7, 2009

Tinggal satu je lagi talian hayat untuk PR Perak!!

Kita doa ramai-ramai. Solat hajat ramai-ramai. Talian hayat hanya tinggal satu. Itu pun kena tunggu 11 Mei ni. Hari Isnin. Untung besar dapatla Nizar jadi MB sekali lagi. Segalanya tidak mustahil. Harap hanya pada kuasa Allah. Kot nak lagi trill, buat nazar..Hehe

Gua akan auto senyum sepanjang hari. Itu pun kalau Nizar menang. Gua nak tengok Zambri terkebil-kebil. Nizar lama dah terkebil-kebil. Kesian pulak kat dia..Haha.

Lagi gua nak tengok nasib 3 ekor kodok tu.. Rasa nak ludah sekor-sekor. Perangai tak macam katak langsung. Perangai macam b*b*. Nak muntah lagi gua.

Satu lagi kumpulan masuk golongan kena maki

Ramai dah yang masuk golongan kena maki ni. Mula-mula dulu abang topi merah pastu polis.. Golongan ni paling masak kena maki, tapi biasalah diaorang ni kental. Selalu kawad gamaknya..

Pastu abg BPR. Ahh! Banyak la. Letih nak list satu-satu..

Yang terbaru ialah bentara.. Kerja korang memang macam celaka.. Huh!

Gua cabar semua duk depan tv pokol 8 malam ni...

Sivakumar being dragged out of the House. Pic courtesy on Sinar Harian.


Ambik perhatian sesapa yang sihat walafiat. Yang cergas dan cerdas. Yang pintar nak mampos. Anda di cabar duduk diam depan tv malam ni pukul lapan tengok berita. Fokus dan bertenang. Agak-agak lu boleh muntah tak?

Yang bodoh disqualified...Pasti tak paham ape-ape..hehe!!

Ada pulak bentara ni?? Tadi tido ke?

dari thenuthgraph.com

3.05pm Another adjournment announced to wait for the entry of Raja Nazrin Shah.

3.03pm Ganesan orders Teja and SImpang Pulai Aduns out of the House. Requests the Bentara to remove them. The doa is recited.

3.00pm Zambry moves a motion that the next order of the House is to start with prayers and allow the Raja Muda of Perak Raja Nazrin to give his royal address. All the while PR Aduns are thumping their tables. The 28 BN Aduns and three independents vote to approve Zambry's motion while PR Aduns shout "Bubar, bubar!"

Drama makin nak abis!! Lega la puak gerombolan ye. Hehe.. Pasni carik la kerja lain. Pilihanraya pasni tak tentu menang lagi. Standby la carik kerja dari sekarang tau...

Akhirnya kerusi Speaker kosong...Macam drama tamil.

Dah macam drama tamil. Boleh plak polis masuk angkat speaker... Undang-undang firaun mana plak puak gerombolan ni ikut? Satu hal, benda start pun belum....

Siva has been taken out of the Dewan. His seat has been taken away. The Speaker's desk is now vacant.

2.39pm Speaker Sivakumar has been physically removed by the police from his chair. He has been taken out the door.

Ganesan dah amik tempat Sivakumar, Berlagak jadi speaker yang sah...Control hensem. tapi kena jerit ngan puak-puak PR. Drama dah dekat nak abis. Tapi yang nyata point-point PR nak menang next election makin ketara.

Gua tak dapat nak ulas panjang-panjang. Undang-undang makin celaru dah. Panggil peguam dunia suruh tafsir gua rasa dia pun cirit-birit. Tapi kita sesama la pikir mana logik, mana tak logik ye...

Tak dapat gua bayang camno terjadi kalau PR plak perintah Malaysia!!!

Berita terupdate paling cilake hari ni!!!!!

MB kesal Adun pembangkang tak hormati Raja Nazrin, tumbuk Exco dalam DUN"..... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090507122153/Article/index_html
Apa lagi la yang boleh di harap dari media perdana ni? Nganjing je keje ko hari-hari ye? Sah-sah kena sumpah lepas ni!! Aku jumpa tepi jalan pengarang ni aku ludah cukup-cukup!!!
Tu yang tutup mic speaker tu taknak tulis ke? Yang lantik speaker baru membelakangkan perlembagaan tu apa cerit? Tak patuh arahan speaker tu nak letak tepi je ke?
Sampai bila lu nak camni? Lu kental? lu berani? Bubar DUN la tengok... Heh..
Palat tol!!!!!

Lelaki yang paling aku salute hari ni!!

Kot ada yang dapat panjat naik turun Everest 2 kali hari ni pun, kurang jugak respek aku kat dia. Tapi mamat ni dia hebat. Tak gentar. Hensem lebih sikit hari ni dari hari biasa-biasa.. Kalau letak orang lain mau terkencing-kecing. Gentle nak mampos.

Dengar cerita ada lak bomoh pi jampi kat kerusi dia, tapi makin berani plak dia. Tak lut!!

Gua harap-harap biarlah sampai petang kang dia gagah. Ganesan? huh..sapa mamat tu??

Sidang dah bersambung balik. Tapi tuan speaker punya mic masih lagi gagal berfungsi..Heh..

Speaker sivakumar di sabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.(idhamlim)

Antara Speaker dan Microphone!!

I am getting a clearer picture now: Zambry, Hee and Ganesan were all on the aisle. Siva's mike was switched off at around 10.50am. The mikes on the Pakatan side didn't seem to be working but the mikes near Zambry and co were. I am not sure exactly when Siva was outmanoevred.

A'ah..yer lah. Panggil je la abang topi merah tu. Tangkap je terus adun-adun PR. Main tutup-tutup mic pulak. Perangai macam budak-budak... Woit bentara!! Tido ka?????

Apa cerit speaker ada 2 pulak ni?

Woit bentara!! Lu tak buat kerja ke?



Aduh!! Kelam-kabut nampaknya.. Dari tadi sidang tak mula-mula. Datang pulak Ganesan nak angkat sumpah sebagai speaker.. ini baru la berita gila!!!

Ganesan appears to have been "sworn in" and gone through the motions. But Siva is still in his seat. Sorry, I am confused! One eye-witness observes, "It is like a circus here."

Mau lagi berita sepantas puting beliung? Pegi sini

Antara wakil rakyat yang ditangkap ialah ahli parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub, ahli parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa, ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, Adun Air Keroh Melaka, Khoo Poay Tiong dan wakil PSM Sungai Siput Xavier Jeyakumar.

*********
Sumber idhamlim dan wak Banjar:


Makin tegang ! Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker). ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan. ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram.

Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat. adeh..apa nak jadi Sidang DUN negeri ku !

***

Untuk makluman belum ada lagi insiden tumbuk-menumbuk macam kat Taiwan ye. Semuanya masih dalam kawalan..Peace!!

Apa cerit Perak ni. Macam kat Gazza pun ader gak...

Sumber anilnetto ngan wak banjar...

Gila saiko kat Perak ni.

Roadblock banyak nak mampos
Asal baju hitam je kena tangkap.
Yang minum kat restoran pun kena tangkap.
Ahli Parlimen pun kena tangkap
ADUN pun kena tangkap.
Yang bawak gambar sultan pun kena tangkap. Gambar di koyakkan.
Salahudin Ayub pun kena gak..

Setakat pukul 9:30 ni 25 orang dah kena kitai.

Tak pasal-pasal restoran pun kena tutup hari ni. Ala-ala kat Hebron la pulak. Langsung takder hati perut. Bas sekolah pun takleh lalu. Tak pasal-pasal kena turunkan budak jauh.

Sumber dari UMMI..
Ada acara kejar-mengejar kat padang..hehe

Sumber dari Cina Islam
Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.
Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.


Traffic menggila kat tempat-tempat tertentu...Sila pegi Kedah kalau nak bercuti

Satu Cina dari Perak di depan SUK Perak...

Satu group cina dari Ayer Tawar, Perak apabila ditanya oleh kami, menyatakan.." Kita mali mau kawan maa..bukan mau lawan...", apabila ditanya tak takut ker kena tangkap.." kalau mau tangkap..tangkap semua lakyat la, itu penjala boleh muat kaa ? "..haiya... (al-Banjari)


Meriah pagi ni orang kena tahan..

Takderlah update dari zoor_unmasked. Dia dah kena tahan pukul 9.16 tadi. Sumber anilnetto.

Hanya untuk maklumat sepantas kilat dari Perak.

Mau berita dari Perak sepantas puting beliung? Selaju kereta F1? Gua listkan kat bawah ni.
  1. Al-Banjari
  2. PakKaramu
  3. UMMI
  4. Topeng Perak
  5. Cenangau
  6. Sya~Reformis
  7. Kucar-kacir
  8. Utusan Malaysia*
  9. zorro-unmasked
  10. MSK
  11. Anilnetto

*Yang no. 8 tu gua tipu.

Semua yang gua list di jamin boleh membantu. Semua wartawan bloggers kasta tinggi tu bai. Setakat CNN atau BBC celah-celah cekam cagu diaorang je tu..

Update: Al-Banjari nampaknya buat lintas langsung. Dia kobar setiap 15 minit. Poilah jenguk. Gua confuse camno dia nak masuk dalam dewan tu. Ilmu ghaib kot.

Habis celaka la ni!

Orang ajak solat hajat dan munajat kena tangkap. Masjid-masjid sekitar bandaraya tak leh ada aktiviti mula lepas isya sampai subuh esok 7/5. Padahal takda la masing-masing solat niat nak mintak bala. Takdalah yang solat tu nak mintak puting beliung esok. Macam celaka punya arahan.. Memang sehabis celaka la ni.

Lu nak buat solat hajat mintak speaker bisu pun takpa. Takda sapa nak kecoh..Yang penakut sangat apehal??.

Wednesday, May 6, 2009

Peragut makin jahat!

Bukan citer peragut politik di Perak..

Ni kisah peragut yang mengakibatkan wanita mengandung 2 bulan koma 36 jam sebelum menghembus nafas terakhir..

Kadar jenayah meningkat. Sudah di duga akibat kemelesetan ekonomi. Harga barang melompat-lompat. Hukuman yang tak menggerunkan. Penguasa sibuk jaga orang politik, sampai lupa tanggungjawab asal. Apa lagi? Fikirkan sendiri.

Yang berkuasa ambil perhatian. Sila jaga rakyat, bukan jaga bangunan SUK. Beratkan hukuman untuk jenayah sebegini. Paling senang buat je HUDUD.

Lagi kisah silver state!

Macam-macam hal berlaku sepanjang hari ni. Ada pemimpin kena tangkap pasal nak anjur solat hajat, ada kena tangkap sebab bawak kek harijadi kat putrajaya, ada kena tangkap pasal suruh pakai baju hitam esok, ada tak tido malam ni kena berjaga tutup jalan-jalan kat bandar Ipoh, ada tak tido malam pasal kena jaga bangunan nak bersidang esok(penakut gila). Kot ada emas takpelah jugak bersengkang mata..Haha!!

Tuan speaker Perak apa khabar? Boleh tido malam ni? Hehe..

Pendek kata, era kuku besi nak menjelma. Cerita-cerita akan datang kita dah boleh agak. Sapa lawan gerombolan nasibnya padah. Sapa ada telur, telurnya akan dikecutkan secepat mungkin. Nak selamat sila main gay..

Politik macam kartun!!

Nazak aku tengok internet hari ni.

Pada aku berdebar-debar tunggu drama esok jadi aku layan la blog politik. Memang macam celake internet malam ni. Maka sepantas kilat aku mencarut-carut malam ni. Kata negara maju! Khak ptuih!!

Biar muka mereka bersepah esok!

Kita buat solat hajat malam ni. Sendiri-sendirilah ye. Kalau rajin, ajak keluarga join. Biar kena kitai mana-mana puak pekak badak ni. Yang muka cukup manis dalam tv tapi hati hitam macam air taik dalam tong indah water(syarikat urus air taik pun nak guna bahasa orang putih, macam cilake). Kita doa sorang-sorang, biar panjang dalam tangisan. Agar pengitai perlembagaan kena kitai. Agar esok mereka masuk dewan jalan bersepah dan muka caca-merba. Hati mereka kasi kucar-kacir. Biar iq mereka tahap budak tadika kelas tercorot. Biar mereka melatah badut gelak-gelak sampai pengsan..

Huh!

Banyak betul matematik politik ni. Pening la pulak gua.

Panggillah 2 pakar perlembagaan. Buat la debat kat tv. Gua nak satu jawapan jitu. Hanya 1 jawapan. Tak banyak nak gua persoalkan. Yang lain tu lain kali la jawab. Gua tau lu orang takut.

Apa kuasa speaker DUN ni sebenarnya?

Sebelum lebih ramai memaki, mencarut, kena tangkap, kerja bersepah esok, anak tak nyusu, pokok tak bersiram, MC pegi kerja, BSKL di tutup caca-merba, airport tergendala, perlawanan Barca-Chealse batal, kutipon tol tak memberansangkan, makcik jual pisang goreng tak laku, Jusco tak buat sale, hari wesak batal, line tipon celcom lebih mencarut, ada awek yang tak kena tangkap khalwat, ahh...penat!!

Bukan susah nak jawap pun. Yang berbulan-bulan nak setel tu pehal? Bapak la kerja korang tahap kodi.

Sekali lagi lu cakap Malaysia negara maju, canggih, wawasan 2020, terkenal, terhebat, termakmur, semua negara luar respek, Exora tergempak dalam dunia, Dunia gerun dengan kita... Gua maki cukup-cukup!!!!!

Eleh..Carik kutu la pulak.

Padahal ngko tu yang kutu. Lagi mau buat kelakar badut. Kan tak pasal-pasal masuk suratkhabar. Cakap serupa Alex ferguson. Wayang je lebih..Haha

“Mereka tidak menyedari pasukan penguat kuasa tiba dan terkejut apabila pihak penguat kuasa agama jajahan memperkenalkan diri sebelum memberi pelbagai alasan untuk mengelakkan ditahan.

“Dalam keadaan serba salah, pasangan remaja itu mendakwa mencari kutu di tangga ketika ditanya pihak penguat kuasa agama, walaupun awal-awal lagi Skuad Amru melihat mereka berdua bersentuhan pipi,” katanya.

Anuar berkata, pasangan itu dibawa ke Pejabat Agama Jajahan untuk diambil keterangan lanjut sebelum dibebaskan sementara menunggu kes disebut di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, pada 16 Jun depan.

+ Via Harian Metro

Hari ni 6 Mei

Tinggal lagi 1 hari. Drama realiti politik Malaysia. Harapkan yang pergi Perak selamat pergi dan selamat balik. Gua salute atas nama mempertahankan perlembagaan negara. Ini pasti jadi sejarah. Sejarah pahit untuk rakyat Malaysia.

***

Berjuang atas nama kebenaran dan menolak kebatilan memang perit..

Tuesday, May 5, 2009

Luahan semangat seorang ulama'. Namun gua pilu.

Gua membesar dengan mengenali beliau. Ulama' hebat lain banyak yang dah takder pada zaman tumbesaran gua. Beliau ini gua rasa ramai kenal. Keberanian dan kental beliau harus ditunjukkan pada masyarakat secara besar-besaran. Bukan memuja tapi sebagai menghormati. Semoga beliau sentiasa dibawah peliharaan Allah.

Gua petik kat sini terjemahan kata-kata beliau.

"Saya hanya mempunyai satu sahaja cita-cita sebelum dipanggil Ilahi. Saya kepingin sangat mahu ke Ghozzah bumi Filistin. Disana saya ingin sangat menemui tentera rejim Israel la'natullah, dan saya ingin sangat menembak mati mereka seramai yang mungkin. Dan saya tidak takut sekiranya pesawat canggih rejim Israel datang dan mengebom saya hingga berkecai, kerana saya terlalu ingin berjumpa ALLAH dalam keadaan syahid. Saya sangat cemburu dengan sahabat-sahabat saya Almarhum Assyahid Syeikh Hassan Al Banna, Assyahid Syeikh Yaasin, Assyahid Syeikh Ahmad Rantissi yang mereka semuanya dapat bertemu ALLAH dalam keadaan badan berkecai kerana syahid ditangan musuh-musuh ALLAH. Moga ALLAH mengabulkan doa dan impian saya yang terakhir ini". (Al-Qaradhawi)

*Ingat masa gua singgah kampung halaman lama beliau kat Mansurah.

Tak sabar dah gua tunggu drama 7 Mei ni

Tak lama lagi 7 Mei menjelma. Satu lagi drama politik realiti menjelma. Pelakon semuanya wakil rakyat. 1 dunia pasti tak keruan tunggu drama ni. Pasti kerja jadi bersepah. Pasti kelam-kabut persis dilanggar garuda.

Sapa nak ikut drama ni siap-siap beli susu anak, lampin, ikan ayam pasti tak putus bekal. Bukan apa, taknak la terputus babak pulak. Boleh jadi sejarah nak cerita pada anak cucu.

Blog akan jadi medium terpantas. Gunakan sebaiknya.. Tanda mana-mana blog untuk saluran terkini. Tv radio suratkhabar basi dah.

Ceria-ceriakan hari anda dengan drama realiti versi terkini. Amerika pun tak buat lagi ni!!

Monday, May 4, 2009

GRO yang gila babi!!

Ni memang gila babi punya perangai. Tegar habis ni. Agak jarang-jarang orang dapat ikut. Sampai masuk suratkhabar...

Memang nak kiamat dah ni!!


GRO tua enggan taubat

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

Dua kali Halimah, 43, mengandung anak luar nikah dan keluar masuk rumah perlindungan tetapi dia masih kembali ke lembah noda.



HALIMAH mendakwa terdesak walaupun tahu kerja sebagai GRO berdosa.





HALIMAH Mohamad, 43, pernah menganggap dirinya sebagai wanita paling malang. Tidak lama dahulu, dek kerana perempuan lain, suaminya meninggalkan dia bersama empat orang anak yang masih kecil sehelai sepinggang.

Dia yang jatuh tersungkur ketika itu hanya memikirkan satu jalan mudah untuk mencari duit iaitu berhijrah ke Kuala Lumpur.


“Sebagai GRO, saya bekerja dari pukul 3 petang dan habis sekitar 2 pagi. Agak mewah juga hidup ketika itu, pakai kereta besar, tinggal pun di kondominium,” katanya.

Lantak la orang nak mimpi pon.

Poyolah orang tua ni. Siaplah ko kena siat-siat lepas ni..hahahaha

MIDDLESBROUGH – Lupakan hasrat untuk menjulang Liga Perdana England dan tak payah bermimpi.
Itu amaran pengurus Manchester United, Alex Ferguson kepada pencabar kelab itu yang berhasrat untuk memburu gelaran tersebut.

Menurut Ferguson, kelab-kelab lain sudah terlambat untuk memintas kedudukan United dalam liga.

Biarlah orang nak kata gua ketinggalan zaman sekalipun.

Lama gua merantau. Naik gunung turun gunung. Redah laut dan sungai. Sampai ke Sungai Sarawak nun. Takder kereta gua naik basikal. Basikal pancit gua naik lori. Tumpang lori sape-sape yang sudi tumpangkan gua. tapi jiwa gua tak putus asa. Tekad ni takkan sia-sia. Cuba hingga berjaya. Ada jugak masanya buaya kejar gua. Angin dia sebab gua kacau bini dia barangkali. Mata gua kena patuk dengan burung apa nama ntah. Luka parah tapi gua releks jugak. Takdalah gelabah tak tentu hala. Tenang sentiasa. Istiqomah pun ye jugak.

Musafir gua masuk bulan yang kedua. Bayang nak nampak apa yang gua hajat tak kunjung tiba. Api yang berkobar dalam badan mula surut. Duit, masa, tenaga banyak dah habis. Hampir pasrah jugak gua. Tiba-tiba..

makcik: wei, aku dapat dah apa yang ko nak. Nak aku belikan tak?
aku: Berapa?
makcik: 20 ringgit. Mahal jugak tapi paten ni yang ko nak. Nak tak?
aku: Boleh jugak. Isnin nanti aku bayar ye.
makcik: Ok..
aku: Tima kasih.

Haha.. Dapat jugak. Tak la jauh mana ngko lari ye pokok..