Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Sunday, February 28, 2010

Ustaz Fathul Bari ditangkap siang tadi.

Ini berita soheh. Dapat tahu pun tengah hari tadi masa siap-siap nak pegi kenduri kahwin sepupu.

Bila dengar orang agama kena tangkap persis Dr Asri ramai tersentak dan tak kurang juga simpati. Hukum alam begitulah. Dekat-dekat nak kiamat ni macam ni lah perkara yang berlaku. Bersalah atau tidak balai dahulu kita bercerita.

Paling boleh kita teka pun pastinya adalah isu tauliah atau izin mengajar. Dah begitu hukumnya maka perlu kita lihat dari sudut positif serta negatif. Jangan emosi dahulu tak memasal.

Keluar dahulu dari topik politik ye tuan-tuan. Politik dalam isu ini kalau dimasukkan makin rumit pulak jadinya nanti.

Beliau pendakwah dari negeri Perlis. Sedia maklum aura agak bertentangan antara Perlis dan Negeri Sembilan. N9 ada enakmen pengawalan Tariqat sufi yang Perlis pulak takda. Manakala golongan Tariqat Sufi adalah golongan yang sentiasa dihentam oleh golongan wahabi yang sinonim dengan Perlis. Matematik mudahnya kita faham ialah...

Kenapa pulak ada enakmen tersebut? Ia adalah mekanisma memudah cara agar Tariqat yang berjalan tidak terpesong dari jalan aqidah juga syariat. Sebuah Jilsah ditubuhkan bagi memantau serta meneliti laporan tahunan setiap Tariqat yang berdaftar di N9. Tidak pulak ahli jilsah ini dari N9 sahaja bahkan ada dari merata negeri. Tapi enakmen ini hanya berkuatkuasa di N9 sahaja. Faham?

Bila dah manjang kena bantai dek wahabi Perlis (tak mengaku pun) maka agak mustahil boleh dibenarkan golongan Tariqat aktif disana. Betul tak? Pasti akan dicemuh dan paling teruk mungkin ditangkap dan dilabel membawa ajaran sesat.

Berbalik isu Fathul Bari Mat Jaya tadi, pastinya ajaran yang beliau bawa atau ceramahkan bertentangan dengan apa yang boleh diterima oleh penduduk N9 dan ada laporan dari orang ramai atau pemantauan dari Jabatan Agama negeri yang membolehkan beliau ditahan. Pasti ada silap mana2 dan mungkin boleh membuatkan masyarakat setempat keliru misalnya..

Jadi jangan semua orang tahu nak membantah. Orang Negeri Sembilan mungkin tak kisah pun kalau tak dapat ceramah di Perlis. Jadi yang orang sana nak sibuk-sibuk kat negeri aku ini apehal?

Bukan nak taasub kenegerian disini. Cuma aku tak berapa berkenan dengan ajaran serupa begini. Panjang pulak kalau nak ulas dalam entry ni. Nantilah lain kali aku cerita.


***
Jangan dikecoh kenapa tak ditangkap ahli maksiat yang bersenang-lenang tu selagi tak ditunjukkan negeri mana di dalam bumi Allah ni yang takda maksiat atau maksiatnya kurang lebih macam zaman nabi...

Saturday, February 27, 2010

Bila kereta boleh dibogelkan

Sumber: thechive.com

Friday, February 26, 2010

Bergembira di Maulidurrasul.

Pedulikan perselisihan pendapat bila tarikh sebenar kelahiran baginda. Bukan kita ahlinya. Kalau jurutera tu buat cara jurutera. Kita yang orang biasa ni ikut aje pendapat ulamak majoriti sudahla. Tak sudah berkuntau benda yang macam tu kalau nak sedekah ke orang Palestin pun perit.

Apa pun tunjukkan keharmonian kita dengan kegembiraan sempena hari kelahiran baginda. Birthday sultan boleh beria sakan takkan orang yang tunjukkan cahaya kebenaran pun kita malas. Tak gitu. Tak kisah nak berarak atau duk masjid berzanji. Selawat banyak2 tu pun jadi tanda kecintaan jugak.

Jangan jadi bakhil...

Aduhai, tragis jugak ye.

Terlalu simbolik.


- Posted using Mobypicture.com

Thursday, February 25, 2010

The biggest animal.

Sumber dapat dari email.

Banyak post panas perihal politik hari. Tak sempat nak baca semua.

Mana-mana yang sempat wa buh kat twitter sebelah.

Bersama bogelkan gerombolan and the geng selamanya...

Wah.. Ini sudah melampau ni. Kena demo serah memo nih...

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah menerima satu salinan surat yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Agama, Jabatan Agama Johor bertarikh 17 Februari 2010 dengan bilangan surat Bil (3) PPAJ/06/02/07(32) berkaitan dengan tindakan terlebih bayar elaun Guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) yang telah bersalin.

Surat yang difotokopi dan diserahkan kepada semua guru KAFA yang terlibat ini iaitu mereka yang telah mengambil cuti bersalin sejak tahun 2007 dan mereka telah menerima bayaran elaun selama dua bulan sepanjang tempoh cuti tersebut.

Apa yang mengejutkan setiap guru yang telah menerima elaun tersebut telah diarahkan untuk membayar kembali elaun yang telah diterima kepada Bahagian Pendidikan Agama JAJ dan perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada atau sebelum 1 Mac 2010.

**************

Mana hero ketuanan yang demo nyalak LGE hari tu? Ini lagi zalim ni...

Putera katak mana? Kata tak mau double standard. Kaum sendiri majoriti kena tindas ni. Kesian orang bersalin orang pompuan lemah dan tak berdaya. Melayu confirm majoriti nih......

Arghhhhhhh..... Marah ni. Berita lanjut link ada kat twitter aku.

Masih lagi claim Juara Rakyat????? Khhaaakkkk tttuuuiihhhhh...

SYABAS bulan lalu menuntut pampasan Selangor bayar pampasan sebanyak 339
juta ringgit sebab tak membenarkan harga pada tahun lalu. Syabas mendesak
supaya harga air dinaikkan 30 peratus tahun lalu.

In Syabas sapa cipta? Tang mana logiknya dan relevan dengan wujudnya Syabas ni maka rakyat kiranya di utamakan oleh kerajaan? Sama jugak SAINS
(Syarikat Air N.Sembilan). Tuntutannya hendak naik air sampai 30 peratus. Gila ke apa?

Kot Khir Toyo masih MB Selangor sekarang pasti Syabas menuntut nak kurangkan harga 30 peratus pulak yer tak? Maklumlah Juara Rakyat... Khakkk Tuuiiihhhh

Potong bajet pendidikan. Tapi Rosmah punya budget?

Tahun 2010 dianggap sebagai tahun paling malang buat warga pendidik di negara ini apabila pelbagai peruntukan dipotong oleh Menteri Kewangan
merangkap Pengerusi Umno dan Barisan Nasional; Mohd Najib Abdul Razak.

Ramai pihak melihat alasan Perdana Menteri seperti pengurusan berhemah,
perbelanjaan jimat dan pelbagai lagi ungkapan beliau perlu dinilai
semula."Semua slogan dalam institusi pendidikan negara ini disebutkan bertujuan mengabui mata rakyat," kata seorang guru yang enggan dikenali.

Tambah beliau, antara langkah perbelanjaan yang dikatakan berhemah oleh kerajaan BN ialah membatalkan beberapa program di peringkat Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan lain-lain.

"Termasuk antara 'perbelanjaan berhemah' itu ialah pengurangan kursus untuk guru, tidak boleh menuntut elaun, dan beberapa lagi pemotongan yang
melibatkan hampir semua institusi pendidikan di seluruh negara.

Namun, tambah beliau, pada masa yang sama, isteri kedua Najib, Rosmah Mansor menerima peruntukan RM100 juta dalam bajet 2010 selain kemudahan
lain.

Baru-baru ini, akhbar arus perdana melaporkan Rosmah bersama program
'Permata Negara' anjurannya telah mengadakan Kursus Pengenalan Permata
untuk Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di salah sebuah hotel, di Bangi, Selangor.

Era Pakatan difahamkan, Permata Negara ini akan diambilalih oleh KPM bermula tahun depan.

"Belanjawan peruntukan untuk program Permata Negara boleh diadakan pula dan ia diadakan di hotel pula, namun, daripada di suatu segi lain, kursus
untuk para guru dikurangkan atas alasan berjimat cermat," tambah beliau.

Sumber yang bekerja sebagai guru itu berkata, peruntukan untuk para guru
yang berkursus itu telah dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang,

"Kami dapat nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari, semua itu atas alasan berjimat cermat, tetapi bagaimana pula
dengan isteri Najib?" soal beliau lagi.

Wednesday, February 24, 2010

kejap ke barat, kejap ke matahari...

Begitu marah bila ada seorang India perleceh hukum sebat pada 3 wanita
yang bersetubuh haram kelmarin. Maka puak-puak ni bersemangat buat laporan
polis. 1 sudut bagus jugak puak ni gua tengok. Sensitif pada nak menjaga
kemuliaaan agama itu ada walaupun di hentam oleh puak kafir yang
sememangnya prejudis pada agama Islam.

Tapi timbul pulak persoalan baru. Yang beria-ia menghalang di laksanakan
hukum pra hudud ni bukankah geng-geng yang itu jugak. Aduh, macam mana ni?

Murtadlah weh....

Kalau baca akhbar media perdana mangkuk sekarang atau tengok tv, rata-rata
berita macam lagi seminggu nak Pilihanraya Umum. Begitu agresif mereka
membuat serangan bertubi-tubi keatas pasukan lawan. Nasib baik diaorang
takde sakit jantung ye tak?

Apa tandanya? Memang mereka dalam keadaan cuak sekarang. Sokongan rakyat
yang di ukur tidak beberapa nak memihak pada mereka lagi. Fitnah di jaja
dan segala macam jenis taktik bususk di guna pakai. Amat malang buat
rakyat yang bersumber pada media hampeh macam ni.

Juga rasuah rakyat pun boleh tahan. Nak boost Sarawak kononnya padahal nak
bagi hak Kelantan pun kemut gila. Rakyat perlu nilai dari sudut ini.
Menerima bulat-bulat tanpa berfikiran terbuka adalah perkara yang amat
menyedihkan. Mungkin bukan sekarang tapi pikirkan lagi 20 tahun.

Gua masih tunggu isu-isu utama yang lebih panas dan hangat bermain di dada
media. PKFZ contohnya. Takkan 12 billion tu kecik berbanding perarakan
Maulidurrasul atau kitai penjaja jalanan yang takda lesen sah? Atau enjin
jet yang hilang berbanding bontot Saiful yang lawak gila.

Jangan memain la orang UMNO weh. Salah tetap salah. Pikirkan la untuk masa
mendatang. Gua ajak lu orang semua. Murtadlah dari UMNO kapuk tu....

Kalam suci Datuk Seri Stopa.

"Rakyat sudah semakin kecewa dengan kegagalan urus tadbir negeri oleh Pas, rasuah dan kronisme serta nepotisme begitu menular".

Perghhhh……..

Monday, February 22, 2010

Parti paling tua kononnya tapi...

Gaduh punya gaduh, yang dapat kredit adalah Gerombolan. Claim parti paling tua tapi kenapa sekarang nampak lekeh?

Adakah Tulang Besi punya angkara? Eh, hello.. Dia tu presiden ke yang korang semua diam seribu bahasa.

Gua tak bangang. Tapi cuba kita tengok, puak-puak yang di tuduh pro UG ni agak lembab membantu menangkis serangan keatas group PR. Semuanya seakan diam dan sibuk hal ntah pape.

Maaf ye. Saya bukan ahli parti mana-mana.

Prihatin cuma....

Sedang menilai 1 buku.

Hebat rasanya. Penulisnya humble gila.


- Posted using Mobypicture.com

Sayu.

Ustaz Osman, harap anda tabah...

Falsafah (2)

Tapi yang ada cuma sinaran radiasi. Habis hancai rakyat jadinya di bawah pemerintahan gerombolan yang kelam-kelibut.

Kita tukar ye pada PRU13.

Sunday, February 21, 2010

Falsafah (1)

Kita mengharap sinar mendatang yang lebih baik, namun...


- Posted using Mobypicture.com

Gua Benci Dengan Kebebalan Rasisme!

BERGUNA UNTUK DI HAYATI..

Dulu gua pernah tulis, bagaimana kawan-kawan yang menonton berita terdengar pasal kemalangan nyawa. Dan kemudiannya tahu bahawa mangsa kemalangan bukan berbangsa Melayu. Serta merta mereka akan mengalih arah "ohhh Cina, lantak lah pun" atau pun "ohhh India, aku ingatkan Melayu tadi". Serius, gua tidak bikin cerita. Dan kebanyakan mereka juga adalah kumpulan yang selalu datang kerja lambat tapi akan mengeluh apabila terpaksa bekerja lebih. Gaji tetap mahu banyak, tapi kerja biar sedikit.


Apakah kerana gua sahaja yang kebetulan bertemu dengan kumpulan manusia rasis sedemikian? Atau gua kurang bercampur dengan bangsa lain? Tapi kenapa bangsa lain yang gua kenal, yang gua rapat, kesemua mereka tidak punyai sikap sedemikian? Atau mungkin mereka segan untuk bersikap demikian di depan gua?


Tapi Melayu tidak segan. Buktinya, guru besar di sekolah wife gua mengajar, adalah antara manusia rasis yang pernah gua kenali. Walaupun gua tidak pernah berbual bersama, tapi tindakannya yang anti-bangsa bukan Melayu, anti kepada guru-guru bukan Melayu buat seolah gua pernah membedah tubuh dan melihat kehitaman hatinya. Mengapa boleh jadi begitu? Salah didikan? Faktor persekitaran? Atau sebab keahlian UMNO? Baiklah, mungkin itu kes terpencil dan anon-anon yang memekik dahulu mungkin berkata, apakah tiada bangsa Cina dan India yang rasis?


Memang ada. Mungkin gua belum pernah berjumpa. Tapi, jika kita tahu bahawa najis itu busuk dan kotor, adakah kita juga perlu memegangnya ketika terdapat sekelompok kecil yang menyentuhnya? Tak faham? Mungkin akal kamu, belum sampai kepada peringkat pemahaman benda-benda mudah seperti ini. Sama seperti Perdana Menteri kamu, yang satu ketika dahulu ditanya seorang wartawan Amerika, mengapa masih berterusan menahan tanpa bicara menggunakan ISA dan menjawab bahawa Amerika juga perlu bertanya mengapa mereka berterusan memenjarakan tahanan di Guantanamo? Bukankah itu bodoh dan bebal namanya? Sudah tahu najis itu busuk, tapi tetap juga dihidu.


Berbalik kepada anon, yang mengatakan sepupu sepapatnya, telah menjadi mangsa diskriminasi, di Temasik. Betul, diskriminasi memang wujud. Di depan Kaabah pun wujud diskriminasi. Di depan rumah Allah yang sepatutnya tiada sebarang perbezaan antara yang miskin dan kaya, gua terpaksa juga berhempas pulas merebut peluang mencium Hajar Aswad sedangkan mereka yang kaki rasuah, merampas tanah rakyat dan menyamun harta negara, dengan selesa diberi laluan untuk menciumnya. Bukan sekali. Apakah bukan diskriminasi itu?


Jadi, jika pun diskriminasi itu wujud, apakah kita perlu untuk terus menghidupkannya? Sebab itu dalam entri sebelum ini, gua mahu anon-anon itu melihat ke dalam diri sendiri, sebelum menuduh bangsa lain itu menindas bangsa Melayu. Berapa tahun UMNO sudah memerintah Malaya, dan berapa tahun Pulau Pinang diperintah oleh Gerakan? Apakah kehilangan tanah-tanah rezab Melayu di Pulau Pinang itu berpunca daripada Lim Guan Eng? Apakah mesti bangsa-bangsa Melayu di Temasek itu kehilangan monopoli mereka disebabkan oleh dasar diskriminasi Lee Kuan Yew? Mengapa apabila kita lemah, kita sering menyalahkan orang lain? Bangsa Melayu, yang rasis itu, bila lemah akan menuding jari menyalahkan Cina. Menyalahkan India. Menyalahkan bangsa lain dan tidak pernah melihat ke dalam susuk tubuh jiwa hati yang hitam yang wujud dalam diri kita sendiri. Mengapa?


Untuk anon-anon itu, apa yang berlaku di Temasek itu ialah dasar kesamarataan. Diskriminasi memang wujud dan ia juga wujud di mana sahaja di atas bumi Allah ini. Itu salah manusia. Tapi kemunduran bangsa Melayu di Temasek bukan berpunca secara total daripada diskriminasi. Anon yang malas membaca dan bebal untuk berfikir, tidak tahu kewujudan menteri Melayu bernama Dr. Yaacob Ibrahim. Betul dia berkahwin dengan bangsa asing, dan itu bukan satu larangan dalam Islam. Adiknya Zuraidah Ibrahim pula ialah Foreign Editor untuk The Straits Times. Mereka boleh berjaya di sebalik prasangka buruk orang-orang Melayu rasis di Malaya yang mengatakan bangsa Melayu di Temasek melarat, menjadikan Temasek contoh kegagalan Melayu untuk berkuasa dan bla,bla,bla.


Anon yang malas membaca juga, tidak tahu, bahawa di sebalik diskriminasi dan prasangka buruk, rasis serta khianat bangsa Melayu di Malaya itu, kerajaan Temasek hanya mengenakan yuran persekolahan sebanyak SD5 kepada anak-anak Melayu di sekolah rendah tetapi SD17 untuk bangsa Cina dan lain-lain. Untuk sekolah menengah anak Melayu cuma perlu membayar yuran SD17.50 sahaja sedangkan anak-anak Cina yang anon-anon itu bencikan terpaksa membayar SD50. Itu adalah sebahagian daripada perjanjian yang telah Lim Kuan Yew tandatangani pada tahun 1965, dan sehingga ke hari ini - ketika anak-anak Melayu di Malaya, yang diperintah UMNO, yang rasis dan membela ketuanan Melayu dengan darah dan kerisnya terpaksa berdepan kenaikan yuran-yuran pembelajaran, penswastaan institusi pendidikan atas nama kemajuan kononnya – anak-anak Melayu di Temasek terus mendapat keistimewaan pendidikan itu. Kalau bebal dan balas membaca memang sampai dalam lubang kubur maklumat seperti ini tidak diterima.


Diskriminasi wujud, memang wujud tetapi ia seperti najis, yang busuk. Hanya manusia bebal dan bengap sahaja sanggup menghidunya. Bukan sahaja Melayu yang rasis, Cina, India, Arab atau siapa sahaja yang mengamalkan rasis dan diskriminasi seperti ini, tetap busuk, tetap najis.


Jadi apa yang tinggal untuk anak-anak Melayu itu? Mereka perlu bersaing. Mereka perlu merebut peluang. Segalanya sudah disediakan. Jika kamu bebal di Malaya, tapi bapa kamu seorang Datuk dan membayar yuran keahlian UMNO, kamu tetap punyai peluang cerah ke menara gading. Lagi cerah apabila kamu berstatus Melayu. Tapi di Temasek itu, jika kamu bengap, kamu akan ketinggalan. Jika kamu malas, wahai anon-anon sekalian, mahu gaji lebih kerja sedikit, kamu memang akan menjadi sampah diskriminasi. Campakkan kepada bangsa mana sekalipun, malas dan bengap akan terus dipijak.


Satu ketika, warga Melayu di Temasek mempersoalkan, mengapa kakitangan kerajaan yang beragama Islam terus dipotong SD7 daripada gaji bulanan mereka, atas nama pembangunan masjid. Sedangkan ketika solat Jumaat, derma untuk masjid-masjid terus dipinta, terus ditagih. Tahukah kamu wahai anon-anon bahawa SD7 itu lebih kurang RM15? Sebulan. Untuk masjid. Kamu Melayu yang bersolat sambil menjamu selera di warung-warung beriyani dan kemudian melihat demonstrasi ubat membesarkan zakar itu, berapa yang kamu beri sebulan?


Jadi kerajaan mereka menjawab, masjid-masjid terus dibina. Dan setiap penempatan memang tersedia masjid. Penyelenggaraan juga memerlukan wang. Dan hasilnya mereka berpuas hati dengan kemudahan yang mereka miliki, untuk beribadah. Anon, mengapa kebanyakan tandas masjid di Malaya agak kurang bersih? Ah, biarkan jawapan itu dalam diri kamu yang rasis itu sahaja. Kamu akan salahkan Cina-cina yang datang singgah buang air di masjid.


Pada hari ini, sebuah bangunan kuarters hospital telah didirikan di Petaling. Sekolah Menengah Undang Jelebu juga telah mengambil alih kawasan bersebelahan hospital itu. Bukit yang dulunya, kawan gua cakap kubu komunis itu, telah rata menjadi padang. Gua pernah bermain bola di padang itu dan rasanya tiada kalangan kami yang tersepak mortar atau pun muncung senapang. Gua tidak tahu apa yang terjadi kepada kawan gua yang membawa cerita itu. Tapi, kisah-kisah seperti itu terus wujud, sampai ke hari ini. Temasek dan Cina terus dilihat sebagai musuh. Temasek sering dijadikan contoh kegagalan bangsa Melayu. Sedangkan, Malaya tempat gua dilahirkan itu, diperintah oleh seorang Melayu, tapi bangsa gua, bangsa Melayu itu, masih lagi terus terumbang ambing, hanya berbangga dengan namanya, hanya tahu mencaci bangsa lain atas kelemahan dirinya, tanah-tanahnya terus dirampas oleh pemimpin-pemimpin bangsanya sendiri dan bangsa Melayu itu masih terus diperbodohkan oleh kerja-kerja jahanam, pemimpin-pemimpin Melayu itu sendiri.

Sumber: jordan2jelebu.blogspot.com

Mengharap keajaiban berpusing 360 darjah pulak.

Bila la agaknya media perdana macam utusan dan tv3 ni nak puji geng-geng PR pulak ye? Takkan la takda satu pun jasa PR ni walaupun dah tawan lebih dari satu negeri dalam Malaysia ni. Takkan la dah lebih setahun memerintah, MB-MB PR ni terperok aje dalam pejabat main PS3.

Takkanlah dah lebih setahun ni takda langsung aktiviti yang dibuat oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Takkan hari-hari Azizan main golf dan Lim Guan Eng main perahu layar dan Nik Aziz bertahajjud bawak ke siang sampai malam balik.

Sampai bila la media perdana ni tahan caci maki setiap kali keluar berita propaganda bontot Saiful lebih penting dari enjin jet? Dan gua hairan, agak kurang ye berita tentang aktiviti kerajaan Pahang di media Perdana dalam setahun dua ni. Banyaknye Sultan diaorang pulak yang bersuara. Dah tukar posisi ke?

MB Negeri Sembilan pun agak kurang liputannya. Atau ada juga double standard dalam kerajaan UMNO NI?

Saturday, February 20, 2010

Mahu mengambil gambar yang gempak, tapi masanya pulak tak kena.

Besarnya..

Antonov plane from Russia.

Friday, February 19, 2010

Unpublished Playboy Covers.

www.chilloutpoint.com

Some playboy issues get unapproved and the end product never reaches its loyal readers. Luckily, we were able to acquire some of those unpublished editions featuring famous cartoon characters. This way you'll be able to judge yourselves how successful this magazine would be if it was publishing stories about your favorite cartoon characters.

Skang ni apa cite? Nak suruh sapa pulak yang bertanggungjawab? Pokok kelapa ke?

Marah sangat ye bila konon-kononnya Lim Guan Eng tak mahu buat perarakan Maulud Nabi? Macam-macam cakap kat si Cina tu sampai dia nak sambut hari gembira dia pun tak senang. Bukan gua nak menyokong membabi buta tapi serang guna fitnah dan tanpa fakta bikin gua mendidih.

Stand gua jelas. Politik di Malaysia ada 2 kumpulan. Satu main bangsat dan kotor dan satu lagi sedaya-upaya bangkit untuk jadi telus. Tak dapat buat banyak tapi mendaki sikit-sikit pun ok jugak. Lebih baik bukan.

Isu perkauman. Ini satu hal. Sentimen sensitif setiap hari cuba dibakar oleh puak parti kotor ni. Bila di jawab terus kecut telur nak menjawab. Ajak berunding pun tak mahu. Saluran 1 dan 2 tak guna tapi terus guna saluran nombor 15 iaitu demo.

Takda sapa pun bantah demo. Pakatan pun demo. Dulu sebelum PRU12 kemain galak demo cuma sekarang agak slow sikit tapi tak tahulah akan datang. Tapi demonya setelah menggunakan semua saluran yang ada sebelum pilih jalan terakhir iaitu demo. Ini yang gua faham.

Sekarang gua dengar 3 negeri tak mahu buat perarakan Maulud Nabi. Kita berarak asalnya untuk tunjuk tanda gembira di atas kelahiran sebaik-baik manusia di atas muka bumi ini. Tidak salah gua kira walaupun tak di buat di zaman Rasulullah sendiri. Abu Jahal pun happy, apa gila kita nak mandom aje kat rumah.Jadi bila sudah di politikkan maka? Thaipusam kaum India meriah dan dapat tunjuk kesepaduan kaum mereka sendiri dan meriahnya culture di bumi bertuah ini. Sedangkan kita ummat Islam apa bikin? Join melalak kat konsert Akedemi Fantasia then berzina bersepah-sepah?

4 negeri sekarang tak mahu bikin perarakan sedangkan negeri di perintah kafir pulak yang buat. Tanggungjawab selesaikan isu ini sekarang nak bagi penerangan buat Pencinta Rasulullah/Kaum Sufi/Tariqat terletak di bahu Ibrahim Ali. Lu yang cocok then skang ni lu pandai-pandailah.....

Hakim yang gentar atau Saiful yang belum bersedia?

Mahkamah menangguhkan kes perbicaraan liwat Saifol kepada 25 Mac 2010. Di bantah oleh peguam Anwar iaitu Karpal Singh yang mungkin rasanya tidak sabar-sabar untuk menyoal balas saksi utama iaitu Saiful sendiri.

Alasan tuan hakim menangguhkan perbicaraan kes ini supaya boleh dirayu keputusan beliau yang tidak mahu mengundurkan diri dari menjadi hakim bagi perbicaraan kes ini.

Hangin satu badan nampaknya si Karpal ini wahai tuan-tuan.

Gua plak syak, kalau di soal si Saiful tu sekarang makin nampak pecah tembelang kot. Maklumlah kena soal ngan team sendir pun kucar-kacir apatah lagi kena soal dengan pihak lawan. Di buatnya si Saiful tu tersasul dalam jawapan.....

Pergh..... gua tak boleh bayangkan bagaimana situasinya akan terjadi. Kot soal Anwar mungkin tarak hal. Kes yang dulu pun takda masalah cuma hakim dan pendakwa aje yang kucar-kacir.

Sekurang-kurangnya mungkin nak bagi Saifol bertapa dulu kasi mantap ilmu jawab-jawab di dada.

Dia ni namanya Saiful Bukhari ke Saiful Bukhoiri?

LIM GUAN ENG tu hebat dan telus. Tu pasal UMNO dengki.

Sehari dua ini, Kerajaan pimpinan Lim Guan Eng begitu hebat diserang oleh UMNO. Bermula dengan tuduhan merobohkan gerai orang Melayu hinggalah kepada tuduhan oleh MP Bayan Baru Datuk Zahrin Hashim bahawa LGE seorang chauvanis, diktaktor dan komunis.

Seterusnya berbondong-bondong orang Melayu buat demostrasi hingga bakar patung LGE. Mengapa begitu marah dan geram UMNO Pulang Pinang terhadap LGE ?

Inilah yang perlu kita kaji.

Apabila DAP dapat tawan Pulau Pinang setelah puluhan tahun mengidam dan guna slogan keramat mereka "Tanjung 1" hinggalah "Tanjung 3" akhirnya Pulau Pinang dapat di tawan dalam PRU 12.

UMNO melihat tertawannya Pulau Pinang bermakna diayah dan propaganda mereka dengan motto perkauman sudah berkecai. Mengapa? Ini kerana berlaku perubahan pemikiran orang Melayu terhadap UMNO.

Mereka melihat UMNO sekadar boneka selama 50 tahun memerintah bersama GERAKAN.

Lebih "parah" lagi , apabila cara pemikiran Lim Guan Eng berbeza dengan cara pemikiran pimpinan DAP sebelum itu. Kita melihat pemikiran LGE berubah sejak keluar penjara Kajang akibat pembelaannya terhadap gadis Melayu yang dirogol pimpinan UMNO Melaka.

Semasa di penjara, LGE mendapat sokongan moral hasil lawatan pimpinan PAS seperti Mohammad Sabu. Begitu juga hasil bacaan tentang kisah ketelusan Khalifah Umar Abd Aziz. Difahamkan buku kisah Umar Abd Aziz adalah hadiah dari arwah Ustaz Fadhil Nor.

Di sinilah bermulanya titik tolak perubahan pemikiran Lim Eng Guan dan pimpinan DAP hatta Lim Kit Siang.

Sepertimana PAS yang sedar untuk memerintah Malaysia mereka perlukan undi bukan Islam, begitu juga DAP. Mereka menyedari perlunya dibuat anjakan paradigma pemikiran pimpinan mereka dan rakyat terhadap DAP. Jika dulunya orang Melayu melihat DAP umpama melihat komunis dan Singapura. Mereka melihat wajah Lim Kit Siang macamlah melihat wajah Lee Kuan Yew. Penuh kebencian atas dasar perkauman.

Lim Guan Eng menyedari realiti itu. Hasilnya kita lihat berlaku beberapa perubahan anjakan paradigma pimpinan DAP. Inilah yang amat menbimbangkan UMNO. Antaranya :

a) Kunjungan Kit Siang ke Rhusila.
b) Keazaman Eng Guan untuk contohi Khalifah Abd Aziz.
c) Ancaman DAP Perak untuk ingkar arahan DAP Pusat agar tidak sokong PAS jadi MB Perak.
d) DAP Pahang begitu akrab dengan PAS Pahang semasa DAP keluar dari Barisan Alternatif.
e) Pimpinan DAP begitu menghormati TG Nik Aziz.

Melihat kepada ini semualah, maka UMNO mula menghalakan "peluru pandunya" ke arah Pulau Pinang. Sasaran utamanya Lim Guan Eng.

UMNO akan mengorek-ngorek isu untuk ditimbulkan di Pulau Pinang. Modal perkauman antara yang utama. Tujuan utama agar orang Melayu balik semula kepada pemikiran dahulu iaitu, "DAP adalah untuk orang Cina, komunis dan Singapura".

Sebab itulah tuduhan MP Bayan Lepas terhadap LGE diulang-ulang oleh Utusan Malaysia dan media barua UMNO. Kini UMNO mendapat 3 "peluru pandu" baru iaitu MP Kulim, MP Bayan Lepas dan MP Pasir Mas untuk dilancarkan ke arah Pulau Pinang.

UMNO melihat rapatnya DAP dengan PAS dalam keadaan MCA masih "berperang "sesama sendri suatu yang membahayakan UMNO dan BN.

UMNO juga melihat rapatnya DAP dengan PAS bermakna DAP dan orang Cina akan mendapat gambaran sebenar Islam dan keadilannya.

Lebih membahayakan UMNO apabila Lim Guan Eng menguar-uarkan untuk ikuti contoh Khalifah Umar Abd Aziz dengan mengaplikasikan melalui CAT.

Bagi UMNO selagi LGE menguasai Pulau Pinang, harapan mendapat undi Cina semakin tipis sepertimana harapan mendapat Kelantan umpama mimpin di siang hari. Lebih-lebih lagi bila Ku Li bersama dalam perjuangan royalti minyak

http://tokpepijat.blogspot.com/

Thursday, February 18, 2010

Ibrahim Ali vs Asri.

Ibrahim Ali buat lawak. Bercerita berkenaan nas Quran tentang lompat parti. Eh, orang tua ni nak terasa kenapa? Ada ke dia lompat parti?

Asri pun silap. Lain kali kena berhemah. Orang tua tu sensitif.

Dan juga kurang cerdik...

Kehkehkeh..

Makluman.

Juga berita pantas dari blog ini menggunakan twitter. Hanya yang terpilih sahaja.

Twitter.com/antusabun

Wednesday, February 17, 2010

Oh Zul..

Makin kasar nampak?

Takpe Zul, PRU13 nanti tanding tiket UMNO ye. Tak lama je lagi. Lawan kat Parlimen Permatang Pauh terus. Takda hal kan?

Atau nak lawan kat DUN Nik Aziz?

Best jadi UMNO ni.

Memang terbaik. UMNo yang sempurna. Kerabat-kerabat UMNO semua kaya-kaya belaka kan?

Terbaru seperti yang disiarkan majalah Malaysian Bussines menyenaraikan anak Mahathir dan adik Najib antara yang terkaya di Malaysia. Best tak?

Ok sekarang mari kita bayangkan kalau antara yang tersenarai ni adalah anak beranak pemimpin PAS atau PKR?

Melolong meroyan agaknya akhbar perdana taik kan?

Huh!!!!

Monday, February 15, 2010

Hebat!!! Marvelous!!!

2leep.com


- Posted using Mobypicture.com

Makin ek plak Zambry skang ni ye.

Silap, bukan ek tapi bangang. Banyak pulak kelakar bangang yang dia buat skang ni. Tertekan lagi ke? Bukan dah jadi MB yang sah ke? Apa pulak nak susah hati lagi. Ye tak?

Nasib baik Pakatan tanda orang sebangang mamak tu.. Hehehe...

Apa lagi yang nak diterangkan Pak Jib oi?

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Wisma Putra sudah diberi tanggungjawab menjelaskan kepada ahli

parlimen Australia fakta berhubung perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mereka mendapat gambaran lebih jelas tentang perkara itu.

Najib berkata, langkah itu perlu memandangkan ada kemungkinan kumpulan berkenaan tidak mengetahui keadaan sebenar.

Sampai Australia bagi penerangan. Padahal rakyat pun terkial-kial tak paham, bingung. Semuanya ada.

Entahla..

Kerosakkan artis.

Dah berbuih cendikiawan bantai valentine, artis buat pekak macam biasa.

Zul bawak Abby balik kampung? Jahanam negara bila perangai macam ni.

Menteri yang bangang pulak bantai Lim Guan Eng macam biasa. Kerosakan akhlak artis takpe. Ketuanan barangkali.

SIAL!

KJ dan media bangsat.

Apa masalah kj ngan utusan sebenarnya ni? Bangang ke gila? Lu pergi ke perarakan maulud tu yang kecoh macam babi nak kena sembelih ni? Maaf gua terpaksa kurang ajar kali ni. Sikap double standard macam ni buat gua baran. Keharmonian semakin dilacurkan oleh bangsat-bangsat negara macam ni.

Malaysiakini dah jawab isu dokumen yang didedahkan oleh kj ngan kuncunya yang terpampang di Mingguan Malaysia semalam. Gua berdoa agar orang yang tulis fitnah sejahat ni anak dia jadi pelacur. Sapa makan cili dia rasa pedas. Sendiri mahu ingat.

Jangan ingat lu UMNO lu boleh bikin negara ni macam negara BAPAK lu punya. Kita takkan aman sampai bila-bila selagi BABI durjana macam ni masih diberi ruang yang luas memainkan sentimen yang bakal menghancurkan keamanan negara.

Pehal lu tak memekak enjin jet hilang dan bocornya rahsia negara. Itu lagi berat la MANGKOK!!!!

Sunday, February 14, 2010

Perutusan buat Khalid Samad...

Gua sokong tindakan lu. Memang lu jenis manusia ada maruah. Jangan lu merayu pada mereka yang bertindak melulu tanpa memikirkan kepentingan sejagat.

Buat Khalid Samad. Lu kini sudah jadi fenomena. Orang macam lu kini boleh bikin UMNO gentar. Gua yakin akan menyusul 100 orang lagi seperti lu yang akan buka lembaran politik genius mampu hapuskan ahli politik bangang taasub semberono otak senteng yang memikir untuk jangka pendek.

Khalid Samad. Lu Nizar di negeri Selangor. Teruskan langkah. Majhul fi media mangkuk, maaruf fi hati rakyat.

Pedulikan Mustafa Ali dan Hassan Ali. Azmin Ali kan ada. Jangan lu kautim ngan Azwan Ali udah la. Lain plak jadinya nanti. Apatah lagi si Parpukari.

Kehkehkeh....

Keamanan sejagat.

Bukan senang mencipta keamanan dan keselesaan. Gua harap gomen peka. Rakyat bukan bahan ujian makmal. Mereka punyai hak mengecapi kebahagian diatas benda yang dia bayar.Jangan memerintah ikut suka hati mak bapak lu. F1 contohnya.Gambar sekadar hiasan.


- Posted using Mobypicture.com

Lagi cubaan bodohkan rakyat. Kali ni tentang F1 pulak.

Gua cilok dari 2 sumber. Wiki dan F1.com. Buat penagih akhbar Utusan, nampaknya anda masih lagi tertipu.

Semangat betul akhbar perdana melaporkan tentang F1 team janaan kuasa 1Malaysia. Nama team pun gempak. Tapi gua pulak nak muntah.

"Pasukan 1Malaysia Lotus Racing".

Lebih kurang gitu la bunyinya. Semangat darah mendidih patriotik bergema di dada media. Hebat. Sebabnya kita yang tanggung.

Padahal nama yang di daftarkan dibawah FIA adalah "Lotus F1 Racing Team". WTF!!!

Takan gomen belanja 1 billion hanya dapat manfaat letak stiker 1Malaysia kat body kereta lumba tu aje? Bangang ke apa? Gua tengok stiker Air Asia lagi besar lagi dan tempat tampalnya sangatlah strategik berbanding stiker 1Malaysia.

Mari kita terus berkorban demi stiker ketuanan Melayu di body kereta F1 Malaysia..


Ooopps silap.. Stiker Air Asia.

Lagi contoh double standard dari Gerombolan.

Semua tahu Gerombolan sedang main tarik tali isu bumbung runtuh stadium. Berbulan-bulan masa diambil untuk siasat dan siar kepada umum. Drama sinetron pun tak lama macam ni.

Sebab apa? Sebab ni air tangan dari Gerombolan. Lu bayangkan kalau kontraktor tu dilantik oleh PAS atau Pakatan Rakyat contohnya. Mau dia orang buat kenduri ala-ala Siti Nurhaliza kahwin meriahnya.

Apa yang susah sangat. Betul tak? Dah kena maki siang malam pun puak ni tetap cool. Cuma jangan disentuh hal ketuanan. Bersilat sambil berbogel pun tarak hal sebenarnya.

Malang rakyat bila dapat pemimpin sebegini punya perangai. Gua harap semua boleh dah buka mata. Takkan nak sokong parti yang berani bersilat sambil berbogel ye tak?

Faham tak maksud gua. Tak faham takpe. Pelan-pelan nanti gua bagi faham ye.

Limited edition chainsaw. Hello kitty!

Macam-macam. Ada ke pembalak pompuan?


- Posted using Mobypicture.com

UMNO yang terlalu sengal.

Ooopps... Silap tajuk.


****

Sorry ye.. :)


.