Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Friday, September 30, 2011

Tanpa duit? Kehidupan kita?



Agreeeee?..

Thursday, September 29, 2011

Post test

Logik juga

Kehidupan kita sebelum wujudnya komputer

Bagaimana ya kita bayangkan 60an, 70an, zaman P. Ramlee barangkali ianya mungkin terlalu hebat kalau wujud Galaxy Tab atau pun HTC Desire. Hehe..

Monday, September 26, 2011

Bidaah dari pandangan Ustaz Azhar Idrus

DALIL YANG DIGUNAKAN

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
…Seburuk-buruk perkara ialah perkara yang direka-reka (muhdathatuha) dan setiap yang direka itu adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat.
(Riwayat Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Setiap yang direka ialah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat ke dalam neraka.
(Riwayat al-Nasaie).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Setiap yang mengada-adakan sesuatu pada ajaran kami ini sedang ia bukan darinya maka ianya tertolak.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

PENERANGAN DAN PEMAHAMAN PARA ULAMA TERHADAP HADIS BIDAAH

Berkata Saidina Umar al-Khattab R.A. bermaksud:…Baik bidaah ini…
(Riwayat Bukhari).

Saidina Umar al-Khattab R.A. berkata demikian ketika melihat para jemaah bersolat terawih berimamkan seorang imam sahaja .

Berkata Imam Abu Umar Yusuf al-Andalusi: Adapun kenyataan Saidina Umar R.A. ‘baik bidaah ini’ maksudnya bidaah mengikut orang Arab ialah mencipta sesuatu yang belum pernah ada dan tidak pernah bermula. Ia tidaklah mempunyai apa-apa percanggahan dengan sunnah (dari segi agama) seperti yang diamalkan selama ini. (Kitab: Al-Istizkar Syarah al-Muwatta).

Berkata Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah: Kata-kata Saidina Umar R.A. ‘baik bidaah ini’ adalah: Penyandaran baik kepada bidaah ialah kerana kebaikkannya dan penamaannya dari segi bahasa bukan syarak. Bidaah dari segi bahasa menyentuh setiap perbuatan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Adapun bidaah menurut syarak ialah perbuatan yang tidak berasaskan dalil syarie.

Amalan yang mempunyai sandaran kepada al-Quran dan al-Sunnah bukanlah bidaah dari segi syarak meskipun ianya bidaah dari segi bahasa. Perkataan bidaah lebih umum dalam bahasa daripada bidaah dalam syarak. (Kitab: Itidak Siratul Mustaqim).

Berkata Imam al-Ghazali: Bukanlah semua perkara bidaah adalah dilarang tetapi perkara yang dilarang ialah bidaah yang bercanggah dengan sunnah yang tetap dan sabit dan membuang segala arahan syarak. (Kitab: Ihya Umul al-Din).

Berkata Imam Ibnu Hajar al-Asqalani: Bidaah asalnya ialah sesuatu yang baru diada-adakan iaitu sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ia di dalam syarak ialah lawan kepada sunnah dan dicela. Sebenarnya sesuatu yang baru diadakan itu sekiranya tidak bercanggah dengan syarak adalah baik dan sebaliknya jika buruk mengikut syarak maka ianya buruk kecuali termasuk bab harus. Bidaah adalah terbahagi kepada lima hukum. (Kitab: Fathul Bari).

Berkata Imam Abu Sulaiman al-Khitabi: Adapun sesuatu yang baru itu jika bersandarkan kepada kaedah Usul dan dirujuk kepadanya maka itu bukanlah bidaah dan bukanlah menyesatkan. (Kitab: Maalim al-Sunnah Syarah Sunnan Abi Daud).

Berkata Syeikh Bakhit Muthi: Bidaah syarie ialah yang sesat dan yang tercela. Adapun bidaah yang dibahagikan oleh ulama kepada bidaah wajib, haram dan sebagainya adalah bidaah dari sudut bahasa dan ia lebih umum pengertiannya daripada bidaah syarie kerana bidaah syarie adalah satu bahagian daripada bidaah dari sudut bahasa. (Kitab: Ahsanulkalam Fi Mayataallaqu Bil Sunnah Wal Bidaah Minal Ahkam).

PENGERTIAN BIDAAH

Setelah melihat perbincangan para ulama dalam memahami maksud hadis ‘setiap bidaah adalah sesat’ maka disimpulkan bahawa setiap amalan yang disokong oleh syarak walaupun ia berbentuk nas umum dan tidak pula bertentangan dengan syarak serta tidak membawa kepada keburukkan maka ia tidak termasuk di dalam pengertian bidaah yang sesat. Dan tidak juga boleh dikatakan kepada sesuatu perbuatan baik yang di bawahnya terdapat nas yang umum adalah sebagai bidaah sesat. Adapun makna bidaah secara syarie kesemuanya adalah tercela dan bidaah dari sudut makna syarie adalah salah satu cabang daripada bidaah dari sudut bahasa.

Berkata lagi Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah: Sesuatu yang tidak wujud di zaman Nabi Muhammad S.A.W. maka apa yang dilihat orang-orang Islam sebagai perkara-perkara baru yang tidak berlaku di zaman Nabi S.A.W. maka ia adalah perkara yang harus dilakukan selama mana menjadi keperluan. (Kitab: Itidak Siratul Mustaqim).

PEMBAHAGIAN BIDAAH KEPADA HASANAH DAN DHALALAH

Dari Imam Baihaqi maka berkata Imam Shafie: Bidaah ada dua: Bidaah terpuji (mahmudah) dan bidaah yang dicela (mazmumah). Maka apa yang sesuai dengan sunnah tetap dipuji dan yang mencanggahinya tetap dicela.
Imam Shafie berkata lagi bahawa perkara-perkara baru (al-muhdathat) ada dua jenis:
Pertama: Perkara yang mencanggahi al-Quran atau sunnah atau athar atau ijmak dan ini dikira sebagai bidaah sesat.
Kedua: Perkara baik yang diadakan yang tidak mencanggahi mana-mana daripada keempat-empat sumber (al-Quran, sunnah, athar dan ijmak) adalah perkara baru yang tidak dicela. (Riwayat Abu Nuaim. Kitab: Hilyah al-Auliya).

Berkata Imam Izzuddin Abdus Salam: Bidaah terbahagi kepada bidaah wajib, bidaah haram, bidaah sunnah, bidaah harus. (Kitab: al-Qawaid).

Imam al-Nawawi dalam mengulas hadis ‘setiap bidaah adalah sesat’ berkata:
Hadis ini adalah makhus dan dikehendaki dengannya ialah kebanyakkan bidaah. Berkatalah ahli bahasa: Ia (bidaah) adalah sesuatu yang baru dilakukan tanpa ada contoh sebelumnya.
Berkata ulama:
Bidaah ada lima bahagian iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Antara yang wajib ialah merangka dalil-dalil oleh para mutakallimin dalam menolak para mulhid (yang tidak percayakan kewujudan tuhan) dan menolak kaum bidaah (mubtadiin) dan seumpamanya. (Kitab: Fi Tahzib al-Asma Wa al-Lughat).

Berkata Imam Ibnu Athir: Bidaah terbahagi dua bahagian iaitu bidaah petunjuk dan bidaah kesesatan. Sesuatu perkara yang bercanggah dengan arahan Rasulullah S.A.W. maka ia adalah perkara yang tercela manakala perkara yang berada di bawah arahan baginda secara umum maka ia adalah terpuji.

Bidaah hasanah pada hakikatnya adalah sunnah. Maka di atas tafsiran ini bahawa maksud hadis ‘setiap bidaah adalah sesat’ ditafsirkan kepada perkara yang bercanggah dengan usul-usul syarak dan tidak bertepatan dengan sunnah. (Kitab: al-Nihayah).

Tentang bola serta level manusia

I found this humorous little post at the blog called ratboy's anvil 2. I don't think it needs any explanation.

1. The sport of choice for the urban poor is BASKETBALL.

2. The sport of choice for maintenance level employees is BOWLING.

3. The sport of choice for front-line workers is FOOTBALL.

4. The sport of choice for supervisors is BASEBALL.

5. The sport of choice for middle management is TENNIS. And....

6. The sport of choice for corporate executives and officers is GOLF.

THE AMAZING CONCLUSION: The higher you go in the corporate structure, the smaller your balls become.
There must be a ton of people in Washington playing marbles!
Link to original post


Source

Pusat Rawatan


Member gua ada borak pasal sorang member dia yang tengah ada problem laki bini.
Storyline dia simple, mamat ni dah kahwin ada sorang anak umur dalam 2 tahun. Tapi sejak lebih kurang setahun, dia sudah set up satu skandal baik punya dengan sorang makwe yang tinggal di KL ni juga.
Satu hari entah macam mana mamat ni kantoi dengan bini dia. Apa lagi, bergaduh pung pang pung pang la. Namun begitu, kedua dua laki bini ni masih cuba mencari jalan penyelesaian yang baik dan tidak terus bergaduh.
Biasa la, orang kita ni bila ada masalah yang tak tahu nak disalahkan pada siapa (walaupun memang sah sah la mamat ni yang punya hal), maka pihak keluarga kedua dua pihak merasakan yang si mamat ni dah kena buatan orang yang dengki dengan kebahagiaan rumahtangga mereka. Pasangan laki bini ini juga turut merasakan yang ada makhluk halus sedang buat kerja.
Untuk merawat gangguan mahkluk halus si mamat ni, keluarga dia pun bawak pergi Darus Syifa'. Tindakan ini dirasakan paling betul sebab 2-3 bomoh sebelum ni pun kata memang ada mahkluk halus yang buat kacau. Jadi untuk mendapatkan final jurisdiction, mereka pergi darus Syifa'.
Dipendekkan cerita, setelah melaui proses rawatan, maka tibalah masanya untuk ustaz darus syifa' ni memberi keputusan.
Kata si ustaz pada mamat berkenaan:
"Setakat ilmu yang saya ada ni..saya boleh konfemkan memang takde mahkluk halus yang buat kacau dalam badan kamu ni.."
"...yang banyaknya dalam badan kamu ni cuma syaitan.."

**** Moral dari cerita ini:
1. Ustaz darus syifa memang power punya makan dalam.


Original Page: http://fdausamad.blogspot.com/2011/09/pusat-rawatan.html

Marine - Like a Boss



-Internet-

Saturday, September 24, 2011

Kalau IPhone ada apps ni, memang aku beli.















Dedaun nan keguguran..

Runtuhnya segala yang kita dambakan.. Ceewah...


- Posted using Mobypicture.com

Thursday, September 22, 2011

Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf (Siri 1)


Kuliah pengajian Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkenaan kitab tulisan beliau sendiri iaitu "Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf tapi anda tiada tempat untuk bertanya" di Madrasah as-Saidiyyah, Surau Kg. Pondok Rasah, Seremban. Juga ucapan aluan Sheikh Murtadza sebelum kuliah bermula.



Sumber: Pondok Rasah

Tuesday, September 20, 2011

Mamula MOON..

Macam ku pernah dengar melodi ini..

Kahkahkah

Monday, September 19, 2011

Gambar katun

Sent from Yahoo! Mail on Ipad


- Posted using Mobypicture.com

Saturday, September 17, 2011

Pandangan Pak Samad tentang Tunku

"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," simpulnya di akhir ucapan beliau. Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan

"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan. Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."

Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.

"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya. Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."

"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja. Rakyat lain... hampir sama saja," katanya.

Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan. Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu. Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.



Original Page

Wednesday, September 14, 2011

Berinspirasi sungguh quotes ini.


Tentang intergriti



Bila anda sedih

Anda tua sebenarnya bila..




Buat hal masing-masing ye

Autocorrect yang telah bertukar menjadi Automangkuk



Bayangkan kalau silap type ini penerimanya seorang PM? ROSMAH? Boss? Bapak Mertua?

Memahami logik akal seorang PM bernama Najib

Apabila terbongkarnya fakta bahawa Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina (CPC) dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa “komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu.”

Kata perdana menteri: “Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka.”

Jika kita mengikut logik Najib, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara.

Sekiranya rakyat mengikut logik presiden Umno yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara.

Mungkin atas logik tersebut juga rasanya, sebab utama beliau sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia.

Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bila mana dalam ambang perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin PSM dalam Akta Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis?

Bukankah ini melanggar logik Najib sendiri?

Sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat?

Seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain “asalkan bukan Umno”, maka komunis itu komunis jahat.

Maka, sesiapa yang nak mengadakan MoU dengan mana- mana kumpulan parti yang dianggap komunis, kena tanya Umno dahulu kerana hanya Umno dapat membezakan mana komunis baik, mana komunis yang bahaya.

Dan kalau nak tahu sesuatu negara itu dijajah atau tidak kena tanya pula Majlis Profesor Negara (setahu kita, negara lain tak ada majlis begini) atau mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rasanya Majlis Profesor Negara dan Dr Mahathir sajalah yang tepat boleh menentukan siapa yang secara teknikalnya kena jajah, siapa negara yang naungi saja.

Jajah secara zahir, di mana kekayaaan hasil bumi negara seperti bijih timah dirakus adalah tidak sah secara teknikal, maka sesiapa yang jawab sebegini dalam ujian sejarah patut diberi markah kosong.

Bila mana Majlis Profesor Negara membuat kesimpulan bahawa negara tidak pernah dijajah, ini bermakna sesiapa yang lawan orang putih dulu, sebenarnya ia lawan orang Melayu.

Cuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu.

Bomoh Umno akan telek dalam air pinang, dan umum untuk pengetahuan dunia adakah Melayu ini bahaya atau tidak.

Kalau Melayu itu kehijau-hijauan, maka segala daripadanya adalah bahaya dan mengancam Umno. Kalau Melayu itu kebiru-biruan maka ia Melayu yang baik, maka keistimewaan diberi - segala untuknya halal, bagi orang lain akan jadi haram.

Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man


Original Page

Fakta terbaru tentang Malaysia. Boleh dah gulaikan buku sejarah anda

Di bawah ini adalah senarai Pengkhianat Negara dan Bangsa;

Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad, Tok Janggut, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mat Saleh, Rentap, Abdul Majid Salleh, Osman Abadi, Wan Daud, Othman Bulun, Penghulu Ariffin, Saman Shariff, Sheikh Qadir, Hassan Ahad, Rosli Dhobi dan lain-lainnya sebagai pengkhianat negara.

Di bawah ini pula senarai Pejuang Negara dan Bangsa

Sir Arthur E. Young, Sir Frank Athelstane Swettenham, William Hood Treacher, Sir William Thomas Taylor, Arthur Henderson Young, Sir Harry Ord, Andrew Clarke, PJ Murray, Hugh Clifford, JP Rodger, JWW Bitch, JG Davidson, Martin Lister, Sir Donald MacGillivary, Lord Chancellor, Sir Gerald Templer, Henry Gurney dan ramai lagi.

Semuanya tunduk kepada kepala diorang iaitu Queen Elizabeth, oopppsss... gua terlupa ada sekoq lagi pejuang yang telah menghasilkan sebuah kitab untuk tanah melayu iaitu Lord Reid... hahaha...

Di bawah ini pula senarai Tali Barut Pejuang Negara dan Bangsa.

Tunku Abdul Rahman, Sardon Jubir, Haji Ahmad Badawi, Haji Abdullah Fahim, Abdul Razak, H.S. Lee, Onn Jaafar, T.H. Tan, Dato Panglima Bukit Gantang, Abdul Aziz Abdul Majid, Wan Idris Wan Ibrahim, Nik Ahmad Kamil dan ramai lagi dalam gang umno (lama)

Nota: Jika dalam zaman penjajahan Jepun, sesiapa yang bersubahat, bekerja untuk Jepun akan di anggap sebagai Tali Barut Jepun. Begitu juga halnya jika bersubahat dengan Komunis.

Tetapi lu orang akan dianggap sebagai pejuang jika berkerjasama dengan British yang di jemput oleh Raja2 Melayu untuk mempertahankan, mentadbir dan menyekolahkan Raja2 Melayu cara2 nak memerintah negara/negeri... sebabnya "Bengali Puteh semuanya cerdik2 belaka, sedangkan Melayu sampai hari ini masih dok bodoh lagi.... heheheh... sendiri mau ingat laaaa... "

Di bawah ini adalah senarai parti yang diharamkan oleh Pejuang Negara dan Bangsa.

Pihak British telah mengharamkan pergerakan Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Hizbul Muslimin (HZ), ada lagi ke yang gua tertinggal...

Ini pula parti yang diharamkan setelah Pejuang Negara dan Bangsa dah lama berambus dari Malaysia

UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil.

Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13Febuari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.


Nota: "Umno (lama) telah diharamkan pada tahun 1988. Umno yang ada kini hanyalah Umno (baru) yang ditubuhkan selepas diharamkan tahun 1988. Roh Umno zaman ‘kemerdekaan’ telah berkubur sejak itu,"

Pesanan gua;
Kepada adik2 yang gua sayangi... terutamanya anak2 kepada penchachai umnoporno tolong take note dengan fakta2 di atas tu... Exam dah dekat beb, belajar rajin2 supaya lulus dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Supaya suatu hari nanti lu orang boleh transformasikan Profesor2 kong kang yang dok ada la ni..... dan merasionalisasikan fakta sejarah tanahair yang sebenar buat tatapan generasi akan datang... hehehehe...

Justeru itu, kepada adik2 sekalian... marilah kita sama2 menghayati apa kata Mantan Presiden umnoporno Baru terhadap parti yang ditubuhkannya pada tahun 1988.

Lu orang semua boleh rujuk di sini....
(jangan di abaikan tau... kerana ini adalah bahan dan fakta sejarah yang akan di kemaskini oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam buku teks sejarah sekolah2 dan Universiti2 dalam masa terdekat.... hahahaha.... )

(p/s: hari ini dalam sejarah juga bagi gua kerana tidak mencibai dan mengharamjadahkan sesiapa dalam entry ini...)



Original Page

Monday, September 12, 2011

Jom kita berfikir sebentar

Mahathir: Malaysia tak dijajah, tapi penasihat British pemerintah sebenar

SERDANG, 12 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Bekas perdana menteri berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”

“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini.

“Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata Dr Mahathir.

“Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan,” kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat.

Perdana menteri keempat ini bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Universiti Perdana di sini hari ini.

Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Kenyataan itu yang menyusul pandangan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengundang kontroversi baru.

Menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling, “fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”

“Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik,” kata beliau.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

“Dinaungi tidak sama dengan kolonial... hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

“(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah,” kata beliau sambil berkata, “jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun.”

“Itu adalah kesalahan yang amat besar,” katanya.

Majlis Profesor Negara dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan “penjajahan British” sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.

PKIPM dakwa Majlis Profesor ‘iktiraf’ British, mahu kenyataan ditarik balik


KUALA LUMPUR, 12 Sept — Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKIPM) menggesa Majlis Profesor Negara (MPN) menarik balik kenyataan pihaknya minggu lalu bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British dan ia seolah-olah mengiktiraf kehadiran kuasa itu di Tanah Melayu.


Presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, pihaknya berpandangan kenyataan akhbar MPN itu tidak boleh dipandang sebagai bernilai ilmiah dan wajar ditarik balik.


“Amatlah malang bagi negara ini sekiranya para ilmuwan kita gagal memahami metod penelitian sejarah secara objektif dan ilmiah.


“Sesuatu fakta sejarah haruslah melalui proses-proses penelitian seperti heuristik, verifikasi, interprestasi dan historiografi sepertimana lazimnya dilaksanakan oleh para ilmuwan dan pengkaji sejarah yang berwibawa,” kata beliau sambil menambah, “justeru, mewakili golongan pelajar dan mahasiswa di Malaysia, PKPIM menuntut MPN untuk menarik balik kenyataan yang mengelirukan ini.”


Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Ahmad Fahmi berkata, PKPIM juga meminta semua pihak termasuklah ahli politik supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang melibatkan fakta dan sejarah.


“Dalam kemeriahan semua pihak untuk menjuarai isu membincangkan tema sejarah tanah air yang pada dasarnya dilihat amat positif dalam proses pemahaman asas-asas kenegaraan, mereka juga harus bertanggungjawab di atas kenyataan yang dikeluarkan sekiranya menimbulkan keraguaan dan kekeliruan kepada masyarakat.


“Justeru, PKPIM mengingatkan kepada mereka yang berkenaan agar merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang pakar dan berdasarkan sumber yang sahih dan tidak mengeluarkan kenyataan melulu dan songsang yang boleh menimbulkan polemik dan masalah runcitan,” katanya lagi.


Ahmad Fahmi menambah, PKPIM mempersoalkan kesimpulan MPN menerusi kenyataan akhbarnya tentang Tanah Melayu yang tidak pernah dijajah oleh British.


Kenyataan akhbar tersebut dibuat oleh Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudanya, Prof. Datuk Zainal Kling pada sidang akhbar bersama Pengerusi MPN, Prof Emiritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid dan anggota-anggota jawatankuasa MPN pada 9 September lalu.


“Majlis Profesor Negara menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah, hanya dilindungi Inggeris dengan meletakkan negeri-negeri Melayu itu di bawah kekuasaan Pejabat Tanah Jajahan melalui penguasaan undang-undang Inggeris, pentadbiran bercorak Inggeris, dan ekonomi kapitalis cara Inggeris.


“Dalam kata lain, MPN berkesimpulan bahawa dasar ‘protectorate’ yang diamalkan Inggeris terhadap Tanah Melayu dengan meletakkan residen dan penasihat di negeri-negeri Melayu sebagai satu tujuan murni untuk melindungi dan membantu Tanah Melayu dan pemerintah Melayu untuk memerintah tanah air mereka,” kata beliau lagi.


Ahmad Fahmi menambah, PKPIM juga mempersoalkan kenyataan MPN yang mendakwa dasar ‘protectorate’ Inggeris sebagai tidak mencabuli kedaulatan negeri-negeri Tanah Melayu.

Jelas beliau, PKPIM merasakan kenyataan MPN sebagai keliru dan tidak objektif apabila majlis itu dilihat gagal memberi tafsiran yang lengkap dan memuaskan tentang konsep “kedaulatan negara.”


“Ini jelas dalam kenyataannya yang mendakwa bahawa walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain, tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara.


“Malah, tesis baru MPN ini kelihatan seolah-olah mengiktiraf kerajaan kolonial Inggeris sebagai wira pelindung Tanah Melayu dan menafikan perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan tanah air sendiri daripada kerajaan kolonial Inggeris yang memang dikenali dunia sebagai antara kuasa besar penjajah ketika itu,” katanya lagi.


Sehubungan itu kata beliau, PKPIM sangat bersetuju dengan Prof Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang menegaskan dalam karya ilmiah terbaru beliau berjudul “Historical Fact and Fiction” bahawa fakta sejarah seharusnya diteliti secara menyeluruh dengan mengambil kira nilai-nilai dan saling kaitan antara fakta sejarah sehingga membentuk satu rangkaian kesimpulan yang bermakna.


“PKPIM juga meyakini seseorang sejarawan bukan sekadar mampu mengutip fakta-fakta sejarah tetapi juga harus punya kekuatan akliyah bagi mentafsir bahan sejarah dengan mendalam dan tepat.


“PKPIM berpandangan kenyataan akhbar yang dibuat MPN itu tidak boleh dipandang sebagai bernilai ilmiah. Amatlah malang bagi negara ini sekiranya para ilmuwan kita gagal memahami metod penelitian sejarah secara objektif dan ilmiah,” kata beliau yang turut menegaskan bahawa, “sesuatu fakta sejarah haruslah melalui proses-proses penelitian seperti heuristik, verifikasi, interprestasi dan historiografi sepertimana lazimnya dilaksanakan oleh para ilmuwan dan pengkaji sejarah yang berwibawa.” -TMI


Hebat betul pemutaran fakta sejarah yang hendak dilakukan oleh golongan UMNO ini. Sehingga Sultan diheret sama dengan menuduh mereka yang bertanggungjawab "menjemput British".

Sekaligus, kenyataan Mahathir yang menyokong kenyataan Prof Zainal Kling dan Majlis Professor Negara tersebut JELAS menafikan juga peranan perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan tanah air sendiri daripada kerajaan kolonial Inggeris.

Jika demikian halnya, maka bererti UMNO tidak lagi boleh mendabik dada sebagai pejuang "kemerdekaan" sebenarnya. Jika dakwaan negara tidak pernah dijajah, maka keseluruhan perjuangan UMNO yang dirintisi oleh Datuk Onn Jaafar dengan sendirinya terbatal dan sanggupkah UMNO terima hakikat ia perlu dipadam segera dari sekalian buku sejarah?

Atau Mahathir maupun MPN hendak menyatakan bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan oleh UMNO itu ialah perjuangan "menentang raja-raja yang menjemput British sebagai Penasihat" ataupun ia sebagai simbol protes UMNO terhadap Raja-raja Melayu?

Dan rakyat masih ingat bahawa Mahathirlah orangnya yang telah memandulkan kuasa Raja-raja sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri. -GB



Original Page:

posted from Bloggeroid

Sunday, September 11, 2011

Rentetan dari Berita Terkini Paling Celaka..



PETALING JAYA: Kegemaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak suka menuding jari kepada orang lain apabila keputusannya sendiri tidak disukai rakyat sudah menjadi tabiat.

"Oleh itu tidak hairanlah apabila Najib menyalahkan syarikat telekomunikasi atas kenaikan harga akibat cukai perkhidmatan 6%," kata Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media.

Katanya, adalah tidak patut dan memalukan apabila seorang Perdana Menteri menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos prabayar yang ditanggung rakyat, sedangkan beliau sendiri dengan gahnya mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan dalam pembentangan Belanjawan 2011 di Dewan Rakyat tahun lepas.

"Rakyat harus sedar bahawa cukai perkhidmatan 6% ke atas perkhidmatan telekomunikasi termasuk kad prabayar adalah cukai kerajaan.

"Cukai ini adalah milik kerajaan sepenuhnya dan tidak ada satu sen pun yang masuk poket mana-mana pihak lain, yang hanya bertanggungjawab mengutip cukai ini bagi pihak kerajaan," jelas beliau.

Rafizi berkata, setiap tahun, dianggarkan kerajaan mengutip sehingga RM750 juta daripada pembelian kad prabayar oleh rakyat Malaysia.

"Walaupun saya berpendapat keputusan syarikat telekomunikasi untuk menaikkan kos kad prabayar untuk menampung kenaikan cukai perkhidmatan adalah tidak berpatutan kerana keuntungan mereka yang begitu tinggi, kita juga perlu adil dengan memahami bagaimana kos bagi segmen prabayar meningkat apabila cukai perkhidmatan dinaikkan.

Namun, tabiat Perdana Menteri yang suka menuding jari dan tidak mahu mengambil tanggungjawab perlu ditegur dengan keras oleh ahli-ahli politik dan pimpinan golongan niagawan.

Ujar beliau, "kerajaan tidak boleh berdolak dalih dalam melaksanakan dasar percukaiannya. Jika ia telah meluluskan undang-undang yang menetapkan semua perkhidmatan dikenakan cukai 6% sebagai satu bentuk cukai penggunaan, ia tidak boleh secara diam-diam berharap cukai itu ditanggung oleh syarikat.

"Ini kerana cukai perkhidmatan adalah satu bentuk cukai yang ditanggung oleh rakyat bagi tujuan mengawal penggunaan," terangnya.

Menurut beliau, tabiat sebegini akan menghuru-harakan keadaan. Ia akan menyebabkan pentadbiran percukaian dan ekonomi negara kucar-kacir kerana kaedah percukaian yang berbeza sudah hilang maknanya.

"Ini berlaku apabila Perdana Menteri sendiri yang keliru di antara tujuan dan fungsi di antara cukai langsung (ke atas keuntungan dan pendapatan) berbanding cukai tidak langsung (ke atas penggunaan melalui cukai perkhidmatan dan barangan).

"Maka tidak hairanlah kenapa Perdana Menteri sehingga sekarang tidak berjaya mengembalikan keyakinan pasaran kepada dasar dan kepimpinannya," katanya.

Rafizi menerangkan tabiat Najib juga berbahaya kerana ia memberi gambaran syarikat berlainan akan mendapat layanan berbeza walaupun undang-undangnya sama.

"Jika beliau mahu syarikat telekomunikasi menanggung cukai perkhidmatan 6%, beliau juga perlu berlaku adil kepada semua.

"Makanya, beliau wajar memberi arahan agar semua syarikat lain dari pelbagai industri, termasuklah industri penyiaran (Astro) hinggalah kepada industri makanan (KFC dan restoran mamak) juga perlu menanggung cukai perkhidmatan itu," terangnya.

Katanya, "alang-alang beliau mahu menjadi jaguh rakyat, lebih baik beliau menghapuskan saja cukai perkhidmatan kerana beliau tidak ada hak untuk memberi arahan kepada mana-mana syarikat supaya menanggung cukai perkhidmatan.

"Tindakan itu akan menyebabkan sudah tidak ada beza di antara cukai perkhidmatan dan cukai pendapatan," tambahnya.

Hakikatnya kata beliau, rakyat harus sedar bahawa tindakan Najib menaikkan cukai perkhidmatan kepada 6% berkuatkuasa 1 Januari 2011 memainkan peranan dalam kenaikan kos, termasuk kos prabayar.

"Jika beliau mahu menjadi seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya mengumumkan pengecualian daripada cukai perkhidmatan semua perkhidmatan harian yang ditanggung sebahagian besar rakyat; termasuklah perkhidmatan siaran TV berbayar (Astro), telekomunikasi dan restoran.

"Itu lebih bertanggungjawab daripada terus menuding jari kepada orang lain apabila keputusannya dibangkang rakyat," ujar beliau.

Sumber - cukai-perkhidmatan-6-najib-tuding-jari/

Original Page: http://manjongmari.blogspot.com/2011/09/rentetan-dari-berita-terkini-paling.html

Friday, September 9, 2011

Kesatuan Pekerja MAS Akan Berpiket Bantah Pertukaran Saham MAS-Air Asia

Tiga kesatuan pekerja-pekerja Malaysia Airlines (MAS) yang mewakili kira-kira 15,000 pekerja akan berpiket ekoran pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan AirAsia.

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja MAS (MASEU) Alias Aziz (gambar) berkata mereka berpendapat bahawa janji niaga itu tidak akan memberikan manfaat kepada MAS, dan percaya pengurusan baru syarikat penerbangan itu merancang mewujudkan satu jenama baru dalam syarikat penerbangan sebagai sebahagian daripada langkah menghapuskan kesatuan.

"Kita tidak setuju dengan kerjasama itu atau langkah untuk menubuhkan penerbangan baru di bawah janji niaga itu," kata beliau.

"Apa kita lihat daripada kerjasama itu akan memberikan manfaat kepada AirAsia dan juga ada khabar angin bahawa sebuah syarikat penerbangan baru akan ditubuhkan hasil daripada kerjasama itu.

"Kita sudah ada MASwings Firefly dan MAS. Jadi, apa tujuan mereka mahu tubuhkan syarikat penerbangan baru," katanya pada persidangan akhbar di Pejabat Maseu di Subang Jaya, di sini.

MASEU menyertai Kesatuan Pekerja Penerbangan Sarawak dan Kesatuan Sekerja Pengangkutan Udara Sabah mengancam untuk mengadakan tindakan perindustrian dalam usaha menghalang pertukaran saham itu diteruskan.

Pada 9 Ogos lepas, MAS dan AirAsia mengadakan perjanjian kerjasama untuk menubuhkan satu rangka kerja bagi meneroka kemungkinan mengadakan kerjasama bersama.

Untuk mengukuhkan kerjasama bagi kepentingan dalam MAS dan AirAsia, Khazanah Nasional dan Tune Air -- masing-masing pemegang saham utama MAS dan AirAsia, bersetuju memiliki antara satu sama lain saham yang ada dalam kedua-dua syarikat itu.-- BERNAMA


Original Page: http://greenboc.blogspot.com/2011/09/kesatuan-pekerja-mas-akan-berpiket.html

Wednesday, September 7, 2011

Enjoy ye

Persoalan Kemerdekaan Yang Harus DIJAWAB ! (Wajib Baca!!)

Saya petik dari laman Facebook anak muda SAMM bernama Farel untuk renungan mereka yang berjiwa merdeka, persoalan yang harus dirungkai dengan sebesar jiwa... persoalan yang kerap menjadi taboo, tidak langsung dibawa ke hadapan ; Buka Minda anda sambil berfikir... Tiada paksaan untuk terima hujah ini tetapi anda harus menilai dan mengkaji ... Selagi bernafas jangan pernah leka untuk berfikir.. Selaku Anak Muda pemikiran kita masih segar oleh itu jangan sia-sia kan pemikiran kita... - Farel Dedek Samm ( Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia Segmentasi Mahasiswa)

"Soalan untuk renungan anak-anak muda pasca merdeka sempena 54 tahun "merdeka…"

1. Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang ?


2. Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula,walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar.?
3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya(TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?. 5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini ? 6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati ? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya ? 7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM. 8. Akta darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya ?. 9. Benarkah Darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan. 10. Benarkah Darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu. 11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948…. dan kenapa ? 12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu… ? 13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya ? 14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa ? 15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (UMNO sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British). 16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan ? Apakah signifikan syarat ini ? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak "premature withdrawal" ? dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjang ke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada. 17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban. 18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi UMNO sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London. 19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau, Dato Sagor, Dato Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu adalah sebahagian dari pejuang kemerdekaan. 20. Benarkah pada tahun 1948 UMNO hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ? 21. Kenapa semboyan UMNO adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris. ? 22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshallyang merancang untuk menggagalkan rundingan ini ? (Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara). 23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia? 24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk Ulama' telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan UMNO. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudianditangkap - kenapa ? 25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr. Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Buestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis ? 26. Jika PKM adalah anti Agama dan Tuhan, bagaimana ulama' seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris. 27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia ?. Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka. 28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan UMNO menjunjungsistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275). 29. Kenapa ulama-ulama upahan UMNO lebih gemar menyerang socialism yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba ?. 30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan UMNO tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau Datok Maharajalela, Datok Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding ? 31. Kenapa UMNO sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu tahta kuasa yang sedang berada di tangan UMNO? 32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu UMNO hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya. 33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948. Kenapa tidak nampak satu pun bendera UMNO ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain. 34. Pernahkah UMNO menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ? 35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ? 36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini?
38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat. 39. Kenapa UMNO perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi UMNO benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal..

Original Page: http://feedproxy.google.com/~r/edyesdotcom/~3/M1_X6si-V2s/siapa-harus-jawab-persoalan-persoalan.html


Sunday, September 4, 2011

Inilah hidup

Pelancung menghancurkan segalanya

Saturday, September 3, 2011

8 aplikasi saya harap ada kat iPhone

http://m.collegehumor.com/#/article/6333960/8-iphone-apps-i-wish-existed

Benarkah Umno menentang ideologi komunis ? Umno munafik kelas 1.


Malaysia sebenarnya begitu terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu yang mewarisi kepentingan penjajah kapum pemodal British. Malah dalam beberapa hal pwaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya dalam bab pembodohan minda.
Setiap kali kemerdekaan maka disajikan hanya Dato Onn, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib... adakah ini saja hero negara ? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak muda hilang minat dengan sejarah negara yang dilihat tidak cool....
Namun kemerdekaan kali ini yang awalnya dijangka tidak menarik perhatian kerana ditenggelami suasana 1 Syawal telah menjadi begitu menarik. Sejarah yang selama ini taboo telah dibincangkan terbuka.

Baca lagi di:


Original Page: http://chegubard.blogspot.com/2011/09/benarkah-umno-menentang-ideologi.html

Inilah Berus Gigi Tercanggih Dunia Seharga GBP 250


INILAH.COM, London – Philip baru saja mempamerkan pembersih mulut terbarunya berupa berus gigi tenaga UBS pertama dunia. Seperti apa?
Gadget berfitur port USB yang dijual seharga GBP 250 ini memiliki julukan 'berus gigi iPod'. Philips DiamondClean HX 9332 ini juga mengusung teknologi AirFloss yang mampu mencapai total berusan 31.000/minit dan 100% mampu menghilangkan plak gigi.
Melalui lima mode dan pengatur waktu dua minit, pembuat berus gigi ini menjanjikan gusi sihat dalam 14 hari. Lebih lanjut seperti ditulis Dailymail, dengan interval waktu 30 saat, gigi akan menjadi lebih putih.
Keuntungan lainnya, pengguna mendapat 'gelas pengisi' yang secara nirkabel mengisi ulang bateri berus gigi dan memberitahu jika bateri penuh via soket USB.
Selain itu, Philips juga menjadi perusahaan pertama yang memasukkan fitur pemutar musik dalam berus gigi.
Doktor gigi Dr Bill Dorfman mengatakan, "Perangkat ini membawa inovasi pada tingkat yang benar-benar baru dengan AirFloss dan DiamondClean." Related Posts : berus gigi, borak kosong

Original Page: http://feedproxy.google.com/~r/borakkosong/XqUA/~3/C6a1jiC0DaI/inilah-berus-gigi-tercanggih-dunia.html

Google translate punya kerja

Ada tan khabar angin yang sejak akhir-akhir ini mengenai tambahan baru Apple akan menambah bawah 5, dijangka akan diumumkan akhir bulan ini. Sejak Apple terlepas pengumuman tahunan mereka untuk iPhone, yang sepatutnya secara rasmi berlaku Summer ini, orang ramai menjangkakan membaik pulih yang besar untuk telefon pintar yang paling popular di pasaran. Pembuat kes telah mengambil mereka tentang apa yang khabar angin iPhone generasi akan datang akan. Lihat di bawah untuk maklumat lanjut.

Biasanya, pembuat kes yang pertama untuk meramalkan apa yang lelaran depan iPhone akan kelihatan seperti, sudah tentu selepas love awal dan apa-apa. Itali IOS blog, Macity.net mempunyai tangan mereka ke atas beberapa kes daripada pengilang kes yang boleh menggambarkan apa iPhone 5 akan kelihatan seperti datang lewat bulan ini.

Jika anda ingin melihat galeri gambar membandingkan kes-kes yang kosong untuk iPhone 4s penuh laman web, anda boleh berbuat demikian di sini.

Walaupun kes-kes tidak cukup benar-benar tulen, mereka hanya boleh iPhone akan kelihatan seperti. Jika benar, maka 5 bawah sebenarnya akan lebih ramping, sama seperti generasi ke-4 iPod Touch semasa, serta mempunyai paparan yang lebih besar. Yang terakhir ini nampaknya seolah-olah menjadi yang paling menarik untuk kebanyakan pembaca kami, terbukti dari hasil poll berterusan kami. Anda boleh melihat gambar-gambar yang berbanding dengan iPod Touch di link galeri di atas juga.

Apakah pandangan anda? Pembuat Kes biasanya cukup baik tentang membolehkan orang ramai dan media tahu apa yang versi baru iPhone akan kelihatan seperti.

Belum terlambat lagi rasanya..

Assalamualaikum.

Belum terlambat lagi rasanya kalau saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua pengunjung blog ini. Maaf zahir dan batin juga dari saya buat anda yang masih setia bersama saya mengunjungi blog yang tidak seberapa ini.

Semoga anda semua sentiasa di bawah rahmat tuhan dan berbahagia selalu.

Terima kasih atas sokongan anda..

Friday, September 2, 2011

Perkataan KOMUNIS Tiada Dalam Ucapan Saya - MAT SABU

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, telah memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana laporan "putarbelit dan palsu" ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos. Beliau juga berkata bersedia untuk menghadapi soal siasat polis mengenai perkara yang secara jelas digembar-gemburkan oleh pihak-pihak UMNO.

Akhbar milik Umno- Utusan telah memetik ucapan pemimpin PAS itu yang berkata bahawa komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong semasa Darurat pada Feb 3, 1950, adalah wira dan bukannya anggota polis yang terbunuh di dalam serangan itu. Dia juga didakwa telah menuduh Perdana Menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman, dan Presiden pertama Umno, Onn Jaafar, tidak perlu diiktiraf sebagai pejuang kebebasan kerana mereka adalah pegawai-pegawai British.

Sekurang-kurangnya 49 laporan polis telah dibuat terhadap Mat Sabu di atas ucapan tersebut, pihak UMNO secara tergesa-gesa telah menyerang dan menuduh beliau cuba untuk mengubah semula sejarah bagi tujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah republik. Kemuncak serangan itu, DAP pula telah menghantar pengerusinya untuk mencampuri pertelingkahan ini. Karpal Singh telah menasihatkan Mat Sabu supaya menarik balik kenyataannya.


Penafian Dan Rakaman Diabaikan

Kasihan Mat Sabu. Dia mesti berasa benar-benar kehilangan dan tidak berteman. Pada jangkaannya ia bukan satu isu. Bahkan dia telah melihat rakaman video ceramah atau ucapannya itu, di mana beliau kononnya telah membuat kenyataan tersebut. Setelah meninjau rakaman tersebut, Mat Sabu telah membuat penafian dan memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan.

Tetapi seolah-olah tiada siapa yang mendengar kepadanya sama sekali. Bukan sahaja Karpal tidak menyebelahinya, termasuklah UMNO-BN. Media UMNO kini memutarkan berita kepimpinan PAS atasan tidak menyokong beliau mengenai isu itu.

Tetapi walau apapun kata orang, Mat Sabu yakin, dia harus lebih cepat untuk meredakan serangan. Bawa keluar pita rakaman, tunjukkan. Masyarakat Melayu sekali lagi diingatkan akan penipuan-penipuan pemimpin UMNO.

Mat Sabu juga mengakui bahawa media milik UMNO telah menyerang beliau sejak beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS awal tahun ini. "Dan mereka juga mungkin menggunakan saya untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu kotor mereka seperti pembaharuan peraturan pilihan raya. Utusan berbohong ... mereka membuat cerita-cerita tentang ucapan saya. Apabila saya memeriksa kembali dan melihat rakaman, tidak ada perkataan 'komunis' dijumpai dalam ucapan saya," katanya.


Apakah Utusan Boleh Dipercayai?

Jika Mat Sabu bercakap benar, mengapa Utusan Malaysia berbohong? Adakah mereka sudah menyemak fakta atau ini satu lagi isu rekaan mereka untuk memusnahkan kredibiliti PAS dan menyamakan ia sebagai kecenderungan Komunis?

Utusan Malaysia telah gagal mengamalkan kejujuran dalam laporan politik dan menyebabkan rakyat Malaysia dan orang Melayu menjauhkan diri dari mereka dan UMNO. Mempertaruhkan kredibiliti ini semata-mata untuk sensasi hanya akan merosakkan masa depan akhbar yang dimiliki parti. Dan jika penipu patologi mula memberitahu kebenaran, tiada siapa akan mahu untuk mempercayai mereka lagi. Ini adalah bagaimana kredibiliti bekerja. Seperti juga 'amanah', dipecahkan sekali, ini sangat sukar untuk dibaiki.

Ancaman komunisme kepada dunia sudah lama berlalu. Ia adalah ideologi usang yang tergolong di zaman lain. Kita sekarang berada di dalam tamadun moden, liberal dan ditambah era IT di mana Komunisme sudah tidak dialu-alukan mahupun diingini lagi. Tidak ramai yang memperdulikannya lagi dan kebanyakan anak-anak muda menganggapnya sebagai kepercayaan kuno. Tetapi tidak di sini, dimana UMNO memerintah Malaysia. Di sini, ia masih satu stigma, ia dosa yang keji. Itulah kedalaman pengetahuan ideologi di dalam UMNO hari ini.

Seterusnya, apakah yang Utusan harapkan? Dari isu 'azan' Teresa Kon, bersambung ke Perdana Menter Kristian, skandal seks Datuk T, serbuan JAIS-DUMC hinggalah terkini kepada Komunisme. Akhbar itu tidak pernah gagal untuk mencetuskan kontroversi yang tidak perlu. Mungkin ini adalah arahan daripada bos. Sebagai sebuah akhbar, tanggungjawabnya adalah untuk menyatukan pendapat umum Melayu, tetapi setakat ini ia hanya berjaya mencambahkan benih-benih perpecahan.

Dalam perkembangan positif, publisiti itu hanya menjadi kemasyhuran dan kepercayaan pemimpin-pemimpin politik dalam parti-parti pembangkang supaya pendirian mereka tidak berbelah bahagi. Terutamanya, apabila ia mendedahkan bahawa laporan Utusan tentan Mat Sabu adalah palsu. Bumerang ini akan balik kepada UMNO, dan masyarakat Islam seharusnya bertanya kepada pemimpin-pemimpin mereka seperti TPM Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein dan ramai yang lain mengapa mereka berebut-rebut untuk mengutuk Mat Sabu, tanpa usul periksa.


Tidak Begitu Dikenali Sebelum Ini

Mohd Sabu menikmati banyak sokongan dari akar umbi PAS. Orang ramai sukakan pidatonya yang berapi-api dan bersemangat, dan beliau banyak menjelajah ke seluruh negara untuk bercakap di dalam ceramah PAS yang telah membawa banyak sokongan kepada perjuangan PAS.

Mat Sabu tidak terkenal di kalangan bukan Melayu dan bukan-PAS sehinggalah dia menjadi Timbalan Presiden. Tetapi kini, semua orang mengenali beliau selepas serangan hebat Utusan UMNO - Bukit Kepong Sabu mungkin menjadi namanya yang terbaru. Dihormati oleh kebanyakan orang Melayu, kemasyhuran beliau kini telah sampai kepada warga Cina dan India di negara ini yang tidak lagi melihat beliau dengan syak wasangka.

Tidak seperti pemimpin-pemimpin atasan PAS, yang kebanyakannya dari golongan Ulama, dia lebih dianggap liberal, lantang bersuara, turun ke bawah dengan kualiti kepimpinan semulajadi yang boleh menarik rakyat bersama-sama. Kejayaan beliau dalam pemilihan parti baru-baru ini juga menunjukkan bahawa asas sokongan kepada beliau adalah tinggi. Malah, bagi peringkat akar umbi PAS, dia bagaikan lagenda yang masih hidup kerana kelebihannya itu. Bagaimanapun, beliau dilihat bagai duri dalam daging bagi golongan elit UMNO.


Super Wira Kaum

Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man telah membelanya dengan berkata sesiapa yang menentang kerajaan penjajah British sebelum Merdeka, termasuk Parti Komunis Malaya, "logiknya" boleh dipanggil pejuang kemerdekaan. Walau bagaimanapun, perkara yang sama tidak lagi boleh dianggap begitu terhadap pihak Komunis selepas kemerdekaan daripada pihak British, kerana pada masa itu, mereka melancarkan perang gerila terhadap kerajaan Malaysia.

Tuan Ibrahim, Ustaz yang dihormati, juga menegaskan bahawa terdapat keperluan untuk tafsiran yang lebih jujur tentang ​​sejarah, menunjukkan bahawa soalan PAS menyokong Komunis tidak sepatutnya timbul jika semua pihak mengkaji sejarah tanpa prejudis.

Oleh itu, ia kelihatannya seperti Mat Sabu kini telah menyertai barisan Anwar Ibrahim dari PKR dan Lim Guan Eng dari DAP. Dia sepatutnya harus berasa bangga dengan kehebatan serangan UMNO ini. Beliau kini antara yang paling teraniaya di Malaysia kerana beliau dilihat sebagai satu ancaman politik yang sebenar, dengan karisma dan bakat yang cukup untuk menakutkan golongan elit UMNO.

Anwar, Guan Eng dan Sabu kini ketiga-tiga watak utama untuk drama politik di Malaysia dan semakin hebat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Dalam tergesa-gesa untuk membunuh mereka, UMNO telah lupa bahawa pedang mempunyai dua mata. Walaupun di mata mereka, mereka mendapat kemenangan besar ke atas Sabu, tetapi tidak semua orang membaca Utusan, berapa ramai orang Melayu yang percaya atau mengambil berat tentang berita itu lagi?

Jadi, di mata kebanyakan orang-orang Melayu, Sabu kini merupakan Super-Wira dan terima kasih kepada UMNO.

-MC



Original Page: http://feedproxy.google.com/~r/EmpulakDah/~3/-jZQtSrgCv4/perkataan-komunis-tiada-dalam-ucapan.html

Thursday, September 1, 2011

Sah, Anwar dah bersalah...

Dalam laporan terkini Malaysiakini melaporkan portal terkenal Wikileaks telah membocorkan satu transaksi kabel diplomatik Amerika Syarikat bahawa Piem bagi bangsa Umno, Najib Razak dan pemimpin utama Umno telah memutuskan segala padah dan kos politik bagi mendakwa Anwar "boleh diterima". Mereka juga mahu perkara berkenaan diteruskan secara agresif di dalam dan juga di luar mahkamah. Ini bermakna... apa cara pun' Anwar akan didapati bersalah dalam kes liwat II yang sedang hangat berlangsung. Ini kerana, berdasarkan penilaian bahawa Anwar Ibrahim akan terus menjadi ancaman kepada Umno sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang, ketua pembangkang itu akan didapati bersalah kerana meliwat - hukuman keduanya dalam tempoh 10 tahun. Menurut nota diplomatik 2009 yang diklasifikasikan sebagai sulit oleh Mark D Clark, kaunselor politik di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, matlamat utama mereka adalah bagi memenjarakan Anwar semula dan menyingkirkannya secara tetap dari politik. Walaupun mengakui perkara itu adalah semata-mata tindakan penguatkuasaan undang-undang, kerajaan berpendapat tekanan politik adalah diperlukan, dan sanggup menerima risiko reputasi dalam proses berkenaan supaya akhirnya mencapai keputusan bersalah selepas drama berprofil tinggi berbulan-bulan di mahkamah, kata James R Keith. Mahkamah akan membicarakan dan menolak rayuan Anwar pada kadar yang segera sebelum menjelang pilihan raya umum negara pada tahun 2012 atau 2013.
Dalam senario berkenaan, Kedutaan Amerika mengandaikan bahawa Najib akan berperanan sebagai "suara pemutus" berhubung keputusan perbicaraan, walaupun beliau juga perlu mendapatkan pendapat dan pandangan golongan elit Umno yang lain.

Dalam senario pertama, kerajaan akan memastikan dalam "apa cara sekalipun" Anwar akan didapati bersalah.

Senario kedua pula menurut Keith, kerajaan akan meneruskan pendakwaan tetapi tidak memberi tekanan yang sewajarnya untuk mendapatkan keputusan bersalah.

Ini akan berlaku sekiranya kerajaan percaya bahawa bukti-bukti yang dikemukakan semasa prosiding mahkamah itu sendiri cukup telah merosakkan maruah atau reputasi Anwar sehingga tidak mampu menjejaskan kredibiliti Najib, kata Keith.



Original Page: http://shalehudin.blogspot.com/2011/09/sah-anwar-dah-bersalah.html

Bukit Kepong / Mat Indera / Bro TT

 
Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?

Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar '... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....' Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.Khalas.Perid.End. Fin.- Bro TT