Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013 : Bajet Pilihanraya dan memperkayakan kroni

Pembangkang hari ini menyambut sinis pembentangan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Berikut petikan beberapa pemimpin utama pembangkang berhubung pembentangan sebentar tadi:

Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang

Belanjawan biasanya memberikan unjuran berdasarkan senario antarabangsa dan keupayaan domestik.

Kedua-dua ini nampak tak disentuh sangat tapi nampak beberapa gimik politik yang agak keterlaluan.

Tentunya ada beberapa isu kita boleh jawab umpamanya disentuh tentang perumahan yang besar tetapi tidak pernah dicapai seperti kita harapkan."

Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang

Jelas bajet ini bajet pilihan raya kerana ia tidak mengambil kira keadaan fiskal atau keadaan kewangan negara.

Kalau kita lihat belanja tahun lepas ia telah lebih belanja RM20 bilion.... Kalau kita lihat. Hutang naik 456 bilion tahun lepas kepada 502 bilion untuk akhir tahun ini.

Jadi jelas ia bajet pilihan raya untuk beli undi tapi kita harap bukan sekadar beli undi tapi menjadikan kroni-kroni kaya sahaja.

Kita lihat di sini yang dapat manfaat kroni-kroni dengan projek yang dijanjikan. Kita lihat kalau tahun depan Pakatan menang ini mungkin akan buat kita lebih susah lagi.

Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor

Ia (belanjawan) masih berkisar soal isu makro dan bukan isu-isu berkaitan rakyat.

Salahuddin Ayub, naib presiden PAS
Asas kekuatan ekonomi tidak disentuh secara kukuh dalam bajet kali ini. Banyak fokus yang menjurus kepada pemberian undi. Kena kembali kepada asas dan pecahkan sistem monopoli.

"Bajet yang sangat jelas menjurus kepada pemberian undi yang tidak dapat dielakkan ekoran terlalu banyak pengumuman pemberian tunai.

"Bajet Pakatan lebih bersifat fundamental dan punya objektif yang kukuh untuk menyelesaikan masalah rakyat jika memilih Pakatan.

Datuk Mahfuz Omar, naib presiden PAS

Ini bajet panik kerajaan kerana ia berasaskan pemberian yang diumumkan dan di akhirnya memang menyeru harapan rakyat supaya bagi peluang kepada Umno-BN sekali lagi.

Kerajaan panik dengan gelombang kebangkitan rakyat. Bajet yang tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi.

Ada lagi unsur ketirisan dan nak kayakan kroni bukan untuk rakyat.

Dengan hutang negara telah mencecah RM476billion hutang negara, kerajaan masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion ke dalam negara.

Anthony Loke, ketua Pemuda DAP

Ia untuk membeli pengundi dari pelbagai sektor. Gula-gula paling jelas ialah rebat pembelian telefon pintar RM200. Ia jelas mensasarkan pengundi pertama kali. Begitu juga dengan baucar dan sebagainya.

Penjawat awam dengan bonus sebulan setengah... Ini pertama kali bonus untuk penjawat awam naik kepada sebulan setengah.

Tujuannya untuk mendapatkan sokongan kelompok ini dalam pilihan raya.

Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor)

Jelas bahawa bajet PM seolah-olah tidak mengambil latar belakang fizikal dan hanya disusun untuk mendapatkan undi.

Ini kita sudah jangkakan. Perbelanjaan sepatutnya bertanggungjawab dan ini berlaku sebaliknya.

Segala pemberian one-off bermakna Najib hanya mahukan undi untuk pilihan raya umum.

Ringkasnya, walaupun bajet PM dan belanjawan Pakatan bersifat popular dan populis - opular untuk memenuhi kesejahteraan rakyat - populis hanya memberikan beban pada rakyat.

Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera)

Belanjawan ini tiada idea baru dan hanya mengulangi dasar memberikan wang di sana sini serta membeli undi.

Kenapa saya kata tiada idea? Ia seperti memberitahu pelajar "saya beri kamu wang untuk tuisyen" daripada memperbaiki kualiti pendidikan - Malaysiakini

Original Page: http://pocket.co/sIltd

Cantik gambar ni..

Anwar cabar Najib hadir sesi bahas bajet Isnin ini

NURUL AINI MOHAMED ALI

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar perbahasannya berhubung Bajet 2013 yang dibentangkan beliau, Isnin ini.

Anwar selaku Ketua Pembangkang akan membahaskan cadangan Bajet 2013 Isnin ini.

"Saya cabar najib untuk turut hadir dan mendengar perbahasan Isnin ini.

"Jika selama ini Barisan Nasional (BN) hanya tahu mengkritik apa yang pembangkang lakukan, beliau (Najib) mesti berani juga untuk hadir Isnin ini," tegas beliau ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Bajet 2013.

Original Page: http://pocket.co/sIlel

Bajet BN Lebih Kepada Mengekalkan Putrajaya (BM/ENG)

Perbezaan antara bajet Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) ialah isu fokus dan keutamaan yang mana Bajet Barisan Nasional lebih tertumpu untuk mengekalkan Putrajaya.

Dalam bajet BN ini, banyak peruntukan disediakan untuk meneruskan program dan polisi kerajaan yang telah sedia ada. Tetapi malangnya hanya sebahagian kecil diperuntukkan untuk rakyat.

Ini berbeza dengan bajet Pakatan Rakyat (PR) yang lebih mengutamakan keperluan rakyat bagi mengurangkan beban menanggung kos sara rendah yang meningkat setiap hari.

PR mahu merungkaikan polisi yang dipertahankan oleh BN seperti polisi AP, penswastaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan IMDB.

Ini penting untuk kita terjemahkan pengurusan sumber manusia secara berkesan dan berhemat yang boleh membawa manfaat rakyat. PR mampu melakukannya kerana kita yakin boleh mengurangkan ketirisan dan amalan rasuah.

Sekiranya negara diurus secara telus dan bertanggungjawab, amalan rasuah mampu dikurangkan dan lebih banyak peruntukan dapat disalurkan kepada rakyat.

Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang telah melihat perkara ini, Di Selangor, misalnya, kita menyelamatkan 20-30% daripada kos operasi apabila kita memansuhkan golongan rentier dalam pengurusan sampah.

Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab untuk memastikan golongan rentier tidak mengaut keuntungan melampau dari projek yang kosnya perlu ditanggung oleh rakyat. Kerajaan Persekutuan perlu berhenti memberikan keuntungan tinggi kepada kontraktor kerana ini akan menggalakkan mereka melobi untuk projek-projek pada kos yang lebih tinggi.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

PRESS STATEMENT

SEPT 28, 2012

BN'S BUDGET IS PUTRAJAYA-CENTRIC

I noticed that the difference between Pakatan and BN budget is on the issue of focus and priorities.

BN's budget is very Putrajaya-centric where the bulk of the allocation is spent to maintain government ongoing activities/ programmes/ policies. Consequently only a small portion trickle down to benefit the rakyat.

Pakatan's budget prioritise the rakyat. We want to unwind the very activities that BN is maintaining. We are talking about unwinding the AP policy, unwinding the privatization of GLCs, unwinding IMDB.

It is crucial that we focus to translate effective and prudent management of resources to benefit the people. We can do that because we believe we can reduce leakages and stop major corrupt practices.

When a government is transparent and accountable, the likelihood of corrupt practices minimizes thus a bigger portion can be allocated for the people. The rakyat of Penang & Selangor have seen this happen. In Selangor for example, we saved 20-3-% cost of operations when we diminished the rentier class in the garbage collection exercise.

Federal government is responsible to ensure that the rentier class does not bleed the resources from the people. They must stop giving such a high profit margin to contractors as this will only encourage then to lobby for a business contract at a high cost.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Original Page: http://pocket.co/sIlai

Sunday, September 23, 2012

Mana aku tau ikhlas ke tak, busuk-busuk pun Ngeh minta maaf. Najib?!

Malaysian Insider hari ni melaporkan, Datuk Ngeh Koo Ham berharap rakyat dapat memaafkannya dan pandang ke depan dalam menyelesaikan isu yang lebih besar dihadapi negara.

Ngeh juga berkata keikhlasan dia meminta maaf bukan sesuatu wajar dipersoalkan kerana yang lebih penting ialah masa depan negara ketika ini.

"Kenapa nak buang masa persoalkan keikhlasan saya minta maaf? Bukankah saya sudah meminta maaf?

"Ada isu lain yang lebih penting seperti ekonomi, sosial dan kesusahan rakyat," kata pengerusi DAP Perak itu.

Sebelum ini, saya pernah dengar ulama kata, kita ambil yang zahir. Apa dalam hati orang, mana kita tahu. Atas alasan itulah saya bersetuju dengan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyatakan permohonan maaf secara terbuka daripada Ngeh sudah mencukupi.

Kalau Islam menetapkan kita ambil yang zahir dan zahirnya Ngeh mohon maaf, saya terpaksa setuju walaupun saya sangat sakit hati kepadanya (juga Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ustaz Ahmad Awang) berikutan isu "Perjanjian Pangkor". Saya juga terpaksa setuju walaupun saya tertarik dengan kata-kata berikut yang saya petik dalam laman Facebook saya:

"One can speculate what are Ngeh's private views regarding the controversial anti-Islam Innocence of Muslims video clip".


Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kata:

"Kalau macam tu senang. Kita boleh lempar kata-kata menghina, memburukkan agama lain, lepas tu minta maaf.

"Kalau macam ni, soalnya benar-benar ikhlas atas tidak".


Original Page: http://pocket.co/sIYPD

Pantang Serah Negara Pada Pakatan Rakyat

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri menegaskan bahawa masa depan negara ini adalah terlalu besar nilainya untuk diperjudikan dan adalah sesuatu yang disifatkan sebagai 'pantang' untuk menyerahkan negara ini kepada Pakatan Rakyat (PR).

Berucap kepada perwakilan Umno Johor, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mahu setiap anggota Umno menggembleng tenaga dan kekuatan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kita tidak boleh menggadai masa depan, masa depan kita terlalu besar nilainya... di sinilah (Johor) lahirnya Umno, banyaknya jasa kepada negara.

"Pantang kita serah negara ini kepada mereka (pembangkang).

"ALLAH S.W.T mencintai kita jikalau kita satu kesatuan dan Insya-Allah ALLAH akan memberikan kemenangan kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya di sini, hari ini.

Dipetik Bernama, Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan persidangan berkelompok empat bahagian Umno Negeri Johor di Persada Johor, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk

Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor.

Malah kata Najib, pembangkang yang sering melaungkan slogan 'Jalan Ke Putrajaya', sehingga kini tidak mempunyai Kabinet Bayangan yang selaras dengan model demokrasi berparlimen.

"Mereka (pembangkang) mesti bermula dengan 'shadow cabinet' (Kabinet bayangan) seperti dalam sistem demokrasi model Westminister seperti di Great Britain.

"Di Malaysia mana dia (shadow cabinet), ia adalah kerana mereka takut. Takut nak beri (Lim) Kit Siang apa (jawatan), menteri kewangan ke, Karpal Singh ke untuk undang-undang dan Mat Sabu nak bagi apa, menteri wanita," katanya.

Perdana Menteri berkata Barisan Nasional (BN) sebaliknya menjuarai perubahan dan transformasi yang berlaku di negara ini.

Walaupun dalam sistem demokrasi berparlimen, kewujudan pembangkang dalam bilangan yang kecil adalah baik, mereka mestilah memainkan peranan dengan konstruktif dan bukan destruktif, katanya.

Beliau memberi contoh Felda dan projek minyak dan gas di Pengerang, yang cuba dinafikan pembangkang sebagai projek yang baik untuk rakyat semata-mata atas kepentingan politik.

Dalam isu Felda, Najib berkata, pembangkang melemparkan pelbagai dakwaan terhadap Felda termasuk mengatakan ia bankrap, walaupun secara realitinya Felda berjaya disenarai di Bursa Malaysia.

"Jika Felda bankrap, bagaimana ia mampu memberi RM15,000 kepada peneroka, isteri dan anak peneroka," katanya sambil memberitahu bahawa pembangkang juga cuba 'pusing' usaha kerajaan membangunkan industri minyak dan gas di Pengerang.

Najib berkata, BN memberikan masa depan yang penuh dengan keyakinan kepada rakyat, sarat dengan peluang dan kehidupan yang lebih baik berbanding semalam.

"Sebahagian besar rakyat Malaysia inginkan masa depan yang baik, masa depan yang bukan sarat dengan ketidakpastian, bukan masa depan yang terlalu banyak risiko, tetapi masa depan yang penuh dengan keyakinan dan di bawah pimpinan BN, hari esok adalah sarat dengan keyakinan lebih baik daripada hari ini," katanya. ~sinarharian

Original Page: http://pocket.co/sIzah

Ramai yang terkejut dengan fakta ini

Akibatnya UMNO tidak lagi menjadi parti tunjang kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. Oleh yang demikian Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan tugas Pengerusi Barisan Nasional kepada Presiden MCA ketika itu , Tun Ling Liong Sik.

Dengan itu juga Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. Berlaku kekosongan 'Perdana Menteri Malaysia' buat beberapa hari (10 hari) sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan.

Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan , Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Ling Liong Sik. Walaupun bagaimanapun tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang diPertuan Agung kepada Tun Ling Liong Sik.

Dalam tempoh 4 Febuary sehingga 13 Febuary tempoh 10 hari tersebut Barisan Nasioanl melantik Ling Liong Sik (Presiden MCA) dan telah di serahkan tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia, walaupun tidak mendapat watikah perlantikan dari Yang Di Pertuan Agong.

Perkataan 'Baru' telah dikaburkan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ('Baru') kerana menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan UMNO Baru adalah berbeza, bukan parti yang sama. Pengamal undang-undang memberi tafsiran berbeza-beza sama ada UMNO Baru sama dengan UMNO lama kerana Akta Pertubuhan tidak membenarkan perkara-perkara sebegini.

Original Page: http://pocket.co/sIzax

Thursday, September 20, 2012

Kekebalan Taib Rupanya Mengejutkan Semua Orang

'Taib Mahmud orang terkaya tak mengejutkan'

Dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah orang terkaya di Malaysia nampaknya tidak mengejutkan rakyat Sarawak.

Bagaimanapun, apa yang mengejut ramai daripada mereka ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis dan pihak berkuasa lain didakwa tidak bertindak terhadapnya walaupun beberapa laporan dakwaan rasuah, salahguna kuasa dan kronisme telah dibuat terhadapnya.

Ahli politik dan rakyat biasa yang diwawancara di Kuching sejak dua hari lalu berkata ramai sudah tahu bahawa Taib seorang yang kaya.

"Tetapi kami tidak tahu kekayaan sebenarnya kecuali SPRM, polis dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalankan siasatan," kata mereka.

Ramai rakyat Sarawak tahu siapa yang memilik syarikat gergasi Cahya Mata Sarawak (CMS) dan anak syarikatnya diberi banyak projek besar dan menguasai bekalan simen untuk projek pembinaan, jalan dan pembaikan jalan serta pembinaan empangan.

Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekaligus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia.

Usaha mendapatkan komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum berjaya. Tiada pemimpin BN juga mahu memberikan komen berhubung dakwaan itu setakat ini.- mk

Original Page: http://pocket.co/sISn4

PANAS!! Harussani kata haram undi dan sokong UMNO?

Published on Anak Sungai Derhaka |

Sifat hipokrit para pemimpin UMNO amat jelas kelihatan dalam isu yang membabitkan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W melalui video 'Innocence Of Muslims'.

Mereka bercakap seolah-olah rakyat Malaysia ini masih hidup di era media cetak menguasai penyebaran maklumat, hakikatnya kini maklumat sudah berada dihujung jari..

Baca sebahagian petikan dari Agendadaily ini...

Mufti Negeri Perak secara terbuka mengingatkan umat lslam yang ingin mengundi atau menyokong pemimpin atau wakil-wakil rakyat supaya berhati-hati.

Dalam konteks terdapat mereka yang menghina agama dan Rasullullah, beliau menegaskan bahawa umat lslam tidak boleh membiarkan Nabi Muhammad SAW ataupun agama Islam dihina.

Bahkan kata Tan Sri Harussani Haji Zakaria haram hukumnya bagi umat Islam yang mengundi atau menyokong wakil rakyat yang menghina nabi Muhammad SAW dan agama Islam dalam pilihanraya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Forum Pendermaan Organ di Kompleks Rawatan harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Rabu.

Beliau ditanya oleh media mengenai tweet Pengerusi Dap negeri Ngeh Koo Ham yang telah mencetuskan kontroversi sejak beberapa hari ini ~ Agendadaily

Jika Harussani berkata adalah haram hukumnya bagi umat Islam yang mengundi atau menyokong wakil rakyat yang menghina nabi Muhammad SAW dan agama Islam dalam pilihanraya.

Maka adalah haram juga bagi kita ummat Islam di negara ini mengundi atau menyokong UMNO, kerana mantan Presidennya iaitu Tun Mahathir adalah manusia yang amat lantang menghina Rasulullah S.A.W. suatu ketika dulu..

Dalam satu ucapannya di JAKIM Mahathir berkata " Siapa tau janggut Nabi macam mana?.siapa biasa tengok janggut Nabi ..ada gambar ka ? Kita tak tau . Kita tak tau betuilah dia ada janggut?tapi betul ka janggut dia (Nabi)?Di zaman itu..pisau cukur ada kaaa?dia bukan ada Gillette, zaman Nabi ada Gilletteka.?Cakap (menyuruh hadirin cakap) ..Pisau cukur pun tiada masa tuuu ( zaman Nabi ). Jadi masalahnya dia (Nabi ) dok berjalan ke sana sini..naik unta,bukan nak dapat air yang banyak?padang pasir... Macam-macam lagi tafsiran diberi untuk menidakkan amalan Rasulullah SAW.

Lagi apa kata Mahathir yang boleh dianggap menghina Islam dan hukumnya sila baca di ( SINI )

Apa agaknya komen Ulama Muda UMNO dan Harussani sendiri tentang perkara ini?

Buat yang masih tegar menyokong UMNO tu.. ada otak gunakanlah untuk berfikir.... itupun kalau ada otaklah..

AIKK!! Menteri agama Umno pun kaki kencing jugak ka???


Published on shalehudin |
ISU KUOTA HAJI KANTOI: BUKAN MALAYSIA SAJA DITOLAK BAHKAN 40 NEGARA LAIN PUN SAMA.....

Kerajaan Arab Saudi memohon maaf kerana telah menolak permintaan 40 negara termasuk Malaysia untuk menambah kuota haji mereka tahun ini... ianya berikutan projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah menurut laporan akhbar-akhbar tempatan di negara tersebut hari ini.

Selama hari ini kita semua ditipu hidup-hidup oleh Pemimpin Umno yang kononya Perhimpunan Bersih 3.0 menjadi punca Kerajaan Arab Saudi marah dan INGIN MENGURANGKAN kuota haji tapi kenyataan hari ini membuktikan tiada kouta dikurangkan cuma kouta tambahan jer yang tak diberi bukan saje yang di mohon oleh Malaysia tetapi 40 negara.

P/S : 40 negara tu tak terlibat dengan bersih 3.0 pun....kahkahkahkahkah...dulu, kini dan selamnya PEMBOHONG....kalau tak menipu bukan AMENO namanya...kuikuikui

Serius : Majalah Perancis Siar Karikatur Hina Nabi Muhammad S.A.W (2 Gambar)


Published on Aku Stress Giler |

PARIS - Sebuah majalah Perancis menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad semalam sekali gus memburukkan lagi ketegangan global berhubung filem Innocence of Muslims yang memperlekehkan agama Islam.

Perkembangan tersebut menyebabkan Perancis meningkatkan kawalan keselamatan di semua kedutaan negara itu. Karikatur biadap itu disiarkan majalah mingguan tempatan, Charlie Hebdo, beberapa hari selepas bantahan ganas tercetus dari Benua Asia hingga ke Afrika kerana memprotes filem Innocence of Muslims.

Setakat ini, lokasi pemerintah Amerika Syarikat (AS) terutama kedutaan negara kuasa besar itu menjadi sasaran penunjuk perasaan. Keganasan berkaitan filem amatur tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di tujuh buah negara termasuk Duta AS yang maut di Libya.

AS turut menutup sementara konsulatnya di Jakarta ekoran demonstrasi serupa, manakala beratus-ratus penunjuk perasaan membakar patung Presiden Barack Obama di ibu negara Sri Lanka, Colombo.

Kementerian Luar Perancis mengeluarkan amaran perjalanan semalam dengan menggesa rakyatnya yang berada di dunia Islam supaya berwaspada dan mengelakkan perhimpunan awam dan mengunjungi "bangunan sensitif" seperti bangunan keagamaan dan kedutaan Barat.

Karikatur yang menggambarkan seorang Yahudi menolak Nabi Muhammad S.A.W di atas kerusi roda

Mengulas berhubung tindakan majalah Charlie Hebdo, Perdana Menteri Jean-Marc Ayrault berkata, kebebasan bersuara adalah terjamin di Perancis tetapi menegaskan kebebasan tersebut perlu disertakan dengan rasa tanggungjawab dan hormat kepada bangsa dan agama lain.

Menteri Luar, Laurent Fabius pula mengeluarkan komen lebih keras apabila menyifatkan tindakan Charlie Hebdo menyiarkan karikatur tersebut umpama mencurahkan minyak ke dalam api.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan polis pencegah rusuhan berkawal di luar beberapa pejabat majalah berkenaan. Tahun lalu, pejabat majalah itu dibaling dengan bom api selepas ia menerbitkan edisi memperlekehkan gerakan radikal Islam.

Ketua Editor Charlie Hebdo yang dikenali sebagai Charb diletakkan di bawah perlindungan polis selama setahun selepas insiden tersebut. Ditanya berhubung kontroversi terbaharu majalah berkenaan, Charb mempertahankan keputusan untuk menyiarkan karikatur biadap tersebut.

"Nabi Muhammad bukan suci buat saya," katanya dalam satu temu bual di sebuah pejabat majalah berkenaan di sini.

"Saya tidak menyalahkan orang Islam kerana tidak tertawa melihat kartun kami. Saya hidup di bawah undang-undang Perancis dan bukan undang-undang al-Quran," tambahnya.

Menurut ketua editor berkenaan, dia tidak menyesal dan tidak berasa bertanggungjawab berhubung sebarang keganasan yang bakal tercetus ekoran penerbitan tersebut.

"Saya bukan orang yang keluar ke jalan-jalan raya sambil membawa batu dan raifal automatik Kalashnikov," ujarnya. - AP

p/s : Ish3... jahat sungguh... 

Sumber : Here

Fitnah Skandal Seks: Presiden PAS Saman Mashitah Ibrahim

Setelah ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menyaman seorang doktor di Hosptal Kuala Lumpur (HKL) kerana memfitnahnya semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini turut melakukan tindakan serupa dengan menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim berhubung penyiaran artikelnya yang mengandungi unsur fitnah.

Saman tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar. Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Sebelum ini kita sudah minta Mashitah dan Sinar Harian buat permohonan maaf terbuka tapi mereka tidak berbuat demikian maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan.

Sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut.

Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian bertajuk "Skandal seks dan krisis politik Pakatan", mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.

Bagaimanapun, Sinar Harian yang menerbitkan artikel Mashitah telah membuangnya dari laman web mereka tetapi beberapa blog Pakatan Rakyat berjaya menyimpan dan mendedahkan semula di blog masing-masing.

Berikut merupakan artikel yang ditulis Mashitah.

Skandal seks dan krisis politik dalam Pakatan

Oleh Dr Mashitah Ibrahim.

Penangkapan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang.

Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal, malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.

Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga.

Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan.

Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni).

Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu.

Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala.

Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi.

Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah.

Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.

Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun.

Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja.

Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.

Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya.

Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan.

Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah.

Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.

Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang.

Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain.

Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.

~jalan pulang

Wednesday, September 19, 2012

Mursyidul Am PAS : Kefahaman Bukan Alasan Tangguh Hudud

Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24 Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti.

Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam.

Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan.
Atas kerana itu, apa sahaja undang-undang di Malaysia, ia dibuat dan dilaksanakan tanpa menunggu semua pihak faham atau setuju. Termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri pun yang menguatkuasakan pembentukan negara Israel di bumi Palestine yang ditentang hebat oleh orang Palestine sendiri. Hatta Presiden Amerika, Barrack Obama sendiri turut bersetuju dengan perundangan 'kahwin sejenis' meskipun majoriti masyarakat dunia menolaknya.

Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab. Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah.

Atas dasar ini, pada masa Nabi Muhammad SAW sendiri umat Islam tidak mempersoalkan kewajaran perintah (hukum) Allah SWT. Apa yang utama membuktikan ketaatan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi. Bukan sepertimana sesetengah pihak sekarang ini, ada yang sanggup rosak akidahnya atas dasar menolak mentah-mentah hudud atau mana-mana perintah Allah SWT. Tidak kurang pula berdolak dalih dan beralasan kononnya suasana belum kondusif untuk memakai hukum Allah SWT. Tidak terkecuali juga, masih ada pihak yang bersimpati kepada si-jahil, maka isu hukum hudud ini perlu dibincangkan terlebih dulu. Sampai bila? Lepas bincang, bincang dan bincang, namun si-jahil tetap beralasan.

Pengalaman Negeri Kelantan dalam usaha melaksana hukum hudud ini, sebenarnya telah melalui proses memperkenal, membincang dan meluluskannya secara masak. Usia enakmen kanun jenayah syariah (termasuk hudud) kini akan genap 19 tahun pada November ini. Sejarah penggubalannya cukup matang kerana ia merupakan sumbangan cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Dato' Daud Muhammad.

Selain ia turut dikongsi dengan pakar-pakar perundangan bidang syarie dan jenayah sivil. Malah tidak terkecuali poses menerima maklum balas dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk badan NGO turut dibuat di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur. Turut serta adalah Tengku Razaleigh Hamzah selaku presiden parti Semangat 46 ketika itu telah juga menganjurkan perbincangan terbuka sebagai melebar kefahaman dan tanda sokongan serta persetujuan atas usaha Negeri Kelantan. Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat.

Kini berbangkit isunya, pelaksanaannya masih tertangguh meskipun telah diluluskan sejak November 1993 lagi. Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk 'amaran' menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik.

Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam? Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si-jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?

Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah SWT ini? Apa yang pasti, hukum Allah SWT tetap serasi dengan hukum alam dan makhluk ciptaan-Nya. Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan.

Oleh : Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat

Original Page: http://pocket.co/sIZjG

Tuesday, September 18, 2012

Najib Heret Suaram Ke Mahkamah Kerana Balas Dendam Kes Scorpene?

KUALA LUMPUR 18 September - Pendakwaan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) jelas menunjukkan Perdana Menteri mahu balas dendam ekoran skandal pembelian Scorpene yang dibongkar oleh organisasi hak asasi manusia itu, kata N Surendran.

Naib Presiden KEADILAN itu berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerima bantuan asing. Ia langsung bukan merupakan kesalahan di bawah undang-undang.

Mendakwa Suaram atas alasan menerima dana dari luar adalah alasan paling dangkal pernah saya dengar hanya untuk menutup pendedahan kes Scorpene," tempelak Surendran.

"Menerima dana untuk niat yang baik adalah sesuatu yang patut digalakkan bukan dikecam, malah kerajaan Malaysia sendiri banyak menyalur dan menerima dana dari luar," katanya ketika dihubungi.

Surendran berkata, kesempatan ini diambil Datuk Seri Najib Razak dengan menekan Suaram melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Dalam kes ini, Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya apabila menggunakan SSM untuk menyiasat Suaram," kata beliau lagi.

Pagi tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan Suaram akan didakwa minggu ini berikutan penerimaan dana sebanyak RM570,000 dari Open Society Institute kepunyaan George Soros.

Jika mendapat bantuan dana adalah kesalahan, maka mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih teruk kerana pernah membayar pelobi Zionis sebanyak AS$1.2 juta bagi mengatur pertemuannya dengan Presiden George W Bush.

Kerajaan Barisan Nasional juga membayar RM77 juta setahun membiayai APCO yang bertanggungjawab menghasilkan slogan 1Malaysia.

Najib juga menggunakan khidmat pegawai Israel, Paul Stadlen (bekas pegawai APCO) sebagai pegawai media di Jabatan Perdana Menteri.

Semua pembiayaan dana di atas tidak dikenakan apa-apa tindakan, justeru ia jelas membuktikan, siasatan dan dakwaan terhadap Suaram bukan atas sebarang kesalahan tetapi hanya untuk menutup kebenaran tentang skandal Scorpene yang semakin mendapat perhatian umum. ~keadilandaily

Derita Sabah Bahagian 1 Oleh: Hafiz Zainuddin

Menjejakkan kaki ke negeri di Bawah Bayu Sabah selama lima hari cukup untuk merakamkan 1001 kenangan dan pengalaman yang tidak pasti terlupakan. Siri jelajah pendengaran awam yang dianjurkan DAP Sabah memberi gambaran lebih dekat akan kesulitan dan dilemma yang dihadapi rata-rata rakyat negeri ini.

Tahun 1994 merupakan tahun yang diungkit-ungkit lagi oleh sebahagian besar rakyat. Tumbangnya kerajaan oposisi PBS ketika itu di tangan UMNO-BN dengan cara yang tidak demokratik adalah episod ngeri perluasan pengaruh UMNO di Sabah yang menangguk di air keruh dan menjadi api dalam sekam terhadap keamanan, perpaduan dan keunikan sosio-budaya, politik dan agama di Sabah yang selama ini indah tak terkocak.

Bicara Kampus RTM dedah ketidak seimbangan pembangunan

Siaran langsung rancangan Bicara Kampus pada 10 September 2012 lalu  jam 10 dengan tajuk "Integrasi Nasional" telah memberi gambaran dan tamparan apabila seorang wakil pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) saudari Fitrianoviani Hj Khalid yang menimbulkan tanda tanya apabila kenyataannya memberi gambaran bahawa pembangunan di Sarawak (Malaysia Timur) jauh lebih ketinggalan dari Semenanjung.

Malah, 'perbincangan' Bicara Kampus bersama ahli panel dan audien pada malam tersebut digegarkan dengan persoalan 'mana perginya peruntukan belanjawan' yang dibelanjakan kerajaan. Dalam soal jawab telefon turut menampilkan seorang pemanggil yang mempersoalkan 18 dan 20 syarat dan janji kerajaan BN yang masih tidak dipenuhi seawal penggabungan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.

"Semenanjung rompak kami…"

Rombongan kami ke Sabah bukan sekadar menikmati keindahan alam semulajadi. Jauh sekali sekadar rombongan untuk membeli belah. Agenda utama DAP kali ini adalah untuk mendengar rintih adu rakyat yang terpinggir.

Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Kevin membawa kami dari lapangan terbang Kota Kinabalu ke hotel penginapan. "Itu nampak tak, gunung Kinabalu", kata Kevin kepada saya dan Zeon. Disebelahnya adalah Peter, fasih berbahasa Melayu dengan loghat Sabah. Tiba sahaja di hotel sekitar jam 5.30 petang, kami berehat seketika sementara menunggu masa untuk sesi pendengaran awam malam nanti.

Ternyata, sentimen rakyat Sabah masih kuat terhadap Semenanjung. "Semenanjung menindas kami. UMNO rompak hak kami," luah seorang responden kepada saya ketika berbual dengan beliau yang mahu dikenali sebagai Martin sahaja. Seorang Kadazan yang sudah pun mencecah usia emas.

Masakan tidak, kalau dahulu negeri ini pernah lebih kaya dan lebih hebat dari Singapura, kini Sabah dibawah kerajaan BN selama 49 tahun terus menelusuri jalan berliku dengan kemelut kemiskinan, peningkatan harga barang, kebanjiran pendatang asing tanpa izin dan masalah lokal yang seolah-olah tak terselesaikan.

Kota Kinabalu yang dilihat tenteram dan aman, malah segar udaranya tidak mampu lagi menutupi pekik suara rakyat marhaen yang teraniaya dan tertindas sejak sekian lamanya.

Masalah ketiadaan bekalan air dan elektrik sejah puluhan tahun lamanya bukan sesuatu yang asing bagi rakyat negeri ini.

Pasti. Persoalan utama yang berlegar di kepala setiap kita ialah, kenapa Sabah yang kaya dengan sumber asli termasuk gas dan petroleum ini telah ditabal sebagai negeri termiskin sedangkan tidak sedikit Ketua Menteri dan pimpinan UMNO negeri menjadi 'jutawan' malah 'billionaire'? – Roketkini.com


Original Page: http://pocket.co/sIUCa

Sunday, September 16, 2012

PERHATIAN: Tolong jawab soklan ni sat...

Published on shalehudin |

Apakah pekerjaan sebenar anak Pak Hussein kat atas neh...

a) Jadi jaga di LHDN

b) Budak lepasan PLKN

c) Menteri KDN

d) Mop lantai di IJN

Jawab... jawab...

Kahkahkah...

Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepadaMalaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang. 


"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak. 


"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."


Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu

'Kena tanya orang Johor sendiri'

Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.

"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu.

Terdahulu pada sidang medianya Hishammuddin menegaskan beliau telah lama menolak sebarang bentuk politik ganas.

"Saya telah membuat kenyataan tegas tentang politik ganas merentasi semua pihak. Kita tolak (keganasan politik)," katanya.


Menurutnya, politik yang menyemai kebencian dan perpecahan perlu ditolak dengan tindakan yang jelas dari semua pihak.

"Politik kebencian, politik perpecahan, politik menghasut, politik pecah-belah, ini bukan sahaja memerlukan kenyataan, tetapi lebih penting lagi ialah tindakan," katanya.- Malaysiakini

Bila Nak Habis Nih? Kan Lebih Bermakna Sekiranya Senapang Dan Peluru Itu Dihalakan Ke Israel!

Published on MOUNTDWELLER |
Islamist militants attack Egypt security headquarters in Sinai

Islamist militants attacked the Egyptian government security headquarters in Northern Sinai

Islamist militants attacked the Egyptian government security headquarters in Northern Sinai on Sunday with a barrage of mortar bombs and machineguns, wounding three conscripts, security officials said.

The militants had climbed onto the roofs of buildings across from the headquarters building and fired rocket-propelled grenades, one security source said. Machinegun battles were still being fought around the building.

On Saturday, Reuters reported a witness and security source saying that militants attacked an international observer base close to the borders of Israel and Gaza in Sinai. Two Colombian soldiers were wounded, an official from the observer force said.

U.S. Defense Secretary Leon Panetta called his Egyptian counterpart, General Abdel Fattah al-Sisi, to "underscore the importance of ensuring the safety and security of the U.S. diplomatic mission," Pentagon spokesman George Little said.

"Minister al-Sisi reiterated Egypt's commitment to secure U.S. diplomatic facilities and personnel," Little said.

Egyptian officials did not comment on the reason for the Sunday attack.

But Saturday's attack was triggered by an anti-Islam movie produced in the United States.

"Innocence of Muslims," the film has provoked outrage across the Middle East and led to the storming of several U.S. missions in the region.

Kenyataan Yang Meragukan Dari Buaya Tembaga Ini

Kenyataan Yang Meragukan Dari Buaya Tembaga Ini

Published on MOUNTDWELLER |

Memang kalau setakan Ibrahim sorang tak adalah punya impak sangat tetapi kalau dah ramai pemimpin yang lari dari BN, takkanlah langsung tak jejas? 

Saya tak faham sangat stail orang Sabah main politik tetapi nampak sangat kenyataan dari Shafie ini nak sedapkan hati serta ayat-ayat menipu perasaan sendiri dan mengelabukan mata pemimpin BN semenanjung!

Penyertaan Ibrahim ke PKR tidak gugat BN Sabah, kata Shafie Afdal

Oleh Mohd Farhan Darwis

September 16, 2012

KUALA LUMPUR, 16 Sept — Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal hari ini berkata penyertaan bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR semalam tidak akan menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri tersebut.

Shafie (gambar) yang juga merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menegaskan, perkara itu adalah asam garam dalam politik.
"Itu asam garam dalam politik ... Sabah negeri yang unik.

"Bagaimanapun kita akan teruskan perjuangan, walaupun kita dengar bergolak sana-sini, tapi ia tidak menggug kedudukan BN di Sabah," tegasnya kepada pemberita.

Jelas beliau lagi sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita, penyertaan Ibrahim ke dalam PKR itu juga merupakan bukti kebebasan amalan demokrasi di negara ini.
"Itu adalah kebebasan sistem demokrasi kita," kata Ahli Parlimen Semporna itu lagi.
Malah Shafie turut melihat Ibrahim bukan ancaman kepada BN jika beliau bertanding di Parlimen Labuan dalam pilihan raya akan datang.

"Tiada masalah jika mereka ingin meletakkan beliau ... hendak lawan (bertanding)," tegasnya lagi selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Lembah Pantai di sini.
Sabah sebelum ini turut dikenali sebagai "fix deposit" bagi BN.

Penyertaan Ibrahim ke dalam PKR telah diumumkan secara rasmi oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 2,000 pengundi di Kampung Batu Arang, Labuan.

Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dihubungi semalam.

Ibrahim sebelum ini pernah menjawat jawatan bendahari Umno Sabah telah digantikan oleh Ketua Menteri Sabah sekarang, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau juga merupakan Pengerusi bukan eksekutif Suria Capital Holding. Azmin turut tidak menolak untuk meletakkan Ibrahim sebagai calon yang berpotensi untuk mewakili PKR di Labuan dalam pilihan raya akan datang.

"(PKR) Pusat belum memutuskan calon secara muktamad ... namun beliau adalah calon yang berpotensi besar untuk mewakili PKR," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ibrahim merupakan pemimpin keempat meninggalkan Barisan Nasional (BN) di Sabah mengikut jejak langkah Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Datuk Maijol Mahap, Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran, dan Datuk Seri Lajim Ukin yang merupakan timbalan menteri pusat.

Kerusi di  Sabah dan Sarawak dijangka menjadi kubu pertahanan BN menjelang pilihan raya umum akan datang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.

Pada pilihan raya 2008, BN hilang majoriti dua pertiga Parlimen dan hilang penguasaan terhadap lima negeri termasuk Kelantan di semenanjung.

Penyelamat BN datang dari Sabah dan Sarawak, termasuk Labuan, apabila parti pemerintah itu memenangi 55 kerusi Parlimen kecuali dua di tangan pembangkang sebelum ini.

Bagaimanapun, BN kini hanya memiliki 53 kerusi Parlimen dan pembangkang pula memiliki empat kerusi.

Dan bagaimana pula dengan berita ini?

Bekas timbalan menteri Yahya Lampong sertai PKR

TUARAN, 16 Sept — Bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meneruskan perjuangannya dalam arena politik.

Pengumuman itu dibuat oleh ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis sambutan Hari Malaysia anjuran pakatan pembangkang di Dalit, dekat sini malam tadi.

Yahya, yang merupakan antara bekas pemimpin veteran parti Usno yang sudah dibubarkan sebelum menyertai Umno, hadir sama pada majlis itu.

Turut hadir ialah bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin dan bekas timbalan presiden Upko Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Pada sebelah pagi semalam, Anwar mengumumkan penyertaan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR di Labuan.

Sebelum ini, Lajim dan Bumburing menyatakan sokongan terhadap perjuangan pakatan pembangkang di Sabah. — Bernama

Wednesday, September 12, 2012

Identiti Pembaling Cat Bas Jelajah Merdeka Rakyat terdedah..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/09/identiti-pembaling-cat-bas-jelajah.html
Anggaplah ini sebagai edisi membantu pihak Polis untuk mempercepatkan siasatan..


Inilah wajah antara pembaling cat bas Jelajah Merdeka Rakyat yang di kenal pasti. Kawad cam untuk mengenalpasti samseng Umno telah dilakukan di IPD Jasin semalam.

Antara yang dipanggil oleh mengenal pasti samseng-samseng Umno ini ialah wartawan, jurugambar Suara Keadilan serta kakitangan pejabat Keadilan.

Jikalau mengikut bukti, ramai lagi yang terlibat dalam serangan tersebut. Di katakan seramai 30 orang yang terlibat termasuklah Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK dan AJK Umno Jasin.

Dikatakan samseng UMNO ni menetap di Batu Gajah Pasir, Merlimau. Berikut biodata penuh samseng Umno nih :-

Nama : Sharidan bin Shaharan

Umur : 29 tahun

Tarikh lahir : 25 Mei 1983

No. Kad Pengenalan : 830525-04-5395

Alamat : JA 5819, Jalan Salim, Batu Gajah Pasir, 77300 Merlimau, Melaka.


Mengikut sumber blog nih, mamat ni adalah pengendali blog Jiwa Paradox. Blogger pro Umno nih dikatakan sering melemparkan fitnah ke atas Pakatan Rakyat  melalui tulisannya.

Jadi tidak hairanlah, jikalau mamat nih boleh bertindak ekstrem sebegini. Jikalau inilah produk modal insan yang dihasilkan oleh Umno untuk diangkat sebagai pemimpin.. jahanam negara!!

Sumber dari SINI

Friday, September 7, 2012

Pendedahan Mengapa Khalid Samad Tokoh PAS Yang Paling Dibenci UMNO!!!!


Saudara/ri sedar tak? Sejurus selepas PRU 2008 dan sejurus selepas kekalahan UMNO/BN di 5 negeri itu, media2 milik UMNO telah menyerang Khalid Samad secara bertubi-tubi. Pada masa itu Khalid Samad cuma menziarahi sebuah gereja untuk berucap kepada pengundi2 beliau yang beragama Kristian.

Mereka yang menghadiri majlis tersebut bukanlah kesemuanya pengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Setengah dari hadirin yg beragama Kristian itu adalah pengundi dan penyokong Barisan Nasional ataupun tiada parti. 

Maka, apa sebab nak serang Khalid Samad sebegitu rupa? Ramai lagi Ahli2 Parlimen BN yang berucap di gereja. Najib sendiri pergi menziarahi Paus, Ketua UMUM Mazhab Katolik di Vatican. Juga, pada waktu itu, Khalid Samad bukanlah seorang yang memegang jawatan tinggi dalam PAS.

Khalid Samad pada waktu itu tiada pengaruh dalam PAS Pusat mahupun di negeri2 lain di Malaysia. Pengaruh Khalid Samad pada masa itu sekadar di PAS Shah Alam dan sedikit sebanyak di Selangor. YANG SEBENARNYA….. Sewaktu mula2 menubuhkan kerajaan di Selangor, Hasang Ali telah memainkan peranan memberi maklumat2 yang bohong dan tipu kepada pimpinan2 PAS Pusat.

Malahan, secara terus kepada Presiden PAS berbagai-bagai cerita tohmah dan bohong berkaitan Kerajaan Pakataan Rakyat Selangor diberikan. Strategi BISIK Hasan Ali ni Tulang Besi pernah saksikan sendiri dengan mata kepala Tulang Besi. Maka, Presiden PAS terpengaruh dan pernah satu waktu Presiden PAS bersetuju menubuhkan Kerajaan Perpaduang dengan UMNO serta keluar dari Pakatan Rakyat.

Semua ini adalah akibat hasutan dan tipu daya ala iblis yang dilakukan oleh Hasan Ali. Maka, di waktu yang kritikal itu, satu-satunya tokoh dari PAS Selangor yang mempunyai hubungan samada dengan Presiden PAS mahupun pentadbiran Kerajaan Negeri adalah Khalid Samad. Sedar atau tidak, di dalam 6 bulan pertama (dan mungkin lebih) kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Khalid Samad adalah satu-satu tokoh yang aktif memerangi kempen hasut dan fitnah tajaan Hasan Ali.

Berani saya kata kalau tiada usaha agresif Khalid Samad, nescaya PAS sudah pun bersama-sama dengan UMNO sekarang ini dalam Barisan Nasional. Khalid Samad menggunakan hubungan pribadi beliau dengan Presiden PAS untuk mengendurkan pengaruh fitnah Hasan Ali serta kedudukan beliau dalam Mesyuarat Lujnah Politik PAS Pusat. Maka, Hasan Ali pada masa itu sudah menemui kegagalan.

Lantas beberapa tindakan drastik diambil. Secara dalaman, kedua-dua Shaari Sungip serta Khalid Samad dipecat dengan rakus dari apa-apa jawatan Perhubungan Negeri Selangor. Secara luaran, Hasang Ali menggunakan hubungan UMNO beliau yang kemudiannya menggunakan jaringan media mereka untuk memfitnah serta menista Khalid Samad. Jaringan media UMNO tersebut termasuklah:

a. Harian2 UMNO seperti Utusan Malaysia


b.Media elektronik seperti TV3


c. Blogger2 UMNO seperti Papagomo dan Parpukari


d. Cyberuk2 mereka di alam Facebook dan Twitter


Tidak lama dahulu Khalid Samad menang saman beliau terhadap Utusan Malaysia kerana Utusan menyiarkan artikel dari blog Zulkifli Nordin yang bertajuk "Zulkifli bidas Pak Janggut". Tujuan utama serangan jentera UMNO terhadap Khalid Samad adalah berkaitan dengan peranan Khalid samad yang berjaya menumpulkan segala fitnah dan hasutan hasan Ali serta kuncu2 UMNO dan geng perpaduang dalam PAS.

Ia tiada kena mengena dengan pendirian Khalid Samad yang menyebelahi hak kaum Hindu di Seksyen 23 Shah Alam untuk membina kuil mahupun mempertahankan hak orang Kristian untuk menggunakan nama Allah dalam bible mereka. Jadi, saya harap tuan2 pembaca sekelian dapat memahami sebab sebenar serangan fitnah ke atas Khalid Samad selama ini. Sekian

TULANG BESI

'Jampi' Dr. Mahathir untuk rakyat Sabah dan Sarawak?


Malaysaikini melaporkan:  

Rakyat Sabah dan Sarawak mesti bersabar menunggu sumber asli dikeluarkan dan pelaburan asing dijelmakan sebelum mendapat pembangunan seperti di Semenanjung Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri menerangkan perkara ini dalam sesi soal jawab dengan pesara kerajaan dan kumpulan NGO di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

"Sebenarnya, saya fikir pembangunan Sabah dan Sarawak mengatasi semenanjung. Sarawak mempunyai pelaburan asing tertinggi manakala Sabah pula mempunyai simpanan petroleum terbesar di negara ini.

"Bersabarlah dan tunggu sehingga sumber alam dikeluarkan dan tidak lama lagi pembangunan akan meningkat," katanya. - Mkini.


Nampaknya Dr. Mahathir pun dah habih idea macamana nak pastikan rakyat Sabah dan Sarawak terus undi BN.

Taktau la pulak, kalau orang Sabah dan Sarawak cukup bangang boleh termakan pujuk rayu terbaru Dr. Mahathir ni.

Langsung tak relevan rayuan Dr. Mahathir tu. Selepas hampir setengan abad Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, berapa puluh tahun lagi rakyat Sabah dan Sarawak harus tunggu. Sejak tahun 1974 kerja-kerja carigali petroleum di Sabah dan Sarawak diuruskan kerajaan Malaysia melalui Pertonas.

Yang lebih lawak bila Dr. Mahathir kata "Sebenarnya, saya fikir pembangunan Sabah dan Sarawak mengatasi semenanjung"

Taktau la pulak Dr. Mahathir dah jadi 'pawang besar' dan kenyataan terbaru dia ni adalah sebahagian dari 'jampi serapah' dia supaya rakyat Sabah dan Sarawak akan terus undi BN... Hahaha...

Ugutan Dr. Mahathir kali ni memang tepat


MalaysianInsider melaporkan:  

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran kepada rakyat di negara ini agar tidak memilih Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang kerana mereka tidak akan berupaya untuk berubah kepada Barisan Nasional (BN) semula apabila PR telah memerintah.

Jelas mantan perdana menteri itu lagi, pilihan untuk "merubah pemimpin" itu juga bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya mengingatkan berkemungkinan ia langkah yang amat teruk.

"Ada yang kata kita tukarlah (pemimpin) ... cuba yang lain ... kita cuba lima tahun, kalau tidak baik, kita tukar.

"Sekali mereka berkuasa, mereka akan buat untuk rakyat tidak boleh bertukar lagi kepada BN," kata Dr Mahathir (gamber) ketika program sepetang bersama beliau di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya anjuran Kelab Pesara Kerajaan Lembah Pantai di sini. - TMI.


Nampak sungguh Dr. Mahathir ni berusaha bersungguh-sungguh berkempen untuk Umno BN. Nampak sangat yang Dr. Mahathir pun tak yakin dengan kemampuan Najib.

Kalau sebelum ni Dr. Mahathir dalam mode merayu sungguh-sungguh kepada rakyat Sabah dan Sarawak supaya bersabar dengan kemiskinan yang tak mampu BN atasi walaupun mentadbir Sabah dan Sarawak hampir setengah abad.

Kali ni Dr. Mahathir gunakan kaedah mengugut pulak. Kalau mode Dr. Mahathir sebelum ni nampak sangat-sangat tak relevan, ugutan Dr. Mahathir ni bagi aku agak tepat.

Kalau Umno BN kalah PRU13 nanti memang rakyat besar kemungkinannya takdak peluang dah nak pilih BN balik.

Tapi bukan pasai macam yang Dr. Mahathir kata "Sekali mereka berkuasa, mereka akan buat untuk rakyat tidak boleh bertukar lagi kepada BN." Bahkan Pakatan Rakyat tak perlu buat apa-apa pun pasai pemimpin Umno BN sendiri yang akan mengkuburkan Umno BN. Kalau dah berkubur nama boleh rakyat undi balik.

Pasainya untuk pastikan Umno BN terus hidup, kos untuk maintenance sangat-sangat tinggi. Umno BN akan berkubur pasai pasai takdak duit untuk maintenance.

Sangat berbeza dengan parti PAS yang walaupun sejak merdeka tak pernah menang tapi PAS senang-senang dapat duit dari poket ahli melalui derma jihad masa ceramah untuk maintenance. Tambah-tambah pulak untuk maintainPAS tak perlukan dana yang banyak.

Walaupun PKR dan DAP mungkin tak dengan mudah boleh dapat duit dari poket ahli macam PAS tapi ramai yang sanggup bagi duit kepada DAP dan PKR dan termasuk juga PAS pasai nak tengok Pakatan Rakyat menumbangkan Umno BN yang terlalu korup.

Selain dari tu ramai jugak para cukung yang sanggup melabur terutama sekali yang dah kena cantas kabel dalam BN. Depa sanggup bagi kepada Pakatan Rakyat dengan harapan bila Pakatan Rakyat dapat tumbangkan Umno BN, depa boleh dapat pulangan melalui kontrak yang depa boleh dapat hasil 'pelaburan' depa tu.

Dalam keadaan takdak lagi peluang untuk dapat rasuah dan seleweng duit rakyat melalui jawatan dalam kerajaan, mana lagi sumber pemimpin Umno BN nak dapat duit untuk maintenance Umno BN.

Satu hal lagi, aku cukup yakin kalau Umno BN tumbang dalam PRU13 nanti, akan berbondong-bondong pemimpin Umno BN yang akan berubah jadi berudu, berusaha nak berubah jadio katak lompat masuk Pakatan Rakyat.

Dengan cara hidup depa yang terlalu mewah sekarang ni depa memang tak mampu untuk jadi pembangkang sepenuhnya. Tambah-tambah pulak dengan sejarah yang penuh dengan salahlaku rasuah dan penyelewengan tentu punya depa sangat takut akan didakwa kalau terus jadi pembangkang.

Jadinya, Pakatan Rakyat sebenarnya tak payah buat apa pun, pemimpin Umno BN sendiri yang akan mengkuburkan Umno BN dan bila Umno BN dah berkubur memang betul macam yang Dr. Mahathir kata, rakyat takkan ada peluang untuk bagi kuasa kepada Umno BN balik.

TERHOT: Pembongkaran tentang Bill Gates

Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Bill Gates Dan Duitnya | Siapa Bill Gates? ok, Bill Gates adalah pengasas Microsoft yang umum semua tahu dialah orang paling kaya di dunia. Mengikut kajian yang dibuat senarai orang paling kaya di dunia sekarang ni, menunjukkan Bill gates masih lagi mengatasi pencabar-pencabar yang lain dengan harta dianggarkan boleh beli Malaysia dan beberapa negara asia lain.

Kalau dah kenal dengan Bill Gates, korang tahu tak fakta menarik tentang dia? Korang pernah terfikir tak macam mana mat salleh ni boleh jadi kaya raya sampai macam ni sekali? (tak tercapai akalku kalau difikir-fikirkan)..

Cuba korang bayangkan setiap saat korang boleh dapat US$250 tak? Apa yang korang akan buat? Kalau aku la memang tak tau nak buat apa. Makan tidur, shopping, belanja kawan-kawan, pergi melancong, pergi tempat-tempat yang best dan macam-macam lagi la yang aku akan buat time muda-muda nih.

Ok, Straight to the point. Jangan buang masa. Jom baca fakta menarik tentang Bill Gates.

1. Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!

2. Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.

3. Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.

4. Andai kata, dia mensedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.

5. Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yg ke 37 terkaya di dunia. Lebih kaya dari Malaysia ke? Not sure.

6. Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.

7. Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.

8. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan penghasilannya dan dalam masa setahun wang Jordan berjumlah US$30 juta, dia tetap harus tunggu sampai 277 tahun baru la boleh jadi sekaya Bill Gates sekarang.

9. Akan tetap, jika pengguna Microsoft Windows dapat mengklaim US$1 untuk setiap kali komputer hang@rosak kerana Microsoft, Bill Gates akan segera bankrup dalam waktu 3 tahun! -boyzonne