Thursday, March 4, 2010

Nak menipu tapi dah tak dapat nak selindung kebodohan.

Begitu susah nak bantu rakyat kerajaan payung gerombolan ni. Terbaru pasal minyak. Mekanisma subsidi pun payah pikir. Berbelit-belit kenyataan. Pandir sangatkah?

Isu tanahair ni balik-balik pasal minyak. Agaknya kalau takda minyak dalam negara ni maunya pupus rakyat Malaysia ni agaknya. Sah-sah memang tak tahu langsung kembang ekonomi. Yang tanggung bagai nak gila rakyat juga.

Apa tak cukup lagi cukai 28% peratus tu? Kereta harga kedua termahal, tol bersepah-sepah tapi guna alasan rakyat Singapura mentekedarah petrol. Come on la. Ingat rakyat bangang ke tak tahu berapa harga Proton Gen 2 di Saudi dan UK?

Pelik juga bila PR memerintah, Selangor dapat air percuma dan Pulau Pinang warga emas dapat RM100. Terengganu dapat juta-juta wang magik tu tetap tak dapat apa-apa.

Ngam dah tahun lepas buat mekanisma rakyat negara Thailand dan Singapura tak leh isi minyak radius 20km dari sempadan. Tapi pesal tarik balik dan alih-alih rakyat Malaysia yang nikmati kenaikan harga minyak? Takut sama itu Lee Kuan Yew kah?

1 comment: