
.
.
.
.
.
.
.
.
...
....
....

punah.....








Kuala Lumpur: Kerajaan akhirnya dikatakan membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) melepaskan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pelanggan prabayar, kata HLIB Research.
"Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri yang mengarahkan telco bersedia dari segi teknikal untuk melancarkannya pada 1 Julai," kata firma penyelidikan itu.
"Selain insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan tahun lepas, ini akan meningkatkan lagi pendapatan telco dalam jangka panjang," katanya yang mengekalkan penarafan neutral pada sektor telekomunikasi.
Bahagian penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata ia menjangkakan DiGi akan memperoleh manfaat terbesar jika cakap-cakap ini menjadi kenyataan dengan mengambil kira kedudukan tertinggi (86.6 peratus) pengguna prabayar daripada keseluruhan pelanggan, berbanding Maxis (74 peratus) dan Celcom (77.2 peratus).
Berdasarkan anggaran itu, DiGi, Maxis dan Celcom akan memperoleh kenaikan pendapatan, masing-masing sebanyak enam peratus, empat peratus dan dua peratus, dengan syarat status qou saingan dan penggunaan, kekal. - BERNAMA
--------
Published on Kelab Greenboc
Persoalan:
Adakah dibenarkan seorang Ketua Negara Islam mengadakan hubungan pemerintahan dengan Ketua Negara Kafir Harbi yang menduduki negeri-negeri kaum Muslim yang memusuhi, mengusir atau memerangi kaum Muslim?
Berikut peringatan Allah, yang tertulis di dalam Al Quran menerangkan bahawa:-
"Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya." (Surah al Maaidah [5]:48)
"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik."(Surah al Maaidah [5]:49)
"Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah." (Surah al Maaidah [5]:50)
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim." (Surah al Maaidah [5]:51)
"Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya." (Surah al Maaidah [5]:52)
"Dan (telatah kaum munafik itu menjadikan) orang-orang yang beriman berkata: "Adakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya, bahawa mereka benar-benar menyertai dan menolong kamu?" Telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah mereka: orang-orang yang rugi." (Surah al Maaidah [5]:53)
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya." (Surah al Maaidah [5]:54)
"Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)." (Surah al Maaidah [5]:55)
"Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang." (Surah al Maaidah [5]:56)
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman." (Surah al Maaidah [5]:57)
Begitulah peringatan Allah sebagai panduan. Apakah pemimpin ini tidak berasa bersalah mengadakan hubungan dengan negara yang memusuhi Islam?
Ataupun Ketua Negara agama rasmi Islam di Malaysia ini mahu tetap terus mempertahankan undang-undang warisan tinggalan penjajah kafir British iaitu Lord Reid yang menyebabkan agama Islam telah dipisahkan daripada kehidupan seharian, cuma diambil dan dilaksanakan sebahagian sahaja. Amat malang jika umat Islam di situ telah mengetahuinya.
Moga Allah, segerakan, kembalikan Khilafah agar kehidupan Islam dapat dilaksanakan secara keseluruhan.
Ketahuilah bahawa Negara Kafir Harbi Hukman wa Fiklan (iaitu negara kafir yang de facto tengah memerangi kaum Muslim), maka Negara Islam (Khilafah) tidak dibolehkan melakukan interaksi apapun kecuali jihad qital (perang) fi sabilillah.
"Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri." (Surah at Taubah [9]:29)
Tidak diperkenankan membuka hubungan diplomatik, hubungan dagang, atau perjanjian lainnya. Warga Negara Kafir Harbi Hukman wa Fiklan tidak memperoleh jaminan keamanan kecuali jika mereka datang ke Negara Islam (Khilafah) untuk mendengarkan Kalamullah dan juga sehingga negara mereka membayar "Jizyah" dengan tunduk patuh, taat kepada Negara Islam (Khilafah).
Namun, ini semuanya akan berlaku dan telah berlaku bila adanya Khilafah. Insya Allah, janji Allah, Khilafah pasti kembali.
[ arrayah.info ]
--------
Published on MOUNTDWELLER
Oleh: WFAUZDIN NS
APABILA Najib umumkan tentang SBPA (Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam) sebelum ini, maka seperti biasa pencacai-pencacai Umno begitu ligat menganggukkan kepala mereka tanda bersetuju dengan langkah Najib. Najib lah PM paling hebat, bijak dan begitu peka dengan kakitangan awam. Langkah tepat, kata mereka.
Berbeza dengan pemimpin PR, mereka semua sudah terbau plan Najib kerana Presiden Umno ini tidak akan berbuat sesuatu yang kelihatan baik jika tidak ada `udang di sebalik batu'. Maka, pimpinan PR pun buat kajian dan akhirnya PR mengambil keputusan membantah SBPA selari juga dengan bantahan yang dibuat oleh Cuepacs.
DS Anwar di dalam mana-mana ceramahnya tidak lari dari menyebut bahawa SBPA yang dirancang oleh Najib itu amat tidak adil kepada kakitangan awam. Begitu juga pimpinan PR yang lain berterusan menyampaikan maklumat kepada rakyat terutamanya kepada kakitangan kerajaan tentang ketidakadilan dari skim yang lahir dari idea tidak bijak Najib itu. Maka, bantahan rakyat membuatkan Najib tidak senang duduk maka diminta tangguh dan kaji dahulu skim ini dalam tempoh 3 bulan.
Di dalam tempoh tersebut, bantahan rakyat bertambah kuat dan dari risikan hampir 80 % kakitangan awam sudah mula meluat dengan kerajaan yang mengadakan skim yang memperbodohkan kakitangan awam itu. Ini amat menakutkan Najib kerana rata-rata rakyat kini tidak sabar-sabar untuk mengundi di dalam PRU bagi mempercepatkan `kematian' Umno. Najib tiada pilihan lain, dengan wajah selamba tanpa sedikit pun rasa malu jauh sekali dari rasa bersalah, maka Najib lakukan `U-Turn'. Diumumkan bahawa SBPA dibatalkan dan kembali semula kepada SSM.
Apa pula komen pencacai-pencacai `burung belatuk' yang awal dulu menyokong SBPA kononnya sebagai langkah tepat? Sekali lagi pencacai-pencacai ini berbunyi dengan nada yang sama iaitu langkah Najib membatalkan SBPA itu adalah langkah tepat. Ertinya, ada SBPA pun langkah tepat, dibatalkan pun satu langkah tepat. Nampaknya budaya mengampu dan tukang angguk di dalam Umno tidak pernah kurang. Justeru itu, tidak pelik jika pemimpin mereka sapu apa pun kerana mereka pasti akan kata `satu langkah tepat'. Ternak lembu dalam kondo juga langkah tepat, sapu wang zakat langkah tepat dan beli cincin RM24 juta beserta beg tangan pun langkah tepat. Kesihan mereka.
Najib pun kata, pembatalan SBPA yang diumumkan oleh beliau itu bukan disebabkan oleh desakan Pembangkang. Lucu sekali. Jika bukan Pembangkang, siapa? Bukankah kesemua pemimpin Umno bersetuju dengan SBPA dengan menyatakan satu langkah tepat? Jadi, mengapa Najib batalkan pula? Najib tidak perlu malu mengalah dengan desakan PR. Telah banyak bukti menunjukkan Najib terpaksa batalkan plan-plan beliau akibat dari tekanan Pembangkang.
Itulah bertuahnya jika negara ini mempunyai Pembangkang yang kuat. Pemerintah tidak akan mampu melakukan sesuatu yang merugikan rakyat jika kita mempunyai Pembangkang yang mantap. Kerana kekuatan Pembangkang lah maka rakyat dapat menikmati RM100 bantuan sekolah, bantuan RM500 (BR1M) dan kini terbatalnya SBPA. Di masa Umno kuat tahun 2004, adakah rakyat merasa bantuan seperti itu? Pada ketika itu yang rakyat dapat adalah kenaikan harga minyak dan harga barang.
Oleh itu, tiada cara lain untuk membalas budi baik Najib melainkan meletakkan Najib dan Umno pula sebagai Pembangkang di Parlimen pada PRU akan datang./wfauzdin.blogspot.com
--------
Published on shalehudin
SHAH ALAM,13 MAC : Kenyataan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan bahawa Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya meletak jawatan sebagai Presiden PKR kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 1999 mendedahkan sikap hipokrasi Umno.
Menurut Naib Presiden PKR, N Surendran,umum mengetahui Anwar dipenjarakan berikutan rekayasa Umno yang melibatkan Perdana Menteri ketika itu Dr. Mahathir, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan sistem kehakiman yang sudah rosak. .
"Namun Ahmad Maslan terus membohongi dirinya sekiranya beliau menyatakan bahawa Anwar dibicarakan secara adil. Mengapa perlu Wan Azizah meletak jawatan apabila beliau dan keluarganya menjadi mangsa kezaliman dan politik kotor Umno?
Sebaliknya, beliau ( Wan Azizah) mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pemimpin politik untuk terus kekal di jawatannya dan terus memperjuangkan reformasi, keadilan dan kebebasan," kata beliau dalam kenyataan medianya.
Tambah Surendran lagi, selama 13 tahun beliau telah berjaya memimpin perjuangan ini dengan berani dan bermaruah, menghadapi cabaran besar. Perbezaan antara Wan Azizah dengan Shahrizat yang mana keluarganya bertanggungjawab menyalahgunakan sebanyak RM250 juta adalah bagaikan langit dan bumi.
Hanya selepas berhadapan dengan kritikan Pakatan dan rakyat, Shahrizat mengumumkan bahawa beliau melepaskan jawatan menterinya pada bulan hadapan.
"Ini bukannya tindakan sukarela. Ahmad Maslan, Muhyiddin dan pimpinan UMNO lain tidak boleh membohongi rakyat dengan menyatakan bahawa Shahrizat telah 'mengorbankan' dirinya. Malah, pimpinan UMNO dan BN tidak mempunyai budaya mengambil tanggungjawab terhadap penyelewengan mereka dengan melepaskan jawatan mereka.
"Dilindungi oleh polis, media dan sistem kehakiman yang dikuasai mereka, pimpinan BN tidak pernah melihat perlunya untuk patuh pada prinsip kebertanggungjawaban dan tatakelola yang baik. Kenyataan Ahmad Maslan ialah contoh terbaik kecurangan Umno tersebut," tegas Surendran.
Published on WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI
Tu dia aiihhh... ni si minah karan mana pulak dah yang tak tau mai dari mana cerok tiba2 suruh TGNA letak jawatan pasai isu menantu dia.... hahahaha...
Perghhhh... baru dua tiga hari nih gua melepak di Kedah, gua kena speaking utara beb... kalau tidak nanti puak2 Kedah boh penerajang kat gua... halau balik KL... mampuihhhhh... hahahaha...
Berbalik pada al-kisah si minah karan yang tak ketahuan punca nih... gua rasa telaga dia nih dah kering kot... pasai tu sasau tak ketahuan punca... yang dia sibuk dok suruh TGNA letak jawatan pasai apa...??? umporno suruh si minah karan ni jadi jurucakap depa kaaa...???
TV3 suku pulak cukup syioookkk... dengan berita2 macam nih.. cekap dan pantas masuk Buletin Utama depa... macam haramjadah... harap2 gempa bumi laaa.. bangunan Sri Pentas tuuuu... biaq mampuih Penerbit Buletin Utama kaki propaganda dan subahat penyebar fitnah tu...
Kalau TGNA dengan isu Menantu dia hang suruh letak jawatan, yang si Mami Lembu dengan isu Lembu Jantan dia awat hang tak sebut pun...., yang si Rosmah Mansor dengan isu laki dia kaki shopping kaki perabih duit Kerajaan awat hang tak suruh letak jawatan.., Isu Najib Razak bagi tanah TUDM Sungai Besi kepada anak cina kawan laki dia awat hang tak mengelupor membantah...!!!!
Jikalau ikut title jawatan sebagai Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), perghhh... bila dengar sebagai Pengarah dah tentu orang pikiaq dia nih cerdik.... tapi la ni sebaliknya pulak, bangang terlampau wa cakap luuuu.... hahahaha...
Bangang jugak minah karan nih.... mau gua sumbat mulut horizontal dengan mulut vertical dia dengan terung gergasi... baru ada akai kot untuk pikiaq...., takan dia tak boleh pikiaq yang Mami Lembu cuba perbodohkan 1Malaysia kononnya letak jawatan... piiiraaahhhh... letak jawatan kepala bana dia.... tarikh 8 April 2012 tarikh tamat Mami Lembu jadi Senator laaaa...., kalau minah karan berlengaih nih cerdik sangat suruh laaa... Mami Lembu tu letak jawatan sebagai Ketua Wanita Lembu 1Malaysia.
Ada jugak makhluk yang sanggup membodohkan diri demi umporno yang dah nak mampuih tuuuu....!!!!
Gua agak2 laaaa... minah karan nih mengucap syahadah pun gagap beb... baca fatihah ntah tau ka tidak wa puchitau.... hahahaha... ada ka patut samakan TGNA dengan Ayah Pin.... hahahaha... apasal bodoh terlampau minah nih... ntah2 dia nih dah minum ayaq susu basuh kaki Ayah Pin kot... muakakakakaaaa....
Nih... gua nak tanya sapa pulak yang pandai2 pi bagi gelaran Ostazah kat mulut minah karan nih... pi tukaq boh nama minah garit lagi baguih laaaaa...., hangpa toksah dok buat permain dengan gelaran ostazah oooiiii.... satgi Mashitah keluaq patwa baru hangpa tau..., menghina institusi ostad/ostazah.... muakakakaaaa....
Tapi takpa laaaa.... Ostazah Piraaahana ooiii... dah dekat2 nak PRU nih macam2 adaaaa.... semua pelakon pelbagai spesies keluaran umporno akan keluaq dari dalam kuboq, dari belakang lorong, dari sarang pelacur, hat bawak mai dari India pun adaaa.... hahahaha... sapa lagi kalau bukan spesies mamak umporno... kah...kah...kah....
Hahahaha... kita pakat tunggu ramai2 skrip dan wayang pelakon2 jalang dan sundal yang di pungut oleh umporno melakonkan watak masing2 sempena PRU-13 akan datang tak lama lagi....
Yang pasti sundal2 dan jalang2 upahan umporno nih.... akan melatop glamouresss sebelum PRU... lepas PRU muka depa pun tak nampak dah.... kembali kepada aktiviti asal depa.. hahahaha....
Kalau lu orang tak percaya, tunggu dan lihat sempena PRU-13 kali ini, pasti pelakon sundal dibawah nih akan di import khas oleh umporno untuk melakonkan watak pengakuan pernah tidoq dengan Tuan Guru Haji Hadi, tak pun Lim Kit Siang, ooppsss... Karpal Singh tak logik.... eerrr... Lim Guan Eng boleh kot... paling di geruni oleh umporno.... Anwar Brahim laaaa.... akan jadi mangsa sensasi.... hahahaha...
Yang pasti kita bagi ABU kat depa.... kah...kah...kah....!!!!
Published on IkutSukaAku - Isa