Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, January 31, 2012

Mari kita mula membuat kajian santai..

Babi, alkohol serta yahudi yang sinonim dengan kebencian orang Melayu keatasnya...
"benda syubhat ni tak mo la main-main" tak gitu?

Miniature yang mengagumkan..

Detail juga buatannya ye..

Monday, January 30, 2012

Harga Gula Dunia Turun, Tambahan Subsidi Gula Sebenarnya Untuk Apa?

Subsidi gula: Rakyat diperbodohkan, kata Pua

DAP membidas kerajaan pimpinan BN kerana cuba memperbodohkan orang ramai dengan membuat dakwaan bahawa subsidi gula dinaikkan kerana harga dunia yang meningkat sedangkan hakikatnya harga gula di seluruh dunia turun sejak enam bulan yang lalu.

"Oleh yang demikian, dengan mengekalkan harga gula pada RM2.30, kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi yang kurang, dan bukannya subsidi tambahan, seperti yang dengan bangganya didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri lsmail Sabri Yaakob.

"Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?" kata setiausaha publisiti DAP Tony Puah dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan akhbar Jumaat lalu, di mana menteri berkenaan mendakwa bahawa kerajaan menanggung subsidi yang kian meningkat iaitu daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram gula bagi mengekalkan harga pada RM2.30.

Dalam laporan akhbar The Star itu, Ismail Sabri memuji kerajaan kerana mampu mengekalkan harga gula walaupun pada hakikatnya bahawa "harga gula global terus melambung".

Dalam menyangkal dakwaan itu, Pua berkata apa yang sangat menarik ialah harga gula global dalam tempoh enam bulan yang lalu sejak kenaikan harga terakhir pada bulan Mei 2011 sebenarnya telah turun dengan ketara dan tidak melambung. -mk

Ulasan GB

GB dapat merasakan seperti ada sesuatu yang lain di belakang pengumuman subsidi gula tersebut.

Nak membenarkan tokeh gula menaikkan harga seperti yang dijanjikan tidak boleh dilaksanakan kini kerana pilihanraya semakin hampir. Kerajaan tahu rakyat akan mendidih marah.

Sementelah pula, dana pilihanraya untuk UMNO BN perlu dicari.

Bodohkan rakyat dengan menyatakan harga gula dunia meningkat dan kononnya kerajaan terpaksa "tambah subsidi".

greenboc

SEBELUM NI PM KATA "KALAU SAYA DEDAHKAN DSAI AKAN DEMAM" JADI KENAPA BILA DIAJAK BERDEBAT MALAH DIBERI MASA YANG LEBIH MASIH TAKUT?

Sebelum ini kita pernah digemparkan dengan ayat PM:


"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya(DSAI)? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,"

Tapi berlainan pula sekarang:


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sekali lagi membuat cabaran berdebat kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak - kali ini menjanjikan untuk memberi lebih masa kepada perdana menteri.



"Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit," katanya di Twitter.



Anwar yang juga ketua umum PKR pemimpin, telah berkali-kali mencabar Najib dan yang paling baru mencabarnya berdebat mengenai dasar-dasar negara, sewaktu Persidangan Pakatan Rakyat yang ke-3 di Alor Setar, Kedah pada 14 Januari.



Setakat ini, Najib tidak pernah menyambut cabaran-cabaran yang dibuat oleh Anwar itu.



Bagaimanapun, pada bulan Januari tahun lalu, Najib berkata beliau tidak takut untuk berdebat Anwar tetapi berkata ketua pembangkang itu hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan kes liwat terhadapnya dan isu-isu peribadi yang lain.



Pada 9 Januari lalu, Anwar telah dibebaskan daripada pertuduhan liwat tetapi pihak pendakwaan memfail rayuan terhadap keputusan tersebut.



Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata pemimpin yang enggan bersemuka dan bertentang mata memberikan persepsi ketidakikhlasan dan ketidakjujuran.



"Ia mempamerkan bahawa ada rahsia yang mahu disorokkan. Apakah sebenarnya mahu disembunyikan dari rakyat itu? Umno/BN wajib menjelaskannya," tambah beliau.-MK


N'N:Kenapa mula2 PM begitu lantang mengatakan keberanian berdebat kemudian apa buila diajak berdebat PM menikus....Siapa yang demam sekarang kah3......


AUKU tidak perlu dikaji, hapus sahaja

Pakar Undang-undang dan Perlembagaan, Prof Dr. Aziz Bari. menegaskan bahawa Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu lagi dikaji keberkesanannya, yang perlu adalah mansuhkan sahaja.

Beliau yang berkata pada program wacana di kompleks Karangkraf hari ini memberitahu undang-undang yang sedia ada di negara ini sudah merangkumi semua perkara jika seseorang itu melakukan kesalahan samada mahasiswa ataupun mereka yang berada di luar.

"Universiti sekarang perlu fokus kepada sebuah pusat akedemik bukannya mencampuri urusan lain, jika sebuah pusat pendidikan lebih tertumpu kepada apa yang berlaku sekarang saya pasti tahap pendidikan negara ini tidak dapat menandingi universiti di negara-negara luar.

"Kita tidak perlu buang masa untuk mengkaji semula AUKU, kenapa perlu satu pembaziran yang besar dalam kita membuat kajian untuk sebuah pindaan. Tidakkah kita boleh memansuhkannya terus," jelasnya.

Tambahnya lagi, melihat kepada kebangkitan Universiti Malaya sebelum wujudnya AUKU, pentadbiran dan juga pendidikan mereka cukup cantik malah berkesan apatah lagi kedudukannya diperingkat antarabangsa.

"Dalam keadaan sekarang apa perlu kita kekalkan AUKU setelah melihat kemerosotan sistem pendidikan negara, malah pelajar pula menjadi mangsa kepada sebuah akta yang jelas mengekang kebebasan mereka untuk bersuara.

"Malaysia telah cukup dengan segala undang-undang dan juga akta, ini dengan sendirinya kita tidak perlu lagi takut jika berlaku apa-apa perkara diluar jangkaan, kenapa kita ingin menambahkan lagi negara ini dengan akta AUKU ini," sambungnya lagi.

Aziz juga berpendapat, dalam keadaan negara ini juga memperlihatkan sikap pilih kasih yang mana ada pihak akan terlepas dari tindakan jika mereka mendokongi kumpulan pemerintah tetapi sebaliknya akan berlaku kepada mahasiswa yang menentang.

"Kalau AUKU dimansuhkan sekali pun, kita akan melihat terdapat dua perkara akan berlaku yang mana individu yang menyokong pemerintah tidak akan dikenakan tindakan tetapi sebaliknya akan berlaku kepada pihak yang menentang.

"Inilah masalahnya siapa yang mengadakan perhimpunan, pemerintah sudah pasti boleh memilih siapa yang perlu dikenakan tindakan," katanya lagi.

Kata Aziz lagi, terdapat dua pihak yang mempunyai perbezaan pendapat tentang AUKU dan rakyat sendiri mengetahui bahawa secara jelas Barisan Nasional menyokongnya tetapi tidak kepada Pakatan Rakyat, keputusan boleh dibuat pada pilihanraya nanti untuk melihat ia dimansuhkan terus atau masih lagi pada skala pindaan.

"Mahasiswa sudah cukup matang sekarang dan mereka tahu apa yang dilakukannya, kita perlu beri kebebasan kepada mereka dan tidak akan rosak sebuah pendidikan negara jika AUKU dimansuhkan.

"Pendidikan negara akan rosak dan tercemar jika wujudnya campurtangan pihak luar terutamanya mereka yang mempunyai kepentingan di dalam pentadbiran negara yang menentukan sepenuhnya perjalanan akedemik mahupun keputusan dan juga perlantikan seseorang pegawai peringkat tertinggi," sambungnya lagi.

Jelasnya lagi negara yang maju adalah sebuah negara yang tidak mempunyai undang-undang yang banyak bukannya negara yang bangga dengan pelbagai akta serta kekangan.


(Moderator dan anggota penal wacana)
Turut sama dalam wacana tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU/Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamad Maliki Mohd Rapiee, Pemangku Presiden/Naib Censelor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Anuar Ahmad, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa (Aspirasi Malaysia), Mohd Shahar Abdullah.

Manakala moderatornya adalah bekas pemimpin pelajar dan pengacara TV Al-Hijrah, Amin Idris.

Sementara itu pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli bersama beberapa anggota Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga turut mengikut wacana tersebut.

CARA BERFIKIR SEPERTI LIBERAL DAN SEKULAR ADALAH MANUSIA YG SAKIT MENTALNYA?

Dalam literatur Psikologi Islam, gagasan liberal ternyata bukan saja terkait problematika pemikiran, namun juga mental. Mental yang sakit akan membuat seseorang mudah terjebak dalam corak berfikir menyimpang. Artinya mental yang kuat akan sangat menentukan untuk membantuk iman yang sehat.

Profesor Syamsu Yusuf adalah Guru Besar Bimbingan dan Konseling Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung yang sangat concern mengkaji hal itu. Tidak hanya itu, Prof. Syamsu juga merupakan salah satu pakar yang memfokuskan diri untuk mengkaji masalah Mental Hygiene (Kesehatan Mental) khususnya dalam frame atau perspektif Islam.
Di tengah kesibukannya, aktivis Institut Pemikiran Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Rushdie Kasman, berhasil mewawancarai Prof. Syamsu (panggilan akrab) tentang kepribadian sekularis dalam perspektif Psikopatologi Islam.
Bisa Anda Jelaskan Makna Mental Hygiene?

Mental hygiene merupakan proses atau upaya yang dilakukan untuk menjaga dan merawat mental seseorang, dan mental hygiene itu sendiri memiliki fungsi biasanya dalam lingkup pendidikan, di antaranya fungsi preventif atau pencegahan, perbaikan atau ameliorative dan suportif atau pengembangan. Kesehatan mental sendiri memiliki keterkaitan dengan penyesuaian diri, yaitu penyesuaian diri yang normal (well adjustment) yang berlawanan dengan maladjustment.

Apa perbedaan mental hygiene dengan Psikopatologi?
Psikopatologi merupakan bagian dari mental hygiene. Psikopatologi merupakan indikasi mental yang tidak sehat.
Apa yang menjadi ciri individu yang sehat mental?
Sebagaimana disebutkan tadi, individu yang sehat mental apabila mampu menyesuaikan diri dengan lingkungannya, terhindar dari gangguan jiwa (neurosis). Neurosis atau gangguan jiwa itu berbeda dengan sakit jiwa atau psikosis, selain itu ciri mental yang sehat jika individu mencapai kebahagian pribadi dan orang lain.

Bagaimana ciri mental hygiene dalam perspektif Islam?
Kalau dalam Islam, mental hygiene didasarkan pada al Qur'an dan hadits. Ciri orang yang memiliki kesehatan mental di antaranya, jujur, tidak iri, saling menolong, rajin beribadah. Initnya, orang yang memiliki mental yang sehat apabila mengikuti perintah Allah dan Rasulnya.?

Saat ini, sebagian besar umat Islam telah terjangkit virus sekuler-liberal, bagaimana hal ini ditinjau dari perspektif mental hygiene (berperspektif Islam)?

Mental itu kan terkait dengan cara atau pola berpikir. Islam itu adalah agama yang menyeimbangkan antara duniawi dan ukhrawi. Oleh karena itu, segala sikap dan perilaku maupun tindakan yang kita lakukan seharusnya diseimbangkan antara duniawi dan ukhrawi jangan dipisahkan. Pemisahan antara duniawi dan ukhrawi inilah yang disebut dengan sekuler. Jadi kita umat Islam saat ini hanya merasa menjadi muslim ketika berada dalam Masjid, namun setelah keluar dari masjid kita bebas melakukan maksiat.

Terkait perilaku sekularis dan liberalis, itu kan bertentangan dengan ajaran Islam. perlu saya tegaskan kembali, faktor mental juga erat kaitannya dengan cara berpikir, jika hal itu (cara berpikir) diarahkan pada cara yang salah menurut Al Qur'an dan Hadits, misalnya perilaku sekularis dan liberalis yang selalu atau mencoba memisahkan hal-hal yang bersifat duniawi dan ukhrawi maupun merubah hukum-hukum Tuhan, maka dalam perspektif Islam itu dapat dikategorikan sakit mental.

Kucing bila pakai spek mata

Sangat besar dan sangat bengong!

[Bacalah] Surat terbuka anak yang digugurkan kepada ibunya

Untuk


Bondaku tersayang...


 Bonda...


Bagaimana khabar bonda hari ini? Semoga bonda baik-baik saja...nanda juga di sini baik-baik saja bonda... Allah sayang sangat sama nanda. Nanda menulis surat ini untuk bonda, sebagai bukti cinta nanda sama bonda....


Bonda, ingin sekali nanda menyapa perempuan yang telah merelakan rahimnya untuk nanda diami walaupun hanya sesaat...


Bonda, sebenarnya nanda ingin lebih lama hidup di rahim bonda, ruang yang kata Allah paling kukuh dan paling aman di dunia ini... tapi rupanya bonda tidak menginginkan kehadiran nanda, jadi sebagai anak yang baik, nanda pun rela menukarkan kehidupan nanda demi kebahagiaan bonda. Walaupun dulu, waktu bonda meluruhkan nanda, sakit SANGAT bonda....badan nanda rasanya seperti tercabik-cabik... dan keluar sebagai gumpalan darah yang menjijikan apalagi hati nanda, ngeri, merasa seperti aib yang tidak dihargai dan tidak diinginkan.


Tapi nanda tidak kecewa  bonda... kerana dengan begitu, bonda telah menghantarkan nanda untuk bertemu dan dijaga oleh Allah bahkan nanda dirawat dengan penuh kasih sayang di dalam syurga Nya.


Bonda, nanda mahu cerita, dulu nanda pernah menangis dan bertanya kepada Allah, mengapa bonda menggugurkan nanda saat nanda masih berupa wujud yang belum sempurna dan membiarkan nanda sendirian di sini? Apa bonda tidak sayang sama nanda? Bonda tidak ingin mencium nanda? Atau jangan-jangan kerana nanti nanda nakal dan suka membuat sembarangan? Lalu Allah beritahu, bonda kamu malu sayang... kenapa bonda malu? Kerana dia takut kamu dilahirkan sebagai anak haram... anak haram itu apa ya Allah? Anak haram itu anak yang dilahirkan tanpa ayah... Nanda bingung dan bertanya lagi sama Allah, ya Allah, bukannya setiap anak itu pasti punya ayah dan ibu? Kecuali nabi Adam dan Isa? Allah yang Maha Tahu menjawab bahawa bonda dan ayah memproses nanda bukan dalam ikatan pernikahan yang sah dan Allah Redhai. Nanda semakin bingung dan akhirnya nanda putuskan untuk diam.


Bonda, nanda malu terus-terusan bertanya kepada Allah, walaupun Dia selalu menjawab semua pertanyaan nanda tapi nanda mahu bertanya kepada bunda saja, pernikahan itu apa ? Kenapa bonda tidak menikah saja dengan ayah? Kenapa bonda membuat nanda menjadi anak haram dan mengapa bonda mengusir nanda dari rahim bonda dan tidak memberi kesempatan nanda hidup di dunia dan berbakti kepada bunda? Maaf ya bonda, nanda banyak bertanya... nanti saja bonda beritahu bila kita bertemu.


Oh ya Bunda, suatu hari malaikat pernah mengajak jalan-jalan nanda ke tempat yang katanya bernama neraka. Tempat itu sangat menyeramkan dan sangat jauh berbeza dengan tempat tinggal nanda di syurga. Di situ banyak orang yang dibakar pake api ..minumnya dengan nanah dan makannya buah-buahan aneh, banyak durinya...yang paling parah, ada perempuan yang ditusuk dan dibakar seperti satay, ngeri sungguh nanda melihatnya.


Tiba-tiba malaikat berkata sama nanda, Nak, kalau bonda dan ayahmu tidak bertaubat kelak di situlah tempatnya...di situlah orang yang berzina akan tinggal dan disiksa selamanya. Seketika itu nanda menangis dan berteriak-teriak memohon agar bonda dan ayah jangan dimasukkan ke situ.... nanda sayang bonda... nanda rindu dan ingin bertemu bunda... nanda ingin merasakan lembutnya belaian tangan bonda dan nanda ingin kita tinggal bersama di syurga... nanda takut, bonda dan ayah kesakitan seperti orang-orang itu...


Lalu, dengan lembut malaikat berkata... nak,kata Allah kalau kamu sayang, mahu bertemu dan ingin ayah bundamu tinggal di syurga bersamamu, tulislah surat untuk mereka... sampaikan berita baik bahawa kamu tinggal di syurga dan ingin mereka ikut, ajaklah mereka bertaubat dan sampaikan juga khabar buruk, bahawa jika mereka tidak bertaubat mereka akan disiksa di neraka seperti orang-orang itu.


Saat mendengar itu, segera saja nanda menulis surat ini untuk bunda, menurut nanda Allah itu baik bonda.... Allah akan memaafkan semua kesalahan makhluk Nya asal mereka mahu bertaubat nasuha... bunda taubat ya? Ajak ayah juga, nanti biar kita boleh berkumpul bersama di sini... nanti nanda jemput bonda dan ayah di padang Mahsyar ... nanda janji mahu bawa minuman dan payung buat ayah dan bonda, soalnya kata Allah di sana panas sangat bonda... barisannya juga panjang, semua orang sejak zaman nabi Adam kumpul disitu... tapi bonda jangan khuatir, Allah janji, walaupun ramai kalau bonda dan ayah benar-benar bertaubat dan jadi orang yang baik, pasti nanda boleh bertemu bonnda dan ayah.


Bonda, kasih kesempatan buat nanda ya.... biar nanda boleh merasakan nikmatnya bertemu dan berbakti kepada orang tua, nanda juga mohon  sama bonda...jangan sampai adik-adik nanda mengalami nasib yang sama dengan nanda, biarlah nanda saja yang merasakan sakitnya dipersia-siakan . Tolong ya bunda, kasih adik-adik kesempatan untuk hidup di dunia menemani dan merawat bunda saat bunda tua kelak.


Sudah dulu ya bonda... nanda mahu main-main dulu di syurga.... nanda tunggu kedatangan ayah dan bunda di sini... nanda sayang sangat sama bonda....muach!


sumber : http://gratisanlounge.blogspot.com

Sunday, January 29, 2012

Terbaik dari Zunar

Selamba namun menusuk jiwa pada polan yang berkenaan... Simple beb..

Ibrahim: Anwar memang selalu salahkan orang

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyalahkan orang lain memutarbelitkan kenyataannya dalam isu berkaitan negara Israel yang dilaporkan media antarabangsa.

"Kami akan clarify (perkara ini) dalam sesi parlimen akan datang. Saya akan bangkitkan perkara ini jika dia berkata begitu.

"Dia menyalahkan orang lain kerana twist kenyataan dia. Tetapi kenyataan dia, semuanya dirakam. Saya tidak terkejut," kata Ibrahim dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Anwar yang dilapor berkata, pandangannya berhubung isu Israel dan Palestin diputar belit bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Katanya, dalam wawancaranya dengan media antarabangsa Khamis lalu, beliau menegaskan kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi maka wajar hak rakyat Israel juga dihormati.

Anwar berkata, pandangannya sejajar dengan prinsip PKR yang menjunjung keadilan sejagat dan tegas membela hak yang dizalimi, serta selari dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab berteraskan "Penyelesaian Dua Negara".

Malahan, katanya, dasar luar negara juga menekankan prinsip penyelesaian itu, sebagaimana diungkapkan menteri luar ketika perbahasan perhimpunan agung PBB ke-66 pada 27 September tahun lalu di New York.

Via malaysiakini

Menarik hari ni..

Koleksi gambar menarik yang gua jumpa di Internet pagi ini. Sekadar berkongsi....

Tradisi seks aneh dari berbagai masyarakat dunia



Percaya atau tidak, ini dia budaya seks aneh yang boleh di katakan unik dari berbagai budaya kehidupan masyarakat  dunia tetapi budaya yang mereka terapkan itu tidak sesuai dengan masyarakat kita yang mengamalkan kehidupan sopan ,beradat dan yang paling penting beragama....


Pedalaman Irian Jaya
Pasangan yang melakukan hubungan seks di semak-semak hutan akan memberikan tanda dengan 2 buah anak panah yang ditancapkan ke tanah dengan menyilang di sekitar tempat mereka melakukannya, yang artinya dilarang mendekati area tersebut, dan jika ada orang yang nekad mendekat, maka akan dipanah.


Tulung Agung, Jawa Timur
Punya keunikan sendiri, iaitu saat mereka berhubungan, gayanya diam seperti patung. Akan tetapi, katanya di balik diamnya itu, vaginanya memijit-mijit dengan hebat yang membuat pasangan merasakan kenikmatan.


Venesia, Italy
Sudah menjadi budaya melakukan hubungan seks dilakukan dengan anal seks , konon katanya salah satu tujuannnya adalah untuk mencegah kehamilan, dan alasan lain katanya kerana seks lewat anal lebih kuat cengkeramannya. Padahal seperti sudah di ketahui, seks anal berisiko kerana di dalam anus tersimpan berbagai kuman dan virus menular.


Bahrain 


Seorang doktorlelaki  sah secara hukum untuk memeriksa alat vital wanita (vagina), tetapi dilarang keras secara langsung melihatnya selama pemeriksaan! Mereka hanya diperbolehkan melihatnya melalui cermin.


Lebanon
Lelaki diperbolehkan 'bercinta ' dengan binatang! asalkan binatang itu betina. Hukuman mati dikenakan bagi lelaki yang ketahuan berhubungan dengan binatang jantan.


Guam
Ada pekerjaan  bagi para lelaki untuk  mengambil perawan seorang gadis yang membayar mereka untuk melakukan hubungan seks badan pertama kalinya dengan gadis perawan tersebut. Menurut hukum di Guam, wanita yang masih perawan atau virgin dilarang menikah.


HongKong
Isteri yang dikhianati atau diselingkuhi, sah secara hukum membunuh suaminya yang selingkuh. Tetapi hanya dengan menggunakan tangan kosong, sedangkan wanita itu pula boleh dibunuh dengan cara apapun.


Cali, Colombia
Wanita hanya diperbolehkan berhubungan badan dengan suaminya, dan pada malam pertama pada saat melakukang hubungan seks,  ibu  wanita  itu harus berada di dalam kamar untuk menyaksikan adegan  tersebut.


Tokyo, Jepun
Ditemukan sebuah rekaman video yang dirakamkan di sebuah pusat perguruan tinggi di Tokyo, memperbolehkan mahasiswa senior melakukan ospek pada para mahasiswi barunya dengan mencabuli dan memperkosa secara beramai-ramai disuruh bogell dan berlari-lari di kawasan kampus.


sumber : http://hermawayne.blogspot.com

Surat Rasmi Pertubuhan Yahudi B’nai B’rith International Kepada DS Anwar

May 25, 2010
The Honorable John F. Kerry, Chairman
The Honorable Richard G. Lugar, Ranking Member
Committee on Foreign Relations
United States Senate
Washington, D.C. 20510

Ke Hadapan Senator Kerry dan Senator Lugar:

Bagi pihak B'nai B'rith International yang memiliki 200,000 ahli dan penyokong, kami menulis untuk melahirkan keperihatinan kami mengenai pengunguman anti-Semitik yang melampau oleh ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Anwar, yang telah meluangkan beberapa tahun di Washington, D.C. menanamkan imej pro-Barat, telah bagaimana pun menggunakan kedudukannya di parlimen Malaysia sebagai ruang untuk menyebarkan propaganda anti-Semetik. Kritikannya yang terbaru terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak telah ditabur fitnah anti-Yahudi dan anti-Israel, seperti kata-kata pada April 30 bahawa pengintip Israeli sedang "terlibat secara langsung dalam urusan kerajaan." Dalam peristiwa lain, beliau mendakwa kewujudan "Kakitangan perisik Israel di dalam Unit IT Polis."

Anwar juga berkata di dalam parlimen, syarikat perhubungan awam yang "dikawal orang Yahudi" yang diupah oleh Perdana Menteri telah cuba untuk memperalatkan Malaysia supaya menyokong polisi-polisi AS. Ketika menjelang Pilihanraya Umum Ke-12 pada 2008, beliau telah berkata pada temuramah dengan IslamOnline, "Saya ada bukti yang membuktikan kerajaan mendapatkan sokongan pelobi Yahudi dalam AS dan beberapa parti di dalam Israel."

Memandangkan Anwar telah berperanan dalam kebangkitan perbahasan mengenai anti-Semitik di dalam politik Malaysia, kami meminta kepada para pegawai AS memutuskan pertalian dengan Anwar Ibrahim. Seorang penyebar kebencian anti-Yahudi seperti Anwar Ibrahim tidak sepatutnya menikmati hubungan positif yang dianugerahkan oleh Amerika Syarikat ke atasnya.

Terima Kasih atas perhatian dan kerjasama anda. Kami berharap agar dapat berhubung berterusan dengan anda berkenaan perkara ini pada masa-masa akan datang.

Dengan penuh hormat,

Dennis W. Glick
Daniel S. Mariaschin
President Executive Vice President - http://bnaibrith.org/letter52610.cfm



GAMBAR HARITH ISKANDER DAN JEZAMINE LIM SARAT MENGANDUNG

Photoshoot Harith Iskander & Jezamine Lim mengandung. Rasanya semua sudah maklum yang isteri Harith Iskander iaitu Jezamine Lim kini sedang sarat mengandung. Difahamkan pasangan ini akan menimang anak mereka tidak lama lagi. Tahniah diucapkan daripada Bulan Purnama. Kredit gambar kepada Sammykhoo Photography.


http://feeds.feedburner.com/BulanPurnama

UMNO-APCO putarbelit kenyataan....Saya tidak khianati Palestin, jangan putarbelit kenyataan, tegas Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak termasuk Pemuda Umno supaya tidak memutarbelit kenyataan kononnya Ketua Pembangkang itu mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan ringkas, Anwar (gambar) menegaskan temubual bersama Wall Street Journal banyak membincangkan isu yang berkaitan dengan dasar luar negara dan Palestin.

"Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

" Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormat," kata Ketua Umum PKR ini.

Jelas Anwar jawapan yang diberikan berbunyi: "Saya menyokong semua usaha melindungi keselamatan negara Israel."

Beliau menambah akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi sekiranua Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Terdahulu Pemuda Umno menuduh Anwar mempertahankan "rejim zionis Israel" selepas ketua pembangkang itu dikatakan menyokong semua usaha melindungi keselamatan Israel.

Pengerusi Biro Antarabangsa dan Aman Pemuda Umno Datuk Ahmad Zaki berkata rakyat Palestin yang harus diberikan perlindungan, dipertahankan dan disalurkan bantuan kemanusiaan selepas dizalimi Israel.

Beliau berkata kenyataan Anwar menunjukkan sikap menyokong dan mengampu "rakan-rakan tertentu" beliau yang kebanyakan daripada mereka berdiri teguh di belakang rejim Zionis.

Tegas Anwar, pendirian beliau sejajar dengan prinsip perjuangan PKR yang menjunjung tinggi aspek keadilan sejagat dan membela hak mereka yang dizalimi.

"Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution," katanya.

Malaysia secara konsisten menolak untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel walaupun hubungan komersial wujud antara syarikat-syarikat swasta di dua negara itu.

Permusuhan Israel dengan negara Islam di Timur Tengah merupakan isu utama bagi majoriti Melayu Islam di Malaysia.

Anwar menambah dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan.

"Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

"Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin," katanya.

Friday, January 27, 2012

SANTAI : Jiran saya nak jadi Perdana Menteri .. lalu bertanya "Gaji Perdana Menteri berapa ringgit?

Gaji Perdana Menteri berapa ringgit? – Oleh Izmil Amri

26 January 2012

"Apa cita-cita kamu?" tanya guru kelas, pada setiap awal tahun. Niat dia barangkali untuk berkenal-kenal, atau paling kurang beri inspirasi supaya anak murid kejar cita-cita itu. Anak murid selalunya akan beri jawapan kerja profesional: doktor, peguam, arkitek, guru, akauntan. Jawapan-jawapan biasa.


Pastinya mereka juga tahu apa kerjanya seorang doktor, peguam dan akauntan itu semua. Takkanlah mahu jadi peguam sebab mahu kerja menoreh getah.


Saya ada seorang jiran di kampung. Dia ini dahulu katanya telah jatuh dari anjung rumahnya, yang berada di tingkat tiga kuarters Hospital Besar Pulau Pinang. Kemudian baru dia pindah ke kampung saya. Maka disebabkan insiden jatuh dari tingkat tiga itu, kepalanya sedikit gelong.


Saya tidak tahu sebenarnya berapa tingkat kuarters hospital besar, mahu pun hakikat sama ada dia jatuh dari ketinggian itu. Senang cerita, dia sedikit tak betul.



Sedikit tak betul adalah jauh beza daripada gila. Bila kita sebut gila, orang yang disebut gila itu punya kemungkinan untuk melintas lebuhraya KL – Seremban di kala lalu lintas sesak, tanpa memakai sehelai pakaian pun. Itu gila.


Tetapi jiran saya ini cuma sedikit tak betul. Dia rajin bertandang ke rumah kalau di dapat tahu bapa saudara saya pulang dari Kuala Lumpur. Bapa saudara saya pula akan jenuh sembunyi tak mahu bersua muka. Hanya kerana jiran saya ini 'sedikit tidak betul'.


Dia mahu jadi Perdana Menteri


Arakian maka disebutlah orang akan kisah jiran saya ini yang dahulu kalau ditanya apa cita-citanya akan tuntas menjawab dia mahu jadi Perdana Menteri. Sebelum memberi jawapan itu, dia akan tanya dahulu, 'Gaji Perdana Menteri berapa ringgit?' Demikian keadaanya jiran saya ini yang seperti saya katakan, 'sedikit tak betul'.


Saya sebut tentang kisah jiran saya yang tak betul ini kerana bagi saya, hanya orang yang tertentu sahaja yang akan punya cita-cita untuk jadi Perdana Menteri. Jawatan Perdana Menteri bukan macam jawatan mat despatch atau juruwang pasar-mini dua puluh empat jam yang boleh diiklan di tiang-tiang lampu atau pondok telefon.


Jiran saya ini mungkin tidak arif soal itu. Barangkali dia selamba bertanya gaji Perdana Menteri berapa ringgit supaya mungkin satu hari nanti bila dia sudah besar, dia boleh isi borang mahu jadi Perdana Menteri.


Manusia normal macam saya dan anda mungkin mahu jadi loyar atau doktor atau ahli bomba apabila disoal tentang cita-cita. Yang tidak berapa normal mungkin punya cita-cita mau kerja FRU, tapi itu cerita lain.


Apa seronoknya jadi Perdana Menteri


Apa yang seronok sangat jadi Perdana Menteri ini? Adakah mungkin dapat wanita cantik untuk dibuat isteri? Kalau itu yang dikejar, cukup sekadar jadi Ketua Menteri Sarawak. Kalau Perdana Menteri sekarang, perempuan cantik pula yang tidak berani mendekat.


Adakah pula kerana mahu kumpul harta? Kalau mahukan itu, lebih baik buka kasino atas bukit. Harta dari aktiviti itu, tujuh generasi makan pun belum tentu habis. Bukan setakat beg tangan, kilang beg tangan pun boleh beli.


Ataukah pula kerana mahu popular dan ternama? Lebih baik jadi penyanyi hip hop. Kalau agak-agak usia sudah lanjut, menyanyilah lagu irama Malaysia. Kalau mahu dikenal orang, jadi artis. Politisi bukannya susah-susah perlu belajar berlakon. Lihat sahaja filem pendek lakonan Ketua Pemuda UMNO. Bakat yang begitu hebat akhirnya dikembangkan dan berlakon pula dia menjadi tentera.


Selain itu apa lagi yang boleh dikecap kalau jadi Perdana Menteri? Mau syurga? Pergi masjidlah. Mau berucap supaya semua orang dengar, buatlah video youtube. Mau bikin polisi negara? Cukuplah sekadar jadi menteri biasa. Apa nak dihairan sangat jawatan Perdana Menteri ini?


Tapi jiran saya itu bersungguh juga mahu jadi Perdana Menteri. Bagaimana? Apa dia tahu sebenarnya apa kerja Perdana Menteri, apa kerja politisi?


Malap harapan



Partai Keadilan Sejahtera menyatakan slogannya; Bekerja Untuk Indonesia. Ia jelas memberi definisi hala tuju partai itu, sebagai sebuah parti dakwah, dan parti yang terkedepan dalam soal kebajikan dan pantas membantu bila ada musibah melanda rakyat Indonesia.


Selain popular sebagai parti yang paling bebas korupsi, maka rakyat Indonesia senang dengan parti itu, dengan pembawakannya yang demikian lembut dan santun sebagai khadam kepada bangsa Indonesia.


Parti-parti politik di Malaysia masih menggapai definisi pekerjaannya. Kebanyakan darinya berahi betul dengan terma perjuangan, maka sekalian parti politik pembangkang senang dengan kerja memperjuangkan sesuatu. Keadilan sosial, keserataan di mata pemerintah, kebajikan dan kebebasan daripada opresi aparat pemerintah dan segala yang sewaktu dengannya.


Parti pemerintah, lebih teruk lagi. Entah apa kerjanya sehingga sangkut dalam perjuangan ketuanan etnosentrik serupa walau pun negara sudah lebih lima puluh tahun merdeka.


Kerja parti pemerintah yang paling mencuri tumpuan antara lain termasuklah aktiviti menternak lembu di dalam kondo dan memperkaya adik-beradik. Aktiviti mengumpul kekayaan ini tampak sebagai profesyen utama parti pemerintah, yang malangnya bukanlah profesyen yang sewajarnya sebagai pejuang bangsa dan pembela ketuanan apa saja.


Untuk menjadi parti pemerintah perlu menang pilihan raya. Sebelum itu kena sediakan pemimpin untuk teraju kerajaan.


UMNO memilih Perdana Menteri Malaysia apabila memilih presidennya melalui perhimpunan agungnya. Yang hadir ke perhimpunan agung ini pula adalah delegasi yang dipilih dari kalangan kroni ketua bahagian.


Semakin malap harapan jiran saya itu untuk menjadi Perdana Menteri. – Roketkini.com

GERAK KERJA DS ROSMAH DS NAJIB DALAM MENANGANI ISU WAJAR DIJADIKAN CONTOH

Aku Jimat, permainan elektronik kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar Malaysia, nampaknya sudah tidak ada lagi selepas sembilan hari diperkenalkan.

Permainan tersebut yang dipercayai diilhamkan dari watak Datuk Seri Rosmah Mansor - isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak -  nampaknya telah dibuang daripada iTunes App Store Apple.

Malaysiakini telah mendapat maklumat mengenainya semalam.

Pada hari Sabtu, Aku Jimat muncul sebagai permainan kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar di Malaysia selepas beberapa portal berita melaporkan mengenainya.

Permainan itu yang diberikan penarafan lima bintang oleh pengguna, dibangunkan oleh Kumpulan Antartika dan dijual pada harga US$0.99 setiap muat turun.

Tidak diketahui bila aplikasi permainan itu dibuang. Kuasa untuk berbuat demikian terletak di tangan Apple dan pemaju permainan tersebut.

Malaysiakini telah mengirimkan emel pertanyaan mengenai perkara itu kepada Apple,. Bagaimanapun sehingga ini belum mendapat jawapan.
Menurut syarikat pemajunya, permainan itu adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung" sejak kecil dan "lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan".

Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).

Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$24 juta (RM74 juta).

Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.

Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.


Orang Cina Ada Sebab Kukuh, Mengapa Kena Pangkah “Bulan”!

Kemaman - Walaupun datang dari keluarga penyokong kuat parti MCA, Vincent Lee menyeru seluruh rakyat khususnya kaum Tionghua Terengganu agar memilih PAS dengan memangkah simbol "bulan" pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.

Beliau berkata ayah dan datuknya adalah ahli seumur hidup MCA, namun menurutnya beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan kerana prinsip-prinsip agama Islam merangkumi semua aspek kehidupan.

Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat itu menjelaskan, DHPP adalah "jambatan" penghubung antara PAS dengan bukan Islam.

"Saya sendiri datangnya dari keluarga parti MCA. Ayah dan Datuk saya ahli seumur hidup MCA. Sejak tahun 2004, saya menyertai Kelab Penyokong PAS dan peranan kita sebagai "jambatan" kepada parti PAS dengan kaum bukan Islam," ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Bersama Kaum Tionghua yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, di Kampung Dusun Nyior, Chukai, pada Rabu 23 November lalu.

Vincent Lee berkata, rakyat dan pengundi hari ini mempunyai sebab kukuh untuk memilih PAS pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, peluang kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah negara selama lebih 50 tahun boleh dinilai dan rakyat mesti memberi peluang kepada Pakatan Rakyat

"Pesanan saya satu sahaja kepada rakyat pangkah bulan (PAS) dalam pilihan raya akan datang. Kita (rakyat) kena pangkah bulan dan ada sebab cukup kukuh kenapa kena pangkah bulan, itu yang paling penting.

"Sebab dalam tempoh 50 tahun Barisan Nasional memerintah terlalu banyak kepincangan dan penyelewengan.

"Sekurang-kurangnya, beri Pakatan Rakyat satu penggal dan jika kita (Pakatan Rakyat) tidak betul, anda (rakyat) boleh undi mana-mana parti yang anda suka. Beri peluang kita mentadbir negeri dan negara," jelasnya.

Beliau yang juga Ketua DHPP Wilayah Persekutuan menjelaskan selagi Pakatan Rakyat tidak berjaya menguasai "Putrajaya" banyak perkara tidak boleh dilaksanakannya.

Katanya, kuasa memerintah di Putrajaya boleh merubah segala-gala hasrat dan cita-cita kerajaan Pakatan Rakyat.

"Kita(Pakatan Rakyat) sepatutnya diberi peluang memerintah. Selagi kita tidak 'menjejakkan' kaki ke Putrajaya, dalam aspek negeri amat terhad sekali. Sebab banyak 'kuasa' berada di Putrajaya.

"Contohnya, harga barangan seperti minyak tidak boleh diturunkan di peringkat negeri tetapi boleh jika menguasai peringkat pusat. Selagi Pakatan Rakyat belum berpeluang menjejak kaki ke Putrajaya perkara itu tidak dapat dilaksanakan," tegasnya.

Sementara itu, beliau mengakui, kaum Tionghua telah banyak berubah dan tidak lagi 'phobia' kepada PAS dan agama Islam.

Menurutnya, sebelum ini orang Cina takut kerana mereka tidak mendapat maklumat yang sebenarnya tentang PAS dan Islam.

"Sebelum ini, kaum Cina takut sekali dengan parti PAS dan yang paling asas sekali 'ketakutan' mereka mengenai makanan, kebudayaan dan agama.

"Kita (DHPP) yang memperkenalkan isu-isu, dasar dan prinsip-prinsip sebenar mengenai maklumat yang lebih tepat tentang parti PAS," ujarnya

Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat dan Naib Ketua DHPP Terengganu, Lip Woon Chang. -BuletinOnline

Thursday, January 26, 2012

Help! My android brick

Fuuuhhhhh....


Benda yang tak dijual di supermarket Malaysia

Kalau ada confirm meriah menu makanan Malaysia....

Mengejutkan: Buku Sex dengan Halaman Kosong laris dijual



Profesors Sheridan Simove telah menghasilkan sebuah buku dengan 200 halaman berjudul "What Every Man Thinks About Apart From Sex" atau "Apa Yang Difikirkan Lelaki Selain Dari Sex". Yang menarik dari buku tersebut adalah bahwa semua halamannya kosong.


 Buku tersebut terjual laris secara online di Amazon menyusul promosi yang heboh di antara para mahasiswa di seluruh Inggris.


 Buku seharga £ 4,69 itu, dimaksudkan sebagai hadiah, dan digunakan oleh mahasiswa sebagai sebuah buku catatan.


 Mahasiswa Nottingham Jess Lloyd berkata: "Aku membeli buku itu untuk teman saya sebagai lawak dan ia mulai menggunakannya sebagai sebuah buku catatan untuk kuliah. Sekarang semua orang tampaknya memiliki buku itu. Buku itu sudah menjadi sebuah kegemaran di kampus."


 Pengarang Sheridan Simove yang merupakan lulusan Oxford University mengatakan: "Buku ini merupakan hasil dari 39 tahun penelitian yang melelahkan dan studi praktis dalam subjek. Saya meninggalkan apapun untuk penelitian itu dan benar-benar mencurahkan diri saya ke penelitian itu.


 Setelah bertahun-tahun kerja keras saya akhirnya menyedari bahawa laki-laki tidak memikirkan apa-apa selain dari seks. Itu adalah kesimpulan yang mengejutkan dan saya menyedari bahawa dunia harus diberitahu tentang temuan saya.


 Saya tidak pernah berfikir sedikitpun bahawa karya saya akan diterima oleh ribuan mahasiswa di Inggris. Hal ini sangat menyenangkan untuk melihat buku saya mengalahkan banyak karya akademik lainnya yang penulisnya mengatakan telah bekerja lebih keras daripada saya." katanya


 Sumber: http://madpost.info


Wednesday, January 25, 2012

Salam Mawlidur Rasul

Alhamdulillah, syukur syukur, berkesempatan lagi kita menyambut bulan yang mulia, bulan pilihan Allah SWT untuk menzahirkan Junjungan Nabi SAW ke alam dunia, membawa rahmat bagi sekalian alam. Bulan yang penuh kebajikan yang terbentang luas, hanya tinggal memetiknya bagi sesiapa yang berkehendak, bak kata Shahibul Mawlid al-Habib `Ali bin Muhammad al-Habsyi rahimahullah:


موائد الخير مبسوطة لمن بايرد * في شهر فيه النبي المختار ولد

"Jamuan-jamuan kebajikan terbentang luas bagi sesiapa yang mahu; Dalam bulan padanya Nabi Pilihan dilahirkan."

Telah jadi adat kebiasaan umat Islam di seantero dunia untuk berlebih - lebih lagi dalam mengenang dan memperingati Junjungan Nabi Rahmat Sekalian Alam pada bulan kelahiran baginda ini. Imam Mulla `Ali al-Qari dalam "al-Mawrid ar-Rawi fi Mawlid an-Nabi SAW" halaman 29 menyatakan bahawa : "Telah menjadi kebiasaan para penduduk Madinah al-Munawwarah (rahimahumullah) untuk mengadakan dan menghadiri majlis-majlis mawlid dengan penuh semangat dan keikhlasan sempena sambutan Mawlid yang mulia." Sehingga kini, walaupun di bawah penjajahan Wahabi, penduduk kota Madinah tetap mengadakan sambutan Mawlidur Rasul secara tertutup di kediaman - kediaman mereka. Moga Allah memberikan kebebasan kepada mereka untuk menyambutnya secara terbuka sebagaimana sebelumnya. Dan semoga Allah menimpakan kehinaan kepada mereka-mereka yang membenci majlis-majlis di mana Junjungan Nabi SAW disanjung dan dipuji.


Makanya, dengan memperingati baginda dan bersholawat kepadanya, kita memperolehi balasan shalawat daripada Allah SWT, para malaikatNya dan juga jawapan daripada Junjungan Nabi SAW. Allahu ... Allah, apa ada ganjaran yang melebihi sedemikian ? Marilah kita berusaha untuk menghadirkan diri kita dalam majlis-majlis mawlid di mana kisah-kisah keagungan Nabi Junjungan dibaca, puji-pujian kepada Allah dan rasulNya dilantunkan serta dihiasi ucapan zikrullah, sholawat dan salam ke atas baginda. Sungguh majlis-majlis seumpama ini penuh dengan pelbagai hidangan kebajikan berupa pengajaran, tazkirah, zikrullah, sholawat dan salam yang sarat berintikan mahabbah kepada Junjungan Rasulullah SAW. Tak perlulah kita ambil pusing kepada suara-suara sumbang yang mengharamkan sambutan mawlid manusia agung ini. Biarlah mereka dengan alam mereka. Kalau mereka menuding jari membid`ahkan amalan kita, maka mereka juga tidak kurang bid`ahnya kerana mereka juga mengadakan peringatan demi peringatan terhadap idola mereka seperti Bin Wahab dan Ibnu al-Utsaimin. Inilah dikatakan oleh tok nenek kita, mengata dulang paku serpih. Siapakah idola mereka berbandingkan Junjungan Nabi SAW ?????Makanya biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya. Shallu `ala Nabiyyikum ......


******************************************

Wulidal Musyarraf

http://bahrusshofa.blogspot.com

Tuesday, January 24, 2012

Benda-Benda Paling Mahal Didunia



Kebanyakan orang berfikir bahawa benda termahal di dunia adalah emas dan permata. Tapi tahukah anda bahwa ada bebebrapa benda selain emas dan permata yang harganya boleh membuat anda sakit kepala? Berikut adalah 10 benda termahal di dunia :


1. BegTangan termahal di dunia seharga 3,8 Juta Dollar


Beg tangan ini diproduksi oleh House of Mouawad dan dijual dengan harga 3,8 juta dollar. Beg ini dirancang oleh Robert Mouawad dan dikerjakan oleh 10 pekerja selama 8.800 jam. Beg dengan bentuk hati ini terbuat dari emas 18 karat dan 4.517 berlian (105 berlian kuning, 56 berlian pink dan 4.356 berlian tanpa warna. Berat total berlian pada beg ini mencapai 381,92 karat.


2. Vas China Termahal di Dunia Seharga 85 Juta Dollar


Vas China yang dibuat pada abad ke-18 ini ditemukan di London dan dalam sebuah lelong vas ini terjual seharga 53 juta Pundsterling atau 85 juta dollar. Vas dengan ukuran 16 inchi ini dibeli oleh seorang pembeli dari China. Sang pemilik vas yang mewarisi vas ini dari orang tuanya langsung menjadi jutawan setelah menjual vas tersebut.


3. Botol Tequila Termahal di Dunia Seharga 3,5 juta Dollar


Seorang pengeluar tequila Mexico mempamerkan botol tequila berkapasiti 1,3 liter. Botol ini terbuat sari 2,3 kg platinum dan 4.000 butir berlian dengan berat total 328 karat. Botol ini dirancang oleh Fernando Altamirano dan dijual dengan harga 3,5 juta dollar.


4. Pisau Cukur Termahal di Dunia Seharga 100.000 Dollar


Sebuah pisau cukur termahal diluncurkan oleh Zafirro. Gagang pisau cukur ini terbuat dari iridium dan pisaunya terbuat dari safir.


5. iPad Termahal di Dunia Seharga 1,2 juta Dollar


iPad ini menjadi tablet termahal di dunia dengan harga 1,2 juta dollar. iPad edisi spesial ini dibuat oleh Camael Diamonds dari emas 18 karat seberat 1 kg dan berlian tanpa cela seberat 300 karat. Tombol home dan lambang Apple terbuat dari berlian hitam.


6. Ikan Tuna Termahal di Dunia Seharga 396.000 dollar


Rekor ikan tuna termahal di Jepun adalah senilai 396.000 dollar. Ikan ini dijual dalam sebuah lelong dini hari di sebuah pasar ikan terbesar di dunia yang terletak di kota Tokyo, Jepun. Ikan tuna raksasa ini memiliki berat 342 kg ditangkap oleh nelayan di perairan pulau Hokkaido.


7. Iklan di acara Oprah Winfrey Show seharga 1 juta dollar


Acara Oprah Winfrey show merupakan salah satu acara TV paling popular dan untuk edisi terakhir acara ini, iaitu pada  25 Mei 2010, acara ini akan menawarkan sesi iklan senilai 1 juta dollar per 30 saat iklan. Wow! Ini merupakan rekod baru untuk spot iklan termahal, setelah sebelumnya dipegang oleh edisi terakhir acara 'Lost' di stasiun TV ABC seharga 900.000 dollar dan edisi terakhir acara '24' di stasiun TV Fox seharga 650.000 dollar.


8. Anjing Termahal di Dunia Seharga 1,5 juta dollar


Anjing berjenis Tibetan Mastiff dengan usia 11 bulan ini menjadi anjing termahal di dunia setelah terjuan dengan harga 10 juta Yuan atau 1,5 juta dollar. Anjing bernama Big Splash atau Hong Dong dalam bahasa China dibeli oleh seorang juragan batubara dari Utara negeri China. Anjing ras Tibetan Mastiff sendiri terkenal sebagai ras anjing yang dulu dimiliki oleh Gengis Khan dan Sang Buddha. Ras ini juga terkenal sebagai ras 'Anjing China Asli'.


9. Pohon Natal Termahal di Dunia Seharga 11 juta Dollar di Abu Dhabi


Hotel Emirates Palace di Abu Dhabi membuat pohon natal senilai 11 Juta Dollar dan digadang-gadang sebagai pohon natal termahal yang pernah ada di dunia. Demikian dinyatakan oleh General Manager Hotel Emirates Palace, Hans Olberts. Hotel ini sendiri merupakan lokasi ATM emas pertama di dunia. Pohon natal ini disekorasi dengan ornamen yang terbuad dari emas dan perak dan lampu-lampu kecil berwarna putih.


10. Berlian Pink Termahal di Dunia Seharga 46 Juta Dollar


Berlian berwarna pink merupakan salah satu jenis berlian terlangka di dunia. Kerana itu, jenis berlian ini menjadi berlian yang sangat didambakan oleh para pecinta berlian di dunia. Rekod berlian pink termahal di dunia dipegang oleg sebutir berlian yang dijual seharga 46,16 juta Dollar di rumah lelong Sotheby's.


Sumber : http://www.uniksemua.com

Fuuhhh... ini sangat berani kerana mengusik rosmah

Kalau dia di Malaysia sudah pasti masa depannya gelap...

Jiwa lara-Mawi feat. Rosmah

Semoga anda terhibur.. Rare video ni!

Smartphone keluaran G-Shock



Is it a landmine? A taser? Or both? Say hello to the latest in a line of rugged smartphones from Casio, the official G-Shock smartphone. Featuring looks that only a mother could love, the G-Shock phone mirrors heavily Casio's successful line of durable wrist watches. Gone are the usual set of Android capacitive buttons along the bottom instead, replaced by physical buttons around the perimeter of the device. You know — on its… muscles.

Like a G-Shock watch on steroids, Casio's upcoming device incorporates the usual sets of weather resistance you would expect from a device this pumped up, featuring:

Shock resistant to 10 feetWater resistant to 1.0 bar (10m)Pressure resistant to 1.0 barMetal case backPlastic/resin constructionTestosterone. Lots of testosterone (may be subject to change)

I never thought I'd say this but — the G'zOne Commando actually looks pretty timid after viewing this beast. Still no word on carrier, pricing 0r availability (or the type of ammo the G-Shock phone will using) but we'll keep you guys posted.

I know there's gotta be a few of you out there that like the handsome good looks of this device. Speak up in comments!



Original Page: http://phandroid.com/2012/01/23/casio-g-shock-smartphone-is-an-impenetrable-fortress-wants-you-to-get-to-the-choppa/

Cerita Disebalik Penglibatan Zizan Bersama Ustaz Azhar Idrus


Zizan Raja Lawak & Ustaz Azhar Idrus

Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus. Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya. Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah, juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus. Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.

Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000.

Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur (Kerajaan Negeri Selangor). Namun, atas dasar menghormati Zizan salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.

Bayangkan, ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi, bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat. Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur-unsur dakwah. Allah pasti akan bantu. Insyaallah.

Dipetik dari status founder wootmedia.my




Monday, January 23, 2012

Ini Jawapan Yang Keluar Dari Mulut Makcik Rosmah....


Rosmah kata apa yang disiarkan oleh Australia Sydney Morning Herald bahawa beliau telah berbelanja A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney adalah karut dan tidak benar.


Karut dan tidak benar?

Kalau karut dan tidak benar kenapa tidak disaman saja akhbar Australia Sydney Morning Herald tu??(ASD)

Rosmah sangkal dakwaan berbelanja mewah

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya - Malaysiakini

Rosmah sangkal dakwaan berbelanja mewah

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya - Malaysiakini

Siasahkini@sk-Macamna???????Leh caya tak??Kalau orang Umno kata kita biarla kat makcik rosmah nak berbelanja besar pun sebab itu duit dia.Duit laki dia dan bukan duit kerajaan dan bla,bla,bla..Tapi.....Aku nak persoalkan mana dengan konsep wasatiah yang dicanang oleh kerajaan selama nie???Duk suruh rakyat wasatiah la,berjimat la.Tapi diri tu tak buat pun...Cakap tak serupa bikin ja....Oooooo...inilah wasatiah Umno rupanya....

Original Page: http://siasahkini.blogspot.com



Sokong Najib Tun Razak Saman Sydney Morning Herald

Harian Australia The Sydney Herald melaporkan di laman web mereka:

"The wife of the Malaysian Prime Minister, Najib Razak, is known across Malaysia simply as FLOM (First Lady of Malaysia), and is Kapp's biggest customer, having dropped an estimated $100,000 in his boutique ordering garments during a private holiday in Sydney a little more than a fortnight ago"

TERJEMAHAN:Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, yg dikenali di Malaysia sebagai FLOM adalah pelanggan terbesar Kapp(seorang pereka fesyen terkenal Australia bernama Carl Kapp) telah membeli sejumlah pakaian berjumlah AD100,000 (kira2 RM325k)di butik milik Kapp sewaktu Rosmah bercuti di Sydney kira-kira 2 minggu lepas.


Sekiranya berita ini benar. maka is adalah satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat Malaysia yang majoritinya sdg hidup dalam arus kenaikan harga barang dan kejatuhan tahap gaji yang begitu serius.

Di manakah isteri PM mendapat wang yang sebegitu banyak untuk berbeli belah dalam masa beberapa jam.

95% rakyat Malaysia akan menghabiskan hayat mereka dalam keadaan tidak pernah melihat wang sebanyak RM325 ribu ini. Isteri PM pula boleh menghabiskannya dalam masa beberapa jam.

Maka, sekiranya khabar ini tidak benar, wajiblah Perdana Menteri Malaysia menyaman harian Sydney Morning Herald kerana fitnah.

Tulang Besi



Kenyataan Ibrahim Ali Merupakan Penghinaan Kepada DYMM Sultan Selangor

Tindakan Ibrahim Ali yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikan Exco Kerajaan negeri yang baharu dan rombakan portfolio Hal Ehwal Islam jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair. Percubaan beliau melaga-lagakan PAS dan Kerajaan Selangor juga agak pelik apabila melihat sejarah beliau sendiri dengan PAS.

Siapa yang dapat melupakan bagaimana beliau mengkhianati PAS umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada 2008. Hari ini beliau terhegeh-hegeh pula dengan UMNO sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti.

Kita tidak mempersoal tindakan Ibrahim Ali yang kini begitu akrab dan bersekongkol dengan mantan Exco Agama Dato' Dr Hasan bin Ali. Namun keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada DYMM Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor. Keputusan Tan Sri Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam.

Tuduhan Ibrahim Ali bahawa pelantikan Tan Sri Khalid sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor amat keterlaluan. Kita ingatkan Ibrahim Ali bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Baginda Tuanku.

Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan. Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno.

Selaku umat Islam seharusnya Ibrahim Ali mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah Allah agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni Allah swt. Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat. Ungkapan yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini. Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini.

YAB Dato' Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana. Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan.

FAEKAH HUSIN

SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


Sunday, January 22, 2012

Sejak bila Robert Kouk tak pro UMNO... kahkahkah...

Politik Roti


Beberapa hari lepas sempat juga saya membaca, mengenai kisah persaingan di antara roti Gardenia dan Mossimo. Roti pun menjadi bahan politicking di Malaysia ini!

Katanya Gardenia adalah pro UMNO dan Mossimo pula 'pro Cina'. Maka pembeli Cina khususnya disaran untuk memulau Gardenia. Tidak saya sangka pula selama ini Raja Gula, Robert Kouk pemilik Roti Mossimo tidak pro-UMNO. Kalau dia tidak pro-UMNO, bagaimana dia dapat monopoli AP gula? Mungkin dia gula-gulakan UMNO sahajakah?

Mungkin itulah sebabnya mengapa soal pro-PR tidak ditimbulkan. Kerana Raja gula pun pro UMNO juga. Maka kempennya diubah kepada soal perkauman. "UMNO kata Cina tak penting, mari kita tunjuk kuasa ekonomi Cina dan boycott roti Melayu UMNO iaitu Gardenia. Kita tak pro-PR tapi kita pro-Cina", seolah-olah itulah apa yang dikatakan mereka.

Saya secara peribadi tidak boleh terima seruan yang berbau perkauman yang sebegini. Saya harap semua rakyat Malaysia terutamanya kawan kita yang berbangsa Tiong Hua pun menolaknya. Semangat perkauman tiada tempat dalam masyarakat negara ini. Lebih-lebih lagi di kalangan orang Islam kerana Nabi tidak mengaku ummat. Begitu juga harapnya kesedaran yang wujud di kalangan masyarakat bukan Islam.

Dalam kita berusaha untuk membina budaya politik baru, kita kena berhati-hati dengan golongan yang menggunakan sentimen yang sebegini. Ianya merosakkan suasan harmonis di kalangan rakyat. Semangat perkauman mampu mengaburkan mata sehingga kebaikan pihak lain langsung tidak kelihatan.

Sekiranya roti Mossimo itu sedap, murah dan berkhasiat, saya pasti ianya mampu menembusi pasaran roti Gardenia tanpa bantuan semangat perkauman yang terkutuk ini. Adakah kualitinya begitu buruk sehingga terpaksa menggunakan kaedah perosak yang seperti ini? Saya pasti tidak. Sudah pasti raja gula mampu mengula-gulakan pembeli tanpa menggunakan racun yang pahit seperti ini.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


Kaki Pau Dalam Bentuk Organisasi Kerajaan



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop untuk berdebat mengenai dakwaan BN bahawa tol di lebuhraya tidak boleh dihapuskan.

Lim berkata beliau bersedia berdebat dengan Nor Mohamed, menteri yang bertanggungjawab menjaga Unit Perancang Ekonomi pada bila-bila masa dan mana-mana tempat berhubung dakwaan kerajaan mengapa beberapa tol yang sedia ada tidak boleh dihapuskan.

"Mengapa kita tak boleh hapuskan tol bila PLUS untung 308 peratus. Mari bahas mengikut isu dan fakta, bukan dengan emosi dan sentiment. "Dia seorang menteri, saya seorang Ketua Menteri, kami setara. Mari kita berdebat demi kepentingan rakyat," cabar Lim.

Sebelum ini, Nor Mohamed membuat kenyataan bahawa janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan tol jika mereka berkuasa di Putrajaya sebagai tidak masuk akal.

..............


Come on Pak Menteri,sahut cabaran dia.

Alang2 nak melakukan transformasi negara, jadikan budaya berdebat secara open dan live satu benda yang common untuk membuktikan kepada rakyat yang menteri tahu apa yang dia buat dan bukannya sekadar jadi menteri kerana gagah berpolitik semata-mata. Gunakanlah rancangan debat dalam RTM tu sebagai pentas nak "counter" balik pembangkang. Ajak pembangkang share pentas. Setakat lawan balik pembangkang dengan ayat "diorang tu bukan tau apa, nak lawan kerajaan aje tau" takkan berkesan nak tarik sokongan orang ramai.

Personally, aku mahukan content. Tapi menteri kebanyakannya bila bercakap, angin aje keluar. Aku berharap benar dapat dengar menteri bercakap dan berhujah guna akal diorang sendiri dan bukannya teks ucapan yang disediakan oleh orang lain untuk dibaca menteri.

Kalau benar apa yang pembangkang kata tu salah..sila buktikan. Cakap kosong takde guna. Cakap dalam RTM aje pun takde guna. Kau nak yakinkan orang2 yang skeptikal macam aku? Nak suruh aku undi dacing? Dah berapa tahun kerajaan pakai "anda mesti menyokong Barisan Nasional kerana anda PERLU menyokong Barisan Nasional sebab takut nanti Malaysia nanti Cina pegang" ?

Itu alasan anda nak berkuasa dan take control.

Bukan sebab munasabah untuk aku pangkah BN.

If you felt you are better because that Chinese DAP Dude or Anwar the bi-sexual Malay traitor can talk cock only and UMNO Malay minister are the guardian of Malaysia...show us prove that Malay minister from UMNO is actually better compared to the opposition, intellectual and governing wise.

"Look at what UMNO have bring to Malaysia since independent is not a valid answer" for the question.

Translation "MINDEF style" untuk anda yang Englishnya kantoi :

Jika anda berasa anda lebih baik kerana itu Cina DAP Dude atau Anwar pengkhianat Melayu bi-seksual boleh bercakap zakar sahaja dan Melayu menteri UMNO adalah penjaga Malaysia ... yang menunjukkan kepada kita membuktikan bahawa menteri Melayu dari UMNO sebenarnya lebih baik berbanding dengan pembangkang, intelektual dan mentadbir bijak.

"Lihatlah apa yang UMNO telah membawa ke Malaysia sejak bebas bukan jawapan yang sah" untuk soalan.

Kesimpulan aku senang aje..

a.) Menteri Kerajaan sekarang = Sokong tol diteruskan

b.) Menteri Pembangkang = Nak mansuhkan tol

c.) Aku = Tak suka bayar tol

d.) Aku = Takde nampak reason perlu sokong kerajaan sedia ada

Sebagai rakyat biasa, perlu ke aku risau dengan masa depan kalau menteri yang pegang ekonomi kata "mansuhkan tol tak masuk akal" padahal main target dia sepatutnya adalah "carik jalan untuk orang tak payah bayar tol sebab tol is a privilege to be paid by those who want and can afford it, not a necessity"?

cursingmalay


ds ROSMAH MASIH BERBELANJA BESAR?

Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

Menurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.
Oktober lalu, anak perempuan Najib, yang tidak dinamakan, telah dilaporkan oleh akhbar Western Australian telah berbelanja mewah di David Jones di Perth semasa Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM).

Akhbar itu kemudiannya membuat pembetulan kepada laporan tersebut, dengan memetik sumber tanpa nama, selepas Najib berkata anak perempuannya tidak berada di Perth pada masa it


http://suwaritimur.blogspot.com/2012/01/ds-rosmah-masih-berbelanja-besar.html

Friday, January 20, 2012

Cipta muzik hanya dengan menggunakan peralatan yang ada.. Kreatif!!


Anwar saman Utusan Malaysia RM150 juta



Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM150 juta terhadap Utusan Malaysia ekoran laporan akhbar itu menyatakan kononnya beliau menghalalkan homoseksual.

Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar berkata, akhbar milik Umno itu mereka pembohongan pada laporan berita muka depannya bertajuk "Tolak Anwar – Hasan" pada 17 Januari.


Peguam Anwar, N Surendran dan Latheefa Koya memfailkan saman berjumlah RM150 juta terhadap Utusan

Saman difailkan firma guaman M/s Daim & Gamany, dengan ketua pembangkang itu menuntut RM50 juta sebagai gantirugi, serta kos-kos lain yang akan ditentukan pihak mahkamah.

Manakala, peguam beliau, N Surendran berkata, mereka juga akan meminta mahkamah menganugerahkan RM50 juta sebagai gantirugi teruk dan RM50 juta lagi gantirugi teladan.

"Kami menuntut jumlah yang tinggi kerana dakwaan-dakwaan tersebut telah sampai ke peringkat antarabangsa dan juga telah menjejaskan imej Anwar sebagai seorang negarawan," kata Surendran.

Anwar menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarang Utusan Malaysia (Melayu) Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.

Utusan pada 17 Januari lalu memutar belit kenyataan Anwar dalam satu temubual dengan rangkaian penyiaran British (BBC), berdasarkan komen bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hasan Ali yang dipecat.

Ketua Pembangkang itu dituduh kononnya mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan didakwa  menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Utusan turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.

Komen Hasan itu disiarkan dengan memutarbelitkan kenyataan Anwar yang menolak undang-undang berkaitan liwat kerana ia dimanipulasi pemerintah zalim demi kepentingan politik parti pemerintah.


http://keretaburuk12.blogspot.com

Tol untuk kepentingan rakyat..

Kini hangat pasal tol samada boleh dihapuskan atau tidak. Ikut fatwa barisan nasional tak boleh dan apa sebab tak boleh tidak pulak dihuraikan secara ilmiah dan panjang lebar. Misteri gituuuu...

Ikut fatwa pakatan rakyat pulak tol boleh dihapuskan kerana keuntungan mencecah 308%. Besar sungguh keuntungannya gua kira.

Gua rasa topik ini boleh dibincangkan atas nama kepentingan rakyat kerana gua kira mangkuk tingkat sahaja yang setuju kalau tol naik setiap tahun. Tolak tepi boss2 yang jaga tol.

Cabaran sudah dibuka oleh lge kepada menteri yang terbabit untuk debat.. Gua Tengah tunggu samada menteri tersebut ada buah pelir atau tidak untuk menyahut debat terbuka tersebut..

Untuk kepentingan rakyat derr.....

Percubaan Hasan Ali utk Kekal Exco Gagal!!!!

Adapun HAsan Ali telah menghantar surat kepada MB Selangor mempersoalkan kecepatan penggantian beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Pada hemat Tulang Besi, surat tersebut adalah jalan akhir supaya MB Selangor menghentikan proses perlantikan Exco baru seterusnya memberi masa kepada Hasan Ali.

Masa ini penting kerana Hasan Ali akan membuat rayuan kepada Majlis Syura. Dan hampir pasti Majlis Syura akan menerima kembali HAsan Ali sebagai ahli PAS.

Masakan tidak. Salah seorang ahli Majlis Syura telah berada di rumah Hasan Ali sekaligus berucap memberi sokongan moral kepada Hasang Ali.

Bukan setakat berucap, siap memberitahu hadirin dia mewakili Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

Hairan sungguh. Apa hal nya Majlis Syura Ulama meraikan seorang ahlinya yang baru kena pecat.

Ibarat Menteri Dalam Negeri pergi bertemu Mona Fendey sejurus selepas Mona Fendey dijatuhkan hukuman mati.

Maka, sekiranya Tan Sri Khalid bersetuju melengahkan perlantikan exco baru dan menunggu proses rayuan Hasan Ali kepada Syura, nescaya HAsan Ali akan diterima kembali sebagai ahli PAS dan beliau akan kekal sebagai Exco.

Syukurlah Tan Sri Khalid menolak surat Hasan Ali itu dan nampaknya Hasan Ali kempunan

Alhamdulillah

Tulang Besi

http://www.malaysiawaves.com/


Thursday, January 19, 2012

Gempar!! Rosmah Di Aibkan Laman Web Luar Negara




Rosmah Mansor kena lagi. Selepas isu beli cincin 24juta dengan alasan duit disimpan sejak kecil, kini Rosmah dimalukan pula di 9gag dengan tajuk Spent US203150 Public Fund On A Handbag, Clain To Save Money Since.


Rosmah ni nampaknya dah menjadi liabiliti terbesar Najib menjelang PRU13 mengalahkan Anwar Ibrahim. Di akhir entry ni aku ada siapkan calculation berapa yang Tok Mah perlu menabung sehari untuk capai impian membeli kedua dua cincin dan beg tangan . So baca sampai habis .

Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat sesuatu untuk menghentikan dirinya dari terus dipermainkan akibat dari karenah isteri beliau. Terbaru, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor telah dipermainkan dalam laman lawak antarabangsa terkenal, 9gag.com dengan tajuk "Prime Minister's wife".

"Rosmah telah didakwa membelanjakan US$203,150 wang awam untuk membeli bag tangan. Tetapi menjelaskan telah menyimpan wang sejak berumur 5 tahun." (Spent US$203,150 public funds on handbag, Claim to saved money since 5 years old).

Yang menariknya, selepas ia dinaikkan 21 jam, sudah 112 komen diberikan manakala 162 pelayar telah menandakan 'like' kepada gambar yang memalukan ini. Sehingga kini sudah 234 komen dan 480 telah kongsikannya. Komen -komen pula bukannya datang dari Malaysia sahaja tetapi juga luar negara khasnya negara jiran, Singapura.

Komen pertama datangnya dari Chua Chem Fei, Nanyang Technological University yang berharap 'seluruh dunia tahu betapa teruknya 'this fat lady'. Selain itu, ramai juga komen-komen yang dibuat oleh pelayar laman ini dari Malaysia. "$9 a day since 5 years old. That's kinda like RM30 per day..i gues she really liked the bag..lol." tulis Faiz Mohamad Nor dari UTP.

Pendek kata, komen-komen yang diberikan dalam laman sangat memalukan Najib dan negara apatah lagi ia dibuat di peringkat antarabangsa dan oleh laman web antarabangsa.


**Rosmah rosmah. Bila lah kau nak berubah ye? Alasan tak masuk akal langsung. ok jom kita kira sama sama.

Dulu US24 juta dan sekarang US$203,150.


campur dua2 = US 24,203,150 .


Convert kepada RM lebih kurang cincai2 Rm3 la katakan, = RM72690450

Umur Rosmah sekarang 60. Dah tua bangka dah. kita kira 55 sebab dia cakap dia start menabung dari umur 5tahun kan?


RM72690450 bahagi 55 = RM1321644.55 untuk setahun

bahagi lagi dengan 365 = RM 3620.94 sehari .(GILAAAA)

So untuk mencapai impian memiliki sebentuk cincin dan sebuah beg tangan, secara logiknya, Rosmah perlu menabung sebanyak RM 3620.94 sehari. Adakah anda rasa ini logik? Ok memang kira kira aku ni tak logik kan? Mungkin bila dah meningkat dewasa dia boleh simpan sehari RM10,000 kan? itu yang sampai 24Juta dalam masa 55tahun tu.


Kejap, kerja dia apa ek sampai boleh simpan banyak macam tu? Dulu dia Business Manager je dekat Island and Peninsular. Lepas kahwin terus jadi surirumah full time. So mana dapat duit banyak tu Tok Mah weii? ~pencacaisemalaysia

http://addin77.blogspot.com

AGAK2 KORANG LEMBU2 SHAHRIZAT BOLEH BUAT SKILL MACAM NI TAK?


Kondo dah dapat takkan skill macam ni tak boleh buat kut kah3.....Majulah lembu untuk negara...

http://naimnikmat.blogspot.com/2012/01/agak2-korang-lembu2-kak-jat-boleh-buat.html?m=1

JABATAN YANG BERKENAAN SILA AMBIL TINDAKAN!!! ADA CASHIER ISLAM YANG TERINAYA, DISURUH PEGANG DAGING BABI!!!

Juruwang pasaraya di kamunting disuruh pegang daging babi tanpa lapik !!!


SAYA adalah salah seorang juruwang (cashier) yang bekerja di sebuah pasar raya di Kamunting, Taiping. Pada tarikh 11.01.2012, lebih kurang pukul 3 petang, pihak pengurusan telah membuat mesyuarat di antara semua juruwang. Di dalam mesyuarat tersebut, pengurus kami menyatakan ada seorang pelanggan bukan Islam telah membuat aduan kepada pihak atasan mempertikaikan mengapa juruwang Melayu Islam memegang daging babi beralaskan plastik seolah-olah menghina makanannya.

Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, "Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain."

Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak.

Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya.

Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja. Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini. Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang.

Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT. Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini.

Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter 'Tidak Halal' untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam. Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam. Bagaimana tahap kesuciannya?

Saya ingin mengadukan perkara ini kepada jabatan agama atau pihak berkuasa lain, tetapi saya tidak pandai untuk membuat sendirian.

Tolonglah sesiapa yang membaca artikel ini, bantulah kami orang Islam yang ditindas di pasar raya ini, juga pelanggan Islam yang mengunjungi pasar raya ini.

JURUWANG TERANIAYA
Taiping, Perak

http://naimnikmat.blogspot.com/2012/01/jabatan-yang-berkenaan-sila-ambil.html?m=1

Hasan Ali seperti ‘buah buruk’, tak perlu petik akan jatuh sendiri, kata veteran PAS



The Malaysian Insder - Veteran PAS Subky Abdul Latif mengibaratkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali seperti "buah buruk" yang akan jatuh bila-bila masa tanpa perlu "dijolok."


Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Subky berkata kepimpinan PAS tidak perlu melayan dan ambil peduli tentang tuduhan yang dilemparkan Hasan terhadap parti itu.


Beliau juga berkata Hasan kini hanya "orang luar" dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Hasan (gambar) dipecat keanggotaannya pada 8 Januari lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.


"Beliau (Hasan) bukan lagi ahli PAS, jadi suka hati beliau nak kata apa...kita tidak boleh nak arahkan beliau lagi sebab beliau sudah dipecat.


"Kalau kita layan pun tak guna, tidak jejaskan kita dan Pakatan Rakyat. Beliau ibarat buah buruk, buah buruk ini kalau dijolok jatuh...tak dijolok pun boleh jatuh sendiri. Jadi kita tidak perlu buat apa-apa," kata Subky.


Bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan ini berkata Hasan kini sudah bebas menambah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu "boleh buat apa sahaja yang disukai."


"Beliau bukan orang pertama yang keluar dari Pakatan Rakyat, dalam PAS beliau orang pertama.


"Terpulang kepada beliau nak kata apa...tak usah peduli, buang masa sahaja," katanya.


Semenjak dipecat, Hasan telah mengeluarkan pelbagai kenyataan terhadap PAS, Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Malah Hasan juga menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penjelasan sebenar tentang pemecatannya selain mahu mendedahkan kumpulan "parasit" dalam PAS yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam.


Kata Hasan, identiti kumpulan berkenaan hanya akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.


Menyentuh mengenai kewujudan "parasit" dalam PAS, Subky secara berseloroh berkata ia bukan masalah kepada parti Islam itu untuk "tangkap dan masukkan dalam botol" kerana dibarisi ramai tokoh agama.


"Parasit ini satu jenis makhluk spesis hantu, dalam PAS kita ada Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am) dan Datuk Ismail Kamus yang boleh kenal parasit sebab mereka ini pengamal perubatan Islam.


"Mereka boleh tangkap parasit dan masukkan dalam botol kalau betul-betul ada," katanya sambil ketawa.

http://keretaburuk12.blogspot.com/2012/01/hasan-ali-seperti-buah-buruk-tak-perlu.html