Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Saturday, June 30, 2012

Detik BUNUH DIRI Jutawan Selepas Dijatuhkan Hukuman DIRAKAM MAHKAMAH



Terkejut: Michael Marin menekup mukanya selepas dia didapati bersalah sebelum menelan sesuatu ke dalam mulutnya.

Adakah ini saat yang paling menakutkan bagi seorang jutawan yang disabitkan bersalah kerana membakar rumah mewahnya yang bernilai USD 3.5 juta dan sanggup menelan racun di mahkamah pada Khamis 28 Jun yang lalu?.

Sebaik saja keputusan bersalah dibacakan, Michael Marin menutup matanya dan menekup mukanya sebelum tangannya kelihatan memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya.

Beberapa minit kemudian, lelaki berusia 53 tahun inu rebah ke lantai, mengelupur dan mati.

Detik-detik yang mengejutkan ini telah dirakamkan oleh kamera di Mahkamah Superior County Maricopa di Arizona, di mana Marin telah dibicarakan sejak bulan Mei.

Cemas: Marin, bapa kepada empat orang anak ini merenung jauh ketika menunggu keputusan juri.

Beliau didapati bersalah kerana membakar rumah mewahnya di Phoenix pada 5 Julai, 2009, kerana menurut hujah pendakwa dia tidak lagi mampu membayar pajak gadainya.

Jabatan Bomba yang menjalankan penyiasatan membuat kesimpulan bahawa kebakaran itu adalah perbuatan sengaja selepas mengenal pasti punca asal kebakaran yang memusnahkan rumah seluas 6600 kaki persegi ini dan memiliki 4 buah garaj.

Marin telah ditemui di luar rumahnya yang terbakar selepas memanjat turun dari bilik tidur tingkat dua menggunakan tangga tali sambil memakai pakaian selam skuba, menurut laporan Fox News.

Marin menghadapi hukuman penjara 16 tahun kerana pertuduhan melakukan pembakaran dalam struktur yang diduduki, hukuman yang sama seperti melakukan pembunuhan peringkat kedua di Arizona.

Kecemasan 911: Marin telah dibawa ke hospital di mana beliau kemudain disahkan telah meninggal dunia.

Rakaman dari mahkamah semalam menunjukkan Marin yang terkejut dengan keputusan juri telah menekup mukanya dengan tangannya sebelum memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya.

Dia kelihatan cuba untuk menelan beberapa kali sebelum minum dari botol air yang disediakan di atas mejanya.

Beberapa minit kemudian dia kelihatan sukar untuk bernafas sebelum rebah dan cuba diberikan bantuan.

Marin kemudian telah dibawa ke hospital di Arizona di mana beliau disahkan telah meninggal dunia.

Bantuan perubatan: Marin sedang diusung ke dalam ambulans selepas rebah di mahkamah.

Ujian toksikologi akan dijalankan ke atas pada jasad bekas pelabur Wall Street ini dan juga botol air yang diminumnya.

Jurucakap mahkamah, Jeff Sprong memberitahu Fox: "Sudah tentu jika anda menonton video itu, ia kelihatan seperti memasukkan sesuatu di dalam mulutnya.

Bagaimanapun kita tidak boleh mengesahkannya pada saat ini dan sehingga laporan toksikologi dikeluarkan.

Kami akan menghubungi keluarganya untuk melihat jika (bunuh diri) ini adalah sesuatu yang beliau pernah bayangkan akan melakukannya, mungkin dia ada meninggalkan nota untuk memberitahu, ia perlu disiasat dengan teliti dengan harapan kita akan mengetahui sebab mengapa dan apa yang telah dia lakukan."



(Via Pulakdah!)

Dr Zul - Apakah Dia Hakikat Ilmu?

Siapakah dia Hatim al-Asam dan apakah jawapan beliau kepada guru beliau iaitu Sheikh Syaqiq al-Balkhi saat ditanya pada beliau apa yang beliau telah perolehi selama 33 tahun beliau menuntut ilmu. Jawapan yang sungguh dahsyat serta sungguh menyeluruh hatta dikatakan ia adalah ilmu yang meliputi inti pati kitab samawi yang empat.

Kupasan yang sungguh panjang lebar dan padat dari soalan yang ke 20 dalam kitab "Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf" yang dikarang oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan di syarahkan di Madrasah As-Saidiyyah, Seremban. Semoga bermanfaat buat kalian











Friday, June 29, 2012

Guna barang disekeliling anda untuk ikat cable..


If you need to wrap up cables or headphones but don't want to deal with zip ties or twisty ties, you can simply use binder clips to easily hold them together for storage. More »


(Via Lifehacker)

Salinan Waran tangkap bakal besan Najib, terlibat 6 kes jenayah

 

SEBELUM ini MiLo SuaM pernah mendedahkan bagaimana bakal besan Najib dan Rosmah, Maira Nazarbayev diburu Polis Antarabangsa, Interpol rujuk sini [Maira Nazarbayev].

Sejak siang tadi pula, bakal besan Najib dan Rosmah itu diberitakan telah ditangkap oleh Polis Antarabangsa, Interpol mewakili pihak berkuasa Kazakhstan atas dakwaan jenayah culik dan peras ugut rujuk sini [Maira Nazarbayev ditangkap].

Bagi menguatkan lagi berita tersebut, di bawah ini disiarkan salinan waran tangkap beliau yang berbahasa Kazakhstan. Perempuan itu didakwa memiliki enam kes jenayah.







Baca terjemahan waran tangkap ini di sini, klik [ASD]

ReJaM© "Tidak lama lagi Najib pula bakal diburu Interpol? "

(Via MiLo SuaM)

Wednesday, June 27, 2012

Fatwa Terkini buat umat Islam Malaysia - Bukan Dari MFK

 

Kalau nak diharapkan Fatwa resmi dari majlis fatwa kebangsaan aku rasa sampai kiamat pun tak akan keluar, tak tahu apa pasal,, telor dah kepit agaknya.., sedangkan ini amat penting buat semua kita umat islam di Malaysia... 


Namun Alhamdulillah, ada lagi hamba-hamba Allah yang berilmu dan amanah dengan ilmu yang dikurniakan Allah kepada mereka, mereka bertanggungjawab menyampaikkannya.. 


Tahniah buat Ustaz-ustaz yang sanggup mengeluarkan ijtihad... 


 
Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji



Oleh
Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)


Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai. 

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah : 

(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian. 

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi. 

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara. 

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala : 

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil 
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman






Monday, June 25, 2012

Spesis Terakhir Icon Galapagos "Lonesome George" Mati Di Umur 100 Tahun


Last-of-his-tortoise-species, Lonesome George, a Galapagos icon, dies at 100
Lonesome George, the last known individual of the Pinta Island Tortoise, subspecies Geochelone nigra abingdoni, one of the eleven subspecies of Galapagos tortoise, is pictured at Galapagos National Park's breeding center in Puerto Ayora, Santa Cruz island, Galapagos on March 18, 2009. (Getty Images)
(CBS/AP) QUITO, Ecuador - Ecuadorean officials say that the famed Galapagos giant tortoise Lonesome George has died.
The Galapagos National Park says in a statement that the tortoise estimated to be about 100 years old died Sunday.
Lonesome George was first seen by a Hungarian scientist on the Galapagos island of Pinta in 1972, reports BBC.
He was believed to be the last living member of the Geochelone abigdoni species and had become a symbol of the islands that helped inspire Charles Darwin's ideas on evolution.
Various mates had been provided for Lonesome George over the years in unsuccessful attempts to keep his subspecies alive.
Scientists had said he was not especially old and had expected him to live another few decades at least.
The park said the cause of his death would be investigated.
There are unique tortoises on several of Galapagos' islands, but scientists figured out Lonesome George was likely the last of his kind not long after he was first spotted.
In an article for the Tortoise Trust, Vicki Seal writes:
"Once there were millions of giant tortoises. In the age of the dinosaurs they covered most of the Americas, Europe and Asia. Like other dinosaurs they began to die out when mammals evolved and they were neither clever enough nor fast enough to compete for food.
But three million years ago, the Galapagos Islands burst out of the Pacific Ocean. For centuries these volcanic wastelands were bare. Then seeds carried by birds took root, the birds themselves stayed, and animals arriving on rafts of vegetation carried by ocean currents no longer perished.
Among there animals were the giant tortoises. They landed on 10 of the islands and have become adapted to the conditions of each.
Charles Darwin, visiting the islands in 1835, saw that the tortoises on each island were different although they had obviously descended from a common stock which was now extinct on the mainland. This observation formed part of his world-changing Theory of Evolution by Natural Selection."
(Via MOUNTDWELLER)

Hotel paling mewah dan mahal di dunia

Gilo..

It is not that easy to get a key to one of these rooms with bullet-proof windows, marble floors and amazing views of the city. The most expensive hotels in the world are waiting to be discovered by you.
10th place: Imperial Suite, Park Hyatt Paris-Vendome
1The World
Area: 200 sq.m.
Amenities: balcony area of 59 sq.m., dining area, bar display, steam room shower, whirlpool bath, massage table.
Rates: $14,797 per night.
9th place: Royal Suite, Four Seasons Hotel George V in Paris
2The World
Area: 244 sq.m.
Amenities: antique furniture, marble entrance foyer, private office, guest powder room, steam room.
Rates: $15,277 per night.
8th place: Royal Suite, Le Richemond Hotel in Geneva
3The World
Area: 230 sq.m.
Amenities: swimming pool mosaics, parquet, bullet-proof windows, 27 sq.m. terrace overlooking Geneva and the Alps.
Rates: $16,680 per night.
7th place: Royal Suite, Burj Al Arab Hotel in Dubai
4The World
Area: 779 sq.m.
Amenities: marble floors, office furniture, private cinema, four-post bed, Rolls-Royce with a personal driver or a helicopter at an additional cost.
Rates: $17,152 per night.
5The World
Area: 236 sq.m.
Amenities: piano, library, meals included, suites overlooking Red Square.
Rates: $17,355 per night.
5th place: a suite in Atlantis Resort Hotel in Bahamas
6The World
Area: 440 sq.m.
Amenities: 10 rooms, butler, kitchener, marble bathrooms. Michael Jackson, Michael Jordan and Opran Winfrey used to stay here.
Rates: $23,835 per night.
4th place: King’s Penthouse, President Wilson Hotel in Geneva
7The World
Area: 1200 sq.m.
Amenities: four rooms, six bathrooms, a room for cocktail parties (up to 40 guests), bullet-proof windows.
Rates: $31,462 per night.
3rd place: Penthouse, Four Seasons Hotel in New York
8The World
Amenities: 360 degree panorama, 1.5-meter glass chandeliers, huge piano, nine rooms, butler, cable TV.
Rates: $32,370 per night.
2nd place: Hugh Hefner’s Suite at Palms Casino Resort Hotel
9The World
Area: 929 sq.m.
Amenities: butler, rotating bed, mirrored ceiling, Jacuzzi overlooking Las Vegas.
Rates: $38,070 per night.
10The World
Area: 1188 sq.m.
Amenities: heated swimming pool, steam room, private beach, butler, chef, piano with a pianist.
Rates: $47,527 per night.

(Via borak kosong)

Saturday, June 23, 2012

Rupa-Rupanya Sebab Nih Ketua Pemuda MCA Hentam Pengerusi SPR

KUALA LUMPUR: Manifesto pilihan raya adalah satu dokumen umum tentang dasar dan matlamat sesebuah parti politik, bukannya sesuatu yang di luar jangkaan untuk tidak boleh dibentangkan secara langsung di televisyen.Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata sekiranya debat antara pemimpin politik yang lebih kompleks sifatnya dibenarkan bersiaran secara langsung, mengapa pendekatan serupa tidak boleh digunakan dalam pembentangan manifesto.


"Bagi saya apa bezanya, kalau kita boleh buatnya secara langsung mengapa tidak. Kalau kita tengok, debat antara (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dan (Presiden MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek boleh dibuat secara langsung, kenapa tidak boleh dibuat pada manifesto.

"Jadi, kalau manifesto adalah satu dokumen di mana menghalkan soal perjuangan dan apakah penekanannya, saya tidak nampak kenapa perlu dibuat secara rakaman, kecuali dia (parti politik) ada tiga atau empat set manifesto, itu saya tidak tahu," katanya mengulas keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan setiap parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan geran akademik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada 50 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina di Sekolah Menengah Persendirian Chung Hwa di sini, Sabtu.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam temu bual bersama Bernama dan RTM semalam dilaporkan berkata ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.

Menjadikan Kejohanan Bola Sepak Piala Eropah (EURO 2012) yang sedang berlangsung sebagai contoh, Wee, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata sebagaimana perlawanan bola sepak, masyarakat juga mahu setiap maklumat termasuk pembentangan manifesto dapat disakskan secara langsung."Semua orang hendak mendengar dengan cepat, ghairah nak tahu sesuatu yang pada saya ini adalah citarasa rakyat dan seperti kita menonton perlawanan bola sepak, sehingga ada yang sanggup bangun pukul 2.45 pagi semata-mata untuk tengok secara langsung, walau ada yang kata, kenapa tidak tunggu awal pagi esok saja untuk siaran ulangan," katanya.

Berhubung pemberian geran akademik, beliau berkata pelajar berkenaan masing-masing menerima RM15,000 setahun bagi tempoh tiga tahun pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di dalam dan luar negara.Pemberian geran akademik tersebut merupakan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertujuan mewujudkan peluang kepada generasi muda untuk menerokai dan membangunkan potensi diri mereka.-BERNAMA

Published on Addin

Friday, June 22, 2012

LIN DAN KINI PEMAIN NO 1 DUNIA

 

Lin Dan rampas kedudukan pemain no. 1 dunia. Selepas bertahan selama 191 minggu sebagai pemain nombor satu dunia akhirnya Datuk Lee Chong Wei terpaksa melepaskan kedudukan itu kepada seteru utamanya, Lin Dan beberapa minggu sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik London.
 

 

Dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan hari ini, jaguh China itu melonjak ke tangga teratas selepas mengumpul 93,313 mata, mengatasi Chong Wei 91,898 mata.
 
Kecederaan yang membelengu pemain berusia 29 tahun sehingga tidak dapat beraksi pada Siri Super Premier Terbuka Indonesia minggu lalu membuka laluan kepada Lin Dan untuk kembali merampas kedudukan.
 
Dua lagi jaguh China, Chen Long dan Chen Jin kekal di tangga ketiga dan keempat.
 
 
Kejatuhan kedudukan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Chong Wei di Olimpik London kerana undian dan pemberian status pilihan dilakukan berdasarkan ranking pada 3 Mei, 2012. 
http://feeds.feedburner.com/BulanPurnama

(Via Blog Bulan Purnama)

Wednesday, June 20, 2012

Kahwin Lari, Ayah di India Penggal Kepala Anak

 

Seorang ayah di India memenggal kepala putrinya sendiri dan mengaraknya keliling kampung. Hal ini dilakukan lantaran dia marah, putri sulungnya itu selingkuh dan kahwin lari.

Diberitakan Washington Post, Isnin 18 Jun 2012, lelaki bernama Ogad Singh ini langsung menyerahkan diri kepada polisi setelah puas mengarak kepala anaknya yang berlumuran darah di kampung Dungarji, wilayah Rajashtani.

Putrinya yang tidak disebutkan namanya tersebut telah tinggal bersama Singh setelah meninggalkan suaminya dua tahun lalu. Juru bicara polis Rajashtani, Umesh Ojha, mengatakan bahawa Singh marah besar pada putrinya yang berusia 20 tahun itu kerana berselingkuh dengan beberapa lelaki di kampungnya.

Amarahnya semakin memuncak ketika tahu putrinya kahwin lari dengan salah seorang selingkuhannya, dua minggu lalu. Hari Minggu kelmarin, Singh meminta putrinya pulang ke rumah. Entah kesurupan setan apa, esoknya Singh menggorok leher putrinya dengan pedang hingga putus.

Tidak selesai sampai disitu, dia lantas menenteng kepala putrinya itu dan berjalan keliling desa sebelum akhirnya menyerahkan diri. 

Walaupun terbilang sebagai negara maju, di pelosok India praktik adat masih berlaku kuat. Anak-anak perempuan di desa dilarang keluar tanpa izin dan hanya boleh menikah dengan lelaki yang menjadi pilihan orangtua mereka.

Sumber : http://dunia.vivanews.com

(Via borak kosong)

Friday, June 15, 2012

Gambar Tangisan Air Mata TG Nik Aziz Semasa Solat Jenazah Ustaz Yahya

 

 

 

Kesedihan apabila perginya seorang alim ulama yang amat berguna tatkala dunia akhir zaman.

TG Nik Aziz amat rapat dengan al marhum Ustaz Ya.

(Via Kerabu Bersuara ®)

Sheikh Abdul Halim Mahmud - Taubat Isra' Mikraj

Semoga Bermanfaat.

Luahan Hati YB Saifuddin MP Machang Mengenai Ustaz Yahya Osman

Saya mula mengenali Ustaz Yahya Osman ketika menjadi mahasiswa di UPM tahun 1980an. Ustaz Yahya seringkali hadir sebagai pembentang kertas kerja dalam program-program tamrin kampus. Wataknya yang lemah lembut, penyampaian dan kupasan yang padat dan sarat dengan mesej perjuangan, keupayaan mengaitkan dengan perkembangan dan realiti politik semasa, menjadikan sesi beliau sentiasa dinantikan. Pesannya prinsip perjuangan biar teguh dan kekal namun pendekatannya boleh sahaja berubah. Impak dan kesannya kepada mahasiswa yang diasuh dan dibimbingnya amat luar biasa.

Pada awal 1994 ketika itu Ustaz Yahya Osman menjadi Exco Kerajaan Kelantan. Kelantan baru sahaja meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah dan perdebatan tentangnya cukup panas dan meluas. Saya pula bertugas sebagai Setiausaha Politik Menteri Undang-Undang Dato Syed Hamid Syed Jaafar Albar. Ustaz Yahya Osman menghubungi saya minta diaturkan pertemuan dengan menteri untuk maksud menyampaikan isi kandung enakmen tersebut. Ustaz Yahya memilih pendekatan bersemuka dan menerangkan setiap fasal demi fasal darihal enakmen tersebut kepada menteri dan pegawai-pegawai tinggi kementerian ketika itu. Saya akan sentiasa mengingati bagaimana Ustaz Yahya yang mengetuai delegasi tujuh orang mewakili kerajaan negeri Kelantan, menyampaikan penerangan dengan penuh hikmah dan menjawab persoalan yang ditimbulkan dengan tenang dan meyakinkan. Nampak kehebatan dan wibawanya sebagai seorang da'ie, berhujah berdasarkan ilmu dan melihat orang yang belum faham sebagai sasaran dakwah. Dato Syed Hamid Syed Jaafar Albar kemudiannya menulis sebuah makalah ringkas "Keadilan di dalam Islam" dan kandungannya banyak berupa sedutan pandangan-pandangan Ustaz Yahya Osman!

Empat belas tahun kemudian, 2006 saya bertugas sebagai pengurus Tabung Amanah Tok Kenali kerajaan negeri Kelantan. Fungsi utama Tabung Amanah Tok Kenali seperti disebut di dalam undang-undang tubuhnya " ..menjalankan program-program pembangunan sumber manusia". Orang pertama saya temui ialah Ustaz Yahya Osman untuk meminta pandangan. Ustaz Yahya Osman seterusnya menjadi tenaga utama dalam program-program latihan anjuran Tabung Amanah Tok Kenali membabitkan pelbagai segmen masyarakat Kelantan sepanjang 2006 dan 2007. Setiap minggu – penghulu, imam, belia, mahasiswa, ahli-ahli majlis, pimpinan masyarakat dihimpunkan dalam program tiga hari dua malam di Lata Belatan Besut, Kem Desa Mahmud, MADU dan Putik. Ustaz Yahya Osman menjadi tenaga pembimbing utama. Nasihat, asuhan dan tegurannya kepada saya secara peribadi akan terus meninggalkan kesan besar terhadap saya.

Apabila nama saya diumumkan sebagai calon parlimen machang pada Mac 2008, Ustaz Yahya Osman sendiri mengadakan satu majlis di rumahnya di Labok Machang menghimpunkan semua pimpinan parti dan masyarakat untuk memperkenalkan saya sebagai anak didiknya yang diasuh sejak zaman pelajar dan meminta kalangan yang hadir bekerja membantu memenangkan saya. Seringkali apabila berkunjung ke rumahnya ada sahaja buku terbaru yang diberikannya kepada saya. Makalah kecil "Pesanan Saidina Ali" antara rujukan utama pemberian Ustaz Yahya Osman. Tatkala menziarahi beliau sejurus saya selesai menyampaikan pembentangan kepada tamrin mahasiswa di Darul Quran, beberapa bulan lepas, Ustaz Yahya Osman memberitahu hasratnya menulis buku berupa kompilasi kertas-kertas kerjanya. Tidak pula saya ketahui sama ada hasratnya terlaksana!

Satu ketika awal tahun 2009 saat menemani Dato Seri Anwar ke Mesir menziarahi Sheikh Mehdi Akif, saya diperkenalkan oleh Dato Seri Anwar kepada Sheikh Mehdi sebagai Ahli Parlimen dari Kelantan. Masih saya ingat tatkala Sheikh Mehdi kemudian bertanya balas, "saudara datang dari Kelantan? Apa khabar sahabat saya Ustaz Yahya Osman?" Sheikh Mehdi kemudian menceritakan bagaimana mereka ketika usia belia saling mengenali dan bergiat aktif memperjuangkan isu-isu umat Islam dalam pelbagai platform belia Islam antarabangsa. Maka fahamlah saya mengapa Ustaz Yahya Osman muncul sebagai seorang pendakwah dan murobbi yang sangat dihormati kewibawaanya. Kenalan, jaringan antarabangsa dan digabungkan pula dengan pengalaman gerakan Islam adalah ramuan nya.

Kelebihan tersendiri Ustaz Yahya Osman ialah penguasaan beliau dalam bahasa Arab. Dato Seri Anwar sering berseloroh bagaimana Ustaz Yahya Osman kalau berbicara dalam bahasa Melayu sekalipun lebih banyak tersasul dan mencampuradukkan dengan istilah-istilah Arab!

Saat saya menulis catatan ringkas ini, Dato Seri Anwar Ibrahim sedang berada di Jepun. Saya mengirim email kepada beliau memaklumkan berita kematian Ustaz Yahya Osman. Saya cukup pasti Dato Seri Anwar amat merasai kehilangan seorang sahabat yang beliau kasehi. Saya pula akan terus mengingati Ustaz Yahya Osman sebagai seorang guru, murobbi dan sahabat yang bertanggung jawab besar membentuk pandangan dan pemikiran saya. Semoga rohnya ditempatkankan Allah swt bersama roh orang–orang yang beriman. Amin.

Penulis ialah Ahli Parlimen Machang dan Setiausaha Agung PKR.

Original Page: http://pocket.co/sYQT

Mai kita SANGGAH stetmen Muhyiddin...

 

Korang baca sudah, jangan gelak guling-guling okey!!

Kesian kat Muhyiddin, nak buat camana dah ditakdir Tuhan... hanya yang bangang masih bermastautin dalam UMNO... kahkahkah....
 
Dalam akhbar penjilat ulung Be End, Muhyiddin ada berkata seperti berikut:
 
Hanya kerajaan berpengalaman mampu jamin masa depan: TPM (Berita Hairan)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata hanya kerajaan yang berpengalaman serta banyak menabur bakti dan jasa kepada negara mampu memberi masa depan yang lebih baik kepada rakyatnya.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, berkata sebagai kerajaan yang mempunyai perancangan jelas dan hala tuju, pelbagai inisiatif di bawah program transformasi sudah dilaksanakan BN bagi memastikan masa depan rakyat terjamin.


**********************************
 
PENGALAMAN? Kahkahkah...
Kau kencingkan bangsa UMNO boleh la...
Tapi bukan semua orang boleh dikencingkan...
Mai aku stori sikit pengalaman UMNO mengencing rakyat selama ini...
 
1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta. 
Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011
RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion. 
Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.
Pautan: Sime Darby kerugian RM1.6 bilion, CEO diarah bercuti

4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.
MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.

7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.
Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan:RM1.67 billion
Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)
Pautan: Isu pembelian Eurocopter

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.

20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.
29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama)RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.

38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.

46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilaiRM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyakRM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilaiberbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.
55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500(*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143.(*)
(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion

68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadarRM65,100untuk sehari semalam.

70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

 
73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.

74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyakRM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut.
 
Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.
 
Sori, gua dah letih la... korang semak sendiri la okey?

(Via shalehudin)

Wednesday, June 13, 2012

Alasan Mengapa Penyampai Ramalan Cuaca TV, Dilarang pakai baju Hijau


Jessica Starr, seorang penyampai ramalan cuaca dari TV FOX 2 Detroit, datang untuk bekerja dengan memakai gaun favorit hijaunya. Penyiar Ramalan Cuaca TV dilarang keras memakai baju hijau dan sekarang Anda akan melihat mengapa.








(Via borak kosong)