Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label Yahudi mabuk. Show all posts
Showing posts with label Yahudi mabuk. Show all posts

Sunday, December 8, 2013

Betul juga kadang-kadang..

Friday, June 28, 2013

Panas! Duta Luar Malaysia Sahkan Malaysia Sokong Kerajaan Basyar Laknat?

 


Zahrin Rashid


Sebarkan!!!! Biar semua tahu kita di MALAYSIA tidak mahu ambil peduli dengan saudara kita di SYRIA!

Satu majlis pertemuan diadakan antara Pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mansoura Mesir dengan Kedutaan Malaysia Kaherah. Dalam pertemuan tersebut ACP Ishak Mohd Jani yang merupakan Staff Kedutaan Malaysia Kaherah merangkap jawatan Security Liason Officer (PDRM), memberi sedikit taklimat tentang isu keselamatan, yg menyentuh tentang pendirian kerajaan Malaysia terhadap isu Syria. Teryata, mereka berpihak kepada kerajaan Bashar Al-Assad, bahkan ucapan ini disokong pula dengan ucapan Dato Duta Malaysia di Mesir.

Majlis tersebut diadakan pada 27 november 2012, di dewan Abu Nagah, U. Mansoura, Mesir.

(Yang berucap dalam video ini merupakan Staff Kedutaan Malaysia Kaherah merangkap jawatan Security Liason Officer.

Berikut Ucapan beliau :

1. "Dari segi hubungan diplomatik kerajaan Syria itu kerajaan Sah. Jadi jangan ada pula dikalangan kita melaksanakan aktiviti yang menyokong pihak yg menentang pemerintahan kerajaan Syria (Bashar al Asad) , mengutip dermalah, membuat kenyataan akhbarlah dan sebagainya"

2. "Kita tidak benarkan pelajar-pelajar terlibat benda ni. Kalau dalam kutipan derma yang dilakukan oleh pelajar terhadap Palestin itu alright pasal itu memang dasar kerajaan kita terhadap Palestin memang consitanly tidak berubah dari dulu hingga sekarang iaitu menyokong perjuangan Rakyat Palestin menuntut hak mereka di Palestin"

3. "Tetapi untuk Syria saya cakap disini, Dato Duta juga akan menyentuh perkara ini tidak ada pelajar Malaysia yg terlibat dalam krisis ataupun 'PERANG SAUDARA' di Syria"

Ini jawapan dari saya untuk anda :

1. Oiiiiii!!!! Kutip derma pun tak boleh! Dah melampau orang2 Demokrasi Sekular ni! Munafik! Fasik! Kau ingat siapa yg terseksa di Syria tu? Esok lusa anak bini orang islam disembelih oleh puak Syiah kat Malaysia ni jangan tanya kenapa!

2. Nak betulkan sikit, Palestin tu bukan hak untuk orang Palestin tapi hak untuk ORANG ISLAM secara keseluruhannya!

3. Seperti yang saya katakan, kerana DEMOKRASI SEKULAR memisahkan kita dengan saudara kita yang tertindas di Syria. INI BUKAN PERANG SAUDARA. Malulah pada diri kamu yg konon sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w tapi tidak mahu ambil peduli akan apa yg terjadi dengan Umat baginda di Syria :,(
—

(Via Kerabu Bersuara ®)

Sunday, April 28, 2013

Iklan kempen pilihanraya paling fobia Islam

 

Dalam banyak2 iklan kempen pilihanraya ke-13 yang aku jumpa kat Youtube, iklan yang dibuat oleh orang2 Cina pro-BN ni yang paling menunjukkan betapa fobianya mereka terhadap Islam itu sendiri dan cuba menimbulkan ketakutan dikalangan non-muslim terhadap Islam itu sendiri.




Bagi aku ini bukan soal politik tapi soal akidah. Ini menunjukkan betapa mereka tidak faham dan hormat pada agama Islam yang menjadi agama rasmi kepada negara Malaysia. Aku harap mana2 pemimpin Islam tanpa mengira parti dapat mengutuk tindakan mereka ini dan menasihati mereka agar jangan jadikan islamophobicatau anti-Islam sebagai bahan kempen politik.

tags: iklan kempen pilihanraya pru13 mca bn anti islam muslim islamophobia islamophobic fobia non-muslim now future entertainment hina tudung aurat censored minum arak sosial life undi pembangkang pr pakatan rakyat dap pkr pas ubah ubah malaysia 

(Via Buasir Otak)

Tuesday, April 23, 2013

Terkini! Rasul Dahri Masuk TV? Siapa Bagi Kebenaran?

 

 http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/400685_196042273852822_1497626446_n.jpg

Mohon SEBARAN semua pihak DAN TINDAKAN dari Pihak berkuasa. Siapa yang jemput Rasul Dahri masuk stesen TV Malaysia. Siapa yang beri dia TAULIAH? Mohon SEBARAN DAN TINDAKAN dari Ustaz Ustaz yang punya "Authority".

Kesesatan rasul dahri.. apa kata Ustaz Azhar Idrus..
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=QVYapT2zo0Q

rasul dahri dilabelkan sesat oleh JAKIM, cuba check
http://www.erapasca.com/2012/12/pecah-berita-idola-ulama-muda-umno-di.html

EDIT: Majlis Fatwa MENGHARAMKAN buku Encik Rasul Dahri
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/pengharaman-buku-buku-tulisan-saudara-rasul-dahri-yang-telah-diperakui-haram-0

Mohon KESEPAKATAN SEMUA PIHAK DALAM ISU INI. Bagaimana orang yang terkenal mendustakan ulama, di ban di Masjid Masjid seluruh Negara BOLEH MASUK TV AL HIJRAH dengan mudah. MOHON KESEPAKATAN!

(Via Kerabu Bersuara ®)

Friday, April 12, 2013

Jenis Manusia Tak Sedar Diri, Tak Sedar Dek Untung!

 

Yang ni saya ceduk seratus peratus dari blog Isa
Lawak Melayu Celup... Muakakakakaaaa...!!!!

FRIDAY, APRIL 12, 2013


Muakakakakaaaaaaa....!!!!
Terkencing-kencing gua gelak beb... nonton video melayu celup yang tergagap2 bercakap nih... dia punya auta pasal sejarah memang tak bleh blah laaaaaa....

Bila gua sentuh bab melayu celup dalam entry ini, ada laaaa... dua tiga ekoq melayu celup yang katakan gua racist beb... hahahaha.... tapi dalam video tu jelas dan nyata si melayu celup tu lebih racist dari gua.... dah la sejarah pun tak tau lagi mau sembang pasal melayu... piiiiraaaahhhhh....

Kepada melayu2 celup sekalian..., lu orang lain kali kaji balik sejarah beb..., baca perjanjian kemerdekaan yang ditandatangani dan dipersetujui oleh Tengku Abdul Rahman dengan British beb...., salah satu termanya ialah bersetuju menerima kaum/bangsa Cina dan India sebagai rakyat Malaysia.

Dalam perjanjian tu tak sebut pun untuk terima kaum/bangsa Mamak sebagai rakyat Malaysia... sebabnya asal usul lu orang dari keturunan bangsa India beb... bezanya agama anutan lu orang adalah Islam, jadinya lu orang dalam kategori India Muslim aka Mamak...

Tak tertulis pun dalam perlembagaan negara bahawa India Muslim diiktirafkan sebagai Melayu. Jika nak  bercakap soal parti... tempat lu orang bukannya dalam parti Melayu umno laknatullah... tetapi dalam parti kaum India iaitu MIC atau PPP atau Kimma (NGO)... hahahahahaaa....

Nak lebih solid lagi.... sebagai yang mengaku muslim eloklah duduk dalam parti PAS... hehehe..., gua pun tak paham laaaaa... kaum mamak nih masih celaru dengan identiti kaum diorang... muakakakakaaa...

Haiiiii.... tak paham la gua dengan sikap mamak2 Penang nih... seburuk2 Tuan Guru Nik Aziz yang dituduhnya sebagai YAHUDI.... tak laaa... seburuk mamak perkasa haramjadah dalam video tuuu.... sebab Tuan Guru tak pakai GELANG TANGAN dan bergebang auta dalam masjid.




Oleh sebab itu... demi keselamatan dan kedaulatan negara tolak calon2 MAMAK daripada bertanding dalam Pilihanraya dan elakkan diorang memegang apa2 jawatan dalam pentadbiran negara mahupun negeri.... belajar daripada kesilapan tumbangnya Empayar Kesultanan Melaka kerana Mamak.... hahahaha..

Lu orang tau... kenapa mamak haramjadah dalam video tu besaq kepala...????
Sebab umno laknatullah lindungi dia, polis pun takut nak tangkap mamak haramjadah tu walaupun dia dah mengaku pukul aktivis Lynas. Mamak haramjadah tu ingat Geran Tanah Penang/Malaysia nih bapak dia simpan kot.... muakakakakaaaaa....!!!!

Dah laaaa... tanpa sebarang rasa kemaluan mengaku sebagai melayu.... lagi tak tau hormat Melayu, Cina dan India Original Malaysia.... hahahaha... lupa daratan laaaa... puak2 celup nih... kah... kah.... kah....!!!!

Nota: Ada yang tuduh gua racist... hahahaha... gua mengaku gua racist yang berpegang pada perlembagaan negara... hahahaha... dengan kaum cina dan india original gua respeks.... dengan cina dan india celup.... fuck off la sama lu orang.... terutamanya melayu celup aka mamak2 umno laknatullah yang tak tahu asal usul keturunan.., siang cakap melayu... malam speaking kerala... yeeeyyynaaadeiiii....!!!!

Ada ke mana2 Cina Muslim mengaku sebagai Melayu....????

(Via MOUNTDWELLER)

Friday, June 8, 2012

Gabungan Mahasiswa Islam kecam pembekuan PTPTN Unisel

 

GABUNGAN Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) membantah dan mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) yang melaksanakan pembekuan sementara pinjaman PTPTN ke atas pelajar Universiti Selangor (Unisel) khususnya kepada pelajar baru ambilan bulan April yang lepas. Tindakan tersebut jelas sekali menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Malaysia dan bercanggah dengan moto“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Bantahan dan kecaman ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut :

PTPTN ditubuhkan adalah bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan bagi menyara yuran pengajian dan kos sara hidup. Sejumlah RM43 billion yang diluluskan oleh kerajaan dan dengan hanya RM27.5 billion yang dibayar kepada para peminjam, sepatutnya menjadikan PTPTN berkemampuan menjalankan fungsinya ke atas semua IPT yang berkaitan tanpa pengecualian ke atas IPT tertentu.

KPT atau PTPTN tidak selayaknya menafikan hak para pemohon yang berkelayakan dan memohon dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan apatah lagi ke atas para mahasiswa di sebuah IPT berprestij seperti Unisel yang telah terbukti melahirkan ramai graduan berkualiti. Kegagalan menyediakan pinjaman pengajian tersebut akan merencatkan prestasi akademik para pelajar.

Pembekuan pinjaman PTPTN dengan alasan untuk menguji kemampuan Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat untuk menyediakan pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tersebut adalah tindakan yang tidak professional bahkan amat jelek sekali kerana telah menjadikan mahasiswa sebagai mangsa.

Oleh hal yang demikian, GAMIS menuntut supaya :

PTPTN segera mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu pembekuan pinjaman PTPTN ke atas mahasiswa Unisel dengan menyatakan sebab-sebab pembekuan tersebut dibuat.

PTPTN dan KPT segera menamatkan polisi pembekuan tersebut serta membuka semula dan menerima permohonan yang dibuat oleh mahasiswa Unisel.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi) dan Dato’ Hj. Ismail Hj. Mohamed Said (Pengerusi PTPTN) sebagai pihak yang bertanggungjawab berhubung isu, memohon maaf kepada mahasiswa Unisel dan Kerajaan Negeri Selangor.

GAMIS, Inspirasi Anak Muda

Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden Gamis

(Via MiLo SuaM)

Friday, January 20, 2012

Cipta muzik hanya dengan menggunakan peralatan yang ada.. Kreatif!!


Wednesday, June 15, 2011

Kenapa selalunya blog ini mencela Barisan Nasional

Kerana Barisan Nasional itu adalah satu kumpulan yang diberi tanggungjawab memerintah tapi terlalu gagal kerana masalah korupnya yang dia sendiri tidak boleh nak selindungkan.

Negara ini adalah demokrasi maka kita ada pilihan. Di beri peluang hampir 5 tahun sekali dan kenapa kita tidak ambil peluang keemasan ini.

Iya betul mungkin Pakatan Rakyat juga korup serta rasuah. Namun dengan otak yang di kurniakan ini bukan masa untuk kita bergurau dan berlawak. Ini adalah sangat sensitif. Kesilapan kita mungkin, akan ada yang makan pasir atau akan gugur satu sistem yang positif.

Lebih 50 tahun UMNO dan BN itu memerintah, kita menyaksikan satu persatu sistem demokrasi itu layu, patah serta gugur. Kerana kerakusan mereka dalam pemerintahan sedikit demi sedikit negara ini semakin rendah kualiti jika di bandingkan dengan negara-negara yang pada asalnya kita tinggalkan jauh dalam sudut integriti, moral, kekayaan sumber , keadilan, keterbukaan dll.

Tiada negara yang lebih baik sistemnya melainkan pasti berlaku penukaran parti yang memerintah. Kenapa itu perlu anda runsing? Sumbernya tetap sama dan tiada apa yang berubah. Yang berubah cuma corak pentadbiran dan batang tubuh individu terlibat. Tiada banggunan yang bertukar dan tiada tiang lampu yang akan di alihkan. dan kita di beri peluang untuk menukar corak itu setiap lima tahun. Tidak lama dan tidak sempat untuk kita bangkrap kerana itu. Percayalah. Namun kalau kita bagi lagi UMNO dan BN peluang selama 50 tahun untuk mentadbr negara ini barulah justifikasi yang kukuh untuk melihat kehancuran itu.

Zaman maklumat yang tidak terbatas ini kita dapat lihat perubahan. Peralihan sokongan di bandar dan bekunya statistik untuk menukar lambang di kalangan orang luar bandar. Logiknya cukup mudah untuk kita faham. Siapa yang silap dan siapa yang benar dalam memangkah calon. Bukan bermakna yang di bandar tidak pandai/tidak berterima kasih/populasi kaum tetapi banyak mana penerimaan maklumat itu yang diterima. Maka gerak gempur kini perlu di luar bandar. Fokus perlu jadi 70/30 hanya di luar bandar.

Support bersih. Betulkan kembali dahan SPR yang telah layu. Biar pertarungan dalam PRU13 ini menggambarkan kekuatan parti yang bertanding secara asli dan muktamad. Dan kita pencenkan Ibrahim Ali yang busuk hati itu. Mahathir juga perlu fokus pada cucu-cicitnya pula.

Nanti gua sambung lagi....

Friday, April 15, 2011

Mahathir dulu gua lupa pulak datangnya dari Parti mana....

Tak kiralah apa isu sekalipun, PRU mana-mana sekalipun, tidak akan lupa berita dari media perdana untuk meratibkan nama Anwar. Ada sahaja isu untuk memburukkan nama Anwar. Sekelumit pun ruang tidak akan dipersiakan untuk memburuk dan menajatuhkan Anwar. Apa isu, apa perkara pasti Anwarlah dalangnya. Khas untuk yang buruk-buruk sahaja.

Manakala berlaku sebaliknya ketika mana bahang memuncak di Sarawak, Taib Mahmud itulah manusia yang hebat, tidak ada cacat-celanya bahkan blog-blog yang melaporkan sebaliknya pula itu yang di serang.

Datang dari minda yang sihat dan cuba juga gua mengikuti Buletin Utama malam ini dengan hati yang kosong maka gua bukak tv. Terpacul muka Mahathir memuji Barisan Nasional dan kejayaannya dalam mentadbir Malaysia selama 50 tahun.

Sambil menguyah nasik gua bukak siaran ulangan Raja Lawak kat Astro Prima. Lebih menghiburkan......

Thursday, March 24, 2011

Video itu walau apa pun, kredit tetap pada Anwar dan PR.

Permainan video seks ini aku nampak ia mula memakan UMNO kembali. Katalah sungguh pemimpin UMNO tidak terlibat langsung dalam permainan ini namun kredit tetap dapat pada Pakatan Rakyat.

Suara-suara pundek dari Zul Kulim kita tinggalkan sebentar.

Katakan video ini adalah serangan dari Anwar, mustahil aku rasa kerana dalangnya adalah Rahim Thamby Chik ini memang totok birunya. Mustahil aku rasakan dia sudi jadi player disini.

Persoalan Eskay itu adalah kawan Anwar langsung juga tidak relevan kerana Najib dan Mahathir juga dulu satu kapal dengan pemimpin PKR tersebut.

Kenyataan Ummi Hafilda yang beliau memiliki 18 video xxx Anwar pula membuatkan aku senyum. Lagi lambat KDN bertindak untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan maka rakyat dibawah ini tidaklah terlalu bodoh untuk menilai.

Media perdana yang terlalu obses dengan perangai jerung tak cukup makan itu pula, yang gelojoh tak tentu hala ketika highlight pada berita ini kononnya rahmat pada UMNO pun satu hal jugak.. sendiri mau ingat.

Sekarang kita tunggu aje politik bangsat yang busuk ini. Maruah jadi mainan dan fitnah jadi jenaka. Kita telah tinggalkan sejarah yang hitam buat generasi yang akan datang. Semuanya kerana nafsu yang tidak pernah kenal erti puas pada sekadar yang ada.

Pada yang luar sana. Kalau pun buruklah PKR, DAP atau PAS sekalipun. Namun tidaklah sejijik kotornya UMNO untuk negara ini. Pilihannya cuma 2. Samada PR atau BN.

Kembalikan kuasa pada rakyat.

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 15, 2011

Saja nak kasi ingat balik.

Mana yang mampu buat lah. Cari altenatif dari barangan Malaysia kalau boleh.


Mereka ditindas. Puak ni apa dia kisah tsunami kat Jepun. Hari ni sibuk lagi tak puas hati dengan Palestinian. Dasar busuk hati tahap maksimum.

Bukan wajib pun. Cuma kalau boleh pikir la sikit ye

posted from Bloggeroid