Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, November 5, 2015

IHYA' ULUMIDDIN KARYA AGUNG AL-GHAZALI


Agak menghairankan apabila masih wujud sekelompok firqah SESAT yang mempertikaikan kehebatan kitab Ihya' Ulumiddin. Sekaligus menghentam peribadi agung yang pernah mendapat gelaran Hujjatul Islam.
.
Tuduhan sesat yang dilontarkan kepada kitab Ihya' tidak pelik jika ia berlaku pada zaman dahulu ketika mana kitab Ihya' sedang mengalami saringan. Akan tetapi tuduhan ini kembali diulangi pada zaman sekarang oleh firqah sesat walaupun telah menerima perakuan dan pengiktirafan daripada ulama.
.
ISU INI telah dijawab oleh banyak pihak sejak lama, kitab Ihya' Ulumiddin telah menyebabkan para ulama melakukan usaha-usaha MEMBERSIHKANNYA dari KEAIBAN lalu menerimanya. Menerima pengiktirafan hebat daripada masyarakat ulama dan awam. Mendapat kedudukan tinggi pada hari ini.
.
Takhrij Hadith Ihya'
.
Antara individu yg paling berjasa kepada Imam Ghazali ialah Al-Hafiz Zainuddin Al-'Iraqi (wafat 806H). Ulama besar hadith ini telah bertindak mentakhrijkan keseluruhan hadith di dalam kitab Ihya'. Beliau menyatakan status hadith yg telah memudahkan untuk mengetahui hadith yg sohih, hasan dan maudu'. Pembelaan cara ini boleh dianggap sebagai pembelaan paling hebat dan ulung terhadap kitab Ihya'. Sehingga tidak salah jika dikatakan bahawa setiap cetakan kitab Ihya' pada hari ini pasti disertakan sekali takhrij Al-'Iraqi iaitu 'Al-Mughni 'an Hamlil Asfar fi Takhrij Ma fil Ihya' min Akhbar.
.
Imam Ghazali membela diri
.
Jika kita kembali ke zaman Imam Ghazali, kita akan mendapati satu kelompok yg sudah menjadi tabiat mereka untuk mengkritik. Mereka membongkarkan keburukan dan menyembunyikan kebaikan. Mereka menyerang bertubi-tubi kandungan kitab Ihya'. Maka, tugas Imam Ghazali pula membalas kritikan tersebut melalui kitabnya, Kitab Al-Imla' fi Ishkalatil Ihya' atau nama lainnya, Al-Ajwibah Al-Muskitah 'an Al-As ilah Al-Mubhitah'.
.
Takhrij hadith oleh Al-'Iraqi
.
Al-Hafiz Al-'Iraqi sebenarnya menulis dua buah kitab untuk takhrij hadith-hadith di dalam kitab Ihya'. Yang pertama, kitab yg besar yg beliau karang pada 751H. Tapi beliau tidak menyiapkannya. Pada tahun 760H, beliau karang kitab kedua yg lebih kecil iaitu Al-Mughni 'an Hamlil Asfar yg akhirnya tersebar ke serata dunia bersama-sama kitab Ihya'. Apa yg mendorong Al-'Iraqi bersungguh berkhidmat kepada kitab Ihya'? kerana beliau melihat kehebatan kitab Ihya' yg akan melata ke seluruh dunia satu ketika nanti. Maka, beliau akan berbangga di hadapan Allah kerana membersihkan kitab Ihya' yg yg menjadi pedoman ulama zaman berzaman.
Lalu murid beliau, Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani (wafat 852H) yg telah bertalaqqqi dengannya selama 10 tahun telah menyempurnakan apa yg terluput daripada karangan gurunya dalam satu jilid kitab. Imam Zainuddin Al-Qosim bin Qutlubugho Al-Hanafi (wafat 879H) pula telah mengarang kitab Tuhfatul Ahya' fi ma Fata min Takhariji Ahadith Al-Ihya' bagi menyempurnakan lagi takhrij terhadap hadith-hadith di dalam kitab Ihya'. Para ulama seolah-olah ghairah untuk melibatkan diri mereka dalam 'pembikinan' kitab Ihya' yg berharga ini.
.
Pujian para ulama terhadap kitab Ihya'
.
Imam Nawawi berkata, "Jika kitab-kitab Islam hilang (nauzubillah) dan yg kekal hanya Ihya', sesungguhnya ia akan menampung apa yg hilang."
.
Awas dari serangan dengan mengkritik ulama-ulama dan rujukan-rujukan kitab Ahlussunnah wal Jama’ah mazhab Syafi’i aliran Asy’irah yang sedang hebat dengan membunuh karekter ulama pegangan majoriti umat Islam di Malaysia ini.
.
Sekian wassalam.