Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Friday, March 29, 2013

GEMPAR!!! Perdana Menteri DAP Jika Pakatan Rakyat Menang PRU-13!!!

 

 

(Via edyesdotcom)

Wednesday, March 27, 2013

TERHOT: MACAI terbijak minggu ini... haha...

 

TERHOT..!!

Ini kenyataan, bukan igauan... Memang masih ramai di kalangan Umno yang otaknya mereng begini yakni memilih untuk lebih mempercayai Chua Soi Lek - seorang kafir yang secara terang-terangan menghina dan mencerca hukum Allah jika dibanding dengan Tuan Guru Nik Aziz yang mengabdikan diri menegakkan hukum Allah s.w.t di muka bumiNya...


Bijak tak bertempat...

Ya Allah..!! Berikan keterbukaan hati dan fikiran kepada saudara- saudara kami yang masih hanyut dalam anganan pemimpin mereka. Mereka ego dalam memperjuangkan NAMA MU tapi alpa dalam menegakkan hukum MU Ya Allah...!! ~ FB

Semoga insan ini diberi hidayah oleh ALLAH SWT...

(Via shalehudin)

Panas - Ulama DAP cabar ulama UMNO berdebat..


Siapa kata parti DAP parti mutlak orang Cina,,, secara hakikinya memang dimajoriti orang Cina dan India,, namun masih ada orang melayu...

Bila ada suara ulama ulama mengkafirkan sesiapa mengundi parti DAP,, maka sedialah bertanggung jawab...






'DAP Islam' bernama Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus mencabar dua agamawan mesra Umno berdebat mengenai status umat Islam dihukum berdosa serta haram jika mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Mereka berdua, Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu) dan Abdullah Samaah (Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Kelantan).

"Syed Araniri melalui satu surat cabaran debat bertarikh 26 Mac 2013 dipetik berkata, insiatif itu wajar bagi merungkai beberapa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua agamawan itu dalam siri ceramah politik masing-masing baru-baru ini.

"Saya, Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira yang mana semua ahlinya adalah 100 peratus Melayu berasa terpanggil dan merasakan kenyataan saudara berdua adalah berunsur politik dan hanya sebagai fatwa murahan untuk kepentingan saudara berdua sahaja.

"Saya juga mencadangkan agar debat ini dilakukan secara terbuka di mana saja saudaraa inginkan dalam tempoh 14 hari," ujar pemimpin 'DAP-Islam' berkenaan dipetik dari Facebook.

Malah, 'DAP Islam' itu turut mencabar kedua-dua agamawan itu berdebat dalam bahasa Arab bagi membuktikan kewibawaan mereka dalam dunia agama.

Beranikah ulamak Umno berdebat 'hujah lawan hujah' dengan 'DAP-Islam' berkenaan?


Sumber : Link

(Via Manjung Mari)

Tuesday, March 26, 2013

Raja Arab Yang Tegas Memusuhi Israel Dibunuh Oleh Agen Yahudi

 

Saya percaya tidak ada lagi raja Islam yang sepertinya di hari ini
Almarhum dibunuh oleh anak saudaranya sendiri

Apabila Raja Faisal memotong bekalan minyak kepada barat  pada Oktober 73 beliau mengungkapan ucapan yang sangat terkenal dan masih diingati hingga kehari ini. Ungkapannya berbunyi:

"Dahulu kami dan nenek moyang kami hanya minum susu dan kurma dan kami tidak risau untuk kembali hidup seperti itu"

Pada hari itu juga, Henry Kissinger-Menteri hal ehwal luar melawat Raja Faizal berhasrat untuk mencuba membuat Raja Faisal menarik  kembali keputusannya memotong bekalan minyak kepada barat. Dia telah menulis dalam memoirnya bahawa apabila dia bertemu dengan Raja Faisal di Jeddah dia terlalu sedih lalu dia membuat jenaka dan memberitahu Raja Faisal, "pesawat saya kehabisan minyak sudikah sekiranya tuanku memberi bekalan minyak dan kami bersedia untuk membayarnya mengikut harga antarabangsa? "

Beliau kemudian menulis dalam memoirnya mengatakan bahawa Raja Faisal tidak ketawa dan terus mengangkat kepalanya dan melihat kepadanya dan berkata,

"Saya seorang lelaki tua yang mempunyai hasrat ingin berdoa di Masjid Al-Aqsa Palestin sebelum saya mati, adakah kamu akan membantu saya menunaikan hasrat saya?"

N'N: Ketahuilah dunia Arab kini dikuasai orang Arab yang cintakan dunia dan takutkan mati (wahn) - sumber

(Via MOUNTDWELLER)

Monday, March 25, 2013

Kerajaan Sementara: BN Redah Sesuka Hati?

 

“Sejak sekian lama, dari zaman Perikatan hingga lah sekarang, BN tidak peduli konsep ini. Sebaliknya parti lain, contohnya Pas di Kelantan, menghormati prinsip kerajaan sementara. “Sebagai contoh di luar pilihan raya pun Tuan Guru Nik Aziz tidak menggunakan rumah dan kereta kerajaan. Selepas waktu kerja, beliau tidak menggunakan kemudahan kerajaan,”

BN tak peduli konsep kerajaan sementara- Prof Aziz Bari
Oleh: Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR 7 Feb: Barisan Nasional (BN) tidak peduli konsep kerajaan sementara sepertimana dilaksana di negara- negara yang mengamalkan sistem Westminster, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Aziz berkata, kerajaan sementara bermaksud pentadbiran minimum selepas dewan rakyat dibubar, dan kerajaan ini hanya melaksanakan fungsi rutin dan terhad.
“Kerajaan sementara tidak melakukan tugas-tugas atau kuasa yang besar seperti mengisytihar darurat dan seumpamanya
“Sejak sekian lama, dari zaman Perikatan hingga lah sekarang, BN tidak peduli konsep ini. Sebaliknya parti lain, contohnya Pas di Kelantan, menghormati prinsip kerajaan sementara.
“Sebagai contoh di luar pilihan raya pun Tuan Guru Nik Aziz tidak menggunakan rumah dan kereta kerajaan. Selepas waktu kerja, beliau tidak menggunakan kemudahan kerajaan,” kata pakar perlembagaan ini kepada Keadilandaily.
Menurut Aziz, di negara-negara Westminster yang lebih mantap seperti di India, badan pengendali pilihan rayanya lebih tegas dan akan membuat teguran sekiranya batasan itu dilanggar.
“Di United Kingdom sebagai contoh, mahkamah pernah mengeluarkan perintah melarang siaran tertentu yang dianggap memberi kelebihan tidak sah kepada parti yang memerintah. Itu berlaku pada pertengahan 1990 an dalam pilihan raya kerajaan tempatan di sana,” kata bekas pensyarah Undang-undang UIA ini.
Di Malaysia, konsep kerajaan sementara sering diperdebatkan khususnya sewaktu kempen pilihan raya umum, yang menyaksikan BN seringkali menyalahguna jentera kerajaan untuk berkempen.
Kes mahkamah yang biasa dirujuk membabitkan Pilihan Raya Pengkalan Kota di Pulau Pinang pada 1981, apabila hakim memutuskan bantuan yang diberikan Tengku Razaleigh Hamzah ketika itu tidak ditafsir sebagai rasuah, sebaliknya atas kapasitinya sebagai menteri kewangan.
“Jelas hakim kita gagal memahami konsep keadilan dalam pilihan raya. Kes ini meskipun bukan kes yang secara langsung menyentuh konsep kerajaan sementara, tetapi menggambarkan betapa hakim dan mahkamah tidak kisah. Atau mereka mungkin jahil,” kata Aziz.
Malah menurutnya, mahkamah turut membenarkan perisytiharan darurat selepas pilihan raya umum 1969, meskipun kerajaan yang ada ketika itu adalah kerajaan sementara ekoran kerajaan yang baru belum dibentuk.
“Yang memberi nasihat ketika itu ialah Tun Razak di mana sebelum parlimen dibubar ialah TPM. Anehnya PM ketika itu ialah Tunku Abdul Rahman dan beliau ada di dalam negara. Apa pun mahkamah tidak mahu meneliti fakta itu dan memutuskan darurat 1969 sah,” katanya.

(Via MOUNTDWELLER)

Saturday, March 23, 2013

Wassatiyahnya Syria [Lihat buktinya...]

 

LAGI BUKTI PENIPUAN REJIM BASYAR

Media-media rejim termasuk media Barat melaporkan bahawa Syaikh Said Ramadhan Al-Buthi terbunuh kerana pengeboman yang dilakukan di masjid Iman semalam.

Sedangkan jika kita lihat di dalam gambar ini, tiada langsung kesan letupan atau kebakaran akibat pengeboman sebagaimana yang dilaporkan. Perhatikan lampu, kipas-kipas dan juga cermin masjid, malah tiada satupun lampu pecah akibat letupan yang didakwa tersebut.

Kenapa sebiji bom yang membunuh lebih 20 orang di dalam masjid tapi tiada memusnahkan barang yang berdekatan? Bahkan jika dilihat kepada mayat, kebanyakan daripada mereka seolah-olah ditembak dari jarak dekat sebagaimana yang pernah dilakukan oleh rejim Basyar sebelum daripada ini dalam kebanyakan kes di Syria.

Basyar cuba menipu dunia dengan menuduh mujahidin dalang kepada peristiwa ini.

Ini kata Dr Yusuf al-Qaradawi
"aku percaya Syeikh Buti dibunuh oleh tentera Basyar sendiri..dengan penuh perancangan sbb Masjid tmpt Syeikh Buti mengajar merupakan Masjid yg paling ketat kawalan keselamatannya..dan kenapa xda kesan terbakar walau sedikit pun dalam Masjid kalau ianya serangan bom berani mati..?"

Semuanya kesamaran yang sukar dijelaskan..


***********************************

 

22 Mac 2013 - Ulamak PAS kutuk pembunuhan Syeikh al-Buti

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh ulama terkenal Syria, al-Syeikh al-Allamah Dr. Said Ramadhan al-Buti atas pembunuhan beliau menerusi serangan bom semalam.

Serangan itu disasarkan kepada beliau ketika sedang menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Iman, Damsyik, Syria.

“Moga Allah menempatkan beliau di kalangan syuhada,” ujar Setiusaha DUPP, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Tegasnya, DUPP mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang terlibat dalam serangan tersebut dan menuntut satu siasatan dibuat untuk mencari dalang di sebalik pembunuhan tidak bertamadun tersebut.

Katanya, pembunuhan tokoh ulama merupakan satu jenayah besar yang tidak boleh dipandang ringan.

Tambahnya lagi, DUPP juga bimbang sekiranya pembunuhan Syeikh dilakukan oleh tangan-tangan ghaib tertentu bertujuan merosakkan imej para pejuang bersenjata yang sedang menentang kezaliman rejim Asad yang telah membunuh dan menyembelih ribuan umat Islam di Syria.

Menutrutnya, meskipun Syeikh Dr. Buti antara yang berpendirian bahawa krisis di Syria tidak sewajarnya diselesaikan secara penentangan bersenjata, namun terdapat laporan bahawa beliau dalam majlis-majlis peribadi mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh golongan yang bersama rejim Asad dan mendoakan kehancuran mereka.- Harakahdaily

(Via shalehudin)

[VIDEO & GAMBAR] Dengan Pelajar Pun Polis Gunakan Kekerasan & Gari!

 


Tiga aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siswa yang ditahan antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang (gambar atas) di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan - yang menempatkan pejabat pengarah RTM.

Dua lagi yang ditahan adalah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Univrsiti Malaya (PBMUM) Abdul Muqit Muhammad dan aktivis siswa Muhammad Akram Ahmar.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Setiasusaha SMM Ahmad Syukri Kamaruddin berkata insiden itu berlaku selepas mereka berbincang dengan wakil kementerian dan pihak polis berhubung tuntutan mereka.

Dalam pembicangan tersebut, Ahmad Syukri berkata mereka bersetuju untuk bertemu dengan pengarah RTM pada Isnin depan dan diminta bersurai kemudiaannya.

"Kemudian Safwan patah balik selepas mendapat maklumat pengarah RTM ada di dalam.

"Dia nak masuk bersama dua lagi, tetapi ditahan polis," katanya.

40 berarak dari masjid UM

Kumpulan mahassiwa itu diminta hadir semula ke Angkasapuri pada Isnin depan jam 9 pagi untuk mendapat maklum balas yang diminta.

Sementara itu, Ahmad Syukri berkata, Safwan dan dua lagi kini ditahan kira-kira 4.30 petang dan dibawa ke Balai Polis Pantai tidak jauh dari situ.

Kumpulan mahasiswa kini beralih dari Angkasapuri ke hadapan balai itu untuk menuntut pembebasan rakan mereka.

Selepas solat Jumaat tadi, kira-kira 40 orang mahasiswa berarak dari Masjid Ar-Rahman dekat Universiti Malaya (UM) ke pintu masuk Angkasapuri.

Difahamkan kira-kira 30 anggota polis mengawal keadaan.

Awal Mac lalu, Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) menghantar surat permohonan kepada RTM meminta supaya menganjurkan debat dengan perdana menteri berkaitan dasar pengajian tinggi.

Bagaimanapun selepas tiga minggu permohonan mereka kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia Mohd Nadzir, tiada sebarang maklum balas diberikan.

Sehubungan itu, Ahmad Syukri berkata mereka menganjurkan "Occupy Angkasapuri" hari ini dengan memasang empat khemah bagi berkampung dan menuntut jawapan daripada pengurusan RTM.

Sementara itu, Ahmad Syukri memberitahu Malaysiakini malam ini bahawa ketiga-tiga mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 8.20 ini.








Ulasan GB

Pelajar-pelajar yang datang tanpa senjata dan datang dengan cara baik dan aman tetapi ditangkap dengan cara yang amat kasar malah digari. Sungguh menghairankan dan menjelekkan.

"Syaitan yang dikenali" yang baling batu, baling telur, baling kayu sehingga mencerakan orang awam, tak pun ditangkap.

Tunjuk kehebatan tak kena tempatnya!

Imej polis cukup tercemar dan benarlah kata Mantan Pengarah Cawangan Khas Polis Sabah, Yousuf Babjee bahawa:


Tukar Kerajaan Untuk Pulihkan Wibawa Polis!

(Via Kelab Greenboc)

Friday, March 22, 2013

WTF : Siapa Sanggup Pakai Minyak Wangi Ini? (3 Gambar)

 

Minyak wangi merupakan salah satu barang penting yang perlu ada di atas meja hias atau beg tangan seorang wanita. Aroma minyak wangi yang harum menjadi simbol identiti dengan peribadi diri yang anggun dan bersih. Selain itu aroma minyak wangi juga boleh menunjukkan keperibadian seseorang. Maka jangan hairan sekiranya seseorang itu boleh menghabiskan jumlah wang yang banyak untuk membeli satu atau lebih jenis minyak wangi.

Namun, terdapat sesuatu yang berbeza dengan minyak wangi yang satu ini. Sebuah minyak wangi buatan Demeter telah membuat minyak wangi dengan aroma mayat yang di namakan "Zombie Perfume" atau Minyak Wangi Zombie. Khabar baiknya, minyak wangi ini di buat secara berpasangan seperti yang biasa  digunakan untuk golongan lelaki dan wanita.

Minyak wangi Zombie ini di bungkus dengan botol yang sangat menarik sehingga anda boleh membawanya ke mana saja. Untuk minyak wangi golongan lelaki, aromanya berasal dari ekstrak daun kering, jamur lumut dan aroma tanah sehingga boleh membuat anda merasakan aroma 'busuk dan reput" badan ketika menggunakannya.




Sementara untuk minyak wangi golongan wanita, aromanya lebih ringan dari minyak wangi lelaki. Mengandungi sedikit aroma wine untuk memberikan kesan feminin. Namun, sesuai dengan namanya, minyak wangiu ini tidak akan jauh dari aroma mayat.

Meskipun ini adalah minyak wangi Zombie, harganya juga tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan minyak wangi jenama lain yang dijual di pasaran. Harga minyak wangi Zombie untuk isipada 29 ml berharga sekitar $20. Sementara minyak wangi isipadu 118 ml harganya sekitar $39.50. Dengan harga seumpama itu, ia mampu bersaing dengan harga minyak wangi lain di pasaran.

Demeter adalah salah satu syarikat perusahaan yang mencipta minyak wangi dengan bau-bau yang aneh. Sekiranya anda tertarik untuk mencari minyak wangi dengan aroma yang luar biasa dari kelainan, anda boleh memeriksa daftar produk minyak wangi keluaran Demeter yang lain dan di sana, anda akan menemui pelbagai jenis aroma minyak wangi yang boleh membuatkan anda geleng kepala. Beberapa contoh minyak wangi yang ada di sana adalah minyak wangi beraroma mesin cuci automatik hinggalah kepada minyak wangi  aroma kotoran.
 

p/s : Sanggup? 

Sumber : Here

(Via Aku Stress Giler)

Doa Syeikh Buti terakhir sebelum beliau dibunuh semalam

Al-Fatihah



Doa Syeikh Buti terakhir sebelum beliau dibunuh semalam..Semoga Allah mengampuni beliau dan diletakkan bersama para Solihin

Kematian Ramadhan Al-Buti kehilangan buat umah



KUALA LUMPUR: Kematian ulama tersohor, Sheikh Said Ramadhan Al-Buti disifatkan PAS sebagai satu kehilangan besar buat umat Islam seluruh dunia.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biarpun berbeza pandangan dalam beberapa perkara, namun penghormatan terhadap ilmu dan keperibadian ulama itu sangat disanjung tinggi.

"Saya banyak mengambil manfaat dari kitab-kita karangan beliau khususnya Fiqh Sirah yang saya jadikan teks dalam kuliah pengajaran saya sejak dahulu.

"Sekalipun ada sedikit perbezaan pemikiran dlm beberapa isu dengannya, ia tidak mengurangi kasih sayang kita semua kepada ulama agung ini.

"Semoga Allah SWT mengampuni beliau dan dimasukkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Sheikh Mohammed Said Ramadan al-Buti, 84, dilaporkan terbunuh dalam serangan bom penyerang berani mati semalam di Masjid Al-Iman Dimasyq, Syria.

Beliau terkenal dengan siri buku-buku dakwah tulisannya termasuk Fiqh Sirah yang menjadi rujukan ahli gerakan Islam seluruh dunia.

Dewan Ulamak PAS kutuk pembunuhan Syeikh al-Buti


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh ulama terkenal Syria, al-Syeikh al-Allamah Dr. Said Ramadhan al-Buti atas pembunuhan beliau menerusi serangan bom semalam.

Serangan itu disasarkan kepada beliau ketika sedang menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Iman, Damsyik, Syria.

“Moga Allah menempatkan beliau di kalangan syuhada,” ujar Setiusaha DUPP, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Tegasnya, DUPP mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang terlibat dalam serangan tersebut dan menuntut satu siasatan dibuat untuk mencari dalang di sebalik pembunuhan tidak bertamadun tersebut.

Katanya, pembunuhan tokoh ulama merupakan satu jenayah besar yang tidak boleh dipandang ringan.

Tambahnya lagi, DUPP juga bimbang sekiranya pembunuhan Syeikh dilakukan oleh tangan-tangan ghaib tertentu bertujuan merosakkan imej para pejuang bersenjata yang sedang menentang kezaliman rejim Asad yang telah membunuh dan menyembelih ribuan umat Islam di Syria.

Menutrutnya, meskipun Syeikh Dr. Buti antara yang berpendirian bahawa krisis di Syria tidak sewajarnya diselesaikan secara penentangan bersenjata, namun terdapat laporan bahawa beliau dalam majlis-majlis peribadi mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh golongan yang bersama rejim Asad dan mendoakan kehancuran mereka.

(Via Kerabu Bersuara ®)

Letupan dalam Masjid Iman yg membunuh Syeikh Said Ramadhan Al-Buti

Al-Fatihah


(Via Kerabu Bersuara ®)

Thursday, March 21, 2013

Ini bukti Najib semakin gentar menghadapi pilihanraya..

 


Tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar dengan sendirinya sebelum 28 April ini iaitu tarikh Parlimen bubar secara automatik jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menetapkan sebarang tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan.

6 DUN yang terbabit, DUN JOHOR terbubar dengan sendirinya pada 21 April ini, diikuti DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak pada 25 April.

Pembubaran DUN di negeri-negeri lain pula kebanyakannya berlaku selepas tarikh Parlimen dibubarkan.

Penentuan tarikh pembubaran sesebuah DUN mahupun Parlimen adalah berdasarkan kepada tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang mengulas perkara itu berkata, sebaik sahaja terbubarnya Parlimen atau DUN secara sendiri, SPR diberi kuasa menjalankan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula dari tarikh pembubaran tersebut.

Tambah beliau, sehubungan itu, pilihan raya umum perlu diadakan selewat-lewatnya antara akhir Jun sehingga awal Julai ini.

“Walau apa pun, berdasarkan peruntukan undang-undang PRU-13 mesti diadakan tahun ini juga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

(Via Anak Sungai Derhaka)

Saman Homoseksual RM 100 Juta - Akhirnya cita-cita PapaGomo untuk disaman tercapai jua..

 


Dua hari yang lalu para Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar notis permintaan menuntut supaya blogger Papa Gomo menarik balik tuduhan berniat jahat, meminta maaf dalam tempoh 48 jam mulai dari hari itu, dan membayar ganti rugi dalam jumlah sebanyak RM 100 juta.

Namun begitu merasakan dirinya dilindungi oleh para pemimpin UMNO, PapaGomo menunjukkan sifat angkuh, bongkak dan takbur bila mana beliau mempermainkan notis tersebut dalam satu artikel yang disiarkannya..

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu dan menegaskan apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin serta mencabar Anwar Ibrahim menyamannya.

Setelah tempoh yang diberikan berakhir.. Doa PapaGomo untuk disaman akhirnya dimakbulkan oleh Allah..

KUALA LUMPUR 21 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta ke atas Papa Gomo berikutan gambar fitnah lucah disiar blogger pro Umno itu yang menyerupai Ketua Umum KEADILAN.

Saman itu difailkan jam 10.30 pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguam N Surendran.

Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik blog Papa Gomo, sebagai individu bertanggungjawab menyebar tuduhan liar yang mengaitkan beliau dengan video seks palsu.
Penyebaran gambar fitnah itu diterbitkan blog tersebut pada 16 Mac lalu.

Selasa lalu, Surendran menghantar surat tuntutan supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan berniat jahat, meminta maaf dalam tempoh 48 jam mulai hari itu, dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta.

Bagaimanapun, beliau gagal berbuat demikian, menyebabkan Anwar meneruskan saman.

Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.
Bagaimanapun, individu dalam gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar.

Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit ~ Keadilandaily

(Via Anak Sungai Derhaka)

Monday, March 18, 2013

ISMA Bertanding Pilihanraya Untuk Kalah?

 

Tulang Besi memang mengeleng2 kepala apabila membaca misi ISMA ini. Mereka berkata mereka mahu menyelematkan undi orang Islam. Tumpuan mereka adalah kawasan2 Parlimen dan DUN yang calon2 adalah bukan Islam dari parti yang lain dari PAS dan UMNO.

Juga, mereka berkata yang mereka akan meletakkan calon yang berwibawa.

Bagi Tulang Besi, misi ISMA itu sangat pelik dan menghairankan.

BUAT APA BERTANDING UNTUK KALAH

Pertamanya, kalau sudah pasti kalah, buat apa bertanding pilihanraya? Bertanding pilihanraya ini memakan masa, tenaga, waktu dan juga kederat. Wang yang diperlukan juga bukan sedikit.

Wang diperlukan untuk pencalonan dan deposit RM25000 setiap Parlimen dan RM15000 untuk DUN (kalau tak silap Tulang Besi). Wang diperlukan untuk mencetak poster, banner, bunting dan bahan kempen yang lain. Wang juga diperlukan untuk menjalankan kempen seperti dialog dan ceramah. Wang diperlukan untuk membuka bilik2 gerakan seluruh kawasan Parlimen. Wang diperlukan untuk belanja petugas2 parti untuk makan dan minyak mereka. Pendek kata wang diperlukan sepanjang masa. Dan ini hanya untuk satu Parlimen sahaja.

Diberitakan mereka akan meletakkan calon di 20 Parlimen atau lebih. Tu belum lagi kerusi2 DUN.

Semua ini adalah bertujuan untuk kalah dan kemungkinan besar hilang deposit yang sebegitu banyak.

MAHU MENYELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM DALAM KAWASAN YG CALON2NYA BUKAN ISLAM?

Lagi satu, mereka juga berkata mereka mahu menyelamatkan akidah umat Islam dengan tidak memilih mana-mana calon bukan Islam. Soalnya sekarang, akidah umat Islam tidak terhakis mahupun rosak kalau memilih antara kedua-dua calon bukan Islam itu. Mereka hanya wakil rakyat dan bukannya akan menjadi Perdana Menteri.

Kalau MCA menang, kerusi mereka membantu Najib Razak jadi Perdana Menteri. KAlau DAP menang, kerusi mereka membantu Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Ertinya tiada salah dan silapnya bagi umat Islam mengundi salah satu dari calon bukan Islam tersebut.

Dari segi syarak pun tidak menjadi masaalah memilih salah satu dari calon yg bukan Islam kerana yang dipilih adalah wakil rakyat dan bukannya kepimpinan negara. Kepimpinan negara adalah antara Anwar Ibrahim ataupun Najib Tun Razak yang kedua2 nya adalah Melayu dan Islam.

PECAHAN UNDI TAJAAN ISMA MENGUNTUNGKAN UMNO DAN BN DAN MERUGIKAN PAKATAN RAKYAT

Maka, motivasi agama dan menang bukan sebab ISMA bertanding pilihanraya kerana tiada hujjah dan asas Islam bagi tujuan mereka itu.

Cumanya yang akan untung dari ISMA adalah parti2 komponen BN yang bukan UMNO. Ini kerana ISMA akan cuba menarik sokongan2 Melayu ISlam yang atas pagar jauh dari DAP atau PKR.

Pengundi2 yang mahu kekal mengundi BN akan tetap mengundi BN kerana melayu2 yg pro BN ini biasanya tidak kesah dan tidak hirau pasal agama.

Hanya pengundi2 PR yang kesah dan hiraukan agama. Maka, mereka ini akan cuba ditarik dan dibawa pergi mengundi DAP mahupun PKR sekaligus memenangkan calon MCA, MIC, GERAKAN mahupun PPP.

Kita kena ingat, bahawa terdapat banyak pengundi hantu dan pengundi warga asing yang telah masuk dalam daftar pemilih. Maka, tidak mustahil ia mampu mengecilkan majoriti kemenangan calon2 PR. Kemungkinan PR cuma mampu mengekalkan kerusi2 mereka dengan majoriti ratusan undi sahaja.

Maka apabila ISMA membawa ratusan undi yang sepatutnya pergi ke PR itu kepada mereka, hasilnya yang akan menang adalah calon2 Barisan Nasional.

CALON ISMA CALON BERWIBAWA?

Berkaitan calon berwibawa pula, adalah MUSTAHIL ISMA mampu membawa calon berwibawa kerana ISMA adalah parti baru. Orang2 nya belum diuji atau teruji dan tidak berapa dikenali pun.

Mungkin perkara yang sama boleh dikatakan kepada PAS, PKR dan DAP tapi orang ramai mengenali kepimpinan parti2 ini yang bertanggungjawab memilih calon.

Adapun kepimpinan ISMA tidak dikenali ramai dan sekaligus menjadikan calon ISMA itu juga sebagai "unknown". Secara otomatik calon2 ISMA tidak boleh dilihat sebagai berwibawa kerana mereka tidak dikenali.

Kalau setakat ISMA sahaja yang mendakwa calon mereka berwibawa itu namanya masuk bakul angkat sendiri.

CALON DITENTUKAN OLEH PARTI DAN CALON TERIKAT DENGAN DASAR PARTI

Mana yang lebih baik? Calon UMNO yang menghalalkan judi bola ataupun calon DAP yang bukan Islam tetapi mengharamkan judi bola? Dalam sistem demokrasi Malaysia (dipanggil Westminster) calon-calon pilihanraya ditentukan oleh parti, bukan oleh rakyat jelata. Tidak ada rakyat jelata yang mengundi untuk menentukan siapa calon pilihanraya. Parti2 yang akan bermesyuarat dan mengeluarkan senarai calon.

Adapun SPR sendiri pun tidak akan mendaftar seseorang calon itu tanpa surat dari parti yang diwakilinya mesti dilampirkan dalam borang pencalonan.

Secara otomatik menjadikan setiap calon pilihanraya TERIKAT dengan dasar parti.

Misalnya, UMNO telah membuat dasar untuk menghalalkan judi semenjak tahun 1951. Maka, kalaupun UMNO calonkan Saidina Umar RA sebagai calon pun, Saidina Umar akan terikat dengan dasar UMNO untuk menghalalkan judi tersebut.

Dengan kata lain, tidak kira berapa baik calon, kalau parti tu jahat dia terpaksa ikut kejahatan parti.

Boleh jugak seseorang bertanding sebagai bebas, namun dalam sejarah Malaysia, boleh bilang dengan jari berapa kali calon bebas menang pilihanraya.

ISMA ni tersilap sistem. Dia ingat sistem di Malaysia ni mengutamakan calon. Dia ingat rakyat Malaysia mementingkan faktor calon dalam memilih wakil rakyat.

Hakikatnya faktor calon ni cuma 5% dari jumlah keseluruhan faktor kemenangan. Majoriti memilih parti dan bukan calon.

SAPA DALANG DI SEBALIK ISMA?

Orang yg rasional tidak akan membuang masa, tenaga, wang ringgit, pemikiran untuk melakukan perkara yang tidak mendatangkan hasil.

Hasilnya, orang2 yang berfikir akan terus syak dan ragu dengan ISMA.

Atas sebab itulah ramai yang mempunyai perasaan bahawa wujudnya dalang di belakang ISMA bagi menjayakan projek yang tidak berfedah dan membazir ini.

PENUTUP

Projek ISMA ini adalah projek sia-sia, membazir, tiada asas dalam Islam dan juga seperti syok sendiri. Lebih baik ISMA berjumpa dgn kedua2 calon atau parti dan melobi agenda ISlam yang spesifik untuk sesuatu kawasan Parlimen itu.

Apabila mendapat respon, maka ISMA akan buat "report card" yang akan dibentangkan kepada semua pengundi Islam/Melayu bagi mereka menilai calon mana yang akan menguntungkan Islam.

Kaedah ini lebih praktikal, murah, logik dan disukai ramai.

TULANG BESI

 
 


(Via Malaysia Waves)

Friday, March 15, 2013

7 TUJUH DOSA BESAR KAH KAH HOT HOT..


http://suwaritimur.blogspot.com/2013/03/7-tujuh-dosa-besar-kah-kah-hot-hot.html

Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak pakatan pembangkang termasuk parti PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.

Perdana Menteri menggariskan antaranya dosa parti PAS ialah membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan PAS sendiri.

"Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.

"Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Kelantan Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut.

Menyentuh mengenai PAS mempermainkan matlamat perjuangannya, Najib berkata sebelum ini parti itu mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini tetapi demi politik dan takut kepada DAP, akhirnya mereka telah mengubah kepada dasar negara berkebajikan.

Katanya jika dahulu PAS menghentam cara Barisan Nasional (BN) berkongsi kuasa dengan parti lain tetapi kini mereka juga mengambil langkah yang sama dengan DAP dan ia jelas membuktikan sikap sebuah parti yang berubah-ubah demi mahukan kuasa.

Beliau berkata kehadiran besar rakyat Kelantan pada majlis itu membuktikan mereka telah bersedia pada bila-bila masa untuk menolak PAS pada pilihan raya umum kali ini.

"Kita mahukan transformasi bukan reformasi. Transformasi mensejahterakan rakyat. Transformasi bawa rahmat pada rakyat," katanya.

Perdana Menteri berkata cara bijaksana kerajaan mentadbir negara telah menjadikan negara ini makmur dan sebagai bukti ekonomi negara telah mencapai pertumbuhan kepada 6.4 peratus.

"BN cukup cakna kepada masyarakat. Cukup sengoti buat bermacam-macam demi faedah rakyat dan oleh itu yakin dan percayalah apa yang kita buat ini adalah yang terbaik untuk mensejahterakan rakyat," katanya.

Beliau berkata tidak seperti pembangkang yang berjanji dalam manifesto yang dianggap seperti penjual ubat tepi jalan.

"Satu ubat semua boleh sembuh. Kita bukan mahu mengundi orang yang petah berkata-kata tetapi pilihan raya adalah untuk rakyat memilih kerajaan yang benar-benar boleh berjasa kepada negara.

"Dan oleh itu yakinlah kepada BN," katanya.

Najib berkata kehadirannya untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat di Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu, adalah mencerminkan ketelusannya kepada rakyat melalui slogan 'Janji Ditepati'.

-Bernama

shared via http://feedly.com

UMNO DENGAN TELUR BERPISAH TIADA

Bas Merdeka Rakyat 'dilencong' ke ceramah Umno diserang samseng

(Norutul Ilham)
PAHANG 15 MAC: Genap seminggu selepas diserang sekumpulan samseng Umno BN di Bukit Katil, Melaka; bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan kayu pula dalam program sama ke negeri kelahiran Perdana Menteri,  malam tadi.

Ketua Cabang KEADILAN Kuala Krau, Suhaimi Said, berkata  bas itu 'dilencong'  dari laluan asal selepas dihampiri sebuah lori dengan bendera PAS yang seolah-olah  penunjuk arah untuk ke tapak ceramah di Kuala Mai, Kuala Krau, kira-kira jam 11 malam.
"Bagaimanapun, lori berkenaan berhenti mengejut di tapak ceramah Umno sebelum pemandu melarikan diri. Ketika itu bertalu-talu batu dibaling dan kayu ditusuk ke bas.

"Apabila berita tersebar, penyokong Pakatan di tapak ceramah berhampiran datang untuk menghalang. Berlaku sedikit pergaduhan tetapi tiada yang cedera.

"Bas kemudian meneruskan perjalanan ke tapak ceramah Pakatan," katanya dan menambah lapan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membantu menyurai kumpulan samseng Umno yang lari lintang pukang.
Sementara itu, seorang remaja yang terlibat dalam perbuatan itu mengaku  dibayar RM20 untuk membaling batu dan kayu, selain RM15 sebagi kos motosikal.

"Remaja itu mengaku Umno yang upah mereka tapi takut untuk dedahkan individu terlibat," katanya seorang penyokong Pakatan yang mengenali remaja berkenaan dan bertanya insiden itu.

Untuk tonton rakaman serangan, KLIK INI.

shared via http://feedly.com

Monday, March 11, 2013

Manifesto PR menjadikan Menteri Umno semakin bangang?

Satu daripada manifesto utama Pakatan Rakyat ialah menghapuskan PPPTN,, namun nampaknya dari awal lagi Umno tak bersetuju...

Menteri-menteri Umno tanpa rasa segan dan malu terus memberikan hujah bodoh tanpa fakta yang jelas?


He he sejak bila menteri ni jadi tukang ramal...
Mansuh PTPTN bawa 'bencana'

 
Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my



Tolong imbau kembali,, bila PAS berjaya memerintah negeri Kelantan tahun 1990, apa yang pemimpin Umno cakap... Kerajaan Kelantan Pas hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja..... namun apa yang terjadi dengan ramalannya itu?..

Kesian orang-orang melayu,, asyik nak kena tipu aja dengan pemimpin mereka,,, belum cuba belum tahu,, bagi peluang dahulu....lepas tu baru buat penilaian...

 

(Via Manjung Mari)

Saturday, March 9, 2013

Pengubatan Tradisional Paling Gila Di Dunia

 

Di dunia ini ada berbagai macam pengubatan yang sering kita temui di sekitar kita. Pengobatan modern biologi hingga ke pengobatan tradisional. Jika suatu penyakit menghinggapi badan kita, tentu ada sebab dan akibatnya. sebagian besar jika kita berobat ke dokter, mereka akan mendiaknosa penyakit dan membuatkan obat untuk menghilangkan penyakit tersebut. Namun ada juga beberapa penyakit yang sampai saat ini belum ditemukan obatnya, sehingga membuat sang penderita akan merasa kurang percaya lagi dengan pengobatan yang pernah di lalui.
 
Disini ada sebuah video yang sangat mengejutkan. Boleh dikatakan ini termasuk pengobatan tradisional kerana sangat tidak boleh dipercaya oleh akal sihat. bayangkan saja jika badan kita dibedah kemudian dikeluarkan penyakitnya lalu tentu saja akan di jarit kembali untuk menutupi luka tersebut. 
 
 
Berbeza dengan pengobatan ini, tangan yang tidak memakai apa apa, boleh menembus kedalam badan seseorang dan mengeluarkan penyakitnya. Dan hebatnya lagi  badan ataupun kulit tersebut tidak terlihat tergores sedikitpun. Jika video ini benar adanya, Sungguh amat susah untuk diterima oleh akal sehat dan sungguh Besar Kuasa Tuhan untuk mengubati ciptaanNya melalui seorang manusia.
 
Kurang jelas kami temukan apa dan siapa serta darimana orang tersebut ataupun pengobatan seperti itu, yang kami dapat hanyalah ulasan seputar Dr Elmer Green yang mendalami tentang Behavioural neuroscience kurang lebih yang berarti ilmu dalam Psikologi biologi yang boleh anda baca di wikipedia. Dan mohon maaf juga hubungannya dengan video ini juga kurang jelas kerana minimnya sumber. Apakah dokter tersebut yang melakukan atau dokter tersebut mempelajari akan pengobatan ini.
 
Poin yang akan kami sampaikan disini adalah Jangan Pernah Menyerah jika anda sedang sakit atau ditimpa masalah kerana bagaimanapun penyakit, jika kita percaya akan Kuasa Tuhan, maka kekuatan Tuhan akan menghilangkan penyakit anda tersebut mungkin melalui orang orang yang Beliau pilih.
 
 
 
Berikut video yang akan menunjukan bahwa tidak masuk akalnya pengobatan ini. Mohon jika tidak kuat jangan menonton video ini.
 
 
 
 
 
 




sumber: http://anehdidunia.com

(Via borak kosong)

Respons Pengikut Twitter Terhadap Pendedahan Bapa Saiful

 


Berikut ialah respons pengikut twitter mengenai isu pendedahan bapa Saiful yang GB petik dari Sinar Harian.

Tun Faisal @tunfaisal: "'Timing' PRU13, isu Azlan dijadi peluru puak sana untuk cuci Anwar, juga alih sentimen isu ceroboh Sulu yang sangat positif pada kerajaan Agendanews."

Tun Faisal @tunfaisal: "Sumber-sumber kata puak sana memang dah lama nak cekup bapa Saiful lebih-lebih lagi dapat tahu dia hadapi tekanan tak kerja dan kes liwat anaknya."

MiLo SuaM @milosuam: "Apa Saiful Bukhari mohon maaf kepada Anwar kerana memfitnah"

Dr Mohd Asri @realDrMAZA: "Bapa Saiful mengaku semua tuduhan itu dirancang dan fitnah. Kalau begitu, kesian kepada yang dituduh, dizalimi dan dimalukan begitu rupa."

The Jkkk man™ @Jkkkfanclub: "Saiful Bukhari dah boleh mandi wajib dan basuh berak mulai hari ini. - berita bernipu. Ntah apa perasaan macai yang..."

PanglimaPerangCyber @panglima_cyber: "Sungai Setia : Setelah 3 minggu hilang akhirnya bapa Saiful muncul mempertahankan Anwar: Keluarga Saiful Bukha..."

Fariz musa @farizmusa: "Lepas ni mesti Saiful akan jadi relevan semula bagi Umno! Mesti Saiful dibayar lagi mahal untuk menafikan kenyataan bapak dia. Tengah duk fikir,"game" baru?

Dzulkefly Ahmad @DrDzul: "Deepak, Bala now Saiful's Dad..."

@PapaGomo @PapaGomo: "Duit, Anwar dah beli bapak Saiful."

Follow @PapaGomo @PapaGomo: "Anwar dah kantoi isu penceroboh Sulu hari ni nak divert isu lain."

Faekah Husin @faekah_qkn5: "Kes Saiful - jika bukan hari ni, hari esok, jika tidak esok, minggu depan jika tahun ini juga belum, jangan gulana- kebenaran pasti tertegak!!"

Khairy Jamaluddin @Khairykj: "Memandangkan bapanya mendakwa wujudnya 'perjury' dan membawa anaknya melakukan sumpah laknat, kita harus dengan apa Saiful hendak berkata."

Khaleeq Shahzada @khaleeqshah: "Bila dia kata tak berlaku? Bukan dia kata konspirasi ke? @eastern_metal: Kebenaran terserlah. Bapak Saiful dakwa liwat tidak berlaku.”

MiLo SuaM @milosuam: "Kalau bapa Saiful tak minta maaf kepada Anwar pun gua memang tak percaya Liwat II. Bukti semua tak masuk akal, macai bolehlah percaya."

Ulasan GB

GB tertarik untuk mengulas dua twitter dari dua orang macai UMNO.

Pertama dari @tunfaisal yang menyatakan isu pendedahan bapa Saiful ini ialah taktik Anwar untuk alih isu pencerobohan Sulu.

Isk, djika demikian persepsi @tunfaisal, maka orang pun boleh berpersepsi bahawa isu pencerobohan Sulu itu adalah percubaan Najib untuk mengalihkan isu pendedahan Bala dan Deepak mengenai penglibatannya di dalam pembunhan ALtantuya(?)

Kedua mengenai dakwaan @papagomo kononnya Anwar dah beli bapa Saiful. Di dalam sebuah blog pencacai (samaremas.blogspot.com), kononnya RM1 juta diberikan kepada Saiful dan digunakan satu video lama sekitar trahun 2008/2009 iaitu semasa Saiful masih menjadi pembantu Anwar untuk menjustifikasikan ada pertemuan diantara bapa Saiful dan Anwar untuk "urusniaga RM1juta" itu.

Ternyata pencacai-pencacai UMNO macam cacing kepanasan dengan isu pendedahan ini... hehehe

(Via Kelab Greenboc)

Video Pencacai UMNO cuba pecahkan pintu kaca di Komtar tersebar.. ganasnyaaa depa..

 


Keadaan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang, Komtar kecoh seketika semalam apabila kira-kira 100 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) cuba merempuh masuk untuk bertemu Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Kekecohan itu bermula apabila kumpulan NGO itu dihalang oleh pihak keselamatan daripada memasuki lobi pejabat di tingkat tiga dan beberapa orang cuba memecahkan pintu kaca di situ ~ Berita Harian

Saksikan bagaimana mereka cuba memecahkan pintu kaca itu dengan ganasnya..

 


Berita Harian juga melaporkan lagi antara NGO yang terlibat ialah Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Malaysia (Al-Ehsan), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri (GPMS), Jaringan Muslimim Pulau Pinang (JMPP), Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta).


Setiausaha Agung Al-Ehsan, Arshad Kassim berkata perhimpunan berkenaan bertujuan untuk membantah Lim yang dianggap biadap dan sengaja menyentuh sensitiviti umat Islam.

Lim yang juga setiausaha agung DAP terus dikecam kerana membangkitkan isu kalimah Allah yang menimbulkan kemarahan dan kurang senang dalam kalangan umat Islam di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu...

Hmm... kenapa nak dikecam Guan Eng pula sedangkan yang membenarkan Penang menggunakan nama Allah itu ialah Pemimpin UMNO sendiri?

 



(Via Anak Sungai Derhaka)

Friday, March 8, 2013

Terkini! PabiGomo Mengamuk Apabila Bapa Saiful Minta Maaf!

 

 

 

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/522617_597504710278863_1612867476_n.jpg


Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar

JAMILAH HAMZAH


[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi.

Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara).

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.


(Via Kerabu Bersuara ®)

Bapa Saiful Bukhari mohon maaf kepada Anwar kerana memfitnah

 

DUA minggu lepas gua terima berita daripada sumber "dalaman" Umno mengatakan bahawa bapa kepada Saiful Bukhari yang menuduh Anwar Ibrahim meliwatnya telah menyedari bahawa anaknya telah dipergunakan untuk memfitnah Anwar.

Sumber gua berkata, bapa Saiful sudah lama gelisah kerana fitnah anaknya itu telah membuatkan dirinya rasa bersalah menyaksikan Anwar dan keluarganya dihina, dikeji dan diserang bertalu-talu oleh media kawalan Umno siang malam pagi dan petang.

Gua tanya boleh dedahkan ke maklumat ni? Sumber gua kata, "elok jangan dedah dulu, takut apa-apa jadi kepada bapa Saiful Bukhari". Dalam fikiran gua, betul juga, gua bimbang samseng-samseng Umno akan mengugut beliau dan beliau sendiri akan berubah fikiran.

Apa pun, gua sudah bagi hint di facebook bahawa selepas bala pertama menimpa Najib dan Rosmah, iaitu kepulangan Bala Subramaniam, satu lagi bala besar akan menimpa kepala Najib dan Rosmah - Facebook.



Syukur Alhamdulillah, bapa Saiful Bukhari akhirnya membuat sidang media memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau turut menyebut bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.

Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai perdana menteri itu dan seorang peguam.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya."

Menurut Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya.

"Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya.

walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.

"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar."

Azlan berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan."

Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.

"Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan.

"Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

"Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.

"Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini," katanya.

Azlan merayu kepada seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul".

"Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya - Malaysiakini.

ReJaM© "Kebenaran terserlah jua akhirnya... "

(Via MiLo SuaM)

Wednesday, March 6, 2013

Islam Sama Islam Perlu Adil, Islam Sama Bukan Islam Pun Perlu Adil

Artikel yang sangat menarik...

Selepas penyerahan diri penceroboh Lahad Datu semalam, aku memang eager betul nak tengok TV. Saja aje la nak tengok apa menteri2 kita nak komen. Buletin Utama semalam, ada ruangan pasal Najib menceritakan kesedihan dia jumpa dengan family anggota polis yang terbunuh. Najib juga menceritakan bagaimana anak lelaki anggota tersebut kata "abah,bom, abah,bom" dengan muka menahan pilu yang amat sangat.

Kemudian muncul pula segmen Rosmah. Ada tunjuk Rosmah pakai selendang hadiri pengebumian, ada tunjuk Rosmah try tenteramkan ahli keluarga dan macam2 lagilah, maklumlah Rosmah adalah seorang yang sangat multi tasking. Berbadan besar tapi lincah.

Ada jugak segmen tunjuk Hishamuddin Hussein berucap, lepas tu Zahid Hamidi. Dua orang ni aku tak ambik port sangat sebab tak kelakar. Aku prefer berita pasal Najib dan Rosmah. Lagipun, kalau aku tengok muka dua orang ni lama-lama, aku naik marah.

Komen2 semalam yang aku terima dengan jelas menunjukkan yang ramai orang kat luar sana yang telah dapat berfikiran matang dan bersatu dalam menentang ancaman kepada negara. Matang betul komen2 korang attack aku sebab aku hanya suggest satu benda yang sangat harmless, baca Al-Fatihah dekat pejuang Sulu yang mati. Bukannya kena keluar bajet apa pun. Kau jugak yang dapat pahala walaupun kau tak sama niat macam aku suggest.

Peristiwa semalam dengan jelas menunjukkan dalam bab kedaulatan negara, ramai orang yang kat luar sana yang mampu keluar daripada kepompong kepartian dan berfikir secara rasional. Kekalkan benda tu bila bercakap pasal politik lepas ni.

Dah alang2, serentak dengan kemunculan kematangan dan perubahan mentaliti yang telah ditunjukkan ni, aku rasa, ini adalah waktu paling sesuai untuk kita, rakyat Malaysia, mintak kerajaan Malaysia panggil Setev Sharibuu, bapa kepada Altantuya Sharibuu, mangsa pembunuhan kejam dua orang anggota polis, datang ke Malaysia.

Bapak Altantuya perlu diberikan penghormatan untuk bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia kerana kes ni bukan main-main. Dua orang anggota polis telah meletupkan seorang wanita bukan warganegara Malaysia di Malaysia. Jika aku bapak Altantuya, aku nak tau apa sebenarnya yang terjadi dan yang paling penting...kenapa anak aku dibunuh?

Diharapkan agar dapatlah kita rakyat Malaysia beramai2, yang sudah matang dan mampu melangkaui semangat kepartian agar bersatu dalam menggesa Kerajaan Malaysia memberikan closure kepada Setev Sharibuu. Anak kau kena bunuh tanpa ada apa-apa penjelasan, kau mampu duduk diam?

Aku quotekan la komen pertama yang diletakkan semalam oleh Anon ;
"Sebab mereka BUKAN BAPA / SUAMI / ABANG / ADIK / ANAK/ KELUARGA kau, Mantot. Tu sebab kau BERANI berkata begini. Semua ni hanyalah sekadar kata2 yg KONON KAU yang paling memahami 'apa yg pejuang rasa'. 
Andai kata yg terkorban ialah BINI / ANAK kau, aku jamin kau takkan tulis entri yg serba defensif terhadap pembunuh berketurunan Sulu ni."

Bagus. Ini adalah semangat diharapkan. Kau paham apa yang Setev Sharibuu rasa. Makin ramai orang paham apa yang Setev Sharibuu rasa dari 2006 sampai sekarang.

Aku tak paham. Sebab tu aku tulis macam semalam. Tapi janganla berhenti di situ saja. Bukak minda tu lagi besar. Ada beberapa lagi persoalan yang aku pasti rakyat Malaysia berhak tahu dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu dalam mendapatkan penjelasan terbaik dan jujur daripada Kerajaan Malaysia.

Aku pun nak sangat tahu kenapa Sirul dan Azhar bunuh Altantuya. Apatah lagi bapak dia.

Cuba bayangkan, ada Buletin Utama versi Mongolia, tapi Perdana Menteri dia dalam tu kata dia jumpa Setev Sharibuu sambil Setev Sharibuu teresak-esak menangis. "Anak, bom. Anak , bom." Mesti sayu satu Mongolia tengok...
Jom la kita ramai2, tak kira parti mana kau sokong, pro atau anti kerajaan, minta keadilan untuk Setev Sharibuu. Suarakan permintaan anda sehinggalah Setev Sharibuu dapat bertemu Perdana Menteri dan dapat penjelasan yang mampu memberikan dia penutup kepada benda ni.

Kalau kau nak kejar keadilan, kau takleh nak prejudis.Semua orang perlu dapat treatment sama. Darjat atau pangkat kena tolak ke tepi.

Dan aku rasa, kalau kerajaan kita sekarang berani face on selesaikan misteri kes Altantuya, sokongan rakyat kepada kerajaan sekarang akan kembali bersinar. Win win situation untuk semua pihak, rakyat kembali dapat menaruh kepercayaan kepada kerajaan sekarang, kerajaan dapat kembalikan imej diorang yang aku rasa memang dah tercalar balar pasal kes Altantuya ni dan kepada bapak Altantuya, sekurang2 nya dia dapat move on dan tidak tertanya-tanya lagi.

Kes Lahad Datu dah selesai dengan gemilang, tahniah kerajaan...lepas ni selesaikan misteri Altantuya. Kembalikan kepercayaan orang ramai kepada pentadbiran sekarang. Aku tengok PM kita cukup sedih bila dia cerita pasal anak beranak hilang ayah tu. Dia tentu faham, apa yang dialami oleh Setev Sharibuu.

Masalahnya, aku tengok kerajaan sekarang mengelak betul bila Setev Sharibuu datang nak bertanya soalan. Ini hal antara dua negara, bukan jenayah local. Dah la melibatkan polis dan bom C4.

Apa kata, cuba selesaikan permasalahan dia, mana tahu, untung2 menang 2/3 pilihanraya, dapatlah halang Pakatan ke Putrajaya?

Come on penyokong UMNO. Berapa lama lagi kita nak hidup dalam spekulasi? Masyarakat yang penuh dengan spekulasi, tak transparent...akan melahirkan orang yang banyak jerangkung dalam almari.



(Via Cursing Malay : Terus Terang)

Monday, March 4, 2013

Siapa Arah Media Filipina Padam Berita Panas Najib?

 

 
Akhbar Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph) menyebut tentang nama PM Malaysia, Najib Razak dalam berita bertajuk “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia” pada 21 Febuari lalu.

Berita panas tersebut menyebut tentang janji Najib Razak. Ia disebut oleh Nur Misuari yang beliau mendengar adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah sehingga beliau merentas lautan menuntut janji. 
 
Nur Misuari juga mendakwa Agbimuddin Kiram ke Sabah kerana tidak sabar terhadap tuntutan mereka dan beliau meminta perkara ini diselesaikan dengan lebih tenang.
Berita panas Najib tersebut telah dipadam oleh mb.com.ph dan apabila kita mengakses berita tersebut hanya ini yang dipaparkan. Namun ada yang telah ‘copy screen’ berita tersebut seperti di atas.
 
 

Tak pasal-pasal Anwar telah diburukkan Utusan Malaysia, TV3 dan macai UMno akibat pencerobohan tersebut. Namun begitu Najib juga tak terlepas. 
 
Najib bersama anak beranak Kiram (Kesultanan Sulu), Esmail Kiram II
 
Jadi kini, siapa yang telah mengarahkan atau meminta akhbar Filipina memadam berita tersebut. Adakah ianya arahan juga dari Malaysia?

(Via Addin)

BERAPI: Zed Zaidi TIBAI Abby Abadi pulak [Tengok la...]

 

Abby 'Ustazah Jadian' - Zed Zaidi

 
Tindakan bekas pelakon dan anggota kumpulan Elite, Abby Abadi yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi menerusi akaun Twitternya selepas menjadi ahli PAS, mendapat perhatian ramai pihak kerana mengeluarkan kenyataan mengecam sesetengah pihak.

Abby mengeluarkan kenyataan yang menuduh artis negara ini sebagai golongan buta politik dan tersasar jauh dari landasan Islam serta mendakwa kebanyakan artis mempunyai ego yang tinggi sehingga lupa rezeki adalah pemberian Allah.

Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang dihubungi Utusan Malaysia, melabelkan tindakan Abby itu sebagai 'Ustazah Jadian' dan berupaya untuk memesongakan akidah umat Islam di negara ini.

"Abby ibarat seorang ustazah tidak bertauliah yang sesuka hati mengeluarkan fatwanya sendiri seperti mana yang pernah ditunjukkan beberapa pemimpin Pas lain.

"Jadi, bila seseorang 'Ustazah Jadian' ini berbicara, saya khuatir macam-macam perkara buruk akan terjadi ke atas anak bangsa Melayu kerana statusnya sebagai seorang artis mampu mempengaruhi sekali gus menggugat keimanan peminatnya," kata pemilik nama Rozaidi Abdul Jamil ini.

Selain itu, dalam ceramah anjuran Pas kawasan Permas, Abby turut juga menyifatkan rakan-rakannya dalam dunia seni yang menyertai majlis anjuran UMNO atau Barisan Nasional hanyalah sekadar untuk menghiburkan penonton dan mendapat bayaran tanpa mengambil tahu perihal politik.

Terbaru, kenyataan Abby di akaun Twitternya turut berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu turut mendapat perhatian daripada orang ramai apabila dia dilihat mengeluarkan kenyataan'menuding jari' kearah kerajaan.~ klpos



 
 

(Via shalehudin)