Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, November 30, 2010

Aduka kena lempang?

Adat la. Memang orang tak puas hatinya. Dah ganas, standad la berselinsing lengan.

Tapi kena dengan puak takda telo ni memang panas hati. Lagi pulak berdarah biru pekat atau dari geng gagah perkasa aka pahlawan ketuanan. Huh.. Gay sungguh.

Tak reti la aku nak maki apa dah...

Monday, November 29, 2010

MAHA2010

Sapa minat kambing, sapa minat lembu pergilah.

Minat bercucuk tanam? Ghonti an la!!

Saturday, November 27, 2010

Sukar untuk dijelaskan!

Mahal rantai dari beruk!

Haih! Dalam kata takde duit, ada pulak duit nak ubahsuai rumah Sri Perdana Perdana Menteri sebanyak RM 65 juta? Setakat nak ubahsuai rumah sampai peruntukan berpuluh juta? Ini sudah lebih!

Seri Perdana di Putrajaya mula dibina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya. Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta.

Bayangkan sebanyak RM65 juta untuk tempoh dua tahun. Untuk tahun hadapan kos pengubahsuaian sebanyak RM19.5 juta. Maksudnya berbaki sebanyak RM45.5 juta untuk tahun 2012. Sedangkan kos sebanyak itu boleh digunakan untuk kebajikan rakyat yang jauh lebih memerlukan daripada pengubahsuaian tersebut.

Apa yang kami kesalkan adalah, kenapa setiap kali tukar Perdana Menteri, setiap kali itulah kena ubahsuai? Sampai berjuta-juta pulak tu. Kami tahu kos sebenarnya tidak lah sampai 7 angka, namun sebab "mark-up", atas sebab bagi projek pengubahsuaian kepada kroni-kroni, sebab tu jadi sampai berjuta-juta.

Tak rasa malu ke, guna duit cukai yang disumbangkan oleh rakyat malaysia untuk ubahsuai rumah sampai RM 19.5 juta? Apa yang rosak? Nak salut emas ke setiap jamban dalam rumah Sri Perdana tu? Ubahsuai ini sebenarnya tidaklah terlalu penting.

Lebih-lebih lagi, ianya bukan rumah sendiri. Esok-esok, tukar Perdana Menteri, kena keluar dari rumah. Jadi, apa relevannya nak ubahsuai sampai RM 65 juta peruntukan diberi?

Kalau penjawat awam mintak bonus, bukan main mengelat lagi. Kata bagi implikasi besar. Habis tu ubahsuai RM 65 juta, apa implikasinya kepada rakyat? Rakyat dapat tidur sekali ke dalam rumah tu? Nak masuk jengah kat pintu pagar pun belum tentu lepas.

Tak perlulah nak ubahsuai rumah Sri Perdana tu. Barang-barang dalam tu pun, masih banyak lagi yang elok. Malu la sikit, rakyat lain bergolok gadai simpan duit nak ubahsuai rumah. Ada yang bumbung bocor pun tak dapat nak betulkan lagi. Ada jugak yang tak ada rumah langsung!

Ahli politik kena fikir sikitlah, jawatan tu diberi atas mandat rakyat. Rakyat jugalah yang boleh tumbangkan ahli politik. Yang rakyat pun satu, undi atau sokonglah mengikut keperibadian pemimpin. Undi sebab kerja yang dibuat.Usaha yang dia buat. Bukan sebab dapat gula-gula RM dari ahli politik, terus sokong.

Ingat sikit rakyat semua, satu penggal 5 tahun. Kalau kena pemimpin yang kita pilih tu tak betul, tak perlu ambik masa sampai 5 tahun nak jahanamkan negara. Memang tidak ada pemimpin yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya, kita pilih pemimpin yang benar-benar ingin membantu rakyat.

Bukan sebab nak penuhkan kocek sendiri, lepas tu buat rumah sampai RM 12 juta. Kita sebagai rakyat perlu ubah mindset kita. Dah lama bapak-bapak kita sebelum ini digula-gulakan, kali ini, kita jangan biarkan langsung diorang menipu kita lagi.

Tak kiralah apa parti politik sekalipun, yang penting, kita pilih pemimpin yang benar-benar ingin meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat. Bukan pemimpin komisen, bukan pemimpin yang menjual maruah negara kepada orang luar, dan juga bukan pemimpin yang menjual diri atas nama agama.

dipetik dari sumber asal:

berita semasa.com

Friday, November 26, 2010

Penelitian + perbandingan = bikin panas!!

Terima kasih pada bro Isa.

Thursday, November 25, 2010

Kesian Mahathir, nyanyuk betul dia.

Oleh: WFAUZDIN NS
MAHATHIR berkata ahli-ahli PKR perlu bertaubat dan kembali kepada Umno. Lucu sungguh saranan mantan PM yang DS Anwar dakwa keluarganya ada memiliki kilang arak terbesar di luar negara itu. Mahu bertaubat kena masuk Umno? Maksudnya kena masuk `geng' dengan Apco Yahudi itu kah? Pada saya lebih baik mati, daripada masuk Umno.

Sekiranya PKR sudah teruk sangat dan jika Mahathir seru semua ahli PKR menyertai PAS, itu saranan yang betul dan bijak. Mahathir ingat ahli-ahli PKR seperti beliau, ikut suka bila mahu masuk Umno dan keluar Umno? Mahathir pernah keluar Umno semasa Pak Lah jadi PM, kemudiannya melutut kembali kepada Umno apabila Najib jadi PM. Habuannya, anak Mahathir dilantik menganggotai kabinet Najib walaupun tewas bertanding Ketua Pemuda Umno di tangan KJ.

Mahathir mungkin sudah lama tidak membaca perkembangan luar negara, maklumlah orang tua biasanya mata sudah rabun. Mahathir tidak tahu bahawa berapa ramai Ahli Parlimen di luar sana yang menuntut agar kes liwat DS Anwar digugurkan. Terbaru, Setiausaha Amerika Syarikat sendiri menghubungi DS Anwar dan berjanji akan memantau kes yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu. Masakan Mahathir tidak tahu ada suara dari tokoh perniagaan atau syarikat pelaburan luar negara yang terang-terang mendakwa kezaliman kerajaan ke atas DS Anwar adalah menjadi punca mengapa pelabur semakin tidak berselera datang ke Malaysia.

Dendam Mahathir terhadap DS Anwar tidak pernah luntur. Mungkin beliau masih terasa malu dan aib teramat sangat bagaimana suatu ketika Naib Presiden Amerika Syarikat, Al-Gore menjatuhkan air muka Mahathir di khalayak ramai apabila Al-Gore menyanjung semangat reformasi ketika itu. Itulah puncanya sampai sekarang Mahathir merapu dan meroyan tidak tentu hala.

Kununnya tidak mahu Melayu dan Islam berpecah, tetapi tangan beliaulah yang bersejarah memecahkan penyatuan orang-orang Melayu bahkan menghancurkan institusi Raja-Raja dengan pindaan perlembagaan yang dibuat untuk kepentingannya. Melayu berpecah ketika wujudnya Parti Melayu Semangat 46, angkara muslihat jahat siapa? Melayu berpecah lebih teruk lagi apabila Mahathir memecat DS Anwar dari kabinet dan menjalankan konspirasi jahat untuk mengaibkan DS Anwar. Sehingga kini, Umno tidak tertebus dengan semua angkara tangan Mahathir.

Usah bercerita pasal kedaulatan Islam dizaman Mahathir kerana manusia inilah yang terkenal dengan anti-Islamnya. Tangan manusia inilah yang menulis surat kepada Kerajaan PAS Kelantan untuk menghalang perlaksanaan Hukum Hudud di negeri tersebut. Mulut busuk manusia inilah yang sering menghina Sunnah Nabi dan hukum Islam

Burj Khalifa - memang gila babi punya bangunan.

Kahkahkah.. Padan muka

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Pendapatan kumpulan media itu telah merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Untuk suku ketiga berakhir 30 September 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pracukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lepas.
Bagaimanapun, pendapatan mengukuh kepada RM89.540 juta dalam tempoh bawah kajian daripada RM89.530 juta sebelumnya.
Utusan berkata, saingan yang sengit untuk perbelanjaan pemasaran pengiklanan, bukan hanya di kalangan media cetak, tetapi juga di kalangan semua saluran media telah menjejaskan prestasi kumpulan untuk tempoh di bawah kajian.
Faktor itu akan kekal sebagai cabaran kepada kumpulan berkenaan untuk baki tempoh 2010, katanya. ~ Mstar

Wednesday, November 24, 2010

Mahathir memang jahil politik.

Tidak saya sangka bahawa Dr Mahathir Mohamed yang menjadi Perdana Menteri lebih dari 20 tahun rupa-rupanya tersangat jahil tentang politik. Politik baginya hanyalah UMNO dan politik perkauman Melayu sehingga tergamak dia menyarankan supaya PKR dibubarkan supaya ahli-ahli PKR kembali kepada UMNO bagi memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dan tidak lagi berpecah kepada tiga kelompok.
Kenapa saya katakan dia jahil kerana dia tidak mengetahui sedikit pun politik multirasial, dia tidak mengetahui sedikit pun bahawa sebahagian besar penduduk Negara ini sudah menolak politik perkauman sempit seperti yang dimainkan oleh UMNO-MCA-MIC.

Rare weh keta ni.

Memang marah amerika sapa yang beli keta ni.

Rosmah buat hal lagi..


Rosmah bini Najib buat perangai lagi. Tak sudah-sudah dengan kontreversi. Ini dah jadi macam Imelda Marcos. Najib seolah-olah tak boleh buat apa-apa!. Nantirakyat Malaysia akan tambah meluat dan berbulu dengan BN (Bini Najib).Kalau Pak Lah jatuh dek kerana menantu. Najib akan tumbang dek menyibuknya bininya sendiri.


Baru aje reda dengan isu Festival Busana Muslim yang setaraf denganbusana jahiliyyah. Dengan Nama Muhammad Rasulullah terpampang di dada model yang mendedahkan aurat.Kini timbul pula isu menyamakan taraf Hari raya Haji dengan pengorbanan nabi Ibrahim a.s dengan agama syirik rekaan manusia.

Majlis Hi Tea anjuran BAKTI yang diketuai oleh isteri PM yang diadakan baru-baru ini. Kalaulah Iklan Sinari Lebaran di TV3 yang disiarkan pada 2 September lalu. ditarik balik, antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal. Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.



Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, serta bantahan banyak pihak lalu TV3 bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta. Habis apabila kena dengan Bini Najib ini takde yang berani tegur ke? Takut hilang pangkat & jawatan ke?atau Umno sedang berdakwah secara hikmah. Takkan takde penasihat agama? Mana dia Ulama muda Umno tu? Takkan dok diam aje. Takkan fatwa mufti Perak macam Tun Harrussani masih taknak dengar. Kalau Pas yang cakap memang tolak siang-siang dah, Ini bukan fatwa ulama Pas. Ni Tok Mufti lantikan kerajaan negeri Pasir Berdengung, Perak Darul Ridwan.


Sekali lagi penulis tampalkan disini buat yang mata buta dan pekak badak pendokong Umno-BN. Haram merayakan perayaan orang-orang kafir Orang-orang Islam adalah dilarang sama sekali mencampur adukkan perayaan orang Islam dengan perayaan orang-orang kafir dalam apa jua bentuk sekalipun. Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan perkataan "Deeparaya" yang dipercayai dari perkataan Deepavali dan Hari Raya adalah haram bagi umat Islam menggunakan perkataan itu meskipun bagi gimik melariskan jualan mereka.


Ustaz Zamri Hashim berkata demikian melalui Radio Malaysia 3 Ipoh dalam siaran Soal Jawab Agama, pagi ini. Menurut Ustaz Zamri lagi, umat Islam adalah diingatkan kepada surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir)
agamamu dan bagi ku agamaku" Hukum merayakan perayaan orang-orang kafir sudah disepakati oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.

Justeru itu umat Islam adalah dilarang merayakan perayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu. Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita.

{Sumber]

Monday, November 22, 2010

Just before 9/11




- Posted using Mobypicture.com

Macam-macam idea yang nak menyakitkan hati.

Tulisan pengarangnya Zaini Hassan di Utusan Malaysia (Nov 10) yang
mencadangkan supaya 13 Mei dijadikan satu hari peringatan membawa pelbagai reaksi. Perdana Menteri Najib Razak bagi pihak kerajaan telah menolak cadangan tersebut. Pada pandangannya, hari itu
hanya perlu dijadikan satu peristiwa di dalam lipatan sejarah sebagai iktibar dan sempadan untuk kita supaya ia (peristiwa rusuhan kaum berdarah itu) tidak berulang.

Status Zaid.

PKR menerima peletakkan jawatan Datuk Zaid Ibrahim dengan serta-merta walaupun bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu memberikan notis sehingga 16 Disember depan.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, ini kerana PKR merupakan parti politik dan bukannya
syarikat swasta yang mempunyai kontrak bekerja. Katanya, sebagai "orang baik", PKR memenuhi hasrat bekas menteri itu untuk meletakkan jawatan justeru lebih "memudahkan Zaid merancang langkah masa depannya".

Saturday, November 20, 2010

Dia pilih KLCC doh..

"memang la dia pilih KLCC, pak guard bangla kat situ pun lagi hensem dari lu doh.."

mantul!!

Bangang + Bodoh = very stupid!




- Posted using Mobypicture.com

Friday, November 19, 2010

Pertarungan sengit kapal selam.




- Posted using Mobypicture.com

Thursday, November 18, 2010

Pornstar bangang yang terlampau.

Chua dianggap sudah kurang siuman bila mempertikaikan kedai ditutup pada hari cuti umum, harap dia jumpa doktor pakar untuk periksa tahap mental dia, demikian respon ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim di Twitter terhadap kenyataan Presiden MCA.

Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha. " Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun
ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu," soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.- blog YB Idham Lim.

***
Kahkahkah.. Bangang terlampau pornstar ni. Datin dan pramugari terlampau pun tak sebodoh mangkuk pornstar ni.

Tunggang-langgang.

Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus berkuatkuasa gaji bulan Januari
2011.

Caruman itu dibayar kepada KWSP mulai Februari 2011, kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam satu kenyataan di Kuala
Lumpur hari ini. -malaysiakini

***

bantai la labu.

Alahai Kak Pah..

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Sharifah Aini @ Kak Pah ini berkemungkinan besar boleh menjadi
statement of the year dalam dunia
hiburan. Baru-baru ini Kak Pah dilihat
bertudung dalam satu majlis amal. Semua orang terkejut. Adakah Kak Pah sudah mahu bertudung sepenuhnya?

Ini kata Kak Pah. Sebenarnya "Kak Pah pakai tudung ni sebab Kak Pah sakit gigi. Sebab tak mahu nampakkan gusi Kak Pah ni bengkak, jadi Kak Pah pakailah tudung,"katanya. Tapi, kalau tanya bila Kak Pah betul-betul akan pakai tudung, Kak Pah tak boleh nak jawab. Kesian kat Kak Pah. Mesti gusinya bengkak besar sebab sakit gigi sampai terpaksa pakai tudung untuk cover.

Bila tenung lama-lama, nampak manis jugak Kak Pah nie bila bertudung. Dan Kak Pah ada buat sedikit statement tambahan mengenai pakai tudung. Sebab itu semua kena datang kerana
Allah. Bukan sebab kerana terpaksa atau kerana desakan mana-mana pihak. Lagipun Kak Pah tak mahu jadik macam segelintir kawan-kawan artis Kak Pah. Kesian kat diaorang. Sebab diaorang tersepit dengan keadaan ini (bertudung). Jadi, kesimpulannya, Kak Pah hanya akan pakai bila Kak Pah dah betul-betul bersedia dan Kak Pah mahu pakai kerana Allah, bukan kerana sesiapa. Itukan lebih baik. Buat apa nak hipokrit.-artismelayukini

Justin Bieber.




- Posted using Mobypicture.com