Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Sunday, February 24, 2013

Pencacai Nong Chik mengadu kat Polis sebab Nurul Izzah cabar Nong Chik debat..

 


Budak-budak biasanya kalau dia orang bergaduh atau bertengkar dengan kawan-kawannya bila dah nak kalah, diaorang pasti akan mengadu kepada Ibu atau Bapanya..

Biasanya diaorang akan kata "Mak!! tengok abang ni..." atau "Bapak!! tengok abang ni..."

Itu kalau diaorang bergaduh dengan abang diaorang.. kalau dengan kawan dia orang.. nama kawan diaorang akan disebut..

Nampaknya tiada bezanya tindakan budak-budak itu dengan pencacai Nong Chik ini..

"Polis!!! Tengok Nurul Izzah ni... dia cabar Nong Chik debat".. Kah.. Kah.. Kah...

Untuk menyelamatkan pemimpin mereka dari ditimpa malu besar, kerana takut untuk berhadapan dengan Nurul Izzah dalam 'Debat Perdana' yang telah dipromosikan melalui kain rentang yang digantung merata tempat disekitar Lembah Pantai, pencacai-pencacai Nong Chik telah melaporkan kepada Polis.

Kononnya menurut mereka Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program “Debat Perdana” walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.

Provokasi apa benda entah...

Ini laporan dari The Malaysian Insider..

Umno Lembah Pantai mendakwa Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program “Debat Perdana” walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.

Menurut Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai, Datuk Haji Mohamad Sazali Kamilan, walaupun berkali-kali Raja Nong Chik telah menjawabnya secara terbuka kepada media beliau tidak menerima jemputan tersebut, pihak pembangkang masih lagi menggantung kain rentang dan poster program tersebut.

“Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah beberapa kali menjawab pertanyaan media berhubung debat ini.

“Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lembah Pantai masih berdegil dan terus memperbesar-besarkan perkara ini dengan menggantung banner dan poster mengajak rakyat hadir sedangkan majlis debat ini tidak pun mendapat persetujuan secara bertulis,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Sazali juga mempertikaikan samada program tersebut mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa.

“Seperkara lagi, adakah pihak penganjur mendapat permit kelulusan mengadakan majlis debat ini tanpa persetujuan sebelah pihak termasuk permit menggantung poster atau banner program tersebut?” tambah beliau.

Dalam kenyataan media itu juga, lampiran laporan polis bertarikh 22 Februari disertakan dimana Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai Datuk Ibrahim Tambi Chik dalam laporannya mengatakan:

“Saya yang melaporkan ini berpendapat Nurul Izzah telah dengan sengaja melakukan provokasi dan fitnah yang merosakkan nama baik, maruah dan reputasi Datuk Raja Nong Chik sebagai seorang yang mungkir janji.

“Sedangkan Datuk Raja Nong Chik tidak pernah bersetuju dengannya.”

Pada 13 Februari lalu, Nurul Izzah menyerahkan jemputan rasmi debat kepada Raja Nong Chik tentang program debat yang dijadualkan berlangsung hari ini.




Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR dalam jemputan itu berkata, debat tersebut adalah ruang untuk beliau menjawab segala persoalan serta tuduhan yang dibuat Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai itu ~ The Malaysian Insider

Monday, February 4, 2013

Nasha, Ko Kena Tahu Kegelisahan Mereka Ni......

Alahai NASA oh NASA... kami yang jadi ahli bawah nie dah naik celaru dok tengok kelaku hang sehari dua nie.. bukan apa jika kami di bawah nie pimpinan selalu takankan WALA' WALA' WALA'.... tapi bila kami tengok yang kat atas tu dah jadi lain pulak bila di lihatnya...

Kami nak tanya hang WALA' tu apa dia wahai NASA... kami kat ahli bawah nie selalu hangpa katakan kawan dengan puak UMNO BN nie adalah untuk mengajak mereka menyertai kita..tapi sekarang tengok dah jadi terbalik dah..

Kami tengok hang sekarang nie bukan kata kawan nak ajak tetapi hang dah dok pie sondoi dengan depa....dan dok cakap merapu pasai perjuangan PAS dengan PR... Awat masa hang jadi Timb Presiden dulu masa dok sembang dan bincang nak buat PAKATAN RAKYAT awat hang tak bantah dan bangkang....jika masa tu hang pertahankan hujah hang kami boleh pertimbangkan apa yang berlaku sekarang nie... tapi ini semua berlaku selepas hang kalah JAWATAN Timb. Presiden dengan Mat Sabu....

Hang sekarang nie jadi lagu mana...adakah hang kecewa....adakah hang merajuk..jika kecewa dan merajuk itu bukan perjuangan PAS.... pemimpin pun ada kelaku kecewa dan merajuk habih kami kat bawah nie nak sandaq harapan kat sapa dah....

Nie nak tanya.. hang jaga tak Bachok tuu... orang Bachok dok tanya mana pie YB depa... ingat hang menang jadi YB pun orang PAS Bachok yang undi..bukannya UMNO Bachok..ingat tuuu.. Gaji hang lanie hasil rakyat Bachok yang sokongnya.. bukan Najib dan Rosmah....

Jika hang orang baik hang mesti tolak kebathilan dan kedurjanaan BN... tapi pasai pa hang nak jilat juga dengan depa... apa hujah hang nak bercium mulut dengan UMNO BN nie... dulu hang juga yang suruh lawan depa.... yang mana satu betoi nie...

Hang nak bohong kami ahli biasa nie ka pasai kelaku hang sehari dua nie....hang jangan dok buat kelaku mangkaq... sekarang nie rakyat semakin ramai nak tolak UMNO BN tapi hang dok nak pie cium mulut dengan depa...apa la hang nie....buat malu kat Arwah Ust Fadhil Noor ja tengok kelaku hang nie....

Original Page: http://mountdweller.blogspot.com/2013/02/nasha-ko-kena-tahu-kegelisahan-mereka-ni.html