Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Friday, August 30, 2013

Kenapa Mursi digulingkan?

Apa yang paling ditakuti Israel?

Sebilangan rakyat Israel berkata, penggulingan Mursi sangat penting untuk Israel berbanding 'kejayaan' mereka pada 1967. Ketika itu, Israel menakluki dan menahan tentera Mesir, Syria, Jordan dan Iraq.

Namun, bagi Israel, penggulingan Mursi adalah jauh lebih penting berbanding kejayaan itu. Ini kerana Israel takut Mursi akan menukar keseluruhan jajahan Israel itu.
Mungkinkan sempadan Sinai menjadi sebab Mursi digulingkan?

Sinai diduduki Israel kira-kira 20 tahun dari 1967-1975. Sinai amat berharga kepada Mesir selepas menawan semula wilayah itu. Wilayah Sinai terletak antara sempadan Mesir dan Israel.

Maka itu, kami merasakan jika Sinai diambil sekali lagi oleh Israel, perkara itu amat merbahaya dan mustahil untuk mendapatkannya semula.
Itu sebabnya, kami menghargai tentera sekiranya mereka boleh menumpukan perhatian penuh di Sinai.

Apakah jasa Mursi terhadap wilayah Sinai?

Mengikut perjanjian Kem David dalam perjanjian Israel dengan Presiden Anwar Sadat dahulu, tentera Mesir tidak berhak berada di Sinai dengan kelengkapan tentera berat. Kawasan itu dipecah kepada tiga bahagian.

Di kawasan A, tentera dibenarkan membawa meriam, di kawasan B, tentera dibenarkan membawa beberapa senjata dan di kawasan C, tentera hanya dibenarkan membawa senjata ringan.

Tetapi Mursi mahu tentera mengawal sempadan itu dengan jumlah yang ramai, lengkap dengan meriam dan senjata. Tindakan ini bagi menunjukkan kepada Israel bahawa kepimpinan beliau lain daripada kepimpinan Mubarak

Mengapa Arab Saudi sokong tentera?

Mursi berhasrat mewujudkan projek mega di rantau Terusan Suez. Projek ini mampu memberi keuntungan besar kepada Mesir dalam tempoh 10 tahun, sekali gus menjadikan negara itu sebagai negara mempunyai kuasa ekonomi terkuat dunia.

Perkara itu pernah disuarakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun (Dr) Mahathir (Mohamad). Tetapi perkara itu tidak disenangi UAE kerana boleh membunuh Dubai.

Kesimpulannya anda boleh mengetahui mengapa penggulingan Mursi penting buat AS, UAE dan Arab Saudi. Kita juga boleh melihat permainan mereka ketika penggulingan kerana ada yang menyalurkan bantuan kewangan dan sokongan moral terhadap kerajaan sementara.

Apakah pandangan saudara tentang tentera?

Saya suka tentera negara saya. Saya memerlukan mereka dan saya bangga dengan mereka kerana kami meraih banyak kemenangan. Peranan tentera bukan untuk memerintah, tetapi untuk menjaga keselamatan di sempadan.

Apa yang terjadi sekarang, mungkin tentera tidak suka untuk beroperasi secara elit. Mereka mahu mengembalikan semula (pemerintahan) secara paksa. Ini bukan caranya.

Siapakah yang meracuni pemikiran dan tentera untuk melakukan rampasan kuasa?

Ketika sebulan sebelum rampasan kuasa Al-Sisi berkata dalam satu deklarasi: "Jangan bermain dengan tentera kerana tentera seperti api". Selepas itu, kami semua mengatakan perkara ini sangat bagus, sekiranya tentera tidak mahu kembali dalam pemerintahan dan membiarkan orang awam memerintah. Tetapi apa yang berlaku kumpulan sekular, liberal dan kumpulan minoriti membuat spekulasi yang tentera tidak berkuasa dalam pemerintahan Islam.

Apa yang berlaku, kumpulan ini meminta tentera menyelamatkan Mesir dengan perjanjian sekiranya tentera mengambil semula kuasa dari Islamis maka kuasa tentera akan dikembalikan semula.

Benarkan Mursi menganiayai hakim empat hari sebelum digulingkan?

Badan kehakiman menentang Mursi sejak hari pertama beliau bergelar presiden. Hakim berkomplot dalam rampasan kuasa. Rampasan kuasa dilakukan lima pihak, tentera, polis, media, hakim dan kumpulan liberal. Mereka semua berhasrat untuk menjadi pemimpin politik.

Mereka juga mendapat campur tangan daripada pihak berkuasa Al Azhar dan gereja.

Mursi bertindak tegas terhadap hakim kerana tindakan badan kehakiman membebaskan kesemua tahanan bersalah, termasuk tahanan ketika era rejim Mubarak. Tindakan itu dilakukan atas kehendak hakim, termasuk menafikan semua tuduhan.

Hakim juga membebaskan kesemua penyerang pintu masuk rumah presiden dan cuba membunuh Mursi. Hakikatnya, mereka sebenarnya adalah tentera dan polis. Kebanyakan hakim mempunyai latar belakang kepolisian. Selepas mereka tamat menjadi polis, mereka akan menyertai badan kehakiman.

Bagaimanakah cubaan awal untuk meminta Mursi melepaskan jawatannya?

Mengikut maklumat daripada seorang hakim pada ucapan terakhir Mursi, seorang tentera mengarahkan beliau membaca satu kenyataan, berbunyi: "Pada hari ini, saya (Mursi) akan meletak jawatan" tetapi Mursi tidak membacanya dan memandang pegawai tentera itu dengan tajam.

Mengapa beliau membatalkan beberapa deklarasi pada hari angkat sumpah sebagai presiden?

Deklarasi itu dibuat oleh hakim, manakala perlembagaan dibuat oleh ratusan penggubal undang-undang, kebanyakan adalah daripada pembangkang. Apa yang menghairankan, seorang daripada mereka meletak jawatan serta-merta selepas balik dari Israel.

Maknanya beliau sudah mengetahui akan berlaku rampasan kuasa. Dalam perlembagaan tersebut syarat paling utama, presiden tidak boleh digulingkan dengan cara demonstrasi tetapi mengapa Mursi digulingkan dengan cara demonstrasi?

Kedua, deklarasi itu ditolak Mursi kerana mereka mahu ketepikan imej Islam. Mursi berkata, jika mereka mahu membatalkan deklarasi, mereka boleh mewujudkan satu jawatankuasa kerana perlembagaan bukan al-Quran dan mereka boleh membuat apa juga pindahan.

Bagaimana kerajaan sementara memburukkan Al Azhar?

Kerajaan sementara menggunakan polis dan imam Al Azhar untuk memberikan maklumat salah kepada pro Mursi di Rabaa dan Nadha.

Mereka memutar belitkan fatwa daripada Mufti Mesir, Sheikh Ali Juma'ah, yang kononnya menyatakan ‘pro Mursi adalah puak khawarij dan darah khawarij mengikut Islam adalah halal’. Seorang pegawai berkata, selepas mendengar fatwa itu, beliau mengaku membunuh 80 orang pada hari tersebut.

Selepas rampasan kuasa, bagaimanakah masa depan media di Mesir?

Sejurus tentera berkuasa, mereka menutup semua saluran media Islamis. Sebanyak 17 stesen ditutup pada hari pertama. Maknanya tentera mahu satu saluran sahaja untuk diikuti rakyat. Mereka mahu mempengaruhi fikiran rakyat.

Original Page: http://fb.me/2hzm25M5D

Tuesday, August 27, 2013

Erdogan Kecewa dengan Syeikhul Azhar

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengatakan bahawa pihak-pihak yang mendukung apa yang disebutnya sebagai kudeta di Mesir sedang mencuba untuk membenarkan tindakannya tersebut dengan mengatakan ini adalah prosedur demokrasi yang dilakukan oleh tentera Mesir. Selain itu Erdogan juga mengkritik Syeikh Al-Azhar dengan mengatakan dia merasa kecewa ketika melihat syeikh tampil bersama pemimpin kudeta.

Erogan mengatakan dalam sebuah pernyataan,”tidak mungkin ada kudeta terhadap Demokrasi, Kudeta tetaplah kudeta”.

Erdogan menyebut negara-negara dan organisasi yang menolak menyebut apa yang terjadi di Mesir sebagai Kudeta adalah “pengkhianat terhadap masa lalu dan masa depan”, dan ia menambahkan,”kami sangat mengutuk Kudeta di Mesir atas dasar kemanusiaan, nurani dan prinsip-prinsip kami,”d ia menekankan bahwa tidak ada sama sekali dasar hukum atau alasan untuk membenarkan apa yang telah terjadi di Mesir.

Erdogan juga menyinggung sikap syeikh Al-Azhar yang muncul bersama dengan pegawai-pegawai kudeta lainya, termasuk pemimpin angkatan bersenjata saat pengumuman penggulingan Presiden Muhammad Mursi, Erdogan mengatakan,”ketika saya melihat Syeikh Al-azhar bersama pihak kudeta, saya merasa sangat kecewa”.

Wednesday, August 7, 2013

Syiah ada Iran, Wahabi ada Arab Saudi

Syiah ada Iran.Wahabi/Salafi ada Arab Saudi.Dua2 bergaduh besar.Kedua-dua mempunyai amalan yg ekstrim dalam amalan beragama dalam semua aspek.Syiah mengagungkan Ali sehingga dikata Jibril tersalah bagi wahyu.Mereka menghina isteri Rasulullah terutama Saidatina Aishah dan sahabat2 besar spt Umar, Abu Bakar dll.Sehingga tahap mengkafirkan.Salafi/Wahabi pula kerana bencikan Syiah berpenderian tidak ada mazhab-mazhab dlm Islam.Islam hanya al Qur'an dan Sunnah lain drp itu sesat.Wahabi/Salafi membaca al Qur'an dan teks Hadis mentafsir secara literal sahaja.Maka timbul aqidah tajsim (Allah berjisim).Aqidah Uluhiyyah dan Rububiyyah.

Org Malaysia pula suka ikut-ikutan.Tanpa sebab lebih-lebih lagi berguru hanya melalui google ramai yg terperangkap dgn dua ajaran ini.Kebangkitan Wahabi/Salafi menyebabkan kumpulan Syiah bertindak balas.Musuh tradisilah kata.Kebangkita Wahabi/Salafi di M'sia menampilkan tokoh2 muda yg sering menonjolkan diri.Ajaran yg dianggap mudah, more liberal dan pro non Muslim amat menarik banyak pihak termsk parti-parti politik.Isu penggunaan kalimah Allah utk Injil yg disokong oleh geng2 Wahabi/Salafi yg dilihat dlm sudut aqidah Rububiyyah amat disenangi oleh Kristian dan golongan Liberal.Begitu juga isu spt hukum hakam berkaitan anjing dll.Dlm bulan puasa org2 ini tidak berkompromi hukum berkaitan solat terawikh iaitu 8 rakaat.Siapa buat 20 hukumnya sesat.Maka ini nampak mudahkan.Begitu juga hukum hakan fiqh yg lain spt solat jamak dll.Yg ini amat menarik anak muda.

Ditengah2 dua kelompok ini ada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yg bermazhab 4.Teramai bermazhab Shafie.Di Malaysia mengamalkan mazhab Shafie.ASWJ tidak ekstrem pada mana-mana mazhab 4.ASWJ berpegang kpd hukm fiqh 4 Mazhab dan aqidah Asairah, maturudi dll yg sederhana.Tidak menjisimkan Allah, menghormati dan mengagungkan semua sahabat nabi juga Saidina Ali.Tertib dlm hukum hakam.Menggunnakan Ijmak, Qias dan Ijtihad dlm menentukan hukum hakam.Tidak membaca teks2 agama secara literal sebagaimana Wahabi/Salafi.

Di Malaysia bagi saya dua-dua Syiah dan Wahabi/Salafi tidak sesuai.Kedua-duanya ekstrem.Bahkan sejak kebelakangan ini jels nampak Syiah sudah menghampiri kufur dan kaum Zindiq.Salafi/Wahabi yg mempunyai aqidah meng tajsimkan Allah sebenarnya mempunyai aqidah yg boleh disemak kembali.Penggunaan aqidah Rububiyyah secara sembrono tanpa lihat uruf dan waqi serta beberapa amalan fiqh yg longgar hanya akan menjadikan kumpulan Islam Liberal dan gerakkan Kristiannisasi berkembang.

Dlm perkembangan politik global Syaih menghianati umat Islam dibanyak negara yg terhebat di Syria.Wahabi/Salafi mengkhianati Ikhwan Muslimin Mesir melalui kerajaan Arab Saudi dgn berkompromi rejim tentera dan libear, kristian dll.Dua-dua pihak ini menjadi alat musuh Islam.Kalau diteliti sebenar-benarnya kedua-duanya sejak awal kemunculannya adalah hasil perancangan sulit Yahudi laknatullah.Abdulla Saba melahirkan Syiah manakan Muhammad Abd Wahab melahirkan Wahabi.ASWJ Insyaa Allah yg mampu menyelamatkan umat ini Tapi sayangnya ASWJ tidak mempunyai negara utk bernaung.Ikhwan Mesir adalah satu-satunya penanung TAPI telah dikhianati oleh Syiah dan Wahabi/Salafi.Jgn kita keliru dgn apa yg berlaku.Kedua-dua perlu ditentang!

Sunday, August 4, 2013

Dunia memang indah wahai kawan-kawan

Janganlah kita berterusan berperang. Raya pun dah dekat...

Thursday, August 1, 2013

Hukum Bela Anjing


SEJAK kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis mughalazzah iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih.

Antara alasan-alasan yang mereka beri:
1) Tidak terdapat dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam tidak boleh membela anjing.2) Rasullullah SAW tidak pernah mengharamkan orang Islam membela anjing.3) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Allah.4) Terdapat ramai pemimpin-pemimpin Islam di negara luar juga membela anjing malah ada yang membiarkan anjing mereka memasuki rumah dan bilik tidur.5) Ramai penganut-penganut Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Afghanistan membela anjing.6) Ada kisah yang menceritakan tentang tiga orang pemuda terkurung di dalam gua bersama seekor anjing selama 300 tahun, kemudian dibebaskan Allah yang mana dikatakan pemuda-pemuda tersebut termasuk anjing mereka dimasukkan Allah ke dalam syurga.
7) Ada kisah di Amerika seorang penganut Islam yang buta kedua-dua matanya mempunyai seekor anjing penunjuk jalan untuk ke masjid.

Terdapat sebilangan ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang berpendapat tidak salah orang Islam membela anjing.

Seperkara lagi, benarkah Rasullullah ada bersabda: "Tidak akan masuk Malaikat Rahmat ke dalam rumah seseorang Islam itu yang mana di rumah tersebut ada membela anjing."

JAWAPAN

Pada dasarnya, ketetapan najis bagi air liur anjing ini dipandang daripada dimensi yang bersifat ritual, bukan rasional, sehingga tidak harus ada alasan logik. Dimensi akal masih jauh daripada kesempurnaan untuk menganalisis secara teliti tentang najis air liur anjing.

Memang, agama tidaklah diukur dengan akal. Sayidina Ali mengatakan: "Andaikan agama diukur dengan akal, maka mengusap sisi bawah muzah (sepatu) lebih utama daripada mengusap sisi atasnya. Dan Rasulullah SAW telah mengusap di atas dua sepatu." (riwayat Abu Dawud).

Ada yang berpendapat apa salahnya memelihara anjing kerana ia juga makhluk ciptaan Allah SWT. Lagi pula, ia sangat taat pada tuannya. Sebab itu agama Islam tidak boleh dikias sesuka hati mengikut perasaan.

Apa yang digaris oleh Islam dalam syariatnya ialah lebih kepada menjaga kemaslahatan penganutnya. Bukan sekadar menyuruh Muslim membuat itu dan meninggalkan ini, malahan lebih daripada itu.

Sebagai pembuka perbincangan, suka saya nukilkan beberapa dapatan kajian saintifik yang kebanyakan kita tidak mengetahuinya.

Walaupun sesuatu suruhan dan tegahan yang dinyatakan oleh Allah dan rasul-Nya pada awalnya diterima oleh sahabat dan para salaf soleh dengan tanpa bantahan, tanpa bertanya hikmah mahupun falsafah di sebaliknya. Tetapi mutakhir ini, kebanyakan tegahan dan suruhan dapat dibuktikan hikmah dan falsafahnya.
Antaranya, kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Sains ada jawapannya.

Sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Di Norway, 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah.

Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu mammary tumor virus (MMTV).

Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia, menunjukkan 80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing.

Dari sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam al-Syafie sebagai pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia berpegang dengan mazhab al-Syafie.

Pendapat Pertama: Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).

Sebab mencuci bejana yang kena najis tersebut sampai tujuh kali dan satu kali di antaranya harus dicampuri dengan debu tanah. Ini adalah pendapat mazhab al-Syafie dan Hanbali yang amat ketat dalam persoalan anjing. Pendapat ini diikuti umumnya kaum Muslimin di Malaysia dan yang bermazhab al-Syafie.

Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini. Dalil Pertama berdasarkan kaedah Qiyas.

Menurut mereka anjing dan babi serta yang lahir daripada keduanya adalah najis, termasuk keringatnya. Suruhan Rasulullah SAW untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air liur dan mulut anjing.

Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama di mana tanpa lidah dan mulut haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mendapatkan makanan dan minuman. Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis, maka sudah tentu lain-lain anggotanya adalah najis juga.

Selain itu, air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar daripada mulut (air liur) adalah najis, maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga.

Imam An-Nawawi menyebut di dalam Al-Minhaj: "Yang disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan, anjing babi dan apa-apa yang lahir daripada keduanya…" (Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini:1/110).

Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).

Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234)

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." (Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940).

Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (riwayat Muslim no. 1571)"

Antara alasan-alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah

1. Ia menakutkan jiran dan orang lalu lalang di luar rumah atau orang yang mengunjunginya.

2. Berkurangnya pahala kepada pemeliharanya.

3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing.

4. Ada anjing yang menjadi daripada jelmaan anjing (anjing hitam pekat).

5. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas, demikian kata Ibnu Abdil Barr (at-Tamhid, 14/221).

Imam al-Nawawi berpendapat bahawa selain alasan untuk tiga tujuan membela anjing yang diharuskan melalui sabda baginda, iaitu boleh atau tidak membela anjing selain menjaga ternakan, menjaga tanaman dan memburu. Baginda mengharuskan sekiranya anjing itu dipelihara untuk menjaga keselamatan rumah dan tuan. Ini kerana alasan keharusan yang terdapat dalam hadis menunjukkan keperluan untuk membela anjing dengan adanya keperluan.

Namun, ini tidak bermaksud anjing disimpan dalam rumah kerana Nabi SAW telah menegaskan bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang terdapat anjing, sekali gus mengelak sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku kerana anjing.

Ini kerana tuan rumah tidak akan dapat memantau setiap gerak geri anjing sepanjang di dalam rumah. Juga dikhuatiri jilatan yang sukar dikesan bila kering. Justeru mengelak itu adalah lebih baik.

Utusan Melayu (M) Bhd

Inilah Arsenal

Kredit to @footy_jokes

Emile Heskey jauh lebih handal dari Lionel Messi

Kahkahkah....

14 Pesan Rasulullah SAW Kepada Wanita [WAJIB BACA!]


1.Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2.Apabila perempuan yang memakai wewangian (Parfume) kemudian ia keluar berjalan diantara kaum lelaki, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3. Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, karana keturunannya, karana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama niscaya kamu beruntung.

4.Wanita apabila ia sholat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah ia dari pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5.Perempuan yang berpakaian dalam dan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama kegelapan di hari kiamat, tidak ada cahaya baginya. (Riwayat Tarmizi)

6.Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima Sholatnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7.Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8.Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Apabila wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti (Memasak) untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9.Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10.Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum oleh Allah dari air sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya terbebas dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11. Wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12.Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13.Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14.Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.