Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label Rosmah yang cool. Show all posts
Showing posts with label Rosmah yang cool. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Gabungan Mahasiswa Islam kecam pembekuan PTPTN Unisel

 

GABUNGAN Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) membantah dan mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) yang melaksanakan pembekuan sementara pinjaman PTPTN ke atas pelajar Universiti Selangor (Unisel) khususnya kepada pelajar baru ambilan bulan April yang lepas. Tindakan tersebut jelas sekali menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Malaysia dan bercanggah dengan moto“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Bantahan dan kecaman ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut :

PTPTN ditubuhkan adalah bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan bagi menyara yuran pengajian dan kos sara hidup. Sejumlah RM43 billion yang diluluskan oleh kerajaan dan dengan hanya RM27.5 billion yang dibayar kepada para peminjam, sepatutnya menjadikan PTPTN berkemampuan menjalankan fungsinya ke atas semua IPT yang berkaitan tanpa pengecualian ke atas IPT tertentu.

KPT atau PTPTN tidak selayaknya menafikan hak para pemohon yang berkelayakan dan memohon dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan apatah lagi ke atas para mahasiswa di sebuah IPT berprestij seperti Unisel yang telah terbukti melahirkan ramai graduan berkualiti. Kegagalan menyediakan pinjaman pengajian tersebut akan merencatkan prestasi akademik para pelajar.

Pembekuan pinjaman PTPTN dengan alasan untuk menguji kemampuan Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat untuk menyediakan pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tersebut adalah tindakan yang tidak professional bahkan amat jelek sekali kerana telah menjadikan mahasiswa sebagai mangsa.

Oleh hal yang demikian, GAMIS menuntut supaya :

PTPTN segera mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu pembekuan pinjaman PTPTN ke atas mahasiswa Unisel dengan menyatakan sebab-sebab pembekuan tersebut dibuat.

PTPTN dan KPT segera menamatkan polisi pembekuan tersebut serta membuka semula dan menerima permohonan yang dibuat oleh mahasiswa Unisel.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi) dan Dato’ Hj. Ismail Hj. Mohamed Said (Pengerusi PTPTN) sebagai pihak yang bertanggungjawab berhubung isu, memohon maaf kepada mahasiswa Unisel dan Kerajaan Negeri Selangor.

GAMIS, Inspirasi Anak Muda

Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden Gamis

(Via MiLo SuaM)

Tuesday, September 20, 2011

Mamula MOON..

Macam ku pernah dengar melodi ini..

Kahkahkah

Sunday, August 14, 2011

PATI Halau Imam, Rampas Surau?

PENDATANG Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat MyKad melalui pintu belakang, Wahab Bin Nonong telah bertindak menghalau Imam Rawatib yang dilantik Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan melantik dirinya sebagai ‘Imam Bertauliah’ di surau yang dibina di atas tanah adat yang dicerobohnya; milik Anak Negeri Sabah, Nina Bte Gaya.

Natijahnya, penduduk kampung terpaksa membina surau sementara beratap dan berdindingkan karung plastik terpakai untuk membolehkan mereka menunaikan solat lima waktu, tarawih dan majlis tadarus Al-Quran.

Selepas kejadian Surau PPRT di Bukit Belacon, Lahad Datu, Surau di Kampung Lamak Bukit, 20 kilometer dari Lahad Datu ini lebih daif kerana hanya berlantaikan plastik dan mudah diterbangkan angin sehingga jemaah terpaksa menunaikan sembahyang dalam hujan lebat.

“Kita bercadang mahu bina surau baru, tetapi JHEAINS tidak benarkan kerana ada surau yang dibuat Wahab di atas tanah adat peninggalan bapa saya. Wahab halau imam yang dilantik JHEAINS, jadi saya ambil imam itu untuk berkhidmat di surau sementara yang kami buat secara gotong-royong,” ujar Nina sambil menitiskan air mata kesedihan kerana terkenangkan kezaliman Wahab terhadap Umat Islam di kampungnya.

Kata Nina, beliau sedih kerana penduduk kampung terpaksa beribadah dalam keadaan tidak selesa dan daif di sebuah Negara yang agama rasminya Islam dan Adun serta Ahli Parlimennya beragama Islam.



“Kelmarin hujan lebat dan semua jamaah basah kuyup, tapi mereka tetap teruskan solat tarawih kerana Wahab tidak benarkan kita sembahyang di suraunya,” kata Nina yang menegaskan Wahab tidak layak menjadi imam kerana fasik dan jahil.

Memandangkan Imam Rawatib (Imam Tetap) berkenaan, Jimlok Bin Zakariah telah lama berkhidmat di Kampung Lamak Bukit, maka kata Nina beliau menggunakan khidmat Imam Jimlok sejak Januari 2011 (tarikh dihalau Wahab) di surau sementara yang dibina di tanah wakaf yang diperuntukan arwah bapa, Gaya Bin Mansur.

Menurut Nina, beliau bercadang untuk membina surau atau Madrasah di lokasi surau sementara kerana sudah mula mengumpul bata, tiang dan perkakas lain tetapi tergendala kerana ketiadaan bekalan simen.

Dalam separa berbisik, Nina mengharapkan penduduk kampung dapat sembahyang di surau yang didirikannya sebelum fajar Aidil Fitri menjelang tiba, namun hambatan birokrasi menyebabkan hasratnya terpaku di atas kedegilan JHAEINS mengiktiraf surau yang bakal dibinanya secara gotong royong.

“JHEAINS tidak mahu melayan rayuan kami dan hanya mendengar aduan Wahab sahaja; sedangkan hakikatnya beliau menumpang di tanah adat milik bapa saya dan mendirikan surau secara haram; tetapi dibenarkan JHEAINS sekalipun arah kiblatnya tidak tepat,” kata Nina yang menggesa campurtangan Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam di Sabah, Dato’ Seri Nasir Tun Sakaran.

Bagaimanapun, jika keadaan berterusan, Nina bercadang akan memfailkan kes ini ke mahkamah, termasuk mendapatkan perintah mengusir Wahab daripada tanah adat yang dicerobohnya dengan restu Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu sedangkan permohonan tanah Wahab telah dibatalkan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur.

Kes Wahab ini telah dilaporkan Sabahkini.net bertajuk ‘PATI IC Projek Kini Menjadi 'Raja' Di Tanah Adat?’ namun PATI berkenaan terselamat daripada tindakan undang-undang kerana menjadi Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood.

Oleh: MUHAMMAD HAIKAL HALIM (sabahkini)

Saturday, August 6, 2011

Kezaliman, pemborosan, penipuan perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan bininya Datin Sri Puan Rosmah Mansor

Kami akan tetap paparkan kezaliman, pemborosan, penipuan perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan bininya Datin Sri Puan Rosmah Mansor dari apa sumber maklumat demi keadilan dan tuntutan BERSIH 2.0.

1- LAWATAN RASMI NAJIB DAN ROSMAH- RM17 JUTA

2- KOS SELENGGARA KEDIAMAN RASMI PM/TPM RM49 JUTA SETAHUN

3- BIL LETRIK DAN AIR PM/TPM RM10 JUTA SETAHUN

3- PERUNTUKAN PERMATA NEGARA (ROSMAH) 2011 RM111 JUTA

5- ROSMAH TIDOR HETOL ATLANTIS DUBAI RM140,000 SATU MALAM

6- BEG TANGAN ROSMAH JENAMA HERMEZZ MATTE RM361,259.99

7- CINCIN BERLIAN RM24 JUTA

8- ROSMAH ANJUR WANITA PERTAMA DUNIA (14 WANITA ). RM4.5 JUTA

9- GELANG TANGAN ROSMAH RM1.65 JUTA

10- JAM TANGAN ROSMAH (ANGGARAN) RM1 JUTA.

Najib BN/UMNO keperluan rakyat ditarik,

1- PETROL DINAIKKAN 4 KALI SEHINGGA MEI 2011

2- MELUPUSKAN SUBSIDI GULA RM116.6 JUTA

3- KENAIKAN GAS PETROLEUM CECAIR (LPG) MEI 2011

(Untuk rekod kami paparkan dalam laman TKO agar pelayar TKO seluruh dunia dan tempatan bermaklumat. Kami ambildan petik secara rengkas dari Akbar Suara Keadilan bil 27 muka surat25, bertarikh 2 ogos 2011). Untuk detail sila baca sepenuhnya Suara Keadilan.



Original Page: http://shalehudin.blogspot.com/2011/08/bangsa-umno-dilarang-baca-nih-takut.html