Perkongsian spontan tanpa kredit
Monday, June 21, 2021
UMNO: HARIMAU KERTAS
Sunday, December 8, 2013
Wednesday, November 6, 2013
Monday, September 30, 2013
DAP vs Perkasa
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa agar DAP dibubarkan setelah parti itu dengan jelas hanya dimonopoli oleh kaum Cina dan gagal memperjuangkan hak kaum lain di Malaysia.
Setiausaha agung Perkasa Syed Hasan Syed Ali (gambar) berkata DAP langsung tidak memperjuangkan hak orang Melayu disebabkan perwakilan Melayu hanyalah kumpulan minoriti dalam parti tersebut.
“DAP bukan parti untuk kaum Melayu dan India. Setakat Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang terpilih ke dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, maka perjuangan Melayu dalam parti itu hanya kata-kata kosong.
“Zairil dipilih pun setelah parti itu dikecam mengenepikan kaum lain dalam nisbah pemimpinnya. Parti ini jelas untuk kaum Cina dan kita dapat lihat semasa pemilihannya dimonopoli oleh kaum tersebut.
“Kepada perwakilan Melayu yang masih berada dalam DAP, fikir-fikirkanlah apa perjuangan yang dapat diberikan melalui parti majoriti Cina itu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Syed Hasan berkata adalah lebih baik parti itu dibubarkan dan mengakui hanya kaum Cina sahaja yang dibenarkan menyertai DAP.Katanya, parti itu jelas menunjukkan kepimpinan nepotisme oleh kerana setiausaha agungnya Lim Guan Eng adalah anak kepada penasihat Lim Kit Siang dan ahli CEC DAP Gobind Singh Deo adalah anak kepada pengerusi parti Karpal Singh.
“Berapa kerat pemimpin Melayu dan India dalam DAP? Saya sarankan pemimpin Melayu dan India dalam DAP keluar dari parti itu untuk menyertai parti berasaskan kaum seperti Umno, PAS atau MIC yang jelas memperjuang hak kaum di Malaysia,” katanya.
Media melaporkan Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan semula parti itu yang menyaksikan status quo 20 anggota CEC DAP kekal.
Rahmad mempersoalkan daripada tujuh calon Melayu yang bertanding dalam pemilihan parti itu, hanya Zairil Khir yang berjaya menganggotai CEC.Katanya, Zairil bukan "Melayu Asli" kerana mempunyai darah Cina daripada sebelah ibunya.
"Kenyataan yang berbaur perkauman serta pembohongan yang berterusan telah membawa kesemua tujuh calon Melayu kecundang serta ditolak oleh perwakilan.
"Kalau DAP mampu membantu orang Melayu bagaimana mungkin kesemua calon Melayu boleh kalah,” jelas laporan berkenaan.Zairil berjaya mendapat 1,132 undi semasa pemilihan CEC semalam sekali gus meletakkannya di tangga ke-12.
Calon Melayu lain yang hampir memenangi kerusi CEC itu adalah Ariffin SM Omar dengan 441 undi, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (441) dan Ahmad Ton (351).
Saturday, September 28, 2013
Kenapa di tatang si Mahathir ni?
Setelah pengkebumian Allahyarham Ustaz Azizan selesai semalam, ada ahli-ahli PAS yang merungut mempersoalkan tindakan Unit Amal yang menolak ketepi penyokong-penyokong PAS semata-mata untuk memberi laluan kepada Tun Mahathir..
Malah ada yang mempersoalkan mengapa Tun Mahathir diberikan peluang untuk menyiram air mawar dipusara Allahyarham, sedangkan masih ramai lagi kaum keluarga Allahyarham yang turut hadir tidak diberi peluang melakukannya..
Dan ada juga yang menzahirkan rasa puas hatinya setelah berjaya memaki hamun Tun Mahathir dan juga Mukhriz hingga menyebabkan mereka terkebil-kebil.. dengan niat memberikan mereka kesedaran.
Menurutnya lagi "Kami tak undang orang macam ni.. kalau nak datang, datanglah tapi bukannya ditatang!!
Thursday, August 1, 2013
Tuesday, January 24, 2012
Thursday, January 19, 2012
AGAK2 KORANG LEMBU2 SHAHRIZAT BOLEH BUAT SKILL MACAM NI TAK?
Kondo dah dapat takkan skill macam ni tak boleh buat kut kah3.....Majulah lembu untuk negara...
http://naimnikmat.blogspot.com/2012/01/agak2-korang-lembu2-kak-jat-boleh-buat.html?m=1
Friday, January 13, 2012
Thursday, January 12, 2012
Apa maksud jual beli agama?
Dulu nafikan salah guna duit zakat, bila kantoi dengan audit negara maka dibolehkan pulak atas alasan fisabilillah. Untuk menjaga kepentingan pemerintah. Kalau orang bukan Islam baca statement ni confirm mereka keliru.
Begitu sekali Islam dipermainkan.
Sunday, December 18, 2011
Sunday, December 11, 2011
Layankan ajelah Zahid tu ye
Menyelam dalam Kapal Selam KD Tun Razak 21 buan selepas cabaran dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu tidak dapat menyelam semasa penyerahan dan juga sama ada ia berbaloi berdasarkan harga pembeliannya RM3.68 bilion untuk dua kapal selam.
“Bagaimanapun, dua fakta penantian 21 bulan dan keperluan pembelian dengan harga yang tinggi tidak diketengahkan oleh media utama dari Utusan Malaysia hingga ke Bernama, sebaliknya, pihak tersebut tidak malu memfokuskan kenyataan saya yang ingin mengesahkan pembelian dua kapal selam yang mahal,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.
***
Tau dah. Tapi kurang-kurang dapatla juga naik kenderraan harga yang tak masuk akal tu. Ye dak?








