Kenapa perlu ada himpunan sejuta umat dalam menentang murtad padahal menteri semua sunyi sepi. Mana pergi orang melayu dalam parlimen dalam menangani isu murtad? Kenapa perlu menyalak sekarang wahai Ibrahim Ali?
Selepas ini apa jalan penyelesaian dari anda semua, adakah cukup dengan sekadar berhimpun saja? Melihat kepada realiti umat sekarang ada sesuatu yang merunsingkan dan yang perlu diberi perhatian namun gagal dikesan oleh pihak berkuasa. Kenapa perlu mufti negeri negeri semua mandulkan dalam bersuara berkaitan murtad. Apakah benar perdana menteri islam atau menteri besar islam layak bercakap berkenaan islam berbanding mufti? Sedangkan kalau kita lihat kehidupan mereka tidak semuanya berlandaskan kepada agama islam. Tidak perlu kita tuding jari kepada sesiapa namun kita boleh lihat dengan mata kasar yang ada. Gagal menjadi contoh yang baik itulah punca sebenar dalam masyarakat kita gagal dalam menangani isu murtad.
Selepas apa yang dihidangkan di dalam televisyen apakah benar tindakan berhimpun ini? Adakah kita tidak nampak pandangan masyarakat bukan islam kepada kita selepas ini, apakah persepsi mereka kepada kita? Najib tolong jawab.. Gagal atau berjaya perhimpunan ini bukan persoalan namun apakah realiti yang akan berlaku dalam masyarakat kita. Baik atau semakin bertambah buruk? Dan siapa pula yang akan bertanggungjawab selepas ini andainya keadaan semakin bertambah meruncing? Aziz Bari? Nik Aziz? Muhyidin Yassin?
Persoalan mereka yang bukan islam terhadap hukuman kepada manusia bukan islam yang masuk islam adalah persoalan yang kedua. Jawapannya ada namun perlu penelitian yang rapi sebelum ia benar-benar boleh didedahkan kepada masyarakat.
Persoalan di sini adakah wujud kuasa dari tangan ghaib yang menguasai kepimpinan masyarakat islam dalam negeri ini? Tiada jawapan nampaknya. Berterusanlah kita dalam saling menuding jari menyalahkan pihak lain dan sampai bila- bilalah kita begini saja nampaknya.
No comments:
Post a Comment