Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Friday, July 6, 2012

INILAH RACUN Yang Membunuh ARAFAT

 


Misteri kematian pemimpin Palestin Yasser Arafat pada November 2004 mulai menunjukkan sinar setelah racun yang membunuhnya ditemui dalam pakaiannya, iaitu racun Polonium-210.

Menurut stesen TV Al Jazeera yang menyiasat kematiannya itu selama sembilan bulan. Mereka telah mengirim barang-barang peribadi milik Arafat ke Institut Fisika Radiasi di Universiti Laussane, Swiss untuk dikaji. Hasilnya, pada seluar dalam, kafiyeh, dan pakaiannya, para pengkaji menemui kesan polonium-210.

Kesimpulan awal, Polonium-210 adalah penyebab terbunuhnya pemimpin kharisma Palestin itu . Inilah radioktif berbahaya yang juga menewaskan bekas perisik Rusia Alexander Litvinenko.

Polonium atau biasa disebut ‘Radium F’, ditemui oleh Marie dan Pierre Curie pada 1898 dan diberi nama sempena tanah kelahiran Marie Curie, iaitu Poland (bhs latin: Polonia). Elemen kimia ini diberi simbol Po dengan nombor atom 84.

Polonium-210 adalah zarah yang amat membunuh dan ia jauh lebih berbahaya dibandingkan dimethyl mercury yang biasa digunakan untuk meracun orang. Setiap 1 gram polonium mampu membunuh 1.5 juta orang.

Polonium-210 adalah material radioaktif yang mengeluarkan partikel alfa. Kandungan ini biasanya digunakan untuk menghilangkan debu pada tekstil, fotografi, dan rakaman fonograf. Alfa partikel akan mengion radiasi, namun ia boleh dihentikan dengan mudah menggunakan selembar kertas atau lapisan kulit mati.

Partikel itu akan melepaskan tenaganya dalam jarak yang sangat dekat. Jika Polonium-210 melekat pada kulit, ia tidak berbahaya. Namun, jika ia terhisap atau termakan sehingga masuk ke dalam tubuh, maka Polonium-210 akan masuk ke dalam saliran darah dan partikel alfa di dalamnya terus merosakkan organ-organ tubuh serta lapisan-lapisan vital. Polonium-210 yang masuk ke dalam tubuh boleh dikeluarkan melalui kotoran atau air kencing beberapa bulan kemudian.

Ketika saat Arafat meninggal dunia 11 November 2004 pada usia 75 tahun di hospital di Paris, doktor berkata Arafat mengidap penyakit aneh yang sukar dikenalpasti. Ia berkemungkinan menderita penyakit kanser, sirosis, atau HIV. Namun, penelitian di makmal menunjukkan sangkaan itu meleset.

Kini terungkap sudah penyebab kematian tokoh besar Palestin dan dunia itu. Sekarang apa yang perlu ialah mencari siapa pembunuhnya. Benarkan ia dibunuh oleh agen rahsia Israel, Mossad, seperti yang banyak diperkatakan saat kematiannya?

(Via Pulakdah!)

No comments: