Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Tuesday, August 28, 2012

Kesiaaannn….Rengetan Anak Hingusan Yang Masih Tidak Kenal Diri Dan Tempat Jatuh-Duduknya!

SHAH ALAM - Surat rasmi untuk bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dihantar oleh Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), tetapi belum mendapat respons rasmi daripada Mursyidul Am Pas itu.

Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, surat tersebut dihantar berdasarkan permintaan bermuzakarah antara Pas dan Umno pada 6 Jun yang lalu.

Menurutnya, Ilmu mahu berbincang dengan Nik Abdul Aziz mengenai isu hudud dengan lebih serius dan profesional, bukan untuk bertikam lidah.

"Kita sudah hantar surat muzakarah kepada Pas dan surat tersebut diterima oleh Setiausaha Akhbar Nik Abdul Aziz, Ahmad Fadhli Shaari.

"Oleh kerana surat telah dihantar untuk tujuan sama, rasanya tidak perlu surat untuk kali kedua," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pihaknya akan menulis surat jemputan secara rasmi kepada Menteri Besar Kelantan itu untuk berbincang isu hukum hudud.

Pada 26 Ogos lalu, Fathul Bari mempelawa Nik Abdul Aziz berbincang mengenai masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan hudud di negara ini.

Beliau berkata, perbincangan perlu diadakan untuk menyelesaikan masalah dalam melaksanakan hukum itu kerana rakyat negara ini terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

No comments: