Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Monday, October 29, 2012

Silap-silap Mohd Asri pun kena sembelih macam Aziz Bari

HarakahDaily melaporkan berita bertajuk "Asri dijemput berwacana bersama Ulamak PAS". Baguslah kalau benar "sentiasa berlapang dada" yang "sesuai dengan akhlak Islam yang menganjurkan konsep nasihat-menasihati dan arahan agar berbincang sesama Muslim".

Kalau sungguh bagai dikata, alhamduliLlah!!

Sudah tentulah saya bukan peminat Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Tak perlu nak bermuka-muka. Tetapi lagu-lagu mana pun, saya harap benar Asri tidak akan menerima nasib seperti Prof Dr Abdul Aziz Bari yang kena tibai kaw-kaw dalam majlis PAS. Depa yang jemput dia. Bila dia mai, depa tibai dia cukup-cukup (lihat mStar 7/11/2009 "Aziz Bari dikritik, tetap pertahan kenyataan")

Berdasarkan reaksi anak Mursyidul Am PAS dalam laman FBnya dan apa yang dikatakan sebagai ditulis oleh menantu Presiden PAS, saya tidak nampak ada jaminan yang Asri tidak akan menerima nasib seperti Abdul Aziz.

Siap la hang!!

Di bawah ni saya copy paste tanpa izin reaksi anak Mursyidul Am di dalam laman FBnya (klik sini):

Kenyataan berbau fitnah dr Asri Zainul Abidin terhadap ulama PAS sebagai 'Ayatollah' telah disanggah oleh ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato Harun Taib dan setiausaha Majlis Syura PAS, ustaz Nik Muhammad Zawawi bin Salleh. Rujuk Harakahdaily.

Saya takkan bagitahu anda apa komen TGNA terhadap beliau. Boleh tanya sendiri.

Sebagai rujukan, dr Asri menyatakan perkara itu menjadi satu masalah dalam PAS dan melahirkan kebimbangan jika PAS memimpin negara kelak, jika tidak dibahas hari ini, negara akan jadi macam Iran yang Ayatollahnya tidak boleh ditegur.

Seperti saya sebutkan, kenyataan dr Asri bahawa PAS 'ada masalah' bahawa ulamanya mengamalkan sikap tak boleh ditegur adalah sangka buruk yang memalukan saya.

Falsafah Syiah yang menyucikan ulama mereka adalah antara faktor mereka dikeluarkan daripada kelompok besar Ahlu al Sunnah Wa al Jamaah (ASWJ) dan dihukum sesat.

Siapa kawan-kawan dr Asri yang mampu mengawal mulutnya? Dulu kata pemuda PAS Taliban. Hari ini, ulama PAS sebagai Ayatollah. Esok, PAS parti sesat?

Berikut pula saya copy paste (juga tanpa izin) dari lama FB Ibrahim Ani apa yang dinyatakan sebagai ditulis oleh menantu Presiden PAS (sila klik di sini):

KENYATAAN MAZA YANG MENGECEWAKAN

Sebut mengenai Muhammad Asri Zainal Abdidin (MAZA) dalam pentas politik Malaysia, kita mengenalinya sebagai bukan UMNO dan bukan PAS. Idea-ideanya ketika menjawat jawatan Mufti Perlis, banyak membina ke arah pemikiran Tajdid berteraskan mazhab Salafi. Namun, sejak melepaskan jawatan mufti Perlis, banyak idea songsang dalam syariat telah dan sedang dibawa. Bermula dengan idea bersumpah laknat dengan al-Quran untuk menyangkal tuduhan liwat. Idea yang penuh berbaur "bid'ah" ini tidak pernah diajukan ulama salafussoleh dan ulama muktabar yang lebih berpendirian bahawa penuduh wajib mengemukakan bukti. Kemudian, diikuti dengan idea songsang MAZA yang beralih pandangan terhadap hukum hudud yang baginya tidak kondusif pada zaman sekarang tanpa memikirkan usaha dan rasa penuh tanggungjawab menjadikan Malaysia menjadi cukup kondusif dan bersedia melaksanakannya. Pandangan MAZA ini hanya membebankan para pejuang syariat Islam bagi menjawab tohmahan terhadap agama. Padahal, sebagai bekas Mufti, sepatutnya beliau berusaha berdasarkan pengalamannya menjadikan hukum yang telah ditetapkan samada melalui nas atau fatwa negeri/negara boleh digazetkan dan dikuatkuasakan.

Pada tarikh 23 oktober 2012, Sinar Harian melaporkan tohmahan baru pula yang diambil dari bekas mufti Perlis terhadap PAS tanpa bukti dan contoh. Jelas sekali, idea MAZA kali ini hanya tohmahan kerana ia lebih kepada syak wasangka semata-mata. Perkataan yang dimuatkan dalam Sinar Harian jelas menunjukkan sikap MAZA. Menurut MAZA, "Saya rasa ini satu masalah dalam Pas". Perkataan ini jelas menunjukkan hanya "rasa" tanpa keyakinan tepat bagi menuduh PAS sedemikian rupa.

Tohmahan MAZA ini menyebut PAS mempunyai masalah "orang agama" yang tidak boleh ditegur dan boleh menjadi seperti Iran yang dipimpin Ayatullah. Perhatikan perkataan MAZA yang disiarkan Sinar Harian:

"Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatullah tidak boleh ditegur dan disentuh.

Persoalan yang timbul dari kalam MAZA ini: siapakah yang dimaksudkan pemimpin agama PAS? Adakah Presiden PAS? Benarkah beliau tak boleh nak ditegur. Padahal Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHA) pernah mengeluarkan idea "Unity Goverment" yang tidak bercanggah dengan Syarak pun. Apabila TGHA ditegur, beliau menerima untuk tidak melaksanakan ideanya. Jelas sekali, pemimpin PAS menerima teguran dan sanggup meninggalkan ideanya yang tidak bercanggah dengan Syarak. Sebaliknya, jikalau disingkap paparan YouTube, jelas menunjukkan MAZA di zaman sebelum menjadi mufti lagi, pantang ditegur akan terus menjawab dengan penuh emosi. MAZA bagaikan pepatah Melayu menyebut' "Paku belah, Paku Serpih, kata orang, dia yang lebih". Sikap MAZA sepatutnya dikaitkan dengan Ayatullah bukan TGHA.

Timbul lagi persoalan: Mengapakah mengaitkan PAS degan kerajaan Syiah? Kenapa tidak kaitkan dengan kerajaan Sudan yang lebih lunak dan manis kerana dipimpin oleh Hasan al-Turabi lalu berlaku pergolakan. Tambahan pula, ada persoalan lagi yang perlu dijawab MAZA dan kita patut menelitinya bersama-sama: kenapakah hendak melabelkan PAS seperti Iran yang berdoktrinkan Syiah? Samakah doktrin PAS dengan Syiah? Siapa pula "orang agama" di kalangan PAS yang hendak dilabelkan seperti kerajaan Syiah?

Sebenarnya, apabila diamati tingkahlaku percakapan seorang bekas Mufti ini, mulutnya bagaikan burung Murai yang melancarkan lidah kepada sesiapa tanpa etika dan rasa penuh bertanggungjawab. Tidakkah beliau terfikir bagaimanakah perasaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuang Guru Abdul Hadi Awang serta para pengikut setia dua tok guru yang disanjungi ini? Tanggapan beliau terhadap PAS sememangnya menunjukkan MAZA seorang yang dangkal moral dan akhlak. Tidakkah beliau nampak Syiah yang berpaksikan Imam berbanding PAS bermazhab ahli Sunnah wal Jama'ah yang berpaksikan Syura? Tidakkah ini menunjukkan perbezaan jelas antara doktrin Ayatullah dengan PAS?

Kalau MAZA tidak memahami tulisan ini, saya membawa contoh yang penuh GEGAK GEMPITA. Sanggupkah kalau saya katakan MAZA pelopor Sekular muta'akkhir? Sandaran saya lebih terungkap apabila MAZA menyokong gerakan Sekular dengan mengatakan negara Sekular lebih adil dan baik dari negara Islam. Hujah yang digunakan pun tak lari dari penghujahan golongan Sekular Timur Tengah iaitu menekankan keperluan membebaskan kerajaan daripada kongkongan gereja. Hujah sebegini pernah dihadapi oleh Universiti al-Azhar. Golongan Sekular mengaitkan Universiti al-Azhar dengan gereja Katolik yang ditumbangkan. Kesamaan hujah ini membolehkan MAZA dilabelkan PELOPOR SEKULARIST MILENIUM yang mempunyai tugas menjahamkan gerakan Islam dan pemikirannya. Apa perasaan kamu wahai MAZA al-Sekularist, sang korup agama?

Original Page: http://pocket.co/sdgoo

No comments: