Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Monday, October 29, 2012

Chua Soi Lek menghina Hudud.. Apa kata Presiden PAS, TG Hj Hadi Awang?


Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar.

Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun.

Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, dan ada menteri penjaganya.

Disamping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam dibeberapa Universiti, di peringkat negeri pula ada Jabatan Agama Islam masing-masing dan ada Exco Agama daripada UMNO juga TETAPI segala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi di tempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan di negeri yang dipimpin oleh UMNO.

Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya.

Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa ?.

Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam. Manakala hukum hudud pula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA.

Parti UMNO lah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana banyaknya urusan Islam di dalam tubuh parti UMNO serta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri.

PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku, kerana UMNO adalah Parti Kebangsaan Melayu, di mana "Islam" hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja. Perlembagaan UMNO juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi.

Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu.

Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya.

Tetapi ahli UMNO tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan Presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh UMNO yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.

UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain, dalam gabungan parti-parti komponen Barisan Nasional.

Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar menjadi cabang yang berteduh di bawah semangat Barisan Nasional. Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apa sahaja termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya.

HUDUD

Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayah dalam syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir.

Perkataan "Hudud" bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah di naskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib sembahyang lima waktu, puasa, zakat , haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain.

Hudud tidak boleh dinamakan "Hudud PAS" seperti juga tidak boleh dinamakan "sembahyang PAS". Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu.

Allah berfirman yang maksudnya : "Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (al-Ahzab – 36)

Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas. Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya.

Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya.

Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut.

Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa ke mahkamah. Hukum Hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat.

Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan.

Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud.

Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan. Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk di bawa kes ke perbicaraan takzir – di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud.

Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk kanun keseksaan (penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud.

Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada Barisan Nasional atau UMNO di pecat atau keluar daripada Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO beramai-ramai.

PAS DAN DAP

PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza, kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara.

Sekiranya dikaji Surah Al Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat di dalamnya undang-undang jenayah, diantaranya Hudud.

Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam. PAS berijtihad memilih Demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud, kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang.

Maka proses pelaksanaan undang – undang termasuk Hudud di bawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang – undang jenayah Islam termasuk Hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, di bentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya.

Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam.

PAS tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi.

DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi.

Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas. Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat.

Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukan kepada hukum Tahaluf Siyasi dalam Feqah Siyasah.

Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya. PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya.

Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil. Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam.

Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional.

Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasa melayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS

Original Page: http://pocket.co/sdgdG

Silap-silap Mohd Asri pun kena sembelih macam Aziz Bari

HarakahDaily melaporkan berita bertajuk "Asri dijemput berwacana bersama Ulamak PAS". Baguslah kalau benar "sentiasa berlapang dada" yang "sesuai dengan akhlak Islam yang menganjurkan konsep nasihat-menasihati dan arahan agar berbincang sesama Muslim".

Kalau sungguh bagai dikata, alhamduliLlah!!

Sudah tentulah saya bukan peminat Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Tak perlu nak bermuka-muka. Tetapi lagu-lagu mana pun, saya harap benar Asri tidak akan menerima nasib seperti Prof Dr Abdul Aziz Bari yang kena tibai kaw-kaw dalam majlis PAS. Depa yang jemput dia. Bila dia mai, depa tibai dia cukup-cukup (lihat mStar 7/11/2009 "Aziz Bari dikritik, tetap pertahan kenyataan")

Berdasarkan reaksi anak Mursyidul Am PAS dalam laman FBnya dan apa yang dikatakan sebagai ditulis oleh menantu Presiden PAS, saya tidak nampak ada jaminan yang Asri tidak akan menerima nasib seperti Abdul Aziz.

Siap la hang!!

Di bawah ni saya copy paste tanpa izin reaksi anak Mursyidul Am di dalam laman FBnya (klik sini):

Kenyataan berbau fitnah dr Asri Zainul Abidin terhadap ulama PAS sebagai 'Ayatollah' telah disanggah oleh ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato Harun Taib dan setiausaha Majlis Syura PAS, ustaz Nik Muhammad Zawawi bin Salleh. Rujuk Harakahdaily.

Saya takkan bagitahu anda apa komen TGNA terhadap beliau. Boleh tanya sendiri.

Sebagai rujukan, dr Asri menyatakan perkara itu menjadi satu masalah dalam PAS dan melahirkan kebimbangan jika PAS memimpin negara kelak, jika tidak dibahas hari ini, negara akan jadi macam Iran yang Ayatollahnya tidak boleh ditegur.

Seperti saya sebutkan, kenyataan dr Asri bahawa PAS 'ada masalah' bahawa ulamanya mengamalkan sikap tak boleh ditegur adalah sangka buruk yang memalukan saya.

Falsafah Syiah yang menyucikan ulama mereka adalah antara faktor mereka dikeluarkan daripada kelompok besar Ahlu al Sunnah Wa al Jamaah (ASWJ) dan dihukum sesat.

Siapa kawan-kawan dr Asri yang mampu mengawal mulutnya? Dulu kata pemuda PAS Taliban. Hari ini, ulama PAS sebagai Ayatollah. Esok, PAS parti sesat?

Berikut pula saya copy paste (juga tanpa izin) dari lama FB Ibrahim Ani apa yang dinyatakan sebagai ditulis oleh menantu Presiden PAS (sila klik di sini):

KENYATAAN MAZA YANG MENGECEWAKAN

Sebut mengenai Muhammad Asri Zainal Abdidin (MAZA) dalam pentas politik Malaysia, kita mengenalinya sebagai bukan UMNO dan bukan PAS. Idea-ideanya ketika menjawat jawatan Mufti Perlis, banyak membina ke arah pemikiran Tajdid berteraskan mazhab Salafi. Namun, sejak melepaskan jawatan mufti Perlis, banyak idea songsang dalam syariat telah dan sedang dibawa. Bermula dengan idea bersumpah laknat dengan al-Quran untuk menyangkal tuduhan liwat. Idea yang penuh berbaur "bid'ah" ini tidak pernah diajukan ulama salafussoleh dan ulama muktabar yang lebih berpendirian bahawa penuduh wajib mengemukakan bukti. Kemudian, diikuti dengan idea songsang MAZA yang beralih pandangan terhadap hukum hudud yang baginya tidak kondusif pada zaman sekarang tanpa memikirkan usaha dan rasa penuh tanggungjawab menjadikan Malaysia menjadi cukup kondusif dan bersedia melaksanakannya. Pandangan MAZA ini hanya membebankan para pejuang syariat Islam bagi menjawab tohmahan terhadap agama. Padahal, sebagai bekas Mufti, sepatutnya beliau berusaha berdasarkan pengalamannya menjadikan hukum yang telah ditetapkan samada melalui nas atau fatwa negeri/negara boleh digazetkan dan dikuatkuasakan.

Pada tarikh 23 oktober 2012, Sinar Harian melaporkan tohmahan baru pula yang diambil dari bekas mufti Perlis terhadap PAS tanpa bukti dan contoh. Jelas sekali, idea MAZA kali ini hanya tohmahan kerana ia lebih kepada syak wasangka semata-mata. Perkataan yang dimuatkan dalam Sinar Harian jelas menunjukkan sikap MAZA. Menurut MAZA, "Saya rasa ini satu masalah dalam Pas". Perkataan ini jelas menunjukkan hanya "rasa" tanpa keyakinan tepat bagi menuduh PAS sedemikian rupa.

Tohmahan MAZA ini menyebut PAS mempunyai masalah "orang agama" yang tidak boleh ditegur dan boleh menjadi seperti Iran yang dipimpin Ayatullah. Perhatikan perkataan MAZA yang disiarkan Sinar Harian:

"Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatullah tidak boleh ditegur dan disentuh.

Persoalan yang timbul dari kalam MAZA ini: siapakah yang dimaksudkan pemimpin agama PAS? Adakah Presiden PAS? Benarkah beliau tak boleh nak ditegur. Padahal Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHA) pernah mengeluarkan idea "Unity Goverment" yang tidak bercanggah dengan Syarak pun. Apabila TGHA ditegur, beliau menerima untuk tidak melaksanakan ideanya. Jelas sekali, pemimpin PAS menerima teguran dan sanggup meninggalkan ideanya yang tidak bercanggah dengan Syarak. Sebaliknya, jikalau disingkap paparan YouTube, jelas menunjukkan MAZA di zaman sebelum menjadi mufti lagi, pantang ditegur akan terus menjawab dengan penuh emosi. MAZA bagaikan pepatah Melayu menyebut' "Paku belah, Paku Serpih, kata orang, dia yang lebih". Sikap MAZA sepatutnya dikaitkan dengan Ayatullah bukan TGHA.

Timbul lagi persoalan: Mengapakah mengaitkan PAS degan kerajaan Syiah? Kenapa tidak kaitkan dengan kerajaan Sudan yang lebih lunak dan manis kerana dipimpin oleh Hasan al-Turabi lalu berlaku pergolakan. Tambahan pula, ada persoalan lagi yang perlu dijawab MAZA dan kita patut menelitinya bersama-sama: kenapakah hendak melabelkan PAS seperti Iran yang berdoktrinkan Syiah? Samakah doktrin PAS dengan Syiah? Siapa pula "orang agama" di kalangan PAS yang hendak dilabelkan seperti kerajaan Syiah?

Sebenarnya, apabila diamati tingkahlaku percakapan seorang bekas Mufti ini, mulutnya bagaikan burung Murai yang melancarkan lidah kepada sesiapa tanpa etika dan rasa penuh bertanggungjawab. Tidakkah beliau terfikir bagaimanakah perasaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuang Guru Abdul Hadi Awang serta para pengikut setia dua tok guru yang disanjungi ini? Tanggapan beliau terhadap PAS sememangnya menunjukkan MAZA seorang yang dangkal moral dan akhlak. Tidakkah beliau nampak Syiah yang berpaksikan Imam berbanding PAS bermazhab ahli Sunnah wal Jama'ah yang berpaksikan Syura? Tidakkah ini menunjukkan perbezaan jelas antara doktrin Ayatullah dengan PAS?

Kalau MAZA tidak memahami tulisan ini, saya membawa contoh yang penuh GEGAK GEMPITA. Sanggupkah kalau saya katakan MAZA pelopor Sekular muta'akkhir? Sandaran saya lebih terungkap apabila MAZA menyokong gerakan Sekular dengan mengatakan negara Sekular lebih adil dan baik dari negara Islam. Hujah yang digunakan pun tak lari dari penghujahan golongan Sekular Timur Tengah iaitu menekankan keperluan membebaskan kerajaan daripada kongkongan gereja. Hujah sebegini pernah dihadapi oleh Universiti al-Azhar. Golongan Sekular mengaitkan Universiti al-Azhar dengan gereja Katolik yang ditumbangkan. Kesamaan hujah ini membolehkan MAZA dilabelkan PELOPOR SEKULARIST MILENIUM yang mempunyai tugas menjahamkan gerakan Islam dan pemikirannya. Apa perasaan kamu wahai MAZA al-Sekularist, sang korup agama?

Original Page: http://pocket.co/sdgoo

Sunday, October 28, 2012

Filem Shah Rukh Khan di TV3 sempena Aidil Adha kelirukan umat Islam - ABIM

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendakwa wujud penghinaan kepada umat Islam di Malaysia ekoran penayangan filem "My Name is Khan" lakonan Datuk Shah Rukh Khan oleh stesen TV3 semalam tatkala sambutan Aidiladha berlangsung. ABIM sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa penayangan filem pada hari kedua raya Aidiladha tersebut tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia kerana cuba mengetengahkan fahaman Islam Liberal dan pluralisme agama yang mengelirukan. ABIM turut menegaskan filem tersebut tidak mencerminkan imej agama Islam yang sebenar serta bertentangan dengan syariat sambil menyelar pihak TV3 yang tidak terlebih dahulu membuat kajian sebelum menayangkannya. "Watak utamanya dibawa oleh Shah Rukh Khan jelas menjengkelkan. Aksi beliau dalam cerita itu membayangkan tahap kefahaman pengarah, penulis skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan. "Sebagai contoh,adegan hero yang berkahwin dengan heroin (dalam filem ini) yang beragama Hindu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Menerima dan mencampuraduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama adalah sama jelas bercanggah dengan prinsip Islam," kata ABIM lagi. NGO tersebut turut mendakwa, filem tersebut akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat Islam di Malaysia kerana pendekatan yang digunakan dalam filem tersebut mewujudkan satu lagi kekeliruan menerusi konsep 'Islam Liberal'. "Fahaman Islam Liberal ini pekat dengan rasa apologetik dan menenggelamkan sumber asas dan mengenepikan pandangan ulama muktabar. Begitu juga dengan nilai yang cuba disejajarkan dengan selera Barat yang menyisih intipati ajaran Islam itu sendiri." Dalam isu berasingan, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini dalam satu kenyataan menyeru umat Islam di seluruh negara agar memboikot penyanyi popular Jaclyn Victor kerana menyanyikan lagu "Harapan Bangsa", sebuah lagu Kristian dalam bahasa Melayu yang mana kumpulan garis keras hak Melayu itu mendakwa merupakan satu penghinaan kepada Islam — dalam ribut antara agama terbaru di negara mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Serangan Perkasa timbul sebagai ketegangan agama yang terus dicetuskan di Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13, dengan perdebatan daripada parti politik mengenai kedudukan Islam di negara ini. Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan akan tetapi rakyat yang beriman dengan agama lain mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama mereka secara bebas. Victor, seorang penganut agama Kristian baru-baru ini terperangkap dalam kecelaruan antara agama yang muncul diantara Islam dan agama lain. Kumpulan garis keras Islam telah mendakwa penganut Kristian Malaysia bersubahat dengan parti politik pembangkang tertentu untuk melantik seorang perdana menteri Kristian serta menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian tanpa mengeluarkan sebarang bukti menyokong tuntutan mereka. Penyanyi berusia 33 tahun itu berkata lagu "Harapan Bangsa" bukan untuk tujuan komersial dengan mendakwa ia telahpun direkodkan bertahun-tahun lalu. "Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu. "Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?" "Saya sedar, mungkin disebabkan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu membuatkan ramai yang melihat perkara ini sebagai tidak sensitif dan menganggap saya cuba menyebarkan fahaman Kristian. Saya menyanyi dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam Bahasa Melayu. - TMI

Original Page: http://pocket.co/sdyvj

Thursday, October 25, 2012

Islam Dan Hukum: Himpunan Kata-Kata Hikmah Dari Pemimpin Melayu


Kalau orang yang mengaku Islam tak mulakan maki Islam, takkan MCA kafir tu berani

1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.

11. "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.

16. "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

18. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama." - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.

21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92

3. "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa" - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS.

Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.

1. "Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka" - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC)

3. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001: menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang. Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras.

Sumber

Original Page: http://pocket.co/sdJ8M

Saturday, October 20, 2012

Bancian, 93 peratus setuju, AES hanya untungkan syarikat yang dilantik kerajaan

BERDASARKAN undian atas talian (online) yang dijalankan oleh portal Sinar Harian, setakat artikel ini ditulis, 93 peratus bersetuju bahawa AES hanya menguntungkan dua syarikat yang dilantik kerajaan (sebut syarikat kroni BN).

Bancian di halaman rasmi akhbar Sinar Harian itu membayangkan bahawa 1190 orang daripada 1279 bersetuju bahawa perlaksanaan sistem Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M yang mengenakan saman secara automatik itu hanya menguntungkan syarikat kroni.

Kalau Rejim Barisan Nasional benar-benar mendahulukan rakyat, tentu mereka akan bertindak untuk membatalkan sistem automatik merabakkan duit rakyat ini. Lihat sahajalah komen-komen ramai yang menghentam perlaksanaan sistem ini.

Cakap berdegar-degar konon Barisan Nasional mendengar rintihan rakyat, mendahulukan rakyat, mengikuti denyut nadi rakyat, tapi bila majoriti rakyat merungut dengan sistem ini mereka buat pekak mereka jadi bisu dan tuli.

Jangan lupa, kamu jadi kerajaan kerana undi rakyat. Undi rakyat juga yang akan menjatuhkan kamu kelak. Suara rakyat suara keramat!

Original Page: http://pocket.co/sdEQW

Friday, October 19, 2012

Boleh tahan juga mulut Chua Soi Lek ni ye..

Mulut bau longkang namun tiada pemuda gagah perkasa dan juga otai dari pemuda untuk menampar mulut cabul tersebut.

Jangan diharap dengan Hassan Ali. Ibrahim Ali apatah lagi. Dua mangkuk ini hanya tidak boleh melelapkan mata jikalau yang buat silap itu dari pembangkang. Hati busuk..

Ptuiiihhhhh...

Thursday, October 18, 2012

Fakta Menarik Yang Patut Anda Baca Berkenaan AES

"Kamera dipasang di tempat yang tidak munasabah, seolah-olah sengaja mencari kesalahan rakyat," tegasnya.

"Seperti di Eropah dan Amerika Syarikat, memandu laju tidak dijadikan asas utama kesalahan," jelas beliau.

Menurut Abdullah Sani, kutipan lebih 2,000 saman dalam masa dua hari bukti kerajaan sekadar ingin 'membuat' duit melalui kutipan saman.

"Ia mencerminkan kerajaan yang tidak prihatin, apatah lagi untuk membela rakyat," katanya sambil menegaskan pelaksanaan AES perlu ditangguh dan disemak semula.

AES sebabkan kemalangan meningkat di London

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar berkata, alasan bahawa AES perlu diteruskan sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut tidak boleh diterima dan mengecewakan.

Menurut Mahfuz, terdapat satu kajian yang dibuat menunjukkan kadar kemalangan di bandar yang menggunakan kamera AES lebih tinggi berbanding bandar yang tidak menggunakannya.

Kajian yang dibuat sekumpulan masyarakat awam pembayar cukai di London itu mengkaji kadar kemalangan terhadap 1,000 kenderaan berdaftar di beberapa bandar yang menggunakan AES dan tidak menggunakan AES.

Kajian mereka mendapati kadar kemalangan di bandar London yang menggunakan kamera AES adalah 90.9.

Swindon, bandar kurang kemalangan tanpa AES

Sebaliknya, sebuah lagi bandar – Swindon di United Kingdom (UK) yang telah memansuhkan kamera AES pada 2009 hanya merekodkan kadar kemalangannya 2.0.

"Malah London menjadi bandar kedua paling teruk di UK dari segi kemalangan kerana faktor jalannya terlalu teruk," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu pada sidang media di Parlimen sambil menambah AES di UK diletakkan di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Mahfuz turut memberi contoh di Jerman terdapat lebuh raya 'autobahns' di mana tiada sekatan terhadap kelajuan kepada pengguna, tetapi mengenakan penalti kepada pengguna yang memandu di bawah had minimum.

"Bukan soal kelajuan yang menjadi punca. Kalau bawa perlahan pun tetapi salah lorong boleh membawa kemalangan juga. Alasan itu tak boleh diterima.

"Sebab itu kita mintak kerajaan tangguh dulu penguatkuasaan AES ini dan runding dahulu dengan semua pihak," katanya, dipetik Harakah Daily.

Semalam, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri berkata, kerajaan tidak berhasrat memansuhkan pemasangan kamera AES di 831 lokasi di seluruh negara.

Beliau berkata, langkah itu akan diteruskan kerana kerajaan melihat AES sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut, sekaligus merealisasikan hasrat murni kerajaan untuk membela majoriti rakyat.

Sistem itu yang beroperasi pada fasa percubaan sejak 23 September lepas telah merekodkan sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara. ~kd

Kesian kat Wartawan Utusan ni.. dia tanya Guan Eng tak layan.. tapi...


Kesian kat wartawan Utusan ni.. dia tanya tapi Guan Eng tak layan, sebabnya Guan Eng kata Utusan Malaysia berniat jahat kerana membangkitkan isu pasal Akaun Amanah Perumahan tu..

Soalan yang ditanya wartawan Utusan itu kerana semalam, Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali meminta Guan Eng memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan negeri yang tidak membina rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat walaupun mempunyai sejumlah wang yang banyak iaitu RM33.36 juta..

Oleh kerana sakit hati Guan Eng tak bagi dia jawapan, maka bila balik kepejabatnya dia pun buatlah berita kononnya Guan Eng cuba berdolak-dalik..

Memang kesian kat dia sebab dia bertanya Guan Eng tak jawab.. tapi Guan Eng hantar kenyataan media kepada seluruh media kecuali Utusan..

Ini adalah kenyataan Medianya...

UMNO dan Utusan Malaysia terperangkap dengan fitnah jahat dan permainan perkauman

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan bahawa Akaun Amanah tersebut naik 58% kepada RM33.6 juta.

Sebelum ini kerajaan negeri PR dituduh bahawa tidak menubuhkan akaun amanah sedemikian untuk membantu membina rumah untuk orang Melayu/bumi.

Sekarang bila fitnah ini dibuktikan, tidak pula minta maaf sebaliknya pusing mendakwa Kerajaan negeri Pulau Pinang menganiayai orang Bumi dan Melayu dengan tidak menggunakan wang tersebut untuk membina rumah mampu milik.

Fitnah jahat ini mempermainkan ideologi perkauman untuk menanam kebencian di kalangan rakyat dan mengancan pemimpin kerajaan negeri, khususnya saya sebagai Ketua Menteri.

Sungguhpun adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk membina rumah mampu milik, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah mencatatkan rekod yang tidak pernah dilakukan dengan memperuntukkan RM 500 juta untuk membina rumah mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk di kawasan pulau.

Usaha mengumpulkan wang RM500 juta bukanlah mudah dan perlu 4 tahun untuk mencapainya. RM500 juta hanya cukup untuk membina 18,000 yunit rumah mampu milik kepada semua rakyat pada 5 tahun yang akan datang.

Sejak 2008, kerajaan negeri melalui Penang Development Corporation(PDC) telah berjaya membina 4,000 yunit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dengan 8,000 yunit lagi disumbangkan oleh pihak swasta menjadikan keseluruhan 12,000 yunit.

Sekiranya kerajaan negeri menggunakan wang Akaun Amanah terdahulu, akan datang pula tuduhan jahat Utusan dan UMNO bahawa kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang sendiri untuk membina rumah mampu milik sebaliknya guna wang bumi.

Maka untuk mengelakkan tuduhan sedemikian, wang kerajaan negeri digunakan dahulu. Lagipun wang akaun amanah tidak mencukupi kerana untuk membina 350 yunit rumah kos sederhana rendah, kos pembinaan tanpa kira kos tanah menjangkau RM35 juta.

Fitnah jahat Utusan dan UMNO terserlah dengan kenyataan Ketua Pembangkang Pulau Pinang dan Pengerusi PERDA Dato Azhar Ibrahim menyelar kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang akaun RM33.6 juta untuk membina 10,000 yunit rumah kos rendah dan mampu milik.

Kenyataan Azhar ini adalah tidak masuk akal kerana ini bermakna hanya perlu RM 3,360 untuk membina sebuah yunit!

Saya ingin melihat PERDA bina rumah kos rendah dan mampu milik dengan kos RM 3,360 seyunit –mustahil dilakukan.

Kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan jaminan akan menggunakan wang akaun amanah perumahan bumiputera untuk membina rumah mampu milik.

Ia akan dibukti dengan rumah pangsa dan bukan dengan kata.

Kerajaan negeri akan menepati janji bukan macam BN yang masih belum menepati janji yang dibuat 28 tahun dahulu untuk membina rumah kelamin bagi anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM) di Bertam, Kepala Batas.

330 ekar tanah TUDM di Bertam, Kepala Batas tidak dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984 tetapi disewa dengan harga hanya RM 7,000 sebulan.

Saya difahamkan 330 ekar tanah tersebut diambil alih oleh kerajaan negeri pada 1982 bagi tujuan tapak rumah kelamin TUDM dengan pampasan RM 5,148,000 ataupun harga RM 15,600 seekar.

Selepas proses pengambilan tanah siap, Geran tanah telahpun dipindahmilik dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 23.2 1984.

Akan tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada rumah kelamin TUDM dibina di atas 330 ekar tanah.

Sebaliknya tanah tersebut yang terdiri daripada pokok kelapa sawit kini disewa dengan harga RM7,000 sebulan.

Tempoh sewaan adalah 3 tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013.

Mengapakah UMNO, Utusan dan Azhar tidak mempersoalkan apakah faedah kepada angkatan tentera dan negara kalau 330 tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin tetapi disewa hanya dengan harga RM7,000 sebulan?

Lim Guan Eng


*Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 18.10.2012.*

Kesian kat depa... itulah fitnah banyak sangat.. siapa nak layan..

Original Page: http://pocket.co/sdagJ

"Mr Porn Star" Dikecam Kerana Hina Hudud Lagi

Serangan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap hukum hudud dengan menggunakan sumber yang tidak sahih menaikkan kemarahan pelbagai pihak.

Tindakan ini disifatkan sebagai menambahkan lagi luka terhadap umat Islam apabila memetik kenyataan yang tidak sahih yang mendakwa 1.2 juta rakyat negara ini akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Hanya berdasarkan satu sms yang tidak dikenali siapa penghantarnya, Chua Soi Lek membuat satu video blog mendakwa jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja.

"Saya menerima satu SMS, saya cuba menghubungi orang tersebut, tapi sudah tentu dia tak jawab seperti biasa. SMS ini adalah satu kerisauan dan kami berharap ia adalah tidak benar.

"SMS ini menyatakan bahawa MCA sentiasa bercakap tentang hudud tapi tidak tentang pekerjaan yang bakal kehilangan akibat penguatkuasaan hukum hudud di negara ini," kata Chua dalam videonya.

Chua berkata orang tersebut menyatakan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas jika hudud dilaksanakan.

Angka tersebut meliputi pekerjaan Genting Berhad, kedai perjudian, internet café, rumah urut dan sektor pelancongan.

"Ini akan menjadi realiti jika PAS menjadi parti dominan di dalam Pakatan Rakyat. Dan PAS akan menjadi satu parti yang dominan dalam PR," kata Chua.

Chua berkata Kelantan sudah lama menghentikan perjualan alkohol.

"Susah benar nak cari kedai menjual arak di Kelantan. Tiada panggung wayang.Tiada tempat spa, refleksologi, kedai perjudian sudah menjadi sejarah," kata Chua.

Chua turut menyatakan perkara berikut kepada para penonton videonya yang tidak berpuas hati dengan Barisan Nasional.

"Ya, memang ada perkara yang tidak menyenangkan hati dengan BN, tapi anda tidak seharusnya mengundi sehingga 1.2 juta rakyat kehilangan pekerjaan," kata Chua, yang secara jelas bersetuju dengan dakwaan SMS yang menghina hukum-hakam Allah tersebut.

Sementara itu, para pembaca laman Malaysiakini yang mula menyiarkan kenyataan Chua ini menyerangnya dengan menggelarnya 'Mr. Porn Star'.

Seorang pembaca yang menggunakan nama Mubarak menulis: "Such a "simplistic" conclusion based on sms from whom you do not know! Come on Porn Star, if you are not sure, have a forum or seminar with those that have the brains and knowledge. If you can't, than "SHUT UP!!" and don't spread fear to others."

(Kesimpulan yang terlalu mudah dibuat hanya dari satu sms yang kamu tidak tahu! Mr Porn Star, jika kamu tidak yakin, buatlah seminar atau forum dengan memanggil mereka yang ada akal dan ilmu.

Jika tidak, baik diam dan jangan sebarkan ketakutan kepada orang lain).

Seorang lagi pembaca yang menggunakan nama PuakChuk berkata "This is not spreading fears, but spreading jokes!!!.

(Ini bukan menyebarkan ketakutan tetapi menyebarkan jenaka).

Pembaca yang menggunakan nama 'mohd' pula menulis: "Thank you soi lek, you make it easier to convince those muslim malays to vote for PAS."

(Terima kasih Soi Lek, kamu telah membuatkan usaha untuk memujuk orang Melayu Islam mengundi PAS lebih mudah)

Ulasan GB

UMNO dan para pencacainya diam tanda setuju?

Original Page: http://pocket.co/sdasT

Wednesday, October 17, 2012

Putar Belit Media: Penafian Shahnon


"Saya sangat yakin, insya-Allah menerusi tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) yang merupakan persefahaman bersama antara tiga parti; PAS, PKR dan DAP, kita bakal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat, malah tidak yakin dengan penyelesaian al-Quran dan al-Sunnah.

"Umno tak yakin dengan al-Quran dan Sunnah, berbeza dengan PAS yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah. Kerana dasar yang dipegang oleh PAS itulah saya masuk PAS," katanya dipetik dari laman Harakahdaily.

Beliau turut meminta seluruh rakyat Malaysia merujuk kepada artikel beliau yang menjelaskan kenapa bersama PAS dalam buku tulisan bertajuk Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi yang dikeluarkan pada tahun 2006 selepas beliau tidak lagi menjadi ahli Parlimen Sik.

Artikel beliau bertajuk 'Penglibatan Ku dalam Jema'ah PAS' dalam buku tersebut, menjelaskan secara terperinci sebab beliau bersama dengan PAS, iaitu menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran.

"Paling pokok yang mendorongku memilih jemaah PAS ialah kepimpinan para ulamanya yang menjadi dasarnya kerana sudah pasti ulama-ulama ini adalah pewaris para Nabi yang pastinya mempunyai sifat-sifat ulama yang tulen dan 'amil dan bukan ulama-ulama 'Suk' yang tak boleh diharapkan," tulis beliau dalam buku autobiografi tersebut.

Shahnon kesal akhbar dan media arus perdana yang mempergunakan wawancara dengan beliau untuk menggambarkan seolah-olah beliau tidak lagi bersama dengan PAS.

Baru-baru ini, akhbar arus perdana memainkan isu tentang Sasterawan Negara yang menjadi ahli PAS seumur hidup itu tidak bersetuju PAS bergabung dengan DAP dalam PR. - Sumber

Original Page: http://pocket.co/sdfQU

Saturday, October 13, 2012

Jawapan bangang Najib berkenaan 'sumbangan politik' RM40juta

Bab betul atau tak duit tu adalah 'sumbangan politik' yang tak salah kita bincang lain kali. Kali ni aku cuma nak highlight betapa bodoh lagi bangangnya jawapan Najib tu.
Harakahdaily melaporkan:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno.

Bagaimanapun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita.

"Ia adalah untuk sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul. - Mkini.


Sinarharian pulak melaporkan:

SHAH ALAM - Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. - Sinar.


Bab betul atau tak duit tu adalah 'sumbangan politik' yang tak salah, kita bincang lain kali. Kali ni aku cuma nak highlight betapa bodoh lagi bangangnya jawapan Najib tu.

Kut-kut ada terutama sekali dari kalangan penchachai Umno BN yang masih tak perasan, aku salintampal sekali lagi kat bawah ni, kali ni dengan highlight warna merah.

Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul.


...adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak


Harakahdaily melaporkan:

Menurutnya, mengikut jawapan bertulis Parlimen Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Pejabat Ketua Peguam Negara tidak menjumpai apa-apa elemen rasuah dalam kes seorang ahli peniagaan Sabah yang ditahan di Hong Kong kerana menyeludup wang berjumlah RM40 juta dalam mata wang Singapura. - Hrkh.


Kut-kut tak berapa nak percaya laporan Harakahdaily, kat bawah ni pulak laporan mStar:

Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta. - mStar.


Sinarharian pulak melaporkan:

SHAH ALAM - Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. - Sinar.


Saluran betul apanya kalau sampai kena tahan pasai seludup. Takkan Najib nak bagitau yang seludup tu tak salah.

Bangang punya Najib... Hahaha...

Bab salah atau tak salah, kita cuma perlu tanya satu soalan ja. Kalau tak salah pasai apa sampai nak kena seludup di Hong Kong?

Original Page: http://pocket.co/sdIin

Sayu!

Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.

Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : "Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu
nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?"

Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: "Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya."

"Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!" jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : "Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah."

Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : "Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri."

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.

"Alhamudillah. Anak saudara selamat!"

Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, "Ada apa-apa tanya jururawat saya."

Bapa budak tadi tersinggung, "Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?" kata bapa itu ke jururawat…

Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, "Anak doktor Hisham meninggal semalam… accident… beliau tadi di majlis perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya."

Bapa budak tu tersengam.

Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ada pula yang pandai melihat dari atas dan melihat dari bawah terhadap sesuatu perkara….

Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.

Adakah anda seorang daripadanya?

Senyum.

Original Page: http://pocket.co/sdIrZ

Tuesday, October 9, 2012

Tiada perbicaraan berhubung Scorpene di Perancis?.. Baca nih!!


Semalam riuh rendah blog-blog pencacai UMNO menyiarkan kenyataan atau laporan dari Bernama yang menyiarkan kenyataan bekas pendakwa kerajaan negara tersebut, Yves Charpenel mengatakan bahawa tiada perbicaraan berhubung Scorpene di Perancis.

Aku kurang pasti samada Yves Charpenel yang mengeluarkan kenyataan bercanggah atau Bernama sendiri yang menjadikannya bercanggah.. tapi kalau gambar pun Bernama boleh edit apalah sangat kenyataan tu..

Dalam kenyataannya yang dipertik BERNAMA, Charpenel menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat negara itu berhubung pembelian dua kapal selam kelas Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Ini laporan dari BERNAMA..

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.

"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.

Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua "hakim siasatan" bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.

Charpenel berkata di Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.

Beliau berkata adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.

Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta "hakim siasatan" untuk menyiasat.

"Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama. Kerajaan Malaysia boleh kata "ya" atau "tidak". Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia.

"Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya. Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," kata Charpenel.

Beliau menjelaskan di Perancis, seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media. - BERNAMA

Di awal laporan Bernama melaporkan.. Yves Charpenel sebagai Pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal tetapi pada perenggan yang ke 4, Yves Charpenel dinyatakan sebagai bekas ketua pendakwaan di Perancis pula..

Bagaimanapun lewat malam tadi satu kenyataan yang dikeluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi pihak peguam mereka di Perancis, William Bourdon lewat malam tadi (Isnin) menepis dakwaan laporan yang dipetik agensi berita nasional Malaysia (Bernama) itu..

Kenyataan Media Untuk Edaran Segera
William Bourdon (peguam SUARAM) kepada Bekas Pendakwa Perancis Yves Charpenel

8hb Oktober 2012

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Yves Charpenel benar-benar bercanggah dengan Tribunal semasa penyiasatan.

The deGrande Instance telah memulakan siasatan jenayah SUARAM telah diterima sebagai pihak sivil sejak Mac 2012.

Setelah tamat siasatan itu hakim penyiasat akan membuat keputusan sama ada kes itu akan terus ke perbicaraan penuh.

Hakim penyiasat yang membuat keputusan dan bukannya pendakwa.

Untuk pengetahuan kami pendakwa semasa dalam pertuduhan kes ini tidak membuat apa-apa kenyataan seperti yang dicadangkan oleh Charpenel. Dua Hakim, Roger Le Loire dan Serge Tournaire meneruskan siasatan mereka mengenai siasatan Scorpene ".

Dikeluarkan oleh,

SUARAM

Terkedulah pencacai UMNO dengan kenyataan Media oleh SUARAM tu...ha..ha..ha...

Original Page: http://pocket.co/sIB59

Monday, October 8, 2012

Memahami Bajet

Saya ingin memberitahu rakyat bahawa bajet bukan suatu rancangan kewangan untuk memberi rebet, duit one off atau bonus. Kalau bukan duit kita, kita ada kuasa pulak, sesiapa sahaja boleh lakukan apa yang dilakukan oleh Najib. Tapi perbuatan dia tidak bertanggung jawab. Kita akan huraikan sebab2 mengapa kita kata demikian. Maka kita jangan ikut cara bodoh tersebut.

Bajet ialah plan kewangan untuk membiayai pengurusan negara. Kalau dalam syarikat, bajet nya ialah bagaimana memastikan perkerja mendapat gaji yang baik dan syarikat terus untung. Jika syarikat tidak untung, perkerja tak dapat gaji. Kalau 16 tahun rugi, belanja lebih dari pendapatan, syarikat akan tutup. Pengurus syarikat diberhentikan. Pengurus baru degan model pengurusan bari kita ambil. Rakyat disekat dari mengetahu apa bajet Pakatan Rakyat. Mereka tak dapat tonton TV atau dengar radio mengenai bajet PR. Yang kita dengar ialah cacian dan cemuhan Najib kepada bajet PR. Bagaimana dia tahu PR tidak boleh lakukan lebih baik dari BN? PR bukannya kuasa yang menjaga wang pusat. Yang jaga dan urus ialah kerajaan Najib. Yang kita dengar ialah pembaziran dan perbelanjaan dengan harga2 projek yang telah diUMNOkan. Negara kita akan bengkrap akibat pengurusan kerajaan Najib. Demikan juga perumpamaan dengan kerajaan. Kalau 16 tahun berturut turut deficit sejak tahun 1998, ini menandakan pengurusan kewangan dan pengurusnya tidak baik. Kita tukar dengan pengurusan dan pengurus yang lain. Jangan sentimental. Kalau Najib bukan PM, tidak mati rakyat disebabkan nya. Kalau Najib bukan PM, orang Pekan terus hidup. Yang susah ialah orang UMNO- itu pun tak lama jika mereka adjust diri mereka kepada reality baru. Reality barunya ialah rakyat hendak tukar kerajaan yang tidak cekap dan korap. Rakyat benci tengok ROsmah Mansor ek dengan cincin berlian, jam tangan yang mahal2 dan beg tangan ribuan Ringgit. Kita tidak dengki. Tapi kalau kita hendak ajar rakyat jimat cermat, maka peliklah kita jika yang memberi nasihat hidup mewah mewah. Pergi shopping boleh suruh pemilik toko bukak hanya untuk seorang pembeli.
Rakyat berdepan dengan kos kehidupan yang tinggi- ikan, daging, beras semua harga nya naik. Kos pengangkutan, kos pendidikan, kos perubatan, semua naik. Rakyat dapat RM 500 atau RM1000 tapi dapatnya mereka duit tersebut ketika semua barang naik. Ramai orang tidak sedar, bila kerajaan menurunkan wang baru, ia mengakibatkan agihan pendapatan dari orang miskin kepada yang kaya. Dalam ilmu ekonomi fenomena ini disebut sebagai kesan Cantillon atau Cantillon effects. Orang2 kaya, glongan elit merasai duit baru yang diberi oleh kerajaan pada peringkat awal ketika harga barangan belum naik. Ertinya, mereka menikmati mendapat wang ketika harga barangan semua masih belum naik. Apabila kerajaan menyuntik wang baru dalam ekonomi, yang merasai nya terlebih dahlu ialah golongan elit, peminjam2 yang berpengaruh dan syarikat2 besar. Mereka dapat wang baru pada round awal. Mereka yang dapat duit pada round2 yang terkemudian semua dapat wang ketika harga barang naik. Orang2 yang mendapat wang di pusingan kemudian, mereka dapat wang tapi ketika harga barang sudah naik. Maka sementara yang kaya dan berkuasa daapt wang ketika harga belum naik, yang dapat wang di pusingan yang kemudian, akan mendapati nilai wang mereka sudah menurun kerana harga barang sudah naik. Maka, sentiasalah golongan elit diutamakan, rakyat biasa dikemudiankan. Ini adalah kesan agihan pendapatan akibat pertambahan wang dalam ekonomi. Siapa yang belajar ekonomi akan faham kesan2 Cantillon Effects ini. Sekali lagi mesti kita ingat: bajet ialah cadangan untuk mengeluarkan suatu jumlah wang dari perbendaharaan. Ianya bukan duit Dato Najib atau duit UMNO untuk diberikan tanpa ada tanggung jawab. Dan ianya dapat dibelanjakan hanya pada tahun hadapan mulai januari 2013. Jika ada duit dari peruntukan tahun hadapan digunakan sebakarang, itu adalah pecah amanah. Orang pecah amanah m kena jel. Dan saya dengar penjawat awam sudahpun dibayar. Dan sekolah2 Tamil sudah mula mendapat alokasi bajet 2013. Perdebatan pun belum habis lagi yang bermakna, parlimen belum lagi lulus duit yang diminta oleh kerajaan Najib. Ini bukan petanda dan tingkah laku sebuah kerajaan yang siuman. Ini laku perangai kerajaan yang gila kuasa. Jangan kita terpengaruh sangat dengan pemberian gula2 yang diberikan Najib. Ia menyembunyi agenda jahat BN untuk terus kekal berkuasa supaya mreka boleh samun dan rompak negara kita. Kerajaan BN yang di pimpin oleh Najib melakukan paling banyak supplementary bajet dalam sejarah. Ertinya, kalau tak cukup duit belanja, mereka akan datang ke parlimen untuk mintak wang lagi. Ini sebuah kerajaan yang tidak pandai mengurus wang rakyat. Mengapa ahli parlimen BN mengambil masa lebih untuk membincangkan bajet yang di bentangkan oleh Pakatan Rakyat? Itu bermakna mereka mengiktiraf bahwa bajet PR lebih baik dari bajet BN. tidak ada orang hendak debat bajet BN . dan yang membahas hanyalah Khairi Jamaludin dan MP dari Kota Belud yang kedua dua nya akan digugurkan dalam PRU13 nanti. Hanya orang yang tidak tahu politik dalaman UMNO sahaja yang beria ria berpegang kepada pandangan bahawa KJ akan terus dikekalkan. Budaya pilitik UMNO ialah budaya ikan haruan yang makan anak sendiri. Budaya politik UMNO ialah budaya raja membunuh budak yang berakal yang cadang menggunakan batang pisang untuk bunuh todak. Bajet Najib penuh dengan perkara2 bodoh yang dimasukkan pada saat akhir. Ia memeningkan para pegawai kementerian kewangan yang terpaksa buat adjustments sana sini kerana Najib dan para punaisihat nya mahukan perkara2 popular dimasukkan. Seperti diskaun kepada pengguna pengangkutan awam. Yang mempunyai gaji RM2000 kebawah akan dapat diskaun. Bagaimana mahu dilaksanakan? Adakah pengguna pengangkutan awam akan membawa slip gaji kemana mana untuk membuktikan mereka layak dapat tambang yang murah? Bagimana pula melaksanakan pemberian rebat RM 200 kepada pembeli talipon? Jangan kita melompat kegembiraan bila kerajaan mengistiharkan deficit untuk bajet 2013 ini ialah 4%. Bukankah pada tahun 2011, Najib cakap besar hendak mengurangkan deficit pada tahap 2.5%? tahun lalu, deficit lebih baik dari yang disasarkan kerana ekonomi kita mendapat laba yang tidak terancang sebanyak RM21 billion. Tiba2 ada pendapatan lebih yang mengurangkan defisit. Kalau bukan kerana itu, defisit untuk bajet 2012 mestilah lebih sekitar 6%. Kita mesti ada rasa tidak senang bila zaman berzaman, kerajaan membuat bajet deficit. Besar mana sangkatkah bahagian bajet yang digunakan untuk membantu rakyat miskin dan yang kesusahan? Bahagian tersebut tidak dapat menjustifikasikan belanjawan deficit yang berturut trut. Yang rakyat mesti khuatir ialah deficit disebabkan rasuah, ketidakcekapan, tidak ada disiplin kewangan, ketirisan dan pembaziarn. Rakyat mesti merasa hairan kenapa report card untuk bajet 2012 tidak di kemukakan. Biasa nya kita hendak tahu bagaimana prestasi wang yang diminta tahun lalu diperlakukan. Baharulah boleh mintak bajet baru. Mulai sekarang kita mesti desak sebelum apa2 wang dikeluarkan oleh parlimen, kita nak tahu bagaimana bajet tahun lalu diperlakukan. Sebab itu agenda bajet PR lebih diyakini rakyat. Sebab agenda PR ialah membasmikan rasuah, ketirisan dan pembaziran. Agenda ini lebih baik dari agenda memberi wang dengan percuma.

Original Page: http://pocket.co/sIuLF

Tuesday, October 2, 2012

Rupanya Sebab Nih Rafizi Cakap Rebat Smartphone Satu Teori Ekonomi Bodoh Najib

Najib mengumumkan pakej khas one-off, bernilai RM300 juta, bagi belia yang berusia 21-30 tahun, dan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah.

"Ini adalah untuk memberi manfaat kepada 1.5 juta belia," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketika membentangkan Bajet 2013 Jumaat lepas.

Walau bagaimanapun, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata langkah itu hanya akan memperkayakan peniaga, kerana Najib juga mengumumkan bahawa rebat hanya akan sah apabila dibeli dari kedai-kedai yang dilantik.

"Ia adalah satu pengumuman yang bodoh. Berapakah harga sebuah telefon pintar? Harga purata adalah sekitar RM1,000".

"Jika anak muda mahu menikmati rebat RM200, dia akan terpaksa membelanjakan RM800 dari poket sendiri untuk membeli telefon pintar. Jadi, peniaga mendapat RM800".

"Jika anda tidak mengeluarkan RM800 anda tidak akan mendapatkan telefon pintar. Mereka yang akan mendapat manfaat adalah peniaga yang dilantik, bukannya Rakyat, " kata Rafizi.

Rafizi juga mengkritik peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mendapatkan telefon pintar tersebut, pembeli juga mesti melanggan pakej internet.

"Itu bermakna anda tidak boleh lagi menjadi pengguna prabayar yang anda perlukan untuk melanggan pakej internet jika anda mengambil kesempatan daripada rebat, yang pasti kos akan menjadi lebih tinggi.

"Ini akan terus meningkatkan perbelanjaan orang-orang yang membeli telefon pintar. Ia adalah ekonomi bodoh Najib. Dia tidak faham? Dia tidak berfikir? " Kata Rafizi.

"RM200 tidak mencukupi untuk membeli telefon pintar. Pengumuman adalah hanya untuk menarik pengundi muda. Jika Najib fikirkan dia boleh memenangi pilihan raya umum yang akan datang dengan skim itu, dia akan silap."

Beliau menambah bahawa Najib telah menyediakan gula-gula untuk kumpulan sasaran tetapi telah melakukan sedikit untuk wanita dan warga emas dalam Bajet 2013. ~free malaysia today

Original Page: http://pocket.co/sINKw