Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Sunday, May 29, 2016

~KEPENTINGAN DISIPLIN TAREKAT TASAWUF~


Oleh : Al-Fadhil Tn. Guru Dr. Hj. Jahid B. Hj. Sidek Al-Khalidi Hafizahullahu Ta'ala

Pengaruh tasawuf di abad kedua dan ketiga juga telah menarik perhatian gulungan ulamak lainnya, termasuklah  mutakallimin, mufassirin, muhaddithin dan fuqaha'.

Mereka memahami kedudukan dan kepentingan  tarekat  sebagai asas utama tasawuf sebagaimana yang ditegaskan oleh syeikh Abu Qasim al-Junaydi: "Dhikrullah adalah rukun utama dalam ilmu tasawuf ini, bahkan seseorang tidak akan sampai kepada (hakikat dan makrifat) Allah kecuali ia sentiasa kekal berzikir''.

Keempat-empat imam, Abu Hanifah (w.150H.), Imam Malik (w.167H.), Imam Syafie (w.204H.) dan Imam Ahmad Ibnu Hambal (w.241H.) bukan hanya turut belajar dan beramal dengan tarekat tasawuf tetapi mereka juga mengakui peranan dan kepentingannya.  

Imam Abu Hanifah yang berguru dengan Syeikh Ja'far as-Sodiq (w.148H.) berkata:  "Kalaulah tidak disebabkan dua sunnah, (sunnah yang zahir iaitu fekah dan yang batin iaitu tarekat tasawuf) nescaya binasalah Nu'man". 

Imam Malik juga meninggalkan wasiat penting dengan katanya:  "Sesiapa yang hanya beramal dengan fekah, tanpa bertasawuf ia jadi fasik (berdosa besar), sesiapa yang hanya bertasawuf sahaja tanpa fekah ,ia jadi zindik (terkeluar dari Islam), sesiapa yang mengabungkan kedua-duanya (semasa beramal) sesungguhnya ia sampai kepada hakikat sebenar." 

Apakah maksud wasiat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik tersebut? Setelah beramal dengan tarekat tasawuf, kedua-dua tokoh memahami, setiap amalan tidak boleh dipisahkan dari tiga aspek iaitu syariat, tarekat dan hakikat;  jika sesorang mukmin hanya beramal berdasarkan fekah sahaja bermakna ia hanya dapat melakukan aspek syariat sahaja; dua aspek lain, tarekat dan hakikat akan tertinggal dan tidak tercapailah tujuan ibadat.  

Solat misalnya, aspek syariatnya ialah menjaga segala syarat dan rukun qauli dan fi'linya dengan sampurna. Aspek tarekat bagi solat ialah kesedaran taqarrub kepada Allah dengan dhikir  mengingati namaNya dan tafakkur terhadap kewujudanNya, sifat-sifat keaggungan dan kesampurnanNya. Aspek hakikat solat ialah roh mushahadah terhadap Allah dengan tadhakkur. (Aspek tarekat dan hakikat ini atau sentiasa berzikir, tafakkur dan tadhakkur boleh kita fahami dalam surah Al 'Imran, ayat 191). 

Imam Syaf'ie juga mengingatkan kita mengenai kepentingan tarekat tasawuf dengan katanya:  "Sesiapa yang mahu berbagai hijab hatinya dibukan oleh Allah, lalu Allah limpahkan ilmu (terus ke dalam hatinya), wajiblah ia melakukan khalwat dan mengawal makan dan menjauhkan diri dari orang-orang yang jahil dan juga ulamak yang mengikutkan nafsu dan yang tidak beradab". 

Wasiat Imam Syaf'ie ini bermaksud, tarekat tasawuf yang diamalkan dalam khalwat akan dapat meningkatkan tauhid ke tingkat hakikat dan makrifat. 

Imam Ahmad bin Hanbal pernah mengingatkan puteranya, Abdullah dan juga kita semua dengan wasiatnya:  "Wahai anakku wajiblah engkau belajar dari orang-orang sufi, kerana mereka boleh membantumu untuk membentuk sifat takut kepada Allah, tawakal dan ..."

Wallahu a'lam.

1 comment:

PAK MUS said...

jika anda butuh nomor togel ghaib 4d silahkan hubungi KI HADAK di 085259457111 atau bka blo KI disini http://resulttogelghaib4d6d.blogspot.co.id