Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Tuesday, June 14, 2016

Power betul kau rafizi..

Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Dato' Rizal Mansor cuba jawab #misteribegbesar #jetmewah Pelbagai alasan diberikan, saya teliti dan kaji balik. Hari ini saya tampilkan jawapan yang menyangkal semua alasan yang diberikan sebelum ini. Setakat ini misteri masih belum terjawab, mohon sebarkan seluas mungkin agar lebih ramai yang boleh bantu selesaikan #misteribegbesar ini.

(Untuk paparan grafik penuh, sila lawati capaian
http://rafiziramli.com/2016/06/sewa-jet-dan-jumlah-beg-alasan-pegawai-datin-seri-rosmah-mansor-tidak-masuk-akal/)

14 JUN 2016

ALASAN PIHAK DATIN SERI ROSMAH TIDAK MASUK AKAL

Saya memberi masa sehingga empat hari bagi pimpinan Umno/Barisan Nasional dan pihak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab pelbagai persoalan yang timbul ekoran pendedahan saya mengenai tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan sebuah jet peribadi mewah yang disewa khas (ACJ319 A6-CJE) dari Emirates dan dibayar oleh rakyat bagi tujuan menghadiri sebuah majlis di Istanbul.

Malangnya tidak ada seorang pun pimpinan Umno/Barisan Nasional yang berjaya memberi penjelasan yang memuaskan. Malah kenyataan Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Dato' Rizal Mansor, Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor mengeruhkan lagi keadaan kerana cuba memutar belitkan fakta.

Saya juga ingin membetulkan pembohongan-pembohongan berikut yang dibuat oleh Dato' Rizal Mansor apabila beliau tidak ada jawapan kepada pendedahan saya:

PERTAMA: ANGGARAN RM86 JUTA TIDAK BETUL

Sehingga kini, pihak Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan tempahan jet-jet peribadi milik Kerajaan Persekutuan masih belum memberikan angka sebenar kos yang ditanggung rakyat untuk menyewa jet ACJ319 A6-CJE selama 2 bulan.

Dato' Rizal dan pemuka-pemuka Umno cuba menjadi suara rasmi Kerajaan Persekutuan dengan memperkenalkan terma-terma seperti "dry lease" bertujuan mengelirukan rakyat agar menolak angka RM86 juta yang saya kemukakan sebagai anggaran.

Konsep "dry lease" atau "wet lease" hanya terpakai sekiranya Kerajaan Persekutuan hanya menyewa jet sahaja tetapi keseluruhan operasi (dari juruterbang, pramugara, kos minyak dan lain-lain) dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan. "Dry lease" bermaksud sewaan jet semata-mata tanpa melibatkan kos minyak sementara "wet lease" bermaksud sewaan jet bersama-sama kos minyak yang dimasukkan sekali di dalam nilai keseluruhan sewaan.

Pun begitu, sewaan secara "dry lease" atau "wet lease" ini lebih terpakai bagi pesawat-pesawat biasa (contohnya pesawat kargo, pesawat ambulan udara, pesawat penumpan pukal dan lain-lain) dan bukannya jet peribadi mewah seperti ACJ319 A6-CJE yang dimiliki oleh Emirates ini.

Semakan saya menunjukkan setakat ini Emirates adalah satu-satunya syarikat penerbangan komersil di rantau Asia (dari kalangan syarikat penerbangan terbesar Asia) yang menawarkan khidmat jet peribadi lengkap dengan pramugara sendiri. Syarikat penerbangan komersil lain seperti Etihad masih menawarkan khidmat mewah melalui tiket kelas satu.

Ini bermakna, apabila pelanggan menempah pesawat ACJ319 A6-CJE ini, pelanggan itu membayar keseluruhan khidmat penerbangan mewah yang ditawarkan oleh Emirates melalui jet tersebut. Maka konsep tempahan ini bukanlah sewaan secara "dry/wet lease" seperti yang digembar-gemburkan Dato' Rizal. Pesawat mewah seperti ACJ319 A6-CJE ini ditawarkan secara pakej iaitu "air charter" merangkumi keseluruhan khidmat mewah yang datang dengan pesawat tersebut.

Oleh itu, anggaran kadar RM60,000 sejam penerbangan itu adalah tepat. Mengambil kira kadar tersebut, penerbangan pergi balik dari Subang ke Istanbul yang diambil oleh Datin Seri Rosmah mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam – maka kos bagi penerbangan itu sahaja yang ditanggung rakyat adalah RM1.44 juta.

Jika yang dipertikaikan ialah jumlah jam penerbangan yang ditempah, maka Jabatan Perdana Menteri wajar berterus terang dan memberikan angka sebenar yang ditanggung oleh rakyat. Saya khuatir sewaan secara "air charter" ini dibuat mengikut kadar bulanan tanpa mengira perjalanan sebenar, justeru anggaran saya bahawa ia boleh mencecah sehingga RM86 juta.

Selagi Dato' Seri Najib Tun Razak enggan menunjukkan dokumen perjanjian sewaan "air charter" yang dimeterai dengan Emirates, ia membangkitkan kecurigaan bahawa jumlah yang ditanggung rakyat adalah tinggi.

KEDUA: BEG-BEG BESAR DIANGKAT KE RUANG MEWAH PESAWAT KERANA RUANG LETAK BEG/KARGO ADALAH SEMPIT/PENUH DENGAN BARANG PASUKAN PERSEMBAHAN PERMATA SENI

Saya pertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Dato' Rizal Mansor, Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor iaitu kononnya ruang letak beg/kargo bagi jet ACJ319 A6-CJE ini adalah sempit kerana telah diubahsuai. Menurut beliau lagi, oleh kerana jet itu juga membawa barang untuk persembahan pasukan Permata Seni, ruang letak beg/kargo tidak mencukupi hinggakan beg-beg penumpang dan krew terpaksa diangkat naik ke ruang mewah pesawat.

Saya telah menyemak spesifikasi keluasan ruang letak beg/kargo bagi jet ACJ319 A6-CJE ini di laman rasmi Emirates Executives di http://www.emirates-executive.com/en/the-aircraft/specifications

Berdasarkan maklumat rasmi Emirates itu sendiri, ruang letak beg/kargo boleh memuatkan di antara 30 hingga 50 beg biasa atau berat muatan 1,200 kg. Ruang ini lebih dari cukup untuk menyimpan anggaran 12 hingga 15 beg-beg besar yang dibawa naik ke ruang pesawat.

Saya juga telah menyemak garis masa persembahan yang dibuat oleh kumpulan Permata Seni dan ketibaan Datin Seri Rosmah Mansor di Istanbul untuk menentukan sama ada alasan bahawa ruang letak beg/kargo digunakan untuk membawa barang persembahan itu benar atau tidak.

Dari maklumat penerbangan yang saya perolehi bagi ACJ319 A6-CJE (yang boleh didapati menggunakan aplikasi Plane Finder), jadual penerbangan dan ketibaan Datin Seri Rosmah Mansor adalah seperti berikut:

Nota:
1) Maklumat dari Plane Finder telah disiarkan dalam kenyataan media 8 Jun 2016. Masa Plane Finder adalah masa mengikut zon masa Dubai iaitu pengkalan bagi Emirates

2) Perbezaan masa ditentukan menggunakan aplikasi Travelmath seperti di dalam Lampiran A

3) Tempoh perjalanan udara ke destinasi ditentukan menggunakan aplikasi Travelmath seperti di dalam Lampiran A

4) Masa adalah mengikut zon masa destinasi

Berdasarkan kiraan di atas, Datin Seri Rosmah Mansor hanya tiba lewat petang sedangkan persembahan oleh kumpulan Permata Seni dilaporkan berlaku petang Rabu itu juga (rujuk laman http://www.gpsbestari.com/berita/permata-terima-anugerah-kebajikan-kanak-kanak-3g-1.525586 serta laporan-laporan media perdana di http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/05/27/permata-to-receive-global-award-for-its-achievements/ dan http://www.utusan.com.my/rencana/istanbul-26-mei-isteri-perdana-menteri-datin-seri-rosmah-1.335104 ).

Maka adalah tidak masuk akal barang-barang persembahan untuk Permata Seni dibawa di dalam jet ACJ319 A6-CJE yang disewa itu kerana tempoh masanya adalah terlalu singkat di antara jet itu mendarat dan peserta-peserta perlu bersiap sedia untuk membuat persembahan. Saya berpendapat sebenarnya barang-barang persembahan bukanlah sebab ruang kargo menjadi sempit seperti yang didakwa oleh Dato' Rizal Mansor.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, sehingga kini pimpinan Umno dan pihak Datin Seri Rosmah Mansor masih belum menjelaskan berapa jumlah kos yang ditanggung rakyat dan apa kandungan beg-beg yang sehingga ia dibawa naik ke ruang mewah pesawat?

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

No comments: