Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Wednesday, October 12, 2016

BENARKAH WUJUDNYA PEMENCILAN DIRI DARI ARUS PERDANA OLEH GOLONGAN TAREKAT SUFIAH?

Oleh : Tuan Guru Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Mohammad Murtadza dalam menjawab hal ini: Hakikatnya mereka yang selalunya kehadapan dalam mempertahankan kedaulatan Negara Islam dan peperangan Fi Sabilillah. Golongan sufi di kalangan Tabi'in seperti Uwais al-Qarni, Abu Muslim al-Khaulani, al-Aswad bin Yazid, Hasan al-Basri dan lain-lain adalah antara ahli sufi yang mengutamakan urusan mempertahankan daulah lebih daripada ibadat sunat. Hasan al-Basri pernah berkata: Tiada satu amalan yang paling utama selepas daripada (bertungkus lumus dalam) jihad Fi Sabilillah melainkan menghidupkan malam.

Al-Rabi' bin Khaitham adalah seorang sufi yang mengangotai tentera berkuda, selepas dari medan jihad kudanya itu dicuri di hadapan matanya ketika beliau sedang bersembahyang, beliau berkata: Tidak ada sesuatu pun yang boleh mengangguku dari memunajat kepada Allah, Ya Allah! Sekiranya pencuri itu adalah seorang yang berkemampuan, maka berilah hidayah kepadanya tetapi jika sekirannya dia adalah seorang yang fakir maka kayakanlah dia.

Begitu juga jihad membela daulah Islam diteruskan oleh ulama sufi yang lain seperti penglibatan Abu Hasan al-Syazili dan Solahuddin al-Ayyubi di dalam peperangan menentang tentera Salib, Ibn Arabi berkata: Wahai anakku! Sesungguhnya bila Allah mahu menaikkan martabat hamba-Nya ke maqam-maqam yang lebih tinggi, Allah akan menghampirkan kepadanya musuh-musuh-Nya agar dia bersungguh menentang mereka dan dia sibuk menentang mereka terlebih dahulu kemudian selepas itu dia akan terus berjihad melawan yang lebih jauh pula.

Begitulah juga di tanah air kita Malaysia gerakan menentang British dipelopori oleh ulama yang amat berpegang teguh dengan amalan tasawuf seperti Tok Ku Paloh di Terengganu, Tok Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain di Pahang, Tuan Hussin Kedah al-Banjari, pengasas Pondok al-Taufiqiyyah al-Khairiyyah, Padang Lumat dan lain-lain.

Selain daripada terlibat di dalam medan jihad Fi Sabilillah, golongan tasawuf jugalah yang menjadi pimpinan masyarakat di Tanah Melayu dan membina masyarakat yang cerdik ilmu seperti Tok Kenali di Kelantan (Pengasas majalah Pengasuh), Syeikh Muhammad Said al-Linggi, Syeikh Ahmad di Rasah, Tuan Tulis di Talang, Negeri Sembilan, dan lain-lain. Sebahagian mereka ada yang membuka pusat pengajian, menjadi pegawai kerajaan dan lain-lain tangungjawab kemasyarakatan.

No comments: