Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, June 28, 2021

Tegurlah wahai agamawan sekalian

Bertahan saudaraku sekalian. Bertahan selagi boleh! 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. - Surah Ali Imran ayat 130

Janji Allah, kita jauhi riba, kita akan berjaya. Ya, kita akan berjaya. Firman Allah yang bermaksud;

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. 

Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Surah al-Baqarah ayat 275

Jangan sesekali, walaupun seringgit. Allah ada. Biarlah malu meminta dengan jiran. Daripada malu di hadapan Allah dan semua manusia di Akhirat nanti.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/832689/syarikat-kredit-komuniti-dibuka-elak-rakyat-pinjam-ceti-haram

No comments: