Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, February 20, 2009

102-Tak lama lagi player N9 main macam Real Madrid, takpun Arsenal. Apa barang Red Devil..

Tak lama lagi Champion Legue. Gua dah berdebar. Pasukan gua tahap sakit je manjang. Time gua nyampah gila masa tu pulak dia handal. Apa gila punya pasukan ntah. Nak je gua sokong Red Devil. Tapi kang kot pasukan tu kalah ada pulak peminat dia bunuh diri. Gua tak sedayus tu.

Bercerita pasal bola malam tadi gua tengok berita. Jarang-jarang gua tengok berita kat tv sebenarnya. Gua boleh muntah. Otak gua payah-payah nak proses bila tengok berita Malaysia ni. Ada ahli parlimen syorkan supaya sukan bolasepak negara di swastakan.

,

Gua kelu. Idea ni sangat bernas!!

Wednesday, February 18, 2009

101-lekehnya orang ngaji agama

Gua buat dalam bentuk point..

  1. Berapa belanja anak pegi tusyen subjek akademik dengan bayaran hantar anak pegi ngaji muqaddam? RM/Jam
  2. Berapa sekolah bayar pada penceramah motivasi berbanding ustaz buat kuliah sempena maulid Nabi?
  3. Berapa harga tiket tengok artis nyanyi berbanding tengok ceramah agama kat stadium atau musabaqah qur'an kat PWTC?
  4. Kat tv, mana banyak? Artis nyanyi atau slot agama?
  5. PhD, artis ke ustaz yang ramai?
  6. Soalan paling bodoh, Artis ke atau ustazah yang tunjuk rambut? Aurat la
  7. Tom Tom Bak ada test budak ngaji tak? Moralnya?
  8. Lu sambung sendiri..

100-Idea oh idea

Semalam hujan lebat. Jadi gua pilih balik kerja naik highway. Kang kot ikut jalan lama risau pulak pokok tumbang, tak pun banjir kilat. Memang ngeri gila balik naik highway time hujan lebat. Pandangan kabur dan berdebar selalu.

Sampai Seremban, hujan pun dah berhenti. Singgah kedai pekena teh tarik memang terus tangkap otak. Bergeliga otak nak taip entry baru. Tapi bila sampai opis pagi ni setelah penat malam tadi mengumpul idea lain pulak jadinya.


,

Idea yang semalam hilang!!

Friday, February 13, 2009

99-Peringatan untuk kita semua yang prihatin kononnya.

Gua jalan-jalan. Gua prihatin. Gua cukup bersabar tak makan fast food sebab gua sokong konsep boikot. Gua buat atas dasar perikemanusiaan. Gua sebut hari-hari pada kenalan gua. Agar mereka tidak terbabas. Mana yang tak boleh sangat itu mungkin kita boleh maafkan.

Maaflah jika entry ini tidak sesuai dengan kamu semua. Kita dikejutkan dengan letusan politik Perak lalu kita lupa kesengsaraan Palestin. Gua hanya ingin ingatkan. Buat pak menteri, lu jangan lupa kes Bukit Antarabangsa pulak ye. Hentikan buat projek lereng bukit kawasan tadahan air.

Kita pelupa. Kita perlu saling ingat-mengingatkan orang. Pasti ada orang juga akan prihatin pada kita andainya kita terbabas. Selamanya kita takkan sempurna. Itu pasal ada malaikat pencatit amal kita. Dia tak stop buat kerja andainya kita menjerit mengatakan kita sempurna. Ada paham?

Rakyat Malaysia yang gua prihatin, Yang beragama Islam dan mengaku orang Islam.. jangan lupa solat. InsyaAllah kita mungkin selamat dari melakukan perkara mungkar. InsyaAllah..

98-Bosan

Gua minggu ni memang heaven kat opis. Boss ada pun selasa pagi. kejab sangat. Dia pun tak dan nak tiaw gua. Gua happy..

Jadi kerja gua dari Selasa sampai Jumaat ni terkangkang je la kat opis. Tapi gua heran. Idea kat kepala gua kosong sekosong-kosongnya. Bila gua lepak kedai minum ngan member-member gua, membuak-buak pulak idea datang.

Ada gua terfikir nak kritik bumi Malaysia atau pun rakyatnya yang berbilang-bilang agama ni. Tapi idea tetap kosong. Rupanya susah jugak nak kritik orang ni disebabkan jiwa kita ni bersih dan suci. Macam sial!!

Gua nak kritik ekonomi yang dijaga oleh TPM kita, pun otak gua kosong jugak. Dia pun bukannya buat kerja sangat. Lain benda yang disibuknya. Jadi nganga lagi la gua nampaknya.

Nak kutuk-kutuk kengkawan gua, semuanya sibuk sesangat. Takda benda yang boleh gua jadikan bahan untuk mengutuk. Gua bosan bila jadi macam ni. Bosan....

Maka siapla entry gua yang bertajuk bosan.

Thursday, February 12, 2009

97-Untuk remind korang!!

Korang : Rakyat Malaysia

Korang memang tak patut. Rakyat Palestin dibantai sebegitu rupa, Ulama' kena tekan dan artis dipuja, Guru-guru ngajar kat sekolah macam ngajar anak raja, Ekonomi dunia meruncing sampaikan puluhan ribu bahkan ratusan ribu hilang pekerjaan, Orang miskin semakin ramai dan orang kaya ada jugak yang bankrupt, Politik caca-merba kat tanahair dan memacam-macam hal sosial yang membimbangkan. Pendatang tanpa izin pun ramai ni. Banyak kucing dan anjing telah disembelih oleh pendatang vietnam. Anak-anak pulak tak hormat ibubapa. Kita boleh nampak dunia menuju ke kiamat.

Korang ada fikir masalah-masalah tu? Ada menyumbang idea-idea untuk kita sesama merungkai masalah-masalah diatas?

Orang Malaysia masih fikir nak beratur beli tiket konsert Rihanna walaupun dia tu artis Amerika. Masih sibuk nangis-nangis dalam TV tertekan sebab tak dapat nyanyi dengan baik depan guru rancangan realiti TV. Dah la miskin, masih pikir nak SMS artis kesayangan yang terkinja-kinja atas pentas. Masih peka artis yang kawin membazir belanja juta-juta. Gamaknya hiburan aje dalam pikiran korang ni ye. Dah takda benda lain ke yang korang boleh pikir?

Maulud nabi tak lama lagi. Apa kata korang pegi jalan-jalan. Jumpa remaja Melayu pastu tanya birthday Nabi Muhammad bila??
Confirm terkangkang!!


....Khaakhh Ptuiihhhh..........

96-Cerita gua hari ni..

Kepala gua pening-pening ni. Sebab sakit gigi. Gua dari semalam mood terbarai. Nak buat apa pun menyampah. Rasa nak je tido sampai petang.

Gua lelap mata jap. Skang kan waktu lunch. Ada kesempatan gua sambung balik ye

Wednesday, February 11, 2009

95-Kesimpulannya ialah:..

Gua malas nak buat huraian. Jadi gua sependapat dengan mamat ni..

Kawan-Kawan,

Ekoran daripada tragedi yang menimpa negeri Perak di mana mereka di mana negeri Perak telah ditumbangkan ini menunjukkan wujudnya perbezaan kuasa (atau taktik busuk) antara pihak Kerajaan dan pihak Pembangkang.

Apa yang berlaku menunjukkan pihak Pembangkang juga sedang bergantung kepada nasib mereka dan apa yang menduka citakan nasib pihak Pembangkang ini seolah-olah dikawal oleh Kerajaan Pusat.Lihat betapa gembira muka pemimpin PR bila menerima kemasukan ADUN Bota dan lihat pula wajah mereka selepas menerima berita keluarnya 3+1 ahli baru PR ke BN.

BN pula menunjukkan tidak apa yang bersih dalam politik,semuanya halal.Walaupun dikutuk,dikeji bagaimana sekalipun,mereka bukan ambil kisah yang penting mereka mampu terus berkuasa.

Apa faedahnya kepada rakyat?Di mana kita dalam permainan mereka ni?Kita seperti timun yang terperangkap antara dua biji durian.Siapa yang kalah atau menang seolah-olah membuatkan kita rugi.

Adakah aku sudah bosan dengan retorik-retorik Pembangkang?Mungkin.Kerana terlalu banyak janji dan harapan diberikan tetapi lama-kelamaan pembangkang makin lemah,bukan kerana mereka tak kukuh,tetapi kerana BN lebih keji dan mampu bertindak apa cara yang mereka mahu.Kerana mereka Kerajaan Pusat.Mereka undang-undang.

Tanya diri anda,berapa lama lagi tarikh luput Malaysia?2013 masih panjang lagi.Berbillion boleh disapu sebelum tahun itu sampai dan kalau dapat Kerajaan ditukar sekalipun,apa yang tinggal waktu itu?

Mungkin balak sudah kehabisan,minyak sudah tinggal sisa,wang-wang EPF anda sudah selamat dilarikan,tanah sudah banyak dirampas dan apa saja sumber yang ada pada bumi Malaysia ni sudah selamat dirampas,disedut.

Kerana Najib tahu bulan 3 ini sajalah peluang dia untuk naik jadi Perdana Menteri dan tempohnya ada tarikh luput tahun 2013.Jadi dia ada 5 tahun untuk mengumpul semuanya sebelum tempohnya selesai.Aku tak mahu menunggu selama itu kerana Malaysia sudah jauh buruk sistemnya dan aku harap anda semua tak bagi peluang lagi kepada mereka.Tak mahukah anda kehidupan yang lebih baik?

1) Nilai seringgit anda sekarang apa yang boleh anda dapat?Tengoklah apa yang anda boleh dapat.Biskut Tiger aku beli satu paket Rm1.30.

Apa yang kerajaan buat?
Tak buat apa,selain daripada warning-warning dalam paper.Itupun sebab free (Utusan milik kerajaan)

2) Harga kenderaan tak mengikut market price.Bayangkan jika anda tak dikenakan cukai itu,installment bulanan anda akan kurang mungkin minimum RM300 sebulan.RM300 tu untuk sebuah family cukup besar tetapi anda berikan kepada kerajaan.Jangan kata Proton murah,jangan kaburkan mata anda dengan dakyah Kerajaan.

Apa yang kerajaan kita buat?Sebab nak tampung industri,kita lah yang kena "berkorban" demi masa depan automotif negara.Siapa rugi?Rakyat.Kerajaan?Dia boleh beli kereta apa dia nak "tax free."

3) Bandar-Bandar Yang Berterabur

Mungkin kerana pemimpin-pemimpin kita dahulu kala tidak berpandangan jauh sangat,jadi kita sekarang ini dibebankan dengan bandar-bandar yang tidak terancang.Anda marah lah macam mana pun sistem pengangkutan awam yang lemah,masalah utamanya adalah bekas pemimpin Kerajaan satu masa dulu tidak ada visi bagaimana bandar akan membangun.

Jadi,sekarang ini kita dibebankan dengan silap pemimpin satu masa dulu.Bandar buat ikut suka.Nampak tanah kosong buat bangunan.

Apa yang kerajaan kita buat?Beli tanah orang lain dengan harga murah.Jual balik dekat orang persendirian dengan harga yang tinggi.

4) Sistem Pengangkutan Awam

Ini akibat daripada point nombor 3.

Oleh kerana tiada perancangan jarak jauh,susah untuk dinaik tarafkan sistem pengangkutan awam kita.Bandar yang penuh sesak dengan bangunan.Kita tidak ada pilihan lain selain daripada membina rel-rel udara atas tanah untuk menampung sistem itu.

Kita boleh tengok,kebanyakan negara maju menggunakan sistem bawah tanah kerana ia mampu menjimatkan penggunaan tanah sambil tidak mengganggu pertumbuhan bahagian atas tanah.Kenapa tiada perkhidmatan bawah tanah di negara kita?Mungkin satu masa dulu pemimpin-pemimpin kita tak nampak benda-benda ni atau mereka nampak tetapi kerana kos yang sangat tinggi mereka abaikan opsyen ini.

Jadi mereka buat rel keretapi yang merangkumi satu Semenanjung.Adakah keretapi satu bentuk pengangkutan yang popular?Ya,waktu raya aje.Di tambah lagi line rel baru menghubungkan sempadan Perak dan Seremban,lalu dipanggil Komuter.Adakah itu berfungsi?Ya.Efisien dari segi perancangan?Tidak.

Stesyen Keretapi Bawah Tanah memerlukan kos yang besar buat permulaan tetapi secara long term ia lebih menguntungkan (dari segi infrastruktur)Berapa juta kereta masuk KL tiap-tiap hari.

Apa yang diorang buat?Buat kempen "Kongsi Kereta" kat TV.Sebab tu yang paling menjimatkan kos.

5) Pemimpin-pemimpin yang rasa dirinya gah.

Aku tak nak tulis panjang pasal benda ni.Masalahnya rakyat sendiri.Kerana kita rakyat treat mereka ni dengan red carpet,dengan kalungan bunga.Dari situ mereka rasa mereka bagus.

Treat mereka macam anda treat seseorang yang bekerja untuk anda.Kita majikan,mereka staff bawahan.Sebab itu yang sepatutnya berlaku,mereka sepatutnya bekerja untuk kita.Kalau mereka dah buat kerja untuk kita,baru kita respek.Kalau mereka dah buat kerja mereka,bila mereka2 ni nak songlap sejuta dua juta,aku boleh pejamkan mata aku buat tak nampak,tak dengar.

Sebab mereka dah buat kita rasa happy.Itu tugas utama mereka.Jangan hormati orang yang anda rasa takde point anda perlu respek mereka.

Apa yang kerajaan kita buat?
Mereka percaya mereka sentiasa betul.

6) Pendatang Haram TOLONG BALIK CEPAT-CEPAT

Bila aku ke London,dekat tiap-tiap bas ada iklan.Menawarkan peluang menjadi driver bas dengan gaji sebanyak 1800 pound sterling.Ini kerana kurangnya orang nak bawak bas tu berbanding bilangan bas yang ada dan kebanyakan orang yang nak bawak bas tu adalah pendatang dari Pakistan.

Kerajaan British mengharapkan dengan gaji yang sangat lumayan tu (kat UK 1800 tu sangat2 lumayan,mcm RM3500 kat sini) mampu menarik rakyat mereka yang tidak bekerja menjadi pemandu bas.Naiklah bas hari ini dan perhatikan siapa pemandu,siapa konduktor.

Benda macam ni terjadi sebab kita rakyat tempatan tahu gaji yang dibayar mesti dalam RM400 camtu jadi siapa nak.Kenapa pihak kerajaan masih lagi menggunakan sistem tender kepada syarikat-syarikat pengusaha bas dalam bandar?

Kenapa tak diambik alih saja oleh Kerajaan dan diwujudkan satu syarikat yang mengawal semua perjalanan bas,teksi dan LRT.

Apa kah fungi kerajaan kalau kerajaan hanya mampu melepas tangan memberikan tender2 kepada syarikat2 persendirian tanpa perlu melakukan apa-apa pun.Bila wujud isu hendak dinaikkan tambang,apa yang mampu kerajaan lakukan lagi?

Apa yang kerajaan kita buat?Sekali-sekala buat operasi.Yang penting kos efektif.

Kesimpulannya :
Kerajaan Malaysia di bawah Barisan Nasional adalah satu badan yang hanya bekerja untuk kepentingan diri sendiri.Mereka ni pekak badak dan mampu menahan kutukan kerana masing-masing muka tembok 15 inci.

Mereka pandai menjimatkan kos dan mengelat daripada tanggungjawab.Aku selalu ditanya,tak takut ke ko tulis bende2 camtu?Itu yang mereka mahu,mereka mahu kita takut dengan mereka.Kita tak perlu takut dengan "mereka-mereka" ini,kita hanya perlu patuh kepada undang-undang dan kita hanya perlu takut kepada Dia.

Tidak perlu takut kutuk kerajaan kerana kita rakyat.
JANGAN TAKUT KUTUK KERAJAAN.
SIAPA MEREKA NAK TAKUT-TAKUTKAN KITA?

Mereka wakil rakyat.Jadi kenapa nak takut dengan diorang?Mereka salah,kita kutuk.Mereka baik,kita sokong.Apa-apa hal pun jangan sampai terlalu lambat revolusi bermula.

Mulakan hari ini.
Bukak kepala otak anda.Fikir.

Sunday, February 8, 2009

94-Apa fungsi speaker?

2,3,4 hari ni kita semua terkejut. Ragam politik yang mengharukan. Masing-masing menganggap dialah juara, dialah benar dan dialah hero. Gua ada pendirian gua. Semua orang tahu. Jadi tak perlu gua ulas. Karang kalau gua ulas sebijik macam Raja Petra pulak. Gua handal.

Ada satu persoalan. Siapa sekarang speaker DUN Perak? Setahu gua setiap usul perlu kelulusan Tuan Speaker kan? Bila gua pikir balik, gua terus tersenyum. Dalam dewan segalanya speaker yang berkuasa.

Jadi, macam mana mahu tukar speaker? Undi tidak percaya? Juga perlu kelulusan speaker kan?

,

Bukan speaker radio la ngok!!

Wednesday, February 4, 2009

93-Lawak yang gua dapat hari ni

Sedikit sedutan PC Najib...

Najib... errr... errr... brrr... brrr... trrr... trrr...

kkkkkkkk......bbbbb...ermmm.... aaaa.....

mmm....hhhh.....ho...uis... krrr... ermmm....

(lap bibir)...psss.... sss... mmm.....

*(dalam hati - cilako Nizar pi bubar lak DUN... apa aku nak cakap ni?)...

trrr....kkkrrr...mmm...


idea dari Topengperak_Xinwugi