Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label bangang melantun-lantun. Show all posts
Showing posts with label bangang melantun-lantun. Show all posts

Friday, June 28, 2013

Panas! Duta Luar Malaysia Sahkan Malaysia Sokong Kerajaan Basyar Laknat?

 


Zahrin Rashid


Sebarkan!!!! Biar semua tahu kita di MALAYSIA tidak mahu ambil peduli dengan saudara kita di SYRIA!

Satu majlis pertemuan diadakan antara Pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mansoura Mesir dengan Kedutaan Malaysia Kaherah. Dalam pertemuan tersebut ACP Ishak Mohd Jani yang merupakan Staff Kedutaan Malaysia Kaherah merangkap jawatan Security Liason Officer (PDRM), memberi sedikit taklimat tentang isu keselamatan, yg menyentuh tentang pendirian kerajaan Malaysia terhadap isu Syria. Teryata, mereka berpihak kepada kerajaan Bashar Al-Assad, bahkan ucapan ini disokong pula dengan ucapan Dato Duta Malaysia di Mesir.

Majlis tersebut diadakan pada 27 november 2012, di dewan Abu Nagah, U. Mansoura, Mesir.

(Yang berucap dalam video ini merupakan Staff Kedutaan Malaysia Kaherah merangkap jawatan Security Liason Officer.

Berikut Ucapan beliau :

1. "Dari segi hubungan diplomatik kerajaan Syria itu kerajaan Sah. Jadi jangan ada pula dikalangan kita melaksanakan aktiviti yang menyokong pihak yg menentang pemerintahan kerajaan Syria (Bashar al Asad) , mengutip dermalah, membuat kenyataan akhbarlah dan sebagainya"

2. "Kita tidak benarkan pelajar-pelajar terlibat benda ni. Kalau dalam kutipan derma yang dilakukan oleh pelajar terhadap Palestin itu alright pasal itu memang dasar kerajaan kita terhadap Palestin memang consitanly tidak berubah dari dulu hingga sekarang iaitu menyokong perjuangan Rakyat Palestin menuntut hak mereka di Palestin"

3. "Tetapi untuk Syria saya cakap disini, Dato Duta juga akan menyentuh perkara ini tidak ada pelajar Malaysia yg terlibat dalam krisis ataupun 'PERANG SAUDARA' di Syria"

Ini jawapan dari saya untuk anda :

1. Oiiiiii!!!! Kutip derma pun tak boleh! Dah melampau orang2 Demokrasi Sekular ni! Munafik! Fasik! Kau ingat siapa yg terseksa di Syria tu? Esok lusa anak bini orang islam disembelih oleh puak Syiah kat Malaysia ni jangan tanya kenapa!

2. Nak betulkan sikit, Palestin tu bukan hak untuk orang Palestin tapi hak untuk ORANG ISLAM secara keseluruhannya!

3. Seperti yang saya katakan, kerana DEMOKRASI SEKULAR memisahkan kita dengan saudara kita yang tertindas di Syria. INI BUKAN PERANG SAUDARA. Malulah pada diri kamu yg konon sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w tapi tidak mahu ambil peduli akan apa yg terjadi dengan Umat baginda di Syria :,(

(Via Kerabu Bersuara ®)

Friday, May 3, 2013

Pemandiran Melayu tahap gaban

 


Kata Rafidzi Mohd Noor.....

ada seorang rakan FB yang kongsi satu senarai panjang 'perancangan' DAP jika mereka menang PRU. Saya tengok senarai itu sangat panjang. Antaranya orang Cina akan jadi PM, Institusi raja dihapuskan, orang melayu jadi kuli aje, semua jawatan utama perkhidmatan awam hanya untuk orang cina, semua agensi berkaitan melayu spt MARA dihapuskan.... dan askar melayu juga akan dibubarkan..

Saya merasa amat kasihan dengan siapa-siapa yang bolih percaya dengan perkara-perkara yang tak masuk akal ni. Ya lah kalau nak berbohong pun jangan melampau. nampak sangat tak cerdiknya. Orang kata 'overkill' sampai jadi tak menasabah. rasanya kena tolong dan bimbing siapa-siapa yang nak menjadikan perancangan DAP sebagai bahan perang saraf (psy war) ni. Nampak sangat satu kaedah yang cuba mempandirkan orang melayu secara melampau sehingga nampak kepandiran orang yang cuba mempandirkan. Patut-patutle atau agak-agak la.

Regimen askar melayu nak dihapuskan? Orang yang percaya dengan benda ni bukan sahaja memalukan bahkan satu penghinaan kpd RAMD. Rejimen askar melayu nak dilucutkan senjatanya begitu sahaja? Sedangkan dalam keadaan tidak bersenjata askar melayu tetap melawan? Jangan cuba memperlekeh askar melayu. Lebih 150 anggota askar melayu Company C Battalion pertama bertahan di Bukit Chandu, Pasir panjang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Askar Australia hanya memerhati dari jauh dalam keadaan ngeri apabila setiap seorang askar melayu yang kehabisan peluru melawan 'hand to hand fighting) di antara 10 hingga 12 tentera Jepun. Berapa bilangan tentera Jepun yang terkorban di Bukit Chandu? lebih 2000 orang. Sehingga Maharaja Hirohito menyebut dan mengiktiraf keberanian askar melayu di Bukit Chandu di istana Tenno Haika, Tokyo.

Pointnya dekat sini, ialah janganlah kasi malu dengan orang melayu. Ini bukan asobiyah melulu, tetapi menangkis cubaan mempandirkan orang melayu dengan kaedah pemandiran tahap gaban. Kepandiran bertimpa-timpa. kalau adalah orang melayu yang percaya dan termakan dengan dakyah ini saya rasa bukan sahaja tak payah jadi melayu bahkan tak payah jadi lelaki.

Bukan main lagi, bila tercabar hunus keris ke langit. Tapi kali ni hunus-hunus keluar keris kontot...
 
[sumber

Uuuu... dahsatnyer!! Hebatnyer propaganda depa. Ini pulak kata Lim Guan Eng....

 
Kah kah kah kah....

(Via A Mum Of Three Mohd)

Thursday, April 18, 2013

Serius : Orang Islam Dipersalahkan Atas Serangan Bom Di Boston (2 Gambar)

 


Tidak lama selepas berlakunya tragedi 2 letupan di Boston, Amerika Syarikat, media sayap kanan, milik jaringan Zionis Fox News, menyeru supaya semua orang Islam di Amerika Syarikat dibunuh. Erik Rush, seorang penganalisis di Fox News, menyeru seluruh orang Islam dibunuh, dan ini merupakan sebuah kenyataan yang sangat kurang ajar yang dipost melalui Twitter.

Erik Rush, penganalisis dan pengulas di Fox News, nampaknya menyalah dan menuduh ekstremis Islam sebagai dalang disebalik letupan ketika berlangsungnya pesta marathon di Boston. Kejadian itu membunuh sekurang-kurangnya tiga orang awam, dan lebih 100 orang mengalami kecederaan.

Pengguna Twitter lainnya bertanya, "Apakah yang melakukannya sudah pasti muslim?" - Kemudian, Rush menjawab: "Ya, mereka jahat. Mari kita bunuh mereka semua.." Kemudian, Rush menyatakan melalui tweet-nya yang menggunakan kata yang sangat "sarkastik", namun dia telah menghapus kenyataan itu tidak lama kemudian.


Tweet tersebut menarik banyak maklum balas daripada pengguna Twitter yang kebanyakannya melahirkan rasa terkejut dan marah. Rush menerima banyak kritikan dengan serangkaian maklum balas  daripada pengguna tweeter lainnya.

Letupan bom di Boston menarik perhatian media antarabangsa. Insiden itu memenuhi halaman depan surat khabar. The Daily Telegraph memilih judul "Bom Pembunuhan Ketika Maraton", sementara The Sun memilih judul, "Marathon Pembunuhan".  Pihak berkuasa di Amerika Syarikat menggambarkan insiden itu sebagai satu tindakan pengganas. Meskipun belum mengenal pasti siapa dalang di sebalik letupan itu, Presiden Obama berjanji bahawa mereka yang terlibat dalam pemboman itu "akan merasa hukuman yang berat dan setimpal", ujarnya..


p/s : Botak Jahanam... 

Sumber : Here

(Via Aku Stress Giler)

BUDAK TADIKA PUN TAHU MANA SATU GAMBAR YANG ORI.

 

 

Nampak sangat dia sedang menegakkan benang yang basah kah3........

(Via Na'im Nikmat @blog)

Wednesday, April 10, 2013

Aku memang tak boleh blah tengok ceramah ni!!! Kahkahkah……

 



Hebat, inilah ceramah Barisan Nasional!

Taman Bahagia, Bukit Baru, Melaka 08/04/2013
 
Kahkahkah...
 

Macam orang mabuk jer...
Betoi la bagai dikata...
Hanya orang bodoh jer sokong BN...

 

Kahkahkah...
 
 

(Via shalehudin)

TERNYATALAH BAHAWA UMNO BUKAN PARTI RASUAH DENGAN PENDEDAHAN INI

 



1.Isa Samad/ Pengerusi Felda:
Lembaga Disiplin Umno menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang .Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.


2.Ali Rustam/ Ketua Menteri Melaka:
Dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu hadapan setelah didapati bersalah melibatkan politik wang. Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, demikian diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail .


3.Khairy Jamaluddin/ Ketua Pemuda UMNO:
Lembaga Disiplin itu juga mendapati Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.


4.Khir Toyo/ Mantan Menteri Besar Selangor:
Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.


5. Datuk Abdul Rahman Bakri/Ahli Parlimen (UMNO) Sabak Bernam:
 Didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

6. Abd Ghani Ismail/ Ketua Umno Bahagian Pandan:
Dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM977,560 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512 antara Mei 2006 hingga Mac 2007.

Begitulah kehebatan UMNO...

N'N: Apa yang kita patut harapkan drpd parti politik yang penuh dengan pemimpin rasuah? PRU-13 lakukan perubahan....Ubah sekarang selamatkan Malaysia.....UNDILAH PR.......

 

(Via Na'im Nikmat @blog)

Wednesday, March 27, 2013

TERHOT: MACAI terbijak minggu ini... haha...

 

TERHOT..!!

Ini kenyataan, bukan igauan... Memang masih ramai di kalangan Umno yang otaknya mereng begini yakni memilih untuk lebih mempercayai Chua Soi Lek - seorang kafir yang secara terang-terangan menghina dan mencerca hukum Allah jika dibanding dengan Tuan Guru Nik Aziz yang mengabdikan diri menegakkan hukum Allah s.w.t di muka bumiNya...


Bijak tak bertempat...

Ya Allah..!! Berikan keterbukaan hati dan fikiran kepada saudara- saudara kami yang masih hanyut dalam anganan pemimpin mereka. Mereka ego dalam memperjuangkan NAMA MU tapi alpa dalam menegakkan hukum MU Ya Allah...!! ~ FB

Semoga insan ini diberi hidayah oleh ALLAH SWT...

(Via shalehudin)

Friday, March 8, 2013

Terkini! PabiGomo Mengamuk Apabila Bapa Saiful Minta Maaf!

 

 

 

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/522617_597504710278863_1612867476_n.jpg


Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar

JAMILAH HAMZAH


[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi.

Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara).

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.


(Via Kerabu Bersuara ®)

Monday, June 11, 2012

Cakap Mahathir, BN Di Kelilingi Manusia Bangang Memang Tepat.. Ini Buktinya

 

 

Memang tepatlah apabila Mahathir mengatakan bahawa Umno BN dikelilingi manusia bangang. Mari kita sama-sama baca dan gelak guling bating dengan statement Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), M. Kayveas berkenaan pengunaan dakwat kekal dalam PRU 13 akan datang.


 Inilah standard menteri-menteri BN sekarang.. low class!!

'Gadis cantik tak akan keluar mengundi'

Cadangan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya adalah langkah ke belakang dan ibarat "kembali ke Zaman Batu", kata Presiden Parti Progesif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas.

Menurutnya, negara seperti India dan Pakistan melaksanakan sistem dakwat kekal kerana mereka tiada sistem pendaftaran warganegara yang sistematik seperti MyKad di negara ini.

Dakwanya lagi, langkah itu juga adalah membazir dan akan menakutkan sesetengah pihak untuk keluar mengundi.

"Gadis-gadis cantik dengan kuku mereka yang dirias rapi, mereka tidak akan keluar dan mengundi.

"Adakah mereka akan menyembunyikan (jari yang dicalit dakwat kekal) selama tiga bulan dari teman lelaki mereka?" kata Kayveas secara berseloroh di Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan petang tadi.

Dalam ucapannya, Kayveas turut menempelak Pakatan Rakyat yang menurutnya berkempen "setiap malam selama 365 hari" tetapi mempertikaikan tempoh kempen sedia ada selama tujuh hari.

"Saya nak cadangkan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), kalau hari ini calon dinamakan, esok kita mengundi," katanya separa serius disambut gelak tawa kira-kira 1,000 perwakilan dalam Dewan Tun Ismail PWTC.

'TEKUN pada parti tertentu saja'

Dalam ucapan sama, Kayveas turut membidas penggunaan media sosial yang menurutnya digunakan golongan muda yang dipengaruhi pembangkang untuk menyebarkan "maklumat yang tidak betul" tentang kerajaan.

"Sekarang pembangkang punya cara, bangun pagi buka laptop fitnah orang.

"Empat puluh peratus rakyat Malaysia guna media sosial tetapi kebanyakan maklumat dalam media sosial tidak betul," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A Chandrakumanan menggesa kerajaan mengkaji semula pemberian pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang menurutnya disalurkan hanya kepada "parti tertentu sahaja".

"Pemberian pinjaman TEKUN perlu dikaji semula kerana ia hanya diberi melalui parti tertentu dan kami harap perlu diberi melalui semua parti.

"Saya fikir kita akan dapat lebih banyak sokongan (rakyat) dengan cara itu," katanya tanpa menamakan secara khusus parti yang dimaksudkannya. ~malaysiakini

(Via Addin)

Sunday, June 10, 2012

Awek termuntah bila lelak ini buka seluar

 

 

 

 
 
 
 



(Via borak kosong)

Saturday, June 9, 2012

Liow Boleh Dapat WWW15 Secara Percuma Bukti Wujud Kong Kalikong

 


Kuala Lumpur 8 Jun: Pemberian nombor pendaftaran WWW15 kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai secara percuma membuktikan tender terbuka kerajaan Umno BN tidak telus, kata Wong Chen.

Pengerusi Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN itu berkata, tender tersebut mudah dieksploitasi Menteri dan kroni mereka.

“Ia menimbulkan persoalan tentang tadbir urus kerajaan dalam tender terbuka. Menteri boleh memberi apa-apa arahan sesuka hati.

“Jadi bagaimana rakyat boleh mempercayai tender terbuka kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiong Lai merupakan salah seorang yang berjaya membida ‘nombor panas’ berharga RM24,200 melalui tender terbuka Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bidaan nombor kenderaan rasmi kerajaan itu didakwa diurus oleh kementeriannya.

Bagaimanapun, setelah dikritik pelbagai pihak, Tiong Lai mengakui ia diperoleh secara percuma kononnya atas hak istimewa Menteri.

Chen berkata, JPJ perlu menjelaskan kepada pembida lain yang terpaksa membayar dengan harga penuh.

Beliau turut mendesak JPJ menjelaskan jika wujud arahan dalam urusan tersebut daripada Kementerian Pengangkutan.

Perdana Menteri juga katanya, perlu menjawab dakwaan Tiong Lai berkenaan hak istimewa menteri mendapatkan nombor pendaftaran khas.

Kontroversi ini bermula selepas Tiong Lai menjadi sasaran soalan pemberita dengan berkata tidak membayar satu sen pun untuk mendapatkan nombor tersebut.

Tiong Lai dalam tweetnya berkata, beliau telah dimaklumkan oleh JPJ bahawa beliau tidak perlu membayar harga bidaannya kerana nombor itu ‘percuma’.

Bagaimanapun, ini bercanggah dengan laporan akhbar China Press sebelum ini yang memetik jurucakap JPJ Wilayah Persekutuan sebagai berkata, setiap orang yang membida nombor plat, perlu membayar untuk mendapatkannya. -KD

Liow Boleh Dapat "WWW 15" Secara Percuma - JPJ

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai tiga pilihan, termasuk mendapatkan nombor pendaftaran 'WWW 15' secara percuma, sesuai dengan kelayakan yang diberi kepadanya oleh kerajaan iaitu sebagaimana yang dipohon dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam satu kenyataan, Jumaat, Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata Liow juga mempunyai dua pilihan lain iaitu membayar dengan harga tertinggi yang ditawarkan iaitu RM24,200 untuk mendapatkan nombor pendaftaran itu atau menolak tawaran tersebut jika tidak berminat.

Solah berkata JPJ menerima permohonan untuk mendapatkan nombor 'WWW 15' daripada Liow untuk kegunaan kenderaan rasmi melalui surat permohonan bertarikh 14 Mei 2012, iaitu pada hari terakhir nombor pendaftaran 'WWW' dibuka untuk bidaan.

Katanya Jawatankuasa Penilai Tempahan Nombor Pendaftaran Siri 'WWW' seterusnya memutuskan bahawa nombor pendaftaran itu ditawarkan kepada Liow dengan harga tertinggi iaitu RM24,200.

Beliau berkata JPJ juga memaparkan nama pembida berjaya kepada umum selaras dengan prinsip ketelusan yang diamalkan dalam pengurusan tempahan nombor pendaftaran.

"Ia juga kerana bidaan telah dibuat oleh orang ramai, sudah tentu mereka ingin tahu siapa yang memenangi nombor yang dibida. Pemenang bagi siri-siri sebelum ini juga kita paparkan," katanya.
- BERNAMA


Ulasan GB

Tiba-tiba kini dikatakan wujud surat permohonan untuk mendapatkan nombor 'WWW 15' daripada Liow untuk kegunaan kenderaan rasmi melalui surat permohonan bertarikh 14 Mei 2012, iaitu pada hari terakhir nombor pendaftaran 'WWW' dibuka untuk bidaan.

Dan atas hak istimewa menteri yang juga dari MCA, Liow boleh diberikan nombor bidaan itu secara percuma.

Lansung tak menasabah.

Itu sebab GB sudah menyatakan bahawa ianya perlu disiasat. "Surat berkenaan" muncul dan tak mustahil ia dilakukan selepas isu ini meletup dan surat itu telah di back-datedkan.

Rakyat mengesyaki wujud kong kalikong di dalam urusan tender ini dan hukum kebenaran dan keadilan menetapkan, pengarah JPJ dan Menteri Pengangkutan termasuk Liow Tiong Lai akan jatuh tergolek akibat perbuatan "menipu" rakyat. Semuga ia menjadi kenyataan.

(Via Kelab Greenboc)

Thursday, June 7, 2012

GEMPAR!! Mengapa Subsidikan RON95 Jika RON97 Lebih Murah?


Sepatutnya, jika RON97 lebih murah dari RON95, regim harus menggunakan peruntukkan subsidi yang berbilion itu ke atas RON97 sepertimana yang pernah kita nikmati suatu ketika dulu.
Sila hayati laporan di bawah;


Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).
Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter.
Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90!
Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti!
Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga RM1.45 seliter!  (RM2.90 - RM1.45).
Sila klik di sini untuk selanjutnya (sumber asal)
(Via edyesdotcom)

Tuesday, May 15, 2012

Video pencacai tahap longkang (YB Nizar)

Mudah cerita layan sahaja minit ke 3:33. Apa bintat dan bangang sampai macam ni sekali kualiti edit video. 

Ptuuiiihhhh... Bangang nak mampos



Video ni gua cilok dari blog parpukari

Friday, April 20, 2012

GEMPAR : Lagi Melayu Nikah Di Gereja

          

          

          

Akhbar Telegraph mendedahkan seorang wanita melayu telah berkahwin di gereja. Nick Rudd, 25, anak bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd dan Zara Shafruddin seorang wanita melayu dikatakan bertukar-tukar ikrar di Gereja St James 'di King St, Sydney. Encik Rudd, Therese Rein isterinya dan anak perempuannya, Jessica mengumumkan berita gembira itu melalui twitter.

Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu. Gereja St James 'telah dipenuhi dengan bunga ros, lillies dan stephanotis yang dipilih oleh Cik Rein.

Masih Islamkah beliau?? Sama-samalah kita tunggu penjelasan dari tuan punya badan... 
http://busuk.org/ping/view/166284

Published on SiasahKini

Monday, January 23, 2012

Kenyataan Ibrahim Ali Merupakan Penghinaan Kepada DYMM Sultan Selangor

Tindakan Ibrahim Ali yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikan Exco Kerajaan negeri yang baharu dan rombakan portfolio Hal Ehwal Islam jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair. Percubaan beliau melaga-lagakan PAS dan Kerajaan Selangor juga agak pelik apabila melihat sejarah beliau sendiri dengan PAS.

Siapa yang dapat melupakan bagaimana beliau mengkhianati PAS umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada 2008. Hari ini beliau terhegeh-hegeh pula dengan UMNO sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti.

Kita tidak mempersoal tindakan Ibrahim Ali yang kini begitu akrab dan bersekongkol dengan mantan Exco Agama Dato' Dr Hasan bin Ali. Namun keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada DYMM Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor. Keputusan Tan Sri Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam.

Tuduhan Ibrahim Ali bahawa pelantikan Tan Sri Khalid sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor amat keterlaluan. Kita ingatkan Ibrahim Ali bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Baginda Tuanku.

Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan. Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno.

Selaku umat Islam seharusnya Ibrahim Ali mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah Allah agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni Allah swt. Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat. Ungkapan yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini. Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini.

YAB Dato' Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana. Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan.

FAEKAH HUSIN

SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


Thursday, April 28, 2011

Survival kepercayaan rakyat pada Pakatan Rakyat boleh diruntuhkan dengan isu seks dan liwat?

NOOOOO....

1. Adakah gomen fikir terlalu rendah mentaliti rakyat sampai begitu sekali dihighlightkan isu video dan liwat ini dimata rakyat??

2. Gembirakah totok UMNO melihat porno di kaca tv dan dada akhbar saban hari? Adakah ini boleh memberi kredit pada mereka menjelang PRU akan datang? Kalau itu ada dalam kepala hotak mereka, tiba-tiba gua rasa kasihan.

3. Hadi Awang dan Lim Kit Siang pernah di kitai lumat sebelum Anwar menggegar dengan reformasinya. Sejarah sudah merakam. PAS juga di tuduh sesat dan diserupakan seperti al-Arqam dahulu. "kill Anwar first, others next"

4. Kalau ada lagi yang percaya isu lucah ini memberi kredit pada UMNO dan Barisan Nasional, gua ucapkan syabas. Murah sungguh nilai politik Malaysia. Murah nilai pada mentaliti dan hak rakyat pada kerajaannya sendiri. Adakah kita sebahalol itu?

5. Generasi akan datang sungguh kasihan. Kerajaan fokus nasik lemak pada permasalahan obes mereka. Walhal untuk isu generasi akan datang yang ianya teramat penting untuk survival negara dan tamadun banyak lagi isu yang boleh dicanai dan di kupas untuk kegemilangan mereka nanti...
"woit!!!! Rosmah tu lu orang lupa ke? model obesiti!!!!! Bangang!!!!!"

Thursday, April 7, 2011

PKR itu hancurkan perpaduan Dayak?????

Rata-ratanya betapa ramai jugak bodoh bangang mewakili pemimpin BN ni di Sarawak. Bersuara betapa menyibuknya orang semenanjung di Bumi Kenyalang sempena PRN yang akan berlangsung tak lama lagi.

Ada juga yang berkata bahawa PKR itu hancurkan perpaduan Dayak. Jahil sungguh. Oit, ini pilihanraya la bingai. Sapa-sapa pun boleh bertanding. Duduk dalam hutan la kalau dah diri tu bangang sangat.......

****
UMNO tidak dapat walau satu kerusi pun di Sarawak. Namun, mereka ke hulu ke hilir membuat sibuk. Harus diingat bahawa sehingga kini UMNO tidak diterima di Sarawak.

Kehadiran pemimpin UMNO yang memakai topeng BN di Sarawak dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 (PRN Sarawak Ke-10) terasa amat janggal jika dibandingkan dengan PKR, DAP, dan PAS yang masing-masing meletakkan calon. UMNO menjelajah segenap pelosok Sarawak sambil menabur janji dan menagih undi untuk PBB, SUPP, PRS, dan SPDS. Parti-parti tersebut telah begitu lama diberi peluang untuk memakmurkan rakyat Sarawak. Walau bagaimanapun, sehingga kini Sarawak ialah negeri kedua yang mempunyai penduduk kategori miskin tegar di Malaysia.

Rakyat Sarawak miskin tetapi para pemimpinnya memiliki kekayaan yang melimpah-ruah. Sudah sembilan kali rakyat Sarawak dijanjikan dengan pelbagai perkara yang manis-manis belaka. Namun, semuanya palsu. Jika tidak masakan Sarawak menjadi negeri termundur di Malaysia. Banyak wang telah diperuntukkan kepada rakyat Sarawak. Ke mana wang itu lesap jika rakyatnya masih di takuk lama? Sebahagian besarnya disapu oleh pemimpin. Rakyat hanya dapat kuah.

Saturday, April 2, 2011

Kini minyak naik.

Sedikit pun orang dah tak kisah. Malam tadi pun takda pulak orang berbondong-bondong berpusu di stesyen minyak. Maklumlah yang naik itu bukan RON95.

Kalaulah ada RON92 manakala RON95 itu melonjak harganya kepada RM2.80 pastinya dengan gua-gua sekali cool...

Cumanya kita kasihan pada diri sendiri. Kita dapat sampah. Dan segalanya sampah apa yang disediakan oleh Barisan Nasional. Kalau taknak sampah bersedialah dengan RM yang menimbun-nimbun. Walhal harganya kita sendiri maklum dari harga seberang sana.

Lu UMNO yang nak tipulah.. google kan ada

Sakitnya otak gua

Mutakhir ini begitu banyak isu-isu yang agak celaka timbul di dada akhbar dan media. Gua serius semakin semak dan meluat.Apa dah jadi ni Pak Najib Oi!!!!!

Pertamanya isu video seks yang di katakan terlibat lakonan dalamnya pemimpin pembangkang dan pendedah video WTF!! itu kini bebas dengan hasil kerjanya dan media perdana dari tv dan akhbar cukup banyak beri ruang pada mangkuk sial itu. Padahal ini melibatkan maruah dan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional sekarang ini gua pikir mereka ok dengan isu maruah yang direndahkan martabat dan sangat suka pada isu seks dan liwat berlegar dalam cakap-cakap rakyat marhaen. Pemimpin sebegini gua rasa sangat tolol!!

Politik jijik ini buat gua terasa semakin melampau. Terdesak maka tiada langsung hati perut dan belas kasihan termasuk juga rakan media perdana yang seolah-olah bangang dan bahalol akan peranan sebenar sebagai penyampai maklumat.

Menjadi bahan seloroh dan cuba kalau video itu pelakonnya dari kalangan pemimpin Barisan Nasionl dan UMNO?? Ahhh... gua lupa, mereka ok dengan Soi Lek.

Kita fokus pada poco-poco kini? what the hell???

Sarawak mahu ada dah Pilihanraya. cerdik-cerdik la sikit. Tak mati kamu kalau Barisan Nasional itu mati....

Wednesday, March 23, 2011

Wujud lagi nampaknya Khir Toyo ni

Khir Toyo: "Justeru saya khuatir ialah kemungkinan video sebegini dicipta oleh mereka yang mahu memerangkap BN"

Pasti menggelupor geng-geng APCO skang ni...

Kahkahkah...