Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label Isu Agama. Show all posts
Showing posts with label Isu Agama. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

14 Pesan Rasulullah SAW Kepada Wanita [WAJIB BACA!]


1.Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2.Apabila perempuan yang memakai wewangian (Parfume) kemudian ia keluar berjalan diantara kaum lelaki, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3. Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, karana keturunannya, karana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama niscaya kamu beruntung.

4.Wanita apabila ia sholat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah ia dari pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5.Perempuan yang berpakaian dalam dan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama kegelapan di hari kiamat, tidak ada cahaya baginya. (Riwayat Tarmizi)

6.Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima Sholatnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7.Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8.Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Apabila wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti (Memasak) untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9.Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10.Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum oleh Allah dari air sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya terbebas dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11. Wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12.Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13.Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14.Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Monday, September 26, 2011

Bidaah dari pandangan Ustaz Azhar Idrus

DALIL YANG DIGUNAKAN

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
…Seburuk-buruk perkara ialah perkara yang direka-reka (muhdathatuha) dan setiap yang direka itu adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat.
(Riwayat Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Setiap yang direka ialah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat ke dalam neraka.
(Riwayat al-Nasaie).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Setiap yang mengada-adakan sesuatu pada ajaran kami ini sedang ia bukan darinya maka ianya tertolak.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

PENERANGAN DAN PEMAHAMAN PARA ULAMA TERHADAP HADIS BIDAAH

Berkata Saidina Umar al-Khattab R.A. bermaksud:…Baik bidaah ini…
(Riwayat Bukhari).

Saidina Umar al-Khattab R.A. berkata demikian ketika melihat para jemaah bersolat terawih berimamkan seorang imam sahaja .

Berkata Imam Abu Umar Yusuf al-Andalusi: Adapun kenyataan Saidina Umar R.A. ‘baik bidaah ini’ maksudnya bidaah mengikut orang Arab ialah mencipta sesuatu yang belum pernah ada dan tidak pernah bermula. Ia tidaklah mempunyai apa-apa percanggahan dengan sunnah (dari segi agama) seperti yang diamalkan selama ini. (Kitab: Al-Istizkar Syarah al-Muwatta).

Berkata Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah: Kata-kata Saidina Umar R.A. ‘baik bidaah ini’ adalah: Penyandaran baik kepada bidaah ialah kerana kebaikkannya dan penamaannya dari segi bahasa bukan syarak. Bidaah dari segi bahasa menyentuh setiap perbuatan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Adapun bidaah menurut syarak ialah perbuatan yang tidak berasaskan dalil syarie.

Amalan yang mempunyai sandaran kepada al-Quran dan al-Sunnah bukanlah bidaah dari segi syarak meskipun ianya bidaah dari segi bahasa. Perkataan bidaah lebih umum dalam bahasa daripada bidaah dalam syarak. (Kitab: Itidak Siratul Mustaqim).

Berkata Imam al-Ghazali: Bukanlah semua perkara bidaah adalah dilarang tetapi perkara yang dilarang ialah bidaah yang bercanggah dengan sunnah yang tetap dan sabit dan membuang segala arahan syarak. (Kitab: Ihya Umul al-Din).

Berkata Imam Ibnu Hajar al-Asqalani: Bidaah asalnya ialah sesuatu yang baru diada-adakan iaitu sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ia di dalam syarak ialah lawan kepada sunnah dan dicela. Sebenarnya sesuatu yang baru diadakan itu sekiranya tidak bercanggah dengan syarak adalah baik dan sebaliknya jika buruk mengikut syarak maka ianya buruk kecuali termasuk bab harus. Bidaah adalah terbahagi kepada lima hukum. (Kitab: Fathul Bari).

Berkata Imam Abu Sulaiman al-Khitabi: Adapun sesuatu yang baru itu jika bersandarkan kepada kaedah Usul dan dirujuk kepadanya maka itu bukanlah bidaah dan bukanlah menyesatkan. (Kitab: Maalim al-Sunnah Syarah Sunnan Abi Daud).

Berkata Syeikh Bakhit Muthi: Bidaah syarie ialah yang sesat dan yang tercela. Adapun bidaah yang dibahagikan oleh ulama kepada bidaah wajib, haram dan sebagainya adalah bidaah dari sudut bahasa dan ia lebih umum pengertiannya daripada bidaah syarie kerana bidaah syarie adalah satu bahagian daripada bidaah dari sudut bahasa. (Kitab: Ahsanulkalam Fi Mayataallaqu Bil Sunnah Wal Bidaah Minal Ahkam).

PENGERTIAN BIDAAH

Setelah melihat perbincangan para ulama dalam memahami maksud hadis ‘setiap bidaah adalah sesat’ maka disimpulkan bahawa setiap amalan yang disokong oleh syarak walaupun ia berbentuk nas umum dan tidak pula bertentangan dengan syarak serta tidak membawa kepada keburukkan maka ia tidak termasuk di dalam pengertian bidaah yang sesat. Dan tidak juga boleh dikatakan kepada sesuatu perbuatan baik yang di bawahnya terdapat nas yang umum adalah sebagai bidaah sesat. Adapun makna bidaah secara syarie kesemuanya adalah tercela dan bidaah dari sudut makna syarie adalah salah satu cabang daripada bidaah dari sudut bahasa.

Berkata lagi Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah: Sesuatu yang tidak wujud di zaman Nabi Muhammad S.A.W. maka apa yang dilihat orang-orang Islam sebagai perkara-perkara baru yang tidak berlaku di zaman Nabi S.A.W. maka ia adalah perkara yang harus dilakukan selama mana menjadi keperluan. (Kitab: Itidak Siratul Mustaqim).

PEMBAHAGIAN BIDAAH KEPADA HASANAH DAN DHALALAH

Dari Imam Baihaqi maka berkata Imam Shafie: Bidaah ada dua: Bidaah terpuji (mahmudah) dan bidaah yang dicela (mazmumah). Maka apa yang sesuai dengan sunnah tetap dipuji dan yang mencanggahinya tetap dicela.
Imam Shafie berkata lagi bahawa perkara-perkara baru (al-muhdathat) ada dua jenis:
Pertama: Perkara yang mencanggahi al-Quran atau sunnah atau athar atau ijmak dan ini dikira sebagai bidaah sesat.
Kedua: Perkara baik yang diadakan yang tidak mencanggahi mana-mana daripada keempat-empat sumber (al-Quran, sunnah, athar dan ijmak) adalah perkara baru yang tidak dicela. (Riwayat Abu Nuaim. Kitab: Hilyah al-Auliya).

Berkata Imam Izzuddin Abdus Salam: Bidaah terbahagi kepada bidaah wajib, bidaah haram, bidaah sunnah, bidaah harus. (Kitab: al-Qawaid).

Imam al-Nawawi dalam mengulas hadis ‘setiap bidaah adalah sesat’ berkata:
Hadis ini adalah makhus dan dikehendaki dengannya ialah kebanyakkan bidaah. Berkatalah ahli bahasa: Ia (bidaah) adalah sesuatu yang baru dilakukan tanpa ada contoh sebelumnya.
Berkata ulama:
Bidaah ada lima bahagian iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Antara yang wajib ialah merangka dalil-dalil oleh para mutakallimin dalam menolak para mulhid (yang tidak percayakan kewujudan tuhan) dan menolak kaum bidaah (mubtadiin) dan seumpamanya. (Kitab: Fi Tahzib al-Asma Wa al-Lughat).

Berkata Imam Ibnu Athir: Bidaah terbahagi dua bahagian iaitu bidaah petunjuk dan bidaah kesesatan. Sesuatu perkara yang bercanggah dengan arahan Rasulullah S.A.W. maka ia adalah perkara yang tercela manakala perkara yang berada di bawah arahan baginda secara umum maka ia adalah terpuji.

Bidaah hasanah pada hakikatnya adalah sunnah. Maka di atas tafsiran ini bahawa maksud hadis ‘setiap bidaah adalah sesat’ ditafsirkan kepada perkara yang bercanggah dengan usul-usul syarak dan tidak bertepatan dengan sunnah. (Kitab: al-Nihayah).

Monday, August 15, 2011

Fadhilat Sahih Solat Terawih


Suatu masa dahulu hadis tentang kelebihan solat tarawih yang diriwayatkan dari Saidina Ali RA cukup popular ditampal di papan kenyataan masjid, di blog, email malah di media bercetak.

Antara kandungannya; daripada Saidina Ali RA beliau telah menanyakan kepada Rasulullah SAW tentang fadhilat Solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Jawab Rasulullah SAW tentang fadhilat tarawih sebagai berikut, mulai dari malam pertama sampai malam 30 Ramadhan:

1. Malam Pertama: Diberi balasan seperti bayi baru dilahirkan.
2. Malam Kedua: Diampuni Allah dosanya dan bagi ibu-bapanya jika keduanya mukmin.
3. Malam Ketiga: Diseru oleh malaikat di bawah Arasy dan dengan solat tersebut diampuni Allah dosanya yang telah lalu.
4. Malam Keempat: Dibalas Allah seperti membaca kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Quran.
5. Malam Kelima: Kemudian dikurniai Allah seolah-olah sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.
6. Malam Keenam: Dikurnia Allah seolah-olah dia tawaf di Baitul Makmur dan dipintakan ampun oleh segala batu dan pasir.


7. Malam Ketujuh: Dikurniakan Allah seolah-olah dia berjumpa dengan Nabi Musa AS dan membantu Musa melawan Firaun dan Haman…
8. … demikian seterusnya hingga akhir malam ke-30.

Bagaimanapun, hadis ini adalah hadis palsu, malah tiada sumber asal yang muktamad bagi hadis ini sebagaimana yang disebutkan oleh pakar-pakar hadis.

Maka bagi menggantikan hadis palsu tersebut, ada empat buah hadis yang sabit mengenai kelebihan solat tarawih ini. Iaitu sepertimana berikut;

1. Diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.

Terjemahan;
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan penuh kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: "Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu".

(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa'i)

2. Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya.

حديث عبد الرحمن بن عوف: من صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. رواه النسائي في الكبرى (11،295) والصغرى (2199)، وأحمد (1618، 1645) وابن خزيمة (2015) وابن ماجه (1331) والبيهقي في الشعب (3462).

Terjemahan;
Daripada Abdur Rahman bin Auwf, sabda Nabi SAW: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya".

(HR al-Nasa'i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)

3. Ditulis dari kalangan para siddiqin dan syuhada.

عن عمرو بن مرة الجهني رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أرأيت إن شهدت أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله وصليت الصلوات الخمس وأديت الزكاة وصمت رمضان وقمته، فممن أنا ؟ قال : من الصديقين والشهداء. رواه البزار وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما واللفظ لابن حبان.

Terjemahan;
Daripada 'Amru bin Murrah al-Juhani RA katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadhan dan berqiam Ramadhan, maka dari golongan siapakah saya ini? Jawab baginda: "Dari kalangan para siddiqin dan syuhada'".

(HR al-Bazzar, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)

4. Ditulis baginya pahala seumpama berqiamullail.

حديث أبي ذر : من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة. رواه الترمذي وقال : هذا حديث حسن صحيح -791.

Terjemahan;

hadis Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: "Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail".
(HR al-Tirmizi)

Demikianlah fadhilat-fadhilat yang besar bagi orang yang mengerjakan solat tarawih ini. Kelebihan-kelebihan tersebut tidak tertentu pada malam tertentu sahaja, bahkan ianya adalah umum bagi solat tarawih sepanjang bulan Ramadhan. Semuanya dapat diperolehi dengan kemurahan rahmat Allah Taala bagi mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakannya. Mudah-mudahan fadhilat-fadhilat solat tarawih ini dapat tersebar secara lebih luas menggantikan hadis palsu mengenainya.

Posted @ www.isuhangat.net. Wallahualam.

Wednesday, March 30, 2011

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.



Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Wednesday, March 9, 2011

Abis nak mana satu?

Ketika mana Kelantan lambat menguruskan isu judi dan loteri maka juak-juak UMNO lantang menggelar Kelantan negeri serambi loteri. Menyalak dan berkokok seolah-olah agama itu mereka yang punya. Agama syumul itu hanya datang dari UMNO dan bukan orang lain.

Maka bila Tuan Guru Nik Aziz dan kerajaan Kelantan pimpinan beliau mula bertindak keatas loteri dan judi haram, sepantas kilat pemimpin UMNO menyalak sekali lagi membantah tindakan tersebut. Entah mana satu yang betul aku pun pening.

Boleh kita faham kalau mana ia dibantah sendiri kalau yang bukan beragama Islam tetapi WTH!! bantahan beria itu datang pula dari UMNO? Hobi merekakah sampai melenting tak pasal-pasal?

Kau wahai UMNO, banteras sahajalah judi dinegeri kamu. Tunjukkan caranya agar mungkin ia relevan maka Pakatan Rakyat boleh copy and paste. Kemudian boleh sahaja kamu mendabik dada sebagai hero. Maka di situ mudah sahaja aku bersetuju dengan kamu wahai UMNO. FAHAM!!

Tapi apa yang kamu lakukan? Judi yang haram itu hendak pula kamu halalkan. Terdekat isu judi bola. Kami tidak lupa dan setelah dibantah maka kamu akur.

Dan kini kamu membantah pada orang yang ingin mengharamkan perkara yang dah memang haram. Tahu sahajakan apa stand kami....

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 22, 2011

Kita semua tertipu jugak..

Dulu mula-mula memang gua kagum sangat dengan Muammar Gaddafi ni. Yelah, maunya tak kagum. Steady je hentam barat sebab main perangai double standard melampau. Eleh, arab Mesir pun ada gak yang kagum dengan Mahathir, maunya tak ngko selamba badak je hentam barat pasal backing Israel keterlaluan. Gitulah ceritanya.

Tapi bila pecah cerita pasal anak Gaddafi order Beyonce dalam parti liar beliau, terus gua mencarut. Pejadah gila talam muka tua terkutuk ni. Padanlah rakyat mengamuk.

Masa gua kat Mesir dulu takla gua kagum dengan Mubarak ni sebenarnya. Dah duduk sana jadi sedikit sebanyak gua paham la perjalanan politik palat kat sana. Banyak kasihan pada itu negara. Dan kekayaan melampau Mubarak pun gua tak heran. Apa ada hal, anak Mahathir pun billionaire apa.

Dari sini kita nampak betapa korupnya negara yang mengaku Islam. Harta di timur tengah sekali pun. Kalau di tanya tentang Arab Saudi pun gua sungguh yakin yang disana pun mungkin lebih lagi korupnya pemerintahan mereka. Ini kerana bangsa tidak menjanjikan apa-apa. Kepatuhan pada agama itulah benteng pada kemungkaran.

Kita renung dan fikirlah, pemimpin yang bagaimanakah cirinya itu diredhai Allah, terpelihara dari maksiat riba serta keangkuhan jawatan serta punyai hati perut. Kerana kita nanti tidak juga terlepas dari pertanyaan di padang mahsyar. Amanah yang kita pikul ini namanya amanah undi, amanah memilih pemimpin. Kita tidak mungkin akan terlepas..

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 2, 2010

Tazkirah ringkas. Perikemanusiaan.

Gua tengok Berita 1.30PM kat TV3. Cerita driver bas lari selepas langgar budak sekolah darjah 6. Memang ngeri. Masalahnya nape lari? Tak mahu bertanggungjawab tapi nape jadi manusia?

Manusia akhir zaman. Perikemanusiaan sudah tiada. Padanlah susah nak bina tamadun sekarang. Manusia sudah makin jauh dari penciptanya malahan ada yang sudah berani mencabar tuhan.

Kita telah dilalaikan. Bersama kita bertanggungjawab dengan saling ingat-mengingati.

Oh ya, Selamat Hari Wilayah ye...

Tuesday, January 19, 2010

Janganlah cepat sangat lupa ye..

Ingat lagi gambar ni? Pernah jugak keluar kat media perdana masa serangan besar-besaran Yahudi laknatullah ke atas penduduk Palestin di Gaza. Dah setahun lom rasa-rasanya?

Selepas setahun sudah halalkah produk Yahudi? Masih mahu berkira pasal ekonomi? Masih mahu ngidam selera perut sendiri sambil menyumbang dana pada laknatullah tu? Fikirkan!!!

Baru setahun. Janganlah cepat sangat lupa....

Monday, January 18, 2010

WTF!!!

Omri Buson says his "blood boils" every time he hears about the negotiations between Hamas and Israel over the release of Palestinian prisoners in exchange for the Israeli soldier Gilad Shalit.

From his point of view, Israel should have never ended last year's military offensive on Gaza without Shalit's return.

"We needed to hurt them and not have mercy ... to destroy every house till [we] found that soldier," says Buson, who dropped out of law school to open clothing shops in Jerusalem.


****

WTF!! masih pikir nak makan KFC lagi.
WTF!! Masih pikir nak beli barang Yahudi lagi.
WTF!! masih lagi ngidam Mekdi.
WTF!! masih agungkan produk Yahudi lagi masa ni.
WTF!! masih nak berkira pasal ekonomi berbanding darah Palentine .
WTF!! baru nak boikot produk Yahudi lepas ribuan Palestinian dah mati.

WTF!!! WTF!!! WTF!!!
Tak perlu terasa. Boikot je terus kalau korang ada hati perut....

Friday, January 15, 2010

Apalagi PUKIDA, nyalak la cepat..

K'jaan buka 30 peratus tempat bukan Melayu di MTD

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu 30 peratus daripada pengambilan baru pelajar ke Maktab Tentera Diraja (MTD) terdiri daripada bukan Melayu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kuota pengambilan pelajar bukan Melayu sebanyak 30 peratus itu bertujuan membuktikan bahawa MTD sebagai sebuah sekolah berasrama penuh adalah terbuka kepada semua kaum di negara ini.

Nota: Balik-balik kang Nuar jugak pengkhianat bangsa.. Ye tak?

Ni bakal generasi yang akan jaga negara kemudian hari.

Rekod 30,000 apam gubah logo 1Malaysia

Malaysia Book of Records (MBOR) hari ini mengiktiraf usaha pelajar Kolej PTPL di Shah Alam yang mencipta logo 1Malaysia dengan menggunakan 30,000 biji kuih apam yang dimasak sendiri oleh mereka.

Pengiktirafan berdasarkan penggunaan logo dari kuih.

Usaha yang bermula dari semalam itu disertai oleh 200 pelajar jurusan Hospitaliti serta Seni Kulinari yang membabitkan kos RM15,000 yang dikeluarkan pihak pengurusan kolej dalam usaha menyemai semangat kerjasama di kalangan pelajar. (Malaysiakini)

Nota: Awal-awal semester dah buat benda ngarut. Padan la yuran kolej swasta skang melambung macam air pancut. Penat orang tua noreh sampai gadai tanah nak bayar yuran anak belajar padahal tengah dok ampu Najib buat logo pakai kuih apam. Pesal tak pakai pizza je? Standard ni je kualiti otak2 orang kolej kat Malaysia???

Thursday, January 14, 2010

Biar betul mak sedara rosmah?

Mana dapat maklumat ni yang kata makcik yang kena bunuh secara kejam di Gemencheh tu mak sedara Rosmah? Uiks...

Sensasi betul berita ni nak dibandingkan cerita siti dapat hadiah apa sempena birthday kali ni dari Dato' Seri K....

Eleh... Standard je jawapan rosmah nanti. Tu semua fitnah!!


*****

Gua dah boleh jadi bomoh..

CELAKA KAU PARPUKARI!!

Level otak paling bangsat. Ni kerja ko kan? Jangan besok aku dapat gambar blue mak kau aku tayang sticky post kat blog aku...

Ni la level beruk-beruk gerombolan. Bapak-bapaknya tak tau la aku... Lagi najis agaknya...

Macam-macam: Wanita tak sedar 'penceroboh katil'

WASHINGTON: Seorang wanita yang terjaga daripada tidur terkejut apabila mendapati dirinya dipeluk seorang lelaki tidak dikenali di tempat tidurnya.

Polis membuat kenyataan tidak tahu bagaimana lelaki itu boleh menceroboh bilik tidur mangsa tanpa disedari langsung wanita berkenaan, Ahad lalu.

Sarjan Nicholas Breul berkata penceroboh terkejut dan lari apabila wanita itu terjaga daripada tidur.


Polis percaya, kes itu ada kaitan dengan kejadian serangan seksual sejak dua tahun lalu dekat kampus Universiti Georgetown, yang terbaru Ogos lalu. - Reuters

Nota: Macam kat Pulau Pinang. Universiti Goergetown...

Sunday, January 3, 2010

Lagi dalil bagi penentangan penggunaan nama Allah oleh mereka yang bukan Islam (2)

Hakikat ini dijelaskan sendiri oleh Allah SWT di dalam Al-Qur'an bermaksud : "Katakan Muhammad bahawa ALLAH itu Esa, Ia tempat tumpuan segalaNya (berdiri sendiri, tidak bergantung dengan sesiapa). Dia tidak beranak. Dan tidak pula diperanakkan. Dan ALLAH itu tidak sekufu/setara/serupa dengan segala sesuatu" (Al Ikhlas: 1-4).


Berasaskan ayat ini, golongan bukan Islam, terutamanya kristian tidak berhak mempergunakan kalimah Allah SWT sama sekali. Baik di dalam pertuturan, perbuatan mahupun terbitan mereka. Ini kerana kepenggunaan kalimah berkenaan tidak bertepatan dengan konsep tauhid yang sebenar yang melambangkan Allah SWT sebagai Dzat yang wajib ada dengan KeEsaanNya dalam Islam. Berbanding prinsip tiga Tuhan dalam tradisi kristian.

Jika golongan bukan Islam ingin mempergunakan kalimah Allah SWT, mereka perlu mengiktiraf kandungan kitab Suci al-Qur'an sebagai satu-satunya petunjuk kepada jalan ketaqwaan (Al Baqarah:2). Buangkan kepercayaan mereka kepada kitab Injil yang telah diubah atas nama pendustaan kepada Nabi Isa AS. Solanya, berbaloikah kristian katholik mengorbankan kepercayaan mereka berbanding tuntutan penggunaan kalimah Allah ini?.

Baca teks penuh dengan klik link dibawah.
al-ghari.blogspot.com/2010/01/penyelewengan-tauhid-dan-kalimah-allah.html

Isu penggunaan nama Allah oleh agama lain.

Dalam isu ini aku tak bersetuju penggunaan nama Allah oleh agama-agama lain dan ini adalah jelas. Persetankan negara lain seperti Mesir contohnya. Nak aku ulas ilmu pun sikit sangat namun diharap tulisan Dr Asmadi ini merungkai segalanya. Linknya aku bubuh kat bawah sekali.

Aku letak hanya satu aje point untuk sebab penolakan aku. Umat Islam di Malaysia agak keliru dalam banyak hal. Isu firqah dan jamaah pun terbarai. Belum lagi masuk kumpulan ajaran sesat. Jadi bila isu ini diluluskan, kekeliruan akan bertambah dan makin bercelaru akibat bahan bacaan yang susah nak pantau.

Aku letak contoh macam daging babi dan lembu yang diletakkan bercampur. Larat ke JAKIM dan Jabatan agama nak pantau setiap toko buku yang bersepah dan keluarkan garis panduan untuk buat rak buku halal dan haram? Banyaknye kerja...

Bagi dalil yang lain rujuk link dibawah.

Http://jomfaham.blogspot.com/2009/06/penggunaan-nama-allah-oleh-agama-agama.html

Thursday, December 31, 2009

Court says ‘yes’ to Allah for Christians

By Debra Chong

KUALA LUMPUR, Dec 31 — It will be a glorious new year for some 850,000 Catholics in Malaysia.

In a landmark ruling today, the High Court here lifted the home minister's ban against the Catholic church publishing the word "Allah" to refer to the Christian God in its weekly paper, Herald.

Counsel for the Herald, Porres Royan, told reporters outside the crowded court, "The court has granted the declaration that the applicant has the Constitutional right to use the word Allah. I believe the ministry is bound by the court's decision."

Senior Federal counsel Datuk Kamaludin Md Said said, "I was made to understand the ministry has already issued the permit for 2010." The publishing permit for the Herald expires today.

He added that he will consult the ministry for new instruction, when asked about his next course of action.

The government had said that the ban was necessary to avoid confusing the majority Muslims in the country. Islam is the official religion in Malaysia.

But the church claimed the ban violates its constititutional rights to practice its religion freely.

According to Father Lawrence Andrew (picture) who edits Herald, the term "Allah" has been used by Christians in the region to refer to their God since four hundred years ago. He added that it is still actively used today.

Lawrence explained that "Allah" in the Christian context is used to refer to the trinitarian concept of "God the Father" which is different from the Muslim use of the verse to refer to the "one and only God".

Herald's editor claims the use of the word has not died out and is still being used in church worship among indigenous East Malaysians, who form a substantial number of the Christian faithful in the country.

The church first took the government to court last year after the home ministry threatened to revoke its annual publishing permit for Herald, Malaysia's only Catholic paper.

It was forced to refresh its suit again this year after its 2008 permit expired without any decision from the court -Malasiainsider.

Nota: Yang jahil makin ramai. Nampaknya berita kat atas akan lebih memeningkan mereka-mereka yang dah sedia pening.

Mufti bertambah kerjanya. Harapnya guru JQAF tak melatah. Buat kerja dengan ikhlas, insyaAllah mereka laknatullah tu akan tetap tersungkur perancangannya.

Harap PM dan Rosmah? Mereka sibuk cari enjin jet nak buh kat kenderaan rasmi diaorang..

Friday, November 6, 2009

Sultan Tegas Isu Tauliah - Sinar Harian (6/11/09)

SHAH ALAM - Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan pertemuan Sultan Sharafuddin Idris Shah (gambar) dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi di sini, petang kelmarin.

Katanya, pertemuan yang diadakan pada jam 5 petang itu membincangkan beberapa perkara berkaitan agama termasuklah isu ceramah tanpa tauliah.

“Dalam perjumpaan itu, Tuanku Sultan menitahkan pihak berkenaan (Jais) supaya memastikan sesiapa yang ingin mengajar, mendakwah atau memberi khutbah di masjid atau surau di Selangor perlu mempunyai tauliah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohamad Munir berkata, Sultan Sharafuddin amat menitikberatkan isu berkaitan isu ceramah tanpa tauliah.

“Baginda amat menitikberatkan fasal tauliah kerana ia (tauliah) adalah satu instrumen untuk memastikan setiap ceramah, khutbah serta kuliah agama yang diberikan selaras dengan tuntutan agama Islam.

“Malah, perkara itu perlu (tauliah) bagi mengelakkan ia terpesong, serta tidak dipolitikkan oleh sesetengah pihak,” katanya.

Dalam pada itu katanya, baginda Sultan turut mengambil berat tentang perpaduan rakyat terutamanya umat Islam di negeri ini.

“Baginda turut bertitah supaya orang Islam perlu bersatu padu dan tidak berpecah belah serta perlu menjaga keharmonian di negeri ini dan mengingatkan supaya semua masjid di negeri itu tidak boleh dijadikan gelanggang politik yang boleh menyakitkan dan memecahbelahkan perpaduan ummah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta Jais menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan beberapa perkara yang melibatkan ceramah tanpa tauliah.

Abdul Khalid telah mengadakan pertemuan di antara beliau dan Exco Kerajaan Negeri dengan Pengarah Jais, Datuk Khusrin Munawi kelmarin turut membincangkan mengenai penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Tuesday, October 20, 2009

Gua lagi setuju yang tak pakai pape langsung...

KUALA LUMPUR: Pop star Beyonce Knowles has postponed her widely anticipated Malaysian leg of her tour scheduled for Sunday, Oct 25, to a date that will be announced soon.

***

Minah ni nyanyi dalam video klip pakai spenda je. Apa pendapat Al-Fadhil, Al-Sahibus Samahah, Al-Hafiz, Al-Syeikh, Al-telo pindang sume?????????

Thursday, September 10, 2009

Dari Tulang Besi Untuk Manusia Baka Lembu Di SS23, Shah Alam

Di bawah saya masukkan satu dialog yang ditulis oleh salah seorang pembaca saya bernama antilembumno:

Anonymous said...

lembUMNO 1: Kerajaan PR tak bincang dgn penduduk dulu sebelum buat keputusan nak pindah.

Jawapan: YB Khalid dah jawab. Perbincangan dgn penduduk hanya dibuat setelah cadangan rasmi dari PKNS dibuat, yakni setelah proses perbincangan dgn jabatan2 kerajaan dan jawatankuasa kuil selesai. Tak kan nak bincang dgn penduduk sebelum kerajaan sendiri endorse secara rasmi.

lembUMNO 2: Kenapa tak pindah kat sek 18 yang ramai org India?

Jawapan: Sek 18 dah ada kuil. Tak kan nak buat dua kuil kat situ.

lembUMNO 3: Kenapa tak pindah kat Sek 22?

Jawapan: Tapak cadangan Sek 22 tu kat tengah2 kaw kilang. Langsung tak sesuai. AJK kuil pun tak setuju. Hanya lembu sahaja yang boleh setuju buat kuil kat tengah2 kaw kilang.

lembUMNO 4: Kenapa tak kekal sahaja kat Sek 19?

Jawapan: Kalau tempat kat Sek 19 tu sesuai, tak de orang sibuk suruh pindahkan. Kuil kat kaw perumahan mana sesuai. Bila time orang ramai nak pakai kuil, tempat parking pun payah. Marah orang yg duduk kat situ.

lembUMNO 5: Kenapa tak roboh aje kuil tu?

Jawapan: Islam ajar kita hormati hak penganut agama lain. Merobohkan rumah ibadat orang lain bercanggah dgn ajaran Islam. Sapa nak jawab kat akhirat nanti?

lembUMNO 6: Tapi bukan ke kuil dah terlalu banyak kat S'ngor ni, byk yg tak daftar pulak tu.

Jawapan: Soalan tu kena tanya MB lepas. Kenapa tak urus dgn baik. Setahun lebih PR merintah s'gor, belum ade pembinaan kuil baru.Tapi bila kuil dah ada, mana boleh robh camtu aje.

anti-lembUMNO.

Tulang Besi