Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label bodoh. Show all posts
Showing posts with label bodoh. Show all posts

Monday, June 21, 2021

Panjang siri drama derhaka ni rupanya

Istana arahkan buka parlimen dengan segera.
Ketika, dah lama sangat MP-MP tak pergi kerja.
Ketika, menteri-menteri dok makan gaji buta.
Ketika, nyawa rakyat semakin berbahaya.

Arahan istana itu, Kerajaan PN tak selesa.
Mula Kedengaran tuduhan musuh Islam dari lebai saka tua.
Kepada rakyat yang tidak menyokong mereka.

Ternyata, kerajaan melayu Islam ini panjang akalnya.
Arahan istana dilengahkan dengan idea tubuh jawatankuasa pula.
Mereka mahu terus biarkan rakyat terbunuh dengan wabak agaknya.

Abang Jamil mampus pun tak selesai

Macam tempoh selang PKP jak
😅🤣😂😇

Hari kehari rakyat terus tersepit

Saturday, October 17, 2015

Perdana V6 Vs Alphard

11214039 1002996969767321 2975997384944327578 n

Friday, April 12, 2013

Mamak Celaka Ni Harapkan Sangat Huru-Hara!

 

Sebelum ini, sebelum dia mula melalut tak tentu hal aku memang kagum dan hormat dia ni
Tapi bila dia dah jadi nyanyuk dan separuh biul, hormat aku padanya langsung hilang
Rupanya dia tak mahu menjadi Negarawan yang disanjung dengan tidak mengotori personaliti dan kradibilitinya di mata rakyat

Pada aku perkataan huru-hara ini elergik sikit
Malam ni aku dah naik panas
Terpaksa lepaskan perasaan di sini
Melampau tak melapau, itu perasaan aku!
Inilah pertama kali aku berkasar di blog
Maafkan aku.......

Pihak Keselamatan bertungkus lumus mengelakkan terjadinya huru-hara dan mengekalkan keamanan negara
Mamak gayut pula tak habis-habis bercakap tentang, kekacauan, huru-hara dan sebagainya yang sepatutnya dihindari

Agaknya celaka dan dajalnya dia sehingga ke hujung nyawa
Atau memang dia berniat merancang huru-hara?
Hakikatnya diri dan jiwanyalah yang huru-hara kalau BN kalah!

Bukankah ini provokasi dan menghasut?

 

Dr M: Konfrontasi kaum jika Kit Siang menang Gelang Patah

OLEH DEBRA CHONG
PENOLONG PENGARANG BERITA
APRIL 11, 2013
 
KUALA LUMPUR, 11 April — Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi kaum, kata Tun Dr Mahathir (gambar) hari ini, serta menyatakan kerjasama ekonomi antara masyarakat Melayu dan Cina akan hancur.
Dengan tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang Pilihan Raya 2013, bekas perdana menteri tersebut membuat ramalan hebat
dengan menghentam pemimpin pembangkang sambil menggambarkan kemenangan Lim akan menyebabkan timbul pergaduhan kaum sekaligus menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina.
“Kit Siang akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk menimbulkan sentimen benci dikalangan orang Cina ke atas orang Melayu,” tulis Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc.
Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam Barisan Nasional (BN) sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit.
Anak kelahiran Johor, Lim menerima asakan bertali-arus daripada Dr Mahathir sejak mengumumkan rancangannya untuk bertarung dengan BN di negeri kelahirannya sendiri - yang juga tempat lahir parti Umno dan kem terakhir parti rakan komponennya, MCA.
Dr Mahathir tidak berhenti dalam usahanya memperlekehkan DAP yang mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina sebagai tidak mampu berkongsi kuasa dengan rakan politiknya, sama ada parti Islam PAS mahupun parti bandar PKR yang diketuai bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau juga berkata slogan “Malaysian Malaysia” yang dilaungkan oleh DAP memperjuangkan meritrokasi kaum, mendakwa ia ditiru daripada parti di Singapura, PAP - yang kini merupakan parti pemerintah republik itu - dan menggunakan taktik itu untuk melemahkan pengaruh masyarakat Melayu.
“Apabila Kit Siang membuat keputusan untuk bertanding di kawasan majoriti di Cina Gelang Patah adalah kerana dia mahu orang Cina di sana dan di Johor untuk menolak kerjasama dan perkongsian dengan orang Melayu.
“Satu konfrontasi kaum yang tidak sihat akan menggantikan kerjasama Cina-Melayu yang telah menjadikan Malaysia stabil dan makmur.”
Beliau menambah, “Kerjasama itu akan berakhir apabila Kit Siang menang Gelang Patah.”
Perdana menteri keempat tersebut, yang merupakan musuh utama Lim di Parlimen sepanjang 22 tahun memegang jawatan itu berkata bahawa walaupun keganasan tidak berlaku, “konfrontasi antara ketiga-tiga kaum utama” akan menyebabkan pembangunan negara terganggu.
“Atas sebab ini keputusan Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah akan menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 di negara ini.
“Adakah DAP akan mengakhiri persahabatan Melayu-Cina dan kerjasama di Johor atau “ kongsi” akan kekal sebagai asas hubungan kaum di Johor dan di Malaysia?” soal beliau lagi.
Masyarakat Melayu membentuk kira-kira 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia, manakala masyarakat Cina adalah minoriti yang terdiri daripada satu perempat tetapi dilihat sebagai kumpulan pengundi yang berpengaruh.
Lim, yang mengetuai DAP di Johor mengharapkan tsunami politik di selatan, mensasarkan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada 83 kerusi parlimen untuk PR di kubu BN di Johor, Sabah dan Sarawak.
Pemangku ahli parlimen Ipoh Timur tersebut baru-baru ini mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah, Johor yang dilihat sebagai salah satu strategi pembangkang untuk menyapu bersih kerusi yang dipegang oleh MCA di selatan tanahair.
Pilihan Raya 2013 dijangkakan paling sengit dalam sejarah walaupun BN seperti diramalkan oleh ramai pihak akan terus menerajui negara selepas itu.
Walau bagaimanapun, PR tidak mustahil untuk membuat kejutan kerana buat pertama kalinya, BN bakal berhadapan dengan pembangkang paling tersusun.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.
Seramai 13,268,002 layak mengundi dalam PRU13 kali ini.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan pada pilihan raya kali ini yang dianggap sebagai paling sengit dalam sejarah negara.

(Via MOUNTDWELLER)

Thursday, December 8, 2011

Tolong jangan tanya soklan ni kat UMNO, takut habih terjun laut... kahkahkah

Soalan-soalan di bawah ni aku ambik dari blog PASPB. sangat sesuai jadi senjata kalau nak bertengkar dengan puak-puak Umno di kedai kopi.

Cuma satu pesan aku kalau hangpa nak bertengkar dengan penchachai Umno di kedai kopi, maudhu' atau sasaran 'penerangan' kita bukan penchachai tu tapi orang lain yang ada dalam kedai tu. jadinya jangan sampai maudhu' kita pun meluat dengan kita.

Soalan-soalanya:

1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)

8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR

9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO

12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

13. Siapa yg menolak hukum islam selama ini ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

Dan soalan cepu emas siapakah bela lembu dalam kondo
A. Anwar
B Nik Aziz
C Kak Ijat

Selain dari 15 soalan cepumas ni, ada lagi 30 soalan lain yang jugak pasti mengkedukan penchachai Umno dan boleh tengok di blog PASPB.

Sumber: Cenangau

Original Page

Thursday, December 1, 2011

SAYA TERLIBAT SECARA LANGSONG 13 MAY, JANGAN BOHONG !

karangan ~PakKaramu~ on 12/01/2011

BENAR ADALAH AMANAH, BOHONG ADALAH KHIANAT ! SAYA BEKAS TENTERA YANG TERLIBAT SECARA LANGSONG, SAYA DIBERIKAN TAKLIMAT OLEH PEGAWAI ATASAN SIAPA YANG TERLIBAT MEMULAKANNYA, UMNO JANGAN BOHONG ! CILAKA PUNYA DUSTA TERANG-TERANGAN, KAMU PENGHASUT TEGAR !

MP Umno dakwa DAP mulakan rusuhan 13 Mei

Original Page