Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label Informasi politik. Show all posts
Showing posts with label Informasi politik. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

Serang Anwar: Mahathir, jadilah warga emas yang segera bertaubat

(Oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN)

Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilaporBernama bertarikh 14 Mei 2014. Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.

Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini. Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.

Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh  beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. Dr Mahathir lah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar.

Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang Al-Quran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.

Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk  melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar.
Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil “membunuh” Anwar? Tidak sama sekali! Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita. Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.

Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau Asean, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar.
Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya. Saya pernah bepergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat.

Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia Arab.

Satu ketika di Mesir seingat saya tahun 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi. Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.

Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.

Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra. Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori Maqasid Syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.

Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat. Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.

Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab.

Fitnah Dr Mahathir hanya “berhasil” di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua. Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini. Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.

Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu diingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.

Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.

Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia! Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.

Saksikanlah pada usia lebih 80an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar.

Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah SWT menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri. Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb.

Saturday, September 28, 2013

Beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian oleh rakyat Malaysia

1. Mahathir perli Muhyiddin, draf pendidikan apa yang sampai bayar perunding luar RM20juta. Berapa? Ya, RM20juta ko tahu.

2. Kos untuk satelit RAZAKSAT II meningkat sebanyak 71.2 juta. Ini bukan isu nak mempersoalkan kemajuan, kebaikan teknologi ataupun apa, sebaliknya menyoal pertambahan kos itu, adakah ia telus? Adakah ia benar2 perlu ataupun wujud unsur2 penyelewengan disitu? 71.2 juta bukan sikit beb. Disaat rakyat dihadapkan dengan pelbagai kempen jimat cermat, sejauh mana kerajaan kita juga menerapkan perkara yang sama dalam pentadbiran mereka.

3. Tahanan tanpa bicara diwujudkan semula. Pada sesetengah orang, alah tak buat salah nak kecoh apa der. Tapi dia tak faham apa maksud tahanan tanpa bicara. Ia adalah satu akta bahawa polis boleh menahan sesiapa saja walaupun takde bukti2 yang konkrit untuk menyabitkan bahawa dia ialah penjenayah. Ini bermaksud, polis boleh tahan orang walaupun takde bukti dalam akta ini. Jika suatu hari nanti polis beranggapan bahawa sekian2 orang neh di anggap mendatangkan bahaya walaupun takde bukti dan atas syak wasangka saja, polis boleh tahan ko. Ya, betul kadang2 kalau fikir dari sudut mangsa, mana2 penjenayah yang terlepas dari menjalani hukuman seperti Khir Toyo, kalau dihadapkan dalam akta macam neh memang best. Tapi fikirkan pula kalau akta ini menghukum mereka2 yang tak bersalah? Sebab itu dalam prinsip undang2, mereka menyatakan bahawa membebaskan seseorang penjenayah adalah lebih baik daripada menghukum seseorang yang tidak bersalah. 

Ini bermaksud biarpun disebabkan kelemahan undang2 kita gagal untuk sabitkan seseorang penjenayah dalam kes tertentu, tetapi kita masih ada harapan untuk berterus-terusan mencari bukti bahawa dia ialah penjenayah kerana seseorang penjenayah cenderung lakukan jenayah. Seseorang penjenayah juga cenderung untuk mengingati kembali perbuatan jenayah dia sehinggalah suatu masa nanti dia kantoi. Tetapi pada saat kita jatuhkan hukuman pada seseorang yang tak bersalah, masa + maruah individu tersebut jadi taruhan. Kalau dipenjarakan 10 tahun alih2 rupa2nya tak bersalah, macam mana?

Sebab itu akta ini harus ditentang dengan sekeras-kerasnya. Tapi rakyat Malaysia tahu pasal PCA? Majoriti tahu pasal bini matyo, tapi adakah majoriti juga tahu pasal PCA? Adakah kerana ia isu berat pada pandangan sesetengah pihak?

Ingat, barat adalah contoh bagi kita selagi mana ia mengamalkan apa2 benda yang tak menyalahi tuntutan agama kita.

Tetapi mereka tidak boleh dijadikan contoh jika undang2 tersebut telah melanggar etika dalam Islam. Dalam Islam kita hanya menghukum seseorang setelah disabitkan dengan bukti, saksi dan keterangan yang lengkap + asli.

Kita tak boleh penjarakan seseorang berdasarkan syak wasangka. Ataupun bukti tak lengkap. Boleh jadi bukti itu disalahtafsir oleh akal manusia yang terhad, siapa tahu? Oleh kerana kita tidak tahu, maka undang2 draconian seperti ini kita mesti tolak. Jadi adakah rakyat Malaysia yang concern pasal bini Matyo concern juga pasal perkara2 di atas? Jika ya, tahniah. Jika tidak, ini nasihat untuk anda. Perjuangan bukan la perjuangan pada saat kita tak pandai meletakkan keutamaan dalam perjuangan.

Terima Kasih.

@amenoworld

Tuesday, August 27, 2013

Erdogan Kecewa dengan Syeikhul Azhar

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengatakan bahawa pihak-pihak yang mendukung apa yang disebutnya sebagai kudeta di Mesir sedang mencuba untuk membenarkan tindakannya tersebut dengan mengatakan ini adalah prosedur demokrasi yang dilakukan oleh tentera Mesir. Selain itu Erdogan juga mengkritik Syeikh Al-Azhar dengan mengatakan dia merasa kecewa ketika melihat syeikh tampil bersama pemimpin kudeta.

Erogan mengatakan dalam sebuah pernyataan,”tidak mungkin ada kudeta terhadap Demokrasi, Kudeta tetaplah kudeta”.

Erdogan menyebut negara-negara dan organisasi yang menolak menyebut apa yang terjadi di Mesir sebagai Kudeta adalah “pengkhianat terhadap masa lalu dan masa depan”, dan ia menambahkan,”kami sangat mengutuk Kudeta di Mesir atas dasar kemanusiaan, nurani dan prinsip-prinsip kami,”d ia menekankan bahwa tidak ada sama sekali dasar hukum atau alasan untuk membenarkan apa yang telah terjadi di Mesir.

Erdogan juga menyinggung sikap syeikh Al-Azhar yang muncul bersama dengan pegawai-pegawai kudeta lainya, termasuk pemimpin angkatan bersenjata saat pengumuman penggulingan Presiden Muhammad Mursi, Erdogan mengatakan,”ketika saya melihat Syeikh Al-azhar bersama pihak kudeta, saya merasa sangat kecewa”.

Sunday, July 28, 2013

Negara Arab hilang telur

Nampaknya setakat ini hanya Erdogan yang jantan
Negara Islam lain semuanya dah 'dikembirikan' oleh Yahudi dan Amerika!
Mereka tak bantah, nak kecam jauh sekali
Yang mereka lakukannya hanya 'merenget' walau pun saudara mereka dibunuh dengan kejam di Mesir, Syria, Afghanistan dan di Palestin!
Harapkan Arab - mereka semuanya menjadi pengkhianat kepada saudaranya dan pembelot kepada Islam yang 'kononnya' agama yang mereka tunjangi dengan macam-macam gelaran 'Penjaga dua Tanah Haram' pun ada (bukan penjaga agama)

Mountdweller

Monday, July 8, 2013

Bekas Bos NSTP Kata Media Arus Perdana Hanya Akan Bebas Bila BN Kalah

Datuk A. Kadir Jasin percaya media arus perdana hanya akan bebas seperti media baru apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times itu tersebut mengakui media arus perdana dikawal oleh pemerintah BN dimana polisi dan hala tuju mereka turut ditentukan oleh kerajaan.

"Pemerintah menguasai media arus perdana dan mereka yang berada dalam organisasi terpaksa mengikut polisi yang disediakan," kata A. Kadir dalam dalam satu seminar "GE:13 An Analysis and Aftermath" hari ini di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dalam pada itu, A. Kadir berpendapat selagi pemerintah tidak bertukar maka sukar untuk melihat sebarang perubahan serta menegaskan perubahan media yang lebih bebas berlaku negara jiran seperti Thailand dan Indonesia berlaku kerana pertukaran pemerintah.

"Untuk melihat media yang dikawal dan dikuasai oleh kerajaan, dimana media arus perdana akan berubah saya tidak fikir ia akan berlaku.

"Kita lihat contoh negara jiran seperti Thailand dan Indonesia dimana mereka tidak mempunyai masalah ini kerana pemerintah bertukar," tegasnya lagi.

Dalam pada itu, keputusan pilihan raya pada 5 Mei lalu adalah jelas menunjukkan keengganan kerajaan BN untuk berubah meskipun kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India berbanding Pilihan Raya 2008.

"Selepas pilihan raya, media arus perdana mengatakan kerajaan tidak kalah walaupun Cina dan India tidak pilih mereka kerana Umno kuat.

"Mereka berkata kami tidak akan berubah dan kamu perlu mengikut jejak kami," kata A. Kadir merujuk kepada keputusan pilihan raya baru-baru ini.

Pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008.

Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.

Isu kebebasan media khususnya arus perdana menjadi perkara yang sering dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat (PR), malahan beberapa pemimpin PR juga telah memenangi beberapa saman ke atas media kawalan kerajaan tersebut atas laporan berat sebelah dan fitnah yang diterbitkan mereka.

Kes terbaru adalah pada minggu lalu apabila bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang dalam kes fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Bhd berkaitan plat WWW1 yang dibeli oleh Sultan Johor.

Bagaimanapun, PR dikatakan mempunyai penguasaan lebih banyak di media baru yang dikatakan adalah penentu kepada keputusan pilihan raya 5 Mei lalu terutamanya media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan laman-laman berita alternatif lain.

Awal Januari lalu, media melaporkan kedudukan Malaysia yang merosot ke tangga 145 daripada 179 negara lain dalam Indeks Kebebasan Akhbar sedunia. -TMI

Ulasan GB

Jika demikian kata A.Kadir jasin, bekas bos NSTP, maka rakyat Malaysia tiada pilihan lain kecuali tumbangkan BN demi untuk mengembalikan kebebasan media di negara ini.

Selagi BN masih berkuasa, rakyat terus diperbodohkan dengan berita-berita palsu, penipuan dan fitnah yang diterbitkan di media massa arus perdana termasuk daripada agensi berita negara, BERNAMA.

Friday, April 12, 2013

Monday, April 8, 2013

Bagaimana boleh Pakatan Rakyat turunkan harga minyak?

Monday, March 18, 2013

ISMA Bertanding Pilihanraya Untuk Kalah?

 

Tulang Besi memang mengeleng2 kepala apabila membaca misi ISMA ini. Mereka berkata mereka mahu menyelematkan undi orang Islam. Tumpuan mereka adalah kawasan2 Parlimen dan DUN yang calon2 adalah bukan Islam dari parti yang lain dari PAS dan UMNO.

Juga, mereka berkata yang mereka akan meletakkan calon yang berwibawa.

Bagi Tulang Besi, misi ISMA itu sangat pelik dan menghairankan.

BUAT APA BERTANDING UNTUK KALAH

Pertamanya, kalau sudah pasti kalah, buat apa bertanding pilihanraya? Bertanding pilihanraya ini memakan masa, tenaga, waktu dan juga kederat. Wang yang diperlukan juga bukan sedikit.

Wang diperlukan untuk pencalonan dan deposit RM25000 setiap Parlimen dan RM15000 untuk DUN (kalau tak silap Tulang Besi). Wang diperlukan untuk mencetak poster, banner, bunting dan bahan kempen yang lain. Wang juga diperlukan untuk menjalankan kempen seperti dialog dan ceramah. Wang diperlukan untuk membuka bilik2 gerakan seluruh kawasan Parlimen. Wang diperlukan untuk belanja petugas2 parti untuk makan dan minyak mereka. Pendek kata wang diperlukan sepanjang masa. Dan ini hanya untuk satu Parlimen sahaja.

Diberitakan mereka akan meletakkan calon di 20 Parlimen atau lebih. Tu belum lagi kerusi2 DUN.

Semua ini adalah bertujuan untuk kalah dan kemungkinan besar hilang deposit yang sebegitu banyak.

MAHU MENYELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM DALAM KAWASAN YG CALON2NYA BUKAN ISLAM?

Lagi satu, mereka juga berkata mereka mahu menyelamatkan akidah umat Islam dengan tidak memilih mana-mana calon bukan Islam. Soalnya sekarang, akidah umat Islam tidak terhakis mahupun rosak kalau memilih antara kedua-dua calon bukan Islam itu. Mereka hanya wakil rakyat dan bukannya akan menjadi Perdana Menteri.

Kalau MCA menang, kerusi mereka membantu Najib Razak jadi Perdana Menteri. KAlau DAP menang, kerusi mereka membantu Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Ertinya tiada salah dan silapnya bagi umat Islam mengundi salah satu dari calon bukan Islam tersebut.

Dari segi syarak pun tidak menjadi masaalah memilih salah satu dari calon yg bukan Islam kerana yang dipilih adalah wakil rakyat dan bukannya kepimpinan negara. Kepimpinan negara adalah antara Anwar Ibrahim ataupun Najib Tun Razak yang kedua2 nya adalah Melayu dan Islam.

PECAHAN UNDI TAJAAN ISMA MENGUNTUNGKAN UMNO DAN BN DAN MERUGIKAN PAKATAN RAKYAT

Maka, motivasi agama dan menang bukan sebab ISMA bertanding pilihanraya kerana tiada hujjah dan asas Islam bagi tujuan mereka itu.

Cumanya yang akan untung dari ISMA adalah parti2 komponen BN yang bukan UMNO. Ini kerana ISMA akan cuba menarik sokongan2 Melayu ISlam yang atas pagar jauh dari DAP atau PKR.

Pengundi2 yang mahu kekal mengundi BN akan tetap mengundi BN kerana melayu2 yg pro BN ini biasanya tidak kesah dan tidak hirau pasal agama.

Hanya pengundi2 PR yang kesah dan hiraukan agama. Maka, mereka ini akan cuba ditarik dan dibawa pergi mengundi DAP mahupun PKR sekaligus memenangkan calon MCA, MIC, GERAKAN mahupun PPP.

Kita kena ingat, bahawa terdapat banyak pengundi hantu dan pengundi warga asing yang telah masuk dalam daftar pemilih. Maka, tidak mustahil ia mampu mengecilkan majoriti kemenangan calon2 PR. Kemungkinan PR cuma mampu mengekalkan kerusi2 mereka dengan majoriti ratusan undi sahaja.

Maka apabila ISMA membawa ratusan undi yang sepatutnya pergi ke PR itu kepada mereka, hasilnya yang akan menang adalah calon2 Barisan Nasional.

CALON ISMA CALON BERWIBAWA?

Berkaitan calon berwibawa pula, adalah MUSTAHIL ISMA mampu membawa calon berwibawa kerana ISMA adalah parti baru. Orang2 nya belum diuji atau teruji dan tidak berapa dikenali pun.

Mungkin perkara yang sama boleh dikatakan kepada PAS, PKR dan DAP tapi orang ramai mengenali kepimpinan parti2 ini yang bertanggungjawab memilih calon.

Adapun kepimpinan ISMA tidak dikenali ramai dan sekaligus menjadikan calon ISMA itu juga sebagai "unknown". Secara otomatik calon2 ISMA tidak boleh dilihat sebagai berwibawa kerana mereka tidak dikenali.

Kalau setakat ISMA sahaja yang mendakwa calon mereka berwibawa itu namanya masuk bakul angkat sendiri.

CALON DITENTUKAN OLEH PARTI DAN CALON TERIKAT DENGAN DASAR PARTI

Mana yang lebih baik? Calon UMNO yang menghalalkan judi bola ataupun calon DAP yang bukan Islam tetapi mengharamkan judi bola? Dalam sistem demokrasi Malaysia (dipanggil Westminster) calon-calon pilihanraya ditentukan oleh parti, bukan oleh rakyat jelata. Tidak ada rakyat jelata yang mengundi untuk menentukan siapa calon pilihanraya. Parti2 yang akan bermesyuarat dan mengeluarkan senarai calon.

Adapun SPR sendiri pun tidak akan mendaftar seseorang calon itu tanpa surat dari parti yang diwakilinya mesti dilampirkan dalam borang pencalonan.

Secara otomatik menjadikan setiap calon pilihanraya TERIKAT dengan dasar parti.

Misalnya, UMNO telah membuat dasar untuk menghalalkan judi semenjak tahun 1951. Maka, kalaupun UMNO calonkan Saidina Umar RA sebagai calon pun, Saidina Umar akan terikat dengan dasar UMNO untuk menghalalkan judi tersebut.

Dengan kata lain, tidak kira berapa baik calon, kalau parti tu jahat dia terpaksa ikut kejahatan parti.

Boleh jugak seseorang bertanding sebagai bebas, namun dalam sejarah Malaysia, boleh bilang dengan jari berapa kali calon bebas menang pilihanraya.

ISMA ni tersilap sistem. Dia ingat sistem di Malaysia ni mengutamakan calon. Dia ingat rakyat Malaysia mementingkan faktor calon dalam memilih wakil rakyat.

Hakikatnya faktor calon ni cuma 5% dari jumlah keseluruhan faktor kemenangan. Majoriti memilih parti dan bukan calon.

SAPA DALANG DI SEBALIK ISMA?

Orang yg rasional tidak akan membuang masa, tenaga, wang ringgit, pemikiran untuk melakukan perkara yang tidak mendatangkan hasil.

Hasilnya, orang2 yang berfikir akan terus syak dan ragu dengan ISMA.

Atas sebab itulah ramai yang mempunyai perasaan bahawa wujudnya dalang di belakang ISMA bagi menjayakan projek yang tidak berfedah dan membazir ini.

PENUTUP

Projek ISMA ini adalah projek sia-sia, membazir, tiada asas dalam Islam dan juga seperti syok sendiri. Lebih baik ISMA berjumpa dgn kedua2 calon atau parti dan melobi agenda ISlam yang spesifik untuk sesuatu kawasan Parlimen itu.

Apabila mendapat respon, maka ISMA akan buat "report card" yang akan dibentangkan kepada semua pengundi Islam/Melayu bagi mereka menilai calon mana yang akan menguntungkan Islam.

Kaedah ini lebih praktikal, murah, logik dan disukai ramai.

TULANG BESI

 
 


(Via Malaysia Waves)

Tuesday, July 3, 2012

KALAU ANDA NAK TAHU INILAH BEZANYA TGNA DAN TUN MAHATHIR.


Apabila Pemimpin UMNO usulkan Hudud ini respon TGNA:

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/s480x480/528992_242349679215287_893794629_n.jpg

Namun sebaliknya yang berlaku apabila TGNA usulkan Hudud:

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/522101_441568582540251_1191329447_n.jpg


Anda nilailah sendiri.
(Via Na'im Nikmat @blog)

Monday, June 11, 2012

Seluar Muhyiddin Terlondeh, Lupa Siapa Bayar Sewa Rumahnya Semasa Jadi Menteri

 


Kajang: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya tahu sebab masa itu saya bos dia, saya timbalan perdana menteri.

"Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi.

Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.

Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Anwar turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama.

"Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah.

"Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," katanya.

Dalam pada itu, lebih 5,000 orang membanjiri stadium kajang malam tadi.

Biarpun hujan renyai-renyai, mereka tidak berganjak mendengar kupasan isu-isu terbaru dari pimpinan Pakatan rakyat.

Selain Anwar, antara pimpinan utama lain yang turut berceramah malam tadi adalah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, AJK PAS Pusat Dr. Mujahid Yusof dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada ceramah terbut juga menyaksikan 150 orang menyerahkan borang menyertai PKR cabang Hulu Langat.

Ceramah malam tadi diakhiri dengan tembakan bunga api sejurus selesai ucapan Anwar. -HD



Ulasan GB

Begitu segera Allah memperkenankan doa GB sebelum ini. Khaled Nordin telah terima "imbuhan"nya terlebih awal apabila terpaksa menarik balik sekatan PTPTN terhadap pelajar UNISEL baru-baru ini. Sekarang giliran Muhyiddin pula. Kita bukan takbur, tetapi demikianlah hukum kebenaran dan keadilan serta janji RasulNya: doa orang yang dizalimi itu tiada hijab diantaranya dengan Allah.

Isu PTPTN: Semuga Allah Segera Turunkan Pengajarannya Kepada Dua Menteri Ini

Sekarang ini mari sama-sama kit berdoa agar Allah menurunkan pengajarannya kepada SPR, JPN, SPRM, PDRM, JPM dan lain-lain yang melakukan kerja-kerja khianat untuk memenangkan UMNO BN di dalam pilihanraya akan datang.

Setelah tuntutan kita supaya daftar pemilih dibersihkan dan Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat task-force pemberian Mykad kepada warga asing tidak diindahkan, maka tiada pilihan lain, selain mengadu kepada Allah swt supaya semua perancangan mereka digagalkan dan mereka diberikan pengajaran sewajarnya untuk tidak berlaku khianat kepada rakyat.

GB yakin Allah akan memperkenankan doa kita. Allah telah memperkenankan banyak doa-doa kita dan salah satu yang terbesar ialah munajat menghalau parasit UG dari PAS dahulu:

Penutup Bagi Isu Hassan Ali: Munajat Yang Diterima Allah


(Via Kelab Greenboc)

Saturday, June 9, 2012

Cipta Sejarah Malaysia : Bodek Terlampau, Menjadikan Haru Sana Sini!

 

Persoalannya adakah Ketuk Peti 'Melayu' ni faham dan tahu apa itu politik?

Nik Aziz kecam Harussani
Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan parti itu mahu mendapat kemenangan dalam pilihan raya sebagai matlamat untuk menguasai kerajaan sekali gus membina kerajaan Islam.

Sambil mengecam kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Nik Aziz berkata, tiada jalan lain bagi sesebuah kumpulan untuk mendapat kuasa melainkan kemenangan dalam pilihan raya.

"Kepada yang kata Pas nak kerusi, saya kata ya, saya nak kerusi, bahkan meja pun saya nak juga kerana jika tidak ada kerusi tidak boleh buat kerajaan, kalau tidak ada kerajaan, maka Islam tidak boleh berjalan, demokrasi pun tidak boleh,” katanya, semalam.

Sebelum ini, Harussani mendakwa Pas sebuah parti yang hanya mahu merebut ‘kerusi’ dalam pilihan raya dan tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut mempersoalkan kenyataan Harussani yang mendakwanya seorang yang keras hati kerana menolak muzakarah antara Umno dengan Pas.

"Apa yang saya lakukan itu adalah istiqamah, bukannya keras hati,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut nafi pernah ‘menjanjikan’ syurga kepada pengundi yang memilih Pas, sebaliknya beliau menjelaskan mereka yang undi Pas mendapat pahala.

(Via MOUNTDWELLER)

Friday, June 8, 2012

Sekatan PTPTN Ke Atas Unisel Ditarik Balik, Sahkan Balas Dendam Kenyataan Anwar



PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel, KUIS

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.

Tindakan itu juga diambil ekoran kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pelajar supaya jangan membayar balik pinjaman PTPTN dan berjanji ianya akan dimansukan jika Pakatan menawan Putrajaya dalan pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS.

"Pejabat menteri pagi ini telah mengeluarkan surat (supaya) pinjaman PTPTN diteruskan kepada Unisel dan KUIS," katanya yang tidak mahu namanya disebut.

"Eloknya hubungi pejabat YB menteri," katanya dalam SMS tersebut.

Khaled seterusnya mengesahkan tindakan menarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel.

Beliau dilaporkan Utusan Online sebagai berkata, tindakan terbaru itu diambil ekoran "rayuan dan penjelasan Unisel bahawa ia tidak berniat untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar."

"Unisel juga mengakui bahawa PTPTN penting untuk pelajar justeru mengambil kira penjelasan dan keseriusan Unisel mengenai perkara ini saya telah meminta PTPTN menarik balik pembekuan itu pagi ini,’’ katanya seperti dipetik laman itu.

Perkara itu turut disahkan seorang pegawai kanan kerajaan Selangor yang dihubungi Malaysiakini hari ini.

Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu berkata siswa berkenaan boleh membuat permohonan pinjaman tersebut bermula malam ini. -mk

Sekat PTPTN, Mahasiswa mahu undi BN lagi?

KUALA LUMPUR: Biarpun pembekuan pinjaman PTPTN terhadap pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) ditarik balik, namun anak muda kini kenal siapa itu BN, kata Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berkata, tindakan PTPTN yang direstui Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu hanya mendedahkan perangai kebudak-budakan kerajaan.

Pembekuan itu juga katanya menjelaskan bahawa slogan transformasi politik dan rakyat diutamakan, hanyalah kata-kata kosong yang tidak mempunyai nilai selain dendam politik murahan.

"Dengan bertindak seperti itu, generasi muda pasti akan mengenal dasar hipokrit BN.

"Apabila Menteri KPT mengarahkan supaya PTPTN dibekukan untuk pelajar yang akan mendaftar di Unisel, bermakna kerajaan pusat telah melaksanakan dasar penindasan bersifat apartheid kepada pelajar dan ibubapa di negeri Selangor," katanya.

Menurut Azmi, menteri KPT ternyata tidak dapat membezakan antara dasar memberi pendidikan percuma diperingkat persekutuan dengan hak mendapat pembiayaan diperingkat negeri.

Menghentikan pinjaman PTPTN dengan cara selektif dan diskriminatif begini ujarnya lagi, membuktikan slogan 1 Malaysia bukan kesaksamaan untuk semua tetapi keistimewaan untuk rakyat dan negeri yang pro BN dan menafikan hak negeri Pakatan Rakyat.

Ini juga bererti konsep persekutuan (federalisme) sudah dibatal oleh BN sendiri, katanya lagi.

"Tindakan membeku pinjaman kepada anak warga rakyat sendiri untuk melanjutkan pelajaran atas sebab politik adalah tindakan tidak bertamadun.

"Negara fahaman komunis sendiri tidak mengambil tindakan seperti itu," tegasnya lagi.

Tindakan sebegitu ujar Azmi, bukan baru dilakukan Umno BN.

Isu menafikan hak royalti minyak untuk Trengganu bila PAS memerintah, menghentikan bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat dan mewujudkan agensi khas iaitu JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) bagi Negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang adalah antara angkara 'gila kuasa' yang tersemat dalam sanubari pemimpin negara kini.

"Rakyat harus terima hakikat bahawa yang dipentingkan (BN) bukan lagi kebajikan rakyat tetapi kuasa yang ingin dipertahankan termasuk menafikan hak rakyat.

"Tindakan itu bukan sahaja menyalahguna kuasa malah ia juga adalah pemangsaan masa depan anak bangsa sendiri. Generasi muda yang menjadi mangsa harus tahu bersikap terhadap kerajaan ini," katanya. -HD


Unisel: Politik dendam sebelum Umno BN dikuburkan

KUALA LUMPUR: Pendekatan politik dendam yang terus 'diperkukuhkan' oleh Umno dan BN pada hari ini menggambarkan Umno semakin terdesak untuk mempertahankan pemerintahan parti tersebut menjelang PRU13 yang akan datang.

Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas tindakan politik dendam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kerajaan Pusat terhadap para pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel).

Katanya, tindakan dendam PTPTN yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno terhadap Selangor sungguh memalukan dan memualkan seluruh rakyat Malaysia.

Sebenarnya, ujar beliau politik dendam Umno bukanlah suatu perkara yang baru di Malaysia dan ianya semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

“Rakyat Malaysia amat mengetahui perkara ini dan insya Allah rakyat Malaysia akan menguburkan politik dendam Umno BN dalam PRU yang akan datang.

"Kita juga turut meminta agar para ulamak yang sebelum ini mengeluarkan hukum tentang haramnya Bersih turut menyuarakan pandangan berkenaan tindakan zalim ini," tegas beliau lagi.

Tambahnya, Dewan Ulamak PAS juga berharap mereka bersifat adil dalam mengeluarkan hukum hakam Islam dan jangan hanya mengeluarkan hukum apabila berkaitan dengan kepentingan kerajaan tetapi mereka juga hendaklah turut prihatin dalam mengeluarkan hukum apabila mana-mana rakyat Malaysia dizalimi. -HD


(Via Kelab Greenboc)

Nah!! Ni Dia Senarai Penyelewengan Mahathir Selama Menjadi PM

 

Senarai penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri :

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:

* Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.

* Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.

* Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN

* Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.

* Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.

* Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.

* Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.

* Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.

* Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat: 

* Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.

3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN

* Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.

* Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.

* Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.

* Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.

* Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.

* Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.

* Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).

* Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .

* Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.

* Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.

* Memaksa Petronas membeli saham Proton.

* Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.

* Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.

* Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

* Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.

* Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.

* Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan

* Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.

4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:

* Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).

* Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).

* Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).

5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa

* Campur tangan terhadap tugas-tugas polis

* Mengganggu penyiasatan BPR

* Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan

* Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

* Keruntuhan makmal computer;

* Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;

* Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;

* Keretakan PULAREK; dan

* Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.

7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

* Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)

* Kes fiasco Tun Salleh Abbas;

* Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.

* Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.

* Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.

* Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.

* Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.

* Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan

* Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.

8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam

* Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;

* Kerugian pelaburan Tabung Haji;

* Kerugian RM15b Bank Negara;

* Kerugian RM40 juta AIM;

* Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan

* Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.

9. Menghina dan menyekat Islam

* Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;

* Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;

* Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;

* Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;

* Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan

* Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.

10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera

* Menutup dua MRSM di Terengganu;

* Menutup sekolah agama rakyat; dan

* Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.

Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:

* Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;

* Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;

* Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;

* Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan

* Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.

Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.-

(Via Readability)

Wednesday, May 23, 2012

Debat Segar PTPTN

by Mantot

 Siapa tengok debat Khairy - Rafizi semalam? Kalau ada sesiapa miss, boleh tengok dekat Youtube. Jangan tak tengok, rugi. Aku tak nak menulis panjang pasal ni sebab butir-butir mengenai apa benda yang diorang debatekan, baik kau tengok sendiri tapi aku lebih suka nak cerita pasal benda yang terjadi di belakang tabir debate tu. Agak susah kau nak jumpa perdebatan dua orang ahli politik yang lain ideologi tapi dilakukan secara civil dengan hujah berlandaskan fakta. Agak bosan jugak kadang2 kalau aku pegi ceramah Pakatan, asyik2 pusing isu sama, asyik2 salahkan orang lain.

Aku tak pernah pergi ceramah UMNO ni jadi aku tak tau apa diorang putar kat situ...lagipun....selalunya ceramah2 orang UMNO ni bangang topik dia...macam satu ceramah yang akan datang ni dekat rumah aku...Ezam Mohd Noor nak cerita pasal BONGKAR dan TIBAI. Dah boleh agak apa dia nak cakap. Takde faedah sangat layan benda camtu. Bodoh.

 Tapi semalam, debate politik yang disertai KJ dan Rafizi ni adalah sesuatu yang segar dalam dunia politik Malaysia. Tak banyak personal attack (kecuali bab RM237 juta yang Rafizi tanya mana pegi bila bapak mertua Khairy bawak keluar duit Petronas) tapi semua lebih kepada idea macam mana nak improve system higher education kita.

 Kalau kau ikut politik, lama-kelamaan kau akan sedar...politician kita sebenarnya kurang idea. Selalunya tak ada langsung sebab tu politician kita hire consultant. Negara kita sangat2 kekurangan orang yang mampu mengeluarkan idea yang dapat improvekan some things.

 KJ...satu masa dulu aku agak anti dia ni sebab cara dia yang agak brash tapi lama kelamaan dia dah jadi seorang politician yang matang. Ignorekan sebentar perhimpunan Patriot yang dipenuhi bangladeshi....Khairy Jamaluddin adalah satu-satunya politician dalam UMNO yang paling menonjol imejnya sebagai modern politician. Even 2 pencabar terdekat dia, Mukhriz dan Khir Toyo lebih kepada old school politician yang lebih mementingkan hierarchy dan kasta.

 Berbaliklah kita kepada idea Rafizi Ramli...apa yang dia sebutkan tu aku tak tau betul ke tidak. Satu, sebab kita tak tau betul2 apa operating cost untuk semua IPTA dan yang kedua, tak mudah seseorang individu yang mendapat keuntungan atas angin untuk let go apa benefit yang dia dapat, semata2 untuk menguntungkan masyarakat. Apa saja idea yang Rafizi sebutkan semalam lebih kepada best case scenario, kontrak2 konsesi dapat di null dan voidkan, hanya akan dapat berjalan jika orang-orang tertentu lebih gemar memikirkan mengenai kepentingan masyarakat. Tak semudah tu kan? Macam KJ ungkit pasal isu KUIS...orang ada perjanjian black and white 30 tahun ...macam mana nak batalkan? 

Bagaimanapun, kalau kau tengok dengan hati yang terbuka semalam, KJ seolah-olah admit...semua perjanjian konsesi adalah unfair kepada rakyat, kan? Kenapa nak pangkah BN lagi selepas debate semalam? Aku tak nampak reasonnya kenapa perlu pangkah BN. Even KJ takde point yang dia keluarkan untuk improve higher education. Dia cuma keluarkan fakta kenapa pendidikan percuma tak sesuai di jalankan dan PTPTN tak sesuai diabolish. Aku berharap KJ keluarkan fakta dari side dia pulak macam mana kalau dia nak implement free education....aku nak tengok idea dia, tapi tak ada.

 Takde pulak organizer tetapkan Rafizi pihak pencadang dan KJ pihak pembangkang, ke aku terlepas pandang? Rasa aku open debate semalam. Nak agree satu sama lain pun takde masalah apa? Jika aku seorang Melayu yang kurang berpendidikan...mana satu pilihan aku? Kerajaan yang kata takleh bagi free education atau alternatif yang kata it's possible untuk provide free education kat Malaysia? Kenapa aku perlu fikir pasal ekonomi negara dan pelbagai masalah lain kalau aku hanyalah seorang rakyat biasa yang wish aku dapat masuk universiti tapi aku tak mampu masuk sebab takde duit? Apa-apa pun...it's good to see ada pihak cuba mewujudkan politik sihat di Malaysia.

Kalau kau perasan dah banyak kali si Rafizi ajak KJ masuk Pakatan...aku tak berapa setuju dengan benda tu. KJ perlu stay dalam UMNO untuk jadi kontra kepada cabaran Pakatan Rakyat, sebab dia adalah satu2 nya orang dalam UMNO yang perjuangan politiknya lain dari pemimpin tertinggi UMNO yang lain. Politik kita perlu check and balance. Selagi KJ dalam UMNO, sekurang-kurangnya there is still hope for UMNO to change. Aku dah mual dengan politik2 kotor ni jadi agak refreshing untuk tengok debate malam semalam jadi kalau KJ join Pakatan...gerakan menyihatkan politik negara kita ni akan slow sebab it will always be modern politician against old school politician. Sama jugak macam kerajaan. Rakyat takkan untung kalau kerajaan yang ada terlalu kuat sehingga opposition tak mampu nak bersuara langsung. Kita akan lebih untung kalau wujud pro and contra, check and balance dalam sistem demokrasi kita.

 Kalau kau dah start terbuka sket minda tu, bolehlah start2 dengar radio BFM (89.9) dan Bernama 24 (93.9). Tapi aku suggest dengar BFM sebab dia tak bias langsung mana2 side...Bernama still banyak propaganda dia tapi still tolerable. Kalau kau rasa perdebatan semalam best dan sesuatu yang ganjil sebab takde unsur2 seks, sila layan BFM tiap2 hari sebab benda macam debate tu tiap2 hari terjadi dalam BFM ni. Kau nak dengar menteri cakap english berterabur? Berlambak2 dalam BFM ni.

 ps - Najib vs Anwar? Kah kah kah. Jangan harap. Set la tarikh dan masa nak debate...zoooomm....Najib tiba-tiba setuju pegi Perancis sebab memenuhi permintaan mahkamah Perancis.

Cursingmalay

Monday, May 14, 2012

N9 Ada EXCO Bodoh Tak Sekolah?

by mountdweller 

Busuknya hati

 Amaran keras akan diberikan termasuk menarik lesen berniaga sekiranya peniaga tertangkap ketika berniaga di ceramah pembangkang dengan menggunakan kemudahan yang diberi kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Sembilan, Datuk Yunus Rahmat berkata, pihaknya menerima aduan bahawa ada peniaga yang berniaga di tapak ceramah anjuran pembangkang di sekitar daerah ini.

 “Kita tidak menghalang mereka berniaga tetapi yang menyedihkan mereka menggunakan kemudahan dan peralatan diberikan kerajaan. “Baru-baru ini, kami berjaya mengesan ada peniaga berniaga menggunakan payung Fama di Kampung Bukit Serambai ketika ceramah Pas diadakan di sana," katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke Pasar Tani Kuala Klawang, awal pagi, semalam.

 “Pegawai Fama perlu melaporkan kepada saya sekiranya terdapat peniaga berniaga menggunakan peralatan yang mempunyai label jabatan kerajaan. “Kita memahami situasi peniaga yang mahu mencari rezeki dan kita tahu tidak semua peniaga itu menyokong pembangkang. Mereka hanya mengambil peluang berniaga sekiranya dipelawa pembangkang dan ia menjadi tempat mereka mencari rezeki,” katanya.

 Beliau berkata, malah ada peniaga yang tidak berlesen, namun dijemput pembangkang untuk berniaga dan ini menjadi masalah. “Selain itu, wang hasil berniaga itu akan diserahkan kepada pembangkang sebanyak 30 peratus dan ini secara tidak langsung mereka menyokong pembangkang,” katanya. Yunus berkata, selain lesen perniagaan ditarik semula, peniaga yang tertangkap juga perlu memulangkan semula kemudahan diberikan jabatan kerajaan terbabit.

 Sikap binatang yang ditunjukan umno, haramjadah orang nak berniaga pun mahu ugut ke, oiii bodoh get a life la, lu ingat harta kerajaan tu harta mak bapak lu je ke. Sedap mulut je nak ugut2. Kan punya bodoh pemikiran bila peniaga berniaga guna logo fama secara tak langsung Bn dapat promosi percuma la ngok. Apa lu ingat hata kerajaan tu BN yang punya. Lu diberi amanah jaga je, apa barang lu sibuk pasal porang nak berniaga kat mana. Semakin gua menulis gua lagi panas hati, jadi rakyat boleh menilai sendiri bertapa busuknya hati BN ni, haramjadah - Johorborn

Tak pandai aku nak bubuh tajuk untuk video hebat ini

Orang marah Ambiga. Orang marah pembangkang sebab merusuh. Najib kata demo untuk guling kerajaan. Orang UMNO kobar yang pendemo bersih adalah tindakan pengganas dan tak reti bersyukur pada kerajaan. Macam-macamlah mereka kata sebab mereka ada tv dan radio yang meluas liputannya.

Bodohnya mereka ialah semakin ramai rakyat ada access pada internet. Negara makin maju tapi Soi Lek aka pornstar semakin mundur!!


Macam cerita perang kata si pipiyapong..

Friday, April 27, 2012

Bersih 3.0 semakin hampir.

Hanya menuntut PRU yang lebih bersih. Siapa yang mempolitikkan isu ini itu dia punya pasal. Siapa yang bangang pun itu dia punya pasal. Bangang sebab tengok TV3 sapa suruh.

Menentang korupsi dalam pilihan raya agar ia bersih sesungguhnya ia adalah tanggungjawab bersama semua rakyat dalam sesebuah negara. Ini kerana kita tiada kuasa untuk memilih siapa jadi menteri, siapa jadi kabinet atau siapa jadi first lady secara khusus, namun dengan pilihanraya yang lebih terjamin bersihnya maka kita boleh percaya sesungguhnya yang akan naik jadi first lady nanti bukan orang yang boros serta poyo dan tidak cakap serupa bikin seperti mengajar orang menolak obesiti kononnya.

Abad ke21 ini segalanya perlu berubah ke arah yang lebih cermat dan telus. Bukan hidup bersandar pada khayalan serta dongengan TV3. Kita perlu maju dan lebih terbuka serta cerdik menerima apa jua bentuk maklumat agar FELDA tidak diwakafkan kepada sesetengah orang yang mengait buah kelapa sawit pun tidak reti. "Cuma pandai memandu Mercedes sahaja, what the ****".

Soal siapa penganjur dan apa track record beliau kini kita dah tak boleh ambil pusing. Kalau la maknyah ketua segala demo menentang pendudukan yahudi di Tebing Barat sekalipun aku akan sokong. Dia gay atau maknyah itu hal dia dengan tuhan. Dan kegay-an dia itu tidak hinggap pada masyarakat. Dan ini lebih baik dari mana-mana pemimpin yang kononnya bersih tapi merosakkan negara dengan satu sistem yang jauh lebih keji dari pasukan "LION KING".

UMNO tidak usah menyalak berlakon alim dari ulama la. Aku percaya kalau bukan kamu yang memerintah nanti aku yakin kamu juga akan buat demo hampir setiap minggu menuntut yang bukan-bukan seperti lot pasar malam atau tapak meniaga dalam KLCC  dsb. Jadi kita tengok nanti.....

Friday, December 9, 2011

Kenyataan Abu

9 Disember, 2011: Kami merayu dan menyeru kepada semua; pekerja, petani, nelayan, persatuan dan pertubuhan, badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO), parti politik komponen Barisan Nasional, kecuali UMNO, parti pembangkang atau parti politik bebas, golongan profesional, ahli akademik dan cendiakawan, mahasiswa, karyawan, para artis dan pekerja seni, malah semua kelompok rakyat tersisih dan tertindas (marginalised) seperti kumpulan Mat Rempit, gelandangan (homeless), penganggur (jobless) dan lain-lain supaya melahirkan dengan nyata (melalui kenyataan media seperti ini atau tunjuk perasaan dan sebagainya) rasa tidak yakin kita masing-masing terhadap UMNO yang sudah tidak sedar diri, korup, angkuh, menindas, zalim dan kebelakangan ini BODOH SOMBONG!!!
Kini bukan masanya lagi untuk kita terus mendiamkan diri dan tidak mahu ambil tahu, kecuali anda rela mewariskan Malaysia yang musnah kepada generasi akan datang. Masihkah kita tidak nampak atau sengaja mahu membiarkan saja apabila sisa-baki hak demokratik rakyat yang hanya tinggal secebis itu pun dinafikan, manakala segala tuntutan rakyat terus diabaikan?


Sepanjang pemerintahan UMNO/BN kita semua juga sebenarnya telah bersama-sama menyumbang –akibat sikap kita yang 'biarkanlah', 'tidak kisah' serta 'ignorant', dll– dalam menyemai kuasa kuku besi pemerintah yang kejam hinggalah kini kuasa itu menjadi parah dan terlalu mencengkam.


ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang UMNO/BN amalkan, lantas dengan tidak teragak-agak menolak UMNO/BN.


Kesan yang kini dirasai rakyat ialah kenaikan harga barang yang melampau. 80 peratus rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sarahidup yang semakin tinggi. Sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya hidup dengan mewah sekali.


Kewujudan undang-undang kejam yang menekan dan menzalimi rakyat sehingga teguran dan rintihan rakyat tidak dipedulikan. Bantahan rakyat dengan angkuh diperangi secara kejam dan ganas. Kini timbul pula undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang langsung tidak masuk akal.


Politik perkauman digunakan untuk menakutkan rakyat. Taktik ‘pecah’ dan ‘perintah’ dilaksanakan untuk menutup berita penyelewengan dan rasuah serta boros dan tamaknya pemimpin-peminpin UMNO/BN ini. Selama pemerintahan UMNO/BN rakyat Malaysia didodoikan dengan slogan perkauman sempit. Kini isu agama dicipta dan diapi-apikan untuk memastikan kelangsungan jangkahayat politik UMNO/BN.


Kini keselamatan rakyat akan terancam dengan kewujudan kilang Lynas dimana kesan radioaktif akan membahayakan mereka. Alasan petroleum semakin kering digunakan bagi kononnya mencari sumber ekonomi yang baru malah wang simpanan Negara telah masuk ke dalam poket pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya. Lynas akan menjamin keuntungan mereka walaupun membahayakan rakyat.


Operator-operator kami di seluruh Negara sudahpun menjalankan kerja-kerja penerangan kepada rakyat, termasuk anggota polis, tentera dan kakitangan awam agar lebih celik kepada pembohongan dan kekejaman yang dilakukan pada mereka oleh UMNO/BN.


Kini, ketika cebisan harapan hak-hak rakyat dalam keadaan uzur kritikal yang hampir saja mustahil dapat dipertahankan akibat dibantai pemerintah selama ini, apakah lagi alasan dapat mewajarkan ketakutan dibiarkan bermaharaja-lela membungkam suara hati kita?


Apabila tuntutan rakyat tidak dihiraukan malah terus saja dipersendakan pemerintah, cukupkah sekadar bersandarkan alasan-alasan ideal (umpamanya; apolitical, non-partisan, impartial dan macam-macam lagi) sebagai lapik indah. Sudah tiba masanya bagi kita untuk tidak lagi menghalalkan sifat 'dayus' dan 'bacul' kita dengan terus kekal takut untuk bangkit berjuang menyatakan pendirian dan terus menolak UMNO/BN.


Dengan ini kami umumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.00 malam satu forum besar-besaran akan diadakan di KL-Selangor Chinese Assembly Hall. Forum yang akan dihadiri oleh rakyat dari seluruh Negara ini akan juga membuat satu lagi pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di Negara Malaysia

Friday, November 18, 2011

Berapi pedas buat taasub buta

"Pada saat pihak lain ‘mengangkat keris’ dan melaungkan-laungkan ‘hidup bangsa’ dengan merendah-rendahkan martabat kaum lain, kami di Kelantan mengangkat ‘persamaan darah’ dan keturunan di tempat yang sepatutnya serta menafikan sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan dan diskriminasi kaum"

TGNA