Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label Perkasa bingai. Show all posts
Showing posts with label Perkasa bingai. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Sudahlah...

AHLI PERKASA PENENTU KEMENANGAN CALON PRU KE 13 : IBRAHIM ALI - mStar

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin mereka berupaya memainkan peranan besar dalam menentukan kemenangan mana-mana calon dan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang berikutan keahliannya yang semakin bertambah di setiap negeri.
Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk meminta ahli Perkasa supaya tidak mengundi mana-mana calon yang didapati menghina Islam dan menguris hati orang Melayu.
"Walaupun kami bukan parti politik, kami mempunyai hampir 300,000 ahli di seluruh negara.

*merepek apa? Bingai

Wednesday, June 15, 2011

Kenapa selalunya blog ini mencela Barisan Nasional

Kerana Barisan Nasional itu adalah satu kumpulan yang diberi tanggungjawab memerintah tapi terlalu gagal kerana masalah korupnya yang dia sendiri tidak boleh nak selindungkan.

Negara ini adalah demokrasi maka kita ada pilihan. Di beri peluang hampir 5 tahun sekali dan kenapa kita tidak ambil peluang keemasan ini.

Iya betul mungkin Pakatan Rakyat juga korup serta rasuah. Namun dengan otak yang di kurniakan ini bukan masa untuk kita bergurau dan berlawak. Ini adalah sangat sensitif. Kesilapan kita mungkin, akan ada yang makan pasir atau akan gugur satu sistem yang positif.

Lebih 50 tahun UMNO dan BN itu memerintah, kita menyaksikan satu persatu sistem demokrasi itu layu, patah serta gugur. Kerana kerakusan mereka dalam pemerintahan sedikit demi sedikit negara ini semakin rendah kualiti jika di bandingkan dengan negara-negara yang pada asalnya kita tinggalkan jauh dalam sudut integriti, moral, kekayaan sumber , keadilan, keterbukaan dll.

Tiada negara yang lebih baik sistemnya melainkan pasti berlaku penukaran parti yang memerintah. Kenapa itu perlu anda runsing? Sumbernya tetap sama dan tiada apa yang berubah. Yang berubah cuma corak pentadbiran dan batang tubuh individu terlibat. Tiada banggunan yang bertukar dan tiada tiang lampu yang akan di alihkan. dan kita di beri peluang untuk menukar corak itu setiap lima tahun. Tidak lama dan tidak sempat untuk kita bangkrap kerana itu. Percayalah. Namun kalau kita bagi lagi UMNO dan BN peluang selama 50 tahun untuk mentadbr negara ini barulah justifikasi yang kukuh untuk melihat kehancuran itu.

Zaman maklumat yang tidak terbatas ini kita dapat lihat perubahan. Peralihan sokongan di bandar dan bekunya statistik untuk menukar lambang di kalangan orang luar bandar. Logiknya cukup mudah untuk kita faham. Siapa yang silap dan siapa yang benar dalam memangkah calon. Bukan bermakna yang di bandar tidak pandai/tidak berterima kasih/populasi kaum tetapi banyak mana penerimaan maklumat itu yang diterima. Maka gerak gempur kini perlu di luar bandar. Fokus perlu jadi 70/30 hanya di luar bandar.

Support bersih. Betulkan kembali dahan SPR yang telah layu. Biar pertarungan dalam PRU13 ini menggambarkan kekuatan parti yang bertanding secara asli dan muktamad. Dan kita pencenkan Ibrahim Ali yang busuk hati itu. Mahathir juga perlu fokus pada cucu-cicitnya pula.

Nanti gua sambung lagi....

Tuesday, March 15, 2011

Chin Fa Kui kemain la sibuk skang ni.

Tapi Maximus steady je senyap. Menteri yang lagi la tak berkenaan dengan tenaga dan power plant lagi la diam seribu bahasa. Cakap kang kena hentam dalam blog. Kahkahkah.

Tapi mutakhir ni Rosmah yang rajin bercakap. Tenggelam terus suara TPM 1Malaysia. Ape ke he? Haha.. eloklah Rosmah jadi PM lepas ni.

Lagi bangang GAPS dan Perkasa sibuk pasal dna Anwar. Yang ni gua rasa bagi Maximus tolong jawapkan. Bodoh bebenar. Apa ke diaorang ingat telah berubah ke dna tu. Sengal pasal dulu monteng kelas sains pegi mandi sungai. Atau salinan dna dah takda pasal tak sempat nak buat backup pc kena serang virus??

Kahkahkah.. lawak 1Malaysia.

posted from Bloggeroid