Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label maklumat. Show all posts
Showing posts with label maklumat. Show all posts

Sunday, March 8, 2015

AWASI PELAMPAU HADITH

Pada 28 dan 29 Ogos tahun 2007 saya telah berkesempatan menghadiri Seminar Kebangsaan Tokoh-Tokoh Hadith Pasca Kurun Ke-13 Hijrah: Kesarjanaan dan Sumbangan, anjuran Bahagian Pengajian Islam Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Mufti Negeri Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin, dalam kata aluannya telah memetik kata Ibn Taimiyyah bahawa manusia yang paling berhak menjadi firqah najiyah (golongan yang selamat) ialah ahli hadith dan sunnah, yang dapat membezakan antara hadith yang sahih dan yang cacat, yang memahami dan mengikutinya zahir dan batin. Tiada apa yang kita tidak persetujui dalam kata-kata ini. Sesiapapun tidak mahu terkeluar dari golongan yang selamat tidak kira apa nama yang diberikan kepada golongan itu.

Siapakah ahli hadith dan sunnah (AHS)? Takrifnya yang ringkas dan mudah ialah mereka yang mencintai sunnah dan memusuhi bid'ah. Mereka gemar menggelarkan diri mereka sebagai pembela sunnah dan pengikut jalan golongan salaf. Kerap kali mereka dirujuk sebagai golongan salafi (salafiyyah) dan digolongkan sekali dengan golongan wahhabi. Tokoh-tokoh yang dianggap pejuang aliran pemikiran ini ialah Ahmad b. Hanbal, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad b. Abd. Wahhab dan lain-lain lagi. Kita tidak berhasrat membicarakan tentang nama atau gelaran yang diguna atau diberikan. Yang mahu kita bahaskan ialah aliran pemikiran yang dibawa dan diperjuangkan oleh hadith semasa berdasarkan kepada apa yang ditulis dan dibincangkan dalam seminar tersebut.

Apakah ciri utama AHS? Dari segi kepimpinan, mereka dipimpin oleh orang-orang yang dianggap pakar dalam bidang ilmu hadith. Kebanyakannya mendapat pendidikan di pusat-pusat pengajian hadith di Benua India, manakala di Timur Tengah pusatnya ialah di Madinah. AHS percaya bahawa umat Islam secara umumnya telah lari dari landasan sebenar syari'at Islam berpunca dari apa yang dianggap penyelewengan terhadap tafsir al-Qur'an dan penyebaran hadith-hadith yang dianggap daif (lemah) dan maudu'(palsu). Walaupun al-Qur'an diakui sebagai sumber hukum yang tertinggi, namun tafsirnya yang sah bagi mereka tetap bersumber kepada hadith. Justeru, perjuangan utama mereka ialah memastikan status setiap hadith yang dipetik dalam sebarang disiplin ilmu adalah sahih. Inilah agenda utama mereka, dan usaha-usaha ini mereka anggap sebagai usaha tajdid (pembaharuan/reform). 

Bagaimanakah usaha-usaha tajdid ini dilakukan? Tajdid mengandaikan bahawa berlaku kemunduran dan salahfaham yang berleluasa terhadap pemikiran dan amalan umat Islam. AHS melihatnya sebagai berpunca dari penyimpangan dari 'manhaj salaf' oleh itu usaha-usaha pembaharuan yang menyeluruh hendaklah dilakukan terhadap korpus pemikiran Islam dengan membersihkannya dari 'unsur-unsur luar' serta hadith-hadith yang diragui tarafnya.

Maka bermulalah usaha-usaha gigih para ahli hadith memeriksa dan menyelidiki kesahihan hadith-hadith yang dipetik oleh para ilmuwan silam dalam karya-karya mereka. Pada dasarnya usaha-usaha ini adalah baik dan patut diteruskan dengan bersungguh-sungguh dan sistematik. Usaha-usaha mentahqiqkan manuskrip dan mentakrijkan hadith-hadith yang dipetik adalah sumbangan ilmiah yang penting.

Walau bagaimanapun, dalam keghairahan AHS kononnya mengembalikan umat Islam kepada landasan salaf, telah timbul fitnah yang besar terhadap Turath pemikiran Islam, para ilmuwan yang menghasilnya, dan disiplin ilmu yang diwakilinya. Para Mutakallimun, Fuqaha' dan Sufiyyah telah diserang dan diperlecehkan. Ilmu Kalam, Mazhab Fekah, dan Ilmu Tasawwuf ditohmah dan dituduh dengan berbagai tuduhan dan dikaitkan sebagai punca kemunduran dan perpecahan. Nama-nama seperti al-Ghazali, Ibn Arabi, al-Jili dipandang sinis dan penuh rasa curiga. Tidak terlepas ialah para ahli hadith terdahulu termasuk al-Bukhari apabila hadith-hadithnya dipertikaikan kesahihannya oleh pengkaji semasa.

Adakah ini suatu kemalangan yang tidak dijangka? Ataupun ia natijah kejahilan dan keangkuhan? Berdasarkan pengamatan saya terhadap kertas kerja yang dibentangkan seminar di atas dan juga pengalaman-pengalaman yang lalu berhadapan dengan mereka yang menggelar diri AHS saya lebih cenderung untuk menyimpulkannya sebagai natijah kejahilan dan keangkuhan: gabungan yang menghasilkan kebiadaban. Yang pertama bersifat epistemologikal, manakala yang kedua adalah moral.

Menyelidik dan mengenalpasti sumber pengambilan sesuatu hadith adalah satu perkara, manakala memberikan penilaian terhadap karya, pengarang dan disiplin ilmu yang berkenaan berdasarkan semata-mata kepada kriteria-kriteria yang digariskan oleh ahli hadith adalah perkara lain. Kerap kali kegagalan pengkaji hadith tertentu menemui sanad yang sahih bagi sesuatu hadith menjadi alasan bukan sahaja bagi menolak hadith berkenaan bahkan juga bagi menimbulkan keraguan terhadap kewibawaan ilmiah orang yang memetiknya dan disiplin ilmu yang dibahaskannya. Mereka inilah yang saya sifatkan sebagai pelampau. Mereka telah melampaui batas-batas yang menta'rifkan kegunaan dan manfaat ilmu hadith dan menyangka seluruh ilmu itu berasaskan kepada hadith dan manhaj ahli hadith. Semua ini berpunca dari kejahilan terhadap epistemologi.

Adakah 'penemuan' hadith-hadith yang dikategorikan sebagai daif dan mauduk dalam karya-karya besar khususnya dalam bidang tasawwuf sebenarnya penemuan? Ataupun ia patut dikategorikan sebagai hasil kerja separuh masak? 
Walaupun kita tidak mengatakan para ulama dahulu maksum, yakni terlepas dari kesalahan dan kesilapan, termasuk kemungkinan mereka memetik hadith yang daif, bahkan palsu sekalipun, tidak ada salahnya kita berbaik sangka dan merendah diri kepada mereka memandangkan kepada jasa yang telah mereka taburkan selama ini. Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh kita pertimbangkan dalam menjelaskan perkara ini. 

Pertama, perbezaan kriteria dalam menentukan taraf sesuatu hadith. Apa yang sahih bagi seorang ahli hadith belum tentu menepati syarat-syarat sahih bagi yang lain. Dalam soal menentukan kebolehpercayaan (thiqah) seseorang periwayat masih banyak yang boleh diperdebatkan.

Kedua, soal kategori hadith-hadith yang dibicarakan. Hadith-hadith yang menyentuh amalan dan hukum-hakam yang melibatkan kebanyakan orang biasanya memiliki rangkaian sanad yang lebih meluas kerana ia dimaksudkan untuk amalan masyarakat umum, manakala hadith yang menyentuh soal-soal kerohanian yang hanya difahami oleh segelintir orang tentulah tidak mempunyai rangkaian sanad yang meluas. Justeru, adalah sukar sekiranya kriteria yang dikenakan pada hadith-hadith hukum juga mahu dikenakan terhadap hadith-hadith kerohanian. Kebanyakan kitab-kitab kumpulan hadith adalah disusun menurut bab-bab fekah amali sedangkan bukan semua hadith tergolong dalam golongan ini. Hadith-hadith yang menyentuh soal kerohanian tentulah tidak sepopular hadith-hadith hukum yang lebih meluas diketahui. Hadith-hadith yang biasa dipetik oleh golongan sufi adalah untuk golongan tertentu dan kita boleh andaikan ia melalui sanad-sanad yang tertentu. Rasulullah sendiri menegaskan prinsip manusia hendaklah diseru tentang agama berdasarkan kemampuan akal masing-masing. 

Ketiga, soal kedudukan hadith berkenaan dalam keseluruhan perbincangan. Seorang ulama yang berwibawa tidak akan menyandarkan perkara-perkara teras dalam disiplin ilmu yang dibicarakan kepada asas-asas yang diragui kebenarannya. Justeru, kalaupun ada hadith-hadith yang daif ataupun yang mauduk sekalipun yang dipetik, ia hanyalah bagi menyokong pokok persoalan, bukan sebagai dasar persoalan. Dalam kata lain, sekiranya hadith berkenaan tidak dimasukkan sekalipun pokok persoalannya tidak sama sekali terjejas. 

Keempat, berkenaan hadith mawdu', sekiranya ada sekalipun tidak mungkin ia dipetik secara sengaja atau sedar, yakni dilakukan dengan tujuan membohongi Rasulullah. Takkanlah orang seperti al-Ghazali dan Ibn Arabi sengaja menempah tempat dalam neraka? Kalaupun dapat dibuktikan apa yang dikatakan hadith itu sebenarnya adalah pembohongan (rekaan) yang dinisbahkan kepada Rasulullah, orang yang memetiknya mungkin tidak mengetahuinya dan perbuatannya itu tidak termasuk dalam 'pembohongan' yang disengajakan. Kemungkinan besar hadith itu dipilih kerana maknanya yang baik dan ia tidak bersalahan dengan dasar-dasar agama. Kesilapan yang dilakukan lebih bersifat teknikal, bukannya epistemologikal ataupun moral.

Kesemua kemungkinan-kemungkinan yang disebutkan ini boleh difikir dan dipertimbangkan sekiranya kita bermula dengan sangkaan baik terhadap para ilmuwan dahulu. Ini sebenarnya selaras dengan perintah Rasulullah sendiri: “Bersangka baiklah terhadap orang-orang mukmin”. Malangnya ini tidak berlaku. Para pelajar dan sarjana hingusan tanpa segan silu menyenaraikan jumlah hadith-hadith daif dan palsu yang mereka temui dalam karya-karya agung ulama' silam. Apabila menghukumkan Ibn Arabi, Hamzah Fansuri dan pendokong Wahdatul Wujud sebagai sesat, tidak pula mereka itu menghalusi 'sanad' yang mereka gunakan dalam menjatuhkan hukuman itu. Mereka memetik dengan sewenang-wenang kenyataan-kenyataan yang dibuat terhadap orang-orang yang dimaklumi kewibawaannya oleh orang-orang yang tidak mereka ketahui kewibawaannya. Buktinya mereka tidak nyatakan sebab kenapa mereka bersetuju (lantas memetik) pendapat berkenaan. Ataupun mereka hanya berminat meriwayatkan kata-kata dan tidak peduli benar-salah kata-kata berkenaan? Mungkin juga mereka sememangnya tiada keupayaan ilmiah untuk membuat penilaian? Ataupun mereka memang sengaja mahu meruntuhkan kewibawaan yang sah dengan menyebarkan fitnah dan menimbulkan keraguan? 

Semua ini hanya meyakinkan saya bahawa ancaman sebenar kepada pemikiran umat Islam hari ini bukannya datang dari kaum orientalis, tetapi dari golongan pelampau yang telah meruntuhkan dasar-dasar epistemologi Islam. Mereka bukanlah ilmuwan sebenar, akan tetapi dalam masyarakat yang umumnya buta si rabun pun boleh menjadi raja.

Jong Kong

Friday, December 19, 2014

Pdf percuma!

Alhamdulillah, Sila muat turun pdf Ahlus Sunnah Wal Jama'ah secara PERCUMA menjawab Wahhabi dan Syiah. 

AL BAYAN - terbitan Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Johor. Menjawab persoalan Aqidah, syariat dan akhlaq. 

1. Maulidul Rasul 
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_1_maulidurrasul_.pdf

2. Talqin dan 100 Kitab Menolak Wahhabi
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_2_talqin_dan_100_kitab.pdf

3. Doa Qunut, Zikir dan Wirid 

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/al-bayan_3_qunut_zikir_dan_wirid_bidah.pdf

4. Amalan Sunnah Mengiringi Solat Fardhu
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_4_amalan_sunnah_.pdf

5. Kenduri Arwah, Menziarahi Maqam Nabi, Menggerakkan Jari Ketika Tahiyyat
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_5_kenduri.pdf

6. Menjawab Persoalan Tawassul

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_6_tawassul.pdf

7. Tareqat dan Tasawwuf
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_7_tariqah_dan_tasawwuf.pdf

8. Barzanji
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_8_berzanji_2009.pdf

9. Menjawab Persoalan Bid'ah

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_9_bidah.pdf

10. Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_18_akidah_ahli_sunnah_ok.pdf

11. Kepentingan Mazhab

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14_mazhab.pdf

12. Bahaya Islam Liberal

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_21_bahaya_Islam_libral_adli_712.pdf

13. Kebatilan Aqidah Syiah

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/kebatilan_akidah_syiah_22_.pdf

14. Kebatilan Aqidah Syiah 2

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/akidah_syiah_2_23_.pdf

Sumber : http://mufti.johor.gov.my/terbitan/al-bayan

SILA MUAT TURUN DAN SEBAR-SEBARKAN !.

Friday, May 9, 2014

Penyelesaian cara orang bodoh

Alasan kenaikan barang kebiasaan alasan ialah perkara tersebut tidak boleh dielakkan. Seterusnya solusi ialah beban berterusan terpikul diatas bahu rakyat. Perkara ini berterusan berlaku dan terus berlaku.

Sepertinya

Seorang bapa yang semakin tidak berkemampuan untuk menyara isi rumah dan banyak memotong belanja ahli yang lain namun pada masa yang sama saban waktu memperhebat gaya pakaian serta kereta bagi kegunaan sendiri.

Wednesday, April 2, 2014

#MH370

Tiada jawapan yang solid berkenaan tragedi hitam ini. Yang ada cuma spekulasi yang tidak berkesudahan. Kita hanya boleh menanti sambil menggetap bibir kegeraman melihat kucar-kacirnya pengurusan bencana kali ini.

Yang fedup terus bukak cerita upin dan ipin. Tak kuasa nak meneliti setiap bait perkataan yang keluar dari mulut sang menteri.

Teruslah berdoa agak natijahnya baik untuk kita serta negara....

Wednesday, November 6, 2013

Ini masalahnya kalau terlalu cerdik

Friday, August 30, 2013

Kenapa Mursi digulingkan?

Apa yang paling ditakuti Israel?

Sebilangan rakyat Israel berkata, penggulingan Mursi sangat penting untuk Israel berbanding 'kejayaan' mereka pada 1967. Ketika itu, Israel menakluki dan menahan tentera Mesir, Syria, Jordan dan Iraq.

Namun, bagi Israel, penggulingan Mursi adalah jauh lebih penting berbanding kejayaan itu. Ini kerana Israel takut Mursi akan menukar keseluruhan jajahan Israel itu.
Mungkinkan sempadan Sinai menjadi sebab Mursi digulingkan?

Sinai diduduki Israel kira-kira 20 tahun dari 1967-1975. Sinai amat berharga kepada Mesir selepas menawan semula wilayah itu. Wilayah Sinai terletak antara sempadan Mesir dan Israel.

Maka itu, kami merasakan jika Sinai diambil sekali lagi oleh Israel, perkara itu amat merbahaya dan mustahil untuk mendapatkannya semula.
Itu sebabnya, kami menghargai tentera sekiranya mereka boleh menumpukan perhatian penuh di Sinai.

Apakah jasa Mursi terhadap wilayah Sinai?

Mengikut perjanjian Kem David dalam perjanjian Israel dengan Presiden Anwar Sadat dahulu, tentera Mesir tidak berhak berada di Sinai dengan kelengkapan tentera berat. Kawasan itu dipecah kepada tiga bahagian.

Di kawasan A, tentera dibenarkan membawa meriam, di kawasan B, tentera dibenarkan membawa beberapa senjata dan di kawasan C, tentera hanya dibenarkan membawa senjata ringan.

Tetapi Mursi mahu tentera mengawal sempadan itu dengan jumlah yang ramai, lengkap dengan meriam dan senjata. Tindakan ini bagi menunjukkan kepada Israel bahawa kepimpinan beliau lain daripada kepimpinan Mubarak

Mengapa Arab Saudi sokong tentera?

Mursi berhasrat mewujudkan projek mega di rantau Terusan Suez. Projek ini mampu memberi keuntungan besar kepada Mesir dalam tempoh 10 tahun, sekali gus menjadikan negara itu sebagai negara mempunyai kuasa ekonomi terkuat dunia.

Perkara itu pernah disuarakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun (Dr) Mahathir (Mohamad). Tetapi perkara itu tidak disenangi UAE kerana boleh membunuh Dubai.

Kesimpulannya anda boleh mengetahui mengapa penggulingan Mursi penting buat AS, UAE dan Arab Saudi. Kita juga boleh melihat permainan mereka ketika penggulingan kerana ada yang menyalurkan bantuan kewangan dan sokongan moral terhadap kerajaan sementara.

Apakah pandangan saudara tentang tentera?

Saya suka tentera negara saya. Saya memerlukan mereka dan saya bangga dengan mereka kerana kami meraih banyak kemenangan. Peranan tentera bukan untuk memerintah, tetapi untuk menjaga keselamatan di sempadan.

Apa yang terjadi sekarang, mungkin tentera tidak suka untuk beroperasi secara elit. Mereka mahu mengembalikan semula (pemerintahan) secara paksa. Ini bukan caranya.

Siapakah yang meracuni pemikiran dan tentera untuk melakukan rampasan kuasa?

Ketika sebulan sebelum rampasan kuasa Al-Sisi berkata dalam satu deklarasi: "Jangan bermain dengan tentera kerana tentera seperti api". Selepas itu, kami semua mengatakan perkara ini sangat bagus, sekiranya tentera tidak mahu kembali dalam pemerintahan dan membiarkan orang awam memerintah. Tetapi apa yang berlaku kumpulan sekular, liberal dan kumpulan minoriti membuat spekulasi yang tentera tidak berkuasa dalam pemerintahan Islam.

Apa yang berlaku, kumpulan ini meminta tentera menyelamatkan Mesir dengan perjanjian sekiranya tentera mengambil semula kuasa dari Islamis maka kuasa tentera akan dikembalikan semula.

Benarkan Mursi menganiayai hakim empat hari sebelum digulingkan?

Badan kehakiman menentang Mursi sejak hari pertama beliau bergelar presiden. Hakim berkomplot dalam rampasan kuasa. Rampasan kuasa dilakukan lima pihak, tentera, polis, media, hakim dan kumpulan liberal. Mereka semua berhasrat untuk menjadi pemimpin politik.

Mereka juga mendapat campur tangan daripada pihak berkuasa Al Azhar dan gereja.

Mursi bertindak tegas terhadap hakim kerana tindakan badan kehakiman membebaskan kesemua tahanan bersalah, termasuk tahanan ketika era rejim Mubarak. Tindakan itu dilakukan atas kehendak hakim, termasuk menafikan semua tuduhan.

Hakim juga membebaskan kesemua penyerang pintu masuk rumah presiden dan cuba membunuh Mursi. Hakikatnya, mereka sebenarnya adalah tentera dan polis. Kebanyakan hakim mempunyai latar belakang kepolisian. Selepas mereka tamat menjadi polis, mereka akan menyertai badan kehakiman.

Bagaimanakah cubaan awal untuk meminta Mursi melepaskan jawatannya?

Mengikut maklumat daripada seorang hakim pada ucapan terakhir Mursi, seorang tentera mengarahkan beliau membaca satu kenyataan, berbunyi: "Pada hari ini, saya (Mursi) akan meletak jawatan" tetapi Mursi tidak membacanya dan memandang pegawai tentera itu dengan tajam.

Mengapa beliau membatalkan beberapa deklarasi pada hari angkat sumpah sebagai presiden?

Deklarasi itu dibuat oleh hakim, manakala perlembagaan dibuat oleh ratusan penggubal undang-undang, kebanyakan adalah daripada pembangkang. Apa yang menghairankan, seorang daripada mereka meletak jawatan serta-merta selepas balik dari Israel.

Maknanya beliau sudah mengetahui akan berlaku rampasan kuasa. Dalam perlembagaan tersebut syarat paling utama, presiden tidak boleh digulingkan dengan cara demonstrasi tetapi mengapa Mursi digulingkan dengan cara demonstrasi?

Kedua, deklarasi itu ditolak Mursi kerana mereka mahu ketepikan imej Islam. Mursi berkata, jika mereka mahu membatalkan deklarasi, mereka boleh mewujudkan satu jawatankuasa kerana perlembagaan bukan al-Quran dan mereka boleh membuat apa juga pindahan.

Bagaimana kerajaan sementara memburukkan Al Azhar?

Kerajaan sementara menggunakan polis dan imam Al Azhar untuk memberikan maklumat salah kepada pro Mursi di Rabaa dan Nadha.

Mereka memutar belitkan fatwa daripada Mufti Mesir, Sheikh Ali Juma'ah, yang kononnya menyatakan ‘pro Mursi adalah puak khawarij dan darah khawarij mengikut Islam adalah halal’. Seorang pegawai berkata, selepas mendengar fatwa itu, beliau mengaku membunuh 80 orang pada hari tersebut.

Selepas rampasan kuasa, bagaimanakah masa depan media di Mesir?

Sejurus tentera berkuasa, mereka menutup semua saluran media Islamis. Sebanyak 17 stesen ditutup pada hari pertama. Maknanya tentera mahu satu saluran sahaja untuk diikuti rakyat. Mereka mahu mempengaruhi fikiran rakyat.

Original Page: http://fb.me/2hzm25M5D

Sunday, July 14, 2013

Untuk survival hidup

Boleh dipraktikkan. Juga jimat belanja sementelah harga barang yang meningkat naik sekarang.

Thursday, April 18, 2013

Mengundi BN satu kemestian

 

Di Malaysia, mengundi BN merupakan satu kemestian dan kewajipan. Walaupun negara kita merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan, namun sebenarnya kita tiada pilihan selain memilih Barisan Nasional sebagai pemerintah negara kita.
Sumber gambar
Sebabnya adalah kerana BN sebenarnya bertanding dengan siapa? Di dalam media2 utama di televisyen2 dan akhbar2 perdana hanya menyiarkan berita2 mengenai BN seolah2 hanya mereka yang bertanding dalam PRU13. Hanya BN yang mendapat liputan, hanya BN yang berkempen, hanya BN yang ditemuramah, hanya wakil2 BN yang dipanggil dalam rancangan wawancara dalam membincangkan isu2 politik. Malah hanya iklan BN yang wujud dalam TV seperti lagu Sayangi Selangor Yakini BN yang berulang2 kali dimainkan. Tapi bukan main lagi bersungguh2 nak rampas balik Selangor sampai ada lagu keluar kat TV. Negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah takde lagu ke?
Jangan kata kat TV dan radio sahaja, kat Youtube, Twitter, Yahoo dan lain2pun hanya ada iklan kempen BN sahaja. Mana ada iklan PR kat website2 popular? Macam mana nak jaga kerajaan kalau duit pun takde. Nampaknya hanya BN yang benar2 bersungguh untuk berkempen walau perlu keluarkan belanja yang banyak dengan menggunakan duit mereka sendiri.  


Hanya BN yang mempunyai manifesto pilihanraya yang telah dilancarkan di sebuah acara yang gilang gemilang dan disiarkan secara siaran langsung untuk tontotan seluruh rakyat Malaysia. PR ada manifesto ke? Tak pernah tengok kat TV pun? Adakah media2 perdana ni tak sedar kewujudan PR atau memang PR tu memang tak wujud dan tidak bertanding kat pilihanraya?

Yang aku tahu mereka hanya wujud di media perdana dengan cerita2 buruk sahaja seperti isu air, Talam, demonstrasi, skandal seks, liwat dan segala jenis macam keburukan. So buat apa kita undi PR lagi kerana segala keburukan mereka telah didedahkan dalam berita dan mereka takde pun keluar kat TV untuk memberi penjelasan dan pertahan diri mereka. Tak seperti pemimpin2 BN, segala dakwaan yang dilemparkan kepada mereka, mereka pasti keluar TV untuk defend diri mereka dan jelaskan perkara sebenar.  

Malah, aku baca di suratkhabar perdana berita mengenai ulama Kelantan telah mengeluarkan hukum bahawa haram undi DAP, PAS dan seluruh pembangkang secara amnya, so buat apa nak undi mereka lagi sebab ianya haram, kalau undi lagi mestilah berdosa.



Dan yang cakap tu ulama, bukan cuma orang2 biasa je. Sapalah kita nak pertikai cakap ulama yang  ilmunya bernilai RM2 juta tu.
So secara matematiknya, undi BN adalah wajib. Ini kerana mufti cakap mengundi itu wajib. Bila dah haram mengundi PR, maka secara tak langsung mengundi BN itu juga wajibseperti yang telah ditekankan oleh Ayahanda pertubuhan 3 line (JATI) iaitu Datuk Dr. Hasan Ali. So tiada alasan lagi untuk tidak mengundi BN.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sebenarnya aku tak kisah pun sapa2 menang hatta BN atau PR. Kalau majoriti pilih BN, kita kena ikut suara majoriti. Kalau majoriti pilih PR, kita juga kena akur dengan suara majoriti, sebab negara kita negara demokrasi. Tapi yang sebenarnya demokrasi sebenar tak pernah wujud di Malaysia. Kita dipaksa untuk memilih satu parti sahaja. Tidak memilih parti itu membuatkan anda seorang penderhaka, pengkhianat negara, berdosa, tidak mengenang jasa dan akan membuatkan negara tidak aman, huru hara dan bankrap.

Seperti juga dalam sebuah pertandingan bintang paling popular di antara 2 selebriti, yang seorang selalu diberi peluang keluar kat media, TV, suratkhabar, majalah, ditemuramah dalam rancangan bual bicara, cerita2 yang keluar pulak semuanya cerita baik2 je. Yang seorang lagi jarang diberi peluang keluar kat media, kalau keluar pun mesti kat rancangan gossip cerita pasal kisah kontroversi itu ini yang buruk2 sahaja dan tidak pula diberi peluang untuk membela diri. Rasa2 siapa yang akan menang? Rasa2 adil ke pertandingan antara 2 selebriti ini?

So berbalik kepada situasi PRU13 ni, aku tanya korang balik, terutama penyokong BN, korang rasa adilkah pertandingan itu? Perlu ke korang buat macam tu semata2 nak menang? Korang rasa korang tak boleh menang ke kalau tak buat macam tu? Korang tak yakin ke boleh menang kalau peluang dan hak yang sama rata diberikan kepada PR untuk muncul dan berkempen di media2 utama?

Sejujurnya aku boleh katakan BN memang ada harapan besar untuk menang, tapi rasa2nya korang puas hati dan boleh berbangga ke dengan hasil kemenangan dalam sebuah pertandingan yang tidak adil dan sangat berat sebelah? PR kena hentam kiri kanan atas bawah secara beramai2 kat RTM1, RTM2, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan lain2 media mainstream dan langsung tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri, ibarat seorang budak yang kena buli beramai2.


Adil ke macam tu? Orang cakap kalau berani jomlah 1 lawan 1. Masalahnya nak 1 lawan 1 setakat nak berdebat antara pemimpin pun tak boleh ke, bukannya bergaduh bertumbuk pun. Kalau nak hentam, hentam depan2. Bukan hentam belakang2 dan guna seluruh jentera media untuk hentam sekali, cakap pula debat bukan budaya kita. Jangan kata negara maju seperti US, tapi negara Kenya yang boleh dikatakan lebih bawah dari kita pun calon pemimpinnya boleh berdebat depan2 untuk rakyat sendiri menilai sejauh masa misi dan visi mereka dan pilih yang mana lebih layak menjadi pemimpin mereka.

Aku cakap betul, andai kata DS Najib Razak berdebat dengan DS Anwar Ibrahim, dan Najib pulak dapat tapau dan patahkan hujah2 Anwar, konfirm sokongan rakyat kepada BN akan bertambah dan orang akan lebih respek kepada Najib. Dan selepas bagi ruang kepada PR untuk berkempen di media utama, BN menang pulak PRU13, semakin tinggilah tahap kehormatan orang ramai terhadap Najib. Masa tu pasti penyokong2 dan para pemimpin PR pun pasti akan tabik spring kepada Najib kerana membawa perubahan kepada demokrasi dan kebebasan media itu sendiri. Malah penyokong BN sendiri layak merasa bangga kerana menang dengan sangat bergaya dalam suasana yang sangat adil dan demokratik.

Harap artikel aku ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada para pemimpin dan penyokong BN, bukan untuk mereka menyokong PR, tapi at least bagilah sedikit keadilan dan ruang kepada PR dalam PRU13 ni. Aku nakkan sebuah negara yang dah menggunakan sistem penjajah demokrasi ini sejak merdeka di mana rakyatnya berhak memilih mana2 pemimpin dan parti yang dia suka, bukannya sebuah negara separa komunis yang rakyatnya dipaksa secara halus dengan tidak diberikan pilihan untuk memilih pemimpin dan parti yang mereka suka, sebaliknya hanya boleh memilih sebuah parti sahaja buat selama2nya.

tags: undi bn barisan nasional satu kemestian kewajipan wajib ulama kelantan pondok geting tuan guru abdullah samaah ilmu ambo 2 juta pas dap pkr pakatan rakyat haram iklan kempen berita utama rtm1 rtm2 tv3 astro awani youtube twitter yahoo kos iklan video lagu sayangi selangor yakini bn keburukan kebaikan kes buli beramai pelajar student murid asrama sekolah vokasional miri sarawak debat adil keadilan demokratik demokrasi pilihanraya pru13 spr najib razak anwar ibrahim us kenya presidential debate bukan budaya kita utusan malaysia berita harian new straits times media elektronik cetak massa arus perdana berat sebelah bias

(Via Buasir Otak)

Friday, April 12, 2013

Wednesday, June 13, 2012

Sambutan majlis Isra' Mikraj di Madrasah As-Saidiyyah (16 Jun 2012)



Wednesday, February 1, 2012

Kehidupan yang sangat pantas seorang tentera Amerika

Hidup ini sangat singkat kadangkala walaupun badan kita sihat secara fizikal. Ajal dimana-mana.


Ambil pengajaran ye. http://imgur.com/a/zr38v

Wednesday, January 18, 2012

Fakta menarik tentang Islam

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet.

‪1.‬ Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah "Muhammad" disusuli dengan nama "Jack"

‪2.‬ Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

‪3.‬ Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol' juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti "bubuk" yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.

‪4.‬ Beberapa ayat di dalam Al-Qur'an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata "Lelaki" dan "Wanita" di dalam Al-Qur'an sama-sama berjumlah 24

‪5.‬ Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030

‪6.‬ Jikalau sekarang Al-Qur'an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur'an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut "Huffaz" yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur'an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

‪7.‬ Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.

‪8.‬ Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).

‪9.‬Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11

‪10.‬ Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi

‪11.‬ Al Qur'an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur'an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.

‪12.‬ Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur'an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya.

‪13.‬ Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.(Sumber : http://www.indomp3z.us/archive/index.php/t-88731.html)

‪14.‬ Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah "Ummatii … ummatii …ummatii" yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.

‪15.‬Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.

‪16.‬ Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.

‪17.‬Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur'an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur'an.

‪18.‬ Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

‪19.‬ Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

‪20.‬ Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

SUMBER http://peribadirasulullah.wordpress.com/2011/03/17/20-fakta-menarik-tentang-islam/

Tuesday, January 17, 2012

Satu lelaki, 16 tahun dan 6 juta batang mancis

Begitu lama untuk hasil yang sungguh menakjubkan kita.

Sangat cool

Friday, January 6, 2012

HIMPUN N9

Esok ada HIMPUN versi Negeri Sembilan. Bagi membantah gejala murtad yang berleluasa di Kompleks Sukan Paroi. Mula pukul 9 pagi sampai 12 tengah hari.

Bagi yang berkelapangan jemputlah hadir bagi menunjukkan sokongan anda pada aktiviti ini.

Kalau pada yang plan nak pergi pd esok, hari ahad pun boleh..

Sunday, January 1, 2012

Sempena tahun baru 2012

Semoga semua sejahtera hendaknya. Jangan sedih2 ye. Berazam la elok2 ye

Thursday, December 15, 2011

Tontonlah 230 Movie Untuk Tahun 2011 Dalam Masa 5 Minit

Boleh tahanlah..


Tuesday, December 6, 2011

Fakta yang menggerunkan umno Pulau Pinang

Gambar dari blog tulang besi


Thursday, December 1, 2011

Kenapa RUU Perhimpunan Aman itu perlu dibantah

Memberitahu kebenaran kepada pemerintah yang zalim adalah jenis jihad yang terbaik." -Hadith Nabi.

Makna dan matlamat demokrasi adalah "Kuasa Rakyat". Media yang bebas, dan jaminan hak asasi untuk bersuara adalah antara unsur-unsur penting untuk membolehkan Rakyat meluah pandangan dan pendapat mereka dalam proses pemerintahan sesuatu kerajaan. Tanpa jaminan-jaminan tersebut, Rakyat tidak boleh dianggap berkuasa. Tanpa jaminan hak asasi, demokrasi tidak bermakna.

Jaminan-jaminan tersebut lebih bernilai jika dilihat dari sudut sistem demokrasi berparlimen. Kerana pilihanraya hanya dikendali sekali setiap empat atau lima tahun, jaminan hak untuk bersuara adalah penting untuk memastikan bahawa kehendak dan isu-isu rakyat diiktiraf pada masa antara pilihanraya.

Kebebasan bersuara merangkumi pelbagai aspek dan jenis. Di antara jenis yang pelbagai itu, kebebasan berhimpun ialah kebebasan bersuara yang paling unik dan mampan. Ia visual dan spatial. Suara massa dipamerkan kepada ruang awam secara jasmani dan langsung terutamanya dalam zaman e-media ini. Jika bilangan persertanya ramai, ia satu cara berhubung dengan kuasa, pemerintah dan masyarakat yang berkesan.

Justeru itu, Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011, yang bertujuan khas untuk mengkongkong hak bersuara dan berhimpun rakyat memang jelas bersifat anti-demokrasi.

Lawyers for Liberty menerangkan rang itu dengan lebih jelas secara berikut:

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bertujuan untuk melarang, antara lain, demonstrasi jalanan, perhimpunan secara aman di kawasan-kawasan yang dilarang, dan perhimpunan secara aman yang dianjurkan oleh seseorang di bawah umur 21 tahun. Rang Undang-undang juga mengenakan notis 30 hari diberi kepada pihak polis sebelum perhimpunan yang dirancang. Tafsiran "protes jalanan" dalam Rang Undang-Undang itu pun sebenarnya tidak lain daripada perhimpunan aman.

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman pada asasnya mencairkan hak untuk berhimpun secara aman kerana ia mengenakan sekatan yang tidak munasabah dan syarat-syarat yang boleh menyebabkan hak untuk berhimpun secara aman kerana ia mengenakan sekatan yang tidak munasabah dan syarat-syarat yang boleh menyebabkan hak untuk berhimpun secara aman tidak boleh dicapai dan oleh itu tidak berperlembagaan.

Rang Undang-Undang ini juga memberi kuasa yang luas kepada pihak polis dalam menangani perhimpunan secara aman di mana seksyen 8 Rang Undang-Undang jelas menyatakan bahawa seorang pegawai polis boleh mengambil "langkah-langkah seperti yang difikirkannya perlu". Seksyen ini agak samar dan terbuka kepada penyalahgunaan.

Satu alasan yang kerap diberi dalam menentang tuntutan hak untuk kebebasan bersuara dan berhimpun ialah seperti berikut, "Kebebasan tidak boleh mutlak dan harus dihadkan. Jikalau tidak masyarakat akan terumbang-ambing akibat pintaan kebebasan dari pelbagai pihak".

Masalah utama alasan itu ialah kebebasan bersuara dan berhimpun bukan sama dengan kebebasan untuk merusuh atau menindas. Hanya rejim yang tidak yakin dengan keadilan dan ketelusan permerintahannya yang gelisah melihat apa jua perhimpunan sebagai ancaman terhadap kestabilan kuasanya.

Dalam demokrasi yang berfungsi, ahli politik bekerja untuk rakyat, bukan rakyat bekerja untuk ahli politik. Ahli politik harus menyediakan, melancarkan dan memudahkan, sebanyak yang boleh dan sebaik mungkin, ruang dan peluang untuk rakyat bersuara.

*Ahmad Fuad Rahmat ialah Felo Penyelidik, Islamic Renaissance Front. -MR

Lulus Akta Perhimpunan: Rakyat perlu tolak Umno-BN – Aziz Bari

KUALA LUMPUR 30 Nov: Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, tidak ada jalan lain untuk menyekat Umno-BN daripada terus menggubal undang-undang yang bertentangan prinsip perlembagaan, selain rakyat menumbangkan kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman yang kini dikenali Akta Perhimpunan Aman 2011 di dewan rakyat, semalam.

“Nak buat apa lagi? Sekadar memprotes dan yakinkan rakyat bahawa dalam PRU ini mereka perlu tolak Umno-BN yang jelas tidak komited dengan janji mereka sendiri (untuk melakukan perubahan),” kata Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.

Mengulangi Akta berkenaan jelas bercanggah dengan semangat perlembagaan, Aziz menyifatkan ia lebih dasyat dari peruntukan Seksyen 27 Akta Polis yang mengehadkan kebebasan berhimpun- suatu perkara yang dijamin perlembagaan.

“Ia lebih teruk dari Seksyen 27 Akta Polis tentang (pemberian) permit (berhimpun) itu. Jadi kalau seksyen itu pun disyor supaya dimansuh, kita boleh bayangkan betapa dahsyatnya RUU ini,” kata beliau.

Dalam pada itu katanya, terpulang kepada Pakatan Rakyat atau majlis peguam sekiranya mereka mahu membawa perkara itu ke mahkamah.

“Kalau depa (mereka) nak ke mahkamah tiada masalah, kita tengoklah macam mana mahkamah bersilat,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya diimbas kes-kes yang lalu, mahkamah berkemungkinan memutuskan ia terletak di bawah kuasa parlimen dan tidak boleh berbuat apa-apa.

“Dan mahkamah akan kata kalau tak suka undang-undang itu, medan penyelesaiannya ialah politik, bukan mahkamah atau undang-undang,” kata Aziz. -KD

Original Page

Tuesday, November 15, 2011

Menarik!: Kenapa perlu Android untuk Blogger atau Tahi Twitter


Anda pengguna tegar internet? Twitter dan Facebook? Anda memiliki blog dan sering melayari blog-blog yang anda anggap penting dalam hidup anda? Dan posting kali ini gua akan bercerita tentang kehebatan Android. Kenapa tidak ios atau Apple? Sebabnya gua jarang explore gadget yang terlalu mahal itu.
Barangkali anda semua tahu yang kini penjualan PC seluruh dunia merudum teruk angkara penjualan Laptop dan Notebook yang semakin murah. Bahkan pakar meramalkan juga yang Laptop tidak lagi relevan untuk pengguna biasa menjelang 2016 kerana angkara tablet yang bersepah di pasaran serta semakin murah. Fungsi dan peranan smartphone juga tidak boleh di pandang enteng. Juga angkara Android dan smartphone maka Laptop yang gua miliki ini hanya di gunakan untuk editing video bagi di uploadkan ke Youtube dan mendownload ROM. ROM itu tak perlu gua ulas panjang.
Perenggan pertama tadi gua tulis kehebatan Android dan apa kena mengena dengan penggunaan seharian kita kepada komputer. Sini gua ulas…
Blog: Memang leceh untuk kita buka satu-persatu blog dan menjadi masalah kalau purata blog yang kita kunjungi melebihi 100 biji sehari. Terutamanya blog politik. Tahukah anda yang kita kini boleh menggunakan Googe Reader dan dengan Android perkara sync itu dapat kita lakukan dengan mudah. Blog yang bersepah dengan iklan boleh kita hindarkan dengan mudah, sangat ringan dan pantas dan semestinya menjimatkan masa dan yang paling penting anda tidak akan tertinggal walau satu pun artikel. Banyak apps percuma yang boleh didapati di Market Apps Android dan boleh kita muat turun untuk digunakan. Antaranya GReader dan NewsRob. Gua biasa menggunakan NewsRob sebab antaramukanya yang simple dan pantas.
Dengan aplikasi Reader ini juga boleh kita kongsikan link dengan rakan-rakan melalui Google+, Facebook, Email dan Twitter. Lebih celaka lagi jika anda muat turun aplikasi ReadItLater, artikel blog tersebut boleh diemailkan pada sesapa sahaja yang berada dalam contact list anda. Memang jahat sungguh. Hanya dengan 2 atau 3 klik sahaja tugas anda selesai. Copy Paste langsung tidak di gunakan untuk task ini.
Bagi aplikasi blogger pula gua menggunakan Bloggeroid dan BlogIt. Dengan BlogIt, anda bahkan boleh set label untuk entry anda. Terkesima tak? Manakala Bloggeroid pula kerana antaramukanya yang simple, upload gambar sekali banyak dan support multiblog maka ia adalah pilihan gua.
 
SC20111114-192231
Yang ni adalah antaramuka NewRob dan anda boleh lihat kumpulan yang dalamnya ialah blog yang telah gua klasifikasikan kecenderungan entrynya.
SC20111114-192242
Blog di bawah kumpulan politik. Yang nombor tu ialah jumlah artikel yang belum gua baca. Kalau pagi biasanya all articles tu cecah ratus-ratus.
SC20111114-192324
Antara muka blog Paul Tan yang gua bukak. Simple dan tidak serabut. Full artikel so takyah sambung ke browser.

SC20111114-192333
Ready to share? Long klik on article. FB boleh, tweeter boleh. Nak email artikel pun boleh, tapi kena install ReadItLater dululah.

SC20111114-192213
Yang ni gua guna tulis entry hantar kat blog. Sangat simple dan pantas Bloggeroid

Facebook: Yang ini gua malas nak ulas lebih panjang sebenarnya sebab dalam nokia yang cokia pun ada aplikasi ini. Cuma gua nak tekankan disini andai anda pernah menggunakan aplikasi facebook Android yang bernama Friendcaster maka anda boleh upload gambar secara banyak-banyak serta set album mana yang anda ingin gunakan. Dengan friencaster juga ada boleh melihat siapa yang like status anda atau orang lain di timeline tanpa perlu anda membuka browser yang ada dalam smartphone. Gila kejam….
Juga dengan aplikasi Friendcaster ini anda boleh set Favorate Groups dan page yang anda Join dan Like. Nak padam status yang dah di post pun boleh. Friendcaster ini boleh di dapati di market secara percuma atau versi berbayar. Terpulang pada andalah untuk pilih yang mana menjadi pilihan. (gua malas nak jadi jahat)
SC20111114-192038
Anda boleh save group atau page yang anda minat.
SC20111114-192049SC20111114-192031SC20111114-192107
Antaramuka yang sangat cantik

SC20111114-192130
Tengok sapa yang like status Ustaz Azhar Idrus.
SC20111114-192158
Antara muka baru yang boleh kita tengok by Category, status update, Picture Upload, Family atau kesemuanya sekali. Berguna bila benci status orang pasal Games Facebook atau Spam Link.
Dengan Friendcaster juga anda boleh share status orang, copy dan paste status orang untuk anda sebarkan di twitter atau email… ahhhh banyak lagilah.
Twitter: Ini pun sudah banyak di integrasikan dalam mana-mana smartphone yang berada di pasaran. Gua tidak menggunakan aplikasi natif Android kerana gua terjumpa aplikasi yang lebih handal dari yang standard. Hootsuite misalnya. Ia boleh di dapati secara percuma di market dan membenarkan anda set schedule bagi status anda. Set Masa untuk post status anda andainya berlambak-lambak idea datang dan mengepostnya secara pukal membuatkan orang benci dengan spam yang anda lakukan. Ini boleh bikin followers anda naik hangin. Dengan auto shorten link, plus anda boleh sekalikan update untuk akaun facebook anda dengan 1 aplikasi yang percuma, ini adalah sangat mudah berbanding dari menggunakan komputer. Sangat gila dan pantas bukan?. Sila ingat HootSuite dan anda bahagia menggunakannya.
Untuk Google+ pulak, developer Hootsuite sedang menunggu API yang mungkin akan dilepaskan oleh pihak Google. Andai ini terjadi, perghhh la jawapannya. Dan buat sekarang ini gunakan sahaja aplikasi Google+ yang disediakan oleh pihak Google yang anda boleh dapati secara percuma di Market.
SC20111114-192526
Aplikasi Hootsuite yang membenarkan anda schedule status anda. Tidak kira tweeter atau Facebook
SC20111114-191930
Antara muka editing
SC20111114-192003SC20111114-192014
Timeline Twitter anda. Kalau anda tidak berkenan boleh sahaja gunakan UberSocial atau Twidroyd yang lebih advance. Hashtag, Trending atau liveview misalnya.
Android yang berada di pasaran kini pun sudah sangat murah. Setakat yang menggunakan 1Ghz CPU pun ada dah yang bawah 1k. Kenapa 1Ghz? Kerana ia sudah memadai bagi anda untuk mengelakkan lagging dan task anda di lakukan dengan cepat dan sempurna.
Nanti gua tulis pasal editing gambar pulak ye. Pasti termenung anda di buatnya. Klik ajer kat flickr gua dan saksikan keajaibannya.. bubai
*entry ini google bayar gua RM10k.
*iOS5 atau iPhone mungkin lebih canggih barangkali… Smile

Wednesday, November 2, 2011

Rahsia besar bagaimana Firaun membina piramid...






Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibina oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.

Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?

Akhbar American Times edisi 1 Disember 2006 menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid.

Menurut kajian, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Para saintis mengatakan, Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat daripada kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Prof. Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum menegaskan, piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil olahan tanah liat.

Baru-baru ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.

Kajian itu menegaskan, Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram.

Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat.

Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Sehubungan itu, Prof. Davidovits telah mengambil contoh batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut.

Hasilnya, beliau menegaskan batu itu diperbuat daripada lumpur. Selama ini tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam semula jadi dengan batu buatan manusia.

Penemuan oleh Davidovits itu adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira 20 tahun. Sebelum kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, 'Piramid Matahari' dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat daripada tanah liat.

Ini memperkuatkan lagi keyakinan bahawa kaedah itu tersebar luas di masa yang lalu.

Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid.

Beliau berkata: "Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan, sekarang baru saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."

Bukti-bukti kajian menunjukkan kepada kita bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman silam, juga dibina daripada tanah liat.

Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuwan dunia menemukan rahsia tersebut.

Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang megah dan tersohor itu yang dikenali sebagai piramid dengan menggunakan tanah liat.

Jika ditinjau kejadian Nabi Adam a.s sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di bumi, baginda juga berasal dari penciptaan tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di permukaan bumi.

Berdasarkan ayat al-Quran di atas, jelas membuktikan Nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan hidayah dan petunjuk dari Allah SWT yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya di Laut Merah bersama tenteranya.

Selain itu, Allah juga menyelamatkan Nabi Musa a.s daripada kekejaman Firaun menuju tanah dan bumi Palestin yang diperjuangkan sampai sekarang dan seterusnya hari kemudian. Walahu 'alam.

Oleh IBRAHIM ABDULLAH