Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label Taib Mahmud sangat kaya. Show all posts
Showing posts with label Taib Mahmud sangat kaya. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Gabungan Mahasiswa Islam kecam pembekuan PTPTN Unisel

 

GABUNGAN Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) membantah dan mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) yang melaksanakan pembekuan sementara pinjaman PTPTN ke atas pelajar Universiti Selangor (Unisel) khususnya kepada pelajar baru ambilan bulan April yang lepas. Tindakan tersebut jelas sekali menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Malaysia dan bercanggah dengan moto“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Bantahan dan kecaman ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut :

PTPTN ditubuhkan adalah bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan bagi menyara yuran pengajian dan kos sara hidup. Sejumlah RM43 billion yang diluluskan oleh kerajaan dan dengan hanya RM27.5 billion yang dibayar kepada para peminjam, sepatutnya menjadikan PTPTN berkemampuan menjalankan fungsinya ke atas semua IPT yang berkaitan tanpa pengecualian ke atas IPT tertentu.

KPT atau PTPTN tidak selayaknya menafikan hak para pemohon yang berkelayakan dan memohon dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan apatah lagi ke atas para mahasiswa di sebuah IPT berprestij seperti Unisel yang telah terbukti melahirkan ramai graduan berkualiti. Kegagalan menyediakan pinjaman pengajian tersebut akan merencatkan prestasi akademik para pelajar.

Pembekuan pinjaman PTPTN dengan alasan untuk menguji kemampuan Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat untuk menyediakan pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tersebut adalah tindakan yang tidak professional bahkan amat jelek sekali kerana telah menjadikan mahasiswa sebagai mangsa.

Oleh hal yang demikian, GAMIS menuntut supaya :

PTPTN segera mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu pembekuan pinjaman PTPTN ke atas mahasiswa Unisel dengan menyatakan sebab-sebab pembekuan tersebut dibuat.

PTPTN dan KPT segera menamatkan polisi pembekuan tersebut serta membuka semula dan menerima permohonan yang dibuat oleh mahasiswa Unisel.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi) dan Dato’ Hj. Ismail Hj. Mohamed Said (Pengerusi PTPTN) sebagai pihak yang bertanggungjawab berhubung isu, memohon maaf kepada mahasiswa Unisel dan Kerajaan Negeri Selangor.

GAMIS, Inspirasi Anak Muda

Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden Gamis

(Via MiLo SuaM)

Wednesday, June 15, 2011

Kenapa selalunya blog ini mencela Barisan Nasional

Kerana Barisan Nasional itu adalah satu kumpulan yang diberi tanggungjawab memerintah tapi terlalu gagal kerana masalah korupnya yang dia sendiri tidak boleh nak selindungkan.

Negara ini adalah demokrasi maka kita ada pilihan. Di beri peluang hampir 5 tahun sekali dan kenapa kita tidak ambil peluang keemasan ini.

Iya betul mungkin Pakatan Rakyat juga korup serta rasuah. Namun dengan otak yang di kurniakan ini bukan masa untuk kita bergurau dan berlawak. Ini adalah sangat sensitif. Kesilapan kita mungkin, akan ada yang makan pasir atau akan gugur satu sistem yang positif.

Lebih 50 tahun UMNO dan BN itu memerintah, kita menyaksikan satu persatu sistem demokrasi itu layu, patah serta gugur. Kerana kerakusan mereka dalam pemerintahan sedikit demi sedikit negara ini semakin rendah kualiti jika di bandingkan dengan negara-negara yang pada asalnya kita tinggalkan jauh dalam sudut integriti, moral, kekayaan sumber , keadilan, keterbukaan dll.

Tiada negara yang lebih baik sistemnya melainkan pasti berlaku penukaran parti yang memerintah. Kenapa itu perlu anda runsing? Sumbernya tetap sama dan tiada apa yang berubah. Yang berubah cuma corak pentadbiran dan batang tubuh individu terlibat. Tiada banggunan yang bertukar dan tiada tiang lampu yang akan di alihkan. dan kita di beri peluang untuk menukar corak itu setiap lima tahun. Tidak lama dan tidak sempat untuk kita bangkrap kerana itu. Percayalah. Namun kalau kita bagi lagi UMNO dan BN peluang selama 50 tahun untuk mentadbr negara ini barulah justifikasi yang kukuh untuk melihat kehancuran itu.

Zaman maklumat yang tidak terbatas ini kita dapat lihat perubahan. Peralihan sokongan di bandar dan bekunya statistik untuk menukar lambang di kalangan orang luar bandar. Logiknya cukup mudah untuk kita faham. Siapa yang silap dan siapa yang benar dalam memangkah calon. Bukan bermakna yang di bandar tidak pandai/tidak berterima kasih/populasi kaum tetapi banyak mana penerimaan maklumat itu yang diterima. Maka gerak gempur kini perlu di luar bandar. Fokus perlu jadi 70/30 hanya di luar bandar.

Support bersih. Betulkan kembali dahan SPR yang telah layu. Biar pertarungan dalam PRU13 ini menggambarkan kekuatan parti yang bertanding secara asli dan muktamad. Dan kita pencenkan Ibrahim Ali yang busuk hati itu. Mahathir juga perlu fokus pada cucu-cicitnya pula.

Nanti gua sambung lagi....

Thursday, March 10, 2011

Bahaya dedah silap salah BN sebab ancam keselamatan negara.

Bila orang dedahkan pasal rakusnya keluarga elit Sarawak, menteri sekor ni dan-dan cerita pasal hukuman ISA. Orang dedah nak dikata mengancam keselamatan negara. Oo.. pasal pecah tembelang orang dan puak Barisan Nasional maka ko kata ancam keselamatan negara.

Nik Aziz tu berapa kali SPRM datang lawat? Pasal kek pun ko dedah dan kecoh. Ada orang tua tu melatah?

Orang dedah ko pegilah siasat. Apa ke macam celaka perangai?

Suratkhabar pun satu hal. Bila ada betina sundal samakan TGNA dengan ayah pin gegak gempita lu orang punya highlights tapi ada ko bagi TGNA ruang pasal nak jawab kekeliruan dalam agama dalam sokkabar korang?

*pasal artis berbikini kat bali tak usah la nak memekak lama-lama dalam media. Jahil murakkab dalam Malaysia ni ramai lagi nak kena tarik keluar.

ISA boleh diambil ke atas Radio Free Sarawak http://bit.ly/dKCFSe

posted from Bloggeroid