Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label politik simpang siur. Show all posts
Showing posts with label politik simpang siur. Show all posts

Saturday, October 17, 2015

"Yang Kamu Tuduh Pengkhianat Itulah Yang Telah Menjulang PAS Ke Tahap Cemerlang.."

Hari ni aku nak cerita pasai Infaq dan waqaf.. bukan pasal Markaz, tapi aku nak cerita bagaimana pemimpin yg hangpa suruh letak jawatan, yang hangpa halau dan tuduh Pengkhianat ini telah infaq dan waqaf kan diri mereka untuk perjuangan Islam dan PAS... bila PAS Perak sarankan 4 Adun ni letak jawatan, yg sarankan tu baru 2 tahun Pencen Kastam.. sudah lah baru Pencen, di lantik pulak jadi Pesuruhjaya.. yg jadi tukang cadang PJ Perak ni, Ketua Pemuda Perak hari ini, yg juga merangkap Menantu Haji hadi... tiba2 cakap besar suruh Nizar dan Adun yg bersama Amanah letak jawatan...

Ketika Harun Din dan Tuan Ibrahim masih seronok menerima bayaran dan elaun kerana menjadi pelakon agama di rancangan Ehwal Perdana Islam RTM.. dan mereka ini hanya aktif dlm PAS setelah di gam RTM dan UMNO.. itupun setelah nampak peluang bila gelombang Reformasi membesar setelah Anwar dipecat.. barulah watak2 ini terjun di dalam PAS, tiba2 kini mereka yg digambar sebagai hero dan pejuang Islam..masa ni pun, Razman masih dok seronok tunggu gaji hujung Bulan dgn Kerajaan... 

Di waktu ini di mana Mat Sabu, Salehuddin, Husam dan Khalid samad yg mereka tuduh pengkhianat ?? mereka aktif selepas bergelar Graduan.. di kala rakan-rakan masuk berkhidmat dgn Kerajaan dgn jawatan Tinggi.. mereka masuk menyertai PAS, ketika zaman PAS susah.. Masa itu Melayu tidak sokong PAS, Profesional dan Anak muda tidak menyokong PAS, apetah lagi orang Cina.. ketika ini PAS kuat di tekan.. PAS hanya Parti kampungan.. hanya bertapak di Kelantan..mereka meninggalkan segala galanya peluang dan kesenangan.. jika mahu senang, bukan nya Susah.. ketika itu rakan Mahasiswa dan sahabat ketika di dalam ABIM Mereka Ds Anwar berada di dalam UMNO.. dalam Kabinet.. kalau keluar PAS ketika itu pun, sudah pasti ber jawatan tinggi di dalam Kerajaan atau GLC , malah gelaran istana menunggu mereka.. lihat lah Dato Nakahie dan Dusuki.. tapi mereka tetap memilih hidup susah bersama PAS.. amat malang jika ada yg menuduh mereka keluar PAS hanya untuk tawaran jawatan dan pangkat.. 

Ada yang suruh mereka meletak jawatan..katanya mereka menang atas tiket dan jentera PAS, Ya Benar!! mereka Menang di atas kekuatan PAS yg mereka bina.. berpuluh tahun.. dari zaman Susah PAS sehingga zaman Gemilangnya bila PAS diterima Msyarakat bukan Islam.. satu kejayaan Luar biasa jika mahu di bandingkan penerimaan bukan Islam kepada Gerakan Islam. mereka berhak mendapatkan nya.. lebih berhak dari mereka yang mengatakan pimpinan Amanah ini Pengkhianat.. mereka inilah yang turun ke lapangan.. masuk ke kampungan dan Felda.. mereka tidak mudah2 memberi Kuliah satu 2 jam dan hanya menunggu sampul surat bila mahu pulang.. mereka berceramah dgn hadirin yg hanya 2-3 orang sehinggalah menjadi puluhan ribu.. mereka membawa anjakan baru perjuagan PAs bila berani masuk dan berdialog dgn Gereja dan Bukan Islam.. begitu luar biasa mereka infaq kan jiwa raga mereka untuk Islam dan PAS..

Yang Dikata Pengkhianat ini juga yg memperjuangkan nasib Ostad2 yg dihalang UMNO berkuliah.. dulu asatizah ini di gugurkan dari jawatankuasa Masjid.. yg dikata pengkhianat inilah yg mengatur kuliah asatizah di markaz2.. di angkatnya darjat para asatizah, dijulangkan asatizah dengan model kepimpinan Ulama, atas kemenangan yg mereka usaha inilah.. Ostad2 kini boleh hidup mewah, Boleh bebas mengajar di masjid2 di Lembah Klang..di Pulau Pinang.. saban hari berkuliah tidak pernah kurang isi sampul Surat dgn wang2 Qariah2 di Lembah Klang.. Padang Kota di Pulau Pinang yg dulu nya hanya jadi tempat Maksiat, dijadikan medan Ilmu.. 

Sekolah Ustaz2 PAS yg dulu dipinggir kan,serba Dhaif diberi bantuan dan peruntukan.. ini semua hasil perjuangan mereka berpuluh tahun.. akhirnya bak kata pepatah seperti melepaskan Anjing yang Tersepit.. di kalangan mereka ini juga yang mereka ini diangkat di tolong ini jugalah mereka cipta, masuk ke Masjid2 mengfitnah dan Mentakfir pimpinan ini.. sedangkan yg dikata pengkhianat ini lah menyuburkan Islam dan menaik kan nama2 Ustaz ini,lebih alang..mereka mengikut jejak UMNO..menghalang mereka yang pro Amanah dari memberikan Kuliah...

Mahu kita tanya kembali, ketika PAS dibina..dimana wajah wajah mereka yang kata mereka ini Khianat? dimana Mokhtar Senik ? Mana Dato Mahfoz? mana Harun Din.. mana Razman kastam? mana Nik Abduh? mana Tantawi? .. memang mudah menuduh mereka ini khianat.. dan memang mudah mengambil PAS ketika ia sudah menjadi
gergasi dan kuasa besar Politik.. 

Mereka yg dituduh Pengkhianat ini berjuang lama..bukan tidak pernah menjadi Ahli parlimen.. masih hidup sederhana.. yg dituduh pengKhianat ini mereka tidak sebijak Nasruddin Tantawi menabung, tidak sampai setahun menjadi Ahli Parlimen sudah mampu pakai Vellfire.. walaupun beberapa bula sebelum itu mengisytiharkan hanya RM 7 ribu simpanan ,tidak sebijak Menantu Haji hadi, biarpun tanpa jawatan tinggi dalam parti..walaupun hanya peniaga pasar malam sebelum kemenangan selangor.. bila Menang di Selangor sudah mampu memiliki kereta BMW, mampu mengisi jawatan Pengarah GLC di Selangor.. juga mampu memperoleh tawaran saham Setengah juta Ringgit.. walaupun anak terengganu bukan anak Selangor..inilah hebat yg dikatakan Pejuang Islam yg tidak ada pada mereka yang dikata Khianat...

Kamu Semua Boleh Sombong ketika ada Kuasa... Ingat!! jgn ingat..jika anak2 muda yg dulu memartabatkan Ulama, Asatizah dan Islam kamu gelar mereka Pengkhianat..


Tunggu lah.. Aku antara anak2 muda yg akan kembalikan mereka ini ke zaman PAS bermula.. Kamu yang Mencipta Fitnah.. maka tunggu lah balasannya.. cukuplah anak muda tidak pulang mengundi di Kelantan.. PAS akan PASti rebah dibawah slogan serambi mekah.. kamu akan rebah diatas kerosakan diatas sebab tangan tangan kamu sendiri.. 


http://penburukonline.blogspot.my/2015/10/yang-kamu-tuduh-pengkhianat-itulah-yang.html

Tuesday, July 3, 2012

Berita Harian memalukan Najib?

 


Blogger Pro UMNO mendakwa tindakan Berita Harian memberikan ruang kepada Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang ditamatkan perkhidmatannya baru-baru ini adalah memalukan Najib.


Secara tidak langsung ini membawa maksud Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam itu telah ditamatkan perkhidmatannya atas arahan Najib, oleh itu perkara ini perlulah disembunyikan dari pengetahuan rakyat..

Jadi nasib Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam hampir sama dengan Hassan Merican Ex-CEO Petronas yang dikhabarkan tidak disambung kontrak kerana tidak sehaluan dengan Najib, biarpun apa yang Najib lakukan itu tak betul...

Kisah tersebut sila baca di ( SINI )

Blogger tak senang dengan isu KP JPA ditamat khidmat


Penulis blog pro-BN menyelar Berita Harian ekoran laporan yang menonjolkan penamatan khidmat bekas ketua pengarah perkhidmatan awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Penulis blog berkenaan menimbulkan isu berkenaan kerana berpendapat penamatan khidmat penjawat awam kanan itu sepatutnya tidak diperbesar-besarkan.

Wartawan veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid.

Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu sebagai satu "sabotaj" ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat.

Spekulasi yang timbul di blog sebelum ini mengatakan bahawa Abu Bakar ditamatan perkhidmatan ekoran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetus kontroversi kerana ia memberi peningkatan gaji yang tinggi kepada pengawai kanan tetapi hanya peningkatan serendah RM10 kepada pekerja bawahan.

"Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan.

"Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan," tulisan di laman theunspinners.blogspot.com itu dipetik.

Najib pada 8 Mac lalu mengumumkan bahawa SBPA akan dimansuhkan selepas rancangan itu menerima kritikan keras daripada kakitangan awam.

Abdul Jalil dilantik sebagai pengarang urusan kumpulan NSTP pada 15 Oktober tahun lalu.

Sebelum itu, Abdul Jalil merupakan pegurus besar kanan di jabatan hal ehwal korporat Suruhanjaya Sekuriti pada 2009 sebelum dipinjamkan ke jawatan ketua komunikasi kebangsaan di Pejabat Perdana Menteri.

Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatkan diberhentikan oleh kerajaan.

Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.

Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.

Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.


Malaysiakini

(Via Anak Sungai Derhaka)

Monday, September 12, 2011

Jom kita berfikir sebentar

Mahathir: Malaysia tak dijajah, tapi penasihat British pemerintah sebenar

SERDANG, 12 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Bekas perdana menteri berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”

“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini.

“Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata Dr Mahathir.

“Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan,” kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat.

Perdana menteri keempat ini bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Universiti Perdana di sini hari ini.

Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Kenyataan itu yang menyusul pandangan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengundang kontroversi baru.

Menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling, “fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”

“Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik,” kata beliau.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

“Dinaungi tidak sama dengan kolonial... hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

“(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah,” kata beliau sambil berkata, “jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun.”

“Itu adalah kesalahan yang amat besar,” katanya.

Majlis Profesor Negara dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan “penjajahan British” sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.

PKIPM dakwa Majlis Profesor ‘iktiraf’ British, mahu kenyataan ditarik balik


KUALA LUMPUR, 12 Sept — Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKIPM) menggesa Majlis Profesor Negara (MPN) menarik balik kenyataan pihaknya minggu lalu bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British dan ia seolah-olah mengiktiraf kehadiran kuasa itu di Tanah Melayu.


Presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, pihaknya berpandangan kenyataan akhbar MPN itu tidak boleh dipandang sebagai bernilai ilmiah dan wajar ditarik balik.


“Amatlah malang bagi negara ini sekiranya para ilmuwan kita gagal memahami metod penelitian sejarah secara objektif dan ilmiah.


“Sesuatu fakta sejarah haruslah melalui proses-proses penelitian seperti heuristik, verifikasi, interprestasi dan historiografi sepertimana lazimnya dilaksanakan oleh para ilmuwan dan pengkaji sejarah yang berwibawa,” kata beliau sambil menambah, “justeru, mewakili golongan pelajar dan mahasiswa di Malaysia, PKPIM menuntut MPN untuk menarik balik kenyataan yang mengelirukan ini.”


Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Ahmad Fahmi berkata, PKPIM juga meminta semua pihak termasuklah ahli politik supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang melibatkan fakta dan sejarah.


“Dalam kemeriahan semua pihak untuk menjuarai isu membincangkan tema sejarah tanah air yang pada dasarnya dilihat amat positif dalam proses pemahaman asas-asas kenegaraan, mereka juga harus bertanggungjawab di atas kenyataan yang dikeluarkan sekiranya menimbulkan keraguaan dan kekeliruan kepada masyarakat.


“Justeru, PKPIM mengingatkan kepada mereka yang berkenaan agar merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang pakar dan berdasarkan sumber yang sahih dan tidak mengeluarkan kenyataan melulu dan songsang yang boleh menimbulkan polemik dan masalah runcitan,” katanya lagi.


Ahmad Fahmi menambah, PKPIM mempersoalkan kesimpulan MPN menerusi kenyataan akhbarnya tentang Tanah Melayu yang tidak pernah dijajah oleh British.


Kenyataan akhbar tersebut dibuat oleh Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudanya, Prof. Datuk Zainal Kling pada sidang akhbar bersama Pengerusi MPN, Prof Emiritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid dan anggota-anggota jawatankuasa MPN pada 9 September lalu.


“Majlis Profesor Negara menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah, hanya dilindungi Inggeris dengan meletakkan negeri-negeri Melayu itu di bawah kekuasaan Pejabat Tanah Jajahan melalui penguasaan undang-undang Inggeris, pentadbiran bercorak Inggeris, dan ekonomi kapitalis cara Inggeris.


“Dalam kata lain, MPN berkesimpulan bahawa dasar ‘protectorate’ yang diamalkan Inggeris terhadap Tanah Melayu dengan meletakkan residen dan penasihat di negeri-negeri Melayu sebagai satu tujuan murni untuk melindungi dan membantu Tanah Melayu dan pemerintah Melayu untuk memerintah tanah air mereka,” kata beliau lagi.


Ahmad Fahmi menambah, PKPIM juga mempersoalkan kenyataan MPN yang mendakwa dasar ‘protectorate’ Inggeris sebagai tidak mencabuli kedaulatan negeri-negeri Tanah Melayu.

Jelas beliau, PKPIM merasakan kenyataan MPN sebagai keliru dan tidak objektif apabila majlis itu dilihat gagal memberi tafsiran yang lengkap dan memuaskan tentang konsep “kedaulatan negara.”


“Ini jelas dalam kenyataannya yang mendakwa bahawa walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain, tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara.


“Malah, tesis baru MPN ini kelihatan seolah-olah mengiktiraf kerajaan kolonial Inggeris sebagai wira pelindung Tanah Melayu dan menafikan perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan tanah air sendiri daripada kerajaan kolonial Inggeris yang memang dikenali dunia sebagai antara kuasa besar penjajah ketika itu,” katanya lagi.


Sehubungan itu kata beliau, PKPIM sangat bersetuju dengan Prof Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang menegaskan dalam karya ilmiah terbaru beliau berjudul “Historical Fact and Fiction” bahawa fakta sejarah seharusnya diteliti secara menyeluruh dengan mengambil kira nilai-nilai dan saling kaitan antara fakta sejarah sehingga membentuk satu rangkaian kesimpulan yang bermakna.


“PKPIM juga meyakini seseorang sejarawan bukan sekadar mampu mengutip fakta-fakta sejarah tetapi juga harus punya kekuatan akliyah bagi mentafsir bahan sejarah dengan mendalam dan tepat.


“PKPIM berpandangan kenyataan akhbar yang dibuat MPN itu tidak boleh dipandang sebagai bernilai ilmiah. Amatlah malang bagi negara ini sekiranya para ilmuwan kita gagal memahami metod penelitian sejarah secara objektif dan ilmiah,” kata beliau yang turut menegaskan bahawa, “sesuatu fakta sejarah haruslah melalui proses-proses penelitian seperti heuristik, verifikasi, interprestasi dan historiografi sepertimana lazimnya dilaksanakan oleh para ilmuwan dan pengkaji sejarah yang berwibawa.” -TMI


Hebat betul pemutaran fakta sejarah yang hendak dilakukan oleh golongan UMNO ini. Sehingga Sultan diheret sama dengan menuduh mereka yang bertanggungjawab "menjemput British".

Sekaligus, kenyataan Mahathir yang menyokong kenyataan Prof Zainal Kling dan Majlis Professor Negara tersebut JELAS menafikan juga peranan perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan tanah air sendiri daripada kerajaan kolonial Inggeris.

Jika demikian halnya, maka bererti UMNO tidak lagi boleh mendabik dada sebagai pejuang "kemerdekaan" sebenarnya. Jika dakwaan negara tidak pernah dijajah, maka keseluruhan perjuangan UMNO yang dirintisi oleh Datuk Onn Jaafar dengan sendirinya terbatal dan sanggupkah UMNO terima hakikat ia perlu dipadam segera dari sekalian buku sejarah?

Atau Mahathir maupun MPN hendak menyatakan bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan oleh UMNO itu ialah perjuangan "menentang raja-raja yang menjemput British sebagai Penasihat" ataupun ia sebagai simbol protes UMNO terhadap Raja-raja Melayu?

Dan rakyat masih ingat bahawa Mahathirlah orangnya yang telah memandulkan kuasa Raja-raja sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri. -GB



Original Page:

posted from Bloggeroid