Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Tuesday, March 10, 2015

Selingan

Imam al-Asma'i berkata:
Saya pernah melihat seorang Arab Badwi berdiri di hadapan pusara Rasulullah sallallahu 'alahi wasallam lalu berdoa:
"Ya Allah, ini kekasih-Mu, manakala syaitan musuh-Mu dan aku hamba-Mu.
Jika Engkau ampunkan aku, kekasih-Mu akan gembira, musuh-Mu akan berduka dan hamba-Mu ini akan berjaya.
Jika Engkau tidak ampunkan aku, kekasih-Mu akan berduka, musuh-Mu akan gembira dan hamba-Mu ini akan binasa.
Engkau Maha Mulia yang tidak akan membiarkan musuh-Mu bergembira sedangkan kekasih-Mu berduka dan hamba-Mu ini binasa.
Ya Allah, apabila orang Arab yang pemurah berdiri di hadapan kubur salah seorang pembesar mereka, maka akan ada hamba yang dibebaskan. Kini aku berdiri di hadapan pusara Penghulu golongan awal dan akhir, oleh itu bebaskan aku di hadapan pusara ini daripada api neraka wahai Tuhan sekalian alam."
Imam al-Asma'i berkomentar, "Saya kagum dengan kepetahannya dan kekuatan hujahnya."

Monday, March 9, 2015

Kepentingan Amanah Dalam Ilmu

Amanah di dalam ilmu itu sangat penting. Sikap amanah ini yang tiada kepada sebahagian pihak yang kononnya melibatkan diri mereka dengan hadis Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
Saya telah melihat di dalam sebahagian laman yang membincangkan tentang adakah Nabi sallallahu alaihi wasallam dilahirkan dalam keadaan dikhitan atau tidak.
Malah yang menggelikan hati saya, mereka sanggup mengambil ilmu daripada orang yang tiada kelayakan untuk membahaskan tentang ilmu yang sangat mulia ini.
Bergelar ustaz dan ustazah tapi dhoif dalam rujukan dan langsung tiada baik sangka dengan para ulama. Malah percaya kepada orang yang ilmunya tidak diketahui daripada mana sumbernya. Benarlah sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam :
إن من أشراط الساعة أن يلتمس العلم عند الأصاغر
Maksudnya : Sesungguhnya diantara tanda-tanda kiamat itu seseorang itu mengambil ilmu daripada orang-orang yang kecil ( maksudnya kecil ilmunya, sedikit adabnya dan hina akhlaknya).
KHITAN
Kembali kepada perbahasan khitan Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
Saya merujuk kitab karangan guru kepada guru-guru kami iaitu al-Imam al-Allamah al-Muhaddith Dr Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah rahimahullah tentang permasalahan ini.
Beliau mengatakan bahawa :
Kebanyakan ulama telah berpendapat bahawa Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam dilahirkan di dalam keadaan :
مسرورا مختونا
Maksudnya: hal keadaannya terputus tali pusatnya dan telah dikhatankan.
Mereka berdalilkan dengan hadis yang diriwayatkan daripada Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam :
من كرامتي على ربي أني ولدت مختونا ، و لم ير أحد سوأتي
Maksudnya : Diantara kemuliaan yang telah diberikan oleh Allah kepada aku ialah aku dilahirkan dalam keadaan telah dikhatankan. Maka tiada seorang pun yang boleh melihat auratku.
Juga diriwayatkan daripada Sayyiduna Abdullah bin Umar bahawa :
ولد النبي صلى الله عليه و سلم مسرورا مختونا
Maksudnya : Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam telah dilahirkan di dalam keadaan telah terputus tali pusatnya dan telah dikhatankan. ( riwayat al-Imam Ibnu Asakir)
Hadis yang pertama itu telah diriwayatkan oleh al-Imam Al-Thabarani di dalam Mu'jam al-Ausath , al-Imam Abu Nuaim, dan al-Imam Ibnu Asakir dengan jalan yang banyak.
Hadis ini juga telah diSAHIHkan oleh al-Hafidz Dhiya'uddin al-Maqdisi di dalam kitabnya al-Ahadis al-Mukhtaarah ( iaitu kitab yang mengumpulkan hadis-hadis yang sohih yang tiada di dalam Sahih Bukhari dan Muslim.
Tashih oleh al-Hafidz Dhiya'uddin ini lebih tinggi daripada yang disahihkan oleh al-Imam Hakim Al-Naisaburi rahimahullah.
Hadis ini juga dihasankan oleh al-Imam al-Hafidz Maghlathi rahimahullah.
P/S: Saya hairan ada orang yang mengaku dia meng'kaji' dan 'meneliti', tapi tidak ketemu dengan pandangan para huffaz Hadis yang mengatakan hadis ini ada yang mensohihkannya.
Mereka hanya menukilkan pandangan al-Imam al-Iraqi dan Ibnul Qayyim di dalam Zadul Maad yang mengatakan ianya dhoif.
Sangat biadap dan khianat terhadap ilmu. Amanahlah. Kalau tak tahu bagitahu semua orang yang kita tak tahu , bukannya belagak pandai macam tahu semua perkara.
Lebih lucu : mengaku merekalah Ahlul Hadis.
Ini ahlul Harddisk bukan Ahlul Hadis.
Semoga bermanfaat dan berhati-hati mengambil maklumat dengan doktor-doktor jelmaan ini. Barakallahu Fikum.

Saturday, February 1, 2014

Pembabitan Mahathir jatuhkan Najib bukan perkara pelik

By greenboc

SHAH ALAM, 31 JAN: Pembabitan Tun Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. 

Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata tindakan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa bagi Mahathir, bahkan membuat penafian juga sudah sebati dalam gerak kerja politiknya selama ini.

Beliau berkata, perkara sama turut menimpa beberapa bekas pemimpin terkemuka Umno sebelum ini antaranyaTun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas disingkirkan Mahathir.

Ketika hubungan tidak mesranya dengan Musa dihidu ramai pada awal 1980-an dulu, Mahathir beberapa kali menafikannya, bahkan beliau juga kerap menunjukkan sifat mesranya di depan umum dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. 

“Begitu juga dengan Anwar apabila beliau sering menafikan hubungan renggang mereka dan berulang kali menegaskan Anwar adalah penggantinya,bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar ,pada 2 September 1998, beliau sekali lagi menafikan hubungan mereka bermasalah. 

“Namun ,akhirnya Anwar bukan saja dipecat, bahkan juga dimalu, diaibkan dan dihantar ke penjara seperti tidak pernah bersahabat baik serta duduk makan semeja sebelum itu. Tetapi itulah Mahathir, apa yang dinafikan selalu yang dilakukannya,” katanya di dalam blog. 

Shahbudin berkata, gerakan untuk menggulingkan Najib yang dikaitkan dengan Mahathir bukan lagi rahsia Umno berikutan beberapa blogger pro-bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu semakin giat meningkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib.

Beliau berkata, desakan supaya Najib segera berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti. 

Katanya, selain Datuk A Kadir Jasin; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihan raya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada kini. 

“Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan dikatakan selalu bertemu untuk berbincang berkenaan isu politik semasa.

“Walaupun menafikan berada di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib, beliau pada masa sama mulai kritis terhadap Najib dengan mengkritik sikap bermewah kerajaan dan menyokong kenyataan Daim dengan menyatakan pandangan bekas Menteri Kewangan itu ada asas dan kebenarannya. 

“Mahathir juga seperti menyindir Perdana Menteri bahawa pemimpin sekarang lebih mengutamakan mencari kekayaan berbanding memberi khidmat kepada rakyat. Siapa pemimpin sekarang yang ghairah mencari kekayaan kalau bukan Najib dan keluarganya?” katanya. -selangorku 


PM jumpa penyokong malam ini, bendung pemberontakan parti

The Malaysian Insider difahamkan bahawa presiden Umno itu akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagian, pemberi pendapat dalam parti dan penyokongnya untuk menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain.

Najib dijangka menggariskan apa yang beliau percaya sebagai motif di sebalik semua serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009. 

Susulan daripada taklimat tertutup itu, pengikut setia Najib dijangka turun ke akar umbi dan menyebarkan pesanan PM untuk terus berjuang dan jangan menghiraukan sebarang kritikan. 

Taklimat itu adalah tanda yang menunjukkan Najib dan barisan penasihat akhirnya menerima hakikat bahawa serangan bertubi-tubi dan berterusan terhadapnya adalah perkara yang serius serta memberi kesan terhadap pegangan kuasanya.

Najib dilantik sebagai presiden Umno bagi penggal kedua selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti dan hampir semua orangnya berada dalam Majlis Tertinggi Umno, tetapi itu tidak menghentikan kritikan yang menggunung mengenai kepimpinannya. 

Tetapi, tidak ada bahaya yang mendesak menunjukkan Najib akan kehilangan kuasanya dalam parti atau Parlimen, walaupun wujudnya spekulasi menyatakan pengkritiknya mahu beliau meletakkan jawatan sebelum akhir tahun ini. 

Mandat Najib sebagai presiden parti adalah sehingga 2016 manakala kerajaan pemerintah Barisan Nasional ada sehingga 2018 sebelum penggal tamat. 

Langkah berdiam diri yang diambilnya terhadap serangan dalam parti dan di alam siber dilihat sebagai tanda kelemahan, hampir serupa dengan sikap “senyap bergaya” Abdullah ketika bekas perdana menteri itu dikutuk dan dilabelkan sebagai “Slumberjack”. 

Orang kuat Najib yang juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengarahkan pengkritik menggunakan saluran dalam parti untuk menyuarakan kegusaran dan tidak puas hati masing-masing. 

Secara jelas pesanan itu ditujukan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang sebelum itu mengeluarkan kenyataan potongan subsidi Najib akan memberi kesan kepada sokongan terhadap BN pada pilihan raya akan datang. 

Bapa Mukhriz, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik BN di bawah pentadbiran Najib dengan berkata gabungan itu lemah dan kerajaan sepatutnya memotong perbelanjaan, bukan subsidi. 

Daim, bekas penasihat ekonomi kerajaan dan menteri kewangan, dalam satu mesyuarat tertutup di Umno Merbok, 10 hari lalu, turut berkata BN boleh kehilangan kerajaan jika pilihan raya diadakan pada waktu sekarang dengan polisi semasa BN terkini.

Perdana menteri juga menjadi bahan lawak di alam siber berhubung kenyataannya yang meminta rakyat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan apabila berlaku kejatuhan harga, bukan hanya tahu menyalahkan kerajaan ketika harga naik. 

Sumber dalam Pejabat Perdana Menteri berkatapembantu khas Najib menuduh adiknya, ketua CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berniat “jahat, serangan tertutup” terhadap abangnya menerusi artikel yang disiarkan sempena mengingati pemergian ayah mereka, Tun Abdul Razak Hussein ke rahmatullah pada 1976.

Dalam artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider dan dua media lain, Nazir memuji allahyarham bapanya yang memegang sifat integriti dan langkah berjimat dan berkata, pemimpin negara patut kembali ke pangkal jalan untuk membangunkan negara. 

Najib yang mula memegang tampuk kuasa pada April 2009 berjanji untuk berubah dan melaksanakan liberalisasi menerusi landasan 1Malaysia dan berkata, zaman “kerajaan tahu yang terbaik” sudah berlalu. 

Tetapi, perubahan yang dilaungkannya menyebabkan BN kalah lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dan ekonomi Malaysia merudum dengan ramalan global agak suram sehingga memaksa Najib memotong subsidi dan memperkenalkan cukai penggunaan untuk memastikan kadar kewangan yang positif. 

Potongan subsidi dan gaji minimum mandatori serta peningkatan kos sara hidup datang serentak bersama serangan terhadap perdana menteri yang sering melakukan lawatan ke luar negara dan kegagalannya mengawal perbelanjaan awam. 

Selepas teruk dikritik, Najib mengumumkan 11 langkah untuk berjimat tetapi pengkritik berkata, ia terlalu sedikit dan sudah terlambat hingga memerlukan Dr Mahathir kembali ke Putrajaya untuk memulihkan nasib Malaysia. -TMI



Mahathir nafi di belakang usaha jatuhkan Najib

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau di belakang usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti didakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. Rafizi berkata, tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang bagi mengekang kemaraan BN di Selangor jika perdana menteri sekarang dijatuhkan oleh kuasa dalaman Umno. Dakwa Rafizi, gerakan menjatuhkan Najib sudah menjadi rahsia umum, yang digerakkan "kem Mahathir" dalam Umno. "Itu tafsiran dia (Rafizi). Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada masa saya jadi PM pun. "Memanglah parti lawan tugas lain tak ada melainkan jatuhkan pemerintah, untuk jadi pemerintah," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemubual menerusi program "Dalam Radar Khas" terbitan Bernama Radio24, di ibu negara petang ini. -mk


ULASAN GB

Mahathir kini berada dipenghujung usia. Menghabiskan sisa-sisa umurnya membantu survival politik anaknya agar terus dapat berlansung setelah berjaya menjadi MB Kedah. 

Apabila rahsianya mahu menjatuhkan Najib terbongkar, dibongkar oleh Rafizi bahawa beliau kini sedang berusaha untuk jatuhkan Najib, beliau agak terkedu dan lantas cuba menafikannya, namun penafiannya tidak utuh dan kukuh. 

Umum mengetahui, sejarahnya membuktikan Musa Hitam, Abd Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Abdullah Ahmad Badawi - kesemuanya jatuh hasil dari permainan manusia licik yang bernama Mahathir ini.

Apbila Mukhriz tewas untuk merebut jawatan salah satu Naib presiden UMNO, pada ketika itu beliau menyindir program transformasi Najib dan menganggap program transformasi Najib tidak berjaya kerana UMNO masih mahu mengekalkan muka-muka lama. 

Bagi Pakatan Rakyat, kedua-duanya samada Najib atau Mahathir - adalah perosak besar kepada negara. Mahathir yang terkenal dengan sistem pemerintahan "ISA" dan kukubesinya manakala Najib terkenal dengan pemborosan melampau dan ketirisannya, menyebabkan rakyat hidup dalam kesengsaraan. PRK Kajang adalah jawapannya untuk permulaan menghentikan legasi pemerintahan BN di negara ini.

Friday, April 26, 2013

Bercerita pasal TOLL!!!!

 

Senarai TOL yang sudah habih HUTANG serta balik MODAL dan boleh dihapuskan TOL bila PR memerintah..!!

Yang mana konsesi tol dah balik modal..

Jambatan Pulau Pinang..
Penang Bridge Sdn Bhd

Mula Dibuka : 1985
Kos Pembinaan : RM 944 juta
Kos penyelenggaraan :RM968 juta
Keuntungan 1993-2006,: RM1.859 bilion setakat ini………….
Tempoh konsesi : Sehingga Disember 2038.

Pembinaan Lebuhraya Utara Selatan :

Mula Dibuka : 8 September 1994
Kos Pembinaan : RM 6 billion
Pendapatan : RM24.3 billion
Keuntungan : RM 18.3 billion setakat ini………….
ROI : 305%
Tempoh konsesi : Sehingga Disember 2038.

Pembinaan Lebuhraya Metramac
Kos Pembinaan : Hanya RM45 juta
Keuntungan : RM440 juta
ROI : 978%

Pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak
Kos Pembinaan : Sekitar RM451 juta
Keuntungan : RM1.4 billion
Tempoh konsesi : selama 38 tahun.

Pembinaan Lebuhraya Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
Kos Pembinaan : RM1,08 bilion
Keuntungan : RM1.61 bilion.
Tempoh konseasi : selama 34 tahun

Sepatutnya mana-mana konsesi tol yang sudah melepasi “break-even cost” dan telah memperolehi keuntungan besar, kerajaan sepatutnya perlu mengambil alih konsesi tersebut. Takkanlah sampai 20-30 tahun pengguna tol harus terus menyara “syarikat konsesi tol ini”?

(Via shalehudin)

Friday, April 12, 2013

Monday, April 8, 2013

Bagaimana boleh Pakatan Rakyat turunkan harga minyak?

Friday, March 22, 2013

WTF : Siapa Sanggup Pakai Minyak Wangi Ini? (3 Gambar)

 

Minyak wangi merupakan salah satu barang penting yang perlu ada di atas meja hias atau beg tangan seorang wanita. Aroma minyak wangi yang harum menjadi simbol identiti dengan peribadi diri yang anggun dan bersih. Selain itu aroma minyak wangi juga boleh menunjukkan keperibadian seseorang. Maka jangan hairan sekiranya seseorang itu boleh menghabiskan jumlah wang yang banyak untuk membeli satu atau lebih jenis minyak wangi.

Namun, terdapat sesuatu yang berbeza dengan minyak wangi yang satu ini. Sebuah minyak wangi buatan Demeter telah membuat minyak wangi dengan aroma mayat yang di namakan "Zombie Perfume" atau Minyak Wangi Zombie. Khabar baiknya, minyak wangi ini di buat secara berpasangan seperti yang biasa  digunakan untuk golongan lelaki dan wanita.

Minyak wangi Zombie ini di bungkus dengan botol yang sangat menarik sehingga anda boleh membawanya ke mana saja. Untuk minyak wangi golongan lelaki, aromanya berasal dari ekstrak daun kering, jamur lumut dan aroma tanah sehingga boleh membuat anda merasakan aroma 'busuk dan reput" badan ketika menggunakannya.




Sementara untuk minyak wangi golongan wanita, aromanya lebih ringan dari minyak wangi lelaki. Mengandungi sedikit aroma wine untuk memberikan kesan feminin. Namun, sesuai dengan namanya, minyak wangiu ini tidak akan jauh dari aroma mayat.

Meskipun ini adalah minyak wangi Zombie, harganya juga tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan minyak wangi jenama lain yang dijual di pasaran. Harga minyak wangi Zombie untuk isipada 29 ml berharga sekitar $20. Sementara minyak wangi isipadu 118 ml harganya sekitar $39.50. Dengan harga seumpama itu, ia mampu bersaing dengan harga minyak wangi lain di pasaran.

Demeter adalah salah satu syarikat perusahaan yang mencipta minyak wangi dengan bau-bau yang aneh. Sekiranya anda tertarik untuk mencari minyak wangi dengan aroma yang luar biasa dari kelainan, anda boleh memeriksa daftar produk minyak wangi keluaran Demeter yang lain dan di sana, anda akan menemui pelbagai jenis aroma minyak wangi yang boleh membuatkan anda geleng kepala. Beberapa contoh minyak wangi yang ada di sana adalah minyak wangi beraroma mesin cuci automatik hinggalah kepada minyak wangi  aroma kotoran.
 

p/s : Sanggup? 

Sumber : Here

(Via Aku Stress Giler)

Sunday, February 24, 2013

Pencacai Nong Chik mengadu kat Polis sebab Nurul Izzah cabar Nong Chik debat..

 


Budak-budak biasanya kalau dia orang bergaduh atau bertengkar dengan kawan-kawannya bila dah nak kalah, diaorang pasti akan mengadu kepada Ibu atau Bapanya..

Biasanya diaorang akan kata "Mak!! tengok abang ni..." atau "Bapak!! tengok abang ni..."

Itu kalau diaorang bergaduh dengan abang diaorang.. kalau dengan kawan dia orang.. nama kawan diaorang akan disebut..

Nampaknya tiada bezanya tindakan budak-budak itu dengan pencacai Nong Chik ini..

"Polis!!! Tengok Nurul Izzah ni... dia cabar Nong Chik debat".. Kah.. Kah.. Kah...

Untuk menyelamatkan pemimpin mereka dari ditimpa malu besar, kerana takut untuk berhadapan dengan Nurul Izzah dalam 'Debat Perdana' yang telah dipromosikan melalui kain rentang yang digantung merata tempat disekitar Lembah Pantai, pencacai-pencacai Nong Chik telah melaporkan kepada Polis.

Kononnya menurut mereka Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program “Debat Perdana” walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.

Provokasi apa benda entah...

Ini laporan dari The Malaysian Insider..

Umno Lembah Pantai mendakwa Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program “Debat Perdana” walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.

Menurut Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai, Datuk Haji Mohamad Sazali Kamilan, walaupun berkali-kali Raja Nong Chik telah menjawabnya secara terbuka kepada media beliau tidak menerima jemputan tersebut, pihak pembangkang masih lagi menggantung kain rentang dan poster program tersebut.

“Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah beberapa kali menjawab pertanyaan media berhubung debat ini.

“Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lembah Pantai masih berdegil dan terus memperbesar-besarkan perkara ini dengan menggantung banner dan poster mengajak rakyat hadir sedangkan majlis debat ini tidak pun mendapat persetujuan secara bertulis,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Sazali juga mempertikaikan samada program tersebut mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa.

“Seperkara lagi, adakah pihak penganjur mendapat permit kelulusan mengadakan majlis debat ini tanpa persetujuan sebelah pihak termasuk permit menggantung poster atau banner program tersebut?” tambah beliau.

Dalam kenyataan media itu juga, lampiran laporan polis bertarikh 22 Februari disertakan dimana Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai Datuk Ibrahim Tambi Chik dalam laporannya mengatakan:

“Saya yang melaporkan ini berpendapat Nurul Izzah telah dengan sengaja melakukan provokasi dan fitnah yang merosakkan nama baik, maruah dan reputasi Datuk Raja Nong Chik sebagai seorang yang mungkir janji.

“Sedangkan Datuk Raja Nong Chik tidak pernah bersetuju dengannya.”

Pada 13 Februari lalu, Nurul Izzah menyerahkan jemputan rasmi debat kepada Raja Nong Chik tentang program debat yang dijadualkan berlangsung hari ini.




Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR dalam jemputan itu berkata, debat tersebut adalah ruang untuk beliau menjawab segala persoalan serta tuduhan yang dibuat Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai itu ~ The Malaysian Insider

Saturday, January 5, 2013

How to make money from Facebook

Sangat bersetuju…..

(Via The Imgur Gallery)

Tuesday, November 15, 2011

Menarik!: Kenapa perlu Android untuk Blogger atau Tahi Twitter


Anda pengguna tegar internet? Twitter dan Facebook? Anda memiliki blog dan sering melayari blog-blog yang anda anggap penting dalam hidup anda? Dan posting kali ini gua akan bercerita tentang kehebatan Android. Kenapa tidak ios atau Apple? Sebabnya gua jarang explore gadget yang terlalu mahal itu.
Barangkali anda semua tahu yang kini penjualan PC seluruh dunia merudum teruk angkara penjualan Laptop dan Notebook yang semakin murah. Bahkan pakar meramalkan juga yang Laptop tidak lagi relevan untuk pengguna biasa menjelang 2016 kerana angkara tablet yang bersepah di pasaran serta semakin murah. Fungsi dan peranan smartphone juga tidak boleh di pandang enteng. Juga angkara Android dan smartphone maka Laptop yang gua miliki ini hanya di gunakan untuk editing video bagi di uploadkan ke Youtube dan mendownload ROM. ROM itu tak perlu gua ulas panjang.
Perenggan pertama tadi gua tulis kehebatan Android dan apa kena mengena dengan penggunaan seharian kita kepada komputer. Sini gua ulas…
Blog: Memang leceh untuk kita buka satu-persatu blog dan menjadi masalah kalau purata blog yang kita kunjungi melebihi 100 biji sehari. Terutamanya blog politik. Tahukah anda yang kita kini boleh menggunakan Googe Reader dan dengan Android perkara sync itu dapat kita lakukan dengan mudah. Blog yang bersepah dengan iklan boleh kita hindarkan dengan mudah, sangat ringan dan pantas dan semestinya menjimatkan masa dan yang paling penting anda tidak akan tertinggal walau satu pun artikel. Banyak apps percuma yang boleh didapati di Market Apps Android dan boleh kita muat turun untuk digunakan. Antaranya GReader dan NewsRob. Gua biasa menggunakan NewsRob sebab antaramukanya yang simple dan pantas.
Dengan aplikasi Reader ini juga boleh kita kongsikan link dengan rakan-rakan melalui Google+, Facebook, Email dan Twitter. Lebih celaka lagi jika anda muat turun aplikasi ReadItLater, artikel blog tersebut boleh diemailkan pada sesapa sahaja yang berada dalam contact list anda. Memang jahat sungguh. Hanya dengan 2 atau 3 klik sahaja tugas anda selesai. Copy Paste langsung tidak di gunakan untuk task ini.
Bagi aplikasi blogger pula gua menggunakan Bloggeroid dan BlogIt. Dengan BlogIt, anda bahkan boleh set label untuk entry anda. Terkesima tak? Manakala Bloggeroid pula kerana antaramukanya yang simple, upload gambar sekali banyak dan support multiblog maka ia adalah pilihan gua.
 
SC20111114-192231
Yang ni adalah antaramuka NewRob dan anda boleh lihat kumpulan yang dalamnya ialah blog yang telah gua klasifikasikan kecenderungan entrynya.
SC20111114-192242
Blog di bawah kumpulan politik. Yang nombor tu ialah jumlah artikel yang belum gua baca. Kalau pagi biasanya all articles tu cecah ratus-ratus.
SC20111114-192324
Antara muka blog Paul Tan yang gua bukak. Simple dan tidak serabut. Full artikel so takyah sambung ke browser.

SC20111114-192333
Ready to share? Long klik on article. FB boleh, tweeter boleh. Nak email artikel pun boleh, tapi kena install ReadItLater dululah.

SC20111114-192213
Yang ni gua guna tulis entry hantar kat blog. Sangat simple dan pantas Bloggeroid

Facebook: Yang ini gua malas nak ulas lebih panjang sebenarnya sebab dalam nokia yang cokia pun ada aplikasi ini. Cuma gua nak tekankan disini andai anda pernah menggunakan aplikasi facebook Android yang bernama Friendcaster maka anda boleh upload gambar secara banyak-banyak serta set album mana yang anda ingin gunakan. Dengan friencaster juga ada boleh melihat siapa yang like status anda atau orang lain di timeline tanpa perlu anda membuka browser yang ada dalam smartphone. Gila kejam….
Juga dengan aplikasi Friendcaster ini anda boleh set Favorate Groups dan page yang anda Join dan Like. Nak padam status yang dah di post pun boleh. Friendcaster ini boleh di dapati di market secara percuma atau versi berbayar. Terpulang pada andalah untuk pilih yang mana menjadi pilihan. (gua malas nak jadi jahat)
SC20111114-192038
Anda boleh save group atau page yang anda minat.
SC20111114-192049SC20111114-192031SC20111114-192107
Antaramuka yang sangat cantik

SC20111114-192130
Tengok sapa yang like status Ustaz Azhar Idrus.
SC20111114-192158
Antara muka baru yang boleh kita tengok by Category, status update, Picture Upload, Family atau kesemuanya sekali. Berguna bila benci status orang pasal Games Facebook atau Spam Link.
Dengan Friendcaster juga anda boleh share status orang, copy dan paste status orang untuk anda sebarkan di twitter atau email… ahhhh banyak lagilah.
Twitter: Ini pun sudah banyak di integrasikan dalam mana-mana smartphone yang berada di pasaran. Gua tidak menggunakan aplikasi natif Android kerana gua terjumpa aplikasi yang lebih handal dari yang standard. Hootsuite misalnya. Ia boleh di dapati secara percuma di market dan membenarkan anda set schedule bagi status anda. Set Masa untuk post status anda andainya berlambak-lambak idea datang dan mengepostnya secara pukal membuatkan orang benci dengan spam yang anda lakukan. Ini boleh bikin followers anda naik hangin. Dengan auto shorten link, plus anda boleh sekalikan update untuk akaun facebook anda dengan 1 aplikasi yang percuma, ini adalah sangat mudah berbanding dari menggunakan komputer. Sangat gila dan pantas bukan?. Sila ingat HootSuite dan anda bahagia menggunakannya.
Untuk Google+ pulak, developer Hootsuite sedang menunggu API yang mungkin akan dilepaskan oleh pihak Google. Andai ini terjadi, perghhh la jawapannya. Dan buat sekarang ini gunakan sahaja aplikasi Google+ yang disediakan oleh pihak Google yang anda boleh dapati secara percuma di Market.
SC20111114-192526
Aplikasi Hootsuite yang membenarkan anda schedule status anda. Tidak kira tweeter atau Facebook
SC20111114-191930
Antara muka editing
SC20111114-192003SC20111114-192014
Timeline Twitter anda. Kalau anda tidak berkenan boleh sahaja gunakan UberSocial atau Twidroyd yang lebih advance. Hashtag, Trending atau liveview misalnya.
Android yang berada di pasaran kini pun sudah sangat murah. Setakat yang menggunakan 1Ghz CPU pun ada dah yang bawah 1k. Kenapa 1Ghz? Kerana ia sudah memadai bagi anda untuk mengelakkan lagging dan task anda di lakukan dengan cepat dan sempurna.
Nanti gua tulis pasal editing gambar pulak ye. Pasti termenung anda di buatnya. Klik ajer kat flickr gua dan saksikan keajaibannya.. bubai
*entry ini google bayar gua RM10k.
*iOS5 atau iPhone mungkin lebih canggih barangkali… Smile

Saturday, August 6, 2011

Raja penyibuk "spam" Facebook didakwa di mahkamah!



SEORANG lelaki Amerika Syarikat didakwa kerana mengirim lebih 27 juta "mesej penyibuk" kepada pengguna Facebook.
Sanford Wallace, atau juga dikenali sebagai "raja spam", diserahkan kepada agen Biro Penyiasatan Persekutuan, FBI di California.
Menurut pihak pendakwaan, Sanford Wallace dikatakan telah membina sebuah program yang berjaya menembusi sistem penapisan Facebook (spam filter) dan mengumpan para pengguna untuk menghantar butiran akaun mereka.
Wallace bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan ke atasnya yang mana boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $100,000 (RM350, 000)

Para pengguna ini kemudiannya akan diarahkan ke sebuah laman sesawang affiliate yang akan memberikan "keuntungan besar" kepada Wallace.

Facebook telah mengambil tindakan undang-undang ke atas Wallace pada tahun 2009 dan mahkamah persekutuan telah memerintahkannya agar tidak memasukki sistem rangkaian Facebook. Bagaimanapun, menurut pendakwa, dia berulang kali melanggar arahan tersebut dalam tahun ini.
Wallace juga kalah terhadap saman sivil yang dikenakan ke atasnya oleh MySpace dalam tahun 2008, kerana menghantar longgokan mesej-mesej penyibuk kepada pemilik akaun di laman sosial itu.

ReJaM© "Peringatan kepada spammer, penjara 10 tahun tu beb..."


Original Page: http://milosuam.blogspot.com/2011/08/raja-penyibuk-spam-facebook-didakwa-di.html