Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label Hotak hang. Show all posts
Showing posts with label Hotak hang. Show all posts

Monday, May 14, 2012

N9 Ada EXCO Bodoh Tak Sekolah?

by mountdweller 

Busuknya hati

 Amaran keras akan diberikan termasuk menarik lesen berniaga sekiranya peniaga tertangkap ketika berniaga di ceramah pembangkang dengan menggunakan kemudahan yang diberi kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Sembilan, Datuk Yunus Rahmat berkata, pihaknya menerima aduan bahawa ada peniaga yang berniaga di tapak ceramah anjuran pembangkang di sekitar daerah ini.

 “Kita tidak menghalang mereka berniaga tetapi yang menyedihkan mereka menggunakan kemudahan dan peralatan diberikan kerajaan. “Baru-baru ini, kami berjaya mengesan ada peniaga berniaga menggunakan payung Fama di Kampung Bukit Serambai ketika ceramah Pas diadakan di sana," katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke Pasar Tani Kuala Klawang, awal pagi, semalam.

 “Pegawai Fama perlu melaporkan kepada saya sekiranya terdapat peniaga berniaga menggunakan peralatan yang mempunyai label jabatan kerajaan. “Kita memahami situasi peniaga yang mahu mencari rezeki dan kita tahu tidak semua peniaga itu menyokong pembangkang. Mereka hanya mengambil peluang berniaga sekiranya dipelawa pembangkang dan ia menjadi tempat mereka mencari rezeki,” katanya.

 Beliau berkata, malah ada peniaga yang tidak berlesen, namun dijemput pembangkang untuk berniaga dan ini menjadi masalah. “Selain itu, wang hasil berniaga itu akan diserahkan kepada pembangkang sebanyak 30 peratus dan ini secara tidak langsung mereka menyokong pembangkang,” katanya. Yunus berkata, selain lesen perniagaan ditarik semula, peniaga yang tertangkap juga perlu memulangkan semula kemudahan diberikan jabatan kerajaan terbabit.

 Sikap binatang yang ditunjukan umno, haramjadah orang nak berniaga pun mahu ugut ke, oiii bodoh get a life la, lu ingat harta kerajaan tu harta mak bapak lu je ke. Sedap mulut je nak ugut2. Kan punya bodoh pemikiran bila peniaga berniaga guna logo fama secara tak langsung Bn dapat promosi percuma la ngok. Apa lu ingat hata kerajaan tu BN yang punya. Lu diberi amanah jaga je, apa barang lu sibuk pasal porang nak berniaga kat mana. Semakin gua menulis gua lagi panas hati, jadi rakyat boleh menilai sendiri bertapa busuknya hati BN ni, haramjadah - Johorborn

Friday, April 15, 2011

Mahathir dulu gua lupa pulak datangnya dari Parti mana....

Tak kiralah apa isu sekalipun, PRU mana-mana sekalipun, tidak akan lupa berita dari media perdana untuk meratibkan nama Anwar. Ada sahaja isu untuk memburukkan nama Anwar. Sekelumit pun ruang tidak akan dipersiakan untuk memburuk dan menajatuhkan Anwar. Apa isu, apa perkara pasti Anwarlah dalangnya. Khas untuk yang buruk-buruk sahaja.

Manakala berlaku sebaliknya ketika mana bahang memuncak di Sarawak, Taib Mahmud itulah manusia yang hebat, tidak ada cacat-celanya bahkan blog-blog yang melaporkan sebaliknya pula itu yang di serang.

Datang dari minda yang sihat dan cuba juga gua mengikuti Buletin Utama malam ini dengan hati yang kosong maka gua bukak tv. Terpacul muka Mahathir memuji Barisan Nasional dan kejayaannya dalam mentadbir Malaysia selama 50 tahun.

Sambil menguyah nasik gua bukak siaran ulangan Raja Lawak kat Astro Prima. Lebih menghiburkan......

Saturday, April 2, 2011

Sakitnya otak gua

Mutakhir ini begitu banyak isu-isu yang agak celaka timbul di dada akhbar dan media. Gua serius semakin semak dan meluat.Apa dah jadi ni Pak Najib Oi!!!!!

Pertamanya isu video seks yang di katakan terlibat lakonan dalamnya pemimpin pembangkang dan pendedah video WTF!! itu kini bebas dengan hasil kerjanya dan media perdana dari tv dan akhbar cukup banyak beri ruang pada mangkuk sial itu. Padahal ini melibatkan maruah dan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional sekarang ini gua pikir mereka ok dengan isu maruah yang direndahkan martabat dan sangat suka pada isu seks dan liwat berlegar dalam cakap-cakap rakyat marhaen. Pemimpin sebegini gua rasa sangat tolol!!

Politik jijik ini buat gua terasa semakin melampau. Terdesak maka tiada langsung hati perut dan belas kasihan termasuk juga rakan media perdana yang seolah-olah bangang dan bahalol akan peranan sebenar sebagai penyampai maklumat.

Menjadi bahan seloroh dan cuba kalau video itu pelakonnya dari kalangan pemimpin Barisan Nasionl dan UMNO?? Ahhh... gua lupa, mereka ok dengan Soi Lek.

Kita fokus pada poco-poco kini? what the hell???

Sarawak mahu ada dah Pilihanraya. cerdik-cerdik la sikit. Tak mati kamu kalau Barisan Nasional itu mati....

Sunday, February 27, 2011

Handal ros...

Malaysiakini melaporkan, "Saya minta 30 minit saja (mengundi Syed Ibrahim). Esok kalau dia menang, ada masalah apa pergilah ketuk pintu rumah dia. "Kalau dia tidak buat apa, beritahu saya," kata-kata Rosmah berseloroh.

Hampeh, ingat kan apa ke benda tadi....

posted from Bloggeroid