Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label Kegilaan yang tak patut. Show all posts
Showing posts with label Kegilaan yang tak patut. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Ini Dia , Xiao Tian Awek Cantik Seksi Ketua Hacker Di China

 

 

Ini Dia , Xiao Tian Cewek Cantik Seksi Ketua Hacker Di China Si Hacker Cantik Penyebab Google Mahu Mundur Dari China, tulisan ini berkaitan dengan Google dari China yang menunjukkan betapa dahsyatnya komuniti hacker disana."
Ini Dia , Xiao Tian Cewek Cantik Seksi Ketua Hacker Di China

 Google baru-baru ini menyatakan siap mengundurkan diri dari China dan menutup seluruh operasi mereka di sana. Alasannya adalah, raksasa mesin pencari itu sudah tak tahan dengan gelombang serangan yang dilancarkan para hacker asal negeri tirai bambu tersebut.



David Drummond, Senior Vice President, Corporate Development and Chief Legal Officer Google menyebutkan, pihaknya mendapati adanya "serangan yang sangat canggih" yang berasal dari China terhadap infrastuktur Google.
"Serangan-serangan ini membuat kami memutuskan untuk meninjau kelayakan operasi bisnis kami di China," ujar Drummond di blog resmi Google, 12 Januari 2010.

Langkah Google yang memilih mundur dari China ini benar-benar menunjukkan dahsyatnya komuniti hacker di negeri tersebut

Ini Dia , Xiao Tian Cewek Cantik Seksi Ketua Hacker Di China


Sampai Julai 2008, diperkirakan terdapat 4 juta orang hacker yang tergabung dalam berbagai komuniti hacker. Salah satunya adalah kelompok hacker khusus wanita yang menamakan diri Cn Girl Security Team. Kelompok hacker ini dipimpin oleh gadis kelahiran Hunan, 6 September 1989 bernama Xiao Tian.

Mungkin kita akan membayangkan bahawa tipikal seorang hacker adalah remaja yang beranjak dewasa, dengan penampilan seadanya atau bahkan kalau tidak dibilang buruk rupa, dengan kacamata tebal, perokok berat, rambut acak-acakan tak terawat dan jarang mandi kerana menghabiskan sebahagian besar hidupnya di depan komputer.
Ternyata tidak begitu dengan Xiao Tian. Walaupun menyebutkan ia sering begadang dan sesekali merokok, tetapi penampilannya sangat cantik. Sepintas, melihat penampilannya, Anda mungkin tak akan menyangka bahawa ia merupakan pimpinan dari kelompok hacker yang anggotanya mencapai lebih dari 2.200 orang hacker wanita.

Ini Dia , Xiao Tian Cewek Cantik Seksi Ketua Hacker Di China


Xiao Tian menyebutkan, ia membuat kelompok tersebut kerana ia merasa bahawa perlu ada tempat bagi gadis remaja sepertinya, yang merasa tersingkirkan dari dunia hacker yang disesaki oleh hacker lelaki yang menganggap bahawa hacker wanita tidak memiliki skill yang cukup.
Perlahan tapi pasti, Xiao Tian dan kelompok hackernya mulai menerobos dominasi lelaki di dunia hacking. Mereka mengincar status selebritis yang disandang oleh para hacker di China sekaligus membuka peluang "karier" yang menggiurkan yang tersedia bagi hacker yang memiliki reputasi tinggi.
Meski anggota klub hacker Xiao Tian masih relatif kecil dibandingkan dengan populasi hacker di China, namun "organisasi" hackernya mungkin merupakan salah satu kelompok hacker perempuan terbesar di China

Scott Henderson, seorang pencen tentara AS yang merupakan pengamat dan penulis The Dark Visitor: Inside the World of Chinese Hackers pernah menyebutkan pada DNA India. "Aspek unik dari hacker China adalah rasa nasionalisme dan kolektivitas. Ini kontras dengan stereotip hacker barat yang umumnya mandiri dan bekerja secara individual di ruang bawah tanah tempat tinggal mereka," ucapnya.
Namun, belakangan, kecenderungan yang terjadi adalah "tentara cyber" tersebut terpecah-pecah dan membentuk kriminal kapitalis dan mulai meninggalkan rasa nasionalisme mereka.
Meski demikian, Henderson menyebutkan, suatu saat jika ada konflik yang melibatkan China, hacker tentu akan memobilisasi kelompok mereka dan terlibat dalam perang dunia maya. Dan jika saatnya tiba, "jenderal" Xiao Tian mungkin akan menjadi salah satu pemimpin pasukan tentara China tersebut.

(Via borak kosong)

FAKTA:967 GAS PEMEDIH MATA DIHADIAHKAN KEPADA RAKYAT SEMASA BERSIH 3.0.

 

http://www.bharian.com.my/bharian/Gallery/BERSIH/047

Beginilah kasihnya Kerajaan UMNO/BN kepada Rakyat Malaysia.....


KUALA LUMPUR: Sebanyak 967 butir gas pemedih mata telah dilepaskan dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Jumlah itu lebih tiga kali ganda berbanding dalam perhimpunan Bersih 2.0, iaitu sebanyak 262 butir.

Tembakan yang dilepaskan dalam Bersih 3.0 itu termasuk 909 butir 'shell tear smoke' dan 58 butir 'grenade tear smoke'.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussin dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

Dalam jawapan itu, Hishammuddin turut memberitahu kerajaan telah menanggung kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta akibat daripada penganjuran perhimpunan itu.

Fong Po Kuan dalam soalan lisannya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota yang bertugas, perbelanjaan pada hari tersebut.

Sementara itu, Hishammuddin memandang serius sebarang pelanggaran Peraturan sedia ada (SOP) yang telah ditetapkan dan dua anggota polis telahpun didakwa di mahkamah.

"Sekiranya terdapat mana-mana anggota keselamatan terbukti bersalah melanggar SOP yang telah disediakan, tindakan undang-undnag akan tetap diambil terhadap anggota berkenaan," katanya.Harakah Daily

N'N: Bagi yang belum pernah merasa gas pemedih mata pasti tertanya bagaimana rasanya terkena gas pemedih mata....Mata akan berasa sangat pedih dan hingus pula akan keluar secara mendadak tanpa henti, tindakan menggosok mata pula hanya akan menambahkan kesakitan......Jika terkena secara direct dan menghidu gas pemedih mata terlalu banyak mangsa boleh pengsan.....Garam pula digunakan untuk mengembalikan tenaga bukan untuk digosok tapi untuk ditelan.........

(Via Na'im Nikmat @blog)

Monday, December 12, 2011

Anda tahu Syiah? Inilah yang terjadi pada Khomeini di saat mahu dikebumikan..

Bergantung pada pandangan anda. Sesuaikan perilaku beliau semasa hidup dan apa yang terdapat di dalam al-Qur'an yang mana fahaman yang beliau anuti mengingkarinya. Untuk kita berfikir soal kebenaran .


Thursday, April 7, 2011

PKR itu hancurkan perpaduan Dayak?????

Rata-ratanya betapa ramai jugak bodoh bangang mewakili pemimpin BN ni di Sarawak. Bersuara betapa menyibuknya orang semenanjung di Bumi Kenyalang sempena PRN yang akan berlangsung tak lama lagi.

Ada juga yang berkata bahawa PKR itu hancurkan perpaduan Dayak. Jahil sungguh. Oit, ini pilihanraya la bingai. Sapa-sapa pun boleh bertanding. Duduk dalam hutan la kalau dah diri tu bangang sangat.......

****
UMNO tidak dapat walau satu kerusi pun di Sarawak. Namun, mereka ke hulu ke hilir membuat sibuk. Harus diingat bahawa sehingga kini UMNO tidak diterima di Sarawak.

Kehadiran pemimpin UMNO yang memakai topeng BN di Sarawak dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 (PRN Sarawak Ke-10) terasa amat janggal jika dibandingkan dengan PKR, DAP, dan PAS yang masing-masing meletakkan calon. UMNO menjelajah segenap pelosok Sarawak sambil menabur janji dan menagih undi untuk PBB, SUPP, PRS, dan SPDS. Parti-parti tersebut telah begitu lama diberi peluang untuk memakmurkan rakyat Sarawak. Walau bagaimanapun, sehingga kini Sarawak ialah negeri kedua yang mempunyai penduduk kategori miskin tegar di Malaysia.

Rakyat Sarawak miskin tetapi para pemimpinnya memiliki kekayaan yang melimpah-ruah. Sudah sembilan kali rakyat Sarawak dijanjikan dengan pelbagai perkara yang manis-manis belaka. Namun, semuanya palsu. Jika tidak masakan Sarawak menjadi negeri termundur di Malaysia. Banyak wang telah diperuntukkan kepada rakyat Sarawak. Ke mana wang itu lesap jika rakyatnya masih di takuk lama? Sebahagian besarnya disapu oleh pemimpin. Rakyat hanya dapat kuah.

Sunday, March 27, 2011

Zul Kulim dah poning..

ZUL Kulim nampaknya sudah mula berputar lidah apabila terang lagi bersuluh terkantoi kenyataannya di TV yang percaya 110 % pelaku itu adalah pemimpin pembangkang yang kontroversi yang semua orang faham maksudnya adalah Anwar. Apabila kes video seks ini kantoi juga dengan pengakuan `Three Strooges' Datuk T, maka kelam kabut Zul Kulim minta kita percaya apa yang dia tulis di dalam blog, bukan apa yang dia cakap di dalam TV.

Ertinya, yang bercakap di dalam TV itu bukan Zul Kulim, mungkin hantu syaitan berkopiah agaknya. Zul Kulim yang betul adalah di dalam blog beliau. Bijak tidak boleh diikut loyar ini. Jika benar TV tersebut yang menyiarkan gambar dan kenyataannya itu diputar belitkan, masakan Zul Kulim seorang peguam tidak mahu mengambil tindakan menyaman TV berkenaan? Mudah dibaca langkah pencak silat sumbang MP Kulim yang tidak berparti ini.

Beliau menulis berkaitan video seks yang kantoi itu dipetik begini, "
"Bolehkah mike percaya isu Jantan-X menyudu dalam videoseks tu dikatakan perbuatan kerajaan. Masuk akai ke yop? Berapa lama nak kena bohong dan kelentong yop? Orang yang menamakan diri dia Datuk T tu kata dia kawan Anwar. Dia yang diminta Anwar ambil jam yang tertinggal dalam bilik hotel tempat menyudu" tersebut. Kawan Anwar ni yang jumpa video tu. Kawan Anwar ni yang buat kenyataan akhbar tu. Kawan Anwar ni yang tunjuk videoseks itu kepada wartawan. Kawan Anwar ni yang ugut Anwar supaya letak jawatan. Kawan Anwar ni juga yang kata setelah melihat video itu dia yakin Anwar tidak layak menjadi pemimpin. Kawan Anwar ni yang desak dia dan bini dia supaya berundur. Itu semua dibuat oleh Datuk T iaitu kawan Anwar sendiri. Takde kena mengena dengan sesiapa pun, apatah lagi Kerajaan".

Hujah saya, mana Zul Kulim tahu Datuk T itu kawan rapat Anwar? Siapa dia di antara `three strooges' itu kawan rapat Anwar? Mungkin Anwar ada berurusan dengan salah seorang daripada mereka sewaktu dahulu tetapi adakah itu bermakna kawan rapat? Berapa banyak kawan rapat Anwar? DS Anwar sendiri beritahu tiada seorang pun di antara mereka itu kawan rapatnya. Tiba-tiba Zul Kulim yang lebih tahu sepertimana dia tahu dan percaya 110 % pelaku Seks di dalam video berkenaan. Cukuplah berbohong wahai lebai malang !!

Apabila terkantoi di dalam isu video seks, Zul Kulim beralih kepada isu DNA. Bersungguh benar Zul Kulim mahu DS Anwar serahkan DNAnya untuk membuktikan air mani siapa yang bertakung di dalam dubur `haji' Saiful.

Petikan tulisan Zul Kulim seterusnya begini;
"Yang penting sekarang ialah; Anwar wajib berikan sampel darah dia untuk ujian DNA bagi menentukan siapa Jantan-Y yang mengunyitkan Saiful dan meninggalkan airmani bertakung dalam karung Saiful!!! Period!!! Full stop!!! "

Hujah saya, mengapa Zul Kulim bertanya tentang jantan Y sahaja? Mengapa tidak bertanya jantan J, K, L, M, N, O, P, Q yang dikatakan terlalu banyak DNA nya di lubang belakang `haji' Saiful? Hipokrit sungguh lebai malang ini. Jelas, sasaran Zul Kulim hanya Anwar sahaja. Beliau tidak mahu ambil tahu betapa `haji' Saiful mungkin telah `dianiayai' oleh beberapa orang lagi. Sebagai seorang lebai jika tidak ustaz sekali pun, sepatutnya Zul Kulim patut mencadangkan agar kes liwat seperti ini hendaklah kembali kepada kaedah Islam. Itu pun jika Zul Kulim masih yakin dengan perundangan Islam atau mahkamah Syariah. Jika tidak, apa bezanya Zul Kulim dengan beberapa pemimpin DAP yang menentang hukum Islam itu?

Tulisan Zul Kulim tersebut ternyata hanya sebagai `cover line' setelah banyak orang mula mencacinya kerana terlibat dengan tuduhan jahat terhadap Anwar tanpa usul periksa. Apa-apa pun, kita ucapkan tahniah kepada beliau kerana dikhabarkan baru sahaja mendapat anugerah Datuk dari Pahang. Mudah-mudahan anugerah itu akan menyelamatkan lebai ini di depan Rabbul Jalil nanti. FULL STOP.

wfauzdin.blogspot.com

posted from Bloggeroid