Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label Persoalan ini perlu dijawap. Show all posts
Showing posts with label Persoalan ini perlu dijawap. Show all posts

Saturday, February 1, 2014

Pembabitan Mahathir jatuhkan Najib bukan perkara pelik

By greenboc

SHAH ALAM, 31 JAN: Pembabitan Tun Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. 

Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata tindakan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa bagi Mahathir, bahkan membuat penafian juga sudah sebati dalam gerak kerja politiknya selama ini.

Beliau berkata, perkara sama turut menimpa beberapa bekas pemimpin terkemuka Umno sebelum ini antaranyaTun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas disingkirkan Mahathir.

Ketika hubungan tidak mesranya dengan Musa dihidu ramai pada awal 1980-an dulu, Mahathir beberapa kali menafikannya, bahkan beliau juga kerap menunjukkan sifat mesranya di depan umum dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. 

“Begitu juga dengan Anwar apabila beliau sering menafikan hubungan renggang mereka dan berulang kali menegaskan Anwar adalah penggantinya,bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar ,pada 2 September 1998, beliau sekali lagi menafikan hubungan mereka bermasalah. 

“Namun ,akhirnya Anwar bukan saja dipecat, bahkan juga dimalu, diaibkan dan dihantar ke penjara seperti tidak pernah bersahabat baik serta duduk makan semeja sebelum itu. Tetapi itulah Mahathir, apa yang dinafikan selalu yang dilakukannya,” katanya di dalam blog. 

Shahbudin berkata, gerakan untuk menggulingkan Najib yang dikaitkan dengan Mahathir bukan lagi rahsia Umno berikutan beberapa blogger pro-bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu semakin giat meningkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib.

Beliau berkata, desakan supaya Najib segera berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti. 

Katanya, selain Datuk A Kadir Jasin; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihan raya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada kini. 

“Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan dikatakan selalu bertemu untuk berbincang berkenaan isu politik semasa.

“Walaupun menafikan berada di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib, beliau pada masa sama mulai kritis terhadap Najib dengan mengkritik sikap bermewah kerajaan dan menyokong kenyataan Daim dengan menyatakan pandangan bekas Menteri Kewangan itu ada asas dan kebenarannya. 

“Mahathir juga seperti menyindir Perdana Menteri bahawa pemimpin sekarang lebih mengutamakan mencari kekayaan berbanding memberi khidmat kepada rakyat. Siapa pemimpin sekarang yang ghairah mencari kekayaan kalau bukan Najib dan keluarganya?” katanya. -selangorku 


PM jumpa penyokong malam ini, bendung pemberontakan parti

The Malaysian Insider difahamkan bahawa presiden Umno itu akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagian, pemberi pendapat dalam parti dan penyokongnya untuk menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain.

Najib dijangka menggariskan apa yang beliau percaya sebagai motif di sebalik semua serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009. 

Susulan daripada taklimat tertutup itu, pengikut setia Najib dijangka turun ke akar umbi dan menyebarkan pesanan PM untuk terus berjuang dan jangan menghiraukan sebarang kritikan. 

Taklimat itu adalah tanda yang menunjukkan Najib dan barisan penasihat akhirnya menerima hakikat bahawa serangan bertubi-tubi dan berterusan terhadapnya adalah perkara yang serius serta memberi kesan terhadap pegangan kuasanya.

Najib dilantik sebagai presiden Umno bagi penggal kedua selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti dan hampir semua orangnya berada dalam Majlis Tertinggi Umno, tetapi itu tidak menghentikan kritikan yang menggunung mengenai kepimpinannya. 

Tetapi, tidak ada bahaya yang mendesak menunjukkan Najib akan kehilangan kuasanya dalam parti atau Parlimen, walaupun wujudnya spekulasi menyatakan pengkritiknya mahu beliau meletakkan jawatan sebelum akhir tahun ini. 

Mandat Najib sebagai presiden parti adalah sehingga 2016 manakala kerajaan pemerintah Barisan Nasional ada sehingga 2018 sebelum penggal tamat. 

Langkah berdiam diri yang diambilnya terhadap serangan dalam parti dan di alam siber dilihat sebagai tanda kelemahan, hampir serupa dengan sikap “senyap bergaya” Abdullah ketika bekas perdana menteri itu dikutuk dan dilabelkan sebagai “Slumberjack”. 

Orang kuat Najib yang juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengarahkan pengkritik menggunakan saluran dalam parti untuk menyuarakan kegusaran dan tidak puas hati masing-masing. 

Secara jelas pesanan itu ditujukan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang sebelum itu mengeluarkan kenyataan potongan subsidi Najib akan memberi kesan kepada sokongan terhadap BN pada pilihan raya akan datang. 

Bapa Mukhriz, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik BN di bawah pentadbiran Najib dengan berkata gabungan itu lemah dan kerajaan sepatutnya memotong perbelanjaan, bukan subsidi. 

Daim, bekas penasihat ekonomi kerajaan dan menteri kewangan, dalam satu mesyuarat tertutup di Umno Merbok, 10 hari lalu, turut berkata BN boleh kehilangan kerajaan jika pilihan raya diadakan pada waktu sekarang dengan polisi semasa BN terkini.

Perdana menteri juga menjadi bahan lawak di alam siber berhubung kenyataannya yang meminta rakyat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan apabila berlaku kejatuhan harga, bukan hanya tahu menyalahkan kerajaan ketika harga naik. 

Sumber dalam Pejabat Perdana Menteri berkatapembantu khas Najib menuduh adiknya, ketua CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berniat “jahat, serangan tertutup” terhadap abangnya menerusi artikel yang disiarkan sempena mengingati pemergian ayah mereka, Tun Abdul Razak Hussein ke rahmatullah pada 1976.

Dalam artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider dan dua media lain, Nazir memuji allahyarham bapanya yang memegang sifat integriti dan langkah berjimat dan berkata, pemimpin negara patut kembali ke pangkal jalan untuk membangunkan negara. 

Najib yang mula memegang tampuk kuasa pada April 2009 berjanji untuk berubah dan melaksanakan liberalisasi menerusi landasan 1Malaysia dan berkata, zaman “kerajaan tahu yang terbaik” sudah berlalu. 

Tetapi, perubahan yang dilaungkannya menyebabkan BN kalah lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dan ekonomi Malaysia merudum dengan ramalan global agak suram sehingga memaksa Najib memotong subsidi dan memperkenalkan cukai penggunaan untuk memastikan kadar kewangan yang positif. 

Potongan subsidi dan gaji minimum mandatori serta peningkatan kos sara hidup datang serentak bersama serangan terhadap perdana menteri yang sering melakukan lawatan ke luar negara dan kegagalannya mengawal perbelanjaan awam. 

Selepas teruk dikritik, Najib mengumumkan 11 langkah untuk berjimat tetapi pengkritik berkata, ia terlalu sedikit dan sudah terlambat hingga memerlukan Dr Mahathir kembali ke Putrajaya untuk memulihkan nasib Malaysia. -TMI



Mahathir nafi di belakang usaha jatuhkan Najib

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau di belakang usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti didakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. Rafizi berkata, tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang bagi mengekang kemaraan BN di Selangor jika perdana menteri sekarang dijatuhkan oleh kuasa dalaman Umno. Dakwa Rafizi, gerakan menjatuhkan Najib sudah menjadi rahsia umum, yang digerakkan "kem Mahathir" dalam Umno. "Itu tafsiran dia (Rafizi). Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada masa saya jadi PM pun. "Memanglah parti lawan tugas lain tak ada melainkan jatuhkan pemerintah, untuk jadi pemerintah," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemubual menerusi program "Dalam Radar Khas" terbitan Bernama Radio24, di ibu negara petang ini. -mk


ULASAN GB

Mahathir kini berada dipenghujung usia. Menghabiskan sisa-sisa umurnya membantu survival politik anaknya agar terus dapat berlansung setelah berjaya menjadi MB Kedah. 

Apabila rahsianya mahu menjatuhkan Najib terbongkar, dibongkar oleh Rafizi bahawa beliau kini sedang berusaha untuk jatuhkan Najib, beliau agak terkedu dan lantas cuba menafikannya, namun penafiannya tidak utuh dan kukuh. 

Umum mengetahui, sejarahnya membuktikan Musa Hitam, Abd Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Abdullah Ahmad Badawi - kesemuanya jatuh hasil dari permainan manusia licik yang bernama Mahathir ini.

Apbila Mukhriz tewas untuk merebut jawatan salah satu Naib presiden UMNO, pada ketika itu beliau menyindir program transformasi Najib dan menganggap program transformasi Najib tidak berjaya kerana UMNO masih mahu mengekalkan muka-muka lama. 

Bagi Pakatan Rakyat, kedua-duanya samada Najib atau Mahathir - adalah perosak besar kepada negara. Mahathir yang terkenal dengan sistem pemerintahan "ISA" dan kukubesinya manakala Najib terkenal dengan pemborosan melampau dan ketirisannya, menyebabkan rakyat hidup dalam kesengsaraan. PRK Kajang adalah jawapannya untuk permulaan menghentikan legasi pemerintahan BN di negara ini.

Friday, June 14, 2013

Ini yang sedang aku baca sekarang.

Aku rasa sudah amat perlu masyarakat didedahkan dengan bahan bacaan yang berat dan bermanfaat. Gosip tidak menjana akal ke arah yang lebih baik. Akal akan semakin tumpul. Hendak pulak kalau selalu didedahkan dengan rancangan tv serta kata-kata pak menteri yang lebih merapunya dari berfakta.

Maklumlah kini adalah zaman mengampu

Monday, November 14, 2011

Kedai 1Malaysia

Memang confuse pada kata barang itu berkualiti atau tidak. Menjadi punca adalah kerana jenama. Roti Gardenia itu jenamalah. Cuba kalau roti yang pertama kali kita dengar, murah pastinya.

Persoalan, roti apa yang dijual di kedai 1Malaysia?

Gua tak tahu pasal belum ketemu lagi kedai yang dimaksudkan.

Beria benar Mydin mempertahankan kedai 1Malaysia. Kalau dia tukang supply maka gua tahu jawapannya....

Sunday, October 30, 2011

Soalan dan jawapan yang macam celake.

Barai perut aku gelak pagi-pagi buta ni.

Saturday, October 22, 2011

Himpunan dan Murtad

Kenapa perlu ada himpunan sejuta umat dalam menentang murtad padahal menteri semua sunyi sepi. Mana pergi orang melayu dalam parlimen dalam menangani isu murtad? Kenapa perlu menyalak sekarang wahai Ibrahim Ali?

Selepas ini apa jalan penyelesaian dari anda semua, adakah cukup dengan sekadar berhimpun saja? Melihat kepada realiti umat sekarang ada sesuatu yang merunsingkan dan yang perlu diberi perhatian namun gagal dikesan oleh pihak berkuasa. Kenapa perlu mufti negeri negeri semua mandulkan dalam bersuara berkaitan murtad. Apakah benar perdana menteri islam atau menteri besar islam layak bercakap berkenaan islam berbanding mufti? Sedangkan kalau kita lihat kehidupan mereka tidak semuanya  berlandaskan kepada agama islam. Tidak perlu kita tuding jari kepada sesiapa namun kita boleh lihat dengan mata kasar yang ada. Gagal menjadi contoh yang baik itulah punca sebenar dalam masyarakat kita gagal dalam menangani isu murtad.

Selepas apa yang dihidangkan di dalam televisyen apakah benar tindakan berhimpun ini? Adakah kita tidak nampak pandangan masyarakat bukan islam kepada kita selepas ini, apakah persepsi mereka kepada kita? Najib tolong jawab.. Gagal atau berjaya perhimpunan ini bukan persoalan namun apakah realiti yang akan berlaku dalam masyarakat kita. Baik atau semakin bertambah buruk? Dan siapa pula yang akan bertanggungjawab selepas ini andainya keadaan semakin bertambah meruncing? Aziz Bari? Nik Aziz? Muhyidin Yassin?

Persoalan mereka yang bukan islam terhadap hukuman kepada manusia bukan islam yang masuk islam adalah persoalan yang kedua. Jawapannya ada namun perlu penelitian yang rapi sebelum ia benar-benar boleh didedahkan kepada masyarakat.

Persoalan di sini adakah wujud kuasa dari tangan ghaib yang menguasai kepimpinan masyarakat islam dalam negeri ini? Tiada jawapan nampaknya. Berterusanlah kita dalam saling menuding jari menyalahkan pihak lain dan sampai bila- bilalah kita begini saja nampaknya.

Thursday, October 20, 2011

Tabung Cinta

Ada sepasang suami isteri yang hidup sangat rukun dan damai. Mereka saling mencintai satu sama lain. Sebagai wujudnya cinta, mereka menyediakan tabung cinta di sisi katil yang akan di isi wang sepuluh ringgit oleh suaminya, sebagai ungkapan cinta suami terhadap isteri sehabis berasmara.

Begitulah setiap hari, wang dalam tabungan itu bertambah banyak. Di akhir bulan sepasang suami isteri tersebut membuka tabung itu. Alangkah terkejutnya si suami ketika melihat isi tabungan. Di sana tidak saja ada wang sepuluh ringgit, tapi juga beberapa helai lima puluh dan seratus ringgit.

"Sayang, bukankah aku selalu memasukkan duit sepuluh ringgit ke dalam tabung ini sehabis kita bersama, tapi mengapa sekarang ada beberapa wang lima puluh dan seratus ringit?" tanya suami kehairanan.

Si isteri menjawab, "abang, tidak semua lelaki bakhil seperti kamu. Buktinya banyak yang bagi wang lima puluh dan seratus ringgit."

Monday, October 17, 2011

Bagaimana Malaysia berbelanja dan bagaimana pula China..

Ini namanya perbelanjaan berhemah kerajaan paling cerdik oleh PM kita. Orang lain semuanya bodoh..

Saturday, October 15, 2011

Untuk Manusia Berfikir Dengan Firman Allah

Hidup kita ini masih lagi berpeluang untuk berfikir.. Ikut logik atau Qur'an

Wednesday, October 12, 2011

Masih ada mp yang kebulur rupanya

Kah, kah, kah... kesian kat MP Wangsa Maju ni...
dengan wajah sedih muka sekupang keluar kat dalam beritaTV tadi, menceritakan yang tugas Ahli Parlimen berat, banyak kerja nak kena buat, elaun yang ada sekarang tak cukup....
Oii, kalau rasa tak cukup duit, letak jawatan Mp Wangsa Maju tu,,atau nak prepare buat simpanan masa depan kerana lepas ni lu nak rasa elaun pun dah tak lama dah,,, lepas ni parti mana nak ambik lu bertanding,,, pengundi Wangsamaju pun dah cerdik,, bukan pengundi kampong felda....





Original Page

Tuesday, September 20, 2011

Mamula MOON..

Macam ku pernah dengar melodi ini..

Kahkahkah

Wednesday, September 7, 2011

Persoalan Kemerdekaan Yang Harus DIJAWAB ! (Wajib Baca!!)

Saya petik dari laman Facebook anak muda SAMM bernama Farel untuk renungan mereka yang berjiwa merdeka, persoalan yang harus dirungkai dengan sebesar jiwa... persoalan yang kerap menjadi taboo, tidak langsung dibawa ke hadapan ; Buka Minda anda sambil berfikir... Tiada paksaan untuk terima hujah ini tetapi anda harus menilai dan mengkaji ... Selagi bernafas jangan pernah leka untuk berfikir.. Selaku Anak Muda pemikiran kita masih segar oleh itu jangan sia-sia kan pemikiran kita... - Farel Dedek Samm ( Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia Segmentasi Mahasiswa)

"Soalan untuk renungan anak-anak muda pasca merdeka sempena 54 tahun "merdeka…"

1. Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang ?


2. Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula,walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar.?
3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya(TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?. 5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini ? 6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati ? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya ? 7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM. 8. Akta darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya ?. 9. Benarkah Darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan. 10. Benarkah Darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu. 11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948…. dan kenapa ? 12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu… ? 13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya ? 14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa ? 15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (UMNO sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British). 16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan ? Apakah signifikan syarat ini ? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak "premature withdrawal" ? dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjang ke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada. 17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban. 18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi UMNO sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London. 19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau, Dato Sagor, Dato Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu adalah sebahagian dari pejuang kemerdekaan. 20. Benarkah pada tahun 1948 UMNO hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ? 21. Kenapa semboyan UMNO adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris. ? 22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshallyang merancang untuk menggagalkan rundingan ini ? (Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara). 23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia? 24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk Ulama' telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan UMNO. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudianditangkap - kenapa ? 25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr. Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Buestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis ? 26. Jika PKM adalah anti Agama dan Tuhan, bagaimana ulama' seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris. 27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia ?. Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka. 28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan UMNO menjunjungsistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275). 29. Kenapa ulama-ulama upahan UMNO lebih gemar menyerang socialism yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba ?. 30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan UMNO tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau Datok Maharajalela, Datok Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding ? 31. Kenapa UMNO sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu tahta kuasa yang sedang berada di tangan UMNO? 32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu UMNO hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya. 33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948. Kenapa tidak nampak satu pun bendera UMNO ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain. 34. Pernahkah UMNO menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ? 35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ? 36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini?
38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat. 39. Kenapa UMNO perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi UMNO benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal..

Original Page: http://feedproxy.google.com/~r/edyesdotcom/~3/M1_X6si-V2s/siapa-harus-jawab-persoalan-persoalan.html


Saturday, September 3, 2011

Benarkah Umno menentang ideologi komunis ? Umno munafik kelas 1.


Malaysia sebenarnya begitu terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu yang mewarisi kepentingan penjajah kapum pemodal British. Malah dalam beberapa hal pwaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya dalam bab pembodohan minda.
Setiap kali kemerdekaan maka disajikan hanya Dato Onn, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib... adakah ini saja hero negara ? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak muda hilang minat dengan sejarah negara yang dilihat tidak cool....
Namun kemerdekaan kali ini yang awalnya dijangka tidak menarik perhatian kerana ditenggelami suasana 1 Syawal telah menjadi begitu menarik. Sejarah yang selama ini taboo telah dibincangkan terbuka.

Baca lagi di:


Original Page: http://chegubard.blogspot.com/2011/09/benarkah-umno-menentang-ideologi.html

Friday, September 2, 2011

Perkataan KOMUNIS Tiada Dalam Ucapan Saya - MAT SABU

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, telah memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana laporan "putarbelit dan palsu" ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos. Beliau juga berkata bersedia untuk menghadapi soal siasat polis mengenai perkara yang secara jelas digembar-gemburkan oleh pihak-pihak UMNO.

Akhbar milik Umno- Utusan telah memetik ucapan pemimpin PAS itu yang berkata bahawa komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong semasa Darurat pada Feb 3, 1950, adalah wira dan bukannya anggota polis yang terbunuh di dalam serangan itu. Dia juga didakwa telah menuduh Perdana Menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman, dan Presiden pertama Umno, Onn Jaafar, tidak perlu diiktiraf sebagai pejuang kebebasan kerana mereka adalah pegawai-pegawai British.

Sekurang-kurangnya 49 laporan polis telah dibuat terhadap Mat Sabu di atas ucapan tersebut, pihak UMNO secara tergesa-gesa telah menyerang dan menuduh beliau cuba untuk mengubah semula sejarah bagi tujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah republik. Kemuncak serangan itu, DAP pula telah menghantar pengerusinya untuk mencampuri pertelingkahan ini. Karpal Singh telah menasihatkan Mat Sabu supaya menarik balik kenyataannya.


Penafian Dan Rakaman Diabaikan

Kasihan Mat Sabu. Dia mesti berasa benar-benar kehilangan dan tidak berteman. Pada jangkaannya ia bukan satu isu. Bahkan dia telah melihat rakaman video ceramah atau ucapannya itu, di mana beliau kononnya telah membuat kenyataan tersebut. Setelah meninjau rakaman tersebut, Mat Sabu telah membuat penafian dan memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan.

Tetapi seolah-olah tiada siapa yang mendengar kepadanya sama sekali. Bukan sahaja Karpal tidak menyebelahinya, termasuklah UMNO-BN. Media UMNO kini memutarkan berita kepimpinan PAS atasan tidak menyokong beliau mengenai isu itu.

Tetapi walau apapun kata orang, Mat Sabu yakin, dia harus lebih cepat untuk meredakan serangan. Bawa keluar pita rakaman, tunjukkan. Masyarakat Melayu sekali lagi diingatkan akan penipuan-penipuan pemimpin UMNO.

Mat Sabu juga mengakui bahawa media milik UMNO telah menyerang beliau sejak beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS awal tahun ini. "Dan mereka juga mungkin menggunakan saya untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu kotor mereka seperti pembaharuan peraturan pilihan raya. Utusan berbohong ... mereka membuat cerita-cerita tentang ucapan saya. Apabila saya memeriksa kembali dan melihat rakaman, tidak ada perkataan 'komunis' dijumpai dalam ucapan saya," katanya.


Apakah Utusan Boleh Dipercayai?

Jika Mat Sabu bercakap benar, mengapa Utusan Malaysia berbohong? Adakah mereka sudah menyemak fakta atau ini satu lagi isu rekaan mereka untuk memusnahkan kredibiliti PAS dan menyamakan ia sebagai kecenderungan Komunis?

Utusan Malaysia telah gagal mengamalkan kejujuran dalam laporan politik dan menyebabkan rakyat Malaysia dan orang Melayu menjauhkan diri dari mereka dan UMNO. Mempertaruhkan kredibiliti ini semata-mata untuk sensasi hanya akan merosakkan masa depan akhbar yang dimiliki parti. Dan jika penipu patologi mula memberitahu kebenaran, tiada siapa akan mahu untuk mempercayai mereka lagi. Ini adalah bagaimana kredibiliti bekerja. Seperti juga 'amanah', dipecahkan sekali, ini sangat sukar untuk dibaiki.

Ancaman komunisme kepada dunia sudah lama berlalu. Ia adalah ideologi usang yang tergolong di zaman lain. Kita sekarang berada di dalam tamadun moden, liberal dan ditambah era IT di mana Komunisme sudah tidak dialu-alukan mahupun diingini lagi. Tidak ramai yang memperdulikannya lagi dan kebanyakan anak-anak muda menganggapnya sebagai kepercayaan kuno. Tetapi tidak di sini, dimana UMNO memerintah Malaysia. Di sini, ia masih satu stigma, ia dosa yang keji. Itulah kedalaman pengetahuan ideologi di dalam UMNO hari ini.

Seterusnya, apakah yang Utusan harapkan? Dari isu 'azan' Teresa Kon, bersambung ke Perdana Menter Kristian, skandal seks Datuk T, serbuan JAIS-DUMC hinggalah terkini kepada Komunisme. Akhbar itu tidak pernah gagal untuk mencetuskan kontroversi yang tidak perlu. Mungkin ini adalah arahan daripada bos. Sebagai sebuah akhbar, tanggungjawabnya adalah untuk menyatukan pendapat umum Melayu, tetapi setakat ini ia hanya berjaya mencambahkan benih-benih perpecahan.

Dalam perkembangan positif, publisiti itu hanya menjadi kemasyhuran dan kepercayaan pemimpin-pemimpin politik dalam parti-parti pembangkang supaya pendirian mereka tidak berbelah bahagi. Terutamanya, apabila ia mendedahkan bahawa laporan Utusan tentan Mat Sabu adalah palsu. Bumerang ini akan balik kepada UMNO, dan masyarakat Islam seharusnya bertanya kepada pemimpin-pemimpin mereka seperti TPM Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein dan ramai yang lain mengapa mereka berebut-rebut untuk mengutuk Mat Sabu, tanpa usul periksa.


Tidak Begitu Dikenali Sebelum Ini

Mohd Sabu menikmati banyak sokongan dari akar umbi PAS. Orang ramai sukakan pidatonya yang berapi-api dan bersemangat, dan beliau banyak menjelajah ke seluruh negara untuk bercakap di dalam ceramah PAS yang telah membawa banyak sokongan kepada perjuangan PAS.

Mat Sabu tidak terkenal di kalangan bukan Melayu dan bukan-PAS sehinggalah dia menjadi Timbalan Presiden. Tetapi kini, semua orang mengenali beliau selepas serangan hebat Utusan UMNO - Bukit Kepong Sabu mungkin menjadi namanya yang terbaru. Dihormati oleh kebanyakan orang Melayu, kemasyhuran beliau kini telah sampai kepada warga Cina dan India di negara ini yang tidak lagi melihat beliau dengan syak wasangka.

Tidak seperti pemimpin-pemimpin atasan PAS, yang kebanyakannya dari golongan Ulama, dia lebih dianggap liberal, lantang bersuara, turun ke bawah dengan kualiti kepimpinan semulajadi yang boleh menarik rakyat bersama-sama. Kejayaan beliau dalam pemilihan parti baru-baru ini juga menunjukkan bahawa asas sokongan kepada beliau adalah tinggi. Malah, bagi peringkat akar umbi PAS, dia bagaikan lagenda yang masih hidup kerana kelebihannya itu. Bagaimanapun, beliau dilihat bagai duri dalam daging bagi golongan elit UMNO.


Super Wira Kaum

Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man telah membelanya dengan berkata sesiapa yang menentang kerajaan penjajah British sebelum Merdeka, termasuk Parti Komunis Malaya, "logiknya" boleh dipanggil pejuang kemerdekaan. Walau bagaimanapun, perkara yang sama tidak lagi boleh dianggap begitu terhadap pihak Komunis selepas kemerdekaan daripada pihak British, kerana pada masa itu, mereka melancarkan perang gerila terhadap kerajaan Malaysia.

Tuan Ibrahim, Ustaz yang dihormati, juga menegaskan bahawa terdapat keperluan untuk tafsiran yang lebih jujur tentang ​​sejarah, menunjukkan bahawa soalan PAS menyokong Komunis tidak sepatutnya timbul jika semua pihak mengkaji sejarah tanpa prejudis.

Oleh itu, ia kelihatannya seperti Mat Sabu kini telah menyertai barisan Anwar Ibrahim dari PKR dan Lim Guan Eng dari DAP. Dia sepatutnya harus berasa bangga dengan kehebatan serangan UMNO ini. Beliau kini antara yang paling teraniaya di Malaysia kerana beliau dilihat sebagai satu ancaman politik yang sebenar, dengan karisma dan bakat yang cukup untuk menakutkan golongan elit UMNO.

Anwar, Guan Eng dan Sabu kini ketiga-tiga watak utama untuk drama politik di Malaysia dan semakin hebat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Dalam tergesa-gesa untuk membunuh mereka, UMNO telah lupa bahawa pedang mempunyai dua mata. Walaupun di mata mereka, mereka mendapat kemenangan besar ke atas Sabu, tetapi tidak semua orang membaca Utusan, berapa ramai orang Melayu yang percaya atau mengambil berat tentang berita itu lagi?

Jadi, di mata kebanyakan orang-orang Melayu, Sabu kini merupakan Super-Wira dan terima kasih kepada UMNO.

-MC



Original Page: http://feedproxy.google.com/~r/EmpulakDah/~3/-jZQtSrgCv4/perkataan-komunis-tiada-dalam-ucapan.html

Thursday, September 1, 2011

Bukit Kepong / Mat Indera / Bro TT

 
Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?

Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar '... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....' Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.Khalas.Perid.End. Fin.- Bro TT

Tuesday, August 30, 2011

Mat Sabu Bukan Penghianat


DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini. 

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis? 
Apakah Tunku nasionalis?

Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar '... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....' Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British merekaTIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain. 

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas. Perid. End. Fin.

Original Page: http://malaysia-today.net/mtcolumns/dari-jelebu/43132-mat-sabu-bukan-penghianat?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

Thursday, August 4, 2011

Polis Yang Baik


Mereka lupa informasi kini bukan lagi mereka yang kawal. Mereka lupa di Felda kini sudah ada wifi. Dan mereka lupa yang kini budak-budak pun tahu apa itu Google.


Jom sahur......

Thursday, July 21, 2011

Cerita betoi dari Pak Samad, sayuuu jaa... demi anak cucu...

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan sikap kelembutannya kini menyimpan satu perasaan benci kepada kerajaan.

Ini berikutan tindakan polis menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 genap seminggu lalu melibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa rakyat.

"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Itulah waktunya saya lebih benci," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.

Beliau menyifatkan tindakan polis menangani perhimpunan damai itu secara bengis.

Katanya, seluruh rakyat Malaysia yang telah menyertai himpunan itu terus mengkritis kerajaan Umno BN apabila melihat keganasan yang dilakukan oleh pihak polis.

Justeru, beliau kesal kerana pemimpin Umno BN membuat berbagai helah menyatakan polis yang menjalankan tugas ketika itu tidak melakukan tindakan yang kasar kepada rakyat sebaliknya menuduh rakyat yang bertindak kasar.

"Kata-kata itu menjadi luka berdarah buat rakyat Malaysia dan saya percaya Umno BN akan terkubur dalam PRU ke 13 nanti," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Yellow Saturday di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar malam kelmarin. Turut berucap ialah dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar serta anggota Unit Amal yang difitnah membawa pisau semasa himpunan Bersih 2.0, Abdul Razak.

Pak Samad juga menceritakan pengalamannya dalam himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada jalan alternatif lain, jadi go through saja.

"Menghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 300 meter daripada Istana Negara di sebelah petang untuk menyampaian Memorandum yang merupakan amanah rakyat untuk di sembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, amat mengecewakan tiada pertimbangan yang sebaiknya oleh polis.

"Mata saya telah mengalami kecederaan akibat tembakan gas water cannon, mereka (polis dan FRU) nampak saya ketika itu, kalau boleh mereka hendak makan saya.

"Berbeza dengan demonstrasi pertamanya pada Mac 2007 bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), kali ini saya rasakan ujiannya terlalu kuat dengan menempuh pelbagai rintangan.

"Sepatu Nike saya juga hilang apabila dihimpit dengan ramai rakyat disitu lebih-lebih lagi apabila polis datang mengejar rakyat yang berhimpun di situ.

"Saya bukan sahaja hilang capal, tetapi peralatan yang saya bawa seperti garam, tuala kecil dan air mineral yang dibawa sebagai alat pelindung saya tepaksa diberikan orang lain apabila salah seorang peserta himpunan disitu kelihatan nafasnya menjadi sesak meminta-minta agar diberikan bantuan.

"Saya berikan semua peralatan saya kepada beliau untuk menyelamatkan dirinya, jika tidak mungkin orang itu juga mengalami nasib yang serupa seperti arwah Baharudin.

"Saya seharusnya diapit dua orang peguam, (tetapi) mereka juga hilang apabila kami semua dikejar oleh polis dan FRU untuk mengelak diri daripada ditembak dengan gas.

"Pada Sabtu itu, pakaian saya sudah basah lencun akibat hujan dan dengan tembakan meriam air, saya terus berjalan kira-kira 10 kilometer menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berkaki ayam separuh jalan, berbatu-batu. Ada beberapa anak muda yang nampak saya ketika itu hendak beri saya sepatu Nike tetapi saya menolaknya kerana saya fikir sepatu itu cantik sangat dan biarlah saya bersusah payah untuk masa depan anak bangsa saya sendiri.

"Kemudian saya didatangi oleh seorang lagi anak muda dengan memberi saya sepatu yang besar, saya menerimanya kerana saya fikir perjalanan saya jauh dan banyak halangan yang perlu saya tempuhi untuk menyerahkan Memorandum kepada Agong. Ini merupakan satu pengalaman pahit dan tidak mungkin saya lupakan.

"Tidak pernah saya melihat satu kelompok orang muda yang berbilang bangsa itu bersatu oleh satu cita-cita. Itu sangat membanggakan.

"Saya berpesan berulang kali kepada generasi muda terutamanya kalian seharusnya bertekad bersatu hati untuk mengubah pentadbiran demokrasi Negara ini dalam pilihanraya umum ke -13 nanti, demi masa depan anak cucu kita.

"Orang tua mungkin tidak mampu lagi untuk bekerja kuat, namun kita akan sentiasa memberi sokongan padu bagi menukar pentadbiran kerajaan baru," kata Pak Samad Said disambut laungan Allahu akbar hadirin.

Original Page: http://shalehudin.blogspot.com/2011/07/cerita-betoi-dari-pak-samad-sayuuu-jaa.html

Tuesday, July 19, 2011

Ape ke hal Melaka maju ni?

Pada orang berlumba-lumba mencari kelebihan Ramadhan, Melaka jadi terbalik. Pada orang sensitif isu agama, Melaka buat selamba. Mungkin inikah namanya kemajuan? Standard pada yang cinta kepada agama dan yang sebaliknya diberi 2 standard yang berbeda. Padahal pemimpinnya sama agama dengan Hang Tuah.

Mungkin malu Hang Tuah kalau dia masih hidup

Monday, July 11, 2011

Nothing is sadder when the protector preys upon its own people.


iReport —
Annie, from setapak, took a bus ride down to KL, ALONE, in support of the rally. she was stopped 4 times, being asked her IC, and questioned by the police on why she's wearing yellow. "why can't I wear yellow?" was her reply. she didn't know what time the rally was scheduled to start, she didn't know where, she has no one with her; all she knew was to get down to KL, and stand for what she believes in.  the first thing she asked when she sat on our table, "what are you guys doing here?"  Anne teaches English in government schools for about 35 years (if i remember correctly). but her passion is really singing and dancing; and what she values most in her life now is freedom.  Anne has rallied in bersih 2007. she was disappointed as to why no one else was wearing yellow that day. we said chill lah.. that's cuz if we do, we'd be stopped by the cops even before we get the chance to enter KL. "it's so sad.. it's so sad that the police are treating our rakyats like these."  "When you come to rallies, there's a spirit of unity... something i cannot describe... when everyone is united for a cause. you don't even get this sort of unity in church."  She left me with a question that still resides in my heart. now may i impose on you to think about it. "Why do we have to feel so scared (and threatened) in our own home land.. and by own countrymen?"  by Charlotte Hew

iReport

Saturday, March 12, 2011

Nuklear dari sudut tsunami Jepun

Sapa agaknya nanti dapat tender urus buat loji nuklear kat negara ini ye? Dan kenapa ia membimbangkan itu boleh juga jadi satu persoalan.

Jepun ada la sikit kualitinya dan kita kuali pun import lagi.

Dengan memiliki loji tenaga nuklear ini adalah benar kita akan maju beberapa tapak. Namun impak dari kebimbangan rakyat soal keselamatan memang tidak boleh dipandang enteng. Sementelah pula loji ini memerlukan air untuk sistem penyejukan. Khuatir bab tsunami menambah kredit tahap kebimbangan rakyat pada projek ini.
Tambah lagi pulak isu Gebeng. Gi mana ni seh??

Keadaan loji nuklear Jepun kian membimbangkan http://bit.ly/ghAwGS

posted from Bloggeroid