Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, June 30, 2021

Saya kagum dengan penelitian, daya taakul dan iltizam siasatan yang dilakukan oleh warganet.Jika begini, Malaysia selayaknya sudah maju jauh lebih awal, cuma sayang, bakat begini tersisih di bucu maya agaknya.

Kalau setakat tiang bendera 3 inci ni memang senang tumbangnya Tar Snake oi 不不不不不

Lagi cerita bangang dari walaun PAS yang buat perbandingan gejala bunuh diri dekat Malaysia dengan rakyat Palestin.



Di Palestin katanya biarpun ditekan oleh tentera Israel, dorang kuat dan beriman, takde yang bunuh diri.

Hey bahlul! tahukah korang di Palestin juga kes bunuh diri kian meningkat? 

Korang dapat arahan dari pemimpin bangang korang ka untuk bawak naratif bodoh macam ni? 

Aku cakap korang babi kang, bangga pulak nanti. Risau korang ingat babi tu seperti kucing comel yang boleh dibelai dan dibawak tidur. 

Maklumlah, korang kan bahlul.

Untuk walaun bahlul sekalian, ni ada beberapa link korang boleh baca pasal isu bunuh diri di Palestin.

Yang buat jurnal dan kajian pasal kes bunuh diri di sana pun ada ni ha, bahlul!
https://www.haaretz.com/middle-east-news/.premium-when-hope-died-why-so-many-young-palestinians-in-gaza-are-committing-suicide-1.8995929

https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/00207411.2021.1911381?needAccess=true&journalCode=mimh20

https://reliefweb.int/report/occupied-palestinian-territory/brink-gaza-s-youth-are-turning-suicide-amid-growing

https://www.thenationalnews.com/world/mena/gaza-s-young-people-turn-to-suicide-amid-growing-desperation-1.1045005

Tuesday, June 29, 2021

Kibarkan bendera putih

Saya nasihatkan kepada semua yg dalam kesusahan ,tiada makanan, dan perlukan bantuan, sila naikkan bendera putih di rumah anda.

Biar orang sekeliling pakat gi bantu, beri sedikit sebanyak yg termampu. 

Jangan ambil tindakan yg merugikan diri-sendiri dan keluarga. 

Elakkan stress, berkongsi lah masaalah dgn org ramai.

Tidak perlu merayu
Tidak perlu rasa malu
Hanya kibar kan kain putih
Semoga ada yang datang membantu

via Jah

Monday, June 28, 2021

Palsu atau belum umum lagi?

Kerajaan yang BBB.

Apakah hanya kerana Menteri belum umum, maka sesuatu perkara itu menjadi "palsu"?

Sebenarnya rakyat biasa kalau diangkat sebagai Menteri, boleh lebih bijak mengurus pandemik Covid-19 berbanding kerajaan yang BBB sekarang.

Rakyat di seluruh negara sudah tahu PKP akan bersambung.

Rakyat di seluruh negara pun lebih pandai merancang.

Sebab itu rakyat memaklumkan kepada rakyat bahawa PKP akan bersambung, sebelum kerajaan yang BBB membuat pengumuman.

Maaf lah kalau berkata-kata dengan kesat. Tapi itulah hakikatnya.

Kerajaan yang BBB = Kerajaan yang BETUL BETUL BANGANG.

Tegurlah wahai agamawan sekalian

Bertahan saudaraku sekalian. Bertahan selagi boleh! 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. - Surah Ali Imran ayat 130

Janji Allah, kita jauhi riba, kita akan berjaya. Ya, kita akan berjaya. Firman Allah yang bermaksud;

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. 

Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Surah al-Baqarah ayat 275

Jangan sesekali, walaupun seringgit. Allah ada. Biarlah malu meminta dengan jiran. Daripada malu di hadapan Allah dan semua manusia di Akhirat nanti.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/832689/syarikat-kredit-komuniti-dibuka-elak-rakyat-pinjam-ceti-haram

Sunday, June 27, 2021

Malaysians waiting for announcement is the new norm among other things.....

Apa hal pulak anak-anak tak hadir PdPR sampai nak kena gantung sekolah? Patutnya bagilah cadangan supaya gantung syarikat telco yang tak sediakan Internet yang baik.

Dah ada orang terjun bangunan baru nak pikir bagi bantuan, itu pun tunggu pengumuman lagi.

Krisis



Malaysia ni jadi bingung macam sekarang sebab kita ada 3 krisis yang berlaku serentak; kesihatan, ekonomi, dan politik. 

Untuk landaikan lengkuk Covid-19, cara yang ampuh ialah buat total lockdown macam PKP 1 dulu. Semua orang duduk rumah. Tapi kerajaan tak sanggup sebab akan membarahkan lagi krisis ekonomi, kena cari cash nak bubuh dalam poket rakyat, kena hadap bank nak buat moratorium, ekonomi menguncup, bisnes lingkup, dan nak hidupkan semula ekonomi adalah satu cabaran yang besar. Impak jika tutup sektor ekonomi sepenuhnya tak dapat diserap oleh kerajaan.

Jadi kerajaan terpaksa leverage sektor ekonomi dengan jadual vaksin. Atau sebenarnya tengah berlumba. Sama-sama berlari lepas tu harap-harap vaksin dapat pintas dan akhirnya menang over sektor ekonomi, tapi dengan syarat perlumbaan ni masih dalam track 'kemampuan hospital dan ICU' untuk rawat jangkitan Covid-19.

Pembekalan vaksin pulak ada masalah berantai; lambat lulus, lambat PO, lambat sampai, lambat cucuk. Aku takde nak judge NPRA sebab aku yakin mereka ada prosedur yang ketat untuk luluskan vaksin. 

Kerajaan berhadapan dengan deadlock ekonomi vs kesihatan bila bekalan vaksin tertangguh. Benda ni disahkan oleh twit DG yang kata lockdown ni untuk nak beli masa je, bukan untuk lawan pandemik. Nak buat total lockdown ekonomi ranap, bila bukak sekerat sekerat maka dapatlah kes 5,000 sehari walaupun dah nak masuk sebulan buat total lockdown versi Azmin.

Sambil-sambil sektor ekonomi dan kadar vaksin tengah berlumba, kita ada krisis politik.

Krisis politik ni bunyi macam umum sangat. Sebenarnya lebih tepat ialah kita ada krisis kepemimpinan (yang takde guts sampaikan takut nak berhadapan dengan wartawan dan pancing sokongan dengan sogokan & ancaman), krisis keabsahan kerajaan (berselindung di sebalik Ordinan Darurat), dan krisis perlembagaan (seperti kata Dr Aziz Bari).

Deadlock politik yang kita sedang alami sekarang ni tak lain tak bukan berpunca dari Langkah Sheraton (pakatan politik separuh masak) dan game yang dimainkan oleh Mahathir untuk kekal berkuasa. Deadlock ini menyebabkan kerajaan PN jadi tak kukuh dan mengalami trust deficit.

Untuk lebih jelas apa yang berlaku cuba kita buat breakdown sikit:

PPBM & Azmin: Tak ada akar umbi, tak ready nak masuk PRU, rakyat muak dan benci, takde pelapis kepimpinan, banyak rangka dalam almari, tak dapat tidak kena dominan dalam kerajaan kalau tak nak tamat riwayat politik, banyak gali lubang baru untuk kambus lubang lama, menteri tak perform. Cuba untuk tekan Umno bagi menaikkan Bersatu, tapi tak nampak jalan. 

GPS: Lebih senang laverage kepentingan negeri melalui PN yang tengah terdesak. Dah bakar jambatan dengan DAP (PH).

PEJUANG: Menteri tak luluskan pendaftaran, takde akar umbi, bergantung kepada Mahathir sahaja. Tak nak semua orang jadi PM (Anwar dan Muhyiddin) kecuali Mahathir atau Mukhriz sahaja, dan Shafie Apdal sebagai pilihan terakhir. 

WARISAN: Tak tau nak makan belah mana. Nak join PN tak nampak jalan, dengan PH jual mahal, dan nampak cenderung nak buat blok dengan Pejuang untuk laverage apa-apa tuntutan politik. PRN Sabah memberi indikator populariti Warisan merudum.

UMNO: Paling kurang pecah tiga. 
1. Team Zahid yang ada laverage MT. Dalam team ni ada kluster mahkamah, yang tak diberi tempat oleh Muhyiddin dalam kerajaan. Team Zahid tolak kerjasama dengan Bersatu dan berjaya jadikan resolusi PAU. Zahid dikatakan ada deal dengan Anwar untuk jatuhkan PN dan bentuk kerajaan baru dengan PH. Tapi ada team kedua dan ketiga yang tak boleh nak terima hakikat berketuakan Anwar. Mereka yang percaya autoriti MT dan parti lebih tinggi dari kepentingan individu, akan menyebelahi team ni.

2. Team kluster menteri diketuai Hishammuddin yang mesra PN. Depa ni tak yakin dengan kepemimpinan Zahid sebab Zahid adalah liabiliti kepada Umno. Old school, leadership lemah, takde karisma, ada kes mahkamah dan boleh diugut oleh sesiapa saja. Mereka sama ada reda Muhyiddin jadi PM dan Azmin TPM, atau buat gerakan senyap-senyap untuk jolok Hishammuddin jadi PM. Dasar depa ialah no Anwar no DAP (tapi yes Bersatu yang dah ditolak dalam PAU). Nazri kata mereka dah kumpul 25 MP, tapi mandat depa ni bukan dari MT Umno. Ini kita panggil jemaah dalam jemaah kihkih. SD dari MP Umno yang tolak Zahid ini hanya membuktikan bahawa tiada lagi sokongan en block Umno kepada Muhyiddin, dan mengesahkan kerajaan Muhyiddin sekarang ni dah takde majoriti dan tak absah.

3. Team Ku Li. Team ni tak tahulah siapa pengikutnya, tapi kita boleh katakan ini team paling sembang berapi tapi habuk pun tarak. Kata nak tarik sokongan lah, buat PC dengan Mahathir lah, alih-alih masuk Parlimen tak mengundi dan biarkan Mahathir terkontang-kanting.

Kewujudan team kedua dalam Umno telah mendesak untuk Umno segerakan pemilihan parti. Kita kena ingat yang Zahid menang (78 undi) sebab taktikal KJ (53 undi) masuk last minit dan menyebabkan Ku Li cuma dapat 28 undi. Maksudnya masa itu Zahid dapat undi tak sampai separuh dan menang sebab pecah undi. Jadi kalau boleh team Zahid mestilah tak nak buat pemilihan sebelum PRU, sebab ia akan menggugat kedudukan Zahid yang sekarang ada autoriti untuk sign watikah calon. Team Hishammuddin dah all out dan kalau takde perdamaian, berisiko untuk dibuang dari senarai calon. Masa itu Umno mungkin akan lagi teruk berpecah. 

Masalah dalam BN pula, MCA dan MIC tak suka Umno jadi besar kepala, buat keputusan unilateral untuk keluar PN dan bergabung dengan PH. MCA pulak tak mungkin bergabung dengan DAP melalui PHplus.

PAS: Cuba nak jadi orang tengah antara PPBM dan Umbo, tapi nampaknya lebih selesa dengan Bersatu sebab Pas akan menyondol siapa saja yang tengah berkuasa. Dulu nak ke Mahathir, sekarang Gagasan Sejahtera entah ke mana, Muafakat Nasional pun terkubur di Janda Baik. Pas tahu bila dia jadi kerajaan, semua slogan-slogan dan modal-modal ceramah terpaksa dicampak ke laut. Jadi Pas akan terus prehhh isu-isu agama dan perkauman, dan pulas segala dalil untuk menghalalkan keputusan politik dia. Bayangkan raja bekam pun dah cemuih dan mufaraqah dari politk Pas.

PH (PKR-DAP-Amanah): Buat masa ini PH masih intact. Dulu bila nak reclaim mandat PRU-14, Amanah dan DAP macam tergila-gila sangat dengan team Mahathir. Tapi lepas Mahathir nak buat Mageran ni tak tahulah ada lagi ke tak yang gila talak, kalau ada pun mungkin di peringkat individu kot. Ada lah 3-4 orang yang melompat sebab ada bangkai dalam almari, yang ni tak boleh buat apa sebab PN-Muhyiddin ada upper hand. PH stuck dengan Anwar PM-9 yang ramai musuh politik sejak zaman berzaman, DAP pun banyak musuh semulajadi, Amanah pulak aku tak tahu nak komen macam mana (dan masih stuck dengan Mat Sabu yang aku dah bosan dengar ucapan dia).

Amanah dan DAP masih cuba nak tarik Pejuang dan Warisan (tak tahulah dah berhenti ke belum), dalam masa yang sama tak boleh terima strategi PKR nak buat ally dengan Umno.

Kesimpulan yang tak tersimpul

Untuk menghadapi krisis negara yang teruk macam sekarang, memang kita perlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil, yang dipilih oleh majoriti rakyat, bukan kerajaan tebuk atap atau #KerajaanGagal. Supaya kita boleh kembalikan public trust kepada kerajaan, dan dari situ barulah dasar dan arahan kerajaan jadi lebih berkesan. 

Tapi itulah, YDPA dan Majlis Raja Raja dah cuba bagi direction hari tu, kita berserabut pulak dengan tafsiran Perlembagaan. Inilah yang disebut oleh Dr Aziz Bari sebagai krisis perlembagaan, sebab terbuka kepada banyak tafsiran yang berasas tapi akhirnya tafsiran yang autoritatif akan dilihat menyebelahi pihak yang berkuasa. Krisis ini akan jadi lagi parah pada 1 Ogos nanti, kalau tiba-tiba Kabinet menasihati YDPA untuk sambung perintah Darurat sebagaimana Kabinet juga boleh menasihat YDPA bila sepatutnya Parlimen bersidang. Kalau benda ni terjadi, Agong nak buat apa? Peguam Negara dah buat kenyataan semalam yang proses ini adalah berperlembagaan di bawah Perkara 40(1) -- walaupun tak selari pulak dengan Seksyen 2 Ordinan Darurat.

Deadlock antara parti-parti politik ini aku rasa menjadi faktor utama kenapa kita tak akan dapat kerajaan yang stabil dalam masa terdekat, meskipun kalau terbentuk kerajaan perpaduan versi PH. Kecuali back to square one iaitu PRU. Apa nak jadi lepas PRU-15 boleh bincang kemudian sebab masa itu apa yang ada atas meja setiap parti mungkin berbeza dengan pasca PRU-14.

Saturday, June 26, 2021

Darihal kuasa memanggil sidang parlimen


1. Dalam keadaan biasa YDP Agong bertindak di atas nasihat jemaah menteri/ pm. Ini tercatat dalam perkara 40 Perlembagaan Persekutuan@PP

2. Sekarang negara dalam darurat. Dgn peruntukan yg sama 40 PP, PM mohon YDP Agong setuju dgn darurat. Proklamasi darurat dibuat

3. Semasa darurat parlimen tidak bersidang. Jemaah menteri, PM dan AG buat undang-undang darurat. YDP Agong perkenan maka ujudlah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 @ EO

4. Dalam EO itu ada satu seksyen yakni 14(1) b yg menyebut” YDP Agong boleh panggil sidang parlimen”. Noktah

5. Siapa yg buat EO? Jawabnya PM dan Jemaah menteri dan AG. Siapa yg masukkan seksyen 14(1)b yg beri kuasa kepada YDP Agong untuk panggil parlimen? PM dan Jemaah menteri dan AG juga.

6. YDP Agong dan Majlis Raja-raja mahukan parlimen bersidang secepat mungkin. AG pula buat kenyataan YDP Agong mesti ikut nasihat PM seperti perkara 40 PP. Walhal AG juga menasihati YDP Agong. Seksyen 14(1) b macam mana pula? Bukankah negara dalam darurat sekarang?

KJ tak pernah salah ya

Dia ini mesti ada aje alasan nak tutup incompetent diri sendiri, it always other's fault, diri sendiri tak pernah bersalah. Dari salahkan Selangkah kata auto register, pastu salahkan Kerajaan negeri Selangor kata dah dapat 2 juta vaksin, salahkan rakyat lambat daftar walaupun sistem 70 juta dia bermasalah, pastu salahkan EU kata bolot vaksin, ini masih salah orang lain bila bekalan vaksin habis di PPV?

Baik masuk parti lebailah KJ, there is always a place for a Balar Oxford dalam Parti Maksum.

Buka parlimen dulu baru boleh sembang

Sembang la lebai...nak pinda akta taik apanya kalau Parlimen pun lebai takut nak buka..titah raja pun lebai dok putar belit bagai.  Hang pi pinda akta tu kat rumah Hadi je la...

Tanggungjawab kerajaan

Tanggungjawab dan kewajipan kerajaan adalah memberi kesejahteraan kepada rakyatnya, bukannya menambah kes2 bunuh diri akibat kesempitan hidup. Sesiapa yang bersekongkol dengan mereka yang menyebabkan rakyat menderita, kamu akan dipersoalkan di akhirat nanti. Persoalan tentang khianat pun tidak terjawab, kamu akan menjawab pula persoalan tentang penderitaan rakyat. Ingat mudah?

Membantu golongan susah kepala abah kau!

#KerajaanBangsat

Gais, pastikan lampu tak rosak time lockdown ni ye

Friday, June 25, 2021

Isu nyawa kini satu keutamaan

kejadian bunuh diri ini serius. Kita tidak tahu, apakah kerajaan ambil tahu atau tidak perkara ini.

Setakat ini, kita tidak dengar lagi sebarang komen dari menteri kesiahatan berkenaan kejadian bunuh diri. 

Bila timbul isu desak buka parlimen, isu yang paling besar adalah kita nak tahu, sejauh mana kerajaan berusaha atasi perkara sebegini.

Demikian juga, kita nak tahu sejauh mana kerajaan atasi masalah pendidikan. Apatah lagi, kita nak tau, sejauh mana ketelusan perbelanjaan negara dalam berhadapan dengan kesukaran rakyat pada saat ini...

ini serius. Nyawa rakyat bukan isu main2.

Thursday, June 24, 2021

Inspirasi hari ini

Ramai peniaga yang mengeluh kerana hilang  80% hasil jualan sepanjang PKP 3.0 ini. 

Walaubagaimanapun, ia tidak menjadi penghalang untuk adik ini terus berniaga mencari rezeki dengan menjual Pulut dan Nasi Lemak di LRT Setiawangsa setiap petang.

Semoga menjadi inspirasi buat kita semua ❤️

19 tahun berlalu.



Tempoh berbelas tahun itu seolah lama.
Namun, ia seolah seperti baru berlaku.

Sebagai anak, secara peribadi saya terharu kerana ayahanda pergi dalam keadaan orang kasih akan beliau.

Beliau meninggalkan segalanya dalam keadaan baik dan berjaya.

Terima kasih kepada sahabat, penyokong, kawan dan lawan yang sentias menyayangi beliau hingga kini.

Semoga pemikiran beliau sentiasa diangkat dan dimanfaatkan oleh kita semua. Aamiin.

Al-Fatihah buat ayahanda Fadzil bin Mohd Noor.

#19tahundalamkenangan
#pemimpinberjiwarakyat

KJ terciduk

Duta Kesatuan Eropah (EU) di Malaysia TYT Michalis Rokas menolak tohmahan fitnah Menteri MoSTI merangkap Menteri Penyelaras PICK yang menyatakan Blok Kesatuan Eropah memboloti semua bekalan vaksin Covid-19. 

Serentak dengan itu, Michalis menyatakan sokongan EU untuk terus menyumbang lebih 5 juta dos vaksin kepada Malaysia melalui program Covax. 

Dengan sendirinya kenyataan Duta EU ke Malaysia memberikan satu kemaluan besar kepada Menteri Penyelaras PICK yang dua kali membuat kenyataan berhubung isu pemboloton bekalan vaksin Covid-19.

Tindakan Menteri ini lebih menjurus kepada ketegangan hubungan diplomatik Malaysia - EU sebenarnya. Soft diplomacy yang gagal dipraktikkan dengan betul.

#KerajaanGagal

Sokonglah KERAjaan PN, anda bebas rasuah!

24 februari 2021 - SPRM siasat bekas menteri PH, Xavier rasuah RM 78.2 juta.

26 februari 2021 - pegawai & kawan Xavier ditahan reman. Wang tunai RM 1.2 juta disita, RM 77 juta dlm akaun2 bank dibeku & beberapa buah kereta mewah dirampas.

13 Mac 2021: Xavier umum keluar PKR, sokong Azmin & PN

26 April 2021: "hari yg indah ini dapat bersama teman-teman seperjuangan Bersatu kata Xavier

23 Jun 2021: hari ini SPRM senyap sunyi tanpa berita sebab  Xavier dah sokong PN..


Wednesday, June 23, 2021

Maza yang kartun

Lama berkhalwat dalam gua sekali keluar ini aje? Mana Islam terancam? Rakyat dah separuh mati, perniagaan semua dah lingkup, tegurpun sipi-sipi tak macam dulu. Bukankah ini kerajaan ala-ala Saddam idaman SSST? Kenapa merungut pula bila rahmat tak muncul seperti yang di sertu?

Punyelah lemah lembut bahasanya. Semasa PH cukup kasar lagi keras hanya ke atas isu2 yg berupa fitnah dan sensasi. Betapa haprak manusia bertopengkan agama sebegini. Islam belum boleh naik selagi jenis2 agamawan begini menjadi pemimpin masyarakat. Penuh kepalsuan dan hipokrasi. 

Handal kita dari Itali rupanya

Subhanallah, kawan  Tan Sri Annuar Musa  kat Rome tu sudah arwah saing dengan makcik kiah dan makcik teksi Langkawi ke? Luar biasa cerita YB macam berlakon makan Maggi tapi jam tan Sri boleh beli 2 kontena Maggi. 

Luar biasa dia lihat Malaysia kawal Covid sampai kena lockdown 3 kali di sebalik 73 menteri kabinet yang tiada fungsi .

 Tapi lupa nak cakap, Italy tak payah pakai facemask, sedangkan kes Tan Sri langgar SOP pun luar biasa, kerana masuk 3 bulan siasat masih tiada khabar berita.

Fakta sejarah Vatican

Vatican City tidak wujud sehinggalah tahun 1929. Penggunaan nama Vatican City digunakan untuk pertama kali di dalam Perjanjian Lateran yang ditandatangani pada 11 Februari 1929, iaitu 418 tahun setelah kejatuhan Melaka. Nama 'Vatican' digunakan sempena nama sebuah bukit 'Vaticanus' di pinggir Kota Rom. 

Tempat di mana Vatican City berada sekarang dahulunya dipanggil St Peter Basilica. Tempat ini dulunya adalah kawasan kubur Kristian. Orang Kristian percaya St Peter, iaitu orang yang mengembangkan agama Kristian di Rom dikebumikan di situ. Sejak itu, ramai penganut Kristian mahu dikuburkan di situ dan tempat itu menjadi kawasan kubur yang besar dan terkenal serta sering dilawati.  

Maka pengikut St Peter pun membina tugu peringatan di situ yang kemudiannya didirikan gereja di atasnya untuk meraikan kehadiran pelawat yang lebih ramai.

Pembinaan struktur Gereja St Peter di Vatican City yang ada hari ini bermula pada tahun 1506 dan hanya siap sepenuhnya pada tahun 1626. Ia mengambil masa 120 tahun untuk disiapkan menjadi seperti keadaannya hari ini.

Ini bermakna, ketika kerajaan Melaka jatuh pada 1511, gereja St Peter masih diperingkat awal pembinaanya dan Vatican City masih belum wujud.

Tuesday, June 22, 2021

Selembab siput

Sadisnya aku tgk menteri kita...demi rakyat, sanggup makan maggi....hehe...

Teruslah mengkaji sampai abang Jamil mampos




Banyak lagi kajian lain sebenarnya yang kerajaan Mahiaddin ni buat. Antaranya kajian perlaksanaan semula GST kemudian yang agak terbaru nak wujudkan Jawatankuasa khas meneliti/mengkaji parlimen. 

Itu lah saja kerjanya. Kaji tak sudah-sudah. Jawatankuasa khas darurat yang ditubuhkan untuk nasihat YDP Agong pun Mahiaddin tak pakai, apatah lagi Jawatankuasa Parlimen. 

#kerajaanpekak
#kerajaangagal
#tolakdarurat
#tolakmageran

Satira waktu "wfh"

"Mujor malaikat tu ghaib. Kalo idak ditangkapnya deme suruh padam petewa (fatwa) sesat dalam buku amal. Ate yang dalam internet pun udah dipadam!" bebel Lan Tongkek kepada Man Lobo.

"Kamu jangan buat main nama malaikat Lan!" dengus Haji Hamid. Kembang-kempis lubang hidungnya yang sedia kembang. Asap Virginia Gold menyusur dari serombongnya. 

"Yang buat main malaikat kome, bukan kami. Malaikat boleh turun ngundi le. Malaikat di langit takbir untuk parti kome le. Aje gile!. Tak payah buat muke toye le Haji Hamid oiii..." balas Lan Tongkek. Padat.

Haji Hamid hanya terkulat-kulat. Nak jawab tak ada idea. Kalau jawab pun kena balun. 

#satiralantongkek

-Sahul HM-

Benda essential yang dilupakan


aku nak photostat pon susah .ade kedai runcit tu di cas nye sekeping 50sen .tokey kedai ckp elektrik kuat maa .kimek betul .

bhg stationery mcm ni xpatut tutup...kelas online seni pun cikgu2 masih lg minta ank2 buat mcm2 benda.. suruh sediakan color paper, manila kad, kad board dan lain2 kadang2 xsemua ada dkt umah. Ank pulak kalau xbeli nangis.. hasil keje nk tunjuk jgk dkt cikgu... Pening mak ayah tau.


Cite sini habis sini...
Saya minggu ni nak pergi cucuk vaksin...saya kena beli pen baru...kat sana saya takmo pinjam pinjam...bila pinjam nanti terus masuk poket...tolong la bukak kedai jual pen...hahaha

Cikgu² subjek pndidikan seni pun mohon jgn lh minta murid² sediakan bhn² yg ssh nk cari time² pkp ni...nk kertas surih la..kertas gelugor lah...kertas warna bagai...ajar yg basic² dulu memadai kot...time² pkp ni ssh nk cari bhn² tu sumer...brg dapur byk le kt umah...cop² bawang ke, kntang ke boleh lh

Boleh usaha dengan lebih gigih lagi wahai kerajaan Kelantan

Yang Berjaya Setakat Ini

1) Carbon Kredit
2) Bercuti di New Zealand pakai duit GLC anak syarikat negeri
3) Tukar Mercedes waktu hasil negeri merudum
4) FDI paling tercorot dalam Malaysia
5) Teh tarik keluar dari kepala paip
6) Meluluskan kawasan balak dengan jayanya 
7) Lulus bonus 50K untuk diri sendiri dalam DUN
8) Lulus naik gaji dalam DUN walaupun goyang kaki.
9) Walaun lari cari kerja negeri lain tapi balik mengundi air karat konon-konon nak selamat Isley

Yang masih scam

1) RUU355
2) MB kata nak letak jawatan kalau RUU355 tak di laksanakan
3) Kes Arwah Adib 
4) Hapus arak
5) Hapus judi, siap makin bertambah jadi 22 kali

So thanks but no thanks. Simpan formula dan kongsi sesama negeri lebai sahaja.

Kalau boleh, tolong angkut walaun yang tak tahu bersyukur balik negeri demo smula.

Tak pernah tak kelakar

Terus rasa lapar

Monday, June 21, 2021

Panjang siri drama derhaka ni rupanya

Istana arahkan buka parlimen dengan segera.
Ketika, dah lama sangat MP-MP tak pergi kerja.
Ketika, menteri-menteri dok makan gaji buta.
Ketika, nyawa rakyat semakin berbahaya.

Arahan istana itu, Kerajaan PN tak selesa.
Mula Kedengaran tuduhan musuh Islam dari lebai saka tua.
Kepada rakyat yang tidak menyokong mereka.

Ternyata, kerajaan melayu Islam ini panjang akalnya.
Arahan istana dilengahkan dengan idea tubuh jawatankuasa pula.
Mereka mahu terus biarkan rakyat terbunuh dengan wabak agaknya.

Abang Jamil mampus pun tak selesai

Macam tempoh selang PKP jak

Hari kehari rakyat terus tersepit

Jangan derhaka dengan jual dalil sampah!!

Kesemua 220 ahli Parlimen telah divaksin, jadi tiada alasan untuk tangguh sidang Parlimen.☝

Jawatankuasa Perundangan PH merayu agar YDPA dapat melaksanakan budi bicara baginda mengesahkan keingkaran PM dan sokongan ahli Parlimen terhadapnya.

Lanjut ➡️ http://bit.ly/KabinetSalahGunaKuasa

Geng mahathir terus serang Anwar.

Khairuddin otak udang terus serang Anwar.  Penyakit meroyannya bertambah apabila idea MAGERAN atok saka tirinya ditolak mentah2 oleh istana.  Hari ini dia cabar Anwar berdebat secara live.  Dia ingat Anwar nak layan macai Mahathir macam dia.  Elok hang pi suruh Mahathir tu cabar Anwar berdebat.  Boleh la layan...hang tu layak berdebat dgn Diva AA je...haha

Sedap berbelanja. Tu sebab taknak parlimen

Sekarang baru kita faham kenapa nak tergesa-gesa beli Ambulan tekanan negatif, 300 JUTA tu, tak tahu ada tender atau rundingan terus. Ini yang sebab depa lagi suka parlimen tutup, kerana mudah kerja tak payah bagi perincian tentang apa yang di beli dengan DUIT RAKYAT@Pembayar cukai. 

Tapi yang ini tak mau jawatankuasa pula ye? Pelik betul dengan kerajaan Melayu Isle.

Mungkin Mufti Serba Tahu ada saki baki dalil untuk di tunggang.

UMNO: HARIMAU KERTAS

Jika ini rumusan mesyuarat Umno semalam maka bolehlah disimpulkan bahawasanya kepimpinan Umno hari ini terlalu lemah, sembang je berdegar tapi habuk pun takde.

1- Umno akan menarik diri jika PM tidak memanggil persidangan parlimen dalam tempoh 14 hari?

Mahiaddin boleh mengarahkan speaker parlimen memberi notis bagi membolehkan parlimen bersidang. Bila? Hari ni pun boleh. Tarikh persidangan pula semestinya 28 hari selepas notis dikeluarkan. Jika notis pemberitahuan dikeluarkan hari ini, paling segera parlimen akan bersidang ialah pada penghujung Julai. Jadi tutup kes Mahiaddin menderhaka titah Sultan sebab taknak buka parlimen. Titik.

2- Darurat perlu ditamatkan pada 1 Ogos 2021. Siapa Zahid dan apa kuasa beliau untuk memutuskan penamatan darurat?

Sepatutnya Zahid selaku Presiden Umno mengeluarkan kenyataan rasmi mendesak semua menteri daripada Umno supaya menghantar notis perletakan jawatan masing² seberapa segera bersesuaian dengan tempoh penamatan darurat pada 1 Ogos ( notis 45 hari).

Notis perletakan jawatan ini secara tidak langsung menunjukkan kesungguhan Umno untuk tidak bersekongkol dengan Kerajaan PN.

Pastikan menteri² yang ingkar arahan parti, diambil tindakan tatatertib serta tidak disenaraikan sebagai calon pada pilihanraya akan datang. 

Paling penting ahli akar umbi boleh menilai, samada untuk mengekalkan mereka atau melingkupkan mereka pada pemilihan parti akan datang.

Kita tunggu sampai Abang Jamil mampos

JANGAN BYK KONA SPIN, TERUS SIARAN LANGSUNG. FREE OF CHARGE

Kita perlukan keajaiban!!

Kerajaan perlu bertindak luar biasa. Sudah 16 bulan lamanya kita berPKP. Di tampung dengan Darurat pula lagi. Namun, apa yang berubah? Dengan darurat nak kerah swasta pun tak dibuat-buat. Apatah lagi moratorium penuh, yang menterinya bercakap seolah-olah mewakili bank, bukan mewakili  rakyat. 

Jangkitan masih begitu, beribu-ribu. Kematian setiap hari berlaku, bukan hanya kerana Covid, tetapi juga kerana tekanan hidup kerana kehilangan kerja dan sumber pendapatan. Hutang semakin meningkat. Perniagaan sudah banyak yang gulung tikar. Diulang. Peniaga sudah banyak yang tutup kedai kerana tak mampu menanggung kos operasi. 

Kita belum nampak sinar bahagia di hujung terowong sampai kini. Yang banyak adalah kegelapan  yang membawa berita derita dan bala. Lagi seminggu, bagaimana? Masih disambung PKP? Tak boleh rentas daerah, apa lagi negeri? Mudahlah solusi begini. PKP, kemudian PKP lagi, tak surut, tambah PKP lagi. Sampai kering darah dan daging rakyat tinggal belulang.

Yang bikin dasar dan gubal SOP, kerjanya enteng, hari-hari tengok data kering, tak perlu jenguk manusia di lapangan yang semakin hari semakin gering. Mana mereka nak faham derita perut yang gemerencing?

Sebab itu kita mahukan kerajaan bertindak luar biasa. Bukan PKP yang seperti biasa. Kita mahukan pelan pemulihan sekarang, bukan "pelan-pelan" kayuh. Rakyat mahu hidup. Hidup sahaja. Bukan mahu kaya-raya macam para elitis yang bilionannya semakin bertimbun di tengah kebuluran rakyat. Tak mengapalah mereka kaya, itu rezeki mereka. Tapi soalnya, rakyat juga berhak untuk hidup tanpa takut dan tanpa khuatir. 

Cukuplah dengan idea PKP yang tak berkesudahan ini. Fikirkanlah sesuatu yang lebih kreatif. Jangan tanya kami. Nun di luar sana ada ramai ilmuan cerdik pandai, dan pakar perubatan sedang menyuarakan pandangan secara bebas. Buanglah ego, dan timbangkan pandangan mereka, dan laksanakan yang terbaik. 

Huh, kalau nasihat Tuanku YDPA pun boleh ditepis-tepis, apalagi pandangan marhaen seperti kita. Tapi itulah, you asked for it! 

#shmkritiksosial

-Sahul HM-

Sunday, June 20, 2021

Jenis-Jenis Nikmat

Dipetik daripada buku 'Peringkat-Peringkat Tasawwuf Dalam Al-Quran Al-Karim' oleh Al-Imam Ibnu Juzayy Al-Kalbi Al-Gharnati RA

Serba-serbi kita lembab

We are in NIP Phase 4, yet phase 2 is still badly behind schedule with many senior citizens and high risk groups yet to be vaccinated. 丹‍♀️

If there are areas which do not require so many vaccine doses, then these doses should be sent instead to more populous areas with many more elderly folks queuing up for their turns.

Wong Shu Qi ’s full statement ➡️ bit.ly/3gz40Fa

Sejauh mana kita berbohong di dunia ini?

HAMKA menjelaskan, 

"Orang yang berani berkata terus terang adalah orang yang mendidik jiwanya untuk merdeka. Ya, orang yang berani terus terang bererti dia tidak takut pada siapapun di hadapan manusia dalam menjalani hidup."

Begitulah, malah,

"Bohong satu kali adalah laksana nila setitik dimasukkan ke dalam susu sebelanga. Bohong satu kali kerap menjatuhkan harga diri seseorang di hadapan sesama manusia untuk selama-lamanya. Jujur dan benar adalah sifat semulajadi manusia. Suara hati yang asli adalah jujur dan tidak mahu berbohong.

Orang yang berani berkata terus-terang, adalah orang yang mendidik jiwanya sendiri untuk merdeka. Dan orang yang berani menerima perkataan terus terang adalah orang yang membimbing jiwanya kepada kemerdekaan. Sebab itu dapatlah dikatakan bahawa, kebenaran itu adalah kemerdekaan."

Sinopsis buku Bohong Di Dunia, HAMKA.

Renungan bersama.

Tak cukup glc, universiti pun dia sapu

Tudia.. Tak cukup Glc Kerajaan
Pusat dan Negeri. Universiti pun depa
nak sauk. Rakusnya nafsu mereka.

#degupnadirakyat

TAMATKAN PENDAKWAAN YANG BERMOTIF POLITIK KE ATAS RAKYAT MESIR


 
Saya kesal dengan keputusan mahkamah Mesir yang mengekalkan hukuman mati ke atas 12 orang aktivis yang terlibat dengan demonstrasi duduk bantah di dataran Rabi'at al-Adawiyyah pada tahun 2013, yang menyaksikan hampir satu ribu nyawa terkorban dalam masa sehari di tangan pihak berkuasa.

Ini merupakan satu episod zalim daripada siri kebobrokan sistem kehakiman di Mesir yang berusaha keras untuk menamatkan riwayat para pendukung keadilan dan demokrasi.

Mesir juga perlu segera berhenti menjatuhkan hukuman mati secara bermudah-mudah ke rakyatnya. 

Kekerapan hukuman mati telah meningkat secara mendadak sejak tahun 2014, dengan tahun ini sahaja menyaksikan 51 orang telah ke tali gantung.

Ingatlah firman Allah Taala dalam surah al-Ma'idah ayat ke-32 yang bermaksud:

"Barangsiapa membunuh seorang manusia, bukan kerana dia membunuh manusia lain, dan bukan juga kerana melakukan kemusnahan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh segenap manusia."

Saya menggesa agar dipertimbangkan dengan saksama pengampunan buat mereka yang dijatuhkan hukuman mati kerana ia lebih hampir kepada lunas keadilan dan ihsan.

Saya turut menyeru agar Mesir membuka lebih ruang buat rakyat dan badan agama penting seperti al-Azhar al-Sharif dalam menyuarakan pandangan mereka demi mewujudkan tatakelola negara yang lebih inklusif dan berkesan.

Saya sedar bahawa ada usaha terpuji yang digerakkan oleh Kerajaan Mesir dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin. Kita mengharapkan usaha ini dapat diteruskan termasuk langkah reformasi dalam negara.
 
ANWAR IBRAHIM
18 JUN 2021

Maksud Tasawuf

"...Tasawwuf itu menghembuskan jiwa yang dinamik, sanggup berhabis-habisan berkorban, memelihara dan mempertahankan akidah dan prinsip-prinsip Islam, beriman yang sempurna; sempurna dalam urusan hidup, kenal kepada rahsia dan hikmah hidup, menyeru dan memimpin kepada perikemanusiaan yang tinggi, suci dan kepada ketuhanan dengan penuh jujur dan amanah. Di samping itu bersungguh-sungguh tolong-menolong atas perkara taat dan taqwa. Pesan-berpesan, ingat beringat atas perkara hak dan sabar serta berlumba-lumba berbuat kebajikan. Tasawwuf itu adalah alam batin sebagai jiwa dan nyawa manakala alam zahir itu sebagai jasadnya". 
-
(Simposium Tasawuf & Tariqat; Dr. Buhanuddin Al-Helmi; m/s 13-14).

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa..
Dengan ucapan "tengah buat ape tu?"

Kalau dah taksub memang tak boleh buat apa

Un, mana teropong maksum Guru Hadi Aun, Guru nak jamah gulai kawah MCA.

Tanda-tanda orang sedang tersepit

Akhir-akhir ni kerap plk mamat ni keluar statement politik.. Kalau sebelum ni jenis tak banyak cakap. Pelan terganggu kot..

Gila betul bila kritik kumpulan sendiri

Pung pang pung pang… Duk bawah kuasa menteri parti ana rupanya….


Amanat ikut musim

Amanat 1981:
"... Kita menentang Umno bukan kerana namanya Umno ... mereka mempertahankan perlembagaan penjajah, mereka mempertahan undang-undang kafir ... kalau kita mati melawan puak-puak ni ... mati kita adalah syahid..."

Amanat 2021:
"Haram bersama PH kerana mereka adalah musuh Islam"

Kedua-dua 'amanat' di atas adalah sesat dan menyesatkan. Ianya dibuat bukan atas dasar ilmu. Ianya dibuat atas desakan nafsu dan emosi.

Semua sedang tersepit kecuali menteri

Siapa suruh jadi miskin dalam era kerajaan PN? 

Lain kali, jadi menteri, baru salah terang-terangan pun, bukan sekadar dibuat bodoh-bodoh, bahkan dapat tuduh orang lain musuh Islam lagi.

 Yang penting, tamak nak berkuasa dan pakai lebai.

Mahiaddin tersepit?

Mana satu betul nama sebenarnya ni?

Kahkahkah