Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, December 31, 2010

Tahun baru.

Tahun baru dan azam baru memang sinonim. Gua pun terkena tempiasnya.

Tapi yang gua nak fokus kat sini apa pula azam Kerajaan 1Malaysia ye. Adakah sama dengan azam zaman 60an dulu. Mencekik tak abis-abis khazanah negara dan amah seberang? Kita berkuasa sebenarnya andai kita bersatu untuk berubah dan tak takut dengan propaganda ketuanan yang entah mana hujung dan yang mana pangkalnya.

Jangan kita takut untuk berubah. Pm pun suruh kita berubah dan menjana transformasi untuk negara dan generasi akan datang.

Selamat tahun baru Malaysia!

Thursday, December 30, 2010

Kesian bebudak ni. Tapi apa boleh buatkan?


Saya adalah bekas pelajar di universiti awam dimana kos pengajian saya adalah melalui pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Setelah pendedahan demi pendedahan diutarakan dalam akhbar-akhbar milik Kerajaan Pusat, kini PTPTN merancang untuk memastikan para peminjam membayar balik pinjaman pengajian mereka melalui potongan gaji bermula pertengahan tahun 2011. Pada pandangan saya, ini boleh memberi bebanan kepada para peminjam khususnya yang baru tamat pengajian.

****

Kerajaan dah takda duit dik. Bayar aje la. Ramai lagi bebudak lain nak belajar. Kita menara 100 tingkat pun tak siap lagi...

Kahkahkah...

Wednesday, December 29, 2010

Jupe/BH SAKTI

Jupe mana Jupe? Mana coli saktimu itu..

Agak-agak amah Indon tu sokong mana? Kahkahkah..

Tuesday, December 28, 2010

Pandai tak gua nyuruk?

Laser punya hal

Skang gua tengah rehat dan makan tido kat umah. Nak update blog selalu pun tak dapat sebab mata sakit terkena pancaran laser bebudak indon depan umah gua pada malam Isnin hari tu. Nakal betul bebudak indon skang yek?

Friday, December 24, 2010

Tahukah anda..

Tadi gua dah taip panjang-panjang nak bagi entry informatif, alih-alih komputer buat kelakar.. ahhh, sudahlah... tido lagi baik

Kejadah apakah ini?

Thursday, December 23, 2010

Keta sapa ni? Lawa la.

Dari zerotohundred.com

Pokok krismas paling mahal di dunia.

World's Most Expensive Christmas Tree World Records 2010 - The 13-metre (40-foot) faux evergreen, located in the gold leaf-bedecked rotunda of the hotel, is decorated with silver and gold bows, ball-shaped ornaments and small white lights

Christmas came in extravagant fashion to the Muslim desert emirate of Abu Dhabi as a glitzy hotel unveiled a bejewelled Christmas tree valued at more than 11 million dollars on Wednesday

It is the "most expensive Christmas tree ever," with a "value of over 11 million dollars," said Hans Olbertz, general manager of Emirates Palace hotel, at its inauguration
The 13-metre (40-foot) faux evergreen, located in the gold leaf-bedecked rotunda of the hotel, is decorated with silver and gold bows, ball-shaped ornaments and small white lights

But the necklaces, earrings and other jewellery draped around the tree's branches are what give it a record value。

It holds a total of 181 diamonds, pearls, emeralds, sapphires and other precious stones, said Khalifa Khouri, owner of Style Gallery, which provided the jewellery

"The tree itself is about 10,000 dollars," Olbertz said. "The jewellery has a value of over 11 million dollars -- I think 11.4, 11.5."

This will probably be an entry into the Guinness book of world records, Olbertz said, adding that Emirates Palace planned to contact the organisation about the tree which is to stay until the end of the year
Asked if the tree might offend religious sensibilities in the United Arab Emirates, where the vast majority of the local population is Muslim, Olbertz said he did not think it would. "It's a very liberal country," he said

The hotel has had a Christmas tree up in previous years, but this year "we said we have to do something different," and the hotel's marketing team hatched the plan, said Olbertz

The tree is not the first extravagant offering from Emirates Palace -- a massive, dome-topped hotel sitting amid fountains and carefully manicured lawns

The hotel, which bills itself as seven-star, in February introduced a package for a seven-day stay priced at one million dollars

Takers of the package have a private butler and a chauffeur driven Maybach luxury car at their disposal during their stay, as well as a private jet available for trips to other countries in the region
And in May, the hotel opened a gold vending machine, becoming the first place outside Germany to install "gold to go, the world's first gold vending machine," said Ex Oriente Lux AG, the German company behind the machine.

*beria betul pak arab nyambut raya ek.. Keke..

Facebook vs Twitter.

Wednesday, December 22, 2010

Macam katun daaa..

Macam-macam hal Nazri ni. Dah takut kecut tu cakap je la. Asas apa ke jadah guna surat yang nenek gua pun boleh tulis. Ni isu negara bai...

Politik kartun yang teruk ciptaan UMNO dan APCO.

Memang ramailah simpati pada Anwar lepas ni. Harapnya bertambah cerdiklah rakyat Malaysia ni.

Palsu la barang kemas tu.

Lu ingat orang tua tu mampu ke? Dia kan telus dalam pemerintahannya..

Kahkahkah..


Sumber gambar dari http://pulakdah.blogspot.com/

Syirik punya pemikiran!!

Dulu kata DAP anti Islam. Cakap-cakap Karpal Singh jadi mainan dan dalil lu orang. Alih-alih bila dah pemimpin DAP berlembut lu dah kata perangai DAP macam PAP Singapore pulak.

Oit pundek!! mana satu ni? Kejadah apa Gerakan buat kat Pulau Pinang selama ni? Bagi elok pun kena mengata kalau tak bagi ntah tuduhan dajjal gua syak Guan Eng dapat. Memang lahanat puak-puak BN ni.

Apa ajelah yang PR buat tu salah. Membazir la, tak masuk akal la. Lu orang yang datang sewel nak buat menara 100 tingkat semata-mata nak jana ekonomi dan sebagai simbol Bumiputra tu, apa syirik sangat pemikiran yang lu orang dah hadam?

Ayat kenaikan barang yang lu pikir tak membebankan? dulu ilmu logik lu belajar kat hutan banat mana?

Makin lama makin parah UMNO dan sekutunya. Padanlah perangai anak masing-masing macam setan!!

Tuesday, December 21, 2010

Inilah jantung vampire yang sebenar.

Entah iye entah tidak..

Thechive.com

Selingan iklan.

Kita Perlu Berubah Sekarang.

Apa yang perlu kita lakukan kini adalah menukar parti yang memerintah. Lebih 50 tahun pada aku ia sudah mencukupi untuk kita menilai. Mereka telah banyak berubah. Di zaman PM yang baru ini mereka-mereka ini bertambah rakus dalam membolot harta rakyat, bertambah kebodohan mereka dan sifat suka memperbodihkan orang lain juga semakin menjadi-jadi.

Kalau pun PR itu teruk dari kaca mata sesetengah orang, sekurangnya mereka itu belum benar-benar teruji. Namun di 4 buah negeri kita nampak ketelusan itu bertambah baik. Kalau itu pun kamu tidak nampak maka sudah sampai masa kamu kosongkan otak dan belajar untuk menilai dan dan berhenti menerima berita-berita dari media perdana yang ada sekarang. Kalau kamu percaya Anwar meliwat bersumber pada Wikileaks maka kamu juga perlu bersedia untuk menerima tuduhan yang lagi satu ke atas PM 1Malaysia sekarang. Bolehkah? Sekurang-kurangnya Anwar itu bangun melawan tapi PM 1Malaysia kejadah apa tengok bola bersila pun nak heboh-heboh seluruh pelusok kampung? Rendah diri? Pooorahhh….

Jikalau PR itu memerintah maka kita jangan terus bergelak ketawa siang dan malam di atas kemenangan mereka. Yang perlu kita lakukan adalah membuat perbandingan dan bersedia melakukan perubahan andaikata perangainya itu 2x5 dengan BN dengan memangkah parti KITA@AKIM di PRU14. Mudah tak? Kalau susah sila potong jari anda dan berhijrahlah ke Selatan Thailand.

Itulah demokrasi yang sebenar. Rakyat bukan jadi kuda dan lembu manakala pemimpin menjadi tuan. Rezeki mereka menjadi pemimpin berdasar undi yang mereka terima dari rakyat dan bukannya di apply dari borang SPA atau Jabatan Buruh. Mereka hanya mengurus dan bukan menelan duit yang bukan milik mak bapak mereka.

Dari politik kepartian inilah politik sosial menjadi ukuran. Memperjuangkan politik sosial sahaja tidak akan selesai masalah sampailah kiamat nanti. Memekak susu naik 30 sen Januari depan di kedai kopi atau ruangan chatting juga pastinya tidak akan berjaya kalau BN itu tidak kita bungkuskan dalam PRU yang akan datang nanti. Semuanya hanya bergantung di kertas undi. Itu sahaja pilihan yang ada selagi mana BN tidak main gay dengan mengharamkan pilihanraya. Apa nak kasihan kalau PM itu tiada kerja berbanding ratusan ribu siswazah menganggur sekarang. Banyak dah simpanan orang tua tu. Tak abis sampai anak cucu dia. Percayalah.

Sikit-sikit orang kapir paham pasal moral.

Laman web porno akan disekat di Britain
LONDON - Golongan dewasa di Britain yang ingin melayari laman web pornografi mungkin perlu memilih sistem pilihan untuk menonton laman berkenaan kerana ia akan di disekat secara automatik di komputer rumah, lapor sebuah akhbar semalam.

Langkah itu dibuat ekoran kerajaan Britain mahu mengubah situasi kini yang memberi kebebasan untuk melayari laman web lucah sehingga ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak.

Rancangan tersebut juga memerlukan pengguna untuk meminta penyedia perkhidmatan jalur lebar mengalihkan sekatan itu.

Kerajaan juga berharap dapat memujuk firma-firma Internet agar mengaplikasikan sistem itu secara sukarela. Namun undang-undang mengenainya akan digubal jika ia tidak dilaksanakan.

Rancangan itu yang dicadangkan oleh Jabatan Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran itu dibuat ekoran peningkatan penggunaan televisyen untuk melayari Internet. - Agensi

***

orang kita pulak dengan muka selenge poyo ngaku gay. tak ke bangsat bunyiknya tu?

Monday, December 20, 2010

Bangsat+bangang+sombong=hak asasi neraka.

Pendapat yang tak betul kita tegur tapi kot masih kental dengan pandangan bodoh tu maka secara autonya makian jadi pelan B. Kita juga ada buat salah dan silap. Tapi cukup bangsat bila lu yang bangang agama melenting bila ada orang lain jadi tukang tegur.

Apa lu ingat agama ni boleh main rujuk-rujuk kat google dan wikipedia aje ke?

Dunia nak jadi apa kalau semua orang jaga tepi kain sendiri dan melenting dengan teguran?

Nak bangga apa dengan fahaman agama yang separuh-separuh tu?

Kita tutup ajelah course agama kat universiti tu kalau semua dah boleh jadi pakar rujuk ye tak? Bangsat!!

Sunday, December 19, 2010

Gua tunggu kalau-kalau UMNO nak melolong tentang Amanat Hadi..

Lu orang nampakkan.. Politik tahi puak Barisan Nasional. Takdanya isu sapa jahat sapa perkudakan siapa. Mana yang nampak menyerlah sakau periuk nasi UMNO dia la kena ligan sampai cirit-birit. Ada faham?

Takdanya PAS itu lembut dan PKR itu penghancur ketuanan Melayu. AKIM pun boleh kena rogol kalau menang besar dalam pilihan raya. Kahkahkah..

Puak-puak ni dulu kurang dapat susu badan dan kasih sayang ibubapak. Terutama Zul Nordin.

Heh..

UMNO DAN APCO=TETAP ANWAR BELUM TERSUNGKUR.

Pasal dia bijik bincek ni, huru-hara dibuatnya. 12 tahun tuduh Anwar agen yahudi tapi diri sendiri main bacul. Kalau iye pun terdesak untuk meraih undi dan simpati jangan la sampai kebodohan dan bebal tu nampak ketara.

Makin awal la lu bungkus!

Agak-agak lu, dalam kubur ada speaker ke nak bela lu?

Wednesday, December 15, 2010

Oh wiki..




- Posted using Mobypicture.com

Takda tajuk.

" Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak
peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doctor, bawa ke mahkamah," kata Anwar disambut tepukan gemuruh para penyokongnya.

Kehkehkeh.. Memang best la.

Topik paling panas dulu-dulu tu UMNO dah lupa ke?

Rasanya parti paling lama kena maki dalam tv/dalam surat khabar sejak negara merdeka ialah Parti PAS. Siap ada yang merengkok dalam ISA, turun naik mahkamah dan macam-macam lagi bala bencana.

Cuma sekarang ni slow sikit sebab topic of the year ialah "ketuanan Melayu".

Lama dah gua tak dengar topik "Amanat Hadi".

Kahkahkah..

Tuesday, December 14, 2010

Apa jadah kenyataan macam ni?

" Pada Sabtu lalu, perdana menteri mengatakan jika BN tidak boleh
menang, tiada pihak lain yang boleh
atau harus menang."

Ini satu kenyataan bahaya... apa yang
akan berlaku jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan datang?" katanya lagi.

Petikan dari MalaysianInsider.

Apa dia ingat negara ni Bapak UMNO punya ke?

Monday, December 13, 2010

Memang cool brader nih..

Tqvm pada isa.

Pertapaan gua baru di pertengahan perjalanan.

Memang banyak benda kalau gua nak ulas/komen/kondem/maki/sepak/terajang/tegur/nasihat hal berkenaan politik/pentadbiran UMNO nih. Tapi dah fed up pulak.

Bangangnya melampau-lampau la pulak. Jadi elok la gua teruskan pertapaan balik...

Wikileaks? Kahkahkah..

Sunday, December 5, 2010

Pembohong yang bangang dan jahat gileer!

Kepada UMNO dan rakan sekutunya..

Dan jangan buat negara ni macam tok ayah lu punya!

Friday, December 3, 2010

Kenaikan harga minyak memang mengundang maki di hati rakyat.

Memang gempar bila kerajaan naikkan minyak hari ni. Penuh merata di facebook dan blog mengutuk kenaikan minyak kali ini padahal cuma lima sen aje. Kelmarin naikkan 15 sen untuk RON97 pun tak segamat malam ni. Bukti pengguna tegar RON95 memang ramai.

Bukan di gaduh kenaikan 5 sen tu bai tapi yang gamat ialah harga barang lain akan ikut sama dan dengan kenaikan disel maka huru-hara la jadinya. Punca kenaikan adalah kerana untuk penyeragaman. Apa yang nak diseragamkan entah gua pun tak pasti cuma apa yang pasti idea untuk menaikkan harga petrol dan disel ini kerana nak seragam-seragam memang mengundang maki dan mencarut di hati rakyat jelata.

Natijahnya tunggu sahaja PR Sarawak nanti. UMNO bebal akan lihat feedback di situ dan yang ni gua amat pasti sebelum Najib mengumumkan PRU yang akan datang.

Politik yang jahanam semuanya datang dari UMNO. Nak bagi rakyat makan pasir serta ketuanan melayu sesat dan pendokong agama khurafat juga serahkan pada mereka. Takda kene-mengena dengan Anwar, DAP atau PKR.

Inilah politik busuk dan menguntungkan poket sekerat-sekerat orang dari jalan politik yang paling busuk dalam dunia. Rakyat perlu buka mata. Menukar kerajaan bukan bermakna kita semua jadi bangla.

Gua syak bangla yang naik basikal tu pun mengeluh bila minyak naik.....

Blog UMNO-APCO mengatasi blog rakyat?

Oleh : AdukaTaruna

Bukan nak syndrome nafi. Tapi cari pembolehubah. Apa pun, kita tetap ucap tahniah kepada UMNO dan bunyikan loceng kecemasan untuk pihak blogger rakyat.

Pembolehubah 1.

Gua main agak jer nih. Bukti takda, dan ilmu bab benda alah ni pun takda. Peningkatan blogger UMNO dan penyusutan blogger rakyat bermula dengan hampir kesemua blog rakyat diserang malmware tupperware apa ntah. Sampai Wak Banjar tukar blog.

Gua ingat ujian peluru berpandu pakar upahan UMNO dari India la. Bokepstudio apa ntah. Sampai skang ni, gua terkial-kial nak buang. Last2 jadi Melayu. Lantak la. Hahaha. Nak minta tolong uma, lu tahu la dia skang ni. Sejak mengamalkan ilmu cakar harimau ni. Payah bai.

Pembolehubah 2.

Zaman facebook. Blog atau internet adalah wadah golongan muda. Ianya melonjakkan sokongan muda terhadap BR semasa PRU12 dulu dengan blog as platform. UMNO still ketinggalan. Time tu, word blog paa UMNO ialah bahan binaan pembangunan.

Kemuncak blog ialah pasca PRU12. Macam cendawan. Dikuasai rakyat. Tukar tiub, Penarik Beca, MSK, Topeng Perak, Pink Turtle.

Lepas tu tak zaman dah blog. Lu tgk la blog Topeng. Dah macam sarang ular. Tapi lu tengok FB dia. Macam mahligai. Pembaca gua pun kebanyakan komen artikel gua yang auto aplod dalam FB. Kena kutuk pasal pakai seluar slack baju letak dalam pun dalam FB, menega T Shirt pun guna FB. Skandal Manjung Mari dengan bini orang kenamaan Pahang pun dalam FB. Kah3...

Cuma gua selesa blog sebab gua jenis taip panjang2. Taip panjang2 kat FB gua tak masuk jiwa lagi.

Pembolehubah 3.

Carta blog UMNO tu diambil ketika isu PKR panas. Mesti la semua baca sudut UMNO. Sebab sudut rakyat tak ramai yang jentik PKR. Cuba ambil time PAU plak. Pemilihan Agung UMNO.

Pembolehubah 4.

Kekerapan update. Blogger UMNO kebanyakan dibayar. Blogger rakyat plak ikut masa terluang. Kena cari nasi untuk anak isteri dulu. Tu blom bayar bil air lagi. ISA takpa.. dia update sambil bayar bil air. Advance tahap dewa dah tu bai. Tak boleh ikut kita.

Lu tengok ketika BlogPriaMalaya dalam keadaan rajin update. Rank naik menggila. La ni, ketika dia gagal untuk menjadi tahap rajin update, menjunam.

Gua tak tahu apa masalah priamalaya. Dia kata Disember nak wat penjelasan kepada kejadian dia. Ada masalah kongsi bro. Lu kena ugut ke? Kongsi sini. Tak payah goyang la. Insyaallah. Takan nak mati atas katil? Hina bai.

Pembolehubah 5.

Bantuan promosi dari media perdana. Media perdana banyak memetik blog UMNO adalah salah satu pembolehubah dalam hal ini. Lu sendiri tahu la rank blog gua bila media UMNO promosi blog gua kejap dulu.

Ada hikmah gak tu. Banyak yang selongkar tulisan2 gua yang dulu. Tak terima takper. Tapi sebenarnya gua dah implan sudut idea tu dalam memori dia. Insyaallah, berguna nanti tu. Ngeee...

Penutup.

Tahniah UMNO. Parpu Kari punyalah bangga. Siap hina lagi blog UMNO yang lain. Hahaha. Tahniah bro. Buat yang tinggalkan blog dan fokus FB, harap, janganlah perkecilkan audien blog, walau kita tahu ianya semakin luput. At least ada gak saki baki audien yang tinggal.

Wallahualam.

Orang bodoh bila buat kerja..

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
kerajaan akan menimbang kemungkinan
untuk menyeragamkan harga diesel yang
diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan
di negara ini.

***

Turunkan harga emas jadi takda orang pegi rompak kedai emas. Bodoh melantun-lantun. Pesal tak cakap petrol membahayakan nyawa aje?

Thursday, December 2, 2010

Jikalau harga minyak berterusan naik. (lawak)

MENUNTUT KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK !

Saya tetap optimis mengatakan Barisan Nasional akan tetap tumbang ditangan rakyat walau di bulan mana atau di tahun mana sekalipun pilihanraya ke-13 berlaku !

Kenaikkan minyak RON97 sebanyak 15sen baru-baru ini setelah menaikkan 5sen pada bulan sebelumnya, adalah satu cubaan 'test market' dari kerajaan Barisan Nasional untuk melihat respon daripada rakyat secara keseluruhannya sebelum membuat keputusan untuk membubarkan Parlimen Malaysia. Sekiranya tiada penentangan yang solid daripada rakyat, itu bermakna BN telah berjaya melangkah setapak lagi untuk memastikan mereka terus kekal berkuasa sekiranya berlaku pilihanraya umum dalam masa terdekat.

Sedar atau tidak sedar dalam tempoh lebih 50 tahun, inilah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menunjukkan kuasa sebenar melalui satu undi Parlimen untuk setiap seorang dengan hasilnya membina sebuah kerajaan pusat yang berorientasikan rakyat. Siapa rakyat Malaysia yang mahu peluang untuk mendirikan sebuah kerajaan pusat yang baru dilepaskan begitu sahaja?

Rakyat pasti mahukan kemerdekaan yang sebenar apabila memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah, yang menjadi kerajaan pertama selepas Barisan Nasional mendominasi kekayaan negara sebayak 5 dekad lamanya. Jangan jadikan ungkapan "hanya BN sahaja boleh perintah" mendominasi pemikiran anda. Kita ada tuhan!

Kini tiba masa dan peluangnya kekayaan sebenar sebuah negara yang penuh dengan sumber alam diagihkan dengan pendekatan yang lebih mengutamakan rakyat dan mesra kebajikan, berbanding pendekatan umnoputra yang hanya membenarkan segelintir elit melayu menjadi kaya raya dengan meletakkan proksi bangsa lain malah warganegara lain merompak khazanah negara. Pakej jahanam ini termasuklah rompakkan bersenjatakan penguasaan monopoli kapitalis dari segala hasil titik keringat rakyat.

Kita wajar mengubah nasib kehidupan rakyat negara ini dengan terlebih dahulu mengubah kerajaan pusat sedia ada. Mungkin nasib kita jauh lebih baik dari nasib dengan orang lain, di mana kita telah berada di dalam zon taraf kehidupan yang selamat walaupun serba sederhana. Tetapi tidakkah anda mengenang bagaimana nasib anak bangsa kita yang lain? yang asalnya kurang bernasib baik dari mula kehidupannya?

Mungkin ada di antara mereka yang masih merempat di bumi sendiri, lantas merembat demi sesuap nasi. Bagaimana nasibnya nelayan, penoreh, petani, kerani, pekerja restoran makanan segera, pekerja konsesi tol, dan golongan-golongan yang berpendapatan rendah. Apakah kita tidak ada rasa bertanggungjawab sekiranya mereka ini mengemis di bumi sendiri? Harus diingat bahawa mereka yang daif ini adalah saudara sebangsa kita sekalipun bukan saudara berbau bacang.

Jangan kata untuk menyimpan wang, jangan kata habis bulan habis gaji, malah kebanyakkan di antara mereka ini tidak cukup untuk menyara keluarga dengan pendapatan yang serba sederhana di sebalik kuasa pembelian yang rendah kerana harga barangan yang kerap mendadak naik di atas manipulasi harga minyak contohnya, di atas monopoli harga barang umpamanya. Dari sini kita akan lihat betapa mereka akan bekerja lebih masa, bekerja lebih trip, bekerja lebih shif, bekerja siang dan malam, siang di pejabat malam di pasar malam. Suami dan isteri berganding tenaga untuk mendapatkan lebihan wang ringgit yang tidak seberapa demi membesarkan anak-anak dan dengan pendidikan semampu mereka. Mimpilah untuk sekolah berpendidikan percuma!!

Tanpa mereka sedari, bahawa anak-anak mereka sebenarnya punya potensi besar untuk terlibat dengan gegala sosial, berpotensi untuk memenuhi pusat serenti dan berpotensi untuk terlibat dengan jenayah juvana. Kerana apa fenomena ini berlaku? Kerana masa yang sepatutnya ibu bapa bersama keluarga telah ditukar-ganti dengan kerahan mencari pendapatan tambahan! Begitu suntuk untuk bersama anak-anak dan kerana itu juga tempoh masa paling penting untuk anak-anak mendapat perhatian dari kedua ibu bapa telah tergadai di atas kerakusan pemodal kuasa ekonomi berpaksi kapitalis. Ia memang berkaitan, jangan kata ia tidak punya kaitan!

Kehidupan seumpama ini harus diubah! Nasib sesuatu bangsa itu tidak mungkin dapat diubah melainkan ianya bermula dari diri sendiri. Tepuklah dada dan tanya pada hati, apakah hidup ini dikerah untuk memperkayakan golongan-golongan bangsawan bangsat yang semakin kaya hasil daripada keringat kita? Akhirnya kita menggadaikan keluarga demi mereka yang di atas!!

Justeru itu, sematkanlah jiwa itu untuk menyertai gerakan membebaskan negara ini dari cengkaman penggadai maruah bangsa yang kaya raya. Kalahkan golongan yang kaya-raya ini dengan kuasa yang kita ada iaitu kuasa mengundi selain dari mereka! Tafsirkanlah sendiri siapa 'mereka' yang dimaksudkan itu.

Jika setiap dari anda semua menyimpan perasaan untuk melihat kehidupan yang jauh lebih baik yang seharusnya menjadi milik kita tetapi dirompak sehabisnya demi anak cucu mereka, maka saya tegaskan bahawa saya begitu optimistik untuk melihat sebuah kerajaan pusat yang baru dalam masa terdekat (sedekat bubarnya parlimen Malaysia).

Mungkin masa depan untuk saya tidak seberapa dengan bertukarnya kerajaan ini, tetapi masa depan anak saya dan anak bangsa akan lebih terjamin daripada apa yang ada pada hari ini.

RE-FOR-MA-SI !


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

edyesdotcom.blogspot.com

Tuesday, November 30, 2010

Aduka kena lempang?

Adat la. Memang orang tak puas hatinya. Dah ganas, standad la berselinsing lengan.

Tapi kena dengan puak takda telo ni memang panas hati. Lagi pulak berdarah biru pekat atau dari geng gagah perkasa aka pahlawan ketuanan. Huh.. Gay sungguh.

Tak reti la aku nak maki apa dah...

Monday, November 29, 2010

MAHA2010

Sapa minat kambing, sapa minat lembu pergilah.

Minat bercucuk tanam? Ghonti an la!!

Saturday, November 27, 2010

Sukar untuk dijelaskan!

Mahal rantai dari beruk!

Haih! Dalam kata takde duit, ada pulak duit nak ubahsuai rumah Sri Perdana Perdana Menteri sebanyak RM 65 juta? Setakat nak ubahsuai rumah sampai peruntukan berpuluh juta? Ini sudah lebih!

Seri Perdana di Putrajaya mula dibina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya. Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta.

Bayangkan sebanyak RM65 juta untuk tempoh dua tahun. Untuk tahun hadapan kos pengubahsuaian sebanyak RM19.5 juta. Maksudnya berbaki sebanyak RM45.5 juta untuk tahun 2012. Sedangkan kos sebanyak itu boleh digunakan untuk kebajikan rakyat yang jauh lebih memerlukan daripada pengubahsuaian tersebut.

Apa yang kami kesalkan adalah, kenapa setiap kali tukar Perdana Menteri, setiap kali itulah kena ubahsuai? Sampai berjuta-juta pulak tu. Kami tahu kos sebenarnya tidak lah sampai 7 angka, namun sebab "mark-up", atas sebab bagi projek pengubahsuaian kepada kroni-kroni, sebab tu jadi sampai berjuta-juta.

Tak rasa malu ke, guna duit cukai yang disumbangkan oleh rakyat malaysia untuk ubahsuai rumah sampai RM 19.5 juta? Apa yang rosak? Nak salut emas ke setiap jamban dalam rumah Sri Perdana tu? Ubahsuai ini sebenarnya tidaklah terlalu penting.

Lebih-lebih lagi, ianya bukan rumah sendiri. Esok-esok, tukar Perdana Menteri, kena keluar dari rumah. Jadi, apa relevannya nak ubahsuai sampai RM 65 juta peruntukan diberi?

Kalau penjawat awam mintak bonus, bukan main mengelat lagi. Kata bagi implikasi besar. Habis tu ubahsuai RM 65 juta, apa implikasinya kepada rakyat? Rakyat dapat tidur sekali ke dalam rumah tu? Nak masuk jengah kat pintu pagar pun belum tentu lepas.

Tak perlulah nak ubahsuai rumah Sri Perdana tu. Barang-barang dalam tu pun, masih banyak lagi yang elok. Malu la sikit, rakyat lain bergolok gadai simpan duit nak ubahsuai rumah. Ada yang bumbung bocor pun tak dapat nak betulkan lagi. Ada jugak yang tak ada rumah langsung!

Ahli politik kena fikir sikitlah, jawatan tu diberi atas mandat rakyat. Rakyat jugalah yang boleh tumbangkan ahli politik. Yang rakyat pun satu, undi atau sokonglah mengikut keperibadian pemimpin. Undi sebab kerja yang dibuat.Usaha yang dia buat. Bukan sebab dapat gula-gula RM dari ahli politik, terus sokong.

Ingat sikit rakyat semua, satu penggal 5 tahun. Kalau kena pemimpin yang kita pilih tu tak betul, tak perlu ambik masa sampai 5 tahun nak jahanamkan negara. Memang tidak ada pemimpin yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya, kita pilih pemimpin yang benar-benar ingin membantu rakyat.

Bukan sebab nak penuhkan kocek sendiri, lepas tu buat rumah sampai RM 12 juta. Kita sebagai rakyat perlu ubah mindset kita. Dah lama bapak-bapak kita sebelum ini digula-gulakan, kali ini, kita jangan biarkan langsung diorang menipu kita lagi.

Tak kiralah apa parti politik sekalipun, yang penting, kita pilih pemimpin yang benar-benar ingin meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat. Bukan pemimpin komisen, bukan pemimpin yang menjual maruah negara kepada orang luar, dan juga bukan pemimpin yang menjual diri atas nama agama.

dipetik dari sumber asal:

berita semasa.com

Friday, November 26, 2010

Penelitian + perbandingan = bikin panas!!

Terima kasih pada bro Isa.

Thursday, November 25, 2010

Kesian Mahathir, nyanyuk betul dia.

Oleh: WFAUZDIN NS
MAHATHIR berkata ahli-ahli PKR perlu bertaubat dan kembali kepada Umno. Lucu sungguh saranan mantan PM yang DS Anwar dakwa keluarganya ada memiliki kilang arak terbesar di luar negara itu. Mahu bertaubat kena masuk Umno? Maksudnya kena masuk `geng' dengan Apco Yahudi itu kah? Pada saya lebih baik mati, daripada masuk Umno.

Sekiranya PKR sudah teruk sangat dan jika Mahathir seru semua ahli PKR menyertai PAS, itu saranan yang betul dan bijak. Mahathir ingat ahli-ahli PKR seperti beliau, ikut suka bila mahu masuk Umno dan keluar Umno? Mahathir pernah keluar Umno semasa Pak Lah jadi PM, kemudiannya melutut kembali kepada Umno apabila Najib jadi PM. Habuannya, anak Mahathir dilantik menganggotai kabinet Najib walaupun tewas bertanding Ketua Pemuda Umno di tangan KJ.

Mahathir mungkin sudah lama tidak membaca perkembangan luar negara, maklumlah orang tua biasanya mata sudah rabun. Mahathir tidak tahu bahawa berapa ramai Ahli Parlimen di luar sana yang menuntut agar kes liwat DS Anwar digugurkan. Terbaru, Setiausaha Amerika Syarikat sendiri menghubungi DS Anwar dan berjanji akan memantau kes yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu. Masakan Mahathir tidak tahu ada suara dari tokoh perniagaan atau syarikat pelaburan luar negara yang terang-terang mendakwa kezaliman kerajaan ke atas DS Anwar adalah menjadi punca mengapa pelabur semakin tidak berselera datang ke Malaysia.

Dendam Mahathir terhadap DS Anwar tidak pernah luntur. Mungkin beliau masih terasa malu dan aib teramat sangat bagaimana suatu ketika Naib Presiden Amerika Syarikat, Al-Gore menjatuhkan air muka Mahathir di khalayak ramai apabila Al-Gore menyanjung semangat reformasi ketika itu. Itulah puncanya sampai sekarang Mahathir merapu dan meroyan tidak tentu hala.

Kununnya tidak mahu Melayu dan Islam berpecah, tetapi tangan beliaulah yang bersejarah memecahkan penyatuan orang-orang Melayu bahkan menghancurkan institusi Raja-Raja dengan pindaan perlembagaan yang dibuat untuk kepentingannya. Melayu berpecah ketika wujudnya Parti Melayu Semangat 46, angkara muslihat jahat siapa? Melayu berpecah lebih teruk lagi apabila Mahathir memecat DS Anwar dari kabinet dan menjalankan konspirasi jahat untuk mengaibkan DS Anwar. Sehingga kini, Umno tidak tertebus dengan semua angkara tangan Mahathir.

Usah bercerita pasal kedaulatan Islam dizaman Mahathir kerana manusia inilah yang terkenal dengan anti-Islamnya. Tangan manusia inilah yang menulis surat kepada Kerajaan PAS Kelantan untuk menghalang perlaksanaan Hukum Hudud di negeri tersebut. Mulut busuk manusia inilah yang sering menghina Sunnah Nabi dan hukum Islam

Burj Khalifa - memang gila babi punya bangunan.