Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, February 4, 2014

Salahkah Anwar terus mengejar cita-cita jadi PM?

Kejutan yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan kemungkinan besar menjadi menteri besar Selangor selepas itu, membuatkan orang ramai bercakap kembali mengenai cita-citanya mahu menjadi perdana menteri. Dalam PRU13 lalu, cita-cita Anwar itu tidak kesampaian berikutan jumlah kerusi yang dimenangi oleh PR hanyalah 89 berbanding BN sebanyak 133.

Meskipun kekurangan bilangan kerusi tetapi dengan penguasaan undi popular sebanyak 51%, lantas menyebabkan Anwar menangguhkan persaraannya. Beliau barangkali meyakini peluang sebenarnya ialah pada PRU14.

Meskipun tidak berjaya menggapai cita-cita ke Putrajaya, Anwar tetap penting dalam perjalanan politik negara. Beliau tidak tenggelam begitu sahaja. Berita mengenainya jarang tidak menarik perhatian ramai. Dengan berjawatan ketua pembangkang, beliau sering bercakap mengenai perpaduan, konsensus nasional, kritikannya terhadap Najib, teguran kepada kerajaan dan semuanya menjadi berita yang diperbualkan rakyat. Malah kejadian beliau dihalang memasuki Jepun juga menjadi bahan berita yang menarik dan ini membuktikan Anwar masih merupakan bahan berita menarik, di sebalik kegagalannya dalam PRU13 lalu.

Jika Tun Dr Mahathir Mohamad sering dikatakan sebagai sumber berita yang menarik bagi akhbar dan media baru, Anwar mungkin berada di kedudukan kedua dalam perkara ini.

Namun sejak berita mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang dan diikuti dengan keputusan rasmi beliau bertanding di kerusi itu, Anwar kembali menjadi sorotan ramai. Beliau menjadi perhatian media dan berita mengenainya dikejar setiap saat oleh pencari berita, tidak kira yang memihak atau memperlekehnya. Beliau dilaporkan akan menjadi menteri besar Selangor dan akan menjadikan jawatan itu sebagai tangga untuk melangkah ke Putrajaya pula.

Dr Mahathir sendiri mengakui hakikat itu dengan menyatakan keupayaan mentadbir negeri dengan baik akan dijadikan tiket bagi membuktikan kemampuannya mentadbir negara pula. Tambah Dr Mahathir, jawatan menteri besar Selangor hanyalah tangga untuk Anwar mengejar cita-citanya yang sebenar iaitu menjadi perdana menteri.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin juga mengakui hakikat sama dengan membayangkan melalui jawatan menteri besar yang disandangnya, Anwar akan menjadi pencabar hebat untuk merampas kerusi perdana menteri yang kini disandang oleh Datuk Seri Najib Razak.

Pada masa sama, menyedari bahawa jawatan menteri besar mungkin memberi kelebihan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat dalam PRU14 nanti, usaha menghalangnya menduduki kerusi itu turut dibuat. Untuk BN menewaskan Anwar di Kajang, mungkin sesuatu yang mustahil berdasarkan mood dan kedudukan BN yang tidak popular ketika itu, lantas usaha menghasut mengenai kuasa Sultan Selangor pula dilakukan.

Ahli akademik, peguam, pemimpin NGO dan peguam pencen tiba-tiba ghairah membuat tafsiran mengenai kuasa Sultan Selangor dalam melantik menteri besar. Semua memberi hujah yang cenderung untuk menghalang Anwar daripada menjadi menteri besar dengan memberi bayangan sultan ada hak menolak Anwar dan memilih calon yang disukai oleh baginda.

Mereka yang memberi hujah dan pandangan ini bukan saja menampakkan warna yang jelas sebagai pro BN dan tidak mahu Anwar menjadi menteri besar dengan harapan sultan akan menerima bulat-bulat hujah dan tafsiran mereka tanpa menyedari bahawa sultan juga ada kebijaksanaan sendiri di samping baginda juga mempunyai penasihat yang cukup arif mengenai undang-undang serta perlembagaan negeri.

Terlihat ketakutan yang amat sangat di kalangan sesetengah pihak kiranya Anwar berjaya menduduki kerusi menteri besar Selangor akan memudahkan lagi laluannya menuju Putrajaya.

Menghalang Anwar daripada menjadi menteri besar sepatutnya dilakukan dengan usaha yang lebih keras bagi memastikan beliau tewas di Kajang dan bukannya dengan cuba menghasut sultan atau mengajar baginda mengenai tafsiran undang-undang dan perlembagaan negeri.

Soal sama ada percaturan Anwar kali ini akan memudah atau menyulitkan lagi matlamatnya ke Putrajaya biarlah masa dan takdir Tuhan yang menentukan. Tetapi Anwar memang seorang yang tidak mudah putus asa serta mempunyai daya juang tinggi. Beberapa bekas menteri turut melahirkan kekaguman terhadap daya juang Anwar dan berkata, jika mereka yang dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti itu, sudah lama mengambil jalan berundur dan mengalah saja.

Di sebalik pelbagai cabaran, dugaan serta masalah yang membelengunya, sumbangan beliau juga sebenarnya adalah besar. Anwar berjaya mewujudkan barisan pembangkang yang kuat melalui kesepakatan beberapa parti dan ini amat baik dalam sistem demokrasi. Kewujudan pembangkang yang kuat dan tidak berjaya dibentuk oleh mana-mana pemimpin sebelum ini menyumbang beberapa faedah yang bermanfaat kepada rakyat dan ini haruslah diakui sebagai sumbangan terbesarnya kepada rakyat dan negara.

Melalui kekuatan pembangkang ini, kerajaan menjadi lebih bertanggungjawab dan tidak boleh lagi bertindak sesuka hati mentadbir negara. Tindakan kerajaan mewujudkan BR1M serta pelbagai bentuk bantuan lainnya, menukar pinjaman tabung PTPTN menjadi biasiswa dan lain-lainnya tidak lain adalah bertujuan menunjukkan kerajaan lebih prihatin kepada rakyat bawahan dan menyaingi janji yang dilakukan oleh pembangkang.

Sekiranya kekuatan pembangkang ini berterusan dan politik kita menjadi sistem dua parti iaitu BN dan PR, nikmat yang diperolehi oleh rakyat tentu lebih berganda lagi. Sesiapa yang menjadi kerajaan akan berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat agar dalam pilihan raya yang seterusnya mereka terus diberikan sokongan.

Mana-mana kerajaan yang tidak baik, tidak amanah dan tidak menunaikan janji pula boleh ditukar oleh rakyat dengan memberi peluang kepada parti lain pula menjadi kerajaan. Inilah sistem yang menjadi amalan di beberapa negara maju sekarang ini.

Dalam konteks negara kita, walaupun pengejaran cita-cita Anwar menjadi perdana menteri tidak dinafikan mempunyai unsur untuk kepuasan peribadi dan matlamat yang dipendam sejak sekian lama tetapi memandangkan bersamanya turut berkembang suasana politik yang semakin matang, faedah untuk rakyat juga turut ada.

Ini kerana Anwar dan Pakatan Rakyat, dalam usaha menarik sokongan, menjanjikan pelbagai faedah serta pembaharuan untuk rakyat dan negara jika mereka diberi kuasa. Kiranya janji-janji itu diyakini dapat ditunaikan dan pembaharuan yang dijanjikan juga boleh menjadi kenyataan, tidak mustahil mereka mampu mengungguli kuasa.

Setelah kuasa diperolehi pula, sekiranya ia gagal ditunaikan, rakyat juga mempunyai pilihan untuk kembali menerima BN semula. Namun sekiranya mereka mampu menunaikan janji dan terbukti menggembirakan rakyat, sokongan akan terus diterima.

Sistem dua parti dan kerajaan yang boleh bertukar ganti harus diakui lebih baik daripada membiarkan sesebuah kerajaan memerintah selama 50 atau 100 tahun tanpa hentinya. Inilah yang seharusnya difahami di sebalik Anwar terus berusaha mengejar cita-citanya.

– shahbudindotcom.blogspot.com, 4 Februari, 2014.- TMI

Sunday, February 2, 2014

Umno Takut Hadapi Anwar Di Kajang.. Ini Buktinya

Addin by Addin Deen

Dalam kesibukan orang ramai membahaskan tindakan betul atau salah Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi DUN Kajang, terdengar amaran keras dari dalam Umno.

Umno dan kononnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) memulakan kempen mereka untuk menyekat Anwar daripada mendapat akses kepada para pengundi – bukti yang menunjukkan kebimbangan mereka yang sangat nyata.Dari Perlis ke Johor, setiap muslihat telah dijalankan terhadap pembangkang. 

Pada masa tertentu, pengaruh istana digunakan dan kadang- kala bekerjasama dengan pihak berkuasa agama.Bagaimanapun,  taktik undang-undang yang sering digunakan oleh Umno.

Justeru, ini yang nampaknya terjadi kepada kejadian di Kajang di mana Anwar dihalang daripada memberi tazkirah di sebuah masjid di Impian Saujana, Kajang yang dikatakan atas arahan daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memberikan tazkirah sebelum Jumaat manakala Ketua Peneraangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty sepatutnya memberi khutbah Jumaat.

"Tetapi selepas solat subuh pada 30 Januari, pihak masjid memberitahu kami bahawa mereka telah ditekan oleh Mais untuk menghentikan acara tersebut. Justeru, ahli jawatankuasa masjid tidak berani untuk meneruskan perancangan awal itu.

"Jadi kami terpaksa cepat mencari masjid lain," kata sumber itu, yang juga adalah sebahagian daripada pasukan Anwar, menjelaskan bagaimana program ini kemudiannya berpindah dari masjid Impian Saujana ke masjid kariah di Batu 10 Cheras, yang merupakan sebahagian daripada kawasan Kajang. 

Ini  juga bagaimanapun turut disekat oleh Mais di saat-saat akhir.Sumber itu berkata, Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengancam untuk menangkap Anwar jika beliau menyampaikan tazkirah sambil menekankan bahawa beliau tidak mempunyai tauliah untuk memberi kan ceramah atau khutbah di masjid-masjid di Selangor.

Disebabkan halangan  itu, Anwar, Muhd Nur, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir, solat di Masjid Kariah.Mereka kemudian bercakap kepada jemaah selepas solat .Sudah tentu, terdapat undang-undang negeri yang mengatakan ucapan tersebut tidak dibenarkan. 

Tetapi jelas menunjukkan ia hanya terpakai kepada pihak atau mereka yang tidak diingini.Ini juga telah berlaku kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain dan pendakwah atau pensyarah yang tidak selari dengan Umno atau kumpulannya yang sekali gus mencerminkan betapa penghormatan diinstitusikan dan feudal  dicemari sebuah parti nasional Melayu.

Apapun, ia terpulang kepada Anwar dan sekutunya yang mengatakan pencalonan beliau adalah bagi menghalang senario tersebut daripada berlaku – bahawa semua agensi dan jabatan akan digunakan oleh Umno untuk menawan semula negeri terkaya di Malaysia daripada PR.

Dalam erti kata lain, ia adalah tindakan bahawa kerajaan Selangor diancam dan beberapa jabatan bertindak tepat apabila mereka bertindak tidak selari dengan kerajaan negeri.

Dan ia menjelaskan mengapa banyak agensi dan jabatan yang menegaskan bahawa mereka bebas daripada mana-mana pihak politik, sebenarnya melakukan yang sebaliknya sehingga menjejaskan pihak lain dan juga rakyat Selangor.

Keadaan tidak mudah bagi Anwar atau pembangkang tetapi  pihak berkuasa terbabit perlu tahu bahawa tindakan mereka hanya akan membuatkan masyarakat menyalahkan Umno dan menyokong pihak lawan.

Sememangnya ia suatu kedegilan, begitu juga pihak berkuasa apabila mereka mengabaikan kebebasan mereka dan bertindak menentang rakyat. ~tmi


Saturday, February 1, 2014

Siapa yang bijaksana dalam umno??

HULU LANGAT 1 Feb. - Keputusan Barisan Nasional (BN) bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang perlu diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pucuk kepemimpinan..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... SERAH PADA  KEBIJAKSNAAN PIMPINAN?... kah kah kah

kah kah kah... BIAR BETUL.... kah kah kah..

kah kah kah..SIAPA PEMIMPIN BIJAKSANA?... kah kah ka

kah kah kah..SERAH PADA MUHYIDDIN?.... kah kah kah...

kah kah kah..PADA  NOH OMAR?.... kah kah kah..

kah kah kah..PADA NAJIB  NASI KANG KANG.... kah kah kah..

woit... SERAH PADA SAPA?.... kah kah kah..

kah kah kah... SEMUANYA HASAN MALEK.... kah kah kah..

kah kah kah..BAIK HASAN MALEK BUAT KEPUTUSAN... kah kah kah

Sumber: tukartiub

Pembabitan Mahathir jatuhkan Najib bukan perkara pelik

By greenboc

SHAH ALAM, 31 JAN: Pembabitan Tun Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. 

Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata tindakan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa bagi Mahathir, bahkan membuat penafian juga sudah sebati dalam gerak kerja politiknya selama ini.

Beliau berkata, perkara sama turut menimpa beberapa bekas pemimpin terkemuka Umno sebelum ini antaranyaTun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas disingkirkan Mahathir.

Ketika hubungan tidak mesranya dengan Musa dihidu ramai pada awal 1980-an dulu, Mahathir beberapa kali menafikannya, bahkan beliau juga kerap menunjukkan sifat mesranya di depan umum dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. 

“Begitu juga dengan Anwar apabila beliau sering menafikan hubungan renggang mereka dan berulang kali menegaskan Anwar adalah penggantinya,bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar ,pada 2 September 1998, beliau sekali lagi menafikan hubungan mereka bermasalah. 

“Namun ,akhirnya Anwar bukan saja dipecat, bahkan juga dimalu, diaibkan dan dihantar ke penjara seperti tidak pernah bersahabat baik serta duduk makan semeja sebelum itu. Tetapi itulah Mahathir, apa yang dinafikan selalu yang dilakukannya,” katanya di dalam blog. 

Shahbudin berkata, gerakan untuk menggulingkan Najib yang dikaitkan dengan Mahathir bukan lagi rahsia Umno berikutan beberapa blogger pro-bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu semakin giat meningkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib.

Beliau berkata, desakan supaya Najib segera berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti. 

Katanya, selain Datuk A Kadir Jasin; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihan raya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada kini. 

“Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan dikatakan selalu bertemu untuk berbincang berkenaan isu politik semasa.

“Walaupun menafikan berada di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib, beliau pada masa sama mulai kritis terhadap Najib dengan mengkritik sikap bermewah kerajaan dan menyokong kenyataan Daim dengan menyatakan pandangan bekas Menteri Kewangan itu ada asas dan kebenarannya. 

“Mahathir juga seperti menyindir Perdana Menteri bahawa pemimpin sekarang lebih mengutamakan mencari kekayaan berbanding memberi khidmat kepada rakyat. Siapa pemimpin sekarang yang ghairah mencari kekayaan kalau bukan Najib dan keluarganya?” katanya. -selangorku 


PM jumpa penyokong malam ini, bendung pemberontakan parti

The Malaysian Insider difahamkan bahawa presiden Umno itu akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagian, pemberi pendapat dalam parti dan penyokongnya untuk menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain.

Najib dijangka menggariskan apa yang beliau percaya sebagai motif di sebalik semua serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009. 

Susulan daripada taklimat tertutup itu, pengikut setia Najib dijangka turun ke akar umbi dan menyebarkan pesanan PM untuk terus berjuang dan jangan menghiraukan sebarang kritikan. 

Taklimat itu adalah tanda yang menunjukkan Najib dan barisan penasihat akhirnya menerima hakikat bahawa serangan bertubi-tubi dan berterusan terhadapnya adalah perkara yang serius serta memberi kesan terhadap pegangan kuasanya.

Najib dilantik sebagai presiden Umno bagi penggal kedua selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti dan hampir semua orangnya berada dalam Majlis Tertinggi Umno, tetapi itu tidak menghentikan kritikan yang menggunung mengenai kepimpinannya. 

Tetapi, tidak ada bahaya yang mendesak menunjukkan Najib akan kehilangan kuasanya dalam parti atau Parlimen, walaupun wujudnya spekulasi menyatakan pengkritiknya mahu beliau meletakkan jawatan sebelum akhir tahun ini. 

Mandat Najib sebagai presiden parti adalah sehingga 2016 manakala kerajaan pemerintah Barisan Nasional ada sehingga 2018 sebelum penggal tamat. 

Langkah berdiam diri yang diambilnya terhadap serangan dalam parti dan di alam siber dilihat sebagai tanda kelemahan, hampir serupa dengan sikap “senyap bergaya” Abdullah ketika bekas perdana menteri itu dikutuk dan dilabelkan sebagai “Slumberjack”. 

Orang kuat Najib yang juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengarahkan pengkritik menggunakan saluran dalam parti untuk menyuarakan kegusaran dan tidak puas hati masing-masing. 

Secara jelas pesanan itu ditujukan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang sebelum itu mengeluarkan kenyataan potongan subsidi Najib akan memberi kesan kepada sokongan terhadap BN pada pilihan raya akan datang. 

Bapa Mukhriz, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik BN di bawah pentadbiran Najib dengan berkata gabungan itu lemah dan kerajaan sepatutnya memotong perbelanjaan, bukan subsidi. 

Daim, bekas penasihat ekonomi kerajaan dan menteri kewangan, dalam satu mesyuarat tertutup di Umno Merbok, 10 hari lalu, turut berkata BN boleh kehilangan kerajaan jika pilihan raya diadakan pada waktu sekarang dengan polisi semasa BN terkini.

Perdana menteri juga menjadi bahan lawak di alam siber berhubung kenyataannya yang meminta rakyat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan apabila berlaku kejatuhan harga, bukan hanya tahu menyalahkan kerajaan ketika harga naik. 

Sumber dalam Pejabat Perdana Menteri berkatapembantu khas Najib menuduh adiknya, ketua CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berniat “jahat, serangan tertutup” terhadap abangnya menerusi artikel yang disiarkan sempena mengingati pemergian ayah mereka, Tun Abdul Razak Hussein ke rahmatullah pada 1976.

Dalam artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider dan dua media lain, Nazir memuji allahyarham bapanya yang memegang sifat integriti dan langkah berjimat dan berkata, pemimpin negara patut kembali ke pangkal jalan untuk membangunkan negara. 

Najib yang mula memegang tampuk kuasa pada April 2009 berjanji untuk berubah dan melaksanakan liberalisasi menerusi landasan 1Malaysia dan berkata, zaman “kerajaan tahu yang terbaik” sudah berlalu. 

Tetapi, perubahan yang dilaungkannya menyebabkan BN kalah lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dan ekonomi Malaysia merudum dengan ramalan global agak suram sehingga memaksa Najib memotong subsidi dan memperkenalkan cukai penggunaan untuk memastikan kadar kewangan yang positif. 

Potongan subsidi dan gaji minimum mandatori serta peningkatan kos sara hidup datang serentak bersama serangan terhadap perdana menteri yang sering melakukan lawatan ke luar negara dan kegagalannya mengawal perbelanjaan awam. 

Selepas teruk dikritik, Najib mengumumkan 11 langkah untuk berjimat tetapi pengkritik berkata, ia terlalu sedikit dan sudah terlambat hingga memerlukan Dr Mahathir kembali ke Putrajaya untuk memulihkan nasib Malaysia. -TMI



Mahathir nafi di belakang usaha jatuhkan Najib

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau di belakang usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti didakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. Rafizi berkata, tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang bagi mengekang kemaraan BN di Selangor jika perdana menteri sekarang dijatuhkan oleh kuasa dalaman Umno. Dakwa Rafizi, gerakan menjatuhkan Najib sudah menjadi rahsia umum, yang digerakkan "kem Mahathir" dalam Umno. "Itu tafsiran dia (Rafizi). Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada masa saya jadi PM pun. "Memanglah parti lawan tugas lain tak ada melainkan jatuhkan pemerintah, untuk jadi pemerintah," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemubual menerusi program "Dalam Radar Khas" terbitan Bernama Radio24, di ibu negara petang ini. -mk


ULASAN GB

Mahathir kini berada dipenghujung usia. Menghabiskan sisa-sisa umurnya membantu survival politik anaknya agar terus dapat berlansung setelah berjaya menjadi MB Kedah. 

Apabila rahsianya mahu menjatuhkan Najib terbongkar, dibongkar oleh Rafizi bahawa beliau kini sedang berusaha untuk jatuhkan Najib, beliau agak terkedu dan lantas cuba menafikannya, namun penafiannya tidak utuh dan kukuh. 

Umum mengetahui, sejarahnya membuktikan Musa Hitam, Abd Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Abdullah Ahmad Badawi - kesemuanya jatuh hasil dari permainan manusia licik yang bernama Mahathir ini.

Apbila Mukhriz tewas untuk merebut jawatan salah satu Naib presiden UMNO, pada ketika itu beliau menyindir program transformasi Najib dan menganggap program transformasi Najib tidak berjaya kerana UMNO masih mahu mengekalkan muka-muka lama. 

Bagi Pakatan Rakyat, kedua-duanya samada Najib atau Mahathir - adalah perosak besar kepada negara. Mahathir yang terkenal dengan sistem pemerintahan "ISA" dan kukubesinya manakala Najib terkenal dengan pemborosan melampau dan ketirisannya, menyebabkan rakyat hidup dalam kesengsaraan. PRK Kajang adalah jawapannya untuk permulaan menghentikan legasi pemerintahan BN di negara ini.