Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, May 15, 2014

Serang Anwar: Mahathir, jadilah warga emas yang segera bertaubat

(Oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN)

Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilaporBernama bertarikh 14 Mei 2014. Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.

Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini. Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.

Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh  beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. Dr Mahathir lah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar.

Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang Al-Quran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.

Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk  melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar.
Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil “membunuh” Anwar? Tidak sama sekali! Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita. Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.

Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau Asean, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar.
Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya. Saya pernah bepergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat.

Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia Arab.

Satu ketika di Mesir seingat saya tahun 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi. Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.

Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.

Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra. Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori Maqasid Syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.

Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat. Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.

Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab.

Fitnah Dr Mahathir hanya “berhasil” di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua. Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini. Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.

Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu diingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.

Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.

Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia! Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.

Saksikanlah pada usia lebih 80an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar.

Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah SWT menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri. Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb.

Friday, May 9, 2014

10 Fakta Kajian Mengenai SST dan GST

Hasil Cukai SST = RM16 billion
Rakyat = 27 juta
RM16 billion / 27 juta = RM592.59 setahun.

Fakta #1 - Melalui SST yang sedia ada, kerajaan mengutip cukai daripada 27 juta rakyat secara purata sebanyak RM592.59 setahun setiap seorang.
Hasil Cukai GST = RM27 billion
Beza dengan SST = RM11 billion
Rakyat = 27 juta
RM27 billion / 27 juta = RM1,000 setahun.
RM11 billion / 27 juta = RM407.41 setahun.

Fakta #2 - Melalui GST yang bakal dilaksanakan, kerajaan akan mengutip cukai secara purata daripada 27 juta rakyat sebanyak RM1,000 setahun setiap seorang.

Fakta #3 - Bermakna juga secara purata kerajaan bakal mengutip cukai tambahan daripada 27 juta rakyat sebanyak RM407.41 setahun setiap seorang.

Fakta #4 - Ini menambahkan beban setiap seorang rakyat daripada RM592.59 setahun kepada RM1,000 setahun iaitu peningkatan sebanyak 68.75%.

Fakta #5 - Kronisme dan nepostisme dibela dengan pengurangan cukai pembekal, pengilang, pemborong dan peruncit daripada 10% pada tiap2 peringkat kepada 6% secara berkongsi sama2

Fakta #6 - Rakyat dizalimi dan ditindas dengan pengalihan beban cukai pembekal, pengilang, pemborong dan peruncit terus kepada mereka.
Gaji purata bulanan = RM5,000
Gaji purata tahunan = RM60,000
Anggaran simpanan maksima 35% = RM21,000
Anggaran perbelanjaan 65% = RM39,000
Anggaran cukai GST daripada perbelanjaan
(RM39,000 x 6%) = RM2,340 seorang
Rakyat = 27 juta
Sasaran GST sebenar = RM2,340 x 27 juta

Fakta #7 - Unjuran pendapatan GST kerajaan sebenar adalah RM63.18 billion setahun.
Gaji kelayakan BR1M < RM3,000 = RM650
Anggaran gaji terendah = RM1,000
Setahun = RM12,000
Simpanan 10% = 1,200 (tidak mungkin menyimpan lebih)
Perbelanjaan = RM10,800
GST 6% = RM648
BR1M = RM650 - RM648 = RM2

Fakta #8 - Rakyat yang layak kepada BR1M di bawah RM3,000 (anggaran RM1,000 sebulan) sebenarnya tidak diberikan sebarang wang daripada hasil kerajaan kecuali hanya RM2 seorang setahun.
Gaji kelayakan BR1M < RM5,000 = RM350
Anggaran gaji terendah = RM3,000
Setahun = RM36,000
Simpanan 35% = 12,600
Perbelanjaan = RM23,400
GST 6% = RM1,404
BR1M = RM1,404 - RM350 = (RM1,054)

Fakta #9 - Rakyat yang layak kepada BR1M di bawah RM5,000 (anggaran RM3,000 sebulan) sebenarnya tidak diberikan sebarang wang daripada hasil kerajaan tetapi hanya membayar RM1,054 setahun seorang kepada kerajaan melalui GST.

Fakta #10 - Ketirisan, pemborosan, penyelewengan, salahguna kuasa dan korupsi akan terus menerus belaku dan akan bertambah berleluasa apabila lebih banyak hasil diperolehi dengan menjadikan rakyat hamba abdi kepada mereka yang berkuasa sebagai kerajaan.

“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Riwayat Bukhari

“Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya.” Hadith Riwayat Bukhari

Ahmad Rasyid Ismail

Penyelesaian cara orang bodoh

Alasan kenaikan barang kebiasaan alasan ialah perkara tersebut tidak boleh dielakkan. Seterusnya solusi ialah beban berterusan terpikul diatas bahu rakyat. Perkara ini berterusan berlaku dan terus berlaku.

Sepertinya

Seorang bapa yang semakin tidak berkemampuan untuk menyara isi rumah dan banyak memotong belanja ahli yang lain namun pada masa yang sama saban waktu memperhebat gaya pakaian serta kereta bagi kegunaan sendiri.

Thursday, May 8, 2014

Untuk macai bertopeng agama!!

"Why do they stand in the way of the wishes of the Malays to practise their religion in their own country, when the Malays have never interfered or curbed them from practising their religions?" 

Well, my friend. 


You know where the UMNO HQ is in KL? 


Head down there and ask them: 


a) why for 40 years plus they have blocked the implementation of hudud. 


b) why Johor, Kedah, Perak, Sabah, Pahang etc. do not have hudud. 


If (as you claim) these are "the wishes of the Malays to practise their religion in their own country", why has UMNO not implemented it in these states long, long ago?


johan_56

Sunday, May 4, 2014

SAMM Nafi Terlibat Dalam Kekerasan di Dataran Merdeka

Kenyataan Media

3 Mei 2014

SAMM Nafi Terlibat Dalam Kekerasan di Dataran Merdeka

1. Tanggal 1 Mei 2014 menyaksikan Hari Buruh kali ini disambut dengan penuh bersejarah, menjadikan GST sebagai bantahan utama. Satu perarakkan besar dari KLCC ke Dataran Merdeka melalui Bukit Bintang telah dijayakan oleh puluhan NGO yang terlibat. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) cukup berbangga kerana menjadi sebahagian dari aksi bersejarah ini.

2. Ketika sampai di pinggir Dataran Merdeka, SAMM cuba masuk ke tengah dataran untuk sama-sama meraikan detik hebat ini. Namun menyedari sudah tiada ruang untuk SAMM bergerak masuk, maka SAMM ambil keputusan untuk berhenti dan duduk di satu lokasi.

3. Kekecohan bermula dan kemudian berlaku tolak-menolak hingga masuk ke lingkungan kedudukan SAMM menyebabkan ada anggota SAMM yang dirempuh termasuklah wanita muda SAMM. SAMM terpaksa mempertahankan diri dari asakan dan juga cuba bertindak meleraikan kekecohan.

4. SAMM tidak menafikan beberapa komrad SAMM dalam jumlah yang sangat kecil (daripada hampir dua ratus anggota) gagal mengawal perasaan dalam keadaan penat dan panas berarak hampir 5 kilometer, akhirnya berjaya ditenangkan. 

5. SAMM menafikan sekerasnya di atas sebarang tuduhan kononnya SAMM terlibat dalam pergaduhan dengan mana-mana pihak. Kami mengecam sebarang tindakkan ganas sesama sendiri termasuk aksi tolak-menolak yang melampau atas alasan menghalang orang masuk dataran dan sebagainya.

6. SAMM juga menafikan sekerasnya laporan akhbar Bernama yang mengatakan kononnya SAMM terlibat memukul pihak media. SAMM mengecam tindakkan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kekerasan terhadap media, ini tidak harus berlaku dan merupakan kesalahan yang tiada kompromi. SAMM menasihatkan agar media yang tersalah lapor agar membetulkan semula laporan tersebut.

7. SAMM merumuskan kejadian ini adalah terpencil dan mampu dielak pada masa akan datang. Namun lebih utama ialah kita harus fokus kepada gambaran lebih 50 ribu rakyat yang berhimpun mewakili jutaan rakyat Malaysia membantah GST.

Sekian

Edy Noor Reduan

Pengarah Propaganda SAMM