Kalau ada pun, memang lari topik. Contoh macam pakcik sorang ni. Ahmad Samsuri kata ketiadaan menteri KPDN bukti kerajaan gagal. Tapi betul ke?
Tiada menteri bukan tanda gagal. Dalam tempoh 4 bulan ni, walaupun tanpa menteri, masalah bekalan beras tempatan dan harga ayam dapat diselesaikan jadi apa yang gagalnya?
Kalau nak kata gagal, kerajaan yang ada sampai 70 orang ahli kabinet tapi masalah harga ayam, harga telur, bekalan minyak masak semua tak selesai baru boleh dikatakan gagal.
Harga siling ayam dan telur terpaksa diperkenalkan sebab kerajaan, yang ada PN dan PAS di dalamnya, berotak mandul, tak tahu bagaimana nak selesaikan isu bekalan yang mendorong kebaikan harga.
Dia umpama seorang yang tak punya kereta tapi masih sampai ke tempat kerja tepat masa. Yang seorang lagi pula ada kereta tapi sering lambat.
Siapa yang gagal sebenarnya? Orang yang tak ada kereta tapi tepat masa atau yang ada kereta tapi sentiasa lambat? Orang waras pasti tahu fikir.
Memang menteri KPDN yang baharu belum dilantik tapi ada pemangkunya dan kerja-kerja kementerian masih berjalan terutamanya kerja pemantauan. Bukannya diabaikan terus.
Sebab itu harga ayam jadi makin rendah walaupun selepas diapungkan. Salah satunya sebab kerja pemantauan oleh pegawai kementerian.
Masa Mahiaddin dulu, masa PN dalam kerajaan, 17 + 16 bulan, menteri ramai. Tapi cuba ingat apa isu rakyat yang pernah selesai? Ada ke?
Harga ayam melambung. Ada menteri kata makan ayam banyak tak elok untuk kesihatan. Ada ulama PAS kata seluruh dunia ada masalah tu jadi tak adil salahkan kerajaan. Tapi tiada usaha nak selesaikan.
Minyak masak hilang dalam pasaran. Selesai tak? Mana boleh selesai kalau yang sorokkan tu anak menteri. Begitu juga masalah-masalah lain.
Bahkan dulu siap dibentuk jawatankuasa jihad. Fuh! Nama dah cukup gempak. Siapa ketuanya? Annuar Musa. Tapi ada selesaikan isu kos sara hidup?
Hapah pun tak ada! Sembang kentang je.
Begitu baru gagal. Tapi kerajaan hari ini, tak hanya isu harga barang dapat dikawal, harga ayam turun, bekalan beras dan telur semakin pulih, bahkan dari sudut ekonomi juga semakin bertambah baik.
Inflasi turun menyebabkan kadar OPR boleh kekal 3%. Ekonomi berkembang dan defisit juga semakin berkurang. Kadar pengangguran juga dah menurun. Semua ini tak berlaku masa PN dalam kerajaan.
Siapa gagal? Siapa lagi kalau bukan PN. Tengok je la Kelantan, Kedah dan Perlis. Semakin miskin dan semakin mundur. Terengganu pun maju sangat?
Terengganu ni kononnya MB hebat. Tapi dengan duit hasil petroleum, apa kemajuan yang dibawa ke negeri ini? Bandingkan dengan Selangor dan Pulau Pinang yang tiada hasil Petroleum.
Kalau Selangor dan Penang ada hasil petroleum, mungkin dah maju macam Wakanda dah sekarang ni. Itu bezanya bila negeri dipimpin oleh pemimpin yang berkualiti.
Aku ni tak minat sangat nak serang Ahmad Samsuri ni sebab dia nampak rasional sikit (sikit je la) kalau nak bandingkan dengan seluruh pimpinan PN.
Tapi aku tak boleh diam bila rakyat nak diperbodoh dengan penipuan fakta seperti yang dia buat. Guane boh?
Raja Gelap II