Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, July 8, 2011

Politik yang Bersih

Macam-macam cara mahu disekatnya perhimpunan BERSIH. Macam-macam mahu ditohmahnya pada pemimpin yang menyokong bersih walhal kita semua tahu situasi politik yang tidak seimbang ini adalah kerana kesalahan mereka sendiri.

Perjalanan demokrasi itu sendiri terumbang-ambung dek rakusnya mereka pada harta dan kuasa. Pendedahan demi pendedahan telah dibuat namun kerana tertutupnya akses masyarakat pada maklumat, berterusanlah sial ini berlaku. Belum lagi hal Perkasa yang melalut-lalut.

Menuntut pilihanraya yang bersih dan adil itu kenapa dihalang setelah banyak sangat lopong-lopong dalam perjalanan pilihanraya itu sendiri. Terlalu buruk dan hodohnya sampaikan tidak boleh ditutup lagi. Adakah mereka sedar hanya pada media perdana itu sahajakah wasilah rakyat pada hal-hal pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional? Betapa mereka yang berdarah UMNO itu terlalu bodoh kalau menafsir begitu.

Sampai bila hanya kamu sahaja yang relevan wahai Barisan Nasional?

Pra-BERSIH 2.0

Impian paling besar untuk KERAjaan pada hari ini ialah, untuk terus memerintah warga yang bodoh, bebal dan tidak tahu membantah. Bagi warga yang bebal, kenyataan gua ini akan dibaca sebagai – jika KERAjaan mahu rakyat terus menjadi bebal dan bengap, mengapa KERAjaan mewujudkan university, institusi pendidikan, sekolah, dan Malaya terus menyaksikan kelahiran graduan dan manusia berpendidikan?

Bodoh bebal dan bengap bukan sekadar diukur dengan tahap pendidikan. Kecerdikan juga bukan dinilai dengan berapa tinggikah CGPA atau berapa tebalkah tesis. Untuk menjadi warga yang cerdik dan tidak bengap, anda tidak perlu melanjutkan pelajaran ke M.I.T mahu pun Harvard. Gunakan sahaja sedikit kurniaan Tuhan yang ada pada otak kamu semua bagi menilai sesuatu perkara secara logic dan analektikal.

Sebab itu gua katakan, KERAjaan mempunyai impian untuk terus memerintah warga yang bebal, bengap dan bodoh. Kumpulan ini senang ditangani, senang untuk diuruskan dan yang paling menarik sekali, senang untuk ditipu (baca; diperbodohkan).

Tangan gua memang gatal nak menaip, tapi selalu tak punyai peluang. Masalah negara datang dan pergi, tak pernah gua punyai ruang untuk mencelah. Semua ini juga berpunca daripada pengurangan kadar makhluk Tuhan yang bodoh bebal dan bengap di bumi Malaya lewat ini. Mereka yang sudah pandai membantah dan bersuara ini, semakin ramai yang menulis, maka gua hampir-hampir termasuk perangkap, kembali menjadi manusia yang bebal dan bengap, tidak mahu mencurahkan pandangan walau sedikit, pada ruang yang sangat dicemburui oleh penguasa yang zalim. Faham?

Kumpulan manusia yang bebal ini, ditambah dengan ubat-ubat membodohkan otak keluaran TV3, RTM dan Utusan Melayu, apabila melihat bantahan, melihat demonstrasi, mereka akan melihat huru hara, melihat kacau bilau, melihat pertumpahan darah atau dalam kata yang lebih mudah dan bebal, mengancam keselamatan negara. Ini macam rombongan masuk meminang, baru tengok keluarga lelaki datang naik kereta-kereta "biasa", keluarga perempuan dah membuat penilaian negative, tapi kalau mereka tiba dengan kereta-kereta yang "luar biasa" maka persepsi yang positif lantas tercetus, tanpa mengetahui kereta-kereta itu mungkin dipinjam daripada boss, atau pun si lelaki seorang tokey dadah. Contoh, faham?

Akibat ubat-ubat supplementary pelembap otak keluaran TV3, RTM dan Utusan Melayu, maka konklusi mudah warga yang bebal ialah, BERSIH itu cuba menimbulkan kekacauan, bakal mencetuskan huru hara, mengancam keselamatan negara dan menggugatkan kestabilan politik tanahair. Akibat ubat-ubat pelembap otak itu, mereka lupa bahawa setiap kita punyai keluarga, punyai orang yang disayangi dan orang yang menyayangi, punyai mata pencarian, punyai hutang kredit kad, punyai loan kereta dan rumah serta pelbagai komitmen sepanjang hayat yang lain. Letaklah sebesar mana sekali pun kepentingan politik, kuasa dan kekayaan, tanggungjawab sebagai seorang manusia, tidak akan mampu terhakis sebegitu sahaja. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik PAS yang tiba dari sejauh Marang dan Mersing, anak-anak muda yang berduyun datang dari Kemaman dan Kuala Klawang, juga ibu-ibu dan bapak-bapak dari seluruh pelusuk Lembah Klang, mereka ada komitmen dalam hidup, mereka ada semua yang gua senaraikan di atas, yang tidak mungkin dapat dihapuskan dengan kepentingan politik atau pun kuasa, seperti juga pencacai-pencacai United Malays National Organization yang lain, cuma beruntungnya mereka, ialah mereka punyai sedikit kesedaran. Mereka punyai sedikit rasa simpati, punyai tanggungjawab. Simpati dengan masa depan negara, kesedaran untuk melihat perubahan, dan tanggungjawab sebagai warga untuk memberi secebis sumbangan dalam membuat perubahan.

Percayalah, tiada seorang pun dari kalangan kita yang mahukan ketidakstabilan dan kekacauan, kecuali Ibrahim Ali. Percayalah, tiada kalangan kita umat manusia ini, yang terfikir untuk menjadikan kuasa politik melangkaui sempadan nyawa dan keselamatan peribadi. Mendengar dendangan ubat-ubat pelembap otak ciptaan Mahathir Mohamed memang begitu lah kesudahannya. Apabila rakyat semakin cerdik dan pandai menilai, maka ketika itu lah keselamatan negara akan terancam. Apabila rakyat sudah bijak membantah kebobrokan penguasa, maka ketika itulah kestabilan negara akan tergugat. Walhal, setiap kita akan meletakkan kepentingan diri sendiri terlebih dahulu, keluarga sendiri terlebih dahulu, dalam apa jua keadaan, kerana itu lah secebis akal yang diberikan, berupaya mencetus kesedaran untuk melakukan perubahan. Untuk siapa, kalau bukan untuk diri sendiri dan keluarga sendiri. Janganlah melihat dalam skop yang terlalu besar. Orang tidak akan mahu mati dan cedera secara sia-sia. Faham?

Untuk itu, kaedah mereka akan ternyata berhasil, apabila wujud kalangan manusia yang bebal ini, mengatakan BERSIH adalah punca segala kesesakan jalanraya seawal pagi, atau individu-individu yang dominan dalam penganjurannya, dipersalahkan secara total sebagai punca segala kerumitan (apatah lagi Ambiga, yang secara langsung kita akan menyentuh semangat rasisme mereka), padahal, makhluk pertama yang mendendangkan masalah keselamatan, masalah kerumitan kepada massa, dan kekacauan ialah polis dan penguasa sendiri. KERAjaan. Mereka yang seawal pagi menjadi punca kesesakan lalulintas, 4 hari sebelum Sabtu 09th July 2011 bukanlah para penunjuk perasaan tetapi penguasa sendiri.

Wahai anjing-anjing UMNO sekalian, gua nak tanya, mengapa tiada larangan untuk sejuta Belia berkumpul dan tiada sebarang cetusan kebimbangan keselamatan yang kamu salak kan? Mengapa ketika itu kamu tidak bercakap apa akan berlaku jika sejuta Belia itu yang tinggal dalam khemah-khemah "sedap" selama 3 hari 2 malam akan "bersedap-sedapan" sekaligus menimbulkan ketidaktenteraman kepada warga sekeliling? Oh, kerana mereka ada tujuan yang murni untuk berkumpul. Atau kerana mereka dinaungi Najib Razak? Mengapa mereka boleh berkumpul dan kami tidak boleh berkumpul? Cuba ketuk sedikit ubun-ubun kepala kamu tu dengan tukul besi dan kemudian tanya semula, mengapa mereka dibenarkan tetapi pembangkang tidak?

Begitulah juga kisahnya dengan mereka yang mahu mengadu nasib ke jalanraya 09th July 2011 ini. Mereka juga punya niat yang murni, atas pertimbangan akal dan kewarasan mereka. Mengapa kamu semua yang bebal dan bengap ini tidak pernah mahu membicarakan tujuan murni mereka? Mengapa tidak kamu sanggup perbahaskan usul yang mereka bawa? Kenapa yang kamu canangkan ialah isu keselamatan dan ketenteraman? Mengapa kamu begitu asyik menyebut keadaan yang huru hara tetapi tidak pernah menyentuh mengenai suasana demokrasi yang lebih stabil dengan sistem pilihanraya yang adil? Di sinilah wujud nya ruang luas, antara akal kamu yang cuba bercakap tanpa berfikir, dengan pakcik-pakcik PAS juga anak-anak muda yang punyai kesedaran untuk melihat sebuah demokrasi subur tersemai seadilnya di bumi Malaya ini. Oh, jika tiada demokrasi bagaimana mungkin Pakatan Rakyat boleh menafikan majority 2/3 di Parlimen?

Bebal dan bodoh sekali lagi menguasai minda makhluk-makhluk peliharaan UMNO ini. Jika pilihanraya di Malaya ini, dilakukan dengan adil dan tidak berat sebelah, maka ketika ini UMNO hanya memerintah di Johor dan Borneo. Di mana mata dan telinga kamu wahai mahkluk-makhluk bebal, ketika UMNO menggerakkan seluruh jentera KERAjaan, makcik-makcik KEMAS berstatus andartu, pegawai-pegawai Jabatan Penerangan yang kantoi tahun akhir di univerisiti, juga media-media peliharaan, saban hari menyalak untuk berkempen menipu warga pada setiap kali munculnya pilihanraya? Mengapa ini tidak kamu semua sebut? Cuba sekali lagi ketuk ubun-ubun kepala kamu dengan tukul besi dan tanyakan soalan tersebut sekali lagi kepada diri kamu.

Perlukah gua bercakap tentang ketelusan senarai pengundi, pendaftaran pemilih yang menyebabkan bini gua didaftarkan di Felda Lok Heng sedangkan dia tidak punyai saudara di sana DAN tidak pernah langsung mendaftar mengundi, atau perlukah gua bercakap tentang dakwat kekal serta penggunaanya? Undi pos yang berguni-guni? Arghhh semua itu tidak tercapai dek akal manusia-manusia bebal yang makanan hariannya ialah Utusan Melayu, RTM dan TV3.

Bukanlah keselamatan, atau kestabilan dan keamanan yang menjadi priority KERAjaan, tetapi mereka bimbang, sekiranya jumlah warga yang sedar semakin bertambah, jumlah mereka yang punyai akal semakin meningkat, mengatasi kumpulan mereka yang bebal dan bengap. Ini agak menyukarkan lagi tugasan mereka untuk mengawal dan memperbodoh. Moga kamu semua sedikit bongkar, faham?

Original Page: http://jordan2jelebu.blogspot.com/2011/07/pra-bersih-20.html

Wednesday, July 6, 2011

Kat Stadium Merdeka pun tak leh

Apa masalah Umno lahabau ni. Bagi ajelah orang berhimpun. Justin Bieber boleh pulak.

Hishamuddin ni pun boleh tahan sengal jugak. Pusing-pusing cakap.

Sekatan polis: Kuala Lumpur sesak teruk

Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.

Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.

Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing.

Ada yang meluahkan perasaan mereka di lama sosial seperti Twitter dan Facebook.

Berikut sebahagian daripada komen mereka.

Cikgu Din Sas: Jika England,, polis memberi jaminan keselamatan kepada peserta unjuk rasa.Begitu juga Indonesia.

Ajuad Aziz: kt port klang pn ade ni, nk g kje pon jem, ape the.....

Don Sha: Hapa pun tableh!

Mohd Shahran Shah: dah nampak dah sapa nak buat kacau....

Ivancph Ivan: sengaja polis ada kan roadblock waktu peak hour supaya rakyat boleh salah kan BERSIH. Entah pa mereka nak mengesan. ah moi dari china baru lepas kerja morning shift kat SPA ker?

Vijayan KrsnaZing: apa la yg kamu nak cuba buat ini? memang saya tak faham la!

Jer Saja: kerajaan dan polis nak balas dendam terhadap rakyat ingin nak bersih..... bila rakyat balas hadiah seperti ni pada kerajaan BN?

Uwais Al Qarni: Bukan saja KL hampir 1 semenanjung dkerahnya bt r.block,, ngabih duit minyak aku aje beratur panjang camni.

Paklah Damansara: sekarang siapa punca kl jem prdm or bersih najib bahlul jawablah

RT @morticya33: Haiya, patutla jam, police blocking the exit of Subang to Fed Highway from 3 lanes to 2 kltraffic

RT @syazwinasaw: All ways out of Subang have been blocked by police trying to create havoc aftr last nite's FRU showdown at a ceramah.

RT @saimatkong: OMG jam is everywhere & U will be late today! There's roadblock everywhere! One after toll towards Sunway. Use other roads...

RT @Wwyda: NO WONDER. Roadblocks during rush hour, really? Roadblocks in and out USJ, in front of summit. Only 1 lane in use.

RT @SookLee17: Are they out of their mind? Having road block at Sunway toll at this hour!

RT @cottonkyandyi: Can someone tell me what's happening? Kinrara - bkt jalil; unusual jam!

RT @amptraffic kltu 0802: BESRAYA: crawl frm UPM-Sri Kembangan, roadblock at KM3.6. If u r coming frm SILK, expect delays frm Cheras Jaya.

RT @twentyplus: Alert, heavy jam at LDP due to Bersih roadblock, malaysia police boleh!

@kltraffic: dear dato @NajibRazak, i believd this rdblock thing is inappropriate n too extreme. my2cents.

Original Page: http://www.malaysiakini.com/news/169042

Tuesday, July 5, 2011

BERSIH Di Stadium. Polis Perlu Pulangkan Semua Baju & Lepaskan Semua Tahanan

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk tolak ansur, Ambiga menjawap 'Ya".

Sebelum ini, sumber yang rapat dengan pihak penganjur, memberitahu Malaysiakini tidak ada ahli politik yang menyertai pertemuan berkenaan.

Sejak jam 1.30 petang, ketiga-tiga pemimpin itu menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sebelum dibenarkan berbuat demikian pada jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka. -mk

Ulasan GB

Akhirnya cadangan GB yang GB kemukakan semalam menjadi kenyataan sekalipun belum diketahui stadium mana yang akan dipilih. Di dalam ulasan GB semalam, GB menyatakan:

Oleh kerana sudah ada titah Agong mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 ini, maka GB berpendapat bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 tidaklah wajar dibatalkan lantarannya, tetapi diteruskan dengan diubah perancangannya supaya diadakan di Dewan/ Stadium.

Ia adalah bagi mempastikan tuntutan BERSIH 2.0 tetap berjalan, dalam masa yang sama menghormati dan menjunjung tinggi titah Yang Dipertuan Agong.

Ia juga untuk mengelakkan provokasi yang telah dirancang oleh UMNO dan PERKASA.

Dan kita akan buktikan jumlah yang hadir benar-benar boleh mencecah 1 juta orang, bukan macam Himpunan Belia Najib yang 5,000 dikatanya 1 juta.

Dan jika kita berhimpun di stadium, dengan sendirinya tiada lagi tangkapan gila, sekatan dan penahanan yang disebabkan baju BERSIH.

Kita tidak berundur, tetapi kita ingin menutup pintu fitnah menyatakan kita hendak tumbangkan kerajaan melalui jalanraya bukan pilihanraya.

Kini, pihak Polis perlu kembalikan semua baju-baju yang dirampas dan lepaskan semua orang-orang yang ditahan. Tiada perhimpunan di jalanraya hanya di stadium, dan Perdana Menteri dan Agong sendiri mengizinkan perhimpunan Bersih di stadium. Jadi polis tidak perlu sibuk-sibuk untuk menahan dan menangkap orang pakai baju BERSIH dan menahan kenderaan yang akan menuju ke stadium.

Tidak perlu ada provokasi lagi samada oleh Patriot, PERKASA, PESAKA atau dari polis sendiri.

Tidak perlu kata ada unsur kominis, ada molotov coctail, ada parang, ada kepala bapak bom dan seumpamanya lagi.

Pakatan Rakyat kini berhak untuk berhimpun seberapa ramai yang kami mahu. Agong merestuinya.

Kita kuningkan (BERSIHkan) seluruh negara hari Sabtu ini nanti.

Kita himpun sebarapa ramai yang boleh di stadium nanti. Kita meminta pihak J/K Bersih mengadap semula Yang Dipertuan Agong agar memohon Agong mencemar dulinya bertemu rakyat di stadium itu nanti.


Original Page: http://greenboc.blogspot.com/2011/07/bersih-di-stadium-polis-perlu-pulangkan.html

Kenapa Perlu BERSIH

Kalaulah pilihanraya itu bersih maka demo bersih pastilah tidak relevan

Kerana pilihanraya itu kotor maka mereka menganjurkan demo bersih

Kerana masih percaya adanya ruang demokrasi di Malaysia inilah maka wujud rakyat yang menuntut pilihanraya yang bersih. Bukannya berdemo untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional

Bukan untuk meniru keadaan seperti di Mesir atau Tunisia. Bukan untuk menjahanamkan negara seperti yang di dakwa

Baca balik 8 tuntutan bersih. Bodoh sungguh mereka yang tak paham-paham ni. Jangan di percaya cakap-cakap Umno tu, mereka dah nazak.

BERSIH 2.0

Layan video sat dowh..

Benarkah?

Benarkah?

Mandai-mandai sahaja utusan ni.

Pelancong takut tengok polis ramai-ramai je. Kat negara dia orang demo tu perkara biasa. Gua syak, Utusan tak tahu kewujudan google dan youtube.

Gua menunggu Najib menyalak kalau sahaja BERSIH batal

Apa pasal payah sangat nak guna dakwat selepas mengundi tu? Takut?

Kalau Agong sudah bertitah maka mungkin Demo BERSIH batal. Apa pun tunggu sahaja keputusan yang akan datang. Namun adakah Najib juga akan menurut titah baginda? SPR? Sampai bila mahu sahaja menurut kata Umno?

Memang tanda bungkusnya Umno itu pada pru akan sangat jelas. Namun permainan gay mereka itu yang sungguh celaka

Monday, July 4, 2011

Mencintai negara suatu tuntutan

Menuntut pilihanraya yang bersih juga adalah cinta kepada negara. Patriotik la jugak. Berdemo yang mana ada dalam peruntukan undang-undang juga janganlah pulak di tuduh pengkhianat negara. Nampak sangat bangang kerana malas membaca.

Rakyat dituntut menunjukkan kecintaan kepada negara. Namun bila di tegur secara demokrasi kenapa pula di tuduh sebagai agen asing?

Masuk askar wataniah juga bukti cintakan negara. Sama-sama berlapang dada la tongong. Bahan yang banyak tu pegi telaah. Duk layan tv3 je memang la bodoh jadinya.

Fahami dahulu tuntutan BERSIH. Then otak yang tuhan kurniakan tu pakai. Khurafat Utusan tu buang jauh-jauh. UMNO ni banyak bangangnya dari pandai

Pengumuman

Rosmah sekali lagi mengajak rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang sihat.

Gambar untuk menceriakan suasana


Apa cerita baru Malaysia?

Kena tangkap pasal ada baju kuning dalam kereta?

Kena tangkap di program gotong-royong kerana berbaju kuning?

Marah bersih pasal marah Ambiga?

Najib true supporter Red Warriors?

Kena juga tangkap pasal pakai baju kuning yang tersarung baju lain?

Hari ni tak dengar pasal Ibrahim Ali.

Ali Rostam kena cop bangang hari ni?

Agong dah keluar kenyataan pasal bersih.

Bila Umno nak berkubur?

Sunday, July 3, 2011

Ni paling serius. Betapa bangangnya mereka dalam mengampu


"The Red Warriors" adalah sebuah Kelab Penyokong Bolasepak yang paling berpengaruh di Negara Malaysia hari ni. Lain-lain Kelab Bolasepak di Malaysia memang tidak dapat menyaingi kehebatan "The Red Warriors". Bagi gua, cuma Manchester United Football Club saja yang dapat menandingi kehebatan "The Red Warriors".

Dalam Majlis semalam, dengan tak semena-mena, Tan Sri Annuar Musa telah menabalkan Perdana Menteri Najib sebagai "Peminat TRW No-1".

Khak Ptuih...!!!

Gua tak pernah nampak Najib dalam mana-mana perlawanan bolasepak yang melibatkan Pasukan The Red Warriors, Gua tak pernah nampak Najib pijak Stadium Sultan Mohammad ke-4 dan gua tak pernah nampak penglibatan Najib dalam indusrtri bolasepak Negara Malaysia jauh lagi Negeri Kelantan.

Original Page: http://www.perisik-rakyat.com

Minggu yang kecoh

Kecoh bile Najib banyak buat lawak kat Kelantan. Stadium baru jikalau pas tumbang. Rakyat Kelantan kena fahamlah sebab buat stadium pakai duit dia dan Rosmah. Suci sungguh statement Najib itu.

4 juta Pesilat bawah Ali rostam nak gegar bersih. Ni pun lawak juga. Campur dengan Omar din, Perkasa, Pemuda UMNO maknanya abis rakyat Malaysia kena kerah turun demo hujung minggu ni. Yang nak turun sokong bersih takda pasal semua dah abis kena tangkap. Kahkahkah..

Kalaulah demo itu tiada manfaat maka mungkin kini Mubarak masih lagi berkuasa.

Saturday, July 2, 2011

Mat Sabu: Kenapa perlu BERSIH 2.0?

Oleh Mohamad Sabu

Pemerintah yang mendapat mandat daripada rakyat akan merasa selesa untuk menjalankan pemerintahan dalam sistem demokrasi berpilihanraya. Perjalanan yang baik dan pilihanraya yang bersih di antara punca keamanan di sesebuah negara.

5 tahun sekali, pemerintah memperbaharui mandat daripada rakyat untuk penerusan berkuasa atau rakyat memberi mandat kepada golongan lain untuk berkuasa. Itulah secara mudah kefahaman demokrasi dan amalannya dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat.

Untuk memastikan pilihanraya yang bersih dan adil berlaku di Malaysia, maka pihak NGO telah cuba menimbulkan kesedaran kepada rakyat dengan seminar, kongres dan himpunan aman untuk meletakkan dalam fikiran rakyat dan kerajaan, supaya pilihanraya berjalan dalam keadaan bersih, adil dan aman.

Pada 10 November 2007, BERSIH yang dianggotai lebih 60 NGO dan disokong oleh parti-parti politik yang utama, PAS, DAP dan Keadilan bersetuju untuk mengadakan himpunan aman untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil dijalankan di Malaysia. Biarlah rakyat berpuas hati di atas pilihan mereka, atau penolakan mereka berdasarkan jumlah bilangan yang betul dan mengikut tatacara yang betul untuk melahirkan pemerintah yang dipilih oleh rakyat berwibawa dan berintergriti.

Untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan dalam pilihanraya (bertarung di padang yang sama) maka BERSIH mencadangkan untuk membuat perubahan di atas empat perkara utama, iaitu: 1. Daftar automatik

2. Tanda dakwat kekal kepada yang telah mengundi

3. Penyusunan semula dan membuat reformasi terhadap undi pos

4. Akses media yang bebas dan adil

Daftar pemilih adalah kerja kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), parti-parti politik di antara tugas mereka menarik sokongan rakyat atau pengundi untuk menyokong dan mengundi parti-parti mereka. Bila daftar pemilih diizinkan, parti politk membantu SPR untuk meramaikan pemilih yang berdaftar, maka parti pemerintah boleh meng"eksploid" kan pegawai kerajaan dan SPR untuk memihak kepada mereka.

Daftar pemilih yang tidak bersih, samada orang yang telah meninggal dunia mengundi, rakyat bukan warganegara mangundi, mengundi berulang, orang mati mengundi, semuanya ini boleh menimbulkan keabsahan pemerintah yang memperolehi kuasa. Untuk mengelak seorang pengundi membuat ulangan undi di hari pilihanraya, maka penggunaan dakwat kekal di jari, atau di mana-mana tempat tubuh pengundi boleh mengelakkan buangan undi berulang terhadap satu individu.

Undi pos paling meragukan, pihak berkuasa berupaya men"zero"kan undi pos bagi pihak pembangkang jikalau parti pemerintah mahu. Pengundi yang membuang undi secara pos langsung tidak bebas kepada manipulasi dan penipuan.

Akses media yang bebas dan adil amat perlu supaya pengundi mendapat maklumat daripada berbagai pihak sebelum mereka membuat keputusan memilih atau mengangkat mana-mana calun atau parti.

Kebebasan media hampir tidak ada langsung diamalkan di Malaysia. Kebebesan hanyalah untuk menzahirkan cerita rogol, berkesedudukan, hantu mak limah balik kampung, cerita tahyul, seram diberi kebebesan sepenuhnya oleh pemerintah di Malaysia. Sebaliknya parti-parti politik yang tidak berkuasa hampir tidak ada langsung propaganda parti mereka melalui alat pandang dengar yang dimiliki oleh kerajaan atau media saham utama kerajaan.

Semua tuntutan BERSIH langsung tidak diendahkan oleh kerajaan yang memerintah dan parti-parti politik yang berkuasa. Bahkan hak dalam perlembagaan dilanggar oleh pemerintah dan parti pemerintah. Contohnya sebarang ceramah atau himpunan di kawasan felda akan dikepung, disekat, dilarang oleh pihak polis untuk para penduduk felda mendengar penerangan daripada parti-parti halal yang ingin bertanding dalam pilihanraya. Pemerintah UMNO menggunakan segala sumber kuasa pemerintah untuk melindungi parti mereka dan melindungi pemerintahan mereka.

Kejadian yang berlaku di Timur Tengah, terutamanya di Algeria, Tunisia, Mesir, Yaman, Bahrain, Siria berlakunya pemberotakan rakyat berpunca daripada tidak ada keadilan dalam pilihanraya dan sistem demokrasi tidak berjalan. Puluhan ribu rakyat Algeria terkorban di pihak pembangkang dan pemerintah akibat dari pilihanraya yang tidak adil. Ratusan terkorban di Tunisia, di Mesir, di Yaman, di Bahrain dan di Siria akibat daripada rakyat tidak merasai keadilan dalam pilihanraya dan pemerintah yang berkuasa dianggap haram oleh sebahagian daripada rakyat.

Gadaffi boleh berbangga pemerintahannya lebih daripada 40 tahun, tetapi apa jadi sekarang? Ribuan nyawa rakyat melayang akibat dari tidak ada pilihanraya, tidak ada demokrasi dan tidak ada keadilan. Secara umumnya rakyat tidak berpuashati dengan keputusan pilihanraya boleh mencetuskan huru-hara.

Untuk mengelakkan kejadian seumpama di Timur Tengah, seperti di Algeria, Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Siria dan Bahrain tidak berlaku di Malaysia, huru-hara seperti itu tidak diimport ke Malaysia, maka pihak BERSIH melancarkan BERSIH 2.0 untuk perhatian kerajaan supaya menjalankan pilihanraya yang adil dan saksama demi untuk memelihara keamanan negara. Pihak yang mendapat mandat dari rakyat melalui pilihanraya yang bersih dan adil akan merasa kepuasan.

Pilihanraya yang berjalan secara tempang yang berlaku di Malaysia menyebabkan NGO BERSIH 2.0 dilancarkan pada 9 Julai 2011. Kenapa perlu BERSIH 2.0?

Original Page: http://kerabubersuara.blogspot.com/2011/07/mat-sabu-kenapa-perlu-bersih-20.html

Peguam vs wakil rakyat

Kenapa himpunan yang libatkan bukan kerajaan selalu jadi masalah dan tidak bila perhimpunan itu di restui oleh Najib.

Double Standard apakah ini? Kenapa tiba-tiba bacaan untuk memahami perlembagaan ini sangat susah untuk di tafsir? Yang di fahami oleh Majlis Peguam itu pun senang-senang di tolak oleh Wakil Rakyat BN? Kenapa dah bodoh masih lagi cuba untuk tunjuk pandai? Seronokkah memimpin cara begitu?

Wahai wakil rakyat dari Barisan Nasional, dengarlah...

"Sekarang dah wujud Google dan kenapa anda masih melawak lagi? "

Sabotaj Bersih

Kalaulah benar apa yang di dakwa bahawa t-shirt bersih yang di rampas akan diguna pakai oleh puak Perkasa dan umno BN maka penganjur BERSIH kena buat sesuatu.

Sesuatu perlu dilakukan agar perhimpunan 9 Julai kelak berjalan seperti dirancang. Dan tiada pemimpin yang masuk ke dalam.

Bersih bakal di kotorkan. Agar tak jadi otak yang kuning..

Friday, July 1, 2011

BERSIH : kahkahkah

Apa lagi isu gua nak sentuh, semua Blogger lain dah ulas. Nak pulak kalau pak menteri cuba nak tunjuk pandai tapi statement ngalahkan pak pandir. Jadi minggu ni keraplah gua sebyao.

Kahkahkah

BERSIH adakah komunis?

Memang lunyai geng bersih kena tibai minggu ni. Sokkabar, tv dan radio tak henti-henti menghentam. Campur pulak puak beruk umno dan Perkasa pondan buat taik. Tegang nampaknya suasana.

Antara terbusy minggu ni juga adalah shamuddin dan pok jib. Entah apa merapu makin bangang pulak aku tengok. Lu bai lagi kuat lu hentam lagi diaorang langsi..

Banyak jugak la fatwa gua dengar minggu ni. Pengharaman pemakaian baju kuning paling tak masuk akal gua dengar sejak belajar sedut oksigen ni.

Desperate ngalahkan bebudak nak kena khatan