Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Friday, December 3, 2010

Blog UMNO-APCO mengatasi blog rakyat?

Oleh : AdukaTaruna

Bukan nak syndrome nafi. Tapi cari pembolehubah. Apa pun, kita tetap ucap tahniah kepada UMNO dan bunyikan loceng kecemasan untuk pihak blogger rakyat.

Pembolehubah 1.

Gua main agak jer nih. Bukti takda, dan ilmu bab benda alah ni pun takda. Peningkatan blogger UMNO dan penyusutan blogger rakyat bermula dengan hampir kesemua blog rakyat diserang malmware tupperware apa ntah. Sampai Wak Banjar tukar blog.

Gua ingat ujian peluru berpandu pakar upahan UMNO dari India la. Bokepstudio apa ntah. Sampai skang ni, gua terkial-kial nak buang. Last2 jadi Melayu. Lantak la. Hahaha. Nak minta tolong uma, lu tahu la dia skang ni. Sejak mengamalkan ilmu cakar harimau ni. Payah bai.

Pembolehubah 2.

Zaman facebook. Blog atau internet adalah wadah golongan muda. Ianya melonjakkan sokongan muda terhadap BR semasa PRU12 dulu dengan blog as platform. UMNO still ketinggalan. Time tu, word blog paa UMNO ialah bahan binaan pembangunan.

Kemuncak blog ialah pasca PRU12. Macam cendawan. Dikuasai rakyat. Tukar tiub, Penarik Beca, MSK, Topeng Perak, Pink Turtle.

Lepas tu tak zaman dah blog. Lu tgk la blog Topeng. Dah macam sarang ular. Tapi lu tengok FB dia. Macam mahligai. Pembaca gua pun kebanyakan komen artikel gua yang auto aplod dalam FB. Kena kutuk pasal pakai seluar slack baju letak dalam pun dalam FB, menega T Shirt pun guna FB. Skandal Manjung Mari dengan bini orang kenamaan Pahang pun dalam FB. Kah3...

Cuma gua selesa blog sebab gua jenis taip panjang2. Taip panjang2 kat FB gua tak masuk jiwa lagi.

Pembolehubah 3.

Carta blog UMNO tu diambil ketika isu PKR panas. Mesti la semua baca sudut UMNO. Sebab sudut rakyat tak ramai yang jentik PKR. Cuba ambil time PAU plak. Pemilihan Agung UMNO.

Pembolehubah 4.

Kekerapan update. Blogger UMNO kebanyakan dibayar. Blogger rakyat plak ikut masa terluang. Kena cari nasi untuk anak isteri dulu. Tu blom bayar bil air lagi. ISA takpa.. dia update sambil bayar bil air. Advance tahap dewa dah tu bai. Tak boleh ikut kita.

Lu tengok ketika BlogPriaMalaya dalam keadaan rajin update. Rank naik menggila. La ni, ketika dia gagal untuk menjadi tahap rajin update, menjunam.

Gua tak tahu apa masalah priamalaya. Dia kata Disember nak wat penjelasan kepada kejadian dia. Ada masalah kongsi bro. Lu kena ugut ke? Kongsi sini. Tak payah goyang la. Insyaallah. Takan nak mati atas katil? Hina bai.

Pembolehubah 5.

Bantuan promosi dari media perdana. Media perdana banyak memetik blog UMNO adalah salah satu pembolehubah dalam hal ini. Lu sendiri tahu la rank blog gua bila media UMNO promosi blog gua kejap dulu.

Ada hikmah gak tu. Banyak yang selongkar tulisan2 gua yang dulu. Tak terima takper. Tapi sebenarnya gua dah implan sudut idea tu dalam memori dia. Insyaallah, berguna nanti tu. Ngeee...

Penutup.

Tahniah UMNO. Parpu Kari punyalah bangga. Siap hina lagi blog UMNO yang lain. Hahaha. Tahniah bro. Buat yang tinggalkan blog dan fokus FB, harap, janganlah perkecilkan audien blog, walau kita tahu ianya semakin luput. At least ada gak saki baki audien yang tinggal.

Wallahualam.

No comments: