Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Tuesday, December 21, 2010

Kita Perlu Berubah Sekarang.

Apa yang perlu kita lakukan kini adalah menukar parti yang memerintah. Lebih 50 tahun pada aku ia sudah mencukupi untuk kita menilai. Mereka telah banyak berubah. Di zaman PM yang baru ini mereka-mereka ini bertambah rakus dalam membolot harta rakyat, bertambah kebodohan mereka dan sifat suka memperbodihkan orang lain juga semakin menjadi-jadi.

Kalau pun PR itu teruk dari kaca mata sesetengah orang, sekurangnya mereka itu belum benar-benar teruji. Namun di 4 buah negeri kita nampak ketelusan itu bertambah baik. Kalau itu pun kamu tidak nampak maka sudah sampai masa kamu kosongkan otak dan belajar untuk menilai dan dan berhenti menerima berita-berita dari media perdana yang ada sekarang. Kalau kamu percaya Anwar meliwat bersumber pada Wikileaks maka kamu juga perlu bersedia untuk menerima tuduhan yang lagi satu ke atas PM 1Malaysia sekarang. Bolehkah? Sekurang-kurangnya Anwar itu bangun melawan tapi PM 1Malaysia kejadah apa tengok bola bersila pun nak heboh-heboh seluruh pelusok kampung? Rendah diri? Pooorahhh….

Jikalau PR itu memerintah maka kita jangan terus bergelak ketawa siang dan malam di atas kemenangan mereka. Yang perlu kita lakukan adalah membuat perbandingan dan bersedia melakukan perubahan andaikata perangainya itu 2x5 dengan BN dengan memangkah parti KITA@AKIM di PRU14. Mudah tak? Kalau susah sila potong jari anda dan berhijrahlah ke Selatan Thailand.

Itulah demokrasi yang sebenar. Rakyat bukan jadi kuda dan lembu manakala pemimpin menjadi tuan. Rezeki mereka menjadi pemimpin berdasar undi yang mereka terima dari rakyat dan bukannya di apply dari borang SPA atau Jabatan Buruh. Mereka hanya mengurus dan bukan menelan duit yang bukan milik mak bapak mereka.

Dari politik kepartian inilah politik sosial menjadi ukuran. Memperjuangkan politik sosial sahaja tidak akan selesai masalah sampailah kiamat nanti. Memekak susu naik 30 sen Januari depan di kedai kopi atau ruangan chatting juga pastinya tidak akan berjaya kalau BN itu tidak kita bungkuskan dalam PRU yang akan datang nanti. Semuanya hanya bergantung di kertas undi. Itu sahaja pilihan yang ada selagi mana BN tidak main gay dengan mengharamkan pilihanraya. Apa nak kasihan kalau PM itu tiada kerja berbanding ratusan ribu siswazah menganggur sekarang. Banyak dah simpanan orang tua tu. Tak abis sampai anak cucu dia. Percayalah.

No comments: